Oct 31, 2010

SESAL DAHULU PENDAPATAN....



Siapa sanggup terima semula Mascherano, sila angkat tangan. Kalau anda salah seorang yang tidak egois, pastinya saya rasa akan menerima beliau dengan berlapang dada. Mungkin kerana bakat beliau dan persembahan yang telah beliau buktikan ketika hampir 3 tahun bersama kita. Ianya mungkin salah satu faktor kerana pemain tengah kita buat masa ini hampir tiada sengat dan pemain status kereta kebal dibahagian tengah.

Berbalik kepada Mascherano. Bibit-bibit penyesalan telah timbul apabila hanya sekadar memanaskan bangku simpanan Barcelona. Memang tidak dinafikan kebolehan Mascherano, tetapi tanyalah sesiapa pun, bahagain tengah Barcelona adalah yang terbaik didunia. Dan bagaimana nak selitkan pemain yang sekadar hebat dan kental dalam bidang pertahanan tetapi tiada aspek kreatif dalam permainannya. Malah hantaran beliau pun tidak sebaik saingannya iaitu Sergio Bosquet. Malah pemergian Yaya ke Man City pun sebab Bousquet dah menyimen tempat di Nou Camp.

Alasan beliau memberontak untuk keluar dari Anfield amat tidak boleh diterima akal. Apa kena mengena Hicks/Gillet dengan pemergian beliau. Semua pemain tidak menyukai mereka tetapi bukan dengan cara menyusahkan pasukan dengan pergi disaat genting satu tindakan yang bijak. Lagipun peminat sudah faham pe'el pemain jenis tikus, akan terjun dulu kalau kapal macam nak karam.

Bagi saya pula bolasepak tidak boleh dipisahkan antara profesional dan emosi. Walaupun nak bandingkan Alonso dengan Mascherano memang lain, tetapi Alonso terpaksa dijual kerana silap Rafa sendiri yang mempermainkan perasaan Xabi dengan memikat Barry. Kalau Alonso mahu pulang ke Anfield saya rasa hampir semua peminat alu-alukan. Tetapi bagi saya tidak sama sekali buat Mascherano. Kita mahu mereka lihat macamana Owen melayan kelab dan akhirnya menyesal apabila Rafa dan Hodgson sendiri tak mengendahkan bekas ikon kita itu.

Jadi buat Hodgson atau sesiapa sahaja yang bakal mengurus Liverpool. Jangan sekali-kali mengambil kembali orang yang tidak pernah berterima kasih dengan peminat. Kita takkan melepaskan dua kali anjing yang tersepit, ingatlah gigitannya pada pertama kali dia dilepaskan dahulu.

Oct 29, 2010

LIVERPOOL LAWAN BOLTON



Bagi yang merasakan kepuasan perlawanan menentang Blackburn tempohari mungkin akan sadis mendengar yang Roy Hodgson sudah bertahun-tahun tak pernah menang ditempat lawan dimana sahaja beliau melatih. Ini mungkin hanya sekadar statistik ataupun kisah lampau tapi semuanya msti ada sebab musabah. Kalau tiada beruk masakan pohon bergoyang tak gitu.

Jadi bukan saya sengaja potong stim kalian dengan cerita tak sedap begini. Tetapi hakikat yang perlu kita sedar ialah Hodgson mungkin seorang jurulatih bagus tetapi bukannya pakar taktikal macam bekas pengurus kita sebekum ini. Mari kita imbas kembali beberapa perlawanan dahulu dan kaji semula sebagai perbandingan. Asal bertandang kat tempat lawan tak pernah nak suruh anak buah main berani.

Mungkin peminat lain cakap Houllier pun main macam itu juga. Tapi bagi saya Houllier main serang balas yang efektif serta menjadi sebab dia ada penyerang dan pemain sayap yang pantas. Malah pemain tengah juga lebih agresif dengan gandingan Hamann-Gerrard. Kita pula ada Lucas dan Poulsen yang akan disayurkan lawan bila-bila masa jika digandingkan bersama. Nasib baiklah Meireles dah main ditengah, kalau tidak lagi haprak tak tahu nak cakap.

Lawan kita Bolton zaman Owen Coyle tak sama dengan zaman Sam Boroi. Zaman Sam Boroi, Bolton antara pasukan ragbi yang digeruni. Tak percaya tanya Wenger, dia pasti akan kritik Bolton sebab banyak pemain beliau akan cedera selepas perlawana Bolton. Tapi kini, Owen telah membawa rentak baru dalam permainan Bolton. Permainan mereka lebih tersusun dengan hantaran pendek serta penggunaan pemain sayap yang pantas. Lagi satu dia sudah pandai menggandingkan Davies dan Elmander bersama.

Pasukan kita pula saya tak pasti akan mengalami perubahan mendadak selepas menang dengan Blackburn. Walaupun kita tahu Kuyt dan Aurelio dah pulih, namun saya yakin Maxi dan Konchesky masih diberi tanggungjawab. Torres dan Gerrard sekali lagi akan digerkkan sebagai unik serangan dan Cole dikiri. Mintak simpang Poulsen main, lebih baik Lucas teruskan main dengan Meireles. Kargiakos akan kekal ditengah dengan Skrtel dan Carragher dikanan sementara tunggu Johnson pulih.

Pilihan untuk menang ada ditangan Roy. Dia yang menentukan macam mana pasukan akan main. Jika dia suruh main berhati-hati, maka agak susah nak menang. Tapi kalau dia suruh main macam singa lapar macam kat Anfield tempohari, saya rasa nasib akan memihak buat kita.

Oct 28, 2010

TIADA LAGI KUDA TUA.



Pemilik baru John Henry telah menyatakan mandat terbaru dalam pembelian pemain. Polisi membeli pemain tua dengan harga yang mahal tidak akan berlaku lagi pada masa depan. Kes ini boleh dirujuk dengan pembelian Keane dari Spurs dan Aquilani dari Roma. Malah bagi saya kalau pemain tua dan tak mahal sekalipun macam Maxi, Poulsen, Konchesky adalah lebih kepada menghabiskan duit bayar gaji.

Polisi ini merupakan langkah drastik jangka panjang bagi memberikan perubahan ketara yang mana separuh pemain utama kita banyak yang lebih 30an atau hampir kesitu. Dan separuh lagi lagi 2-3 tahun nak kepenghujung kalendar. Pembelian pemain muda yang telah mencipta nama dalam persada antarabangsa amatlah perlu. Saya ambil contoh Eden Hazard (bukan orang Negeri 9), baru berumur 19 tahun tetapi bakatnya 10 kali hebat dari pemain sayap yang kita ada sekarang. Seorang lagi yang saya rasa perlu dibawa masuk ialah Romano Lukaku, yang mungkin akan di ngap oleh Chelsea atau Arsenal yang digelar Drogba baru.

Jadi mungkin Hodgson terpaksa melupakan hasrat mendapatkan Forlan atau Pavlychenko mahupun SW Philips. Walaupun mereka-mereka ini punyai kredibiliti masing-masing tetapi ianya satu pembaziran untuk jangka masa panjang. Memanglah harga tak semahal mana tetapi gaji mereka mesti mahal punya. Lagi satu semangat orang muda yang baru nak naik berbeza dengan pemain tua yang kadang-kadang banyak songeh dan ego. Jadi tujuan polisi pembelian pemain era NESV bagi saya adalah satu tindakan terbaik samada dari segi bolasepak dan juga bisnes. Dan juga barulah kita dapat melihat pemain berbakat seperti Shevley, Sterling dan ramai lagi diberi peluang kerana akan bersaing dengan pembelian baru yang sebaya dengan mereka.

Oct 26, 2010

CALON UTAMA TARIK DIRI



Salah seorang sasaran atau calon pengganti Hodgson, iaitu Martin O'Neill boleh kita abaikan selepas ini. Bekas jurulatih Aston Villa dan Celtic, dengar cerita akan melatih sebuah kelab di Arab Saudi tak lama lagi. Kelab Al Hilal telah memberikan kontrak 2 tahun dengan gaji £4.5 juta setahun.

Jadi sekarang tinggal Ridjkaad dan Pellegrini sasaran utama. Dan mereka pasti doakan Hodgson buat silap selepas ini. Sebabnya masing-masing sedang membuat bajet dan merancang dana yang diwar-warkan sekitar £60 juta,untuk perpindahan januari. Tak banyak sangat berbanding Man Citeh yang habis lebih £100juta, tapi masih tak konsisten.

KUIZ SIAPA MAHU JADI JUTAWAN

Oct 25, 2010

LIVERPOOL 2-1 BLACKBURN



Bangkit dari lena. Itulah keadaan gergasi Liverpool yang asyik lena sehingga terperosok ke tangga 19 liga. Kebangkitan ini harapnya berterusan bukannya sekadar mengalih bantal. Ini kerana pasukan kita mampu lebih dari apa yang ditunjukkan sebelum ini. Cuma misteri kegagalan ini tertumpu kepada Hodgson, kerana dialah yang mengurus pasukan. Segala latihan, taktik dan motivasi kepada pemain segalanya dibawah seliannya. Takkan nak salahkan tukang bancuh air kot.

Pujian mesti diberikan kepada Hodgson kerana peranannya dalam percaturan kali ini. Awas jangan kembang jubur sangat. Pintu keluar masih ternganga. Banyak perlu diperbaiki. Kalau boleh tengok balik video lawan Blackburn dan bandingkan dengan lawan Blackpool. Cari kelemahan pasukan dan ubah taktik dan kalau tak malu telefon tanya Rafa tentang plan B. Jangan nak harap tuah datang menggolek tanpa persediaan yang mantap.

Bagi saya kesemua pemain telah menunjukkan peranan masing-masing dari Torres yang kemarau gol sehinggalah Lucas yang selalu dicerca peminat. Mereka kali ini bukan sekadar mencuba tetapi berusaha ketahap yang sepatutnya. Inilah yang peminat mahu lihat dari minggu pertama lagi. Semua sebelas dalam padang nampaknya sudah ada kerjasama dan faham rentak permaianan rakan sepasukan.

Kargiakos bagi saya pengganti idela Hyypia dan gol beliau memang mengingatkan kita tentang kehebatan lagenda Finland dari segi sumbangan gol, namun dia perlu hilangkan gelabah biawak yang sentiasa membanyangi kesasaan dan kemachoan rambut ala Steven Seagal itu. Dan Torres pula telah mendapat kembali sentuhan beliau setelah lama ketandusan gol. Malah jika tidak keterlaluan saya katakan yang Torres bakal menambah lagi koleksi golnya selepas ini.

Harapnya Roy Hodgson akan terus menerus memikirkan yang terbaik untuk Liverpool, walaupun saya anggap dia bukanlah jawapan untuk mengembalikan kegemilangan kita untuk jangka masa panjang. Tapi saya juga mahukan Roy Hodgson cuba sedaya upaya kerana tiada sesiapa pun dikalangan peminat mahukan pasukan kita terjerumus dalam kancah penyingkiran. Ayuh Roy jadikan kritikan peminat satu motivasi buat kamu dan buktikan yang kamu boleh lakukan untuk perlawanan mendatang. Kami semua sedang memerhatikan prestasi kamu dan begitulah juga pemilik yang baru.

Oct 23, 2010

LIVERPOOL LAWAN BLACKBURN


Kalau ikut hati panas rasa segan nak tulis apa-apa. Semua yang difikirkan negatif saja kebelakangan ini. Kalau pun yang positif amat sedikit sangat untuk melawan banyak cerita sedih pedih sebagai peminat Liverpool. Macamana nak fikir yang elok jika keadaan pasukan yang amat celaru. Saya akur seruan Kapten Gerrard dan Carragher yang mahukan semua orang beri sokongan kepada Roy Hodgson. Kadang-kadang nak tanya Gerrard yang sampai bila nak sokong, sampai turun Championship kot. Kita sokong jika Roy bilamana pasukan kita main cantik dan tewas kerana tidak nasib baik atau dianiaya pengadil seperti musim lalu. Sebab itulah saya kesal Rafa dipecat bukannya kerana faktor Rafa sendiri, tetapi kesal kita ganti yang lagi teruk.

Panjang sangat mukadimah, maaf. Emosi tak boleh disembunyikan. Berbalik cerita lawan pasukan Balckburn Rovers. Pak Roy ada nostalgia dengan pasukan ini. Dia pernah mengurus pasukan ini selama 18 bulan dan melingkupkan pasukan hebat yang dibina Dalglish jadi pasukan sampah. Amacam sama tak macam pasukan kita, dari bagus sekarang jadi hampas. Sekarang pasukan itu telah bertukar dari pasukan main berseni dah jadi pasukan ganas dan kasar. Itulah mentaliti yang telah dibawa oleh Sam Boroi dari Bolton kepada Blackburn.

Jadi kalau nak lawan api kena guna air kan. Salah, bagi saya baik lawan api guna api. Maksudnya kita kena bersedia bukan sahaja dari segi taktik tapi fizikal untuk berentap dengan mereka. Tak suruh tiru taktik Blackburn, tapi bersedia bermandi darah jika perlu. Itulah yang kita amat kurang semasa lawan Sunderland, Birmingham dan juga Blackpool. Tidak asak lawan sejak dari mula, biarkan mereka senang-senang menibai pemain tanpa membalas balik. Malang sekali Poulsen sudah tua, mungkin panas baran beliau dah kurang, kalau 5 tahun dulu saya ingat tak siapa berani buli dia.
Jadi semua pemain tak kiralah Cole, Raul, Gerrard atau Jovanovic harus main dalam mod agresif sikit. Macam makan bihun sup, kena letak cili sikit bagi pedas baru sedap. Tapi bek kita jangan terlebih cili pula, berpada-pada sebab malang tak berbau, penalti adalah mimpi ngeri jika tersilap langkah.

Ingat lagi musim lepas tak silap saya Torres melakukan sepakan voli cantik menewaskan Blackburn. Tapi Torres itu telah tiada dalam jiwa Torres 2010. Sedih sekali kita dengan tohmahan yang diterima beliau. Mengenai masa depan di Anfield. Saya yakin dia datang kesini untuk menang piala, tetapi satu habuk pun tiada sejak dia datang 3 tahun lalu. Kalau dia pergi dari Anfield disaat kejatuhan kita, saya harap tiada yang caci dia seperti mana Mascherano, itu cerita lain. Saya harap Torres tak sebegitu dan bermula perlawanan Blackburn ini dia menemui semula sentuhan gol.

Oct 22, 2010

LIVERPOOL 0-0 NAPOLI



Konchesky menjadi talian hayat Roy Hodgson. Kalau pengadil atau penjaga garisan beri keputusan sebaliknya, saya yakin esok juga Roy kena kemas beg balik London. Apapun tahniah buat pemain muda seperti Kelly, Spearing dan terutamanya Shevley yang menampakkan peningkatan tak macam lawan Northampton sebelum ini.

Oct 21, 2010

SAJA NAK BAGI ORANG MARAH



Samada tersalah cakap atau pemberita silap tulis, itu semua dah jadi modal untuk peminat makin membenci Roy Hodgson. Tak pasal-pasal berita tentang Rooney Gemuk nak berambus dari ManYo, dia pula pandai-pandai komen yang sahabat baiknya, Fergie mesti mahu Torres ganti tempat budak gemuk kaki sontot tu. Padahal belum dengar lagi suara Fergie ulas tentang pengganti Rooney. Apa punya tur, ini macam ada niat tak elok nak jual Torres kot sebab penyerang kesukaan peminat itu macam boikot beliau tak mahu sumbat gol. Bagi saya ulasan yang tak perlu macam itu menunjukkan Roy dalam tekanan dan ketakutan yang teramat sangat. Al maklumlah, masa dah suntuk untuk beliau tunjuk kemampuan. Sepatutnya dia memperbetulkan taktik untuk tidak menyusahkan Torres yang terkapai-kapai menungggu bola cantik dari pemain tengah. Sampai pemberita Norway tanya pasal tu dia marah-marah cakap mereka cuba mendesak. Nampak sangatlah dia tak sedar yang dia ada masalah tapi bila orang tegur nak disembur pula. Dengan itu saya teramat yakin yang pemain sedang memboikot Hodgson menyebabkan persembahan dan keputusan amat teruk ini.

PENCARIAN JAWATAN PENGURUS



Angin bertiup kencang diluar Anfield. Ianya membawa perkhabaran gembira dan duka buat sebilangan manusia. Bagi insan yang benama Hodgson ianya satu kecelakaan bakal menimpa dan buat peminat ianya mungkin sinar keceriaan. Kalau tak betul masakan berani ditulis orang. Tapi perkhabarannya amat jelas dua orang atau tiga orang pengurus telah bersiap sedia dengan resume masing-masing dan mencari tali leher dan sepatu kilat dalam almari, jika dipanggil untuk temuduga jawatan Pengurus. Nama yang telah tersebar dan jelas menjadi sandaran seperti saudara Frank Ridjkaad dan Manuel Pellegrini, selain Martin O’neil, Kenny Dalglish dan B Sathianathan.

Tugasan mereka mungkin agak mencabar kerana kedudukan tangga liga serta kualiti keseluruhan pemain dalam pasukan yang sedia ada. Namun bagi saya ianya lebih mudah sedikit jika pengurus baru dibawa masuk secepat mungkin. Ini kerana mereka boleh mengolah pemain sedia ada, manatahu kalau kena caranya, taktik, motivasi, serta nasib menyebelahi dengan pasukan sedia ada, perubahan drastic nampak sebelum keputusan untuk membeli pemain baru untuk menguatkan pasukan .

Saya nampak tiada cara lain untuk perubahan, reformasi mesti diteruskan walaupun kemenangan melawan Tauke sebelum ini berjaya. Nasib kita tak berubah jika hanya mahu mengharap takdir bersama Hodgson. Saya akui dia hanya setahun jagung bersama kita, tetapi harus akur yang tujuan dia dibawa bukan untuk jangkamasa panjang. Hanya untuk menstabil pasukan sehingga ketuanan baru mengambil alih. Nah, setelah ada Tauke baru maka klausa untuk pemberhentian Hodgson telah diaktifkan dan tunggu budi bicara pengurusan baru.

Oct 20, 2010

LIVERPOOL LAWAN NAPOLI


Saya tak mahu cakap yang negatif sebab ramai yang marah dan bertambah marah. Biarlah kita hipokrit macam pasukan kita tiada apa yang untuk dibimbangkan. Jadi untuk meneruskan agenda seterusnya, perlawanan Piala Europa yang amat hebat dan dicemburui oleh Chelsea dan Man U sebab mereka tak layak sertainya.

Ingat lagi Dossena, ala mamat kepala botak yang pernah main bek kiri tapi tak bagus, tapi main sayap boleh pula jaringkan gol dengan Real Madrid dengan Man Yu. Kalau ingat bagus sebab dia adalah salah seorang pemain kelab yang pasukan kita nak lawan nanti. Saya tak tahu statistik dan cerita mengenai mamat itu, tapi dengar kata dia masih jadi bek kiri Itali, maknanya hebat juga lah dia.

Jadi untuk pasukan yang bakal kita lawan nanti semua kengkawan Dossena yang tak pernah kita kenal kecuali Dossena seorang. Kalau dulu Napoli memang saya kenal pemain dia iaitu siapa lagi kalau tak Diego Maradona. Itu sahaja identiti Napoli yang saya anggap hebat sampai sekarang. Dan pastinya peminat Napoli akan bernostalgia sebegitu dan silap2 ada nama Jalan atau kampung sempena nama lagenda Argentina itu.

Maka saya harap pasukan kita main bersungguh-sungguh. Biarlah cerita Liga Perdana dengan Liga Perdananya, Piala Europa buatlah macam sebelumnya. Walaupun pasukan tuan rumah yakin bersemangat nak membantai kita macam Blackpool dan Everton namun bola itu bulat. Kita ibarat Singa yang cedera parah, nampak macam tak larat nak lawan, tapi awas dia masih ada kuku dan taring, mai dekat boleh koyak isi juga.

Buat Pak Roy, saya tak menyalahkan kamu kerana kamu bukanlah dibawa untuk memberikan kami fantasi kejohanan atau piala, namun mungkin sekadar pengurus tua yang hilang arah. Mungkin taktik kamu tak bagus atau pemain boikot taktik lapuk kamu, tapi sebagai pengurus yang dah sebarang keputusan berlaku diatas bahu kamu. Tapi buatlah sebaik mungkin kerana KPI (Key Perfomance Index) sedang dinilai oleh semua. Mungkin tak sempat dapat bonus Januari jika keadaan berlarutan.

Oct 17, 2010

EVERPOOL



Kalaulah perkongsian stadium berjalan lancar maka Stadium Everpool atau Liverton haruslah diberi nama jika tiada penaja yang teringin nak buang duit macam Emirates taja Ashburton Grove. Saya bukan pro atau anti kepada perkongsian padang bola untuk kedua-dua kelab Merseyside ini. Kalau Tranmere nak turut serta pun tidak salah. Tetapi bolasepak England masih terlalu inginkan klasik dan sejarah. Dan peminat dari kejiranan yang sama saling benci-membenci (dalam bolasepak) .Inilah istimewanya dan ketaksuban bolasepak mereka tapi jarang sekali ada iniden ala Kelantan-Selangor kerana mereka terdidik setelah tragedi Hillborough mengorbankan banyak jiwa.

Terlalu banyak insiden dalam sejarah pertembungan Everpool. Cuma yang saya amat ingati sampai kini ialah pertembungan tak silap 2001, apabila pasukan kita menang 2-1 dengan sepakan percuma Gary Mccalister yang cantik, setelah kita main dengan 10 orang. Yang menarik di Goodison ialah Duncan Ferguson yang bengis dan suka cari pasal tapi paling banyak tembus jaring kita. Selain itu tak banyak yang saya ingat selain kad merah yang banyak terlayang akibat komitednya kedua-dua pasukan beraksi. Apa yang pasti rekod masih kita pegang dalam lawatan-lawatan ke Goodison.

Musim ini kedua-dua pasukan memulakan musim dengan langkah longlai dan mempunyai masalah sendiri. Kita dengan masalah pemilik dan pengurus baru dan pemain baru yang cuba berpadu dengan taktik baru. Everton pula bermula tanpa ramai pemain utama dalam pasukan dan yang baru pulih masih berkarat. Akibatnya masing-masing berkongsi 6 mata dari 6 perlawanan dan jauh ditinggalkan 12 mata dari pendahulu liga, Chelsea dan berada dalam zon corot. Banyak persoalan yang sukar dijawap umpama misteri kenapa pasukan kita kini sama taraf dengan Everton yang dahulunya kita tinggalkan berkilometer jauh.

Kehilangan Kuyt yang merupakan pemusnah Toffes musim lalu, amat menyedihkan kita. Lagi sedih tiada siapa yang boleh diharap untuk main diposisi yang beliau kosongkan. Babel, Maxi, Meireles merupakan alternatif yang rasanya mungkin biasa digunakan tapi ada baiknya jika uji Johnson sebagai pemain sayap setelah banyak kali terima komen negatif sebagai bek kanan musim ini. Bagi bek kanan saya rasa Kelly lebih dari bersedia untuk diberikan peranan sebagai bertahan dahulu kemudian menyerang.

Nasib baik Torres disahkan pulih dan akan kembali diberikan peranan penggempur kubu Everton. Tak mahu nak harap beliau mampu merobek kubu dan menggegar jaring Everton, tetapi inilah peluang untuk Torres kembalikan semangat yang hilang. Lagi satu lebih baik masukkan Ngog bersama Torres, kerana macam kebetulan setiap kali Ngog masuk permainan kita berubah dan lawan dah keliru nak jaga Torres saja, sebab Ngog juga berbahaya jika dibiarkan kerana dialah penjaring terbanyak kita musim ini.

Konchesky baru pulih, begitu juga Aurelio. Masing-masing belum cergas namun Kelly mungkin alternatif mudah. Tetapi ramai yang mahukan Aurelio termasuk saya. Dia lebih yakin bertahan dan menyerang disamping sepakan percuma lencong yang berbahaya. Kalau Kelly main pun saya suka sebab dia juga pertahanan yang mantap, tetapi jika situasi memerlukan bek sisi menyerang saya tak berapa nampak kemampuan pemain muda kita itu kearah itu. Tapi dah nama pun pertahanan, tugas utama harus diutamakan dan menyerang bila perlu sahaja.

Posisi lain tiada masalah besar cuma perlu diletakkan pemain yang betul untuk posisi terkuat mereka. Taktik perlu mantap, jangan bagi peluang lawan rapat kubu kita. Kalau boleh henjut mereka macam kita yang tuan rumah. Kalau West Brom boleh kecutkan telur Man U di Old Trafford, takkan kita tak boleh bagi tekanan buat Everton. Bermain dalam intensiti pantas mungkin akan meletihkan pemain, namun itulah caranya macamana kelab bawahan ajar kelab atasan macam kita kena pecacai dengan Blackpool separuh masa pertama. Jadi takmahu cakap banyak peminat mahukan kemenangan. Itulah harapan terakhir peminat keatas kredibiliti Hodgson. Jika bawa pulang telur ayam maka selamat jalan diucapkan kepada Pak Cik Roy.

Oct 16, 2010

LIVERPOOL RED SOX



Kalaulah John W Henry boleh mengadaptasi seperti mana yang beliau lakukan kepada pasukan bola lisut, Boston Rex Sox alangkah bagusnya. Tetapi bagi rakyat Amerika mereka taksub dengan bola lisut dan bolasepak Amerika serta bola keranjang, tetapi bolasepak ialah sukan picisan. Lihatlah bagaimana pemilik sebelum ini tidak mengendahkan langsung perihal sukan yang mereka tahu adalah macamana nak buat duit. Memang tidak disangkal perolehan jika tidak termasuk faedah hutang, kelab kita untung berganda berbanding era David Moores.

Berbalik kepada Henry, kata-kata pertama sebagai pemilik yang sah ialah lebih kurang begini dia bukannya memiliki kelab, tetapi sekadar penjaga kerana kelab sebenarnya milik peminat. Sungguh dalam maksud Pak Henry dan saya faham yang beliau kiaskan yang umpama dirinya pekerja bukannya tauke. Kalau niat dan tekad beliau sebegitu mungkin kali ini apa yang dicari dah ditemui. Mereka ada iltizam untuk menaikkan kembali kelab, kerana mereka tidak menjanjikan diluar kemampuan. Model yang mereka akan gunakan ialah macam Arsenal menurut sumber kerana mereka telah ke Emirates dan menggunakan bekas jururunding yang membina stadium Arsenal itu sebagai ejen mereka untuk menyediakan stadium baru jika kewangan mengizinkan.

Saya nampak ramai menaruh harap dengan pemilik baru ini. Tapi bagi saya bukan mudah untuk mempercayai warga Amerika dalam hal perniagaan. Lihat sahaja di negara kita,Malaysia, walaupun banyak pelabur Amerika yang masih melabur disini, namun ada juga yang cabut lari setelah membuat untung bertahun-tahun dan memeras tenaga kerja buruh kita. Bukannya saya menyangkal yang siapa tak mahu untung dalam perniagaan, namun yang penting faedah kepada kelab Liverpool bukannya tertumpu hanya kocek sendiri. Saya tidak bermimpi yang Pak Henry mampu buat seperti Abramovich, namun jika mereka dapat bekalkan dana secukupnya untuk pemain berbakat, saya kira dah memadai dapat melihat bintang muda yang bakal menyinar seperti Juan Mata atau Llorente dibawa masuk.

Oct 15, 2010

KONTRAK BARU BUAT CARRAGHER



Berita penyambungan kontrak Carragher selama dua tahun lagi diterima dengan pelbagai andaian. Satu pihak yang lebih progresif nampak bahawa masa depan Carra pasti sekadar jadi macam Hyypia dua musim lepas. Main secara sambilan, dan perlahan-lahan belajar jadi jurulatih. Namun ada pihak yang agak konservatif, mengalu-alukan berita ini bagaikan Carragher adalah terhebat dan sangat digeruni lawan macam dulu-dulu.

Secara tulus ikhlas saya dipihak optimis yang mahukan masalah dibahagian pertahanan dipulihkan dengan drastik. Menurut penilaian puak berhaluan kiri, Carragher sudah hampir umur persaraan wajib. Dia masih diperlukan namun dengan kadar minima, kerana dalam usia sebegitu (saya sendiri sebaya Carragher saya tahu), otak kata boleh tapi badan dah tak mampu. Contoh kita main futsal dengan budak-budak awal 20an, tak terkejar nak lawan stamina diorang. Begitulah juga saya lihat dengan Carragher. Dia hanya kini main dengan semangat, kebolehan beliau tertinggal di Istanbul 2005.

Tapi tiada masalah jika pemain disamping beliau hebat macam Hyypia. Ini saya tengok Skrtel main asyik sondol, banyak kali nyaris boleh bagi lawan penalti sebab main tak pakai akal asyik nak tarik baju. Agger pula paling berbakat, namun bak kata kaki bola, dia diperbuat dari kaca mudah pecah. Kargiakos bagi saya hanya hebat diudara tapi atas lantai amat gabra dan lembab serta senang dipotong pemain sayap lawan. Wilson dan Kelly belum mampu dinilai kerana mereka hanya digunakan dalam perlawanan yang tak penting dan hanya prospek masa depan.

Seharusnya dalam masa 2 tahun dari sekarang adalah masa pengurus mencari pengganti Carragher dan kalau boleh lebih hebat dari beliau. Sementara itu bolehlah Carragher pergi ambil lesen kejurulatihan dan manatahu boleh jadi pengurus masadepan Liverpool. Buat masakini Carragher masih diperlukan sebab dia masih yang terbaik yang kita ada.

LAWAN TETAP LAWAN



Tak habis lagi peluru Koboi dua ekor tu nampaknya. Kali ini mereka gunakan Texas untuk serangan balas. Namun apakan daya mereka sekadar tembak angin. Silap-silap kalau tak kena cara mereka akan dicaj hina mahkamah, tidur lokap semalam jangan main-main. Kalau nak buat rayuan kena buat di Liverpool, bukan di Texas, apa kena mengena Liverpoolfc dengan Amerika. Tak faham atau saja nak tunjuk yang mereka adalah Amerikan sejati, takkan undur walaupun tewas berkali-kali. Tapi mereka tak faham yang mereka hanyalah koboi pencen yang tersilap langkah. Nak berniaga tak ada modal, pakai air liur saja, dan akhirnya dapat balik air liurlah.

Oct 14, 2010

SUKA DUKA ARENA ANTARABANGSA



Meireles mengganas apabila menjaringkan satu gol apabila Portugal menang 3-1 keatas Iceland.
Poulsen dan Agger bermain untuk Denmark yang tewaskan Cyprus 2-0.
Kuyt bersama Belanda menewaskan Sweden 4-1.
Gerrard dan Johnson agak kecewa apabila England sekadar seri 0-0 dengan Montenegro.
Skrtel juga beraksi dengan Slovakia yang seri 1-1 dengan Repulik Ireland.
Manakala Jovanovic tak sempat pijak padang apabila perlawanan Serbia dengan Itali terpaksa dibatalkan.

Dalam rangkuman perlawanan tersebut, bagi saya Meireles sahaja patut dibanggakan. Dia menunjukkan kepada kita bahawa Hodgson takkan menyesal membeli pemain itu tapi memang bebal tak reti nak letak Meireles diposisi yang sepatutnya. Poulsen juga mungkin bermain baik jika ikut keputusan, namun saya dengar dalam perlawanan itu dia hanya tahu mengasari lawan saja. Malang sekali buat Agger apabila dia cedera kembali apabila baru lega setelah cedera minggu lepas. Nasib baik Aurelio dah boleh main dan kita harapkan dia diletakkan sekurang-kurangnya dibangku simpanan untuk lawan Everton.

Tapi yang paling menyedihkan ialah Kuyt bakal direhatkan sehingga 2011, apabila koyak ligamen pergelangan kaki. Kali ini kita perlukan sentuhan magis Dr Bruekner dan pakar perubatan di Melwood untuk mengubati Kuyt dengan segera. Maknanya Maxi akan menjadi pertaruhan atau Hodgson akan buat gila lagi letakkan Meireles dikanan. Gerrard yang dilucutkan jawatan kapten mungkin kecewa dengan keputusan Cappello yang tak bijak memilih kaki MC kembali jadi kapten. Saya harap Gerrard jang sedih kerana Liverpoolfc lebih perlukan kepimpinan kamu untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Oct 13, 2010

BERAKHIRNYA DINASTI PENIPU



Debaran menunggu perbicaraan meresahkan semua peminat. Berjaya atau tidak akan menentukan jatuh bangun kelab untuk masa depan. Sebab itulah apabila hakim memutuskan bahawa permohonan Hicks dan Gillet untuk mengenepikan keputusan RBS menjual kelab kepada NESV ditolak, seluruh dunia menyambut gembira. Kelegaan terselamat dari tersungkur muflis dan didenda potong mata sudah tiada untuk dirisaukan.

Tahniah kepada Tiga Abdul, Broughton, Puslow dan Ayre diatas keberanian mereka melawan tauke, dan mereka patut diberi anugerah. Jadi apa yang penting sekarang ialah perancangan untuk memperbaiki kedudukan corot. Sehingga NESV mengambil alih sepenuhnya, biarlah Hodgson uruskan pasukan dan saya nak lihat apa yang dia mampu lakukan setelah tiada lagi masalah dalaman kelab. Sehingga itu jangan berhenti berharap, mendung tak selamanya, cerah sedang menanti. YNWA.

Oct 12, 2010

KISAH ANAK PENJUAL IKAN



Ceritanya bermula begini dalam kepesatan Bandar Singapura, disebuah flet di Bukit Hoo Swee, tinggal seorang anak Cina bersama 3 saudara lelaki dan 4 perempuan serta bapa dan ibu mereka dalam kediaman 2 bilik itu. Bapanya memerah keringat di pasar basah menjual ikan untuk menyara keluarga besar itu. Namun dalam pada itu, anak Cina tersebut diberikan peluang bersekolah oleh bapa yang amat pentingkan kejayaan anak-anak dalam ilmu, walaupun terpaksa bergelumang dengan lendir hanyir ikan. Namun kejayaan bukan datang menggolek, beliau berjaya menyambung pelajaran keperingkat tertinggi ke Australia, di University of Western Australia, Perth. Dah menjadi adat anak orang kurang berada, anak Cina tersebut menempuh pelbagai kesempitan hidup dirantau orang dan beliau terpaksa membuat kerja sambilan, seperti pemandu teksi, pelayan dan tukang masa restoran. Dari situlah juga beliau belajar selok belok dunia pengurusan perniagaan secara tak formal.

Anak Cina tadi berjaya menamatkan pengajian beliau dalam bidang pengurusan perniagaan dan akauntasi dengan jaya. Terus beliau bergegas pulang ke tanahair beliau dan mendapatkan pekerjaan sulung sebagai akautan. Namun rezeki dalam bidang itu tak mampu bertahan lama, sekitar tiga bulan beliau berhenti dan bekerja disebuah firma penasihat percukaian. Walaubagaimanapun anak Cina tersebut akhirnya memilih kerjaya sebagai seorang Broker saham di Bursa Singapura, yang mana beliau minati semenjak berjinak-jinak membeli saham semasa umur 18 tahun. Dia telah menempa nama dalam Bursa Singapura, dan begitu tersohor sebagai remiser sehingga diberi gelaran ''King of the Remisers''. (Remiser ialah ejen syarikat pembrokeran saham yang menerima komisen untuk setiap transaki jual-beli saham ).

Setelah bertahun-tahun melakukan transaksi untuk pelanggan, pada awal 90an beliau telah bertekad untuk menjadi pelabur sendiri. Kisah kejayaan beliau bermula apabila dia melabur sebanyak $10juta dalam 5% saham dalam sebuah firma beroreintasikan komoditi kelapa sawit, Wilmar International. Sehingga kini saham syarikat tersebut telah mencecah $700juta. Kunci kejayaan beliau adalah mudah, sabar itu separuh dari iman. Dia tidak pernah terlampau memilih dalam pelaburan beliau asalkan ianya mempunyai prospek jangka panjang yang mantap. Dia tidak hari-hari memantau saham tersebutt, malah masih boleh tidur lena walaupun ada kejatuhan pasaran.

Corak pelaburan beliau berubah-ubah mengikut perkembangan pasaran. Dia pernah melabur dalam industri fesyen dengan FJ Benjamin, firma pelaburan Rowskey, rangkaian klinik Healthway Medical, restoren Brewekz dan banyak lagi. Dia juga banyak melabur dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dan antara broker yang terkenal juga. Kalau dia dikaitkan dengan mana-mana syarikat, maka syarikat itu akan menjadi bualan. Oleh kerana kebolehan dalam dunia pelaburan beliau itu beliau telah berjaya mengumpul aset sekitar $1.6b dan telah disenaraikan sebagai jutawan ke-8 terkaya di Singapura. Anak Cina kiasu ini adalah Encik Peter Lim yang merupakan antara pelabur yang dikaitkan dengan bidaan terakhir bersaing dengan Firma NESV dari Amerika.

Namun dalam perkembangan semasa isu penjualan kelab yang diheret ke mahkamah, serta desas desus yang mengatakan NESV mungkin akan mengundur diri jika tewas dimahkamah, Peter Lim dikatakan bersiap sedia dengan bidaan kedua. Namun belum pasti beliau amat serius tentang bolasepak, tetapi dia mempunyai semangat kesukanan tinggi kerana untuk melihat atlet Singapura berjaya dalam olimpik dan memberikan sumbangan terhadapt tabung pembangunan tersebut. Apa yang pasti calon seperti Lim bukannya Abramovich atau Mansoury. Apapun Lim masih berpeluang jika ditakdirkan NESV , mengundur diri.

Oct 11, 2010

KISAH SPICE BOY



Pertengahan 90an adalah masa muzik pop Spice Girl menggilai remaja didunia. Tak pasti Beckham dah ngorat Posh lagi atau tidak, dan Mel B minat Liverpool atau belum. Namun kegilaan budaya pop dan kemashyuran ala selebreti telah terpalit sama kepada bintang-bintang bolasepak di England. Ramai pemain muda Liverpool yang tampan seperti Jamie Redknapp, Jason McAteer, Stan Collymore, McManaman dan David James telah terjebak dalam dunia peragawan seperti menjadi model jam tangan atau seluar dalam atau sut Armani. Malah ada satu ketika merekalah mempelopori budaya kaki seronok di kalabumalami (Nite Club).

Pengurus ketika itu, Roy Evans tak mampu nak tegur pemain-pemain utama, kerana mereka memang berkualiti atas padang, namun sekali-sekala akibat terlalu mengejar masa untuk pertunjukan fesyen, sampai lewat untuk latihan dan tidak cergas. Sebab itulah pasukan kita main hebat dan cantik tetapi macam tidak fokus sepanjang musim. Walaupun banyak faktor lain atas padang yang menghantui kita namun ramai yang nampak pemain lebih gemarkan aksi depan kamera dan atas pentas dari aksi atas padang.

Begitulah perihal era Spice Boy yang mewarnai dunia bolasepak Liverpool. Sebab itulah pasukan musuh kita, Man U dapat membolot gelaran demi gelaran kerana Ferguson amat pentingkan disiplin dari dulu hingga sekarang. Alangkah baiknya jika Pak Cik Roy Evans jenis yang bengis bukannya sangat lembut dengan pemain sehingga ada seorang pemain sanggup ambil kesempatan menyontot anak gadis beliau di Anfield. Nak tahu siapa pemain bangsat itu sila terjah sendiri.

Oct 10, 2010

HODGSON TAK AKAN SELAMAT



Rasanya Hodgson sendiri faham yang beliau mungkin menghitung hari jika pengambilalihan berjaya dan muktamad. Ini kerana dalam kontrak beliau telah termaktub klausa tersebut. Tapi pergi bukan sehelai sepinggang, dapat duit poket sekitar £3juta untuk makan angin dengan anak cucu. Sebab itulah saya rasa dia memang tak kisah apa nak jadi kerana dia tetap pulang dengan poket penuh. Yang merana ialah peminat. Itulah yang saya rasakan bahawa Hodgson macam tak bersungguh-sungguh langsung. Buat ala kadar sebab pihak pengurusan cakap suruh stabilkan keadaan, jadi setakat tak turun liga kira munasabah bagi dia.

Secara jujur saya memang tak suka dari awal lagi Hodgson jadi pengurus, tapi apa nak buat pengurusan nak ambil juga orang tua tu berbanding Dalglish. Kan dah jadi macam ni saya terpaksa keluarkan juga was-was yang selama ini yang terpendam. Kalau peminat lain nak bersabar dengan Hodgson itu pendapat masing-masing. Bagi saya masih ramai pengurus muda kreatif yang boleh ganti Hodgson, jika keadaan berlarutan sehingga Krismas. Selebihnya korang fikirlah sendiri.

Oct 8, 2010

BADI ZON PENYINGKIRAN



Cilaka punya Hicks, rupanya dia sungguh-sungguh nak heret kelab kita supaya lingkup terus. Ini kerana dia telah membawa kes ke mahkamah. Saya dengar cerita lagi jika perkara ini berlarutan selepas tarikh akhir pinjaman dengan RBS, maka pengurusan Liga Perdana tiada pilihan selain mendenda kelab dengan memotong 9 mata. Jika benar-benar ini berlaku maka satu musibah besar bakal berlaku. Ini kerana pasukan kita sahih akan berada ditempat tercorot dan kalau prestasi semasa tiada perubahan alamat jadi nyata lambaian Liga Championship menanti.

Jadinya kita harus berharap yang menang kes bukannya Hicks tetapi Tiga Abdul (Broughton, Puslow dan Ayre). Dan dapatlah pemilik baru melaksanakan pengambilalihan dengan segera. Walaupun mereka tidak dapat membantu diatas padang sehingga Januari dengan memberi dana untuk menguatkan pasukan, namun diharap ianya dapat mengembalikan moral dan semangat yang hilang awal musim ini. Harapnya juga Hodgson terjaga dari tidur untuk melakukan yang terbaik untuk memanjat kembali dari tangga bawahan untuk ke zon selamat walaupun ditolak mata sekalipun. Kalau dia tidak berupaya sehingga Krismas, jangan ambil masa lama untuk ganti beliau kerana membazir jika Roy gunakan untuk beli yang mengarut macam Poulsen lagi nanti.

Oct 7, 2010

SERANGAN TANPA TORRES


Sungguh menarik situasi kali ini tanpa Torres. Ini bukan sindiran tetapi satu cabaran luar biasa buat Ngog atau penyerang lain. Kali ini situasi lagi getir kerana kedudukan kita dizon penyingkiran. Tekanan untuk berjaya amat mencabar minda, dan penyerang kita mesti mempunyai tahap mentaliti terbaik tanpa emosi yang lemah untuk berjaya. Sekarang ini hanya Ngog adalah penyerang tulen dan Kuyt, Babel serta Jovanovic boleh digunakan jika perlu. Inilah akibat keputusan Hodgson yang tidak membawa masuk penyerang baru sebelum tingkap perpindahan tamat.

Menurut keputusan awal pemeriksaran pakar perubatan kita, Torres mungkin takkan main dalam jangkamasa sebulan. Mungkin lebih, tapi kurang jangan harap. Sementara penyerang berkaliber kita berehat panjang, Hodgson kena buat apa jua cara untuk tajamkan serangan kita yang tumpul setumpulnya. Kalau nak bagi Ngog mandi bunga, minum air but Torres atau apa sahaja, kerana ini adalah senjata terakhir kita untuk buat gol. Rekod Ngog di Europa memang mengancam, tapi sekadar sebiji saja setakat ini di Liga Perdana. Itu yang buat saya gusar, Hodgson lebih lagi kerana masa depan beliau dihujung but Ngog.

Kuyt mungkin alternatif mudah. Mudah nak klasifikasi beliau sebagai penyerang, tetapi pening buat pengurus nak letak posisi terbaik beliau. Kalau saya sendiri pun mungkin lebih rela Kuyt main sayap kanan kerana rekod terbaiknya disitu bukan diatas keseorangan mahupun berduet dengan penyerang lain. Sebabnya dia tiada kebolehan menyimpan bola dan mengumpan bola tinggi kepada pemain lain, jadi susah untuk Kuyt bermain sebagaimana Torres main.

Tapi saya rasa ramai yang mahu Babel diberi peluang. Ya memang patut Babel diberi peluang terakhir sebelum ditamatkan riwayat kerjaya beliau. Kalau tak berjaya mungkin senang sikit nak cari alasan menjualnya. Dah lama kita tunggu Babel nak menunjukkan kehebatan, dan inilah masanya hidup dan mati karier beliau sebagai Liverpool. Saya bab Babel ni malas nak komen sebab dah tengok cara dia main langsung tak efektif.

Jangan lupa, kita masih ada seorang lagi penyerang. Jovanovic walaupun selalu main dikiri tetapi asalnya penyerang ketika dikelab lama. Boleh kata dia antara penyerang yang digeruni lawan di Liga Belgium. Malah mantap juga bersama skuad Serbia dalam Piala Dunia 2010, baru-baru ini. Tapi bila tengok perlawanan sebelum ini bersama kita, saya tak pasti dia boleh jadi penyerang sebab disayap kiri pun dia masih belum memuaska hati kita lagi. Namun siapa tahu, kalau dia main diatas mungkin menjadi.

Sesungguhnya, saya harap Torres cepat sembuh menjelang lawan Everton nanti. Saya dah tak kuasa melihat pasukan kita yang dalam krisis keyakinan, terkapai-kapai mencari penyudah dalam perlawanan yang akan datang. Sebabnya setakat ini pasukan kita amat tandus, itupun ketika Torres bersama. Kalau dia tiada maka mungkin lebih teruk dan pertahanan lawan akan lega selega leganya.

Oct 6, 2010

PEMILIK BARU BAKAL SAMPAI



Ingatkan Pak Syeikh Arab yang dah jadi beli, rupanya Amerika lagi, cuma mereka Bostonian bukan Yankees. Lantaklah apa nak buat, cuma kain rentang ''Amerika Penipu'' kena simpan, mana tahu boleh guna untuk masa kedepan. Namun mengikut sumber peminat Boston Rex Sox, pemilik mereka (bakal pemilik kita) amat perihatin dan punyai semangat kesukanan disamping ahli perniagaan yang statik, tidak tamak dan bersifat realistik.

Namun tak semudah itu Hick & Gillet hendak menyerah kalah sebelum bertumbuk. Mereka cuba cuba mencabar melalui perundangan akan penjualan ini serta lebih drastik lagi dengan cuba memecat Tiga Abdul, Broughtoun, Puslow dan Ayre dari jawatan ahli lembaga pengarah. Di sini saya amat terharu dengan pengorbanan Tiga Abdul, walaupun sebelum ini merekalah yang menolak percubaan Kenny Dalglish untuk menjadi pengurus dan sebaliknya melantik Roy Hodgson.

Jalan masih berliku. Perjalanan untuk melihat Liverpool menerima pemilik suci murni membawa kemakmuran mungkin menghadapi pelbagai dugaan. Tapi langit mendung takkan selamanya gelap. Cerah menanti cuma belum tahu bila. Oleh itu perkabaran berita gembira ini kita tangguhkan sehingga Hick & Gillet berambus sepenuhnya dan jangan lupa bawa sekali Hodgson bersama.

Oct 4, 2010

LIVERPOOL 1-2 BLACKPOOL



Baru 3 bulan dibawah pengurusan Hodgson, kelab yang sentiasa bermain cantik dengan pemain hebat dah jadi tunggang terbalik. Saya rasa Roy bukan nak bagi hati kita senang sejak seri dengan Sunderland, malah kecewa bertubi-tubi bila mana tewas dengan pasukan corot yang baru naik liga. Lazimnya pelanduk tak akan masuk perangkap kali kedua, namun Roy masih tak sedar atau memang tak tahu nak buat kerja sebagai pengurus. Patutlah Dalglish tiba-tiba mahu jadi pengurus apabila tahu yang hanya Roy sasaran utama. Kenny rupanya dah bau bahaya dan karutnya Roy untuk pimpim pasukan kita.

Maaf saya tak akan ulas sepenuhnya perlawanan ini kerana semua dah tahu keputusan yang sepatutnya terbalik. Mungkin Roy ada alasan yang Torres cedera tapi itulah alasan bodoh kerana tidak membeli penyerang semasa awal musim dulu. Jadi selepas ini saya harap pengurusan memberi kata dua kepada Roy samada perbaiki keputusan segera atau angkat kaki secepat mungkin. Satu lagi, walaupun Johnson bukan pembelian Roy, namun saya rasa dia tidak melatih Johnson supaya jadi bek kanan yang betul. Kalau dulu Mascherano ada bolehlah dia sapu tahi yang Johnson tinggal apabila tak sempat turun kebawah. Namun sekarang Poulsen, dia nak jaga diri sendiri pon tak lepas.

Selepas ini kita rehat seminggu untuk perlawannan antarabangsa. Saya rasa rehat ini, Roy patut muhasabah diri dan tanya diri sendiri samada layak atau tidak meneruskan kerja melatih Liverpool. Saya dah tak nampak jalan dengan cara permainan dan taktik beliau. Namun saya belum lagi hilang sabar dengan situasi ini, bukan apa mungkin saya nak tengok samada rekod pengurusan Greame Souness akan dipecahkan sebagai pengurus terburuk Liverpool oleh Hodgson. Kalau pengurusan nak pecat Hodgson pun dipersilakan kerana Martin O'Neill pasti akan pulang dari bercuti kerana dia tahu dia kena bersedia untuk melatih pemain lagi. Kalau nak bagi Daglsih pun kena tengok juga kerana dia dah lama tak latih pemain takut-takut dok berkarat lagi. Maaf Pak Cik Roy, saya sudah tak yakin dengan kamu. Kalau diteruskan juga saya yakin Liga Championship akan menanti musim depan.

Oct 3, 2010

LIVERPOOL LAWAN BLACKPOOL



Blackpool akan bertandang ke Anfield dengan permainan menyerang, bukannya main bertahan cam tin sardine, cakap pengurus bongkak mereka, Ian Holloway. Kiranya macam dunia dah nak terbalik, mereka tak rasa mereka kelab corot yang baru naik pangkat. Kalau ikut sasaran awal, mereka mungkin pasukan pilihan untuk tersingkir dari Liga Perdana, tapi nasib mereka masih dapat keputusan luar duga. Tapi maaf saya kurang yakin dengan prestasi mereka, sebab di Emireate dan Stamford mereka dah lobos 10 dan 0 gol dijaringkan. Tapi jangan ketawakan mereka dengan harapan tinggi untuk tewaskan kita , kerana kita juga jangan abaikan keputusan luar duga yang mereka lakukan kepada lawan yang lebih berpengalaman. Ianya juga terbalik dengan prestasi malap kita dari awal liga bermula.

Jadi dengan keazaman tinggi Blackpool yang akan bertandang ke Anfield ahad ini dengan corak permainan menarik yang mendapat pujian dan menurut kata Holloway mereka akan serang tak ingat. Mereka memang tak berjaya dengan Arsenal dan Chelsea dengan corak itu, tetapi dengan pasukan yang suka duduk lsenyap dan layan serangan pantas lawan dan biarkan lawan kuasai tempo permainan, Blackpool ada kelebihan. Jadi kalau ikutkan pasukan kita amat kena dengan kriteria yang Blackpool sukai. Kalau Hodgson tak kaji benda ni, alamat boleh kena getah dengan dengan mereka. Kalau nak ikut skuad mereka, Hanya Marlon Harewood yang paling berpenngalaman dalam Liga Perdana. Yang lain selalu bermain ialah Crainey, Evatt, Adam, Vaughan dan Gilks yang pasti Nampak muka mereka tiap-tiap minggu.

Adapelbagai faktor yang membolehkan pasukan kita mendapat keputusan yang meyakinkan. Ianya mula-mula bergantung kepada formasi yang digunakan. Pasti 442 akan digunakan walaupun tidak mengena sebelum ini. Kemudian pilihan pemain diposisi terbaik mereka serta masukkan Ngog dan Kuyt disayap kanan. Cole mesti main dikiri kerana saya tak harap dengan Jovanovic. Gandingan Gerrard Meireles saya mahu tengok kali ini. Yang lai sama kecuali Kelly atau Wilson di bek kiri. Tapi itu semua bergantung kepada respon pemain dengan arahan taktikal Hodgson. Jika Hodgson beri taktik mengarut maka mengarutlah permainan. Tetapi jika Hodgson dapat berikan formula luar biasa dan tiba-tiba corak lembab mejadi rancak, maka saya yakin tiada halangan kemenangan boleh dikecapi. Yakin boleh.

Oct 2, 2010

FILEM PROTES ANTI HICKS



Dalam banyak-banyak pelakon kulit hitam Amerika, saya amat menyukai pelakon serba boleh, Samuel L Jackson, walaupun dia bukan peminat Liverpool sekalipun. (Apatah lagi dia peminat Liverpool, lagi lah suka). Cerita paling saya suka dia berlakon ialah The Negotiator bergandingan dengan Kevin Spicey. Hero yang tak bersalah telah dikomplotkan membunuh rakan sendiri oleh sekumpulan polis jahat yang juga rakan sekerja beliau sendiri. Namun hero tetap hero, dia mungkin bakal menjadi hero bagi peminat Liverpool apabila bersetuju membintangi Filem Pendek arahan Mike Jefferies, pengarah Goal. Filem protes pemilik Amerika itu bakal menyaksikan ramai lagi bintang Hollywood akan turut serta termasuk pelawak poyo, Mike Myers (Austin Power).

Ini adalah sumbangan mereka yang begitu sayangkan kelab, walaupun sebagai peminat dari Amerika, mereka tetap menentang kezaliman dari warga senegara. Itulah kuatnya kefanatikan peminat disana sampaikan macam-macam idea dari yang logik dan menarik sampaikan yang lucah dan kasar pun ada. Tapi pembikinan filem yang berkisar tentang penipuan dan pembohongan pemilik Amerika itu hanya sekadar diterbitkan dalam Youtube. Kalau boleh saya mahu Mike Jefferies buat macam cerita Goal. Cerita kembali kronologi dari era David Moores sampai macam mana boleh jatuh ketangan Yankees. Serta selit wawancara dengan lagenda seperti Dalglish, Keegan, Aldridge, Rush, Hansen, McMahon, dan ramai lagi, tapi jangan ambil Jamie Redknapp yang amat busuk hati asyik perleceh pasukan kita. Selain itu jangan lupa petik semula janji manis Yankess seperti janji nak buat stadium dan dana untuk Rafa.

Saya amat menyokong pembikinan filem ini. Tapi kalau boleh jangan selitkan adegan Hooligan yang agak ektrem dari sesetengah peminat berhaluan kiri. Kita mahu imej peminat Liverpool yang sememangnya sopan santun, tercalar dengan sebilangan sikap peminat yang keterlaluan. Sampaikan ada yang membuat kain rentang lucah mengecam Puslow dan ada peminat membuat rakaman memakai helmet hoki ais dan pegang kayu besbol dan mengugut akan tibai Mat Yankees dua ekor jika lintas depan mereka. Jadi mereka tak kena dan tak patut disokong sama sekali, walaupun semua peminat diseantero dunia amat geram dengan pemilik sekarang.

Diharap dengan terbitnya filem tersebut, maka pemilik sekarang akan tahu betapa perbuatan mereka tidak disukai dan mereka patut malu dan angkat kaki dari Liverpool segera. Namun ianya juga patut ditonton oleh bakal pemilik supaya menginsafi diri dan jangan biarkan diri mereka jadi macam yang sebelum mereka. Lawan tetap lawan.

Oct 1, 2010

LIVERPOOL 0-0 FC UTRECHT



Sakit hati juga dengar ayat poyo Hodgson semasa sesi temuramah masa dah tamat perlawanan. Dia amat berpuashati walaupun sekadar kutip satu mata. Apa dia ingat kita baru sahaja seri dengan Barcelona atau Inter Milan kot. Kalau permainan cantik tak apalah pula, ini macam caca merba. Serba tak kena dan tak menjadi segala taktik beliau. Sepatutnya dengan reputasi dah tahap otai dia kena memotivasikan pemain, walau kebanyakan mereka bukan anak kecil lagi. Saya tak salahkan dia kerana keputusan, tetapi cara beliau uruskan pasukan amat membimbangkan. Kadang-kadang terfikir juga yang kita lihat di Fulham sama sekali macam orang lain. Jadi kalau macam inilah caranya taktik kita dan tiada perubahan lagi sampai bila-bila, alamat perlawanan yang dianggap macam kacang menentang Blackpool, pun kita boleh kena getah.

Sekarang ini pasukan lain dah anggap pasukan kita hina dina buat masa ini. Kalau dulu, tambah-tambah di Eropah, pasukan Elit macam Real, Barca dan Inter ketar lutut kalau lawan kita. Tapi sekarang dengan kelab cikai yang asyik kena tibai di Liga Belanda tapi mereka main macam diaorang wakil paling hebat disana. Apa sudah jadi ni Pak Cik Roy. Buatlah sesuatu selain asyik dok gigit kuku kat bangku simpanan. Kami sebagai peminat setia Liverpool mahukan komitmen dan semangat serta kepakaran yang ada. Tak perlu nak buat kerja susah macam Rafa dengan menalaah video, youtube, 3gp dan lain-lain sampai tidur tak cukup. Buat macam pengurus British lain buat, mainkan mereka diposisi terbaik masing-masing, bukannya buat eksperimen yang hanya mengurangkan kekuatan sendiri. Lagi satu saya amat terkejut apabila tiada pemain muda selain Kelly diketengahkan padahal Spearing atau Ngog mungkin boleh memberikan kelainan dalam perlawanan itu.


FC UTRECHT (4-4-2): Vorm 6; Cornelisse 6, Schut 6, Wuytens 7, Nesu 6; Duplan 6 (Maguire 69min, 6), Lensky 7 (Nijholt 82), Silberbauer 6, Mertens 8; Mulenga 7, Van Wolfswinkel 6.

Simpanan: Sinouh, Keller, Vorstermams, Van Der Maarel, Demouge.

LIVERPOOL (4-2-3-1): Reina 6; Johnson 6, Carragher 7, Skrtel 6, Kelly 6; Lucas 6, Poulsen 7; Meireles 6, Kuyt 5, Cole 5 (Rodriguez 81); Torres 6.

Simpanan: Jones, Kyrgiakos, Spearing, Jovanovic, Babel, Ngog.

Kad Kuning: Lucas, Meireles, Kelly.
Pemain Terbaik: Dries Mertens.
Pengadil: Duarte Gomes (Portugal)

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails