Dec 31, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014


Kami dari krew Blog (tokeysiber) , FB (Ariff) , pereka grafik (@kakigrafik) Liverpoolkita mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2014. Di harap 2014 Blog ini akan lebih sensasi dan terus bersiaran dengan lebih efektif dan mempelbagaikan bahan untuk pembaca yang tak jemu-jemu baca, komen dan turut serta dalam peraduan. Maaf dipinta kalau apa yang kami hidangkan tak seenak yang diharapkan. #YNWA.

LIVERPOOL LAWAN HULL


Kadang-kala ada kalah yang boleh diterima dan ada yang sampai mampus pun tak boleh lupa. Gunakan sebarang penipuan untuk capai matlamat bukan cara anak jantan. Ingat politik dalam negara saja ada, dalam bolasepak pun sama naik. Liverpool adalah mangsa keadaan semenjak beberapa individu dalam Persatuan Bolasepak Inggeris diduduki oleh gerombolan anti-Liverpool. Ini bukan meroyan atau cakap kosong, tapi Era Liga Perdana Inggeris menggantikan Liga Divisyen Satu, adalah salah satu cara nak bagi mampus kelab yang mempunyai identiti dan menaikkan kelab bawahan yang dipunyai oleh kepentingan luar.

Kekalahan ditangan Man City dan Chelsea boleh jadikan iktibar yang Liverpool kena main akal untuk menang. Kita tengok berapa orang penerjun terbaik Chelsea dan pemain lutut lembik asyik kena tekanan sikit dah rebah terkulai macam pondan. Kita tak mahu pondan bolasepak ini berleluasa dan alang-alang nak ajar buat macam Lucas bagi penampor sulung dekat Oscar baru mencicit nak minta maaf dalama twitter bagi. Bunyi macam saya suka permainan berdarah dan gans, itu tidak sama sekali. Apa yang saya risaukan permainan yang cantik terganggu terpaksa kejap-kejap berhenti kerana ada pemain lembik terjatuh.

Lawan Hull nanti mungkin kita dah tak berjumpa dengan para penerjun tetapi kita bakal berjumpa pasukan yang agresif. Pasukan kendalian Steve Bruce pernah memalukan kita 3-1 beberapa minggu lepas. Jadi saya harap pertembungn kali ini nampak lebih sensasi untuk pasukan kita kembali bangkit mengejar pasukan atasan. Prestasi Hull nampak garang dimana mereka nyaris memalukan Man U dengan 2 gol awal tak sampai setengah jam perlawanan. Tapi apa nak buat Hull bukan saja tak berjaya tambah gol, tapi mereka macam kena pukau sampaikan pasukan Syaiton Merah boleh bangkit menanpau mereka 3-2.

Untuk itu kita tak mahu pisang berbuah dua kali dan waspada dengan kekuatan dan ambil kesempatan keatas kekurangan mereka. Lawan itu hari saya tengok Suarez terkunci rapat. Dan kali ini dengan kembalinya Kapten Gerrard pasti pasukan kita kembali punyai kelebihan dari segi taktikal serta tak terasa sangat kehilangan Allen akibat kecederaan. Begitulah juga dengan Sakho, Agger pasti tak jadi pindah dan kelab lain boleh berhenti bermimpi. Keseluruhannya tonggak yang cedera mempunyai pengganti otomatik. Tak peninglah Brendan sangat sebelum nak dapatkan pemain baru Januari ini.

Dec 30, 2013

LIVERPOOL 1-2 CHELSEA


Mutu pengadilan Liga Perdana Inggeris makin teruk. Cuba bandingkan La Liga dan Serie A, saya tengok tak banyak kontroversi, malah pengadil Sepanyol dan Itali paling dihormati diseluruh dunia. Kita boleh ingat Pierlugi Corlina sebagai pengadil paling kool tapi Webb dikenali seluruh England sebagai pengadil Man U. Saya ada baca kolum Graham Poll, ketua pengadil FA, masa kita tewas dengan Man City dia tak sebut pun penjaga garisan silap tapi bab Brendan kutuk anak buah dia bukan main macam singa suruh dendan bagai. Jadi si Botak Webb tunjuk hero bagi pihak Mason dan geng wasit untuk mengenakan Liverpool secukupnya.

Saya tak rasa semua tanggungjawab ketewasan dikepala wasit. Pasukan kita jua ada masalah sendiri. Pemain utama ramai yang letih dan cedera. Skuad kita tipis dan Brendan terpaksa guna anak ikan dari Akademi untuk jadi bidan terjun. Cuma dengan keadaan kita yang dalam masalah pengadil buat pedajal pula peminat mana yang tak panas, kalau Chelsea pun main secara budiman kita tak kisah. Tapi Si Eto'o yang nampak alim kucing rupanya lebih bangsat dari apa yang kita sangka. Kalau pemain kita yang tanjai betis pemain Chelsea macam Henderson kena, babai la kad merah kad ucapan selamat tinggal.

Macam saya tulis dalam perlawanan Man City, Glen Johnson menjadi pemain paling bermalsalah bagi kita. Kali ini dia bukan makin bertambah bagus tapi banyak kali kantoi nak gelecek bola. Dah la tu nak turun bertahan pun lembab sangat. Saya bukan kutuk pemain tiada sebab, tapi dia macam tak hargai harapan peminat serta kebanggaan memakai jersi merah. Patutlah begitu posisi beliau tiada saingan, dan Brendan tak mampu berbuat apa kerana reputasi lampau Glenjo sangat berhantu. Patutnya Januari ini bek kanan utama baru kena bawa masuk, dan bersedia untuk jual Johnson yang dah hampir tamat kontrak 18 bulan lagi.

Disebelah sana nun posisi bek kiri juga ada masalah kerana Brendan mainkan Agger diluar posisi. Dah la kurang pantas, Agger tak mampu turun naik macam Flanagan mahupun Cissokho yang tersangat misteri nusantara main bagus sebelum ini. Posisi ini tak relevan untuk penambahbaikan Januari kerana Enrique masih bek kiri utama dan Flanagan timbalan yang mantap dan untuk simpanan masa depan. Brad Smith yang kita tengok macam musibat lari terkejar sana-terkejar sini sebebnarnya bukan pemain sayap tapi bek kiri muda. Memang silap Brendan dia yang pandai-pandai ekperimen yang bukan-bukan.

Bab Mourinho, tak payah nak cerita banyak lah. Pengurus ni sama macam Ferguson memang anti dengan Liverpool. Cuma saya setuju dengan cara Fergie yang tak suka cakap tak suka, bukan bodek bukan main sebelum permainan dan lepas saja menang baru nampak perangai bangsat kutuk kaw-kaw. Nasib baiklah Brendan dipihak yang tewas, kalau Mourinho yang bungkus, saya ingat dia akan bahan Webb sampai kiamat kerana tak ikut skrip. Sebelum ini pernah dengar Mourinho cakap baik dengan pengadil, dialah lah yang paling sedang komen tapi semalam dia pula cakap Webb paling hebat dri segi keAdilannya.

Pemain Chelsea kita tahu berbakat. Dari segi kreatif dan kemahiran pegang bola saya suka tengok samada Oscar atau Hazard. Tapi bila tengok mereka suka sikit-sikit terjun, tabik hormat selama ini saya gantikan dengan jari tengah. Tambahan pula insiden Oscar dan Lucas pada minit terakhir menunjukkan Chelsea telah mengajar pemain berbakat menjadi pelakon dan musuh kepada pencinta kedamaian dalam bolasepak. Kita boleh tengok la skrip Mourinho atas padang, lepas habis perlawanan cepat-cepat Oscar pergi salam cium tangan kekanda Lucas.

Bab gol toksah ceritalah pasukan kita bukan tak ada peluang buat gol walaupun nampak Chelsea menguasai perlawanan. Gol Skrtel adalah gol berpasukan terbaik, yang mana dimulakan hasil sepakan percuma dan Suarez melakukan tandukan tapi dikuis Ivanovic, namun muntah depan Skrtel yang meledakkan gol awal minit ke-3. Bab percubaan saya tengok Sakho nyaris buat gol, Cech dah ketar lutut namun palang menyelamatkan bontot Mourinho. Allen juga melakukan rembatan padu namun ditepis Cech. Suarez ada peluang namun dia kena ikat rapat dan tak banyak yang kita perasan. Johnson yang serba tak menjadi pun nyaris buat gol dengan rembatan ditepis Cech yang cemerlang.

Gol lawan adalah kesilapan pertahanan dalam membuat organisasi dalam ketika bertahan. Walaupun Agger sebagai kapten juga ketua dibawah, namun dia tak mampu nak menyuruh rakan lain bertahan dengan efektif untuk gol penyamaan oleh Hazard. Glenjo paling dekat dengan Hazard dan kita tahu dia punya kewarasan untuk berada dalam posisi dan masa terbaik untuk bertahan amat lemah. Tambahan pula bila kena serang balas, bek kita amat lambat turun meramaikan majlis dibawah. Gol kemenangan E'too nampak macam tidak balas yang lemah dari Mignolet, namun dia dah cuba tepis sedaya mampu dan Skrtel tak berada diposisi terbaik untuk menghalang Etoo dari buat rembatan.

Ketewasan ini walaupun pedih untuk ditelah, selepas tulisan ini jadi sejarah dan teladan untuk Brendan. Dan juga isyarat buat pemilik John Henry, beliau kena sediakan dana yang mampan bagi ruang kepada Brendan beli pemain berkualiti bukan yang sederhana macam Aspas dan juga terlalu berwawasan 2020 beli Alberto dan llori. Kalau nak kekal dalam persaingan ke Liga Juara-Juara Eropah, bukan nak kena harap kat Suarez cetak gol senantiasa. Kalau tak mampu bawa penyerang terbaik bertaraf dunia, cuba beli pemain tengah berkualiti yang mampu jolok bola kepada Suarez serta boleh juga sumbang gol jika Suarez mati akal.

Dec 28, 2013

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA


Jadual padat bulan Disember memang berikan impak kepada pasukan kita. Setakat ini hanya 16 pemain dari pasukan utama yang cergas. Maknanya beberapa pemain muda bakal diberikan pilihan untuk menjadi simpanan. Pertahanan tak risau sangat semua otai ada, namun bahagian tengah dan serangan kita cuma ada Alberto dan Aspas, tapi mereka masih belum ngam dengan pasukan. Namun begitu dah nak sampai pintu perpindahan dibuka dan saya rasa beberapa pemain sasaran telah siap sedia dalam perancangan untuk dibawa masuk secepat mungkin.

Menjelang perlawanan dengan Chelsea nanti skuad utama rasanya tiada rombakan drastik. Cuma saya tak terkilan jika Skrtel direhatkan kerana dia nak nampak macam nak buat perangai. Walaupun Johnson nampak lemau lawan City, namun sejak sekian lama lawan Chelsea, dia selalu terlebih berahi nak roket bekas majikannya. Cissokho yang main baik dengan City rasanya akan kekal tapi ramai masih berwaspa dengan prestasi turun-naiknya. Memandangkan penyerang Chelsea hanya kuda tua dan pencen macam Torres-Ba-Etoo, lega tak payah nak risau sangat.

Bahagian tengah yang begitu efektif lawan City wajib kekal. Tiada alasan perubahan walaupun mereka tak begitu ranggi mengancam dari segi gol. Lagipun tiada berita sesiapa pun dari Allen-Hendo-Lucas masuk bilik rawatan. Ketika ini pemain serba rajin Chelsea Ramires kena gantung, jadi kuda tua Lampard pengganti otomatik. Jadi pemain tengah kena pastikan kena jaga Oscar dan Hazard saja kot. Jurang kekreatifan antara kita dan Chelski setanding cuma kita suka bergerak dari sayap dan mereka melangau dari tengah.

Saya tahu Suarez akan dikawal macam lawan City. Mourinho lebih licik dari Pellegrini, dia tahu kualiti bek nya hampeh tak setanding Kompany yang brutal. Jadi Suarez pasti akan diancam provokasi dan mereka akan buat Suarez gigit siapa pula kali ni. Oleh itu saya harap Suarez lebih matang dan buat pemain Chelsea plak gigit jari kena main dengan beliau. Mourinho juga pastikan tak mahu kena londeh dengan bekas anak murid. Dan situasi ini pasukan kita kena ubah corak dan berhati-hati sikit dengan muslihat Insan Terpilih itu.

Dec 27, 2013

LIVERPOOL 1-2 MAN CITY



Liverpool kalah bermaruah memberikan tentangan sengit 90 minit kepada tuan rumah. Man City saya salut sebagai pasukan terbaik dan pencabar utama kejuaraan. Mana tidaknya pasukan 4 terbaik lain banyak yang tidak bernasib baik di Eitihad, ada yang kena baham sampai 6 biji dan ada juga yang kena 4. Setakat tewas 2 gol saya rasa taklah seburuk kita lawan Hull sebelum ini, kerana pasukan kita tak kurang mempunyai beberapa peluang terbaik yang dipersia-siakan oleh Coutinho, Johnson dan Sterling.

Bukan setakat peminat yang mengecam mutu pengadilan, Brendan juga telah mengejek pengadil serta pembantunya lagi 3 ekor. Saya yakin Brendan akan dihukum diatas komen sebegitu. Namun Brendan faham yang dia terpaksa menghamburkan sebegitu untuk elakkan anak buah beliau berada kecewa kerana dipermainkan oleh mutu pengadilan yang haprak. Paling tak boleh belah ialah insiden bola yang dihantar oleh Suarez kepada Sterling dikategorikan curi ayam, tapi sebenarnya tidak dan seluruh dunia boleh jadi hakim.

Seperti perlawanan dengan Cardiff, penumpang dalam pasukan sekali lagi milik Johnson dan juga Skrtel. Gol pertama jaringan Kompany memang silap Skrtel yang orang suruh celen bola tinggi bukan tarik jersi. Dengan senang Kompany merejam deras walaupun kita nampak Allen boleh cuba mengeluarkan bola namun kedudukan beliau agak kedalam gawang. Gol Negredo mungkin dikepala banakan untuk Mignolet, namun ketika serang balas, Johnson nun berada dekat penjuru kotak D lawan dan memang takkan dapat nak turun ligan pemain lawan.

Cissokho yang turun menggantikan Flanagan memang tidak diberi harapan oleh peminat. Ramai yang tidak bersangka baik keranan memori dan trauma peminat ketika lawan Arsenal masih dalam ingatan. Namun beliau mencuba sedaya upaya dan Navas jarang boleh lepas dengan Cissokho dan sekali sekala saja, itupun setakat gelecek kat luar kotak. Persembahan Sterling sekali lagi harus dipuji, selain dari terlepas peluang dari hantaran Suarez, yang lain kiranya sukses dan berjaya. Allen dan Henderson dan jadi watak utama dan posisi satu lagi Gerrard dan Lucas rasanya kena berebut lepas ni.

Saya amat optimis yang pasukan kita sedang dibawah jurulatih yang berbakat. Walaupun masih muda dalam dunia politik Liga Inggeris, dia amat berani dan tegas. Saya tak mahu beliau dicop pengganti Ferguson yang suka komen buruk-buruk pengadil yang tidak memihak kepada beliau. Tapi ada masanya kena akur dan ada masanya bangkit melawan. Dengan situasi dan semangat yang ditonjolkan oleh pemain, perlawanan akan datang mungkin tak sesukar seperti tadi. Yang penting terus berusaha dan kekalkan persembahan mantap macam tadi


Dec 24, 2013

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY


Kesian pemain Liverpool, mereka tiada pesta dan sambutan Krismas untuk kali ini. Boleh kata Krismas ditangguhkan bagi mereka. Latihan diteruskan seperti biasa malah lebih keras lagi bagi menghadapi lawan yang saya rasa lebih gempak pernah kita hadapi sebelum ini. Sebagai pelawat, pasukan kita mungkin akan lebih berhati-hati. Namun jika Man City main macam lawan Arsenal, saya rasa peluang kita nak menang cerah.

Jangan terkejut kerana pasukan kita memang bersedia dengan pasukan yang main menyerang.  Sebab kita boleh buat serangan balas yang berikan pukulan maut jika gunakan kelebihan Suarez dan Sterling yang akan berada disayap. Saya tak nampak Man Ciy akan jadi macam Spurs terkoya-koya kena main dengan Allen-Hendo dan Coutinho. Cuma jika trio mereka dapat hasilkan sekelumit peluang buat Suarez dan Sterling, itu dah kira cukup. Suarez tak mustahil boleh robek kubu City, namun peranan pemain lain ialah cuba tarik perhatian bek lawan dari tertumpu kepada Suarez.

Kekuatan Man City mungkin sedikit terjejas dengan kecederaan Kun Aguero. Kelicikan beliau banyak kali bagi palat dekat kita musim lepas. Gandingan Negredo dan Dzeko mungkin tak berbahaya namun mereka dua ni boleh buat kacau-bilau jika hantaran-hantaran yang baik dihantar oleh pemain tengah. Tugasan Lucas-Hendo-Allen paling penting dalam situasi untuk memecah belahkan kepintaran bahagian tengah Man City yang diketuai oleh Yaya, Fernandinho , Nasri dan Silva.

Barisan pertahanan kita sudah makin mantap namun masih dalam pembikinan kearah bolos sifar. Tapi berita sedih baru kejap tadi, Flanno bakal berehat dimalam buka kotak, akibat kecederaan. Walaupun masih 50-50, saya yakin Flanno tak main dan minta simpang Cissokho yang jadi ganti. Bek kiri mungkin diberikan kepada GlenJo dan Kelly akan kesebelah kanan. Dibahagian tengah tak pasti samada Sakho-Skrtel tau Sakho -Agger. Tapi bagi lawan City, pemain cerdik macam Agger lebih langsi dari Skrtel yang kaki serbu.

Ramai peminat sedang gembira bila Chelsea berjaya mengekang Arsenal dan pasukan kita dipersada  Liga walaupun angkuh hanya dengan kelebihan jaringan. Kalau imbas balik awal musim, cuba bagitahu saya siapa yang pernah sebut Liverpool boleh berada dalam situasi sekarang. Ini bermakna penambahbaikan yang dibawa oleh Brendan nampak dah tuaikan hasil. Cuma satu perkara ialah Brendan jangan hilang punca macam kes Rafa pada musim 2008/09. Lakukan yang terbaik masa lawan Man City dan apapun keputusannya, kita mahu perlawanan itu diingati sebagai perlawanan terhebat untuk tahun 2013.


SESUDAH PERLAWANAN BOSAN DI EMIRATES

dicedok dari @r4six

Dec 23, 2013

INI BUKAN SUAREZ YANG DULU

Kredit kepada @MostarLFC

Peminat Liverpool berasa teruja dengan Luis Suarez ketika perlawanan lawan Naga Cardiff.
Adakah ianya kerana salah satu dari dua jaringan yang hebat ? Tidak
Adakah kerna kemurahan hati kepada memberi gol kepada Sterling ? Tidak juga
 Tapi ianya insiden minit ke-83, bilamana Agger masuk, lantas Suarez dengan rendah diri menyerahkan lilitan lengan Kapten kepada Agger, demi hormatnya beliau kepada Agger yang merupakan timbalan ketua pasukan rasmi. Tak cukup dengan itu, dalam wawancara sejurus perlawanan, Suarez beritahu wartawan yang Gerrard adalah Kapten dan ketua beliau dalam pasukan. Tak cukup persembahan atas padang, Suarez mengerti bagaimana untuk mencuit hati dan perasaan peminat Liverpool.

#Respek

Dec 22, 2013

LIVERPOOL 3-1 CARDIFF


Kali ni Liverpool tak mengamuk banyak. 3-1 adalah memadai bagi pasukan dengan Suarez mencipta rekod lagi. Rekod terbaru Liga Perdana Inggeris dengan 10 gol dalam sebulan, itu belum masuk perlawanan hari buka kotak dengan Man City. Gol Suarez semuanya Mabeles al Ohsem belaka serta dia buang sifat ketamakan dengan hadiah sebiji kepada Sterling. Inilah yang dikatakan berbaloi-baloi gaji £200k seminggu berbanding jika kita ada 2 penyerang yang gaji hampir sama dengan beliau.

Kita kena ada anugerah pemain kedua terbaik, sebab No.1 otomatik milik Suarez. Tiada pilihan lain selain dari Hendo kaki Marathon. Dia melakukan dua bantuan gol untuk Suarez dan kedua-duanya bertahap cipan angkasa lepas punya hebat, dengan hantaran separa lob untuk gol pertama dan badek kuda untuk gol kedua. Gol ketiga kalau Suarez jolok terus, mesti kredit kepada Hendo yang melakukan hantaran kilat tanpa menyebabkan Suarez curi ayam. Kalau dulu kita mimpikan pengganti Gerrard, nah dia dah depan mata.

Dalam kita dok meriah pemain ni hebat pemain nun bagus tapi ada penumpang juga dalam pasukan. Ianya tak bukan ialah Glen Johnson. Saya nampak dia asyik naik keatas seakan-akan dia main sayap Skrtel pulak main bek kanan. Akibatnya banyak kali kena serang balas, kebanyakannya dari posisi kanan. Tak pastut keluarkan Flanno untuk Kelly tapi GlenJo yang patut keluar. Saya tahu GlenJo mungkin kepenatan atau ada masalah lain, tapi dia agak kurang memberikan impak berbanding Flanno diseberang sana.

Lagi satu masalahnya selepas separuh kedua, Liverpool dah kurang stim nak serang cara kamikaze macam separuh pertama. Mungkin taktikal Cardiff menjadi atau sebalinya, Liverpool macam dah kehabisan gas. Saya dapat agak Brendan menukar stratgei 3-5-2 hanya sekadar untuk mengekalkan keputusan sedia ada. Malahan dengan pertukaran formasi dan kemasukan Agger dan Kelly, saya nampak Liverpool makin terdesak. Itupun nasib baiklah Skrtel tak dikenakan tindakan dan penalti kerana main tarik-tarik baju.

Sehingga Arsenal dan Chelsea bergaduh sesama sendiri, Liverpool sekarang klasemen dipuncak. Walaupun bukan dalam kedudukan selamat lagi untuk Liga Juara-Juara apatah lagi Juara Liga Inggeris, yang pentingnya kita tak kalah dengan pasukan ceroi seperti musim sebelumnnya. Jujur saya cakap sebelum sepak mula dan juga gol pertama Suarez, saya tak keruan. Nampaknya Liverpool dah mengalami evolusi taktikal dan mentaliti yang kuat. Kita harap konsistensi ini bakal berterusan hingga ke hujung musim.

Dec 21, 2013

SUAREZ PEMAIN TERKAYA



Kontrak baru sehingga 2018 dengan gaji £200,000 seminggu. Ada khabar angin bagitahu terdapat klausa perpindahan £100 juta. Apapun juga Liverpool telah berjaya mengekalkan kekuatan sedia ada dan bakal menguatkan kesebelasan utama sikit masa lagi. Tahniah buat Suarez dan juga Brendan yang pandai pujuk Suarez untuk kekal.

Dec 20, 2013

LIVERPOOL LAWAN CARDIFF


Pemilik Cardiff, Tan Sri Vincent Tan memang ahli perniagaan berjaya di Malaysia. Tapi dengan membeli kelab Liga Perdana Inggeris tak ada apa-apa pun nak dibanggakan oleh peminat bolasepak Malaysia, kecuali buat malu dengan gelagat yang menimbulkan kontroversi. Sebelum ini dia nak ubah sejarah kelab Wales dari jenama "BlueBird" kepada "Red Dragon". Memang poyo betol, pergi ke tempat orang pastu dengan selamba nak ubah budaya dan nilai sentimental peminat disana.

Yang terbaru dia secara terbuka menyerang pengurus Cardiff, Malky Mackay dengan ugutan bersara atau dipecat. Padahal setakat dia bagi belanja 30juta pound, dia ingat dah boleh dapat tempat di Liga Juara-Juara kot.Pergi mampuslah dengan Vincent Tan dengan Cardiffnya. Harap dengan krisis dalaman pasukan mereka akan jadi lebih berceramuk dan tak tentu hala. Ini lebih mudah untuk pasukan kita menibai mereka di Anfield nanti. Saya menghormati pasukan lawan Cardiff yang berjaya buat kejutan dengan menewaskan Man City dan seri dengan Man U, tetapi detik ini saya harap mereka dah tak naik Syeikh lagi.

Pengurus mereka bagus dan pembelian mahal pemain musim ini boleh dikatakan hampir berbaloi dengan Steven Caulker, 8juta dan Gary Medel, 11juta. Cuma pembelian penyerang Andreas Cornelius, 7.5 juta boleh dianggap tak berbaloi. Saya ingat kalau Cardiff jatuh liga musim depan boleh kot intai Medel kerana pemain antarabangsa Chile itu lebih layak berada dalam pasukan elit kerana dia memang terbukti bukan saja sekarang malah di Sevilla sebelum ni dia memang mantap. Pemain lain sekadar penumpang, namun semangat mereka kadang-kala boleh jadikan sesuatu yang mustahil jadi kejutan dan Brendan kena pastikan itu tak berlaku.

Mungkin  perlawanan nampak mudah dan ibarat kacang. Namun diharap sangat pengajaran dan iktibar dengan Hull diambil contoh. Kita tahu keupayaan pasukan kita masakini, Barcelona atau Juventus sekalipun kita mampu tibai dengan prestasi pemain. Namun mentaliti pasukan bawahan biasanya mereka tak sama macam Spurs yang angkuh. Brendan kena gunakan akal juga dengan Cardiff, kalau boleh elakkan main hantaran pendek dan gunakan sayap untuk tarik bek mereka untuk buka ruang kepada Suarez dan pemain lain masuk menyerang dari tengah.

Dec 19, 2013

KEBANGKITAN RAHEEM STERLING



Saya dok perhatikan budak Sterling ni sekian lama. Dia memang ada potensi besar. Cuma awal musim di dihinggapi penyakit malas. Penyakit itu tiada ubat tapi sembuh dengan sendiri jika diberi rehat dibangku simpanan. Lagi satu mood Sterling ni turun naik. Selepas perlawanan dengan West Ham tanda aras persembahan yang berbeza sejak awal musim. Banyak yang dia buat menjadi, walaupun tak sesempurna mungkin. Dia nampak kian rajin dan bersungguh. Semua aspek berpasukan atau individu samada menyerang, malah dalam keadaan bertahan dia rajin turun bantu Johnson di bawah. Paling menonjol ialah dia pandai menggunakan tubuh kerdilnya untuk menghadang lawan bila bola dikaki.

Saya nak buat perbandingan dengan cerita Gareth Bale. Semasa di Southampton, Bale memang pemain remaja hebat berbakat besar. Boleh kata semua kelab besar bernafsu besar nak pikat Bale termasuk Liverpool dibawah kendalian Benitez. Tapi jumlah perpindahan yang diminta agak tinggi 5juta pound, namun itu belum termasuk klausa lain yang boleh mencapai ke nilai 10juta pound jika Bale dapat sasaran tertentu. Apa yang nak cerita ialah cara pengendalian Redknapp terhadap Bale yang berjaya menjadikan Bale pemain hebat sekarang. Jangan ingat Bale senang-senang saja naik tanpa ada masalah seblum ini.

Ketika dibeli dia main bek kiri di Southampton dan di Spurs juga Bale main disitu. Namun dia cukup berbakat besar bukan dari segi bertahan namun merupakan bek yang mempunyai deria serangan yang baik. Setelah kecederaan lutut yang agak serius, prestasi Bale agak lembab ketika itu usia beliau 18 tahun. Nak diceritakan disini ialah dalam usia 18-20 karirer pemain muda bakal menghadapi kesukaran mungkin atas faktor kematangan ataupun terlalu terdedah awal sangat dalam pasukan utama. Namun Reknapp bijak dia yang menggantikan Juande Ramos menggunakan Bale dibahagian sayap kerana dia memang hebat disitu.

Jadinya disini Sterling perlu diasuh dengan cermat dan elakkan menggunakan beliau terus-menerus kerana jika tak kena cara kita boleh lihat beliau bakal jadi macam Jermant Pennant. Prestasi Sterling sekarang bukan bermakna dia akan sentiasa menyelinap dibelakang bek selalu. Ini kerana masa lawan Spurs, pertahanan mereka main secara kamikaze dengan bertahan agak tinggi. Lawan Cardif nanti saya nak tengok apakah Sterling masih berupaya main baik kerana komposisi pertahanan Cardiff pasti main lebih selamat dengan menyusun bek bertingkat-tingkat.

Jika ada pembelian pemain sayap baru yang lebih berpengalaman dan lebih baik dari Sterling, dipersilakan beli atau pinjam. Itu boleh berikan Sterling persaingan sihat serta kompetitif dalam pada masa yang sama Tapi kalau nak beli sekadar buat jadi pemain skuad saya rasa Moses dan Ibe dah ada. Brendan sekarang dalam dilema kerana dia hampir buat keputusan hantar Sterling ke kelab luar untuk pinjaman. Dengan keadaan serta persembahan Sterling yang semakin mencanak, Sterling ialah pemain sayap No.1 Liverpool dan tiada maknanya nak lepaskan Sterling pergi.

Dec 18, 2013

PEMAIN TERBAIK LIGA MINGGU INI

Suarez memang wajib tiap-tiap minggu lepak dalam carta. Henderson paling konsisten cuma dia berjaya mengatasi pemain tengah lain kerana gol minggu ini.  Kejutan ialah bek kiri Flanagan yang juga penjaring gol minggu ini. Jika Flanagan masih bekerja keras dan teruskan persembahan konsisten, Enrique boleh hanyun telur dibangku simpanan dan Cissokho boleh kemas baju balik Valencia.


Dec 17, 2013

SUAREZ PEMAIN TERBAIK PILIHAN PEMINAT


Peminat pasukan lain pun setuju Suarez paling terbaik. Kalau mereka marah pun sebab Suarez buat mereka kecewa ketas gol-gol yang menghancurkan pasukan yang mereka minati.

Dec 16, 2013

LIVERPOOL 5-0 SPURS


Pergi jahanam dengan Tiki-Taka. Slogan baru yang kena guna ialah "Ekspresikan Dirimu". Sebagaimana yang kita saksikan Liverpool tak main dengan begitu banyak hantaran tepi lebih banyak kepintaran dalam permainan. Ikutnya terlampau banyak peluang, tapi macam biasa kalau dah masuk separuh pun kira banyak, kalau masuk semua mau kena pecat terus AVB gamaknya. Tapi macam kes Spurs ni AVB amat silap dengan pelaburan duit jualan Bale tak digunakan untuk beli pemain berkelas dunia. Pasukan Spurs sekarang kuantiti ramai tapi kualiti pemain kreatif teramat kurang.

Samada Spurs kurang bersedia atau memandang rendah pasukan kita itu prasangka kot. Cuma apa yang pasukan kita bawa ke Spurs adalah semangat baru dengan kapten baru. Ada juga peminat yang tak suka pemberontak jadi ketua. Sebenarnya cara Brendan ikut cara sekolah dulu-dulu, budak nakal kena jadi pengawas. Cara saikologi ni saya nampak bukan nak memujuk Suarez supaya jadi budak baik, cuma nak bagi Suarez merasa teramat disayangi dan kekal lebih lama di Liverpool .

Tanpa Gerrard rupanya Liverpool main dengan lebih pantas dan lebih bergaya. Taktikalnya mudah. Asak, asak dan asak lagi sampai pemain lawan buat silap. Inilah yang dikatakan bertahan dari atas. Tugas rasmi sebelum ini digalas Henderson, tetapi Allen juga diberikan tugas serupa cuma lebih kepada bekap Henderson. Lucas pula bertindak macam Libero, menjadi bek no-3, mengutip bola dari pertahanan dan memulakan serangan dari bawah. Saya tengok kalau Gerrard pulih, posisi inilah yang amat sesuai dengan keadaan fizikal beliau.

Bercakap dari segi gol yang dihasilkan, semuanya berkualiti dan majoritinya hasil gerakan Suarez. Gol pertama hasil gerakan awal Suarez yang melakukan hantaran kepada Henderson dan Hendo dapat menguis kembali kepada Suarez dan Suarez dengan berwaspada membrek dari diterjah Capoue dan lepas itu melakukan sepakan mudah. Gol kedua hantaran lintang Sterling kepada Countinho yang melakukan hantaran mudah kepada Henderson. Henderson melakukan sepakan tapi ditepis Lloris namun Suarez melakukan voli terkena palang namun kembali kepada Henderson yang mudah merembat masuk gol ke-2.

Separuh masa kedua dengan bekal 2 biji, pasukan kita nampak macam dah ada tekanan dengan Spurs. Tapi dengan tak semena-mena Poulinho melakukan aksi Kung Fu ketas Suarez dan dapatlah pingat merah dan disuruh berehat diluar padang. Inilah salah satu dari punca Spurs dah angkat bendera putih. Gol Flanagan antara paling disukai ramai, malah Kenny Dalglish turun berikan tepukan sambil ketawa besar. Kemasukan Alberto bukan sekadar penumpang, dia membantu Suarez untuk gol kedua peribadi. Gol terakhir untuk tutup buku, hadiah abang Suarez kepada adik Sterling yang begitu gigih sejak awal permainan

Keseluruhannya pasukan kita mampu bergerak tanpa, Gerrard, Sturridge dan Enrique. Namun kita jangan gembira sangat kerana kesebelasan hari ini baru melakukan kejutan pertama. Mungkin pasukan lawan yang seterusnya sudah bersedia dengan taktik sekarang manatahu. Apa yang penting semangat berpasukan seperti yang ditonjolkan mesti dikekalkan sebab jika Suarez nak bergerak secara individu mampus keras dia sorang-sorang. Brendan layak diberi pujian diatas kejayaan ini. Hanya 2 mata dibelakang Arsenal dan jangan dulu mensasarkan Kejuaraan kerana perjalanan masih jauh.


Dec 15, 2013

SELAMAT HARI LAHIR KOJAK

kredit to @mostarLFC


Kojek (atau kojek) panggilan mesra untuk lelaki botak. Ianya sempena Kojak cerita polis zaman 80an dulu. Kojek versi Liverpool memang hero tapi hero yang baru bangun setelah buat silap awal musim lalu. Buat silap keja manusia, tapi Skrtel jenis yang tak mengaku kalah untuk putus asa. Pemain yang berperangai macamni dah lama kurang dalam pasukan kita. Kaki merajuk ramai.

Selalunya kalau naik sekejap lepas tu jatuh, pasti bakal jatuh terus kedasar lubuk. Cerita Skrtel nak kena jual dah bermula sejak dulu-kala, tapi kita tengok dia buat pekak macam tu juga. Memang betoi muka ganas, hati kering. Harapnya Skrtel tak mudah terasa kerana selagi dia main bersungguh datanglah bek sempoi macammanapun Brendan mesti takut nak buang dia ke bangku simpanan.

Dec 13, 2013

LIVERPOOL LAWAN TOTENHAM


Ketiadaan Kapten Gerrard tak kena masa. Dia cedera disaat pasukan kita sedang menghadapi bukan sahaja jadual padat, malah dengan pasukan yang agak kuat. Kudrat dan kepantasan Kapten kita itu dah dimamah usia, namun dalam kepala otak beliau umpama Superkomputer yang boleh membuat perangkaan dan analisa taktikal dalam sekelip mata. Kita boleh tengok perlawanan lawan Spurs sebelum ini, bila kita dah ketinggalan 2-0, dengan semangat dan karisma yang ditonjolkan Gerrarrd, dia mampu menggerakkan pasukan dengan kemenangan 3-2.

Dikalangan pemain tengah sedia ada seorang pun tak ikut perangai beliau. Lucas lebih kepada bertahan dan memecah serangan. Henderson pelari marathon yang mengasak dari atas. Yang nampak Allen sahaja, itupun beliau agak kekurangan dari segi kepakaran taktikal, cuma pandai membuat hantaran. Saya harap sangat Allen belajar sebagaimana, Gerrard belajar menjadi pemain hebat daripada Hamman dan Mccalister. Nak jadi pemain bagus, bakat Allen dah ada cuma kena dengar nasihat dan tiru bagaimana Otai buat kerja.

Saya tak tengok perlawanan Spurs lawan Anzhi dalam Liga Europa, namun menurut sumber dan rakan twitter yang menyaksikan perlawanan itu, Spurs dah faham macamana nak buat gol. Kali ini mereka dah tahu cara nak buat Soldado cetak gol, ianya dengan melakukan hantaran pantas kepada beliau, bukannya main dari sayap seperti sebelum ini. Macam dalam peperangan, kalau nak hancurkan kekuatan serangan musuh, putuskan bekalan mereka. Ianya samada pasukan kita bermain dengan menguasai perlawanan ataupun dengan mengasak pemain tengah mereka yang agak kreatif

White Hart Lane bukan lagi kubu kuat Spurs musim ini. Samada faktor Bale atau tidak yang pastinya, pasukan mereka masih dalam proses suai kenal. Inilah peluang pasukan kita sebelum Spurs menjadi pasukan   mantap. Sebab apa saya kata mantap, bandingkan simpanan mereka dan kita, kalau buat 7 sebelah ada peluang kah nak menang. Kadangkala kesebelasan utama saja tak cukup untuk memenangkan pasukan, jadi simpanan yang bersedia dan berpengalaman boleh jadi faktor penentu. Ini lumrah bolasepak, dulu kini dan selamanya.

AVB macam Brendan, masih muda dan dalam proses cari pengalaman. Cuma beza AVB ialah dia datang dengan reputasi besar dan Brendan pula naik dari bawah. Selain faktor pasukan, saya rasa percaturan dan taktikal mereka akan main perannan. Jadi perlawanan nanti lebih dramatik kerana Spurs hanya ketinggalan 3 mata dan mereka lebih tertekan di gelanggang sendiri. Ditambah pula faktor bermain di Liga Europa, Brendan kena beri Spurs keletihan maksima sepanjang perlawanan jika mahu pulang 3 mata.

MERUNGKAI MISTERI JOE ALLEN


Joe Allen sukar di mengerti oleh peminat. Dia kemain hebat di Swansea, tapi sebaliknya di Liverpool. Tanggapan salah peminat bahawa pemain yang bagus sebelum ini bakal lebih hebat di kelab yang lebih besar. Saya bukan dalam lingkungan itu tapi walaupun agak prejudis dengan Welsh Xavi , namun saya nampak Allen punyai bakat tapi tak berkembang di Anfield.

Nak kata tak kenal Brendan Rodgers dan metod latihannya, ini mustahil bagi Allen. Cuma kenyataanya ialah Brendan dan Allen telah masuk kedalam dimensi yang berbeza dari Swansea. Brendan cuba nak mengubah Liverpool yang menggunakan sistem semuanya berkisar dari Gerrrad. Kita lihat musim pertama beliau, Liverpool hanya seksi dalam statistik, tapi jauh dari sasaran Posisi ke-4. Keseluruhannya tidaklah gagal tapi nampak macam tiada perubahan drastik.

Allen pada ketika itu digunakan sebagai pemacu utama Liverpool dan Gerrard banyak bersabar dari melakukan hantaran Hollywoodnya. Hasilnya pasukan kita hanya gah bila kuasai permainanan tapi goyah bila kena sental dengan lawan yang lebih agresif. Kalau nak faham fungsi Allen, dia cuma bertindak sebagai orang tengah antara pertahan dan serangan dengan menerima dan memberi hantaran dan bergerak kesana-kemari. Cuma agak kurang melakukan hantaran maut kepada penyerang.

Seperti di Swansea, hanya kerana Allen, Liverpool terpaksa guna pakai 4-3-3. Nak kata berjaya atau gagal agak kesamaran. Cuma Liverpool dengan skuad tinggalan Dalglish, bukan sesuai sangat dengan sistem baru itu dan lebih efektif dengan 4-2-3-1 yang agak kurang mobiliti. Dengan kemasukan Coutinho separuh musim lepas, ini bermakna masa depan Allen dah tergantung tidak bertali sejak dari itu, dan dari pemain utama menjadi pemain simpanan sahaja.

Setelah sekian lama menghilang dari skuad utama Allen kembali muncul. Dah 4 penampilan semenjak lawan Everton tempohari dan sekarang saya rasa Joe Allen akan menjadi pemain utama untuk lawan Spurs nanti. Sebab dia bersama Lucas adalah pemain tengah yang tinggal. Gerrard paling koman sebulan berehat dan Henderson tak pasti cergas lawan Spurs. Inilah sesi penilaian tahap tinggi bagi menentukan betapa pemain ini punyai masadepan atau sebaliknya.

Hanya ada 5 perlawanan Allen nak  tunjuk hero. Ini kerana lepas itu  pintu perpindahan Januari dibuka semula. Liverpool pasti akan membeli pemain tengah baru. Itu pasti, tapi sebelum itu Allen kena buktikan dia bukan mudah mengalah. Saya dibelakang beliau dan harap dia buktikan pada ramai  dia bukan lekeh sangat. Walaupun secara dasarnya dia masih belum berikan persembahan konsisten setaraf Gerrard, tapi selepas di beri peluang nanti, nak kritik atau puji terpulang.

Dec 10, 2013

SEJARAH BAKAL BERULANG ???

 Grafik dari 
Suratan atau kebetulan

  • 1998 - Liverpool Juara Liga dengan 9 mata = 2011 Man U pun sama
  • 1989 - Liverpool terlepas Juara dengan gol minit akhir = 2012 Man U pun sama.
  • 1990 - Liverpool kemabli merampas Kejuraaan Liga = 2013 Man U pun sama
  • 1991 - Pengurus Scottish terhebat digantikan dengan pengurus terburuk = 2013 Man U pun sama
  • 1992 - Liverpool melingkup = 2013 Man U ??????

Dec 9, 2013

ANTARA TIGA DARJAT

dicedok dari twitter MostarLFC

Sempena 51 perlawanan rasmi Brendan Rodgers, mari kita lihat perbandingan antara 2 lagi pengurus terdahulu tak termasuk Pak Cik Burung Hantu. Kalau dikira paling berjaya tentulah Benitez diikuti Dalglish. Apa yang nak disentuh ialah Brendan mengatasi Rafa dan Kenny dari jumlah mata serta jaringan gol. Ini yang saya nak fokus kerana skuad Brendan boleh dikatakan kurang berpengalaman berbanding Rafa dan Dalglish. Malah kebolosan yang tinggi telah dipadamkan oleh perbezaan gol yang tinggi .

Dalam bolasepak moden, istilah bertahan paling efektif ialah dengan menyerang. Inilah yang diterapkan Brendan dengan kombinasi Suarez dan Sturridge. Kejayaan pertama beliau menjadikan Liverpool pasukan menyerang yang efektif sebenarnya ialah dengan menyingkirkan Carroll. Tiada istilah Plan B, untuk mengekalkan Carroll kerana bagi Brendan Suarez dan Sturridge boleh berada dimana-mana posisi secara rencam Yang inilah menjadikan Liverpool tak mudah dijangka perancangan serangan mereka.

Brendan sebenarnya bertuah mempuyai gadingan serangan yang mantap, berbanding Rafa yang punyai Torres sahaja sebagai penyerang hebat. Dalglish pula bertuah kerana membeli Suarez, tepati silap besar beliau tak membantah bila Torres hendak dijual kepada Chelsea. Lagi malang pembelian Carrroll merupakan malapetaka paling besar dalam sejarah bolasepak Liverpool selepas Rafa dengan Aquilani dan Keane. Liverpool perlu mengekalkan Suarez dengan beri gaji tinggi dan letak klausa 200juta pound. Jika tak mahu berputih mata.

Dari segi pengalaman Brendan masih naif dan perlu banyak belajar. Dia mempunyai falsafah bolasepak ala Eropah, tetapi setakat ini masih banyak benda yang dia kena betulkan terutamanya aspek taktikal. Pengamatan saya jika Brendan mahu berjaya dia kena ikut metodologi Rafa yang begitu obses dengan teknologi moden dalam menganalisa pasukan dan lawan. Cuma jangan ikut perangai Rafa yang suka bereksperimen dan rajin tukar-tukar kesebelasan utama tanpa keperluan. Yang lain tiada komplen buat Brendan.

TERIMA KASIH ASSAIDI


Ini dinamakan PJJ, Pertolongan jarak jauh. Assadi bukan saja jadi hero Stoke, tapi juga hero untuk peminat Liverpool. Gol masa kecederaan bukan sahaja membantu Stoke, malah Liverpool terus mengatasi Chelsea sejurus kekalahan Chelsea itu . Kalau tengok gol yang dihasilkan memang kebiasaan bagi Assaidi di Liga Belanda, namun datang saja ke Liverpool dia macam malu-malu nak mengeksperiskan diri.

Sebetulnya Assaidi perlukan masa permainan, namun Brendan tak mampu berikan peluang kerana dia suka susukan anak kera dihutan dari beri anak sendiri. Ini bukan samakan Moses dengan kera, cuma pepatah orang lama. Kita boleh tengok masa pra-musim Assaidi bukan main hebat dan macam dah bersedia untuk bagi saingan diposisi sayap. Tup-tup, Moses diambil dari Chelsea dan dipinjamkan Assaidi ke Stoke.

Saya harap Assaidi cuba main bersungguh sunguh di Stoke. Saya percaya Mark Hughes pengurus yang baik dan mampu beri tunjuk ajar dan bimbingan kerjaya kepada Assaidi. Jadi sementara pinjaman semusim berlangsung Assaidi kena bekerja keras selalu dan buktikan Brendan silap dan kembali sebagai pemain yang mantap.

Dec 8, 2013

LIVERPOOL 4-1 WEST HAM


Perlawanan semalam macam pesta gol sendiri. Gol sendiri Demel dan Skrtel memang jelas. Tapi kes gol Sakho boleh dikatakan kerja Collin dan gol terakhir terkena badan O'Brien. Walaupun kemenangan dari kesilapan West Ham, namun inilah yang harus berlaku dengan mengambil setiap peluang. Cakap pasal peluang, saya rasa perlawanan ini tak jauh berbeza dengan Norwich cuma Suarez terlepas banyak peluang hasilkan gol. Inilah yang dikatakan bahawa Liverpool masih boleh menang dengan dengan syarat kena gandakan usaha dan banyakkan percubaan merbahaya.

Kemasukan Sakho memang cun dan terbaik sebab saya dah letih menunggu Brendan asyik simpan pendekar kita itu. Banyak kali Sakho membantu pemain tengah dengan kekuatan fizikalnya. Ketiadaan Lucas dan gandingan Allen-Gerrard, nampak kian menjadi, cuma Allen masih gugup dan kantoi bila disergah Diame beberapa kali. Posisi Allen bukan ditengah bertahan, tapi dengan usaha gigih dia mampu bermain baik dengan seciput kesilapan yang tak seberapa.  Ketika Gerrard cedera dan Lucas masuk, barulah Allen bermain diposisi yang lebih selesa yakini ditempat Kpaten kita bermain. Keberkesanan beliau nampak kian menjadi.

Sterling juga boleh masuk dalam senarai penjaring jika tidak gopoh selain dari kecekapan goli West Ham. Tapi saya nampak perlawanan kali ini dia lebih mantap berbanding lawan Hull. Kalau dia nak ikut Gerrard, Strurridge dan Johnson ke Piala Dunia di Brazil, Sterling kena bagi nampak lebih istimewa dari calon lain seperti Walcott, Ox dan Townsend. Kalau nak jadi istimewa, kena banyakkan sumbat gol . Saya nampak jika Sterling kekalkan permainan sedia-ada silap haribulan, Moses akan kekal sebagai pemain simpanan dan angkap bungkus balik Chelsea. Sebab apa Assaidi sedang meletup dia Stoke dan Suso dah jadi pemain tumpuan di La Liga.

Pasukan kita kembali ke tangga kedua. Terimakasih kepada Assaidi yang membantu membenam Chelsea, serta Southampton yang seri dengan Man City. Di sebalik kegembiraan, ada beita sedih yang mana Kapten Gerrad takkan beraksi selama 1 bulan. Dia bakal terlepas perlawanan penting dengan Spurs, Cardif, Man City dan Chelsea serta mungkin Hull. Suka atau tidak Allen, kena main di posisi Gerrad, dengan sebaik mungkin, kerana ketika inilah kita nak tengok Vaxi Wales menunjukkan taringnya. Penilaian peminat sebelum ini mungkin kritis terhadap beliau, tapi inilah peluang untuk menutup mulut pengkritik.

Layan Klip persembahan Sakho:

Dec 7, 2013

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM


"Taktik Liverpool amat mudah, cuba beri hantaran dan ruang kepada Suarez dan perkara ajaib bakal berlaku"
Itu bukan saya cakap tapi Joe Allen bagitahu kepada wartawan. Tak pasti ini arahan terus dari Brendan Rodgers atau inisiatif pasukan. Jika ianya betul maka, pasukan kita selagi lagi dalam kategori "One Man Team" atau dalam bahasa mudah pasukan yang berjaya kerana individu tertentu. Sepatutnya variasi dan sumbangan gol perlu dari semua pemain tak kiralah kalau Mignolet pula boleh beri.

Kita tengok kenapa Arsenal sekarang di puncak Liga Perdana. Sebabnya semua pemain adalah penyumbang gol dan paling mengejutkan Ramsey si pemain tengah adalah peneraju utama. Tapi paling tak boleh blah sampaikan Bentdner yang dah lupa bagaiman nak jaringkan gol boleh sumbat masa depa lawan Hull. Saya bukan nak jek Arsenal, tapi kena tengok pasal apa mereka hebat dan ambil pengajaran dari situ.

Paling utama nanti menanti kunjungan West Ham ialah mentaliti yang sama ketika lawan Norwich. Kita main dengan memaksa mereka berundur dan hasilkan gol seawal mungkin. Sebab apa saya tengok jika kita dah kuasai permainan sekalipun jika masih belum dapat gol awal, kita boleh jadi tewas macam lawan Southampton, Arsenal dan Hull. Lagi satu sangat penting juga gol lawan selalunya dari gol sepakan bebas dan ambil perhatian.

Kesebelasan utama bakal rombak kembali bergantung kepada kecergasan pasukan. Saya tak mengharapkan pemain yang utama direhatkan kecuali atas faktor kecergasan bukannya taktikal. Ini sebab pasukan kita kecil sangat dan tak ramai pemain impak kecuali barisan pertahanan. Jadi siapa pun yang diturunkan itu tak penting. Yang penting saya nak tengok jika taktik tak menjadi seawal separuh pertama separuh kedua jangan takut nak buat pertukaran pemain seawal mungkin dan tak mahu kejadian Hull berulang.

Dec 6, 2013

LIVERPOOL 5-1 NORWICH


Nampaknya Norwich tak berdaya dan terpedaya dengan kehebatan Suarez. Nampak pertahanan dan goli mereka macam kena pukau dengan Suarez. Gol pertama bagi saya antara yang terhebat dengan melakukan sepakan kangkang dari jarak jauh melepasi jangkau Ruddy. Gol kedua hasil muslihat Gerrard membuka ruang untuk Suarez merembat dari jarak dekat dengan begitu padu. Gol ketika adalah teknik latino klasik dengan mengelecek dan melantunkan bola  sambil menunggu momentum sesuai dengan rembatan padu. Gol terakhir beliau hasil sepakan percuma melencong indah mengelirukan goli Norwich. Tak cukup dengan itu Suarez melakukan hantaran kepada gol Sterling.

Saya tengok selain dari gol Suarez dan Sterling, Liverpool mempunyai banyak juga peluang. Ini petanda positif, dan pasukan kita kena pastikan apa yang mereka buat ketika lawan Norwich berterusan. Boleh dikatakan kemasukan Agger menggantikan Toure memberikan sedikit kesegaran dari segi penguasaan bola kerana Agger nampak lebih yakin memegang bola berbanding Toure. Allen nampak ada sedikit gugup dan adakalanya nampak senang dibuli lawan tetapi dia keseluruhan ada peningkatan.  Kombinasi Henderson, Coutinho dan Sterling banyak membantu Suarez dan saya yakin Moses bakal rehat lebih lama lepas ini. Kapten Gerrard paling tak bernasib baik kerana beberpa peluang tersasar sipi.

Cara Hull dan Norwich menghadapi pasukan kita jauh berbeza, Pasukan Hull bukan bahaya sangat tapi mereka cukup bernasib baik, tetapi Norwich pula tak bernasib baik kerana mereka sudah lupa dengan amcaman Suarez. Lagi satu persediaan Brendan begitu ngam dengan meletakkan kesebelasan seimbang. Kita amat berharap Brendan tak buat hal nak berekperimen  sangat kerana kesebelasan sekarang dah cun. Namun berilah peluang buat Sakho beraksi untuk memberi can Skrtel berehat pula.


Dec 4, 2013

LIVERPOOL LAWAN NORWICH


Jadual padat bulan Disember telah bermula. Tak sampai 3 hari dengan Hull, pagi besok kena layan Norwich di Anfield. Ramai peminat bengang dengan keputusan Brendan yang merehatkan tonggak utama. Itu memang kesilapan beliau kerana dia yakin dengan pemain beliau 100 %. Namun keyakinan sahaja tak cukup sebab beliau kena ikhtiar nak kalahkan lawan dengan strategi bukan setakat letak pemain yang dah berminggu-minggu tak main. Lepas tu biar mereka tenggelam punca.

Saya tahu Brendan dalam dilema. Nak letak barisan terkuat kena fikir juga tahap kecergasan serta potensi kecederaan. Dengan skuad yang kita ada, tak payahlah nak merungut sebab memang tak begitu seimbang. Kalau menang dikira bonus dan kalau kalah, kena ada penambahbaikan pemain Januari ini. Paling diperlukan ialah pemain tengah dan penyerang yang tak malu depan gawang . Itu sahaja pilihan yang ada jika semua pilihan dalam skuad tak mampu memberikan impak kepada pasukan.

Jika Brendan mahu jadi pengurus berjaya beliau kena faham asas untuk menang tak kiralah siapa lawan, iaitu letak barisan terkuat semampu mungkin. Pemain macam Sakho, Agger dan Coutinho wajib main dalam perlawanan dengan Norwich nanti. Begitu juga dengan Aspas, yang merupakan calon otomatik ganti Sturridge. Menjadi atau melingkup itu bukan masalah kerana dari beli dok peram dibangku simpanan, kena cuba dan harap supaya Aspas taklah seteruk yang kita sangka.

Semua sedang fokus kepada Suarez. Dia memang badi kepada Norwich. Jadi sementara lawan bakal mengikat Suarez semahunya , saya tak terlalu yakin kali ini Suarez bakal membuat hartik lagi. Jadi pemain lain yang asyik jadi pelakon pembantu dan pak pacak sebelum ini asyik dok tengok hero mengganas, kena tonjolkan diri serta mahu dihargai penonton. Saya jeles tengok Ramsey yang melepasi segala ejekan peminat Arsenal musim lepas, dan menjadi pemain terhangat di Liga Inggeris.

Dec 3, 2013

LIVERPOOL 1-3 HULL


Brendan dah mengaku silap beliau. Dia yang memilih menurunkan kesebelasan lemau tempohari memang silap beliau. Tidak menurunkan Sakho untuk 2 perlawanan wajib turun pun salah beliau. Biarkan Moses dan Sterling main macam orang mabuk pun salah beliau serta paling tak boleh terima tidak memasukkan Coutinho secepat mungkin memang kewajaran semuanya silap beliau. Kesilapan ini saya nampak berpunca dari memandang rendah pasukan lawan.

Pujian boleh diberikan kepada Steve Bruce. Dia main macamana Southampton main dengan kita. Dengan meletakkan Sagbo yang lasak dapat mengganggu Skrtel yang agak longlai kebelakangan ini. Malah pemain tengah Hull cuba mengasak dari atas supaya Gerrard dan Lucas tak bebas bergerak dan melakukan hantaran. Henderson pula kerap bantu mereka berdua dan buatkan Suarez sunyi sepi diatas. Moses dan Sterling kalau mereka main buka dan tarik bek lawan keluar sedikit saya ingat ada ruang Gerrard dan Henderson bantu Suarez.

Kalau tengok gol-gol Hull mereka tidak mempersiakan peluang yang jarang-jarang dapat. Memang gol pertama adalah nasib sebab terbias kaki Skrtel, namun Moses buat kantoi dan bek kita hanya melihat pemain lawan melakukan sepakan. Itu boleh dimaafkan, tapi kesilapan Skrtel dan Toure untuk gol ke 2 Hull nampak sangat mereka dan hilang punca dan gol sendiri Skrtel adalah kegopohan unit pertahanan yang leka dan sedikit panik.

Saya mengerti dan akur dengan keputusan kerana pasukan kita layak kalah dari sepak mula lagi. Brendan mungkin telah insaf dan ambil pengajaran. Namun begitu dengan pasukan kita yang memang amat lekeh dibangku simpanan, Brendan kena lebih bijak dalam atur taktikal. Malah ketika perlawanan sedang berlangsung dia kena bijak buat penilaian apa taktikal semasa separuh masa pertama lagi. Harap dengan lawan Norwcih tak ada lagi kesilapan berulang.


Nov 30, 2013

ADAM MORGAN DAH JADI MILIK ORANG


Pemain ini berpotensi besar jika diberi peluang. Memang dia tak pernah main dengan kesebelasan utama dan tidak cukup pengalaman, tapi apa kes dengan Borini. Bukan setakat harga mahal malah nampak gaya macam tiada harapan langsung nak balik ke Anfield. Bukan saya nak cakap yang saya tak redha dengan pemergian Adam, tapi daripada belanja beli pemain muda lain apakata cuba pemain yang memang perlukan sedikit peluang untuk mencuba nasib.

Kita boleh tak imbas balik macamana Owen dapat peluang dan meletup. Dia diberikan peluang dan ruang untuk menyerlah. Cuma mungkin tak semua pemain muda bernasib baik macam Owen. paling kurang pun layan Adam macam kita layan Neil Mellor dulu Ada juga kita nampak yang Mellor dah tak mampu pergi jauh setelah diberi peluang. Situasi Owen dan Mellor samm dengan Morgan cuma yang berjaya dan gagal bakal ditentukan setelah diberikan peluang secukupnya. Ingat lagi Tom Ince. takut jadi macam tu saja.

nota kaki:
Dia ke Yeovill Town secara pinjaman dan jika bertuah akan jadi pemain Yeovil terus. Harap maklum.

HARI INI 15 TAHUN DULU


Nov 29, 2013

LIVERPOOL LAWAN HULL


Hull City nama tak sempoi. Pemilik baru nak tukar kepada Hull Tigers atau Harimau Hull, baru dengar garang, walaupun pasukan tak segarang 3-4 musim lepas. Kadang kala penjenamaan semula macam tak berikan nilai sentimental kepada peminat. Ialah contoh Kalau Liverpool pemilik nak tukar kepada Liverpool Stokin Merah (Liverpool Red Sox), apa korang rasa. Mesti pelik, lagi janggal dan menghilangkan identiti dan sejarah bukan. Jadi begitulah saya dengar peminat Otai Hull dah buat petisyen.

Ingat tak gelaran pemenggal gergasi yang diberikan oleh pasukan ini semasa penampilan mereka sebelum ini dalam Liga Perdana. Paling saya ingat ialah karekter pemain mereka Bullard dan Giovanni yang menjadikan pasukan ini pernah digeruni sebab persembahan luar jangka, tambahan pula diurus oleh jurulatih berperangai pelik. Tak pelik macamana, masa separuh masa  tamat, Phil Brown bukan bincang atau carut pemain dalam bilik persalinan tapi dia bagi tengah padang puas-puas sebelum pemain berehat.

Zaman itu dah berlalu, sekarang mereka di urus oleh Steve Bruce yang cukup berpengalaman dalam sepak terajang dan pernah naik turun Liga Perdana. Jadi Hull ni walaupun boleh dikategorikan pasukan lemah, namun mereka mempunyai semangat juang yang tinggi. Pemain mereka tak ternama dan saya hanya kenal beberapa pemain rejek dari Spurs, Sunderland, Wigan itupun bagi saya tak nampak apa istimewa kerana tiada pemain yang betul-betul menyamai kehebatan kelas 2008 dulu.

Bagi pihak Liverpool ada ura-ura beberapa pemain utama akan direhatkan dan ianya belum dapat dipastikan siapa. Ini mungkin untuk menghadapi jadual padat Disember yang memerlukan pemain cergas dan tiada rehat dah pada ketika itu. Cuma apa yang saya harap ialah pasukan kita perlu menurunkan pasukan terkuat dan balun dulu gol banyak-banyak dan barulah merehatkan pemain utama dalam separuh kedua. Yang paling penting sekali ialah Sturridge kerana dia ada mengadu tak sedap badan.


HARI INI DALAM SEJARAH


Nov 27, 2013

CONTOH TAULADAN ABANG KEPADA ADIK


Masa pasukan Senior lawan Suarez kena taji dengan Mirrallas. Namun dalam perlawanan skuad remaja Chirivella pula jadi mangsa, bukan sorang tapi dua orang pemain remaja Everton.
#Abang borek adik rintik

Nov 25, 2013

JON FLANAGAN CURI TUMPUAN


Bala menimpa Enrique adalah rahmat buat Flanagan. Pemain dari akdemi ini diberikan peluang bermain di posisi luar kebiasaan beliau bek kiri mengatasi calon otomatik Cissokho. Tengok nama pemain dari kesebelasan utama tiba-tiba tertonjol nama Flanagan. Dalam hati alamak apa ujikaji Brendan kali ini pula. Prasangka buruk terimbas kembali penampilan ketika lawan Arsenal. 

Kadangkala penilaian Brendan macam kes Cissokho, kita nampak macam Brendan takut untuk ambil risko. Tapi saya dengar Flano adalah pemain yang menunjukan prestasi terbaik dalam latihan dan sebab itulah dia telah menjadi bidan terjun dalam perlawanan dengan Everton. Tak macam Allen, Flano tak persia-siakan peluang yang diberikan dengan memberikan aksi luar biasa yang belum kita pernah lihat di posisi bek kanan yang beliau mainkan sebelum ini.

Kenapa beliau main baik dikiri tapi kekok disebelah kanan. Teori ini mudah bagi sesiapa yang main kaki kanan tapi diletakkan disebelah kiri. Saya pernah beberapa kali main disebelah sayap kiri padahal sebelah saja kaki hidup. Malah sejarah membuktikan Carragher juga bermain baik disebelah bek  kiri ketika era Gerrard Houllier. Teorinya mudah sebab bila kita berlari kebawah bertahan, kaki kanan kita berada disebelah lawan dan amat mudah untuk menjolok dan menguis  bola dari kaki lawan.

Saya tak mahu puji lebih-lebih. Cuma harap yang terbaik buat Flano. Ketika 3 bulan ketiadaan Enrique, macam-macam boleh berlaku dalam persaingan dibek kiri. Dengan potensi dan kebolehan serta bakat terpendam saya tak mahu dia mengikuti jejak langkah Stephen Darby. Dalam situasi sekarang diharap beliau dapat menggunakan peluang ini untuk bermain lebih banyak lagi perlawanan dalam kesebelasan utama. 

Nov 24, 2013

LIVERPOOL 3-3 EVERTON

Kredit kepada MostarLFC

















Inilah perlawanan kejiranan yang begitu dramatik pernah saya tonton. Kita disajikan detik-detik mendebarkan macam menonton filem aksi, sejak dari sepak mula hinggalah wisel penamat. Kalau ada sakit jantung entah berapa kali kena masuk IJN pun tak tahu. Malang sekali pengadil yang rabun, Phil Dowd telah membuat keputusan kontoversi tentang insiden kekasaran Mirrallas ke-atas Suarez.


Kalaulah Suarez yang bagi penerajang sebegitu, kita boleh agak yang paling koman kena gantung 5 perlawanan tak kurang. Ini menunjukkan betapa pengadil melakukan diskriminasi kerana reputasi Suarez masa lampau. Malah bukan sekali perangai bangsat pemain Belgium ini, dia juga memijak kepala Suarez dalam klip kedua dibawah. Nasib baiklah Kapten Liverpool masa ini bukan segarang Greame Souness, kalau tak Mirrallas  mungkin akan dapat akibat maha dahsyat  kalau Souness menjadi kapten.



Kesebelasan yang digunakan memang ok, tapi macam saya tulsi sebelum ini, jika tak jaga haiwan buas bernama Lukaku, padah menimpa sebab berapa kali dah Lukaku buat onar dengan kita. Skrtel dan Agger belum cukup mampu menjaga Lukaku kerana kekuatan fizikal beliau hanya boleh ditandingi oleh Sakho . Inilah saya anggap kesilapan taktikal yang menjadi asbab utama kita namapk Lukaku mengamok sakan.

Kita sumbat 3 gol dari sepakan bebas dan penjuru dan bolos juga dari hal yang sama. Ini menampakkan pasukan kita bukan lagi megharapkan gol dari permainan terbuka dan mengambil peluang dari setiap peluang yang ada. Paling mengujakan ialah gol Suarez yang berkelas dunia. Cuma yang digusarkan ialah lawan kerap ambil peluang dari sepakan bebas kerana pemain kta suka melakukan kekasaran dikawasan bahaya.



Hero perlawanan bagi saya ialah goli kita , Mignolet. Kalau tak kerana dia mungkin Everton boleh menang perlawanan ini kerana mereka banyak kali juga mempunyai peluang. Disamping itu kredit juga buat Sturridge yang menghasilkan gol penyamaan disaat hujung-hujung perlawanan. kalau tak pasti pasukan kita pulang kecewa apabila telah mendahului 2-1 dalam suatu ketika. Malah kalau tak kerana Allen jadi gabra depan gol , kita dah boleh bunuh permainan dengan 3-1.

Kesan dari perlawanan antarabngsa cukup beri kesan kepada pasukan kita. Prestasi Gerrard dah menurun akibat keletihan. Sturridge baru pulih setelah cedera dengan England. Walaupun Suarez naik jet peribadi pemilik Liverpool, kesan dari perjalanan di Montevidieo ke Liverpool memenatkan, tapi saya tak tahu Suarez makan apa sampai dia mampu main 90 minit.

Apa pun juga dari bungkus terus,  baik dapat juga satu mata. Cuma diharap Brendan lebih wasapada dengan masalah bahagian tengah yang tidak mempunyai pemain berkaliber. Joe Allen sudah boleh dijual kerana buang masa nak tunggu dia menjelma jadi Xavi Hernandes. Kita perlu cari pemain tengah yang berani dan mempunyai kekuatan teknikal yang tinggi yang berupaya membawa diri dalam pasukan bukan menjadi penumpang sahaja.

Nov 22, 2013

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Minggu yang membosankan sempena perlawanan antarabangsa dah lepas. Kini Liga Perdanan membuka tirai dengan pertarungan adik beradik Merseyside. Sejak azali kalau jenis perlawanan ni, gaduh-gaduh dan kad pelbagai warna memeriahkan acara. Tambah pula pengadil yang jenis tak suka pasukan mana-mana, siaplah apa kontroversi yang nak jadi boleh tengok. Tambah pula kedudukan kedua-dua pasukan tak berbeza banyak mata dan masing-masing macam nak berlumba untuk slot terbaik dan mahu menjadi hero tempatan.

Suarez bakal bergegas dari Monteveido dengan jet peribadi pemilik. Memang perihatin pemilik Liverpool dan mahu lakukan apa sahaja dia boleh tolong sedaya mampu. Jadi skuad kita bakal bermain dengan kekuatan sepenuhnya, cuma sedikit kecewa mendengar yang Enrique masih cedera dan perlu operasi pembedahan. Maknanya mahu tak mahu Cissokho kena main dan harap dia tak gabra untuk kekal selepas pinjaman. Kalau mahu keselamatan boleh letak Johnson dikiri dan Toure main dikanan.

Bahagian pertahanan tengah pasukan kita mempunyai kualiti yang banyak dengan semua pemain telah menunjukkan prestasi dan berebut-rebut untuk 2 slot utama. Dalam situasi sekarang, saya harap Sakho harus kembali dalam kesebelasan bukan kerana 2 gol dengan Perancis tetapi demi menjaga haiwan buas bernama Lukaku. Agger atau Skrtel harus dikorbankan dan mengikut pemerhatian saya Aggerlah mangsa yang sesuai.

Everton dengan Martinez sedikit berbeza dengan zaman Moyes, walaupun tiada banyak perubahan dasar yang ketara. Martinez menambah-baikkan Everton dengan sedikit kretiviti dan memberikan peluang kepada beberapa pemain muda menyerlah. Secara adilnya saya tak boleh pastikan apakah kesudahan macam dulu-dulu yang majoritinya pasukan kita boleh bawa pulang banyak mata dari Taman Goodison. Cuma kunci kejayaan ialah bagaimana pasukan kita bertahan dengan cara selamat dan menjaringkan gol awal banyak-banyak sebab pasukan kita cukup lemau separuh kedua.

Nov 19, 2013

KEMASKINI: ADAM MORGAN BAKAL DISINGKIR


Harapan untuk lihat pemain kelahiran Akademi yang mendapat pujian Robbie Fowler, untuk menempa nama sebagai pemain masa depan hanya tinggal harapan. Adam Morgan yang kita sedia maklum mempunyai potensi besar serta pemain terbaik dalam skuad remaja Liverpool, dengan persembahan mantap serta mampu menjaringkan gol dengan selamba. Malah dalam perlawanan pra-musim beliau bermain dalam beberapa perlawanan.

Apa yang Brendan nampak mungkin berbeza dengan kita yang hanya menilai dari klip Youtube serta pujian dari beberapa bekas pemain. Dengar kata beliau dah diberikan kebenaran untuk berbincang dengan kelab lain kerana tiada dalam perancangan Brendan bukan setakat musim ini tetapi masa depan. Apa pun diharap Morgan dapat cari makan ditempat lain kerana dia ada potensi menjadi seperti Kevin Nolan dan Ricky Lambert yang merupakan anak jati Scousers yang hebat diluar.


Nov 17, 2013

LAGENDA LIVERPOOL LAWAN LAGENDA KAIZER CHEIFS

Kesebelasan Utama Lagenda Liverpool 
Grobbelaar, McAteer, Jones, Wright, Thomas (1), Barnes, Molby, Berger ( 4 gol) , Smicer, McManaman, Fowler.
Keputusan 5-5 (tewas penalti 4-2)



Mari mengenali mereka.

-Bruce Grobbelaar si tangan sotong. Dalam kategori goli terbaik dia jatuh no dua di belakang Ray Clemence. Medal dan Piala jangan cakaplah macam-macam ada.

-Jason McAtter pemain sayap belakang lejen, kalau main formasi 3-5-2 dia lebih bagus dari Johnson sebab hantaran lintang dia amat bahaya.

- Rob Jones, macam juga McAteer, disebelah bek kanan, tapi dengan formasi 4-4-2, Jones paling terbaik sebelum dia cedera teruk.

- Mark Wright - dibeli ketika dikemuncak kerjaya, namun dia tak dapat banyak kredit kerana main di zaman Spice Boy.

- Michael Thomas adalah lagenda Arsenal juga, tapi dia memilih Liverpool sebab dia lebih lama bersama Liverpool kot.

-Johns Barnes siapa tak kenal, idola saya sejak kecil dan merupakan pemain sayap hebat bukan untuk Liverpool sahaja tapi juga England walaupun berasal dari Jamaica.

-Jan Molby bermain dalam zaman kegelapan awal 90an, boleh dikatakan Alonso zaman dulu kot dengan hantaran jauh terbaik.

-Patrik Berger ialah pemain sayap menggantikan Barnes, tapi kerap sangat cedera sampai kita tak femes langsung, cuma dia jasa dalam trebel 2001/02.

- Vladmir Smicer, hero Istanbul 2005. Liverpool beli dia dari zaman houllier, tapi cedera memanjang dan beliau membayar balik dengan gol pembukaan final Piala Eropah.

- Steve McManaman- kalau tengok Ryan Giggs nampak bagus, tapi Macca seratus kali bagus kerana dia boleh gelecek dari bawah sampai celah kangkang goli.

- Robbie Fowler- Kalau tak kerana terlalu pulun main ketika muda, Pengganas dari Toxtexh ini mungkin lebih berharga dari Suarez.

Kecuali  Molby yang saya tak pernah lihat permainannya, kesemua lagenda yang bermain perlawanan semalam, saya akui memang terbaik dalam kelas mereka sendiri cuma ada yang bernasib baik main dalam pasukan hebat dan paling malang main era kejatuhan, macam Mark Wright dan Jason McAteer. Apapun layan kelibat mereka main dalam klip youtube bawah.

 

Nov 16, 2013

ALY CISSOKHO MENGINGATKAN SAYA KEPADA


Siapa lagi kalau bukan Djimi Traore. Bukan niat untuk meletakkan kesamaan antara keduanya, tetapi memang terlintas difikiran apakah Cissokho bakal menjadi Traore pada masa depan. Cissokho mempunyai nilai ahli sukan sebenar, bertubuh sasa dan kelajuan agak mantap, Tetapi yang kurang mungkin cara penaakulan atau membuat keputusan. Mungkin sebab itulah pasukan AC Milan yang awal-awalnya beriya-iya mahu dapatkan beliau , berhenti sekerat jalan dan tarik brek tangan dari membeli beliau dari Valencia.

Bermain dalam formasi 3-5-2 sebagai Sayap Belakang, itu bukan posisi kegemaran beliau. Kita boleh tengok betapa caca-merba dan lunyai kena main dengan Sagna dalam gol pembukaan Arsenal. Masa lawan Fulham, bila dirombak formasi 4-2-2-2, Cissokho kembali sebagai pertahanan kiri, barulah, kita boleh nampak berkesannya kebolehan beliau bertahan dan membantu serangan kerana dihadapan ialah Coutinho . Cissokho nampak lebih selesa untuk banyak bertahan dari main sebagai pemain sayap.

Maaf cakaplah kalau dia nak cabar Enrique sebagai pemain utama susah sikit kerana keupayaan terhad.  Saya rasa Enrique hanya tersenyum dengan pesaing macam itu. Walaupun Enrique banyak kelemahan, tetapi dia opsyen terbaik disebelah kiri. Ramai lejen Liverpool sependapat dalam hal ini, boleh selak dalam pelbagai ruangan sukan. Memetik kata Agger kepada pemberita mengenai persaingan merebut kesebelasan utama.
 " Pemain harus berusaha mendapatkan peluang, dan bila dah dapat, kena tunjukkan anda layak untuk diberikan peluang seterusnya".
Dalam keadaan sekarang, Cissokho mungkin bernasib baik kerana dia tiada saingan bila Enrique cedera dan dapat peluang bermain. Dah Enrique kembali dalam kesebelsan utama, saya rasa tunggu Piala FA pula nak tengok kelibat Cissokho lepas ini. Nasib baiklah sekadar pinjaman, tak rugi apa-apa kalau pemain ini tak berupaya menjadi seperti awal penampilan beliau di Olimpik Lyon dulu. Jangan hairanlah dengan spekulasi Liverpool mahukan Denis Aogo, pemain bek kiri antarabangsa Jerman. Anda semua pasti faham masakan Liverpool mahu intai bek kiri baru jika Cissokho memuaskan hati Brendan.

Nov 13, 2013

KETAMAKAN SAS


Liverpool beli Sturridge Januari 2013 dan semenjak itu beliau telah bergandingan dengan Suarez bagi membentuk regu paling merbahaya Dalam Liga Perdana Inggeris. Dengan ketamakan dan saling teruja untuk membolot gol peribadi pun Liverpool masih jauh kehadapan Cuba bayangkan berapa jaringan pula yang Suarez dan Sturridge hasilkan jika mereka saling bantu-membantu satu sama lain.

Nov 10, 2013

LIVERPOOL 4-0 FULHAM


Selamat tinggal 3-5-2. Kembalinya 4-4-2 , kebetulan dengan kembalinya barisan 4 belakang musim lepas Johnson, Enrique, Skrtel dan Agger dalam pasukan. Liverpool begitu fleksibel dengan pelbagai formasi kerana cukup pemain skuad. Dengan Fulham, Liverpool menurunkan 14 pemain termasuk simpanan dalam 90++ minit perlawanan. Kesebelasan yang diturunkan hampir kepada kekuatan sebenar .

Tabiat suka membantai pasukan lemah sudah jadi tren sejak awal musim. Tetapi yang lebih penting ialah pasukan kita mendominasi perlawanan dengan Fulham sejak awal sepak mula. Fulham musim ini main untuk turun Liga nampaknya, tak bersemangat macam zaman Danny Murphy jadi kapten dulu. Di tambah pula dengan bekas penyerang Man U yang serba pemalas dihadapan, Liverpool memang tak risau nak bertahan langsung.

Dominasi Liverpool bermula seawal minit pertama dari sepakan sudut. Hantaran Gerrard, ditanduk Skrtel, namun Agger yang dapat bola muntah melakukan voli tinggi melepasi palang. Kebolehan Gerrard yang tak pernah hilang adalah sepakan percuma. Dalam gol pembukaan walaupun dihasilkan oleh bek Fulham sebagai gol sendiri, tapi kepaduan dan ketepatan sasaran sampai kekawasan bahaya, amat mudah bagi sesiapa menanduk masuk gol tersebut.

Skrtel jadikan peminat serba-salah begitu juga pengurus malam tadi. Sepakan sudut Gerrard mencari ruang tengah dan Skrtel meluru dan dapat mengelak dari rodblok oleh bek Fulam untuk gol kedua Liverpool. Harga pasaran saham Skrtel telah naik sekali ganda dari 12juta pound menjadi 25juta, nota untuk Benitez dan pemilik Napoli. Sejak dua menjak Skrtel dah macam kembali menjadi Skrtel budak besi, bukan budak pemakan Meggie musim lepas.

Dalam peminat dok kalut dengan lorongan maut Coutinho, Henderson curi tumpuan dan tak mahu kalah sebab ramai dok puji Coutinho . Hantaran halimunan beliau melepasi 3 lapis pertahanan Fulham dan dihidu Suarez yang lama dah bersedia lari masuk ke dalam kawalan ketat kubu Fulham. Liverpool telah menjaringkan gol ke-3 tak sampai 30 minit. Itupun kalau tengok percubaan yang kantoi, silap-silap 5 minit sekali papan skor tak larat nak kemaskini jumlah gol.

Jaringan Suarez untuk gol kedua peribadi, menutup tirai kenduri gol walaupun masih berbaki 30 minit perlawanan. Ia dihasilkan hasil kesilapan Bek lawan yang cuma memegang bola untuk menyerang dari bawah. Henderson dengan pantas mengasak dan menerjah bola dan terkantoilah bola sambil Gerrard meluru dapatkan bola dengan pantas menjolok kearah Suarez yang lari merempit tanpa halangan untuk gol tersebut.
Rekod musim ini Suarez dan Sturridge berkongsi 8 gol dan juga berkongsi gelaran penjaring terbanyak Liga.

Separuh kedua cerita lain sikit, ketamakan dan rasa nak buat gol secara individu melanda Liverpool. Suarez mungkin mahu hatrik dan Sturridge masih mahu gol setiap perlawanan jadi impilkasi ini membuatkan kadang-kala peluang beri gol untuk kawan sudahnya menjadi percubaan sia-sia. Sikap tamak sebegini mungkin baik jika dalam keadaan sekarang dengan mendahului 3 biji, tapi macam kes lawan Arsenal salah satu punca macam inilah.

Apa yang dapat dihuraikan amat mudah dengan mengembalikan sistem 4 dibelakang, 4 ditengah dan 2 menyerang, segalanya kembali kepada versi separuh kedua musim lepas Liverpool. Bahagian tengah nampak kembali tenang dan kembali mendominasi perlawanan. Tapi yang paling menonjol ialah betapa pentingnya Johnson dan Enrique dalam nadi hidup pasukan untuk bermain tanpa pemain sayap ortodok.  Dengan mereka, Coutinho dan Henderson bebas merayau-rayau ditengah dan teapi ikut suka untuk mengelirukan pemain tengah Fulham yang banyak bertahan.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails