Dec 30, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN MAN CITY

Lawan Stoke baru ni bagi memang terbaik, kalau tak takkan Pep Guardiola pun datang ushar. Kena sebiji awal dan kebangkitan 4 gol memang jarang berlaku sebelum ni. Tetapi sengat serangan kita memang menjadi. Stoke walaupun main susun bas sejurus gol pembukaan mereka, tetapi mereka tak menjangka akan kena balik sebab dah sangka mereka bertahan dengan cukup mantap sangat dah. Apa yang kita nampak lawan Stoke ialah respon yang baik, biar kena dulu tapi tak mengalah untuk bantai balik 4 gol.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Emre Hendo Lallana
Origi Sturridge Firmino

Pemergian Mane ke kejohanan Piala Afrika suatu kehilangan besar. Simbolik kembalinya Sturridge mungkin satu harapan besar, sebab Coutinho masih belum pulih. Kita harap Sturridge tak persia-siakan peluang keemasan ni sebab bukan senang nak dapat peluang nak kembali tonjolkan diri. Baru satu gol musim ni dia perlu keajaiban nak potong Origi yang dah dekat 7 gol dalam semua pertandingan. Ikut cerita dulu kala Sturridge memang hebat, tetapi daya usaha beliau kena tingkatkan nak kembali zaman dengan Suarez dulu.

Pep datang awal ke Anfield untuk pantau dan balik buat percaturan camna nak bedal Liverpool nanti. Nasib City dan Liverpool sama sebab main menyerang, gol banyak dan bolos pun boleh tahan. Jadi kita bakal saksikan kenduri gol di Anfield sebab bagi saya Pep pilihan takkan nak menang jika nak main susun bas atau main bola tinggi. Cuma mereka ada senjata sulit yang tak berapa rahsia sangat ialah kembalinya Sergio Aguero dari penggantungan. Itu kena jaga sebab bekas menantu Maradona ni suka sangat dengan Mignolet.

Dec 28, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 4-1 STOKE


Perlawanan bolasepak antara Liverpool dan Stoke jatuh pada Hari Tinju menurut pandangan masayarakt luar. Rupanya masih ada yang percaya Hari Raya Krismas kedua adalah hari peninju, pesilat dan ahli kungfu yang dirayakan oleh rakyat British. Abam pun masa zaman sebelum ada Lebai Google, jahil juga tak tahu. Sekarang rasanya ramai dah tahu yang perlawanan ni sempena hari pemberian dan terima hadiah. Ada setengah cakap hari buka kotak hadiah.

Oleh kerna perlawanan Liverpool paling lambat minggu ni antara pencabar lain, tekanan mungkin dirasai. Chelsea, City, Arsenal dan Menyu semua menang pada malam Krismas. Malah kita juga cuak sedikit dengan Firmino takut masih mabuk lagi, sebab kena tangkap memandu dengan pengaruh alkohol. Namun segalanya nampak ceria bila Si Bobby nampak cergas dengan potongan rambut pendek tanpa tocang. Pemain dari perlawanan Everton semua kekal tanpa perubahan.

Kepulangan Allen, Crouch dan Gelnjo balik beraya di Anfield, memeriahkan suasana walaupun mereka dipihak lawan. Mark Hughes sengaja letak Mat Galah dengan Walters untuk main corak lahabau bola tinggi. Walaupun kita tahu bahaya bakal menanti tetapi pemain kita nampaknya macam tak tumpu perhatian dengan kebolehan lawan. Ya bola tinggi selalu datangkan malapetaka dan kali ini Lovren sedikit ralit dan kelonggaran menjaga Walters mengakibatkan, Mignolet jadi modal makian peminat. Bukan salah beliau tetapi panik beliau masih tak hilang.

Kenapa Allen dijual masih jadi misteri, macam misteri Segitiga Bermuda. Nak kata teruk main sebelum ni tak juga tetapi perlawanan tadi menunjukkan kita Allen memang terbaik dari ladang. Entah berapa kali seluruh pemain tengah kita kena main dengan beliau. Kelicikan beliau nyaris mengakibatkan Stoke menambah jaringan, tetapi Mignolet jadi hero menepis percubaan Allen dan Lovren juga berjaya mengeluarkan bola dari kawasan  bahaya. Kalau Stoke tambah gol lagi, nampak gaya makin sukar sebab takut pemain kian panik lagi.

Liverpool macam dapat semangat kembali, mungkin berkat pengorbanan Mignolet tadi. Hantaran jauh dari bawah oleh Milner, mencari Origi. Origi yang berjaya perangkap bola melepaskan hanatran pantas kedepan bilamana Mane mebuat larian. Mane melepaskan hantaran dalam kotak penalti Stoke bila nampak Lallana meluru pantas. Tampanan Lana mulanya kantoi tetapi pemain bek Stoke pula kantoi kedepan Lana dan dengan konfiden Lana merembat bola kedalam gawang Stoke untuk gol penyamaan.

Serangan bertali arus Liverpool membuatkan pihak lawan tak berani menyerang. Kalau serang pun tak serancak awal permainan. Lovren dan Klavan sudah kembali tenang begitu juga Mignolet. Sekali lagi serangan datang dari sebelah kiri dimulai dengan hantaran Milner kepada Lana. Lana menggelecek kearah sayap kembalikan bola kepada Milner dan bola dihantar pendek kepada Firmino untuk main satu dua kononnya. Milner dah lari buka ruang untuk terima hantaran, namun Firmino lebih cerdik dengan acah nak buat lorongan tetapi sekelip mata dia merembat dan bola terkena tiang kanan dan kiri dan masuk untuk gol kedua dan Liverpool mendahului 2-1 hingga tamat separuh masa.

Separuh kedua bermula dengan mod yang begitu selesa. Nampak sedikit ruang diberikan kepada Stoke yang mula naik sedikit untuk buat gerakan. Liverpool menyerap serangan dengan baik. Imbula pemain tengah Stoke, jarang buat silap sepanjang permainan tetapi dia terkantoi dengan menanduk untuk mengeluarkan bola ketengah padang konon untuk rakan tapi tetiba Kapten Hendor yang sambut mendada dan melakukan lorongan kepada Origi yang berada disayap. Origi masuk kedalam dan melebarkan hantaran untuk Mane tetapi bek Stoke terlebih dulu melakukan penyudah untuk bantu Liverpool menambah gol menjadikan 3-1, bertambah selesa didepan.

Klopp taknak 3-1 jadi 3-4 , macam lawan Bournemouth sebab bibit2 kelelahan nampak pada beberapa pemain. Pertukaran Emre dengan Lana serta Sturridge dengan Origi satu percaturan tepat. Sebab apa kita nampak Sturridge memang punyai deria sebagai penyerang berbisa. Boleh hidu lawan nak buat silap bilamana dia tetiba naik terpa kedepan macam tahu-tahu Shawcross nak tolak bola kebelakang untuk goli. Hantaran kebelakang disambut Sturridge dan beliau mengelecek Al Habsi untuk gol sulung beliau musim ni dan ke 100 bagi era Kloppomania. Liverpool menamatkan permainan dengan 4-1 dan kembali naik keposisi ke-2 , masih 6 mata dibelakang pendahulu Chelsea.









Dec 23, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN STOKE

Lawan Stoke nanti adalah perlawanan terakhir Sadio Mane, sebelum berlepas ke Perlawanan Negara-Negara Afrika, AFCON. Dalam sebulan kita bakal kehilangan anak Tok Imam ni, dan saya rasa sedikit terjejas keseimbangan pasukan kerana setakat ketiadaan Coutinho, Mane jadi perancang utama. Penglibatan beliau dalam setiap serangan antara punca serangan kita digeruni. Sekarang baton diserahkan kepada Firmino dan beliau akan diuji sebagai perancang utama nanti ketika ketiadaan Mane dan sementara Coutinho masih belum cergas sepenuhnya.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Gigi Hendo Emre
Firmino Origi Lana

Formasi dan taktikal pasti berubah sedikit. Kepantasan Mane sebelum ni akan dipergunakan dalam situasi serang balas. Jadi jika Lallana ditolak naik keatas ganti Mane, saya rasa Liverpool akan main lebih kepada berkumpul dibahagian tengah. Lana bukan jenis nak pecut kepenjuru tetapi dia punyai kelebihan penyudah yang padu. Walaupun tak boleh mencicit potong pemain lawan macam Mane, namun Lana pandai cari lubuk serangan dan hantaran beliu kadangkala boleh buka peluang rakan cedok gol.

Kembalinya Emre tepat pada masanya. Liverpool perlu pemain agresif nak hadapi tentangan fizikal pemain tengah Stoke. Dia boleh bantu Hendo untuk esdikit bertahan dan Gigi akan diberikan tugasan lebih kedepan untuk batu gerombolan serangan kat atas. Memang Mat Gigi ni hambar sangat depan gol walaupun banyak peluang terhidang, namun gerak kerja beliau yang termat rajin salah satu sebab sukar pemain lain nak rebut posisi dari beliau.

Setelah ramai lupakan Sturridge, tetiba dalam perlawanan Everton minggu lepas, Mat Raver tu dah beri impak yang tersangat penting kepada pasukan. Satu rembatan sahaja memberikan peluang Mane untuk meraih 3 mata. Sebab itulah teramat rugi jika nak lepaskan Sturridge perpindahan Januari. Dia masih boleh berikan pasukan sesuatu dari aspek serangan, walaupun yang kita kecewa ialah mamat ni takkan boleh duduk diam dari cedera. Kita nak Sturridge cergas sebab Origi pun jenis mudah cedera juga.

Lawan kita nanti Stoke memang akan main secara fizikal dan bola lintangan tinggi. Itu kena perhalusi sebab kita dah jadi mangsa dalam perlawanan Bournemouth dan West Ham haritu. Kombinasi Lovren dan Klavan nampak semakin menyengat, cuma kita risau mereka tak betul-betul diuji sebab serangan Boro dan Everton tak berapa nak main menyerang. Stoke punyai pemain sayap kreatif macam Shaqiri dan Bohjan dan paling bahaya ialah Marko Arnautović yang diberi jolokan Ibrahimovic Austria. Mamat ni kena jaga sebab takkan orang panggil cam Ibrahim, jika dia tak bahaya.

Seorang pemain pastinya bakal kembali ke Anfield dan buat onar, tak lain tak bukan Joe "Pirlo" Allen. Rasanya peminat Liverpool masih rasa pemain ini rugi dijual kerana boleh berikan sesuatu kepada pasukan. Tetapi Klopp sendiri bagitahu Allen yang nak pindah sebab nak main dalam kesebelasan utama dan itu yang Klopp tak boleh janjikan. Tambahan pula dengan prestasi beliau dengan Stoke musim ni dah jaringkan 5 gol, kurang sikit lagi dari jumlah keseluruhan 6 gol sepanjang 4 musim bersama Liverpool.

Kita harap Stoke tak jadi batu penghalang untuk kita mengejar Chelsea. Beza 6 mata memang nampak tak jauh, tetapi prestasi mantap Chelsea menang terus-menerus memang nampak mereka pilihan utama pilihan juara. Cuma bolasepak memang banyak kejutan, manatahu dengan Bournemouth nanti Chelsea kena bedal macam kita kena haritu. Apa yang penting pasukan kita kena cari 3 mata secara konsisten. 

Dec 20, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 1-0 EVERTON


Everton hampir berjaya macam nak gagalkan peluang Liverpool cabar kejuaraan Liga. Perlawanan memakan masa hampir 100 minit memang bosan tanpa gol banyak, tetapi dalam bolasepak kalau ledak 100 gol pun tetap 3 mata juga, tapi yang penting kemenangan. Apa yang disaksikan mungkin suratan atau kebetulan ialah impak pemain dalam perlawanan kejiranan ini. Karektor pemain yang kuat dan berdisiplin memang kunci kejayaan.

Memang sukar nak main dengan pasukan yang tak main bola tetapi main kaki. Mereka gunakan kelonggaran yang diberikan pengadil, Mike Dean. Mike Dean ni pengadil tempatan Merseyside. Tetapi dalam hati entah biru entah merah. Tetapi cara layanan kepada Ross Barkley dengan terjahan kepada Henderson memang nampak berdarah biru pekat orang tua tu. Patutnya dah kena kad merah, tetapi kita faham, pasukan yang main celaka akan terima balasan dengan cara lain.

Everton ingat pasukan kita lembik macam Arsenal kot. Arsenal punya pertahanan ramai cedera sebab itu Everton senang membuli. Tapi dengan kelahiran semula Mignolet membuatkan barisan pertahanan nampak lebih yakin. Mignolet sepanjang perlawanan nampak fokus, namun nak kata percubaan Everton bahaya tak juga sebab mereka nak main seri. Memang salah diri sendiri sebab mereka tak cuba nak uji gandingan Lovren-Klavan dengan main pantas. Mereka cuma nak main fizikal dengan Lukaku, tetapi memang bek kita bab-bab nak main kasar boleh tahan juga.

Keseluruhan permainan kita nampak stereotype, tak berubah apa-apa sejak awal musim. Everton pula banyak tekan dan serbu pemain kita supaya buat kesilapan. Kesilapan mungkin berlaku tetapi cara main berpasukan memang menutup ruang bagi Everton nak hukum bila kantoi bola. Cara Liverpool main kadang-kala nampak mengancam bahaya kerana Clyne dan Milner dah macam pemain penyerang bukan pertahanan lagi. Tetapi kehebatan Kapten Hendo menjadi Sweeper dah nampak Liverpool main 3 pertahanan.

Kali ni kita nampak betapa penting pemain simpanan yang boleh bagi impak kepada pasukan. Percaturan dari bangku simpanan dengan memasukkan Sturridge ganti Origi berikan dimensi baru dalam serangan. Sturridge memang tak sado, tetapi kaki lincah beliau memang berikan bek Everton kepanikan. Percubaan beliau yang nampak tak merbahaya mulanya memang tak siapa peduli, tetapi bila terbias kena tiang dan Mane yang begitu bersedia merempit laju untuk menjolok bola kedalam gawang Everton. Satu gol dah cukup untuk menawan kebingitan Goodison Park yang banyak kita dengar boo sahaja sejak awal.

Semangat tak putus asa dan berdispilin adalah kunci kejayaan. Dispilin diperlukan bila kena serang dan bila masih kebuntuan pemain berjaya fokus untuk cari gol dalam masa tambahan. Sebab itulah kita tengok Chelsea boleh main buruk tapi masih bola cari gol walaupun sebiji dari setiap perlawanan. Kita harap Klopp tak tiru cam Conte nak main buruk, tetapi ambil ikhtibar camna Chelsea boleh selamatkan diri bila lawan pasukan yang taknak main bola tapi main rabgi. Syukur dengan kemenangan sebab Liverpool merampas kedudukan kedua dari Man City yang membaham Arsenal kelmarin.

Dec 17, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON

Tak kiralah bila masapun secara tradisinya perlawanan kejiranan Merseyside memang sangat istimewa. Walaupun diungguli Liverpool, namun perlawanan selalunya sangat diwarnai dengan insiden dan keputusan yang penuh kontroversi. Tak kiralah dari pemain Brazil, Afrika atau Asia bila atas padang pakai baju merah atau biru, otomatik  jiwa Scousers akan membuak-buak untuk beraksi dengan semangat juang tertinggi. Kalau main takda kad, nampak tak meriah. Kempen sebelum ni, bek Everton Funes Mori dapat kad merah kerana membentes Origi sekaligus menjahanamkan prestasi terbaik Origi musim lepas.

Dalam pada itu prestasi Everton nampak kian memberansangkan dalam perlawanan sebelum ni. Mereka buat kejutan bila tewaskan skuad Arsenal di Goodison Park minggu lepas. Mereka main tersangat mudah dengan corak agresif sehingga menidakkan Arsenal dari penguasaan bola. Macam tak acikan main cara tu, tapi itulah cara bagaimana nak berjaya dalam kontek sekarang. Chelsea membawa contoh mudah untuk semua pasukan yang tak reti main cantik, untuk buat kejutan pada lawan yang main gempak. Sebab itulah kita dengar Pep Guardiola merungut sebab Man City selalu kena buli.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Lana Hendo Gigi
Firmino Origi Mane

Everton pasti nak gunakan kelemahan pertahanan kita macamana mereka bantai Arsenal. Itu tak mengejutkan kerana sebelum ni memang pertahanan kita jadi lauk lawan. Tapi sejak tewaskan Boro 3-0 di Riverside, mungkin pandangan lawan berubah kot. Kembalinya Mignolet sebagai penjaga gawang utama, pertahanan kita nampak stabil. Saya tak pasti samada Mignolet sekarang dah tak sama macam Mignolet kaki merapu musim lepas. Perlawanan ini bakal tentukan apakah dengan tukar penjaga gol masalah pertahanan yang serabut kian terungkai.

Kekuatan Liverpool terletak pada serangan. Sebab itulah pasukan kita cipta rekod 2016 sebagai pasukan pertama bantai lawan 40 gol dibawah seliaan Klopp. Ketiadaan perancang utama Coutinho, mulanya dirasai, tetapi kini bila ada Origi, Firmino mengambil alih posisi Coutinho. Dalam banyak perlawanan Firmino, nampak tenggelam sebab tak biasa main sebelah kiri serangan. Tapi dalam perlawanan dengan Boro, bila di tukar main sebelah kanan baru nampak Firmino sesuai kat situ. Origi pula cedera ringan masa lawan Boro, namun dengar cerita tak etruk mana dan pastinya beliau nak buat rekod lagi untuk 6 gol berturut-turut.

Dec 15, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 3-0 MIDDLESBROUGH


Klopp telah melakukan apa yang patut dilakukan. Beliau perlu dipuji kerana berlaku adil kena pada tempatnya. Kekalkan Karius sebab main teruk itu suatu ketidakadilan bagi Mignolet. Memang betul, Karius mungkin akan bakal hilang keyakinan diri, tetapi prestasi sekarang tidak mungkin banyak membantu Karius dari segi moral. Sebab kiri kanan depan belakang, pemain Jerman itu kena bedal dengan media Inggeris. Jadi jalan terbaik, Klopp dengan diplomasi nampak macam percayakan Karius, namun dengan kejutan tup-tup Mignolet jadi penjaga agwang utama lawan Boro.

Kali ni giliran Matip pula kecundang akibat kecederaan digantikan dengan Lovren yang baru pulih. Walaupun muka Taiko, tapi Klavan yang penyabar akhirnya dapat peluang kedua. Itu keadilan kedua kepada pemain yang ditonjolkan Klopp. Sebab lagi tak adillah pemain tengah bidan terjun seperti Lucas diberikan peranan lagi setelah main hambar dalam perlawanan dengan Bournemouth haritu. Hanya dua pertukaran drastik dari perlawanan seri 2-2 dengan West Ham. Rasanya Klopp tiada opsyen lain kerana beliau nampak lubuk sebelum ini ialah goli dan pertahanan.

Corak permainan Liverpool masih sama dengan sebelum ini. Masih nak bolot penguasaan bola. Boro pula lebih selesa bertahan walaupun kadangkala menggunakan serangan dari pemain sayap lincah mereka Adama Traore. Pada awalnya Liverpool nampak macam tak boleh nak pecah kubu Boro yang main susun bas. Tetapi gerakan Liverpool banyak menyusahkan lawan, cuma tak banyak percubaan bahaya. Namun satu ketika serangan bermula dari Mane yang dapat bola dari tengah. Beliau melorongkan kepada Cylne yang menunggu disayap, lantas mubuat lintangan cantik mencari hujung kotak penalti. Lallana umpama helang menyambar bola tinggi dengan rakus untuk gol pembukaan Liverpool.

Serangan Liverpool tak kunjung padam sejurus itu, namun Boro mencuri tumpuan dengan serangan balas dari pemain Denmark, Fischer yang merembat padu tetapi berjaya ditepis Mignolet yang bermain dengan semangat tinggi setelah bertapa sekian lama dibangku simpanan. Mignolet bukan tak bagus kan tetapi perangai manusia bila selesa tiada saingan main pun tak ada tekanan. Sebab apa pesaingan beliau Brad Jones dan Bogdan memang takda stendet. Liverpool juga nyaris menambah gol sebelum separuh masa tama bila gerakan solo dari Mane, menewaskan goli Boro tapi tak mampu menewaskan tiang dan Origi yang dapat bola muntah itu juga terkantoi kena tiang juga.

Separuh kedua bermula dengan Liverpool mendahului dengan jaringan tipis. Saya masih rasa cuak sikit-sikit, tetapi tengok cara main Boro yang terlalu perlahan, memang ternanti-nanti gol kedua kita. Minit ke-60 sekali lagi Mane jadi arkitek tengah memulakan gerakan dengan melakukan hantaran satu-dua kepada Mat Gigi, tetapi bila nak main balik, Mane kena bentes dan Gigi meneruskan hantaran dan nasib baik Lana cepat kejar bola dan bertindak melepaskan hantaran leret kepada Origi yang meluru dan meledakkan gol kedua Liverpool dan ke-5 dari 5 perlawanan. Wow rekod yang mantap bagi penyerang simpanan.

Segalanya bermula dengan Mane, pasti akan berakhir dengan sesuatu yang istimewa pagi tadi. Gerakan dari Clyne mencari Mane yang berjaya melepaskan diri dari kekangan bek Boro dan melarikan bola kedepan namun bola sedikit jauh. Ketika itu Origi mengambil inisiatif melakukan kuisan kembali kepada Mane yang tak berhenti berlari, namun bek Boro takda cara sekali lagi membetes Mane. Nasib baik Origi telah berada dikawsan terdekat dan melorongkan bola dengan pantas untuk membuatkan pertahanan Boro panik dan Lana berlari dari tengah melakukan penyudah yang mudah untuk gol kedua peribadi dan jaringan penutup Liverpool dengan 3-0.

Keseluruhan perlawanan nampak selesa bagi Liverpool sebab mereka main dengan lebih tenang dan tak kalut nak serbu semua nak borong cari gol. Hendo jarang naik dan dia main lebih kepada bek tengah ketiga, membiarkan Lovren dan Klavan main dengan bek sisi. Malah Lana dan gigi juga dah tahu nak bergilir-gilir bertahan dan menyerang, walaupun Lana nampak lebih diberi lesen untuk naik atas. Sebab dari persembahan kurang umpphh perlawanan lepas, lesen untuk Mat Gigi menyerang ditarik balik sebab percubaan yang nampak boleh buat gol hampir semua ke Selat Inggeris.

Dec 13, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN MIDDLESBROUGH

Masih belum pasti goli Jerman kekal atau Belgium dapat kembali tempat. Ikut perkembangan semasa, Klopp pertahan kuat anak buah sekampung beliau. Tapi kita bengang sebab Karius kemain eksyen pertahan diri sendiri dalam wawancara. Betul si Neville sembang kuat tu pertikai kemampuan beliau, tetapi jangan tunjuk bagus angkat bakul dalam TV, Karius harus rendah diri dan kurangkan bercakap dan biar prestasi atas padang berbicara.

Lagi satu Klopp kena selidik tengok jurulatih penjaga gol, John Achterberg. Adakah dia capai KPI dalam prestasi pemain dibawah tanggungjawab beliau. Sepanjang dia ambil alih dari Vaxi Valero, Liverpool bertukar-tukar penjaga gol dari Pepe, Migno dan sekarang Karius. Namun semua ditahap memuaskan, belum mencapai tahap konsisten. John memang perolehi Sijil Jurulatih Kelas A, tetapi kertas sijil tak berguna jika John masih tak bisa jadikan penjaga gol kita insan berguna.

Karius
Clyne Matip Klavan Milner
Lana Hendo Gigi
Mane Origi Firmino

Klavan rasanya bakal dapat can lagi, pasal Lovren masih kejang dan masih perlu ujian kecergasan sebelum perlawanan dengan Boro besok. Prestasi Klavan dapat pujian sebab tak kantoi dan berjaya mengekang Andy Khairul dengan jayanya. Pemain lain rasanya kekal, walaupun paling nampak makin lamau ialah Firmino yang janggal main disayap kiri. Nak letak kat atas balik, sukar sebab sekarang Origi sedang dalam prestasi terbaik, 4 gol dari 4 perlawanan.

Sebenarnya banyak yang fokus isu pertahanan, tapi tidak bagi Klopp. Bagi saya Klopp lebih suka tekankan bertahan yang lebih afdal dengan mengekang lawan dari barisan depan lagi. Atau istilah Jerman, Gegenpressing. Tapi itulah yang makin malap kebelakangan ni. Pemain nampak tak mampu main dengan konsisten, sebab taktikal tu memang boleh makan diri sebab risiko cedera senang dapat. Lagipun lawan dah bersedia dah dengan taktik Anti-Gegenpress, main susun bas dan keluar dari depo dengan serbuan pantas.

Korang perasan tak gol Liverpool masa lawan West Ham dari hantaran lintang. Itu yang berjaya. Yang gagal tersasar, terkurang atau buat hantaran padahal opsyen lain seperti kes Firmino yang patut rembat dari buat hantaran. Lagi satu kian membazir ialah sepakan sudut dari Hendo yang banyak tak beri manafaat bukan sahaja dari segi peluang gol tetapi beliau banyak sasar bahagian depan gol bukan bahagian tengah. Masa Coutinho ada, dia punya sepakan ada sedikit lencongan sebab itu banyak gol masa Coutinho ambil sepakan.

Namun dalam segala kekalutan, Mane memang paling menonjol sepanjang ketiadaan Coutinho. Amat malang jika tiada pengganti beliau sepanjang pemergian ke Afcon nanti. Ojo dah kembali, itu mungkin opsyen dari dalam, namun kita harap Klopp pastikan Ojo boleh cepat belajar sementara Mane masih belum pergi ke Afcon Januari ini. Ojo yang dah terlibat dalam pasukan bawah-23 dengar kata mungkin akan diberikan tempat dalam simpanan.

Lawan kita nanti Boro, setakat ini memang agak kental sebelum ini bila berdepan dengan lawan kuat. Mereka tak pernah kena kintai lebih dari 3 gol, sepanjang musim ini. Aitor Karanka walaupun jurulatih dari La-Liga, namun corak permainan beliau nak sama macam Conte. itu yang bahaya menanti kita sebab mereka punyai pemain sayap yang bahya seperti Gaston dan Adama. Banyak gol hasil serangan kilat yang melalaikan pasukan menyerang macam lawan City. Kita harap lawan Boro, jangan buat handal nak main macam lawan Bornemouth atau West Ham. 

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 2-2 WEST HAM


Dah buang 7 mata dari 4 perlawanan lepas. Ini tren yang merimaskan sebab jangkaan lawan mudah atas kertas. Betul bolasepak sukan yang tak boleh jangka, sebab itu keputusan awal musim tak jamin laluan mudah dengan lawan yang dikategorikan lauk makanan lubuk mata bagai.

Saya tak salahkan pemain hatta Karius sekalipun. Klopp kena tegas dan adil. Pemain yang hilang keyakinan dan prestasi kena beralah dibangku simpanan. Bagi peluang Mignolet plak. Dalam perlawanan Piala EFL, Migno kemain tunjuk eksyen tak bolos satu, paling nampak ketara takda buat badut sebelum ni.

Malah pemain utama lain kena ada persaingan sengit barulah mereka main bersungguh sebab rasa terancam skit nak main sambil lewa. Itu baru mukaddimah pasal pemain yang kebelakangan ni tenggelam punca, padahal taktik gegenpressing bukan ada versi baru pun. Hilang beberapa pemain utama macam Coutinho serabut terus pasukan.

Satu lagi pemain simpanan terutamanya dipertahanan kena yang berkualiti setanding pemain utama. Takda Matip tak keruan pasukan. Malah dalam perlawanan dengan West Ham Matip terpaksa main walaupun nampak tak berapa cergas. Saya rasa pengampunan penuh kena beri kepada Mama Sakho, setakat gelabah gelabah pun tapi dalam kotak Sakho pemain paling handal dengan reaksi pantas nak halang serangan bola tinggi.

Permainan dengan West Ham memang bermula dengan sempurna. Serangan kita memang padu gerakan Mane, dengan larian lincah, Origi kuisan kelirukan lawan dan Mane kembalikan bola kepada Lallana yang tetiba sampai dalam kawasan kotak merembat leret membuatkan seluruh warga pertahanan kesipuan bila bola menerjah jaring West Ham. Dalam hati dok berkira berapa gol West Ham nak kena kenduri jap lagi.

Tapi itulah yang dok dalam kepala pemain juga kot. Fokus nak cari gol lagi dan lagi. Tetapi peluang demi peluang semuanya kelaut. Namun satu insiden kekasaran oleh Lallana berikan kelebihan pelawat bila diberikan sepakan percuma luar kotak. Payet memang padu melepaskan sepakan lencong mengatasi Karius yang dapat agak arah bola tapi capaian tak kesampaian.  West Ham menyamakan kedudukan 1-1.

Ingatkan pasukan kita akan bangkit dengan gol lagi tetapi serangan demi serangan penuh kehambaran. Sekali lagi West Ham melancarkan serangan udara yang nampak tak bahaya tetapi terbias kena pemain kita dan salah perkiraan Matip membuatkan Antonio mendapat rezeki terpijak. Melepas kuisan menewaskan Karius yang terkejut beruk silap perkiraan nak terpa kearah Antonio. Patutnya Karius kena lebih berani nak bedal Antonio.

Separuh pertama jadi mimpi ngeri buat peminat Liverpool. Lain diharap lain menjadi. Mungkin ada yang jangka Matip dikeluarkan sebab tak cergas namun Lovren plak digantikan dengan Klavan. Sepanjang permainan Klavan nampak mantap. Hairan jugak apehal tak guna beliau masa lawan Bournemouth tapi guna Lucas.

Randolph goli West Ham saya nampak kemain terre. Macam Spiderman bola melekat dan jarang nampak gabra macam Karius. Banyak percubaan Liverpool dia halang dan paling gempak dia boleh tepis sepakan jarak jauh Hendo. Tapi kehebatan beliau memang stendet Karius gak. Liverpool menyamakan kedudukan 2-2 apabila goli WHU itu kantoi menepis hantaran Mane dan bola dihadap Origi dengan mudah jolok bola kedalam jaring.

Dengan keputusan 2-2 sampai wisel penamat ditiup, tiada lain dapat kita hadam kecuali kecewa lagi. Mungkin sedikit kot sebab dapat juga 1 mata. Namun yang sakit hati pasukan pencabar lain siap tempah 3 mata bila lawan West Ham. Klopp kena buat bedah siasat segera untuk cari jalan penyelesaian camna nak baiki pertahanan yang memang jahanam kebelakangan ni. Kalau haritu berlagak cakap tak perlu bida Van Dijk, sebab bek sekarang dah terlajak hebat. Sekarang boleh ubah fikiran kot.

Dec 9, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN WEST HAM

Jika dalam piawaian awal musim, pasukan kita antara pilihan utama bakal merebut kejuaraan. Prestasi 10 perlawanan utama memang gah. Tetapi dalam gah ada juga masalah yang terselindung. Kita macam dianggap macam Superman, punyai kehebatan dan ditakuti musuh, tetapi bagi musuh yang ketahui kelemahan ialah batu Kryptonite, mereka bina baju zirah dari Kryptonite macam Batman buat untuk tibai balik Superman sampai kojol. Apa yang saya jelaskan ialah makin lama makin ramai lawan kita dah tahu cara nak lawan Gegenpressing yang mendatangkan malapetaka kepada mereka sebelum ni.

Lawan kita memang dah pro kebelakangan ini. Soton dapat gunakan Baju Zirah Kryptonite tapi nak pukul balik tak mampu, hanya seri. Sunderland hanya mampu bertahan separuh, tapi baju zirah koyak nak dekat akhir perlawanan. Tetapi Bournemouh memang hebat ambik peluang terbaik. Mereka kena pukul betalu-talu tetapi bila ada ketika dan saat terbaik, paling sesuai ketika penghujung perlawanan ketika pemain kita dah keletihan fizikal dan mental yang gagal kawal tekanan. Saat itulah segala macam serangan, dengan segala kekuatan terakhir beserta semangat juang tinggi membantai pasukan kita yang inzal awal sangat.

Saya percaya Klopp ada keyakinan pasukan kita akan kembali normal. Itupun sebab beberapa tonggak utama kembali cergas. Orang lain kita tak peduli sangat, tapi bila Matip kembali satu macam punya ceria rasanya. Matip takda macam malapetaka habis pasukan. Kita perlukan pemain yang bukan sahaja bola main dari bawah, tetapi pakej lengkap dari segi fizikal dan penting Matip punya ketenangan adalah kunci betapa kehilangan beliau, bila kena tekanan serabut habis pertahanan kita. Walaupun datang percuma dari Schalke, Matip dah biasa main dalam Liga Juara-Juara dan berhadapan dengan penyerang yang lebih bahaya dari penyerang Liga Perdana.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Emre
Mane Firmino Lallana

Kenapa saya tak letakkkan Origi dalam kesebelasan utama pilihan saya. Saya yakin kalau Klopp nak Origi itu pilihan tepat bagi beliau, namun Origi tak mampu main 90 minit lagi.Dia mampu jadi pemain terhebat tapi sekarang perlu berusaha kearah itu. Metaliti beliau ketika pasukan ditekan dengan serangan dari Bornemouth, sangat lemah. Tiada kewaspadaan membuatkan dia kantoi bola dan menyebabkan gol kebangkitan lawan. Malah gol penyamaan takkan berlaku jika Origi cuba celen bola yang dikeluarkan rakan dari kotak penalti dengan bersungguh-sungguh dan cuma gunakan fizikal untuk kawal bola. Jika Origi nak jadi pemain lengkap, beliau kena lihat Diego Costa, pemain yang mampu buat bek lawan resah gelisah tak berani naik menyerang macam bek Bournemouth, Ake dan Cook main sampai jadi penyerang kat atas jaringkan gol.

Lawan kita nanti West Ham memang haprak. lebih haprak dari Bournemouth. Itu orang cakap. Macam juga orang cakap pasal Bournemouth sebelum ni. Lepas perlawanan baru kita tahu atas kertas setiap andaian sebelum ini tak boleh diguna pakai. Macam sebelum ni, Bournemouth kena bantai dengan Arsenal, kita cakap kita pun boleh bantai, tetapi kahirnya kita pula yang kena getah. Kali ini West Ham pun kena bantai dengan Arsenal juga, malah lebih teruk. Saya nak tanya siapa boleh jamin kita boleh buat macam Arsenal buat. Kesebelasan kita dengan geng Meriam setara itu betul, tetapi itupun jika Coutinho pulih dan Lallana cergas. Tapi sekarang sumber kreativiti kita dah kurang, maka saya cakap perlawanan dengan West Ham memang sukar tetapi masih dalam kondisi boleh menang.

Dec 6, 2016

KARIUS DALAM PEMERHATIAN



Apa yang nampak dari perlawanan dengan Bournemouth adalah petanda baik bukan buruk seperti semua orang cemuh. Ini kerana terjawap bahawa terdapat pelbagai kelompongan dalam pasukan dan bagus juga sebab ramai juga peminat dah jadi syok sendiri dan angkuh bahawa pasukan kita ditahap yang terhebat. Saya ada cakap sebelum ini masa akan tentukan akan tiba masanya pasukan kita akan kena getah sebab terlalu menyerang.

Ketiadaan Matip salah satu punca kegawatan pertahanan. Lucas cuma pengganti yang biasa-biasa. Dia main bagus masa lawan Leeds sebab Leeds memang tak sebagus mana bukan sahaja dari segi corak permainan lebih lagi kekuatan mental. Bournemouth punyai pemain yang mentalitinya kuat, sebab jarang ada pasukan yang dah kena 3 boleh menang 4 dengan kebelakangn ini. Macam Carragher cakap dalam bualbicara Skysport, Liverpool takkan dapat jadi juara jika Lucas jadi bek ketiga.

Kembali kepada topik Karius pula, beliau selama diberi peranan sebagai penjaga gawang utama hanya kebal dari bolos dalam 3 perlawanana sahaja. Bab bolos mungkin subjektif, banyak perkara boleh dipertikaikan. Tetapi peranan beliau sebagai penyelamat gawang rupanya bergantung kepada kekebalan benteng didepan beliau rupanya. Statistik tak menipu tengok gambar kat atas, rujukan dari Skysport.

Kalau ikutnya mengikut logik, jika pertahanan Liverpool memang terlalu haprak walaupun dengan bek macam Lucas, patutnya Karius mesti banyak kali kena selamatkan bola, ini tak, kita tengok beliau hanya selamatkan 4 dari 8 percubaan dengan Bournemouth. Kalau nak bandingkan Pickford goli Sunderland yang panas sekarang ni, dia dalam satu perlawanan paling kurang lebih 10 percubaan beliau selamatkan, sebabnya beliau main dengan bek haprak.

Sebab itulah jika Karius nak sampai ketahap Courtious, Cech atau De Gea, beliau kena naikkan tahap persembahan beliau sendiri. Takkan nak harapkan pertahanan nak turun bantu kau setiap masa. Ramai bandingkan beliau dengan De Gea awal penampilan, jadi kita kena simpan cemuhan dan tunggu beliau dapat pengajaran untuk membina kekuatan diri. Tetapi dengan pasukan kita nak cabar kejuaraan Liga persoalan ini perluka jawapan segera dari Karius. Kalau masih sama 2-3 perlawanan maka, jawapan mudah ialah kembalikan Mignolet dan Karius boleh belajar dari bangku simpanan.

Dec 5, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 3-4 BOURNEMOUTH



Perlawanan dengan Bournemouth dah jadi macam cerita lumba lari arnab dan kura-kura. Arnab memang dikenali dengan hebat lumba tetapi bila dah sombong terlelap seketika akhirnya kura-kura yang sampai digarisan penamat sebagai pemenang. Itulah adat dalam bolasepak sebelum wisel penamat dibunyikan, jangan dok main selesa hatta beberapa saat lagi perlawanan tamat.

Sebenarnya Klopp pasrah dengan ketiadaan beberapa tonggak utama. Barisan depan memang tak berapa nak kisah, tetapi bila Matip tak dapat beraksi itulah segala puncanya. Betul Lucas nampak eksyen masa lawan Leeds, tetapi serangan Leeds tak sama kelas dengan Bournemouth. Walaupun masalhnya bukan Lucas puncanya tetapi pengurusan pertahanan oleh Matip memang tak boleh diganti Lucas, apatah lagi kekurangan fizikal dari segi tinggi dan Lucas kurang agresif.

Liverpool bermula dengan angkuh walaupun di laman orang. Sejak awal permainan memang Liverpool kuasai permainan dan buat Bournemouth terperosok dikawsan sendiri. Hinggakan bila mereka nak buka ruang sikit nak menyerang, Liverpool menghukum mereka dengan gol pembukaan Mane. Hasil hantaran lambung Emre, mencari Mane yang buka larian. Bek lawan Ake ditinggalkan Mane, tetapi Boruc menyerbu konon nak membantu tetapi Mane dengan bijak menguis bola kedalam gawang.

Ketika ini barulah Bournemouth nak berasa nak main serang balik. Liverpool pula bagi ruang sedikit kepada mereka dengan mengendurkan serangan dah banyak main hantran selamat dikawsan sendiri. Tetapi itu taktik sempurna, bila lawan alpa satu serangan balas Liverpool sekali lagi memusnahkan kubu Bournemouth. Hantaran pantas Hendo kepada Origi hasil serangan kilat memang bahaya. Bek lawan terdedah, dan Boruc sekali lagi menyerbu konon nak tutup ruang, tetapi Origi bijak melakukan sepakan lencong menjadikan Liverpool kian angkuh didepan.

Pertukaran taktikal Bournemouth diseparuh kedua dengan memasukkan Ibe bukanlah impak utama. Tetapi Ryan Fraser adalah dalang pemusnah Liverpool. Kalaulah Stanislas tak cedera dan Fraser tak masuk lain cerita kan jadi mungkin. Sejurus masuk, pemain lincah itu menaikkan tempo tuan rumah dengan begitu cemerlang. Larian beliau cuba nak masuk dalam kotak penalti dkekang Milner, namun terjahan dari belakang memang tak selamat nak bentes pemain laju. Penalti diberikan tanpa prejudis dan Wislon mengembalikan maruah tuan rumah dengan bangit 2-1.

Kita mulanya dah cuak, adakah Bournemouth akan bangkit nak mengamuk atau itu sekadar ribut dalam cawan, sekali hirup selesai masalah. Namun apakan daya tuan rumah sedang beria-ria nak bangkit mereka dapat kejutan bak kena karen 240Volt. Mane dengan penuh bergaya meggelecek lawan dan melepaskan bola kepada Emre yang melalukan sepakan lencong melepasi Boruc yang hanya mampu terbang bergaya tanpa dapat menyelamtakan bola untuk Liverpool lagi bertambah sombong dengan 1-3.

Namun satu lagi pertukaran yang berjaya mengubah takdir Bournemouth ialah kemasukan Benik Afobe. Beliau berjaya memesongkan dan menjadikan Lucas lubuk serangan. Serangan kilat tuan rumah memang pantas, tetapi yang membuatkan mereka berjaya ialah cara Liverpool bertahan dengan terkial-kial. Sorang demi sorang tak dapat halang serangan kilat Bournemouth. Gerakan dari sayap lawan mencari Fraser yang merembat masuk gol yang membangkitkan nafsu serakah mereka nak bagkit mengamuk.

Origi main tak henti-henti sejak lawan Sunderland. Dia memang nampak kebocoran teruk. Gol sebelum ini pun sebab dia sebab kantoi hingga serang balas lawan berlaku. Gol penyamaan Bourenmoth punya sebab sikap beliau yang hanya tolong tengok bila bola dikeluarkan dari kawasan bahaya dan lawan ambil kesempatan untuk gunakan kepanikan pertahanan Liverpool melakukan hantaran dalam kotak dan tak semena-mena camna bek lawan, Cook merembat masuk gol penyamaan 3-3.

Tuan rumah mengamok sampai tak bagi peluang Liverpool bangun. Dah macam samseng, tibai lawan sampai lembik. Kemenangan tuan rumah memang tak dijangka tetapi Karius dah macam hilang akal, badi hampas Borus terbang kepada beliau. Rembatan Cook dari luar kotak memang laju tetapi tangkap macam orang kena parkinson, bola terlepas dan bek lawan Ake yang main sebagai penyerang membalas dendam sebab penalti tak dapat separuh masa pertama, menolak masuk bola kantoi kedalam gawang Liverpool. Muktamad 4-3 kemangangan buat Bournemouth.

Keputusan camni kita dah biasa lalui musim lepas. Ingat lagi lawan Soton, dari didepan 2-0 bungkus 3-2. Ini kali kedua Liverpool tewas musim ini dengan pasukan bawahan. Masa lawan Burnely kita main dengan kekuatan sebenar, itu mengejutkan sebab serangan tak efektif. Tetapi kali ini serangan kita nampak cemerlang tetapi bila bertahan dari serang balas, kita lemas itu yang mengecewakan. Klopp akui benda bangan ni sealu berlaku, tetapi camna nak ambil ikhtibar dari itu yang kena ikhtiar. Salah satunya kena bangkit masa lawan West Ham nanti. 

Dec 2, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN BOURNEMOUTH



Nasib baiklah kehilangan Coutinho diganti berita gembira Lallana kembali berlatih. Begitu juga Firmino yang direhatkan akibat cedera ringan juga cergas sedia kala. Sekarang opsyen barisan depan cuma tiada Coutinho. Jadi samada Origi akan dapat peluang lagi atau Firmino akan bermain didepan bersama Lana dan Mane belum diketahui hingga saat akhir. Tetapi jika mahu barisan depan yang penuh kreativiti, rasanya Firmino jauh dihadapan Origi. Namun jika Firmino tak cergas rasanya Origi akan dapat peluang lagi.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Emre
Mane Firmino Lana

Jika imbas pelawanan dengan Bournemouth, kita tak pernah menang banyak. Paling tinggi rekod 3-1 dua tahun lepas. Itupun masa mereka masih dalam Liga Kejuaraan. Paling terkini kita menang tipis 1-0 musim lepas di Anfield. Kemain sukar nak menang dengan corak agresif mereka, pada awalnya tetapi gol kontroversi Benteke. Main di Dean Court, Liverpool mengguli perlawanan agak selesa dengan kemenangan 2-0 namun tuan rumah menjarakkan kedudukan dengan menjadikan 2-1 hingga wisel ditiup. Saya ingat lagi perlawanan itu Klopp simpan pemain utama sebab nak fokus Semifinal Piala Europa.

Saya layan juga perlawanan Arsenal masa bantai Cherries 3-1 minggu lepas, sebab mereka main awal pukul 8 malam. Jordon Ibe tak main, tetapi kelibat Brad Smith, bekas bek kiri muda kita main boleh tahan juga. Tapi kualiti Sanchez yang memporak perandakan kubu Cherries memang punca segalanya. Sebab itu kita perlukan penyerang yang fleksibel macam Firmino untuk goreng pertahanan Bournemouth macam Sanchez buat. Malah jika kita main dengan corak yang lebih menyerang, tak mustahil akan ada kenduri besar. Sebab apa Eddie Howe, tak berapa main susun bas, mereka gunakan corak agresif untuk memenangi bola dan cuba menyerang dengan pantas.

Kali ini pendahulu Liga Chelsea bakal bertembung dengan Man City. Kedua-dua pasukan pencabar kita dalam kejuaraan liga. Kita bakal lihat adakah Chelsea akan kekal dengan momentum kemenangan atau City akan menjadi pasukan pertama menamatkan riwayat pencapain terbaik Chelsea itu. Kedua-dua pasukan mungkin akan kalah atau seri, dan keputusan itu kita kena pergunakan dengan sebaik mungkin untuk kekalkan dalam persaingan kejuaraan liga.

Nov 30, 2016

PIALA EFL : LIVERPOOL 2-0 LEEDS


Awal Y2K, pasukan Leeds United memang gah, tetapi satu ketika hampir bankrap dan diselamatkan oleh pemilik mafia Itali. Bukan mafia sangat pun, tetapi perangai suka membuli dan mendesak, tak sabar skit terus pecat pengurus. Sebab itu payah merea nak konsisten. Ntah berapa puluh orang pengurus dah kena pancung sebelum Gary Monk ambil alih.

Pasukan kita turun dengan barisan campuran bertemu Leeds. Pertahanan salin habis, Alex, Lucas , Klavan dan Moreno. Serta Mignolet digawang. Gigi dan Emre kekal dan Stewart bertindak sebagai pivot. Ejaria main dikiri bersama Mane dikanan dan Origi bertindak solo kat atas. Corak permainan tak berubah dan rasanya pemain baru masuk memang terlatih untuk main corak kesebelasan utama.

Boleh tahan juga taktikal Monk. Mereka taklah main susun bas cuma pasukan kita yang memaksa mereka main sebegitu. Tetapi serangan balas mereka lebih berkualiti berbanding Sunderland mahupun Soton. Seperti biasa separuh pertama, pasukan bermain ultra bertahan memang fokus dan berjaya mengekang kita. Pemain kita punyai peluang terutamanya Gigi yang menembak tersasar. Peluang yang lain banyak diselamatkan hero Leeds, yakni goli mereka Silvestri.

Separuh kedua, Liverpool menyerang ke arah Kop End. Leeds masih lagi jumud bertahan dan sekali sekala buat kejutan. Sepakan lencong penyerang mereka nasib baik terkena palang dan ketika itu Mignolet dah kejang. Rasa nak maki Stewart sebab kantoi ketika nak larikan bola. Tetapi semangat dan keterujaan Leeds sejuk sekejap saja. Liverpool tak selalu nak kantoi bodo dan biarkan lawan ambil kesempatan lagi selepas tu.

Rezeki gol datang dari situasi yang tak disangka. Bek Kanan muda, Alexander melakukan hantaran lencongan kedalam kotak bila nampak Origi buat larian. Hantaran beliau punyalah gempak hinggakan Origi hanya perlu menjulur kaki dan bola masuk kedalam gol. Lama dah tak tengok hantaran sebegitu, rasanya bek kanan kita yang selalu buat sebegitu dulu tak lain tak bukan Steve Finnan. Origi punya penyudah kian menyengat2 sejak tibai Sunderland tempohari.

Klopp beri peluang sekali lagi kepada pemain penyerang muda Wales, Ben Woodburn di penghujug permainan. Kelibat beliau tak nampak selincah pemain sayap sebab dia lebih kepada penyerang tengah. Namun apa yang dipertontonkan dalam gol kedua Liverpool adalah karektor Woodburn. Serangan Liverpool bermula dari kanan Origi melarikan bola dari kanan mengacah acah pemain Leeds tetapi dia pemurah dengan buat lorongan kepada Gigi. Gigi tak sempat nak pegang bola dan menguis kepada Woodburn dan pemain muda itu merembat padu menerjah jaring.

Woodburn telah memecah rekod lejen Owen, sebagai penjaring gol paling muda dalam sejarah Liverpool , 17 tahun 45 hari. Macam cerita lajenda si Owen dulu, lepas dia jaringkan gol itu terus naik mencanak hinggakan menang Piala itu ini dan dapat Anugerah Pemain Terbaik Eropah. Harap Woodburn dapat ikuti perjalanan karier macam Owen tapi jangan ikut perangai huduh belah pergi Madrid dan main dengan Setan Merah. Satu lagi perlawanan ini nostalgia bagi Alexander yang pernah jadi maskot kepada Carragher dalam perlawanan dengan Leeds.

Liverpool telah melangkah ke pentas separuh akhir Piala EFL bersama Hull yang menewaskan Newcastle. Kita bakal tunggu perlawanan Arsenal-Soton dan Menyu-West Ham untuk tahu siapa bakal kita bertemu di perlawanan separuh akhir nanti. Tak kira siapa kita hadap, rasanya dengan kebolehan pemain muda sekarang Piala ni boleh jadi satu bonus jika ada rezeki.


Nov 29, 2016

PIALA EFL : LIVERPOOL LAWAN LEEDS

Krisis kecederaan terkini pemain utama meresahkan. Coutinho paling kurang 2 bulan. Sturridge kurang dari itu , itu belum tengok lagi Firmino yang terhencot2 akhir perlawanan dengan Syarikat Bas Sunderland. Mujur dengan Lallana dah kian cergas. Kekurangan bahagian serangan akibat musibah ini pastinya akan terkesan dengan perlumbaan untuk kejuaraan Liga.

Mignolet
Clyne Matip Lucas Moreno
Grujic Stewart Emre
Ejaria Origi Woodburn

Setakat ini Mane, Origi dan Firmino pemain bahagian hadapan yang ada. Dalam perlawanan dengan Leeds dalam Piala EFL harap kena rehat Mane dan Firmino. Peduli apa mereka sihat atau tak. Piala cap ayam ni tak penting sangat sampaikan nak letakkan risiko kecederaan lagi. Malang tak berbau, risiko lawan pasukan Liga Kejohanan yang robus, kena pastukan pemain yang lasak sahaja main.

Saya rasa pemain muda tak ada masalah nak masuk dalam skuad utama zaman Klopp. Masa lawan Derby dalam pusingan sebelum ni, Grujic, Alexander dan Origi bermain mantap. Mungkin ramai cakap boleh la masa tu Sturridge yang mengganas, tetapi kerja keras pemain lain tak diberi kredit langsung sebab Sturridge lebih prolifik dengan bek lawan yang kurang mantap.  Kualiti Origi cucuk angin saja dengan Sturridge masa tu.

Perlawanan ini nanti dengar kata ditayangkan dalam Astro Superspot 814, pukul 3.45pagi waktu tempatan. Jadi sesiapa yang sedang bercuti macam abam pasti akan layan sampai lebam biji mata. Bagi yang kerja pagi dan terlepas tak dapat tengok, insha Allah abam akan bagi rangkuman perlawanan ini sebaik mungkin. 

Nov 27, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 2-0 SUNDERLAND



Setelah bersara secara rasmi Abam Gerrard kembali ke Anfield sebagai lejen dan melihat sendiri transformasi Kloppomania. Sayang sekali dia tak dapat rasai pengalaman bermain dengan jurutaktik dari Jerman itu. Saya tengok gerak badan dan reaksi pemain mereka main cemerlang sebab bangga Abang Long balik tengok adik2 main.

David Moyes dah nampak sangat set Sunderland sejak awal dah main susun bas. Sesak betul cam sardin depan pintu gol. Konon-konon Moyes nak main versi Soton haritu, tetapi apakan daya pakej tak kena. Mungkin separuh pertama mereka nampak berjaya, itupun sebab Coutinho keluar awal akibat hentakan lawan kat buku lali.

Bila taktik pemalas Sunderland main, maka Liverpool terpaksa main separuh padang sahaja. Sebelah sendiri Karius dok garu kaki sebab kena hurung lalat. Kalau ada pun serang, main serang ala gerila komunis, nak serang tapi takut2. Defoe kena sita terus oleh bek kita, namun Anicibae nampak lain macam punya sado. Bukan setakat otot dah mantap, tetapi sel2 otak dah berhubung sejak tak main dengan Everton.

Separuh pertama peluang banyak macam nak dapat gol tetapi semua sipi2 belaka. Lovren, Mane, Origi dan Firmino serta Mat Gigi tak silap masing2 ada sahaja peluang yang dapat tetapi kelaut akibat betapa padatnya hentian bas Sunderland mengekang dan menjadi penghalang utama. Pemain kita ada idea tetapi pemain lawan memang macam dah berlatih gitu kot sebelum ni. Idea mereka nampaknya mengena dan Liverpool terkial nak rempuh pintu bas yang rasanya lebih dari London Double Decker.

Separuh kedua perancangan Moyes masih kekal tak bergerak lagi bas mereka. Seronok bukan main sebab mereka sangka tiada ruang lagi bagi Liverpool sebab kreativiti Liverpool mereka anggap pergi bersama Coutinho yang cedera. Tapi silap posisi dan kerja bijak Firmino sebaik Coutinho, malah dia nampak lebih ngam disebelah kiri. Main kat mana pun bila Firmino memang bergaya, bila dia pegang bola dan2 teringat Suarez.

Kemasukan Origi menambah kesadoan barisan depan. Bukan senang nak buli Origi, dia memang tak lembik macam awal penampilan. Rezeki dia sebab Mat Sentap cedera. Itulah cakap, bila bersabar masa permainan akan dapat punya. Cuma kena bersedia mental fizikal. Macam kena Toto, Origi memang bawa rezeki bersama beliau dalam pasukan. Gol pembukaan Liverpool memang tak disangka sebab rembatan Origi tetiba masuk sebab dia ambil keputusan tepat rembat saja masuk atau tak itu lain hal. Tetapi teknik rembatan yang melantun menewaskan Goli Sunderland. Liverpool mendahului 1-0.

Kena sebiji Moyes macam terbangun dari lena bak pemandu bas yang terlepas trip. Mereka terpaksa longgarkan pertahanan dan keluar menyerang untuk cari gol penyamaan. Ketika ini barulah kita tengok Karius punya kehebatan. Dia mematahkan serangan Sunderland dengan meluru menampam bola. Tetapi itulah peluang yang ditunggu Liverpool, nak dekat habis perlawanan Mane punya pailang baru keluar. Dia memang pantas macam pelesit, bila serangan kilat bola dibawa pantas tak terkejar pemain Sunderland. Namun bek Sunderland sengaja bentes beliau dan penalti kepada Liverpool. Milner mengambil tugasan biasa dan meledakkan penalti untuk Liverpool membunuh perlawanan dengan 2-0.

Kemenangan kali ini melonjak kembali Liverpool disinggahsana Liga Perdana Inggeris. Sementara tunggu apa keputusan Chelsea dan Spurs. Kecederaan Coutinho nampak parah tetapi ada cakap tak serius seperti yang disangka. Jangan rehat lama sebab kita dah hilang dua pemain kreatif setakat ini. Jika Sturridge tak pulih lagi untuk perlawanan seterusnya alamat Woodburn bakal dapat peluang lain setelah buat penampilan pertama dalam liga. Bagi saya semua pemain cemerlang, tetapi pemain paling menonjol ialah Emre Can. Dia nampak lebih dominan dari minggu sebelum ini. Jadi abam bagi dia pemain terbaik perlawanan.

Nov 26, 2016

PENGHORMATAN BUAT LAGENDA STEVEN GERRARD


Steven Gerrard, legenda Liverpool telah menggantung but secara rasmi. Jika ramai yang perasan, zaman kemunculan beliau tak dengar langsung ada pemain muda yang sebegini bagus. Sebab apa ketika itu seluruh dunia sedang fokus kepada penyerang muda Liverpool, Michael Owen. Saya mungkin terlepas pandang, sebab rujukan terhad, hanya ikuti perkembangan Liverpool melalui majalah Liverpoolfc serta Match dan Shoot. Tak ada liputan sangat, sebab zaman itu Setan Merah. Man United saja jadi bualan.

Saya ingat-ingat lagi perlawanan dengan Blackburn. Mamat kepala dogol mana plak yang masuk ganti Vergard Heggem, kemain agresif lagi. Tapi itulah dikatakan sengsara orang bahagia kita, bila Jamie Redknapp cedera, Liverpool hilang tonggak tengah yang berwibawa. Tetapi Houllier nampak, Gerrard pemain potensi ganti Jamie. Ruapanya baru tahu Gerrard bukan bek kanan, tetapi kat pasukan remaja beliau adalah perancang utama. Salah satu sebab Owen meletop katanya sebab Gerrard banyak bantu beliau dengan hantaran cantik dari tengah. Orang kata mereka macam ada kuasa telepati bila main bersama.

Awal penampilan, saya tak nampak sangat apa istimewa mamat dogol ni. Agresif sangat, tambahan pulak main tengah bertahan bersama dengan Dietmar Hamann. Kira bola terlepas, nak terjah dan main kalut nak buat hantaran, tanpa main kawal tempo.  Aspek permainan bertahan dengar kata banyak dia ikut perangai Hamann. Tetapi kehadiran Garry Macclister, Gerrard banyak belajar cara nak kawal diri dan tempo, serta paling berjaya sekali dia dapat ilmu Setpis, dari pakar sepakan percuma tua itu. Mungkin kebetulan mereka sama-sama botak kot.

Selebihnya Gerrard tak menoleh kebelakang lagi. Selepas dua tahun, dia menang rekod  4 Piala, Piala FA, Piala Liga, Piala UEFA dan Pila Super UEFA. Dia menang macam-macam mungkin dapat pasukan yang terbaik ketika itu. Malah pemain sekeliling banyak membentuk keperibadian beliau dalam corak permainan beliau, termasuk pengurus Houllier. Tetapi dia bukan penumpang dalam pasukan, tak silap dekat sepuluh gol dan majoritinya ohsem dan mabeles belaka. Malah musim tu dia gondol anugerah Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Inggeris.

Fasa kedua, adalah selepas Houllier kena pecat. Nak tahu Gerrard hampir nak sertai Chelsea, sebab dia dapat tawaran hebat. Tetapi bila tahu pengurus baru yang datang, Rafa Benitez jenis pengurus berjiwa pemenang, koleksi Piala La Liga dan UEFA dengan Valencia, hati berbolak balik dah jadi tenang untuk kekal. Dengan gandingan bersama seorang lejen Liverpool, Xabi Alonso yang dibawa oleh Rafa, permainan Gerrard berevolusi lagi kerana dia banyak mendapat lesen untuk menyerang.

Nah musim 2004/05 melihat keajaiban Istanbul, Liverpool menang Piala Eropah, buat kali ke-5. Beliau memang ketua yang benar-benar membangkitkan kemelesetan 0-3 dan jaringan pertama membuatkan Liverpool dapat penyamaan 3-3 dan menang penalti. Ketika itulah dia punya aura sebenar sebagai kapten terserlah. Musim itu juaga dia dinobat Pemain Terbaik Piala EUFA dan nyaris menang Pemain Terbaik Eropah. Sekali lagi Chelsea menyondol lagi nak dapatkan Gerrard. Harapan Mourinho punah sebab Gerrard rejek beliau dan sambung kontrak baru.

Fasa  kemerosotan Liverpool untuk konsisten dapat Piala, walaupun berselit-selit Piala Liga dan Piala FA. Namun prestasi Gerrard tetap konsisten sebab Liverpool sentiasa dalam kelompok 4 terbaik dan main dalam Liga Juara-Juara Eropah. Dia masih kekal setelah Rafa dipecat. Namun ada ura-ura yang tak enak didengar, Gerrard antara merungut hingga Rafa dipecat sebab menjual Alonso. Malah kemasukan Roy Hodgson mendapat restu beliau dan Carragher. Mungkin mereka sendiri terlalu yakin dengan pengurus yang berjaya membawa Fulham sebagai finalis Piala UEFA.

Pengganti Hodgson, Kenny Dalglish kembali mengembalikan kemarau Piala. Gerrard sekali lagi membawa pasukan dengan menang Piala Liga tetapi tewas dalam final Piala FA. Namun Dalglish cuma membawa pemain yang iras-ras Gerrard iaitu Henderson dari Sunderland. Mungkin pengganti jangka panjang. Tetapi sekali lagi Liverpool diambang kemerosotan bila Kenny beli pemain yang tak masuk dengan sistem sedia ada dan terpaksa menjual gandingan terbaik Gerrard iaitu Torres. Nasib baik Suarez dapat menyelematkan keadaan.

Fasa terakhir ialah bila Dalglish kena pecat dan digantikan dengan pengurus Swansea, Brendan Rodgers. Falsafah tiki-taka dengan hantaran pendek bukan kegemaran Gerrard, tapi itu bukan masalah sangat. Masalahnya dia bukan tengah bertahan dan juga tak mampu dah nak main kotak ke kotak macam muda-muda dulu. Jadi nak main dalam formasi 4-3-3 , dengan 2 pemain tengah yang fleksibel memang sikit rumit. Tetapi bila dah otai, dia mampu juga main dibahagian bertahan cuma faktor kepantasan kadangkala jadi masalah kepada pasukan.

Musim 2013/14 adalah musim Liga Perdana Inggeris terlepas dari gengaman. Saya rasa ketika itu Gerrard jadi bahan ejekan sebab tergelincir yang menyebabkan Demba Ba menjaringkan gol lantas tewas kepada Chelsea dan peristiwa itu membuatkan Liverpool terlepas persaingan saat akhir kejuraan Liga Perdana Inggeris kepada Man City. Gerrard menyalahkan diri sendiri sebab dia rasa bertanggungjawab atas insiden itu. Sebab itulah beliau menolak untuk perbaharui terma yang dikatakan mahu beliau jadi pemain selaku jurulatih. Lagipun dia masih mahu main sepenuh masa.

Pemergian beliau dari Liverpool, memang saya rasa sesuatu yang janggal. Tetapi Gerrard menolak untuk main di EPL walaupun ketika itu Man City mahukan beliau sungguh-sungguh. Penghijrahan ke Liga Bolasepak Amerika Syarikat macam makan angin sahaja. di LA Galaxy, dia masih menyengat tetapi tak mampu bawa pasukan LA untuk dapat sebarang Piala. Sebab itulah Gerrad berhasrat gantung but dan terjun kebidang kejurulatihan dan pengurusan. Saya dah tulis sebelum ini tentang itu dalam entri tawaran-pengurusan-untuk-steven-gerrard.html .

Ramai peminat berharap Gerrard jangan bersara dulu, kembali ke Liverpool sebagai pemain/jurulatih dan kalau ada rezeki boleh dapat Kejuaraan Liga. Tetapi  beliau nekad dan dah tak mampu nak perah fizikal dan mental dipadang bola. Kita terima semua itu dengan hati terbuka. Namun hasrat nak terjun kebidang kejurulatihan mendapat reaksi positif dari pengurusan Liverpool. Klopp sendiri nak Gerrard naik dari bawah, belajar dan lengapkan lencana kejurulatihan bersama Akademi Liverpool. Sebab dia mahu pemain lajenda Liverpool itu tak berhenti sekerat jalan jika ambil jalan pintas jadi pengurus secara bidan terjun. Harap suatu hari nanti Gerrard boleh jadi pengganti Klopp, kalau Klopp dah cemuih menang banyak Piala dengan Liverpool kelak.

Nov 25, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND

Minggu lepas kita dah turun takhta liga, hanya sempat kekal seminggu. Akibat tak gunakan peluang sepenuhnya, keputusan seri cukup bagi kita sedih. Sebab apa prestasi pasukan ditahap terbaik dan rasanya kalau penyudah tajam menikam, 3-4 biji gol dalam tangan. Mungkin itu sahaja itu satu amaran bahawa pasukan kita kena sedar,prestasi lepas takkan berpanjangan jika tak usaha keras.

Sindrom balik dari khidmat negara, salah satu punca ada pemain pancit dan lelah. Jadi peraturan Klopp masukkan Coutinho dan kekalkan lebih 80 minit jadi tandatanya. Namun semuanya dah berlalu, pemain dah kembali dalam mod cergas dan tuntas. Setakat ini hanya Lallana tak hadir latihan dan kecederaan beliau ambil masa lagi 2-3 minggu nak pulih. Jadi pasukan kita cukup korem untuk menati kehadiran Moyes dan geng kucing hitam, Sunderland.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Emre
Mane Firmino Coutinho

Walaupun Sunderland masih dalam kelompok tercorot , namun prestasi lepas mereka dok bangga sangat sebab menang 2 perlawaan berturut2. Kemasukan Anichebe, anak emas Moyes kat Everton dulu banyak membantu . Dia nampak ngam sekali dengan Defoe. Itu yang kena jaga sebab gandingan Defoe-Anichebe memang agak bahaya jika mereka main dengan bersemangat.

Apa yang boleh cakap selain menang,keputusan  yang lain pasti mengecewakan. Bukan pa, orang lain buat Sunderland lubuk mata,takkan kita nak buang mata berharga kot. Apa yang pasti mereka akan cuba main macam Soton dan cuba curi satu mata kalau boleh. Jangan main poyo lagi, kita harap boleh kendurikan Sunderland, dan kembali potong Chelsea yang bakal bertembung Spurs tak silap minggu ini.

Nov 23, 2016

TAWARAN PENGURUSAN UNTUK STEVEN GERRARD



Dalam rekod yang saya ingat, tak ramai bekas lejen Liverpool yang berjaya dalam perjalanan sebagai pengurus. Cuma Kenny Dalglish, yang berjaya. Selain itu jawatan pengurus merupakan sumpahan kepada Greame Souness, Kevin Keegan, John Barnes serta yang terbaru sikit Sami Hyypia. Namun kalau bab nak membahan dan mengata orang, rasanya bidang Pengulas TV, ramai yang berjaya ditonjolkan seperti Mark Lawresnson, Alan Hansen, Greame Souness, Jamie Redknapp dan Jamie Carragher.

Apa yang membuatkan Raja Kenny, berjaya sebagai pengurus. Tiada rahsia besar mungkin sebab beliau dapat kelab besar macam Liverpool orang cakap. Tapi apa boleh orang cakap pula dengan Greame Souness yang mewarisi pasukan terbaik dari Dalglish, pasukan yang menang serba-serbi Tanda-tanya bagaimana Souness tak mampu nak warisi tradisi hebat kejuaraan, malah bagi pelingkup Liverpool dan membiarkan Man United bangkit jadi kuasa besar bolasepak Inggeris.

Apa yang saya nampak, laluan yang diambil oleh Dalglish ialah laluan bijak. Beliau sudah buat persediaan untuk jadi pengurus sejak jadi pemain Liverpool lagi. Sebab itulah setelah Joe Fagan buat keputusan mengejut untuk bersara, Liverpool tak kelamkabot nak cari pengurus luar. Mereka punyai lantikan dalaman yang sudah cukup bersedia luar dan dalam untuk pegang kelab yang dalam reputasi sebagai juara. Sebab itulah kita tengok Dalglish berjaya sebagai pengurus Liverpool.

Lagi satu Dalglish tak nak  jadi pengurus sepenuh masa, dia masih mahu dalam pasukan sebagai pemain sebab dia masih boleh main, baru 34 ketika itu. Bila mengurus dan berlatih dengan pemain, mungkin pemain tak berasa janggal sebab mereka berlatih bersama-sama pengurus. Macam kita bekerja dengan boss yang buat kerja sama-sama. Boss tahu sudah payah kita dan kita pun seronok bila boss bantu jika ada masalh. Tetapi bila dapat boss yang hanya tahu mengarah itu-ini, tapi pasal buat kerja haram apa pun tak tahu, maka kadang-kala penghasilan kerja pun kelaut.

Jadi apa yang saya naik kaitkan kat sini berkaitan dengan lejen kita Steven Gerrad dalam nak bina kerjaya dalam bidang pengurusan. Sejarah Dalglish dan Souness boleh buat pengajaran kepada beliau. Samada nak terjun dalam bidang pengurusan cara mudah dengan jadi jurulatih dahulu, atau terus buat pandai terjun sebagai pengurus tanpa persediaan rapi. Sebab sekarang beliau sedang beria-ria nak terjun dalam bidang ini setalh nak gantung but terus sejurus musim Liga Bolasepak Amerika Syarikat berakhir.

Jika beliau kembali ke Liverpool dan bekerja dengan Klopp, ambil lesen Pro, rasanya itulah laluan terbaik. Ianya mungkin sama dengan laluan Dalglish dulu. Namun jika nak ambil kelab besar terus, jadilah macam Souness dan Keegan. Cuma nak imbas sedikit, kalaulah masa Brendan Rodgers nak Gerrard jadi pemain sambil jadi jurulatih dulu Gerrard ambil, rasanya itulah pilihan terbaik sama macam Dalglish buat sikit masa dulu. Tapi beliau rasa dia masih mampu main, apa boleh buat tawaran emas itu ditolak.

Harap kali ini Gerrard buat pilihan terbaik sebab ianya bakal tentukan masadepan karier beliau. Kalau dia ambil risiko turun sebagai pengurus kepada kelab besar atau kecil, tak siapa menghalang sebab manatahu nasib menyebelahi jadi gempak macam Guardiola atau Zidane. dan tak melingkup  macam Souness atau Keegan. Kalau tak menjadi nanti pun (bukan nak minta) saya rasa beliau akan dialu-alukan untuk jadi pengulas sukan siaran sukan. Nak tengok dia dengan Carragher membahan Gary Neville plak.

Nov 20, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 0-0 SOUTHAMPTON


Walaupun sekadar seri tapi perasaan kecewa tak boleh nak cakap. Bukan sebab main tak elok tetapi peluang banyak dipersia-siakan. Rasanya inilah akibat dan hasil dari perlawanan peringkat antarabangsa yang dilalui oleh beberapa pemain kita. Yang paling menonjol ialah Coutinho. Beliau nampak begitu tak bertenaga nampak dari cara main beliau yang lain dari kebiasaan. Bukan nak harap beliau seorang tetapi, pemain lain seperti Mane dan Firmino nampak begitu hambar penyudah mereka. Kalau penyudah semua cantik, rasanya dah jadi lauk Sotong bersambal malam tadi.

Soton memang main cara tak nak kalah. Memang mereka tahu mengukur baju dibadan sendiri. Kalau main lebih terbuka, memang sengaja cari nahas. Saya rasa pemain terbaik mereka ialah Van Dijk, walaupun goli mereka Forster pun boleh tahan juga. Pemain pertahanan Belanda itu memang begitu ohsem bukan sekali tetapi berkali-kali. Mane yang memang hantu rempit pun kena kuntau dengan beliau susah nak lepas. Rasanya musim depan kalau Klopp nak bek tengah baru, mamat ni boleh dibawa berbincang.

Satu perkara yang kita nampak ketara ialah bagaimana kemasukan Sturridge mengubah corak Liverpool nampak lebih tersusun dan bahaya. Kita dok kutuk beliau tak masuk dalam permainan masa Mane-Firmino dan Coutinho menjadi, tetapi bila trio tu jahanam, barulah kita nampak impak Sturridge jika diberi peluang. Tetapi sayang sedikit sebab Klopp melambatkan kemasukan Sturridge. Patutnya awal sikit, bukan nak dekat 10 minit terakhir baru nak tukar. Mungkin kalau Sturridge dapat peluang awal, lain cerita bila wisel penamat ditiup.

Akhirnya pasukan kita dah tak mebolos lagi. Itu perkara positif yang kita boleh bangga dari perlawanan tadi. Nak kata Soton tak menyerang, ada juga 3-4 serangan bahaya terutamanya dari Austin. Setakat sekarang kita masih lagi diatas sama mata dengan City , sementara tunggu keputusan Chelsea esok. Apa pun keputusan ini pasti buat Klopp pulang ke padang latihan dan pertingkatkan keupayaan pasukan untuk perbaiki apa yang patut. Rasanya selepas ini semua hero kita dah cergas , kita pasti penyudah takkan tumpul dan berkarat lagi kot.

Nov 18, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Lega sungguh bila antarabangsa sudah selesai. Memang kempen kali ini nampak cemerlang bagi kebanyakan pemain kita. Namun setakat ni Lallana seorang yang kita tahu pulang dari arena antarabangsa dengan cedera. Yang lain sedang diuji tahap kecergasan untuk main dengan Southampton minggu ini. Seperti sedia maklum, kita bakal bertemu dengan pasukan Akademi bolasepak kita sendiri, iaitu Southampton. Pelaburan dekat £100 Juta Pound, Liverpool telah membiayai si Soton untuk menjadi tempat rekrut pemain. Kiranya jika ada pemain Soton sekarang ni yang mantap, pastinya musim depan akan pakai jersi Liverpool.

Lawak tak lawak, hakikatnya Soton memang cekap bab beli pemain. Bila dijualnya Lovren, mereka beli Van Dijk yang bagi saya lagi bagus dari Lovren. Gandingan Van Dijk dengan Fonte memang kemas, dan mantap. Cuma kehilangan Wanyama, memang dapat dirasakan oleh pertahanan Soton yang tidak ada kereta kebal didepan mereka. Kehadiran Oriol Romeu dari tak mampu pikul tugasan yang ditinggalkan Wanyama. Seperti Van Diyk, penjualan Mane diganti dengan pemain yang murah tetapi boleh tahan iaitu Redmond.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Emre
Mane Firmino Coutinho

Dah boleh dijangka siapa pengganti Lana nanti. Siapa lagi kalau bukan Wijnaldum atau Mat Gigi .Tak payah nak memandai nak letak Coutinho kat tengah sebab buang masa dan tenaga beliau, kerana Coutimho lebih diperlukan nak rembat bola jarak jauh dan membantu rakan buat gol. Katakanlah Klopp nak rehatkan Coutimho sebab faktor kecergasan, Sturridge Mat Sentap, boleh bagi peluang main dulu dan bila dia nak pancit boleh tukar Coutinho. Pemain lain rasanya dalam keadaan tip-top, tak perlu perubahan sebab tak ramai yang main dengan negara masing-masing.

Corak permainan jurulatih baru, Claude Puel memang lain dari zaman Koeman. Mereka main  lebih fleksibel dengan corak permainan 4-4-2 Berlian. Austin bergandingan dengan Redmond, seorang penyudah dan seorang lagi pemecut. Tapi yang kena jaga betul-betul ialah Dusan Tadic, dia perancang utama Soton dan banyak gerakan bahaya beliau dari tengah dan lorongan cantik beliau bagi rakan memudahkan sumbat gol. Kalau pemain kita dapat sekat Tadic, sumber kreativiti Soton pasti akan terkantoi dan aman sikit pertahanan kita.

Saya anggap pasukan kita boleh ratah Soton nanti, jika dilihat dari corak serangan kita . Jika Coutinho tak rembat jauh, Mane akan menyelinap lipas kudung jolok gol dan Firimino dalam yang kurang tamak, juga boleh berada dalam kedudukan penjaring gol juga. Tetapi al maklum mereka juga akan dapat peluang yang sama. Bagi rakan yang mengidam nak tengok pasukan kita tak lepas gol, rasanya  perlawanan ini berpotensi jadi sebaliknya dengan masing-masing berbalas gol. Sebagai tuan rumah, Soton takkan nak main bertahan kot, mesti nak tunjuk hero depan peminat sendiri.

Nak jatuh mudah, tetapi nak kekalkan kedudukan takut gayat berada dipersada Liga Perdana. Pasukan kita layak berada diatas minggu lepas dengan usaha sendiri, namun prestasi lawan seperti Arsenal dan Man City banyak membantu. Sekarang Chelsea sedang mengikuti rapat dan saya harap jasa baik Middleborough sekali lagi main gempak macam seri dengan Man City. Arsenal juga pencabar terdekat, namun mereka bakal lawan Menyu dan pelaung tipis sebab rekod, Wenger dengan Mourinho, banyak dapat dekat Jantan Istimewa. Jadi peluang nak kekal diatas cerah, jika tak buat taik masa lawan Soton nanti.

Nov 16, 2016

KEWASPADAAN TAHAP KECERGASAN COUTINHO



Cerita perpindahan khabar angin tentang Coutinho memang menghanginkan peminat Liverpool. Tapi itu bukan topik malam ni. Kita nak cerita tentang berapa lama Coutinho nak meletop-letop sebelum dia akan pancit terbabas macam sebelum ini. Kekhuatiran ini bukan saya yang bangkitkan tetapi Klopp ada berbicara tentang itu beberapa hari selepas Coutinho menjadi buah mulut peminat bolasepak kerna menjadi ayam tambatan Brazil sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia.

Coutinho telah mengharungi 170 minit dengan Brazil, menjaringkan gol cantik ketika memang dengan Argentina 3-0 dan bermain 85 minit lawan Peru ketika menang 2-0, pagi tadi. Beliau telah bergegas balik ke Melwood sejurus perlawanan, sebab pihak pengurusan Liverpool, Chelsea dan Man City kawtim duit tambang Jet Peribadi, untuk membawa balik kontinjen Brazil ke England. Sejurus tiba Coutinho akan diakses tahap kesihatan dan kecergasan samada boleh main dengan Southampton kat tempat lawan hujung minggu ini.

Rejim sebelum ini, maksudnya zaman Brendan saya perhatikan bila Coutinho pulang dari kem Brazil dia mesti akan buat perangai. Memanglah dia jarang dapat peluang sangat dalam kesebelasan Brazil ketika itu, tapi buang masa dengan latihan dan berada sepanjang perlawanan , pergi dan balik beribu Kilometer memang memenatkan. Kalau yang biasa pergi luar negara, tahu istilah "Jet Lag", badan penat sebab faktor perjalanan jauh. Kita yang naik bas dari Utara ke Kuala Lumpur pun, lenguh-lenguh badan dan krem habis kaki-tangan.

Kita nak tengok apakah sekarang dengan Jurulatih Kecergasan baru, Andreas Konmayer masalah pancit Coutinho akan berakhir. Kalau kecederaan kita tahu itu tak dapat dielak, kena pemulihan rapi. Tetapi dari segi kecergasan, kita akur Coutinho dah tak lembik macam mula-mula datang. Namun corak permainan Gegenpressing memerlukan pemain beraksi lebih agresif dan kecergesan ditahap optimum. Fokus terhadap Coutinho bukan nak abaikan pemain lain, tetapi sebab Coutinho tak macam pemain lain, sebab turun-naik prestasi beliau sebelum ini banyak berkaitan tahap kecergasan. 

Nov 15, 2016

APA CERITA TENTANG MASA DEPAN STURRIDGE



Dalam keadaan pasukan yang serba cemerlang, gemilang dan terbilang, semua bercerita tentang gandingan Coutinho-Firmino-Mane. Kehebatan mereka telah menaikkan pasukan hingga ke puncak persada Liga Perdana. Bukan saja dek kerana prestasi ,  tahap kecergasan mereka tip-top, pemain simpanan makan hati berulam jantung kat bangku simpanan dok tunggu peluang. Paling dok buat muka sentap ialah Sturridge sebab dia anggap patut dapat peluang tak selalu pun sekali sekala. Bukan setakat main dalam Piala EFL cap ayam sahaja. Dia nak main dalam perlawanan Liga itu memang hasrat beliau.

Semenjak dua menjak tak diberi peluang main, ternyata dia tkembali cergas. Bila main dengan pasukan England, memang meletop-letop, boleh dikatakan dok jaringkan gol selalu. ada yang musykil kenapa peluang belum kunjung tiba. Rasanya ramai tahu kualiti ketajaman depan gol beliau ohsem, namun pemalas nak tolong bantu rampas bola, itu yang membuatkan pilihan Klopp beralih kepada Firmino. Setakat ini jika tanya semua peminat pastinya tak peduli Sturridge ada macam takda.

Bagi saya Klopp tak pinggirkan Sturridge untuk jangka masa panjang. Keperluan pemain itu dalam sekuad amat penting. Januari ni Mane akan ke Kejohanan Piala Africa, AFCon. Tika dan saat itulah Liverpool perlukan pemain yang boleh selit dalam pasukan dengan segera. Opsyen pembelian Januari nampak mengujakan, ramai dikaitkan daripada Pulisic, Turan dan ramai lagi. Namun tak semua boleh janjikan boleh masuk terus dalam kesebelasan utama, samada nak sesuaikan dengan corak permainan atau tempo bola Inggeris.

Sebab itulah Sturridge adalah opsyen mudah untuk ganti Mane ata
u pemain serangan lain yang mungkin cedera atau digantung permainan.  Setakat ini memang dia nampak kurang menyengat bila diberi peluang, tetapi masa lawan Watford kita boleh tengok percubaan beliau nampak bahaya, cuma nasib tak menyebelahi. Masa zaman dengan Suarez, penyudah Sturridge memang terbaik, sebab saya yakin ianya berkaitan dengan keyakinan diri bukan  kehebatan kian tumpul.

Apapun semuanya bergantung kepada Klopp juga. Jika dia dah fedap dengan Sturridge sebab ada opsyen macam Origi atau perpindahan Januari itu, itu hak dia. Namun jika nak jual Sturridge pada perpindahan Januari , memang bukan pilihan bijak. Sebab bagi saya jika nak cabar kejuaran Liverpool perlukan opsyen dibangku simpanan yang betul2 berkualiti, bukan pemain baru yang belum tentu boleh tahan kena sepak terjah bek2 Liga Inggeris yang ganas. Jika ditanya sekali lagi, saya katakan Sturridge patut kekal sehingga musim depan, samada Liverpool berjaya dapat Juara Liga atau tidak.

Nov 12, 2016

TRUMP, NEW BALANCE DAN LIVERPOOL



Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dah dimenangi Donald Trump dari Parti Republikan. Sejak minggu lepas beliau jadi topik perbualan kedai kopi, kantor2 dan juga di alam maya. Topik pasal Trump mengatasi isu minyak masak naik harga, minyak petrol naik 15 sen dan juga RUU355. Fokus kepada beliau memang dasat. Apataknya dia sorang berpewatakan gila glemer dan Presiden pertama yang pernah kena terajang telur dan kilas kepala dengan Steve Austin "Stone Cold".

Kat Malaysia ada pro dan kontra dengan Trump. Trump punya polisi sama macam polisi Brexit UK. Banyak membangkitkan semangat Nasionalis Bangsa supaya undi memihak mereka. Ada pihak yang jadi Anti-Trump mereka sedih sebab Trump lebih Pro-Israel dan Anti-Muslim. Lagi satu polisi Trump dalam manisfesto beliau ialah  nampak macam nak tarik pelaburan Amerika di luar, mungkin Asia dan Malaysia juga sebab banyak Kilang-kilang USA kat sini.

Namun ada yang seronok sebab TPPA yang dimetrai Najib dengan Obama, dalam bahaya. Mereka harap Trump menarik balik TPPA dan mengkaji semula perjanjian sebab nampak berat sebelah. Bagi pihak ISIS dan Jihadis mereka juga gembira sebab Trump nak tarik balik tentera dari negara yang mereka jajah. Dan paling gembira kawan-kawan yang main FOREX sebab kaut untung semasa pilihanraya itu berlangsung.

Tetapi apa kaitan dengan Liverpool, mungkin ada orang tanya plak nak tulis kat sini. Kalau korang nak tahu penaja kelengkapan sukan New Balance, dengan melobi dan penyokong kuat kempen Trump sebelum ini. Jurucakap New Balance secara terbuka menyatakan sokongan kepada Trump dengan menempelak Obama sebab apa ntah. Ramai penyokong Hillarry, pro-Demokrat, sedang melepaskan geram kepada New Balance dengan viral macam-macam tentang nak boikot produk New Balance sebab sokong Trump.

Tapi jangan lupa John Henry pemilik Liverpool juga pro-Demokrat. Pernah buat sumbangan besar kepada parti tersebut sebelum ini. Dari segi pertembungan peribadi dengan perniagaan saya tak rasa Henry atau FSG nak buat palat dengan New Balance sebab sokong Trump. Tapi masalahnya New Balance punya kontrak dekat 2020 baru nak tamat.  Cuma kita berharap bunga-bunga taik ini membuatkan Liverpool cari penaja baju lain dan ambil balik Adidas takpun dengan Nike. Walaupun bukan masa terdekat, tapi jujur cakap saya cukup semak dengan jenama New Balance.

Nov 10, 2016

KILANG JUAL PEMAIN

Carta Penjualan Pemain

Jika sebelum ni saya ingat Totenham adalah kelab penjualan pemain terhebat dekat ni, rupanya silap besar. Tak sangka pasukan kita sendiri Liverpool adalah saudagar utama seantero Eropah dengan rekod £384 Juta Pound.  . Penjualan Luis Suarez ke Barcelona pada 2014 dengan  £75 Juta Pound adalah rekod setakat ini diikuti Fernando Torres ke Chelsea dengan nilai £50 Juta Pound dan Raheem Sterling ke Man City dengan £49 Juta Pound. Keuntungan berganda-ganda kita perolehi hasil penjualan mereka bertiga. 

Antara semua penjualan Torres paling menyakitkan hati sebab dia amik keputusan beberapa jam sebelum pintu perpindahan nak tutup. Antara faktor penyumbang plak dapat duit banyak pergi lebur duit amik Andy Carroll. Padahal tak payah kalut sebab masih ada Bellamy dan Kuyt pada ketika itu, walaupun kita faham perpindahan panik saat akhir memang takkan berjaya nak dapat pemain bagus lain macam Mario Gomez sebab masa suntuk nak sain dokumen.

Luis Suarez memang kita tahu sejak dia di Ajax lagi dia dah cakap satu hari dia nak jejak kaki main di Nou Camp. Kita peminat sahaja yang macam buat-buat pekak dan takut jika benda tu berlaku.  Pemergian beliau bersama kontroversi gigitan cinta memang kita takkan lupa. Tetapi situasi menang-menang kita tak menang pun sebab Suarez dah tak gigit orang kat sana dan pihak kita plak dapat pemain gantian tak sesuai macam Benteke dan Balotelli.

Penjualan Sterling rasanya paling berbaloi sebab beli hampir £1juta namun bila jual dapat hampir 50 kali ganda. Macam kena tikam Jackpot Kuda plak. Penggantian beliau adalah Roberto Firmino yang rasanya satu rahmat buat kita. Itupun sejak Klopp ambik alih, kalau masih Brendan kekal mereputlah Firmino jadi Wingback sampai kesudah.  Penjualan pemain lain tak banyak yang kasi untung. Banyak susut nilai sebab yang dijual murah memang tak boleh blah dengan sistem sedia ada.

Namun dari segi pembelian pasukan kita masuk 10 terbaik juga. Namun campur-tolak rugi juga dekat £200 Juta. Jadi kedekut-kedekut pemilik sekarang mereka masih juga nak melabur dan melebur duit untuk dapatkan pemain dalam penambahbaikan pasukan. Cuma kita nak tengok apakah Liverpool akan kekal sebagai kilang jual pemain lagi sebab bintang2 yang ada sekarang macam Coutinho dok nampak sedang diskodeng oleh kelab besar lain.

Carta pembelian pemain: 

1. Manchester City £913.5m 
2. Chelsea £777m
3. Manchester United £750m
4. Paris Saint-Germain £616m
5. Barcelona £606m
6. Liverpool £591m
7. Real Madrid £575m
8. Juventus £550m
9. Roma £477m
10. Inter Milan £461m
11. Atletico Madrid £460m
12. Arsenal £415m
13. Tottenham £407m
14. Napoli £390m
15. Bayern Munich £388m
16. Monaco £330m
17. Wolfsburg £315m
18. Valencia £304m
19. Borussia Dortmund £303m



20. AC Milan £300m

Nov 8, 2016

SIAPA MICHAEL EDWARDS, PENGARAH BOLASEPAK LIVERPOOL


Siapa kenal Michael Edwards sebelum ni. Kalau siapa tengok cerita "Moneyball" cerita pasal sukan bola lisut. Korang pasti tahu siapa watak yang Jonah Hill pegang. Penganalisa yang membantu Brad Bitt untuk dapatkan pemain yang ntah apa apa ditukarkan dengan pemain bintang. Watak pengalisa itulah kerja Edwards sebelum ini. Kerja menggunakan analisa Sabermetric apa ntah. Mungkin orang belajar bidang Ekonomi tahu benda alah ni, tetapi Moneyball inilah pihak pengurusan FSG mahu terapkan dalam Liverpool. Kiranya nak kreatif skit dari orang lain.

Watak misteri ni datang bersama Damian Comolli dari Spurs. Beliau kekal dari zaman Dalglish, Brendan serta Klopp. Malah mengejutkan dari jawatan Ketua Jabatan Penilaian Prestasi (Head Of Performance Analysis) boleh jadi Pengarah Bolasepak (Sporting Director). Boss beliau dulu Comolli dah kena pecat awal-awal lagi tetapi ilmu mandrem apa mamat ni pakal entah. Tak pun dia ni memang kaki bodek kuat siapa tahu.

Saya ada dengar dulu, beliau dikatakan antara punca pemecatan bukan satu tapi dua pengurus Liverpool. Ketika zaman Dalglish, Comolli bekerja dengan pasukan Edwards untuk mendapatkan pemain bercitarasa ala Inggeris. Pilihan Dalglish amat pelik tetapi tetapi tidak bagi yang faham kenapa dia nak beli Carroll, Downing, Adam dan Henderson. Rasanya pasukan Edwards memang buat kerja terbaik dalam mendapatkan Luis Suarez. Namun yang lain bukan salah mereka sebab pemain yang mereka dapat memang ada kebolehan masing-masing.

Contoh macam Henderson, sampai sekarang kekal dan masih releven. Downing zaman sebelum kita beli kemain hebat, kiri kanan sayap boleh main. Boleh jaringkan gol dari setpis dan jarak jauh. Sekarang nak kata teruk sangat taklah masih bermain di EPL dengan kelab lamanya Middleborough. Adam pula macam Downing, pemain yang dibeli atas sebab selalu jaring gol dan kebolehan setpis. Ada yang pernah bandingkan beliau dengan Alonso corak hantaran. Sekarang dekat Stoke dan musim-musim sebelum ni masih punyai hobi menjaringkan gol. Carroll masa kemain bagus tetapi tengah sakit, malah dia lebih sakit nak meangggung beban rekod perpindahan £35juta. Sekarang kat West Ham masih dok cedera tak sudah-sudah. tapi kalau tak cedera memang bahaya buah kepala dia.

Zaman Brendan lain pula cerita. Oleh kerana kesalahan pembelian diletakkan keatas Comolli, padahal semua tahu idea asal Dalglish. Maka pemergian Comolli digantikan dengan Jawatankuasa Perpindahan (Transfer Comitte). Dari di kepalai individu dan kata-dua dari pengurus, jawatankuasa ini kena buat pemilihan melalui kata sepakat, mungkin undian atau main Osom-Gunting-Batu-Kertas untuk dapatkan keputusan. Konon cakap kata putus dari Brendan, namun selepas kena pecat baru dia cakap yang banyak pemain yang dia taknak pergi beli.

Kisah paling menyanyat hati ialah pembelian Benteke dari Aston Villa. Memang itu bukan pilihan hati. Brendan nak main tiki taka, kalau boleh nak dapatkan Alexis Sanchez sebagai pilihan utama ganti Suarez, tetapi lain pula yang dapat. Geng Edwards siap bagi Balotelli sebagai kombo-tambah nilai. Apa yang saya dengar lagi, Brendan kalau boleh nak dapatkan Lacazette setelah Alexis cakap dia tak kenal siapa Brendan serta bini dia nak duduk London. Malah pemeblian macam Markovic, Moreno dan banyak lagi diluar kemahuan Brendan. Geng Edwards memang kerja ikut arahan sahaja. FSG dah serik dengan Dalglish dan Brendan plak yang jadi mangsa.

Jawatankuasa Pembelian masih kekal zaman Klopp mula datang dan masih releven hingga kini. Ramai masih kritik pasukan ini, tetapi saya rasa Kombo Klopp dan TC memang meletop musim ni. Mereka membawa pemain berkualiti untuk pasukan utama macam Mane, Gigi dan Karius serta Matip. Kejayaan TC ini membuatkan nama Edwards naik mencanak. Hadiah Kaizen dari kompeni dengan kenaikan pangkat dari Ketua Jabatan kepada Pengarah. Cabaran pertama bila jadi kepala ialah Edwards akan bertanggungjawab menjawab macam Damien Comolli dulu. Januari ini kita tengok adakah sesuatu berita gembira atau hambar dari Tuan Pengarah Bolasepak yang baru.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails