Showing posts with label Sunderland. Show all posts
Showing posts with label Sunderland. Show all posts

Sep 14, 2012

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND



Tragedi Hillborough mendapat pengadilan sewajarnya. Pihak yang teraniaya yakni peminat Liverpool dan keluarga 96 peminat yang terkorban khasnya berasa gembira tetapi masih terkilan kerana setelah 23 tahun barulah kebenaran diterungkai. Pihak kerajaan pimpinan Magaret Thacher dan Polis Sheifield adalah pihak yang menyorok dan menjadikan tragedi itu yang terburuk di Eropah dan paling menyedihkan mereka menyalahkan peminat Liverpool yang dikatakan mabuk dan merusuh.

Paling mengejutkan menurut laporan nyawa 48 orang masih boleh diselamatkan jika pihak perubatan dibenarkan masuk kedalam stadium. Ramai yang masih nyawa-nyawa ikan dibiarkan begitu sahaja kerana bantuan perubatan tidak dibenarkan masuk oleh Polis atas alasan Hooligan dok mengamuk. Lagi satu pihak keselamatan tidak mengendahkan rayuan wakil Liverpool dan Forest untuk menangguhkan perlawanan. Ini merupakan kebanganangan polis Britain dalam menjaga lautan manusia.

Yang berlaku telah berlaku, pihak Kerajaan Britain, Polis dan FA telah meminta maaf begitu juga akhbar paling dibenci peminat Liverpool yakni The Sun. Namun paling palat ialah editor yang menulis berita bersifat fitnah Tragedi Hillborough , Mckenzie masih diam membisu dan mungkin dia masih percaya dan tetap dengan pendiriannya bahawa peminat mabuk Scouserlah yang menjadi punca tragedi. Harap Kumpulan JFT96 dan keluarga peminat yang terbabit mengambil tindakan undang-undang keatas beliau.

Mukadimah diatas terlalu ringkas mengenai Tragedi Hillborough namun ianya kemenangan berharga peminat Liverpool sebelum aksi menentang Sunderland besok di Stadium Of light. Setelah seminngu disajikan perlawanan antarabangsa, kini semua peminat yang tak sabar-sabar nak lihat pemiain kita beraksi semula. Setakat ini dua pemain balik cedera yakni Martin Kelly dan Joe Allen. Namun kecederaan Allen dengar kata bukan kritikal tapi masih 50-50 diturunkan. Pemain lain sihat wal-afiat kecuali Enrique yang memang tak main dari awal lagi.

Reina
Johnson Skrtel Coates Agger
Sahin Gerrard Shelvey
Sterling Borini Suarez


Barisan diatas saya rasa cukup cun untuk menentang Sunderland jika Allen masih cedera dan Shelvey memang calon sesuai kerana tiada siapa lagi dari barisan simpanan untuk main disitu. Cuma Brendan kena letakkan Borini ditengah kalau mahu lihat pemain Itali itu main selesa bukannya disebelah sayap. Suarez yang patut disayap kerana dia bukan prolifik tapi lebih kepada perancang gol. Barisan pertahanan perlu dirombak dengan meletakkan Agger dikiri kerana Enrique masih belum cergas.

Jangkaan saya dengan prestasi sedia ada ditambah dengan ketiadaan penyerang sempoi, Sunderland bakal main menyerang dan pasukan kita hanya main hantar bola kesana kemari dan menggunguli peratusan kawalan bola. Bukan nak memandang rendah keupayaan pasukan tapi pemain kita dah tak menggerunkan lawan macam 5-6 musim lalu. Walaupun begitu keupayaan nak menang bergantung kepada aspek utama yakni tidak bolos dengan kesilapan dan penyudah yang mantap tanpa mempersiakan peluang. Apa pendapat anda setuju atau tidak sila teka siapa yang akan kena.




Mar 9, 2012

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND

Masihkah kita ingat awal musim ini. Begitu optimis (bongkak) pasukan kita dengan pembelian gila-gila. Konon kita dah beli penyerang hebat, pemain tengah hebat dan pemain sayap hebat. Tapi apadaya Sunderland mengajar semua yang duit bukan segalanya. Segala yang hebat sebelum ini dah jadi hampeh bila tak kena cara kendaliannya. Pasukan kita macam jatuh terduduk bilamana Sunderland berjaya ikat pasukan kita 1-1 di AnfieLd.

Pagi tadi Man U kena balun dengan Bilbao 3-2 di Old Toilet. Ada pengajarannya untuk kita. Saya nampak persamaan dengan Bilbao dan Sunderland. Mereka main tempo laju, tekan pemain lawan bila pegang bola, cantas awal sebelum lawan nak buat gerakan dan hantaran. Formula ini sangat berjaya kerana pasukan Sunderland dan Bilbao mempunyai pemain sesuai dengan taktikal sebegitu. Tapi bagi pasukan kita boleh harap atau tidak jika pemain macam Gerrard,Adam, Henderson dan Downing nak main sebegitu. Cuma Kuyt, Lucas dan Spearing mampu dengan stamina dan kecekapan mengasak dan mencantas lawan.Sebab itulah musim depan kita patut borong pemain Bilbao dan bawa balik Mikel San Jose. Tapi jangan pula nak borong pemain Sunderland sebab nak jimat, lingkup pula jadinya.

Namun saya taknak nak angkat Sunderland tinggi sangat. Kehebatan Sunderland kebelakangan ini berpunca dari pengurus yang bijak mengurus. Siapa lagi kalau bukan Si Martin O'Neill (MON). Dia sangat bagus dimana sahaja kelab dia jaga, Celtic, Leicester, Aston Villa dan kini di Sunderland. Betapa bengapnya Villa melepaskan MON dulu. Tengok apa dah jadi dengan Villa sekarang, terkial-kial selepas pemergian MON. Namun amat celaka besar jika, Chelsea ambil pengurus ini musim depan. Silap-silap peminat Chelsea boleh lupakan Mourinho kerana MON boleh beroperasi dengan bajet ciput.

Dok cerita kat tepi kain orang, apa cerita dalam boxer sendiri. Saya telepon Kenny dia bagitau yang Kapten Gerrard dan Johnson dah boleh masuk padang berlatih. Dua hari nak jadi kudis apa berlatih. Sahih diorang bakal jadi pemerhati masa lawan Kucing Itam nanti. Maka secara tak rasmi barisan yang kena tibai dengan Arsenal haritu bakal sekali lagi mempersembahkan diri mereka. Satu lagi mungkin ialah Carroll bakal masuk gantikan Kuyt atau Henderson. Bukan apa, keupayaan Carragher melakukan bola lambung akan terabai jika tiada sasaran sebenar diatas.

Maka dengan tulus ikhlas saya harap kita tak jadi macam Man U yang ditibai Bilbao. Saya nak kita biar pasukan Sunderland main kejar-kejar ayam, hambat tak dapat tangan bergelumang tahi. Kalau kena usaha dan semangat yakin boleh pantang kalah sebelum melawan tetap lawan. Saya dengan rendah diri harap kita boleh menang dengan keputusan 2-1. Tak percaya tengoklah nanti.

Mar 21, 2011

LIVERPOOL 2-0 SUNDERLAND



Karma buat Sunderland kerana gol belon setahun baru dibalas. Kali ini penalti sonsang diterima kerana penjaga garisan lupa pakai kanta lekap. Spearing dijatuhkan berbatu-batu jauh dari kotak penalti tapi apa nak buat dah orang kasi takkan nak tolak ye idak. Silap Mensah juga, konon nak buat skil, nak dada bola pun tak reti, dah kantoi apa lagi pangkas kaki lah. Nasib baik Bramble ada kalau tak lagi awal beliau keluar. Kuyt yang memang pakar gol mudah tak bagi peluang kepada orang lain untuk buat nama untuk gol pertama. Patutnya kasilah dekat Carroll, biar dia ada semangat sikit, sebab dia dan Torres nak kejar gol pertama untuk kelab masing-masing.

Pemain terbaik kita musim ini, Suarez, menjadi duri dalam daging buat pertahanan Sunderland. Mereka bergilir-gilir membantai Suarez. Tapi nasib tak baik apabila sampai giliran Mensah, dia tibai Suarez dari belakang dan pengadil tanpa belas kesian bagi kad merah. Setiap gerakan dan larian Suarez dijejaki pertahanan Sunderland, tapi apa boleh buat, gol kedua muncul apabila Kuyt seakan ada kuasa telepati melakukan hantaran kepada Suarez dan pemain itu memintas Bardsley dan merembat masuk dari celah sisi gawang. Siapa sangka yang dia akan rembat kerana dalam kedudukan sukar dan ruang sebegitu.

Namun sebaliknya berlaku dengan Carroll, dia masih belum temui rentak dan tempo rakan-rakan. Bukan apa, tak banyak bola tinggi sampai macam sebelum ini. Malah saya rasa dia agak kekok untuk main atas sendirian, kerana di Newcastle Ameobi akan main atas dan beliau agak kebelakang. Tapi masih awal lagi untuk kita menilai pemain yang baru pulih dari kecederaan. Tapi ada sekali apabila kamera fokus kemuka beliau setelah direhatkan, kekecewaan nampak jelas. Tapi jangan risau saya yakin Carroll akan sumbat gol sebelum Torres sempat berbuat demikian. Sekejap tadi Torres masih belum buat gol walaupun helsea menang 2-0. Padan muka.

Dari andaian sebelum ini, saya pasti Maxi akan main, tapi meleset sungguh. Spearing lagi sekali dapat tempat. Legalah sikit berbanding kalau Pulsen main, ngeri. Tapi dah main 4-4-2, Spearing berganding dengan Lucas dan Meireles terpaksa main dikir. Kuyt turun pangkat dikanan. Kiranyanya ekperimen kali ini agak berjaya walaupun pasukan kita main berterabur cam taik kuda. Kemasukan Agger juga membuatkan pertahanan kita lebih mantap dan Skrtel tak buat haru lagi. Johnson tetap mantap walaupun dikiri dan kapten Carragher sudah kurang lambung bola tinggi setelah main di bek kanan. Dan beliau juga tak segan silu turut serta melakukan serangan, tapi masih dalam mod berhati-hati.

Posisi ke-6 mungkin lebih realistik untuk kita walaupun masih ada 8 perlawanan lagi selepas ini. Spurs masih ada baki 1 perlawanan, walaupun hanya berbeza 4 mata dihadapan. Tapi jangan dilupa, Bolton dan Everton tetap mengejar kita dengan 5 mata. Setiap perlawnanan selepas ini teramat penting dan saya harap pasukan kita perlu mendapat mata penuh untuk memberi tekanan buat Spurs serta menjauhkan diri dengan 2 pasukan bawahan. Kalau nasib baik, masih ada sisa peluang ke Eropah, tapi kita jangan bergantung harap dengan keputusan Spurs kerana keputusan sendiri juga teramat penting. Jangan risau peluang masih terbuka walaupun misi kali ini agak sukar. Dengan adanya Suarez saya yakin kita didalam landasan yang betul.


SU0v2LP by FootballSoccerHighlights

Mar 19, 2011

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND



Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kombinasi terhangat yang menjadi buah mulut orang bakal bergandingan bersama dalam kesebelasan utama. Carroll-Suarez atas kertas adalah gandingan klasik pemain tinggi-rendah dan gagah-pantas. Bagi saya unit serangan tiada masalah kerana mereka berdua sangat digeruni lawan dengan keupayaan individu mereka. Carroll mempunyai kehebatan tandukan serta dapat mengawal bola dalam perebutan diudara. Suarez pula dan mempunyai teknik dan akal yang licik. Boleh kata macam gandingan klasik Heskey-Owen tetapi versi yang dipertingkatkan.

Jika penyerang kita digeruni, lain pula dengan pemain sayap kiri dan kanan. Dengan kemasukan Suarez, Kuyt pasti akan kembali keposisi asal sayap kanan. Dan Maxi pula seperti biasa dikiri. Macam kita tengok lawan Braga, tiada sumbangan langsung pemain sayap untuk melakukan larian ke tepi, melainkan cuba bergerak ketengah. Lucas-Meireles pula perlu lebih aktif meminta bola dan menggunakan ruang kerana acapkali mereka dipintas oleh pertahanan kita dan banyak bola lambung dari pertahanan cuba mencari Carroll. Macam kenny cakap, kelebihan Carroll diudara tapi jangan pula berlebih-lebih kerana lawan mudah membaca taktik lapuk itu.

Bab pertahanan juga amat leceh sekali. Saya tak yakin langsung dengan Wilson, sebab dia tak beri sumbangan langsung ketika serangan. Memang dia cakap boleh main, tapi setakat bagi cukup korum, kualiti yelek. Lebih baik bagi Agger main disana jika beliau pulih ataupun main Carragher di kanan dan Johnson sebelah kiri. Pertahanan tengah dengan gandingan Agger-Skrtel lebih ampuh untuk hadapi Gyan dan Welbek yang panntas. Jangan letak Kargiakos, bahaya. Nanti senjata makan tuan. Kepantasan dua penyerang Kucing hitam itu mesti kuncio oleh pemain pantas, walaupun serangan udara akan digunakan oleh Steve Bruce.

Teakhir sekali,saya harap pengadil kena adil. Tanda-tanda dendam pemain Ghana terhadap Suarez jangan diambil mudah. Muntari dan Gyan pasti takkan duduk diam, walaupun buat kenyataan sudah lupakan insiden Piala Dunia tempohari. Mereka akan kenakan Suarez, dengan apa jua cara. Tapi saya harap juga Suarez jangan bertindak jika ada provokasi dari negro Gahana itu. Saya juga harap pemain kena main dengan keupayaan sebenar dan kurangkan bola lambung. Nak terlampau yakin menang pun tak berani, tapi dengan adanya Suarez, saya boleh rasakan pasukan kita boleh menang tetapi dalam margin yang kecil. Yakin Boleh, YNWA.

Sep 26, 2010

LIVERPOOL 2-2 SUNDERLAND



Rupanya kebimbangan saya ada asas. Kita masih ditakuk lama dengan Hodgson. Dia mempunyai pemain yang bagus tetapi buntu dan kelam untuk meletakkan pemainnya diposisi terbaik mereka. Dan dia rupanya masih meneruskan tatacara beliau iaitu main sabar dan tunggu sampai nak habis baru pulun. Inilah yang tak menggembirakan kita apabila pasukan pelawat sebelum-sebelum ini sudah hilang rasa gerun dengan pasukan kita dan main macam kat kampung sendiri.

Pada perlawanan sebelum ini saya langsung tak menyentuh perihal keupayaan pengurus. Saya seakan berjanji tak akan mengkritik Hodgson sehingga akhir Disember untuk menilai sejauh mana dia akan bawa kelab kita samada keatas atau merudum kebawah. Namun kini sedikit demi sedikit saya mulai nampak yang Hodgson bakal mencelakakan kelab kita jika dia tidak mahu buat bedah siasat dan cari punca kemandulan taktik beliau. Saya takut apabila pemain utama cedera kelak, apa lagi cara nak buat sehingga Januari untuk perbaiki kedudukan liga.

Secara keseluruhan saya anggap formasi 4-4-2 adalah terbaik untuk main dilaman sendiri. Cuma kesalahan Hodgson ialah dia yakin pemain dapat adaptasi posisi masing-masing. Apa dia ingat semua pemain sama macam Gerrard boleh ikut suka nak letak kiri-kanan atas bawah. Apa kejadahnya Miereles disebelah sayap kanan padahal dia kidal. Ada baik letak dia ditengah dan Gerrad main kanan dan Kuyt boleh terus jadi penyerang. Atau pun dia boleh letak Mireles dikiri dan Cole main dilubang dan Kuyt kembali disayap kanan.

Namun apa yang saya nampak Gerrad sudah kurang bakat main sebagai pemain tengah. Dia sudah tua untuk mengejar, mengasak, membentes lawan. Kadang-kadang dia tersasul menghantar bola kebawah dan hampir menjahanamkan pasukan. Lagipun dia teramat diperlukan dalam unit serangan. Kalau Torres tak mampu jaring gol, maka Gerrard mesti sampai dari mana hala tak tahu tup-tup dah sampai depan gol dan berikan gol semangat buat kita. Itulah yang pengurus sebelum ini amat suka Gerrard disamping Torres.

Gol pertama amat melucukan dan penuh konterversi. Ianya diluar dugaan semua peminat kita apatah lagi peminat kucing hitam. Turner sebenarnya berharap, Mignolet akan ambil tugas melakukan sepakan percuma. Namun Torres telah mengambil kesempatan diatas kelalaian semua orang termasuk pengadil untuk merampas bola dan apatah lagi pengadil tidak tiup wisel dan melorongkan bola kepada Kuyt yang tanpa segan silu memasukkan bola kejaring gol Sunderland. Saya sendiri nampak bahawa Torres amat tajam dan licik dan mampu ambil kesempatan diatas keadaan itu. Tapi apakan daya tuhan maha adil. Poulsen pula tertampan bola dan penalti diberika buat Sundaeland. Reina hampir dapat tepis namun masuk juga celah ketiak.

Saya tak pasti siapa salah untuk gol Bent yang kedua. Salah pemain bek kiri atau Johnson. Namun yang pasti Johnson adalah petualang terakhir yang perlu ikat Bent. Namun siapa boleh nak rantai penyerang berpengalaman dan pantas sebegitu. Johnson kalau paling hebat pun mungkin boleh tolak Bent dan beri penalti kedua dan harap Reina boleh selamatkan, namun itulah hakikatnya apabila mempunyai pertahaan yang amat kureng abiliti tandukan apatah lagi dengan rambut macam penyannyi Raggae. Saya rasa prestsi Johnson makin tidak konsisten dan kerana saingan diposisi kanan hanyalah Kelly dan Darby. Dan paling menyakitkan hati dia juga sudah hilang arah ketika menyerang.

Tak kena jika saya tak sentuh pasal gudang gol kita, Torres kali ini. Dia selain melakukan hantaran untuk gol Gerrard tenyata amat pendiam untuk buat percubaan malam tadi. Saya akur jika kita dia dikatakan dirantai oleh Turner dan Bramble . Namun kadang kala saya nampak dia berada diposisi yang salah ketika bola dimainkan kepadanya. Sepatutnya dia kena main curi ayam (offside) untuk menakutkan bek Sunderland dan curi ruang apabila mereka alpa. Tapi apabila Ngog masuk barulah saya nampak Torres rasa selesa dan tidak banyak dirantai lawan, kerana Ngog telah menambahkan tekanan kepada lawan.

Walaupun kita seakan menggila sekitra 10 minit terakhir, namun Sundeland amat kebal. Saya rasa kita patut menang jika salah satu gol masuk, iaitu percubaan bola muntah dari Cole dan tandukan Agger ketika wisel hampir ditiupkan. Namun itulah kehidupan. Ianya sama macam waktu kita belajar dulu. Jika nak periksa baru nak buka buku dan harap soalan spot sahaja, maka peluang nak dapat cemerlang memang tiada, namun peluang nak bungkus memang cerah. Taktik pulun akhir waktu ini saya nampak memang berkesan juga kerana pemain lawan nampak letih, tapi pemain kita juga letih berlegar-legar tak tentu hala nak cari lubang yang telah dikambus.

Saya sebetuknya tak mahu awal sangat buat andaian lagi tentang masa depan Hodgson sebagai pengurus Liverpool. Kalau dia pergi tak sampai habis musim bermakna dia paling teruk berbanding Souness yang mampu juga dapat satu piala. Namun jika dia bernasib baik dan mampu buat kita sebagai peminat kembali gembira dengan keputusan dan peningkatan dari persembahan sedia ada maka dia akan kembali menerima sokongan padu. Namun bibit-bibit kerisauan tak boleh dibendung bahwa Hodgson bukannya jawapan untuk mengembalikan kegemilangan. Dia hanyalah kelasi yang disuruh timba air dari kapal yang bocor, bukannya Nakhoda pintar yang mampu perbaiki dan terus gah meredah lautan gelora.

Sep 24, 2010

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND



Saya cuba memujuk hati supaya lupakan peristiwa ngeri di Old Trafford, telah hampir berjaya. Namun apabila dapat tahu bungkus lagi, pula dengan kelab hingusan Liga Divisyen 4, saya jadi bertambah rimas, risau dan rosot mengenangkan nasib malang bertimpa-timpa kelab kita. Apakan daya kita orang miskin, (macam dialog drama swasta lah pula) asyik kena buli dengan orang kaya saja.

Ah persetankan semua itu. Kita mulakan dengan positif bukannya negatif. Tapi jangan tersangat optimis dan jangan sangat pesimis. Laluan kita untuk kejar Chelsea mungkin terlalu tinggi impian, tapi setakat Man City dan Spurs mungkin masih tak jauh. Mereka juga ada masalah tersendiri. Man City masih kurang kerjasama dan Spurs keliru nak kejar EPL atau ECL. Jadi tapak pertama untuk bangun setelah rebah sebelum ini ialah menang dengan Sunderland.

Persoalan sekarang adakah Sunderland harus ditakuti setelah mereka mampu melepaskan diri dari hampir kalah dengan Arsenal. Bagi yang tidak melihat sendiri perlawanan itu mungkin boleh cakap macam lawan Northampton yang kita gerenti boleh menang walau main sebelah kaki. Tapi bagi saya silap haribulan kena sepak belon lagi kali ini. Mereka amat robes (roburst) dengan tak henti-henti asak Arsenal melalui sayap. Masuk pula Asamoah Gyan, lagi tambah aiskrim atas cendol, mantap meleleh air liur.

Ok. Henti disini dok puji lawan. Kitaorang pun bagus apa. Mungkin kena berusaha lebih. Prestasi kurang baik bukan kerana pemain semua tak bagus. Cuma saya nampak semangat perjuangan dah tak sekuat dulu dan ada beberapa pemain yang jiwa kacau. Saya tak pasti samada Agger kecewa dengan taktikal Hodgson, atau atas sebab tak dipilih, namun ianya tidak harus diperdebatkan. Biar Hodgson sindiri yang tentukan nasib pasukan. Dia tahu apa yang terbaik dan kalau tak menjadi pemain tidak harus dipersalahkan jika mereka telah melakukan yang terbaik.

Apakah kesebelasan yang rasanya Hodgson akan terapkan menentang Sunderland nanti. Rasanya jalan selamat ialah jangan bermain seperti lawan Man U. Tapi gunakan 442 dengan, masukkan Ngog bersama Torres. Gerrard dan Poulsen Ditengah dan Miereles dikiri dan Cole dikanan. Konchesky dan Johnson di sisi Skrtel dan Carragher. Reina akan kembali digawang. Ini adalah rasanya barisan terkuat kita buat masa ini sebelum Kuyt kembali. Namun jika bermain 451 mungkin nasib kita akan sama atau mungkin lebih teruk dari Arsenal.

Seperti biasa kita pasti mahukan kemenangan. Dan pastinya juga Hodgson dan pemain harus berusaha kearah itu. Kita tidak mahu sesiapa sahaja yang diamanahkan memakai jersi keramat merah, bernain sekadar makan gaji. Mereka harus main dengan terbaik dengan kebolehan yang mereka ada. Pengurus hanya boleh berikan panduan dan arahan, tetapi 90 minit adalah perjuangan yang harus dilaksanan dengan sebaiknya. Kami peminat takkan kecewa jika keputusan sebaliknya, namun lawan sampai rebah dan ketitisan air ketiak terakhir.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails