Feb 28, 2011

LIVERPOOL 1-3 WEST HAM


Semasa keluar dari Hentian Sungai Buloh, perlawanan rasanya baru saja bermula. Singgah pam minyak kereta di Hentian Tapah tengok keputusan 1-0 West Ham bubuh. Kecewa tapi tak terkejut kerana pertarungan digelanggang lawan. Dan saya dapat rasakan yang pasukan kita akan bangkit semula sebelum separuh masa, namun sangkaan saya meleset ternyata meleset. Sampai di Hentian Bukit Gantang, saya macam tak percaya yang pasukan kita kena 3 gol dan nasib baik dapat gol saguhati.

Dalam pada itu bukan setakat dimalukan oleh pasukan corot ini, 2 pemain utama kita Meireles dan Kelly telah diangkut keluar kerana cedera. Masuk Cole dan Ngog tak memberikan apa-apa makna. Saya rasa kemasukan Ngog macam bagi cukup korum, sebab kebelakangan ini, haram sebiji gol dia tak bubuh walaupun terlalu mudah untuk pastikan gol didalam jaring. Cole pula bagi saya sudah sampai tarikh luput. Dia dah tak sama macam Cole 3-4 tahun lepas, bertenaga dan laparkan gol.

Betul kata Kenny semua pemain menghampakan peminat. Dia nampak pemain terlalu ikut rentak tuan rumah. Akibatnya barisan pertahanan kita bocor dek kerana kehebatan Skrtel dan Carragher yang dah nak pencen. Wilson mungkin perlukan masa dan Kargiakos masih diperlukan jika Agger belum pulih. Suarez pula masih belum memberikan impak sepenuhnya, tapi menurut laporan diantara pemain yang kreatif tapi masih belum serasi dengan rakan lain.

Feb 27, 2011

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM



Entah boleh tak melayan bola malam esok kat tempat orang. Yolah den kat Seromban sekarang. Ado kenduri kahwein saudara. Seronok juga jalan-jalan hujung bulan padahal gaji pun tak masuk lagi. Kalo tak mesti kopak sebab orang rumah mesti ajak ke Nilai.

Kalau tak sempat layan pun tak ada hal, boleh lihat keputusan dalam henpon cabuk ni pun jadilah. Namun saya dan semua peminat pastinya optimis selepas kemenangan di Eropah beberapa hari lepas. Dan pastinya ramai yang tak sabar untuk melihat pemain baru kita beraksi. Sangkaan semua mungkin Carroll akan beraksi pastinya meleset sebab Kenny takkan memperjudikan kecederaan Carroll sehingga pulih sepenuhnya.

Tapi jangan risau Suarez kan ada. Tambahan pula Gerrard diberitakan bakal pasti diturunkan, nak apa lagi. Dua pemain ini bakal menyengatkan lagi seranagn tumpul kita sebelum ini. Nasib baiklah juga ada halangan untuk Suarez main Piala Europa, ada juga peluang Suarez bersedia makan bek West Ham minggu ini. Dengan ketiadaan Carroll, saya harap Kuyt mampu mengasuh Suarez supaya tak kekok dengan suasana LPI yang nampaknya tidak mesra pelanggan dengan pemain yang suka simpan bola.

Dari pemantaun perisik Liverpoolkita di London, West Ham mempunyai unit serangan yang ampuh tetapi pertahanan yang rapuh. Lihat sahaja minggu lalu bocor tiga kali tapi mereka mampu kejar dengan menyamakan keputusan 3-3 sama dengan West Brom. Jadi tugas serangan kita tak sesukar mana tetapi pertahanan kita jangan leka dengan serangan kilat serta pertembungan diudara yang kerap dimenangi mereka. Namun segalanya tak mustahil mendapatkan 3 mata di Upton Park. Kerja keras serta komitmen pemain untuk menang perlu disamping sedikit nasib yang baik dan tuah, sebab tak main dah kena-kena palang lagi. YNWA dari Seromban, N9. Adios.

Feb 26, 2011

TIPS PENGURUSAN FIFA

Bertemu lagi pengurus-pengurus bola sekalian. Kali ini Bahagian Teknikal Pengurusan Liverpoolkita kita akan memberikan tips hebat tentang permainan lagho fifa-superstars. Tips kali ini ialah bantuan melalui hadiah misteri. Dasattt.


Bila keluar benda alah ini jangan lupa hantarkan hadiah misteri pada kengkawan. Sebab tanpa pembantu pasti Kenny pun takkan berjaya jadi pengurus yang hebat.


Bila kengkawan telah hantar hadiah misteri tu, jangan lupa terima plak. Ianya mengandungi 3 hadiah samada duit, kredit perlawanan dan yang paling best ialah pemain hebat. Apa tunggu lagi bukan kena duit pun nak beri hadiah untuk bantu kawan-kawan meningkatkan level untuk bersaing dalam Liga yang lebih mencabar.

http://me.playfish.com/fifa/ref/169704910/c3bnfk

Feb 25, 2011

LIVERPOOL 1-0 SPARTA PRAHA




Jujur aku cakap yang perlawanan pagi ini amat menyakitkan hati memandangkan pasukan kita melepaskan peluang demi peluang didepan mata. Paling sakit hati aku melihat kelibat Ngog. Aku harap ini mungkin kali terakhir beliau main, sebab Carroll sudah pulih dan Suarez akan kembali bermain untuk perlawanan seterusnya. Jangan cakap rekod dia bagus sebelum ini. Kecuali gol lawan Arsenal, semua gol yang beliau bubuh hanya masa lawan kelab lemah sahaja. Tapi nak buat macamana Kenny terpaksa mainkan Ngog, kerana dia sahaja berdaftar sebagai penyerang.

Gol Kuyt pada minit 86 merupakan isyarat bahawa Liverpool berbaloi memberikan kontrak baru kepadanya. Kerajinan beliau amat dasattttt. Boleh dikatakan penyelamat pasukan dikala pasukan Sparta berura-ura mengheret pasukan kita kemasa tambahan sekaligus mengkelepet keputusan melalui penalti. Taktik mereka dipatahkan dengan tandukan Kuyt akibat sepakan penjuru Meireles, dikala semua peminat di Anfield dan juga seantero kedai mamak di Malaysia dah terrasa begitu rendah moral sekali hampir berputus asa.

Kemenangan pasukan kita sekali lagi ada harga untuk dibayar, lebih mahal dari roti tisu dan teh tarik mamak. Kelly dan Agger diberitakan mengalami kecederaan. Paling saya kesian ialah Agger, baru pulih MC balik. Nasib baik kita masih ada Carra dan Soto serta Skrtel untuk posisi bek tengah. Tapi jangan juga dilupa Wilson ada potensi ganti Agger setelah mantap juga permainan walaupun tidak sehebat Kelly. Ketiadaan Kelly mungkin bakal digantikan Johnson yang asyik bertwitter kat rumah.

Jadi pusingan 16 Piala menanti kita antara Lech Poznan dari Poland atau Braga dari Portugal. Dan dah tak jauh dah keperingkat akhir,namun lawan kita bakal hadapi nanti lagi hebat dari Sparta dengar kata. Tapi apa nak gusar Carroll dah boleh main dah nanti, begitu juga Gerrard yang nampak bersorak gembira dan macam tak sabar nak sarung but kembali. jadi Kenny boleh bersiap-siap untuk menyediakan pasukan untuk lawan West Ham.

JERSI KEDUA MUSIM DEPAN



Bocor sudah bocor. Maklumat telah bocor tentang jersi kedua yang kononnya bakal dipakai pemain kita bagi musim 2011/12 menggantikan putih belang merah. Cantik tak? bagi saya memang cantik tetapi kenapa biru. Selalunya warna pilihan selain putih ialah kuning atau hijau. Ini macam satu tindakan luar tabii pereka Adidas. Tapi kita perlu sabar kerana ianya nampak seakan dikedaifotokan oleh pakar kedaifoto.

Tiba-tiba keluar pula vesi putih garis merah yang mengancam. Sah memang ada orang buat lawak. Tapi lawak-lawak saya setuju jika jenis yang kat bawah ni jadi jersi kedua.Memang cun kalo Caroline Wozniacki yang jadi model bagi jersi tu. Mantap.

Feb 24, 2011

CUBA TEKA ???



Cuba teka apakah nama permainan yang main sambil duduk atas belon. Guna reket dan bola Tennis. Jaring macam sepak takraw punya. Main 3 sebelah macam takraw. Garisan pun takdak hanya titik pink. Kalau hebat sila teka . Hadiah misteri akan diberikan kepada pemenang .

Feb 23, 2011

PIALA EUROPA : SPARTA PRAHA EPISOD 2

Perlawanan timbal-balik Piala Gred 2 Eropah, Piala Europa kembali membuka tirai khamis ini. Setelah seri telur ayam di Prague, pasukan kita akan menerima kunjungan Juara Liga Czech ini. Pada rangkuman sebelum ini lupa saya nyatakan bahawa bekas pemain kita yakni Patrik Berger pernah menyarung jersi Praha sebelum dipikat Roy Evans. Mlaah Pasukan Praha juga melahirkan ramai bintang macam yang hebat Poborski, Nedved, Cech, koller dan Rosicky serta ramai lagi.

Keputusan seri yang lalu ada banyak hikmah dan penilitian yang sangat mikro yang perlu Kenny ambil kesah. Pertama Ngog tak payah main sebagai penyerang solo, menyakitkan hati kerana banyak peluang mudah dipersia-siakan kerana pergerakan lembab gemalai lemau tak tentu pasal. Ada baiknya Kuyt diletakkan dihadapan sekali kerana dia mampu menjadi pemain sasaran walaupun masih juga gersang dihadapan gol. Kelibat Kuyt yang lebih pengalaman dan mampu mebuka ruang untuk pemain tengah macam Meireles merobek kubu lawan dengan cubaan bola muntah.

Oleh kerana Kapten Gerrard masih cedera, pastinya peluang untuk Joe Cole menunjukkan aksi setelah cedera memanjang sejak awal musim ini. Lucas dan Meireles serta Maxi mungkin akan menjadi tonngak tengah yang kekal macam kesebelasan perlawanan sebelum ini. Tapi masalahnya ialah dibangku simpanan Kenny terpaksa meletakkan pemain tunggul macam Joavnovic serta remaja hingusan seperti Coady dan Sterling. Ini sedikit sebanyak meresahkan namun ianya adalah perjudian masa depan buat pemain muda tesebut.

Bahagian pertahanan mendapat suntikan semangat dari Agger yang telah pulih. Maknanya Kenny boleh kembali bermain 3-5-2 dengan meletakkan gandingan Agger-Soto-Carra. Dua bek mobil dan satu kereta kebal. Kalau nak letak Wilson ganti Soto pun rasa tak adil kerana Soto memang mantap pada perlawanan lepas. Nah sekarang Johnson dan Kelly akan mengambil kembali posisi bek bersayap yang menggerunkan lawan sebelum ini. Tapi saya tak pasti Kenny akan menggunakan taktik tersebut selepas kembali bermain dengan 4 pertahanan sevelum ini.

Untuk melayakkan keperingkat 16 terbaik, kemenangan adalah wajib. Kalau seri ada jaringan maka selamat jalan Piala musim ini. Oleh kerna itu saya dengan berbesar hati jika pasukan kita main menyerang macam lawan Stoke sebelum ini walaupun dengan formasi paling negatif 5-4-1. Kalau dah terdesak gersang hingga minit ke 75, saya mahu Kenny buat rekod dengan memasukkan Raheem Sterling untuk memusnahkan kubu Sparta. Saya yakin dan berani bertaruh potong jari (basikal), yang Raheem akan mencipta hatrik. Ada Brannn....

Feb 22, 2011

CEPATNYA SEMBUH



Gambar diatas diambil oeh seorang peminat Liverpool yang menghadiri konsert Boyzone di Echo Arena. Kenny dilihat bersama Carroll menghadiri persembahan Kumpulan Budak (bandboy) yang amat tersohor 90an dulu. Tapi pelik Carroll nampak gembira layan Boyzone, padahal kenny nampak macam tak berselera layan lagu cendoi jiwang karatz. Mungkin Kenny lebih sukakan The Clash atau lagu berat Bob Dylan. Tapi hakikatnya ternyata Kenny lebih semacam abang daripada pengurus (Boss).

Dalam pada itu berkat air jampi Dr Bruekner, Andy Carroll bakal menyarung jersi Liverpool lebih awal dari yang dijangka. Mulanya mungkin masa lawa Man U, tapi Dr Bruekner yakin masa lawan West Ham pemain no.9 kita itu dapat beraksi. Paling tidak 10 minit, pun jadilah buat pemanas badan dan lepas gian peminat. Kiranya Carroll mungkin lebih afdal akan bergandingan dengan Suarez sepenjuhnya tika bertemu Setan Merah. Penantian satu penyeksaan.

PENCALONAN BEK KIRI



Lupakan Fabio Conterao, lupakan Jose Enrique dan lupakan Izzy Izaguirre. Lupakan semua bek kiri yang dimomokkan untuk menjadi pemain kita musim depan. Saya kurang berkenan dengan Conterao bukan kerana kebolehan beliau tetapi buat perabih pitih nak beli mahal sokmo wehhh... £20 juta pound bukan sikit. Jose Enrique dari Newscastle pun ada bakat tetapi saya pasti Newcastle akan letak takkan kurang dari £10 juta, untuk pemain bakal rampas tempat Capdevilla dalam skuad Spain. Dan bek kiri Celtic dari Honduras pula agak berisiko kerana bek latin tak pandai bertahan namun mantop menyerang.

Jadi dah semua tak sesuai siapa pilihan buletin Liverpoolkita. Senang sahaja, pemain itu peminat Liverpool dari kecil tapi naik dari Wigan sebelum disambar Everton. Takkan tak kenal Leighton Baines pemusnah Chelsea Piala FA baru-baru ini. Kebolehan beliau selain dari mantap bertahan (memang wajib bagi semua bek kecuali Konchesky sebab semua aspek dia lemah), dia juga mampu melakukan hantaran lintang serta sepakan percuma yang cantik. Saya merupakan pengkagum beliau dan berharap Kenny dapat memujuk Moyes menjual Baines dan tukar dengan Konchesky.

Cara beliau main amatlah menyusahkan bek dan goli lawan dan menyenangkan rakan yang pandai tanduk. Lihatlah berapa banyak bantuan gol yang diberikan oleh beliau. Teknik sepakan ala Beckham yang terus mencari kepala dan posisi yang mengancam kubu lawan. Patutlah selamba badak Cahill boleh bubuh gol tandukan banyak-banyak. Jadi dengan adanya Carroll pakar tandukan makan pelengkapnya ialah hantaran Baines. Jadi apa tunggu lagi Comolli jalan kaki saja sudah sampai ke Goodison Park dan pantau sendiri calon tunggal pilihan juri Liverpoolkita itu. Saksikan video hebat kompilasi Baines.

Feb 21, 2011

REMAJA TONGGAK MASA DEPAN



Sememangnya video diatas mengetengahkan Raheem Sterling sebagai bintang masa depan dan mungkin bintang musim depan siapa tahu. Tapi kredit juga harus diberikan kepada ramai lagi pemain muda yang lain lebih-lebih lagi pemain yang masuk sejak tadika dalam Akademi Liverpool. Saya rasa terdapat dua nama yang mungkin agak menonjol bermain dalam skuad remaja kita, tetapi telah menonjolkan diri diperingkat antarabangsa juga. Mereka ialah Conor Coady kapten England b-19 dan Andre Wisdom bek England b-19 yang memenangi Piala Eropah remaja menewaskan Spain tahun lepas.

Jika ditakdirkan kedua-dua mereka ini berjaya naik dengan cemerlang kita boleh lihat pengganti Gerrard dan Carragher. Betul cakap King Kenny, setiap pemain remaja perlu diasuh bukan sahaja dari segi teknikal dan fizikal, namun mereka perlulah mempunyai mental yang tahan lasak. Contoh terbaik Gerrard, sejak masuk sebagai pemain simpanan beliau tidak menoleh kebelakang dan siapa tidak akui kemampuan teknikal, fizikal dan mental beliau sepanjang 10 tahun sebagai pemain utama. Pemain muda perlu korek rahsia peribadi Gerarrd, macamana dari seorang pemain hingusan hingga menjadi bualan setiap peminat bola.

Tapi ada juga pemain yang nampak macam bakal bintang seperti John Welsh dan Neil Mellor bukan main menyengat untuk skuad simpanan tetapi tak mampu menapak keperingkat seterusnya untuk menjadi pemain utama.Disinilah keupayaan pemain muda hanya perlu diukur dari segala sudut. Tak boleh terus nak bubuh semata-mata hebat ketika muda. Lihat Michael Owen, tak sampai 30 sakit sini sakit sana. Sebab apa dia naik awal dan kena pula ketika itu kejatuhan prestasi Fowler. Sebab itulah ramai yang tak puashati kenny tak mainkan Raheem pada malam kita seri di Prague, padahal Kenny sudah masak dengan pedadogi untuk melatih pemain muda.

Namun bagi saya pula pemain yang perlu digunakan sekarang ialah Dani Pacheco kerana pemain sebegini akan mendapat menafaat dari pengalaman bermain. Elok sangat jika beliau main berbanding Ngog yang dah teruji malas. Selain itu Pacheco layak juga bermain dibahagian sayap dengan skil dan kelicikannya. Wilson juga perlu rajin diturunkan semetara Agger dan Skrtel masih kurang sihat. Mereka perlu diberi peluang sebagaimana Kelly mendapat peluang dengan bekerja keras serta menunjukkan aksi terbaik bila diberi peluang.

NAK JADI MACAM KENNY



Kalau anda penggila facebook dan banyak masa dengan benda lagho kat situ, apakata main permainan pengurusan bolasepak secara talian terus. Nak main senang sahaja mula-mula bubuh cukup 11 pemain dan tekan play kaler biru tu dan pilih mana-man liga yang sesuai dengan kemampuan pasukan.

http://me.playfish.com/fifa/ref/169704910/c3bnfk

Feb 20, 2011

KONTRAK BARU BUAT KUYT DAN REINA



Baguslah jika kelab hendak menawarkan kontrak baru kepada Reina dan Kuyt. Cuma terdapat dua keadaan berbeza antara kontrak tersebut. Kuyt akan diberikan kontrak terbaru kerana komitmen beliau disaat susah dan senang bersama kita. Namun bagi Reina pula sememangnya kelab mahu menunjukkan bahawa Pepe adalah penting untuk masa depan kelab. Saya rasa bagi Kuyt mungkin tiada apa masalah kerana beliau tak banyak songeh. Tapi saya takut Reina akan tolak sebab ini akan menjejaskan klausa tebus kontrak £20juta yang beliau tandatangani ketika zaman Rafa sebelum ini. Namun bagi saya jika pemain mahu besar kepala, tak apa, peluang untuk memanjangkan kontrak telah diberikan. Terpulang kepada Pepe samada mahu atau tidak, kita tak mahu pisang berbuah dua tiga kali. Banyak lagi prospek yang lebih muda dan handal macam De Gea, Akinfeef, Neuer dan juga kuda tua seperti Stekelenburg atau Given.

Feb 18, 2011

LIVERPOOL 0-0 SPARTA PRAGUE



Sememangnya sangat mengecewakan keseluruhan perlawanan. Dengan adanya Ngog pasukan kita jadi dungu betul dibahagian serangan. Setakat Repka yang tua bangka tu pun dia tak boleh nak uruskan, macamana nak hadapi Terry atau Vidic kalau main macam tu. Maxi dan Kuyt nampak terkial-kial untuk membantu Ngog dan saya nampak mereka amat perlahanan macam nenek umur 60 tahun. Johnson walaupun agak mantap menyerang namun selalu bocor ketika diasak lawan. Aurelio bukannya pemain tengah dan nasib baik digantikan dengan Cole seawal permainan.

Lucas pada saya adalah terbaik dan tak langsung menampakkan merosot macam pemain lain. Dia adalah enjin pasukan kita dengan kemantapan menjaga pertahananan dan menutup ruang untuk pemain tengah Sparta menggunguli ruang tengah padang. Namun saya cukup teruja dengan persembahan Kargiakos kali ini. Dia berjaya mengekang penyerang Negro Sparta dengan jayanya. Dia jua bermain baik disamping Carragher yang nampak sangat garang sebagai kapten.

Jangan risau saya yakin dengan kembalinya pemain utama macam Gerrard dan Agger, pastinya Sparta takkan selamat di Anfield untuk perlawanan timbal-balas. Pasukan mereka diselamatkan oleh ketidakmampuan pemain serangan kita bukannya kekebalan mereka. Jadi pertembungan selepas ini pasti menarik kerana pasukan kita terpaksa main untuk menang dan Sparta juga mahu sumbat gol untuk memastikan tekanan gol tempat lawan .

Feb 16, 2011

PIALA EUROPA : SPARTA PRAGUE



Perlawanan esok merupakan penampilan sulung Kenny dalam kancah Eropah. Namun yang paling menarik perhatian ialah Liverpool telah menamakan 5 pemain muda dari skuad simpanan dalam lawatan ke Republik Chezch yakni Raheem Sterling, Conor Coady,John Flanagan, Jack Robinson dan Tom Ince. Namun ramai yakin Raheem pasti akan diberikan peranan dalam perlawanan itu setelah mengamuk dengan 5 gol dalam perlawanan Piala FA remaja, baru-baru ini. Terima kasih kita kepada Pak Cik Rafa kerana beliau berjaya menaiktarafkan akademi dan berjaya mengumpulkan pemain-pemain muda yang berbakat yang bakal meletup tak lama lagi.

Tapi disebalik itu Kapten Gerrad masih belum pulih dan begitu juga Agger. Nasib baik Poulsen tak dapat pergi kerana bakal mendapat cahaya mata (tahniah). Jadi peluang Kapten Coady untuk main adalah cerah. Disamping itu Suarez tidak boleh beraksi kerana telah main dengan Ajax sebelum ini dalam kejohanan yang sama. Dan ini bakal melihat aksi Kuyt sebagai penyerang utama atau Ngog. Entah kali ini apa jenis formasi yang bakal digunakan oleh Kenny. Harap-harap kita main menyerang walaupun ditempat lawan. Bukannya meremehkan Saprta Prague, tapi pasukan kita boleh bermain baik dengan pemain yang sedia ada.

Feb 15, 2011

ULANGSIAR LAWAN WIGAN (VIDEO)



Kalau Man U ada Howard Webb, kita ada siapa? Sian Massey?. Memang kes naya Suarez asyik kena bantai dengan bek Wigan bersilih ganti. Namun itu semua sepak terajang bolasepak Inggeris. Usah merajuk Suarez jap gi jadi macam Torres. Dari pemerhatian pemain kita perlu main macam Suarez, dapat bola terus main kedepan dengan kepantasan. Saya tengok Kuyt dan Maxi agak rerkial-kial nak main satu-dua dengan Suarez. Kalau kita ada seorang lagi pemain tengah bertahan saya harap Gerrard ada Meireles main dengan Suarez diatas, perghhh tak dapat dibayangkan macammana porak perandanya pertahanan lawan. Itu belum masuk Carroll lagi. Nyum-nyum.

Feb 14, 2011

LIVERPOOL 1-1 WIGAN



Melihat pada formasi dan kesebelasan utama semasa lawan Wigan saya agak optimis kita boleh menang. Apataknya kita bermain lebih offensif dengan 4-2-3-1 dengan Suarez masuk dalam kesebelasan utama. Pada mulanya saya ingat ketiadaan Kapten Gerrard dan Agger pasti tidak akan terasa sangat. Namun apakan daya impian untuk menang keatas Wigan tak kesampaian.

Seperti komen Kenny, perlawanan antarabangsa telah merencatkan persembahan pasukan kita. Agger, Johnson, Kuyt, Meireles dan Lucas adalah beberapa pemian kita yang terbabit hampir 90minit bersama pasukan kebangsaan masing-masing. Paling malang ialah Agger telah mengalami kecederaan dan beberapa pemain lain seperti Meireles dan Kuyt terpaksa direhatkan awal dalam perlawanan Wigan kerana keletihan.

Itulah antara faktor yang saya tidak sangkal penyebab keputusan sedemikian rupa. Namun masalah lain ialah pemain simpanan seperti Ngog dan Jovanovic yang diberikan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka amat mengaibkan sekali. Tak ada langsung menguatkan pasukan tetapi sekadar jadi penumpang saja pada malam itu. Saya ingat mereka ini patut dijual pada perpindahan Januari lalu. Perabis beras.

Meireles sekali lagi tunjukkan keberkesanan beliau sebagai penjaring gol dari bahagian tengah. Teknik sepakan beliau amat baik dan banyak kali gol cantik beliau sumbat dengan cara sebegitu. Keluarnya beliau fungsi serangan seakan mampus ditangan Jovanovic. Kuyt pula walaupun agak kurang berkesan malam tadi agak baik berbanding Ngog yang lebih macam tunggul kayu. Perabis Beras.

Saya rasa lebih baik Kenny mainkan 3-5-2 kembali kerana dengan formasi itu pasukan kita lebih stabil dengan skuad yang sedia ada. Kita belum bersedia menggunakan formasi 4 bek dibawah kerana bahagian tengah amat lemah kerana ketiadan Kapten Gerrard. Agger juga patut main walaupun sakit kerana lebih sakit hati tengok Skrtel main. Perabis Beras.

Akhir sekali saya tak nafikan peluang kita uuntuk menang ada dengan kelibat Suarez. Namun dengan permainan jijik dan kasar pemain wigan terutamanya Ghohuri (penjaring gol offside) dan Cardwell (maskmen), mereka telah diberikan peluang oleh pengadil yang seakan berat sebelah. Malah gol penyamaan saya rasa memang gol curi ayam (offside). Namun apakan daya, peluang kita untuk keslot Liga Juara-Juara nampak kian jauh. Namun nasib baiklah Sunderland kantoi dengan Spurs.

Feb 12, 2011

DAH TAK LAMA DAH



Kalau ikut gambar memang dah tak lama kita boleh lihat aksi pemain baru kita ini. Paling awal mungkin bulan Mac menurut sumber yang rapat dengan fisio Liverpool. Makin tak sabar rasanya melihat aksi pemain galah ini, adakah berbaloi dengan jumlah perpindahan termahal buat pemain England.

Banyak lagi gambar kat web rasmi. Layan
http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/pics-andy-carroll-at-melwood

Feb 11, 2011

LIVERPOOL LAWAN WIGAN



Pasukan kita terpaksa membayar harga yang mahal dengan kemenangan dengan Chelsea. Kapten Gerrard , Skrtel dan pemain remaja sensasi, Kelly telah mengalami kecederaan selepas perlawanan itu. Menurut physioroom.com hanya Skrtel dan Andy Carroll tidak dinyatakan bila mereka bakal pulih. Kapten Gerrard pula akan pulih menjelang perlawanan dan bakal diuji kecergasan sama ada boleh diserapkan dalam kesebelasan utama. Berita baik juga apabila Joe Cole mungkin telah pulih dan diletakkan dalam bangku simpanan jika khidmat beliau diperlukan. Walau tidak dinyatakan dalam web analisis kecederaan itu, pemain muda Shevley dikatakan akan berehat 3 bulan.

Memandangkan masalah kecederaan yang melanda pasukan saya tak pasti apakah formasi yang bakal digunapakai oleh Kenny. Ketiadaan Skrtel mungkin diisi Kargiakios jika Kenny mahu mengekalkan formasi 3-5-2. Namun bagi saya inilah peluang untuk kita menonjolkan Danny Wilson kerana dengan formasi itu Skrtel yang hampeh pun tak nampak sangat kebadutannya. Lagi satu pasukan Wigan yang lebih gemarkan formasi 4-4-2 pastinya akan lebih banyak menggunakan kekuatan serangan dari sayap, kalau pasukan kita dapat mengunci pergerakan Nzogbia dan Moses. Malah serangan mereka agak merbahaya dengan gandingan Rodallega dan Di Santo.

Barisan tengah mungkin akan melihat perubahan jika Kapten Gerrard masih belum pulih. Gandingan Meireles-Lucas-Kuyt-Maxi akan diberi pilihan untuk mengawal permainan dari tengah padang. Taktik berlian (diamod) akan digunakan untuk kawasan tengah dengan Lucas sebagai pemain Sauh. Maxi dan Kuyt disebelah kiri dan kanan namun mereka takkan himpit ketepi kerana membiarkan bek bersayap, Johnson dan Kelly menyerang dari sana. Meireles bakal sekali lagi diberi peluang sebagai pemain dalam lubang untuk memberikan impak serangan dan ancaman gol serta membantu Suarez yang pasti diturun kan. Suarez bakal memberikan kerisauan kepada bek Wigan yang tak berapa kental setelah bocor 3 kali dengan Blackburn sebelum ini.

Walaupun ramai pundit atau penganalisa mengganggap Liverpool bakal menang mudah, tapi ianya tak semudah yang disangka. Saya rasa hanya dengan kerja keras pemain dan kelicikan Kenny serta latih-tubi Clarke, pasukan kita takkan mengecewakan lagi. Tiga mata boleh dicapai dan ianya akan membuatkan pasukan kita akan memberikan tekanan buat Chelsea dan Spurs untuk menggugat posisi 4 pasukan terbaik. Saya ulangi sekali lagi ianya tak susah tapi perlu kerja keras semua yang terbabit dan pemain ke-12 yakni peminat di Anfield juga perlu memberikan sorakan dan nanyian untuk menaikkan semangat pemain. Yakin Boleh. YWNA.

Feb 10, 2011

PEPE MAHU BERALIH ANGIN?



Kenapa diletakkan klausa tebus kontrak £20juta dalam kontrak Reina. Inilah kebodohan dalam pentadbiran terdahulu. Apakah mereka ingat kelab tamak lain takkan berani sentuh pemain kita dengan nilai sebegitu. Buatlah macam di La-Liga , klausa penebusan mereka sampai beratus juta bagi pemain bintang, sapa berani sentuh, kena tunggu kontrak habis baru boleh bincang. Sekarang ini krisis pencarian penjaga gawang telah lama dalam agenda Fergie .Fergie terpaksa cari pemain no.1 yang mantap dan berpengalaman setelah Van Der Sar bakal bersara hujung musim ini. Sasaran utama mereka mungkin Skalenteburg atau Neuer menurut akhbar, tapi mereka juga akan buat dajal dengan menjadikan penjaga gol kita sebagai calon utama.

Setelah mengamati komen Reina tentang perpindahan Torres ke Chelsea tempohari,nampak gayanya cara beliau macam setuju dengan perpindahan Torres. Dan ini mencerminkan bahawa dia juga ada hati kalau ada peluang. Siapa kata salah, tak salah jika beliau hendak kemana sahaja, namun biarlah sehingga habis musim barulah buka cerita, bukannya pada masa peminat sedang terkilan. Kita tahu kualiti Reina dan kalau boleh kita tak mahu akan kehilangan beliau. Namun macam kes Torres yang tiada siapa sangka akan terjadi insiden perpindahan itu, peminat sudah bersedia. Taida pemain yang lebih besar dari kelab. Ambisi kita tetap berterus walaupun tiada Reina.

Namun saya juga syak yang pemergian satu demi satu pemain Sepanyol dari Liverpool amat membuatkan beliau sedih. Bermula dari Alonso, Arbeloa, Reira dan akhirnya Torres hanya beliau yang tinggal sebatang kara dalam kesebelasan utama. Faktor itu juga Reina buat komen sebegitu. Apa taknya dalam Liverpool kem Sepanyol memonopoli kesebelasan pasukan ketika Reina mula-mula sampai. Makan satu hidang, buat lawak boleh gelak sesama sendiri, dan keluar bercuti sekali. Apabila tiada lagi itu semua lama-lama beliau rasa jadi kesepian. Entah betol atau tidak, tapi saya tengok Arteta kat Everton selamba saja sorang-sorang Mat Spain kat sana.

Satu lagi alasan mahu menang piala memang sukar kita penuhi musim ini kecuali Piala Europa, namun jika dia mahukan kita kembali ke persada Liga Juara-Juara tak mustahil namun agak sukar. Kalau nak pergi Man U juga sebab nak menang piala, itu mungkin bakal mengundang satu lagi kontervesi. Sebabnya tiada pemain Liverpool yang pergi ke kelab Syaitan itu berpuluh-puluh tahun dah. Jadi saya harap kalau Riena nak menang piala pun carilah seteru dari luar bukannya pesaing kita. Melepaskan pemain hebat satu hal, tapi kalau jual kepada seteru, seterusnya menguatkan mereka itu satu lagi hal yang tak boleh diterima. Saya harap Kenny dapat memberikan nasihat kepada Reina dan pemain itu dapat memberikan khidmat kepada kita. Kalau sebaliknya, saya rasa kita masih ada pilihan dan banyak masa.

Feb 8, 2011

BUKTIKAN KELAYAKAN KAMU



Kebanyakan Otai Liverpool bukan hanya hebat dipadang, namun mempunyai pemikiran kritis dan bernas. Ini salah satu pengajaran University of Kopster, dibawah Profesor Bill Shankly. Salah seorang yang saya maksudkan ialah Ian St John, bekas penyerang Liverpool zaman Shankly. Beliau dari masa ke semasa selalu dijemput ke Liverpoolfc.TV, kalau buka Astro mesti ada slot beliau kadang-kadang. Topik menyentuh hati ialah mengenai siapa lagi bukan Kenny Dalglish. Ian terlalu kagum kepada Kenny padahal Kenny adalah Junior beliau.

Perkara menarik adalah ulasan Ian sempena perlawanan tempohari. Beliau mengaitkan pengaibaian beberapa pengurus terdahulu termasuk Houllier, Rafa dan Hogdosn mengenai perlunya setiap pemain membuktikan bahawa mereka memang layak diberikan tempat dalam kesebelasan utama bukannya dengan status mereka tempat automatik diberikan, contohnya Torres, kerana nak jaga perasaan Bintang Piala Dunia itu, biar pasukan melingkup pun tak apa, tiada jalan untuk memberitahu atau memberikan nasihat bahawa beliau perlu bekerja keras untuk jadi pemain utama kerana kerja keras, bukan atas dasar reputasi.

Kenny tak perlu berpura-pura jadi jurulatih, dia sudah ada yang terbaik yakni Steve Clarke. Dia tak perlu kendalikan latihan tetapi setakat bercekak pinggang dan kehadiran beliau sudah cukup memberikan seribu makna. Ian tahu, seperti Shankly, Kenny ada ayat power yang digunakan untuk suntik ectasy kepada pemain. Contoh terbaik ialah Lucas yang kita nampak sudah matang dan akan jadi pemain penting jika diberikan peluang. Kenny pastinya telah menyekolahkan Lucas bahawa tiada pemain tengah yang dok bawah, semuanya bergantung kepada pergerakan bola dan tanggungjawab untuk melakukan sesuatu apabila keadaan memerlukan.

Namun Ian sempat menempelak Rafa, walaupun mengakui kejayaan Istanbul 2005 kredit buat beliau. Katanya Rafa yang telah menyuarakan isi hati bahawa mahu kembali melatih Liverpool masa akan datang (lobi untuk ganti Kenny kot), tak perlu nak cuba mengacau kerja baik yang Kenny sedang lakukan. Kenny sekarang telah cuba kambus lubang yang dikorek Rafa bertampung sana bertampung sini dan tiba-tiba nampak jalan dah nak elok, macam nak ambil peluang untuk rampas hak Kenny. Kata Ian lagi Kenny adalah ditakdirkan sekali lagi menjadi hero Liverpool setelah mendapat jolokan Lagenda No 1.

Zaman Kenny apabila pemain masuk kepadang latihan dalam keadaan muka ada senyum dan mereka keluar dengan kondisi yang sama. Apa lagi mahu, bila peminat, pemain, pemilik dan Kenny sendiri gembira maknanya ada sinar kebahagian akan mendatang,cuma kita perlu sabar dan masa akan membuktikan.

Feb 7, 2011

GILA-GILA FORMASI II



Taktik Guru hari ini memperkenalkan formasi pra-sejarah lagi ortodok 3-5-2. Kenny terlalu peka dengan taktikal Chelsea yang tak tahan nafsu nak letakkan Torres dalam formasi 4-3-3. Memang ianya menggerunkan tapi hanya dalam Football Manager. Mari kita lihat kunci kejayaan dengan menggunakan formasi yang kali terakhir dilihat ketika di Istanbul 2005 dan memang Klasemen punya taktik.

  • Carra adalah Sweeper atau penyapu, penebas, kereta kebal atau apa-apa aje. Fungsi kawal penyerang tengah dan masukkan mereka dalam poket diam-diam.
  • Skrtel dan Agger bek tengah, jaga dua orang penyerang tambahan.
  • Lucas dan Gerrard dan Maxi atau Raul bergilir-gilir serang bertahan namun Lucas lebih kepada sauh, Gerrard bebas dan Maxi dan Raul bergerak antara sayap kesayap.
  • Kuyt jadi penyerang solo namun hanya bertujuan buat onar bukan buat gol.

Apa yang tinggal hah???

Bek bersayap kiri dan kanan adalah kunci kejayaan kita. Kelly dan Johnson adalah duri dalam daging Chelsea. Kekuatan Chelsea juga dari foolback mereka Cole dan Bosingwa, namun apabila mereka dipangkas dari awal satu haram serang mereka jadi mandul. Malah Kelly dan Johnson lebih bersyahwat menyerang kerana tahu Agger dan Skrtel akan tunggu kalau ada yang lepas. Itu belum kira nak lepas Lucas si pemangkas yang saya rasa dah hampir 10% lagi nak jelma jadi Dunga. Oleh itu kali yang ketika lawan Wigan nanti saya mahu taktik ini kekal sebab saya sudah jatuh cinta dengan taktik pelik ketinggalan zaman ini. Biarlah orang nak ejek, peduli hapa, sebab pasukan kita tak ada pemain sayap tengah yang ori. Ori dalam erti kata laju, hantaran cantik dan boleh potong bek lawan. Tapi musim depan mungkin macam lain kot.

LIVERPOOL 0-1 CHELSEA




Aku menyesal tak pergi ke kedai mamak layan bola malam tadi. Kat rumah apa boleh buat, nak sorak kuat-kuat nanti bangun habis satu rumah. Tapi kalau kat kedai perghhhh... macam kat Stamford Bridge aku rasa, bingit dan penuh dengan maki hamun serta pengulas-pengulas tak bertauliah akan memeberikan pendapat kalah Shebby Sigh.

Ok mukadimah disitu sahaja, mari teruskan dengan cerita kekalahan pasukan kita ditangan Chlesea dengan Torres melakukan hatrik pada pertemuan sulung. Oh maaf, itu mimpi saya kelmarin dan memang betul mimpi mainan tidur sebab saya lupa basuh kaki sebelum itu rupanya. Kita boleh tengok dalam blog bias Chelsea, mereka yakin 3-0 paling maksima, apa tak gerun dengar. Tapi bola itu bulat dan sepak guna kaki bukan guna mulut.

Gandingan 3 Abdul atau 3 Stooges Chelsea mana bisa praktik. Ancelotti akan main 3 hanya dengan meletakkan Moulada didalam 3 serangkai itu. Masuk Torres apa dia buleh buat, nampak takut dengan Carra atau malu dengan rakan lama. Tapi seingat saya tak sampai 10 kali dia sepak bola dan hanya dua percubaan. Memang berbaloi kita jual sebab sindrom bermalas-malasan masih belum boleh tanggal.

Tinggalkan pasukan veteran itu, apa cerita pula dengan pasukan kesayangan kita. Saya tak sangka sekali lagi Kenny buat kejutan formasi. 3-5-2 dah ditukar jadi formasi pokok krismas 3-2-2-2-1. Sungguh negatif dan tak vogue langsung. Takkan Kenny nak ambil alih Bapa Pemikir Bolasepak dari Rafa. Struktur permainan memang agak defensif tetapi bila menyerang tak keruan Chelsea.

Kenny ada berseloroh dengan Maxi yang beliau perlu tengok video bloopers Ronny Rosenthal, sebab cara mereka terlepas gol mudah memang sama sebiji. Tapi apa nak buat sebab kalau masuk awal tak saspen pula. Namun gol Meireles adalah yang terbaik dan tindakan spontan beliau akibat kebodohan Cech dan Ivana berebut bola. Sebelum itu pun dah nak bertumbuk pasal berebut bola juga.

Bagi saya kemantapan bahagian pertahanan setelah tanpa bolos 3 perlawanan adalah kunci kejayaan. Sebabnya kita punya penyerang utama masih belum pulih dan Suarez masih perlu sesuaikan keadaan fizikal dalam perlawanan bertempo tinggi. Tapi sayang Kenny tidak masukkan Suarez, bukan apa kot-kot ada sebiji dua dia bubuh lagi banyak modal buat peminat Liverpool :) Saya bukan nak buat provokasi kepada peminat Chelsea, tetapi mereka tidak faham yang Tuhan maha adil.

Jadi Kenny sudah ada hak meminta FSG memberikan beliau kontrak kekal. Plan masa depan sudah nampak dengan kemasukan dua pemain yang bakal meletop. Pemain yang sudah tak mahu main dengan kita dan yang tak boleh belah dan belah. Jadi FSG kena siapkan buku cek untuk Pak Kenny dan Commolli untuk dapatkan pemain mana yang mereka suka. Tiada siapa lagi yang sesuai. Kalau nak ambil Mourinho boleh kirim salam, sebab kita sudah ada jiwa hati kelab yang terbaik sebelum ini dan juga masa depan.

Akhir kalam, saya ucapkan tahniah kepada semua peminat Liverpool dan pembaca blog ini, kerana masih menyokong kelab yang dikatakan terlalu sandarkan pada kenangan. Sememangnya kelab kita ada sejarah dan bagi kelab yang baru naik kena respek dan jangan mudah melatah. Wof Wof.

FOTO MINGGU INI



Feb 5, 2011

LIVERPOOL LAWAN CHELSKI




Saya rasa perlawanan ini memang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bolasepak Liga Inggeris. Siapa tak mahu tengok Torres nak belasah bekas pasukkannya. Saya rasa dia dah sasar hatrik dan bonus kad merah kepada Carragher. Tapi macam mukadimah Hasbulah Awang, bola itu bulat tidak lonjong. Apa jua boleh terjadi kerana takdir tuhan dah tertulis. Cuma kita semua peminat bolasepak tak kira Kopster, Blues, Satan mahupun Gooner boleh cakap apa saja, apabila wisel dibunyikan barulah segala yang dijangka atau tak dijangka bakal berlaku.

Persiapan kita bagaimana agaknya. Takkan Kenny nak kitarsemula 3-5-2 macam bantai Stoke hari itu. Jangan respek sangat dengan Kelab Mafia Rusia ini, mereka hanya dibarisi oleh pemain yang dah nak pencen, pengalaman banyak tapi kalau kena hambat kesana-kesini macam kat Anfield sebelum ini, saya yakin Hodgson mesti cemburu. Saya boleh jangka perubahan drastik akan dilakukan dan Clarke yang sudah masak dengan Chelski sudah ada formula dan kira-kiraanya.

Dengan kembalinya Carragher, sudah pasti kejap mantap sedikit pertahanan kita. Macam yang saya petik sebelum ini, dia sudah praktik tomoi dan akan pastikan bukan Toyyes sahaja, malah juga Dogbra tak berani buat lebih-lebih. Acah saja, saya tak mahu semua itu berlaku. Pasukan kita harap main sebaik mungkin dengan azam untuk menang dan tunjukkan kepada Mat Toyyes, yang pasukan kita ada ambisi, cuma kena palat dengan Roy Hodgson awal musim ini.

Suarez pula telah berlatih dengan rakan sepasukan baru. Nak cakap besar pun tak mahu tapi, orang macam Suarez tak payah latih pun tak apa, sebab dia memang sejak azali ditakdirkan sebagai penggempur tulen. Saya rasa dia adalah sebiji macam Fowler, pejam mata pun tahu mana pintu gol. Disamping itu kemahiran gelecek dan kelicikan dan payah dibaca lawan merupakan pakej terbaik pemain itu. Laju tak usah cerita, bek Stoke makan asap kena potong hari itu.

Yang lain saya tak payah ulas, mereka semua macam telah minum air jampi Kenny. Dari macam kalihamput (hampeh), terus jadi bagus dari sebelum ini. Cuma konchesky tak mahu minum air jampi dan kena tendang pi Nott Forest. Itulah hebatnya Kenny, ikon dan lagenda kita. Ikut-ikut dia dah tak payah nak kerja dah, tapi kerana sayangkan Liverpool, dia terpaksa susahkan diri betulkan apa yang bengkok dan akan tinggalkan kita apabila pasukan kita sudah kembali boleh berdikari dengan pengurus baru.

Jadi tak perlulah risaukan apa jua keputusan yang bakal berlaku. Sebagai peminat Liverpool saya rasa kita perlu matang dan pedulikan apa yang telah berlaku. Kalah menang adat bermain, cuma saya harap perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang terhebat dalam sejarah bolasepak kita dan juga akan dingigat oleh seteru kita juga. Saya mahu kita main macam yang Kenny mahukan permainan cantik dan keputusan gempak. Ayuh Liverpool, kamu takkan jalan keseorang lagi.

Feb 4, 2011

SAYA AKAN HANTAM LIVERPOOL



"Saya akan jaringkan gol untuk kelab baru saya, Chelsea ketika lawan Liverpool, tapi takkan mengseleberetkan gol tersebut. Saya hormat peminat, pemain dan staff, kerana tanpa mereka siapalah saya."

Kaki judi dah buat pertaruhan yang Carragher akan mencari kaki Torres ahad ini. Nak tahu kenapa. Sebab ada jiran Carragher nampak beliau berlatih tomoi, bila ditanya dia jawab saja nak keluar peluh. Memang betul Torres hanya akan sempat sambut jaringan beliau selepas pulang dari Hospital.

ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA



Tengah layan facebook tiba-tiba dengar lagu Lagu Band Rock Kapak AxL - ''Andai Dapat Ku Undurkan masa''. Layan juga walaupun tak kena dengan jiwa punk rock aku. Memang betul setiap orang ada kekesalan mereka sendiri dan berharap dapat mempunyai mesin masa dan dapat ubah semula kesilapan dan pilihan yang kita yang kurang tepat.

Sebagai peminat Liverpool ketika era Souness, saya belum mengerti sepak terajang permainan politik bolasepak. Maklumlah budak baru naik yang boleh baca Inggeris sikit-sikit dan mengikuti pasukan kegemaran melalui majalah bola UK, shoot dan match. Yang tahu bila dapat poster pemain Liverpool pasti saya simpan walaupun abang marah sebab ada penaja Arak. Padahal Coors, Chelsea dan Mcewan Lager-Newcastle pun ayaq todi juga.

Ramai menganggap punca kejatuhan Liverpool adalah era Souness adalah tepat, namun Roy Evans telah melakukan reformasi dengan merombak keseluruhan legasi Sounees dan memberikan nafas baru. Ianya telah menampakkan tren kebangkita apabila kita mempunyai pemain bintang Muda sperti Fowler, Mcmanaman, Reknapp Jones dan James, disamping dibantu oleh Rush dan Barnes yang kian dimamah usia.

Namun setelah Roy Evans sudah kehabisan idea untuk menyaingi musuh ketat Man U, ntah siapa punya idea suruh bawa Gerrard Houller menjadi pengurus kedua kita. Saya rasa ide bangang ini mesti kerja Rick Parry bekas CEO kita. Padahal Kenny Dalglish pada ketika itu sudah bersedia meninggalkan Blackburn Rovers setelah membawa kelab itu Klasemen Liga Perdana sebelum itu. Tambah pula Jack Walker pemilik Blackburn telah berlaga angin dengan Kenny.

Masa yang terbaik dibiarkan namun salah pengurusan apabila menjadikan Houllier pengurus bukan British pertama menerajui Liverpool yang selama ini cukup bangga dengan Anglo-Scot-Irish-Welshnya dalam pengurusan dan majoriti pemain. Masuknya Houllier revolusi Perancis masih belum menakluki Anfield, namun pemain luar kontinen Eropah dibawa masuk seperti Hyypia, Hencoz, Meijer dam Westerveld dan mengakhiri karier James, McAteer, Mcmanaman (merajuk pi Real Madrid).

Saya rasa ketika inilah halatuju legasi bootrom Shankly ke Paisley ke Fagan ke Dalglish ke Souness ke Moran dan Evans telah tamat setelah bedekad mempelopori jatuh bangun tradisi Liverpool. Houllier walaupun mempunyai CV bagus tetapi adalah sesuatu yang asing bagi Scousers. Tapi benda diluarkan tabii ini walaupun dikatakan penting untuk masa depan tak sampai kemana pun. Houllier hanya berjaya memenangi Trebel dengan hampir lebih separuh pemain British. Kejatuhan Houllier adalah membawa masuk rakyat Perancis atau yang main di Liga Perancis yang hampeh.

Saya rasa jika Kenny masuk gantikan Evans seawal sebelum keputusan mengambil Houllier mungkin sejarah akan tertulis macam lain. Saya tak kata kita akan jadi hebat nak mampus, tetapi beberapa minggu ini ramai bagai setuju apabila melihat kerja keras Kenny membawa Liverpool dalam landasan yang sesuai dengan motto "Bootrom" dan "Liverpool Ways". jadi itulah rasanya penyesalan seoarang peminat Liverpool no Satu , bukan saya tapi David Moores (bekas pemilik) yang terlalui mempercayai Rick Parry sehingga tidak memberikan peluang kembali kepada Kenny yang meyesal meninggalkan kita awal 90an dulu. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian dah tak berguna.

GILA-GILA FORMASI



Saya nak perincikan sedikit yang menarik tentang perlwananan dengan Stoke adalah mengenai formasi 3-5-2. Tak disangka Kenny punyai muslihat dan licik malah lebih licik dari Rafa bila hadapi lawan yang terlalu ultra defensif. Jangan cerita Hodgson dia tolak tepi, tapi masalahnya Pak Cik Rafa sendiri agak gabra juga untuk pecah kubu Stoke.

Tugasan pemain dalam Formasi 352.
- Kargiakos kunci Carew.
- Skrtel dan Agger bantu Kargiakos dan bantu Kelly dan Johnson.
- Kelly dan Johnson serang tanpa had.
- Lucas dan Aurelio kawal tengah
- Gerrard sebagai perancang utama.
- Meireles bantu Kuyt menyerang.
- Kuyt pemain sasaran.

Tapi itu semua formasi ujian sebelum Carroll dapat beraksi. Dan apabila beliau kembali pulih maka lebih banyak pilihan formasi yang dapat Kenny pelbagaikan. Apa ingat Rafa saja reti benda alah taktik ini. Kenny setakat ini telah mencuba pelbagai formula untuk hadapi lawan berbeda. Cuma kali ini kita akan tengok pemain serangan dengan gandingan formasi yang bakal digunakan Kenny musim ini dengan adanya Suarez dan Carroll.

Formasi 4-4-2 (Kuyt, Gerrard, Meireles, Maxi, Carroll, Suarez)
Ini formasi buku teks pelajaran bolasepak Inggeris. Semua yang reti bola, malah kaki bangku tapi mulut kalah Shebby Sigh pun tahu tentang formasi ini. Saya yakin inilah formasi kegemaran Kenny (dan Hodgson). Suarez akan main atas dengan Carroll. Kuyt cam biasa sayap kanan dan Maxi belah kiri. Gerrard dan Meireles ditengah. Kekuatannya ialah mudah untuk pemain memahami tugasan masing-masing. Kelemahannya ialah Kuyt dan Maxi bukan pemain sayap tulen dan tak laju langsung.

Formasi 4-3-3 (Gerrard, Lucas, Meireles, Kuyt, Carroll, Suarez)
Ini formasi yang Kenny guna untuk mengayamkan Fulham dan Wolves sebelum Torak blah. Tak ada masalah Carroll dan ambil alih No 9 dan dia tahu apa nak buat sebagai pemain sasaran dan takkan merajuk kalau kena balun. Suarez akan jadi penyerang kiri dan Kuyt dikanan. Lucas akan jadi pemain sauh untuk membiarkan Gerrard dan Meireles bebas menyerang. Kekuatan pastinya serangan akan lebih membara dan nampak ganas, maklumlah main dengan 3 penyerang. Kelemahan kurang serangan dari sayap dan banyak main dari tengah saja.

Formasi 4-2-3-1 (Lucas, Gerrard, Kuyt, Meireles, Suarez, Carroll)
Ini formasi hak milik terpelihara Pak Cik Rafa. Kenny dah minta izin untuk ciplak tapi dengan lebih kreatif mengikut keupayaan semasa. Pemain sama dengan 433 namun kedudukan tak sama. Gerarrd dan Lucas akan main ditengah. Meireles akan membantu Suarez dan Kuyt dibahgian serangan dan Carroll tetap pemain sasaran. Tak banyak beza dengan 433 cuma ianya lebih nampak kedisplinan pemain tengah serta mempergunakan kepakaran Meireles untuk menjaringkan gol penting. Kelemahan sama dengan 433.

Jadi untuk menutup pelajaran kita hari ini, saya rasa Kenny akan mempergunakan apa jua formasi dan taktikal hatta main dengan 10 penyerang atau 10 pertahanan kerana dia juga pakal dalam bidang taktikal. Jadi kita tak perlu risau menghadapi Chelsea, kerana orang no 2, Steve Clarke ada berkotak-kotak rahsia Chelsea dan cara untuk mengantoikan mereka.

Feb 3, 2011

LIVERPOOL 2-0 STOKE



Gila apa Kenny 6 orang pemain pertahanan. Macam takut dengan bala tentera Stoke. Tapi itulah Kenny dia amat yakin dengan apa yang dilakukannya. Main pi lah hatta dengan 10 orang pertahanan pun mesti boleh menang punya. Itulah yang kita sebagai peminat tak perlu ragu malah kena yakin dengan kemampuan untuk membawa pasukan musim ini dan mungkin musim depan jika diberikan peluang oleh FSG.

Walaupun main dengan 6 bek, permainan kita tetap positif adan lebih menyerang berbanding ketika era Hodgson. Walaupun 2-0 dah memadai buat hari ini namun kalau tak kerana kebangangan pengadil kita boleh dapat penalti kerana sah-sah penjaga garisan nampak tapi buat dek bila Huth tepis bola dengan tangan. Kalaun Sian Massey sahih dia bagi penalti kat kita . Raul Meireles yang gila gol diharap jangan makan ubat supaya lebih gila segila gilanya.

Setelah dengar yang Suarez sudah boleh main, saya rasa pagi ini ada sinar cahaya dan buah baik untuk peminat. Memang betul, masuknya beliau sebagai pemain gantian terus memberikan gol sulung pada penampilan sulung (walaupun gol sendiri kononnya). Budak gigi arnab ini memang terlalu yakin. Dan ini pasti akan memudahkan peminat melupai nama bekas pemain kita yang saya sudah lupa nama apa ntah, Torak kot nama dia.

Jadi kita sudah mendapat tangkal tuah kita kembali. Tapi itu semua hasil titik peluh semua pemain yang saya anggap tiada pemain yang buat dajal dalam pasukan. Tiada lagi pemain yang kuat merajuk lagi dalam pasukan dan semua yang tinggal adalah hero kita seadanya. Jadi kita sudah bersedia untuk hadapi Chelsea ahad ini dan harap Torres bersedia untuk patah kaki atau rongak gigi.

Feb 2, 2011

LIVERPOOL LAWAN STOKE



Untuk kali ini peminat masih kempunan untuk lihat ayam tambatan baru beraksi. Carroll masih belumm pulih dan Suarez masih perlu melengkapkan dokumen permit kerja. Jadi Kuyt atau Ngog akan mengambil alih tempat Torres. Lucas dan Meireles akan bersama kembali dan Gerrard mungkin bersama Kuyt diatas. Kembalinya Carragher merupakan rahmat buat kita setelah sekian lama cedera dan pasti akan menyingkirkan Skrtel untuk bergnadiingan dengan Agger. Kelly dan Johnson masih diposisi sama.

Saya harap Liverpool lebih ampuh menangani bola tinggi serta lontaran maut Delap. Hanya formula serangan sahaja dapat menidakkan kelab yang pernah menewaskan kita 2-0 musim ini. Pemain kita perlu lebih bersedia dari segi fizikal kerana pasukan Stokes adalah antara pasukan pembuli dengan taktik kasar dan kotor. Setiap peluang perlu disudahkan kerana ketiadaan Torres pasti terasa.

Saya rasa kapten Gerrard akan menjadi penyelamat kita buat masakini seperti waktu terdahulu. Dia pasti akan menangggung beban untuk memberikan sentuhan gol setelah Torres pergi. Kuyt juga adalah harapan peminat untuk menghuru-harakan kubu Stoke, habis nak harap siapa lagi. Ngog saya tak harap kerana walaupun agak tinggi, namun lembik cam kuih bengkang. Jadi mata penuh adalah segalanya untuk memadam kekecewaan dan kembalikan Liverpol dimana tempat sepatutnya.

Feb 1, 2011

PINTU DAH TUTUP



Sudah sudahlah jangan dok bakar-bakar jersi nama Torres, kalau tak mahu mai kat aku. Boleh simpan buat kenangan terindah. Memang hati terbakar sampai rentung dibuat oleh Torres yang pindah ke Chelsea, sebab masa beliau ambil nak ke Chelsea amat suntuk, sampai kalut Commolli dan Kenny nak cari ganti. Nasib baiklah kita sempat rembat Carrol dari Newcastle cepat-cepat kalau tak mungkin Kuyt dan lagi malang Ngog bakal jadi penyerang nombor wahid kita.

Harga Carroll memang tak masuk akal, tapi ada tak siapa kisah pasal Rooney ke Man U dari Everton. Inilah satu perjudian yang saya rasa berisiko tapi berbaloi diambil. Saya secara peribadi amat berbesar hati seorang pemain Inggeris dibeli ganti Torres. Apa takut dia nak lari mana dah paspot tulis aku orang Inggeris. Tapi kalau Torres, merajuk sikit silap-silap balik kampung. Lagipun harga pemain Inggeris tak akan susut, contoh Darrent Bent.

Macam saya katakan sebelum ini ada tak ada Torres kita perlu teruskan hidup, Kelab Liverpool tetap Liverpool, tiada pemain lebih besar dari kemegahan kelab. Pemain datang dan pergi. Sejarah telah mengajar Kopster yang sehero mana pun Keegan, Rush, McManaman dan Owen, kalau mereka keluar rezeki datang menggolek lepas itu. Keluar Keegan kita dapat Dalglish. Rush keluar kita dapat Beardsley. Keluar Mcmanaman kita dapat Hamman dan keluar Owen kita dapat Torres.

Jadi kita akan bangkit perlahan-lahan musim ini dengan kebolehan anak muda disamping kuda tua yang masih pecut. Suarez, Carroll, Kelly, Shevley serta mungkin Pacheco adalah masadepan yang sedang diberi pengalaman dan apa yang dituai sekarang dah tak lama akan dapat hasil, yakini musim depan dah tak lama, takkan tak boleh sabar. Reina, Agger, Johnson, Lucas, Meireles adalah pemain utama yang akan bergandingan dengan kuda tua seperti Gerrard, Carragher, Kuyt dan Maxi serta Aurelio.

Dengan Kenny sebagai pengurus buat masakini hingga kepenghujung musim, kita boleh harap ada kemajuan dicapai walaupun tidak drastik sangat. Sasaran kita adalah sekurang-kurangnya nombor 7. Kalau boleh dapat 4 teratas nampak macam mustahil kerana bek kita ada kurang sikit, tapi nak cakap pun tak berani sebab kelab kita penuh dengan kejutan. Selepas ini tiada lagi pemain yang kepala serabut dalam kelab dan harap peminat Chlesa bergembira dapat pemain yang hanya boleh main separuh saja setiap musim. Akhir sekali terima kasih Torres atas segalanya, jasamu dikenang.

DIPERSILAKAN KELUAR



Paling melegakan apabila ini orang sudah belah dari Liverpool. Memang dari awal tak ramai yang suka dengan mamat botak ini, tapi apa nak buat Hodgson memang terer cari pemain cikai. Akhirnya Glen Johnson pula yang main belah kiri. Jadi untuk makluman Aurelio bakal menjai orang bek kiri rasmi utama walaupun Glen Johnson sedang menjadi bidan terjun ganti tempat Konchsesky. Kami peminat Liverpool sangat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada Nottingham Forrest kerana menjadi pak sanngup. Musim depan mesti bek kiri sempoi akan datang. Ingat nama ini, Evra.

ORANG NO 9 BARU



Adakah anda berpuashati dengan pemain ini. Kita hanya perlu berdoa supaya beliau menjadi dan sehebat Torres. Namun bagi saya kombinasi Carroll-Suarez bernilai hampir sama dengan Torres seorang dan adalah kombinasi yang ditunggu-tunggu. Apakisah, kita cuma harap pemergian Torres akan ada rahmat disebaliknya.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails