Apr 25, 2018

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL 5-2 AS ROMA



Abam jujur cakap sempat tengok separuh kedua sampai habis. Itu pun nasib baik anak teriak minta susu. Gol separuh pertama sempat tengok masa pengulas tengok dok borak sesama mereka. Memang ohsem baq hampa, Salah punya penyudah. Gol pertama dia punya hayun luar dari tepi kotak penalti dan gol kedua, hasil serangan kilat dengan bola cip sebiji macam lawan WBA haritu.

Separuh kedua memang As Roma tak nampak elak serangan Liverpool. Salah masih berbisa dengan menjadi pembantu bagi 3 gol yang dijaringkan oleh Mane, Firmino dan Firmino lagi. Namun AS Roma berjaya bangkit mulanya dengan defisit 1 gol hasil kegagalan Lovren mengeluarkan bola tinggi untuk Dzeko menewaskan Karius. Dan penalti kena tangan Milner yang disudahkan oleh Radja.

Jaringan 5-2 masih belum selamat menurut AS Roma mereka kebal kat Olimpico. Setakat Barcelona yang pawer ada Messi pon boleh kena tapau 3-0, apa sangat Liverpool yang baru timbul balik dalam Liaga juara-Juara. Ok kita terima cabaran Roma, dan tunggu tengok adakah kambek mereka adalah realti atau semata-mata bernasib baik masa lawan Barcelona.

Apr 23, 2018

MAT SALAH PEMAIN TERBAIK LIGA PERDANA INGGERIS 2017/18


Jangankan nak menjangka Salah bakal jadi Pemain Terbaik Liga musim ni, semua orang pada awal musim banyak bersangka buruk keatas pemain Mesir ni. Dek kerana Salah pernah direjek Chelsea, maka semua nampak pembelian 35juta Pound dari AS Roma satu perjudian besar. Bila berjudi ada risiko dapat pulangan atau bungkus teruk. Namun ditakdirkan Salah masuk kedalam pasukan yang begitu cocok dengan corak beliau.

Ingat lagi pasal mula-mula Salah datang bukan sebagai pilihan pertama  tetapi pilihan ke-4. Klopp lebih mahu pemain dari Bundesliga yakni mengikuyt turutan , Christian Pulisic, Julian Draxler dan Julian Brandt. Tetapi semua pemain samada sendiri rejek atau kelab cuba nak pow dengan harga mahal. Macam kes Pulisic dan draxler diorang sendiri jual mahal, tetapi Brandt boleh nego cuma dalam keadaan Leverkusen main kat Liga Juara-Juara, harga nak sama dengan Salah.

Pilihan terakhir yang hampir dapat ialah Brandt, namun dek kerana Ketua Pemantau Michael Edward, terhegeh-hegeh nak Salah berbanding pemain muda Jermain itu, Klopp beralah. Tapi korang jangan ingat AS Roma nak jual murah. Dorang jenis kaki paw hangit. Harga 35juta ritu harga terpaksa rela sebab UEFA suruh kontrol kewangan mereka yang tak belen. Kat sini ada permainan juga dari kem Liverpool diorang bida dekat-dekat nak sampai tarikh Roma kena selesai kewangan.

Korang ingat Salah datang-datang terus boleh adaptasi dengan corak Liverpool. Dia memang sejak dari Basel lagi pemain sayap tulen. Datang ke Chelsea kena main macam sekarang main penyerang kiri. Memang kelautlah sebab Mourinho dia jenis bukan reti sangat nak latih pemain pasal posisi. Pinjam kat Fiorentina barulah jurlatih kat sana bagi Salah main penyerang kiri atau kanan dengan efektif. Kat Roma pun sama, cuma kematangan Salah dah sampai tahap terbaik.

Awal musim Salah mungkin masih tak berapa ngam lagi dengan rakan-rakan. Dia masih cuba main cara pemain sayap, bukan penyerang. Kat sinilah Klopp berjaya bentuk Salah bagaimana nak main sebagai penyerang dari sayap. Dan taknak tulis panjang, dia dah berjaya ajdi penjring terbanyak Liga dan menyamai rekod Shearer, CR7 dan Suarez Gigi. Aspek utama selain bakat dan kepintaran, pemain macam Firimno dan Mane adalah pemankin kehebatan beliau. Diorang bayak membantu Salah untuk mencapai tahap sekarang.

Dengan dinobatkan Pemain Terbaik Liga Perdana musim ni, mengatasi Kevin De Bruyne, kita harap Salah boleh pergi lebih jauh. Maksud abam bukan pergi jauh ke La Liga, tetapi mengangkat Liverpool untuk menang piala dan kejuaraan. Jadi kelab kena dapatkan pemain bagus musim depan kalau nak pemain utama kekal. Kalau dok buat perangai kemut duit dari beli pemain bagus, bukan takat Salah, Klopp pun boleh cunggit pergi tempat lain.

Apr 20, 2018

LIGA PERDANA: WEST BROM LAWAN LIVERPOOL

Tahniah terlebih dahulu kepada WBA sebab tolong kurangkan jarak mata kita dengan Syaitan Merah. WBA baru dapat ajar Syaitan bahwa siapa lebih hebat main susun bas. Apa yang memalukan Menyu hanya mampu berharap penalti yang tak kesampaian. Jelas penalti,memang nasib malang buat Menyu. Tetapi itulah hakikat bahwa selamanya pengadil takkan dok nak ikut telunjuk mereka dah. Sebab sebelum ni kalau pemain mereka jatuh terpijak rumput pun silap2 bleh dapat penalti kot.

WBA memang pasukan teruk bagi pasukan lain, tetapi tidak bagi Liverpool musim ni. Dalam liga kita hanya sekadar seri 1-1 kat Anfield. Lagi pedih kita keluar awal dalam saingan Piala FA, akibat bungkus 3-2 dengan mereka. Alan Pardew dah kena pecat dan diganti Darren Moores, pengurus berkulit hitam. Di bawah Moores haritu mereka tibai Menyu. Jadi lain padang lain belalang. Moores yang abam ingat pertahanan kental. Jadi boleh agak dia mesti perbaiki pertahanan WBA yang kokak.

Karius 
Clyne Van Dijk Klavan  Moreno
Ox Hendo Gini
Salah Firimno Mane

Liverpool perlu juga berhhati-hati dengan WBA yang serba baru ni. Taknak pandang remeh dengan mereka, sebab pengalaman mendewasakan kita dengan pasukan pembadi camni. Harap Lovren sempat pulih sebab dia dah semakin main bagus. Tetapi kalau tak berjaya, Klavan pun bukan takleh harap. Opsyen pertahanan tengah agak tipis, dengan Matip masih berehat dan Gomez juga baru nak berlatih ringan. Bek kiri dan kanan simpanan pula terbaik bila Clyne dan Moreno boleh dipanggil jika diperlukan.

Bahagian tengah juga dalam keadaan berjaga-jaga sebab Emre dan Lallana mungkin tak main sampai hujung musim. Jadi sekadar dok ejas, muka2 yang sama 4 orang tu saja setakat ni. Abam bukan nak memandai tetapi jika ada masalah korang jangan tak tahu Trent Arnold boleh main kat tengah sebab dia memang pun pemain tengah kat akademi sbelum Klopp ubah Trent ke posisi baru bek kanan. Jika terdesak TAA main tengah, Clyne ambil balik posisi bek kanan. Takda masalah. Lagipun hantaran TAA ramai yang belum tengok camna bila dia main kat tengah.

Kreativiti sangat perlu jika lawan pasukan susun bas macam WBA. Itu aspek utama nak lepasi permainan jumud lawan taknak kasi kita pegang bola. Setakat sekarang abam tengok Ox satu-satunya pemain yang boleh buat kita lupakan apanama budak Brazil yang pergi melingkup kat Barcelona. Kebolehan Ox tak sama dengan mamat tu, tetapi abam tengok dia lagi cocok dengan taktikal sebab dia lebih pantas dan jenis suka mempercepatkan permainan bila ada peluang nak menyerang.

Macam Klopp cakap Ox cukup bahagia kat Anfield, dan kita juga bahagia tengok Ox berjaya tutup mulut pengkritik. Iyalah dulu ada rakan peminat Arsenal perli dan menganjing pasal Ox yang mereka syok sangat sebab jual kain buruk kat kita dengan harga mahal. Sekarang bila buka topik Ox baru padan muka mereka. Jadi abam rasa Ox akan sekali lagi jadi kunci untuk membuka ruang serangan dengan WBA nanti. Hendo dan Gini akan jadi penyendal kat tengah untuk permudahkan kerja Ox dan barisan serangan.

Liverpool mungkin perlu sekadar seri sebab Chelsea pun tak nampak gaya nak menang semua perlawanan. Sebab penentuan sebenar posisi ke-4, bakal berlaku selepas perlawanan timbal balik kedua Liga Juara-Juara denga AS Roma. Cuma kena pastikan pemain sedia ada main santai-santai dengan WBA dan elak cedera untuk perlawanan dengan AS Roma. Cuma satu abam harap ialah Mat Salah akan bubuh gol sebiji dua untuk tinggalkan Kane jauh untuk Anugerah Kasut Emas dan juga tapau De Bruyne sebagai Pemain Terbaik EPL.

PELANCARAN JERSI LIVERPOOL MUSIM 2018/19



Liverpool dah lancarkan jersi baru untuk musim 2018/19. Nampak begitu kasual dan boleh pakai pergi ke majlis rasmi sebab berkolar. Apa pun jersi baru ni bagus tetapi dibanyangi oleh jersi musim sekarang yang teramat bagus.  Apa komen korang? 

Apr 16, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 3-0 BOURNEMOUTH


Klopp hanya ganti Milner dari kesebelasan di Ettihad. Hendo kembali mengkaptenkan pasukan. Maknanya pasukan kita nak kendurikan lawan. Dan Bournemouth juga turunkan barisan dengan agenda menyerang, Trio-Ibe-Defoe-King kat atas. Sebab itu kita puji Eddie Howe sebab dia punyai pendekatan ala pengurus kelab besar. Main dengan cantik serta menghiburkan.

Bukan macam Mourinho, habis beratus juta tetapi tak berapa berani nak main terbuka. Howe pernah dibabitkan dengan Arsenal, namun bagi abam, jika Brendan Rodgers blah dari Celtic, rasanya Howe calon layak, jika takda kelab pertengahan yang ambil beliau. Everton rasanya kelab yang patut bida beliau jika dia nak kekal di EPL.

Bila dua pasukan menyerang bertemu, memang perlawanan nampak gempak. Tetapi Klopp dapat jinakkan Bournemouth hinggakan mereka lebih banyak bertahan dari menyerang. Kalau tak, tak tahulah apa nak jadi jika main nak menyerang juga. Namun begitu Salah nyaris dapat gol awal , hantaran lintas dari Trent yang cuma dirembat sipi oleh Salah.

Serangan bertali arus Liverpool membuakan hasil pada minit ke-7. Hasil dari sepakan penjuru, bola dapat kembali kepada Hendo yang nampak Mane bersedia buat larian dari celahan bek Cherries. Bola sampai cantik, Mane tanduk berjaya ditepis Begovic, namun tepisan kantoi betul2 diepan Mane. Dengan reaksi pantas, Mane meluru dengan rembatan, namun Begovic bersedia buat kali kedua tak mampu menghalang Mane mencpita jaringan pembukaan tuan rumah.

Penyudah Salah sungguh teruk pada separuh pertama. Mungkin agak gopoh mencari jaringan ke-40. Dia banyak buat keputusan yang tak berapa tepat, sebab dalam keadaan dia buat percubaan, dia tak cuba beri peluang kepada rakan yang lebih dikedudukan terbaik. Kita sedikit risau tak mebunuh permainan awal dengan peluang sedia-ada takut jadi macam ketika tewas 4-3 dulu. Howe kadang-kala mampu nak buat kejutan. Namun kali ni keputusan 1-0 kekal sampai separuh pertama tamat.

Separuh kedua bermula dengan tempo perlahan, dari Muzik XPDC turun jadi Khai Baha. Namun tetap mengungguli penguasaan bola. Bermain dengan berhati-hati dan cermat, namun adakalnya ada percubaan luar kotak dan lambungan mencari penyerang dari tengah. Trent cuba-cuba buat hantaran jauh mencari Salah. Kita sangka dia akan cuba perangkap bola dengan kaki dan kantoikan bek dengan gerakan lincah. Meleset sekali sangkaan, bila Salah menanduk lambung melepasi Bergovic untuk gol kedua Liverpool dan gol ke-40 yang dicari-cari sejak awal permainan.

Lovren dan Karius menjadi hero bersama bila menyelamatkan percubaan lawan depan pintu gol. Dengan sedikit tenaga Lovren mengeluarkan bola diantara penyerang Cherries depan pintu gol, namun sepakan kederat yang cedera tak mampu nak pergi jauh dapat kembali kepada pemain tengah Cherries, tetapi Karius berjaya tepis dan menyelamatkan keadaan dari pelawat untuk mendapatkan gol semangat untuk membuat kambek ala Setan Merah keatas City.

Lovren dikeluarkan digantikan dengan Klavan. Dia dapat tepukan gemuruh ketika keluar. Namun tak juga Bournemouth mampu nak menggugat. Malah Liverpool menambah gol -3 dan kali ni giliran Firmino untuk melengkapkan turutan gol 3 serangkai. Ianya hasil gerakan Ox yang membawa bola dari tengah dan meleretkan kepada Firimino dan Bobby melepaskan sepakan padu dicelah kankang bek Bourmemouth dan Bergovic terkantoi buat kali ke-3.



Sementara dok tulis, Setan Merah dimalukan WBA dengan kekalahan 0-1 di Old Trafford. Man Citeh secara otomatik bergelar Juara Liga 2017/18. Dan pasukan kita masih boleh berangan-angan nak tapau Setan di tangga ke-2 jika mereka kekalkan momentum kekalahan sebab bakal bertemu dengan pasukan boleh buat kejutan macam Bournemouth, Arsenal, West Ham dan Watford. Tapi kita pula kena bersedia nak ke WBA lepas ni. Harap jangan ikut jejak langkah Syaitan, macam Tok lebai dok ceramah.

Apr 13, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN BOURNEMOUTH


Sedikit pasal Liga Juara-Juara, sebab tak menyempat nak tulis. Ramai tak sangka kita boleh pergi sampai ketahap ni. Kalau awal musim kita cakap boleh sampai separuh akhir, diorang mesti kutuk kata nak masuk pun kena playoff ada hati nak angan-angan mat jenin. Abah kau mat jenin sekarang dah jadi wakil tunggal Inggeris dicabaran Liga Juara-juara.

Karius
Clyne Lovren Klavan Moreno
Milner Hendo Ox
Salah Ings Firmino

Selepas lawan City kena gilir sedikit bagi rehat pemain yang penat dan letak pemain yang dah cergas. Bukan nak perlekeh Bournemouth tetapi kena jaga elak tak cedera akibat faktor tiada rehat. Nak letak ramai pemain simpanan takut jadi macam lawan Everton, cukup hambar.

Tekanan agak kurang sebab posisi no 4 tak nampak saingan sengit dah. Sebab Chelsea dah kantoi minggu lepas seri dengan West Ham. Arsenal jangan cakaplah mereka seqhodar bakal sekali lagi main kat Europa nak teman Chelsea. Cuma matlamat sekarang cuba dapatkan mata sebanyak mungkin.

Apr 10, 2018

LIGA JUARA-JUARA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL (AGT 0-3)


Perjuangan masih belum selesai. Kelebihan 3 gol tak bermakna jika ambil mudah. Nasib baik Klopp dah tanamkan peringatan kepada anak buah, anggap perlawanan nanti reset 0-0 balik. Pasukan perlu menang dan cari gol. Bukan susun bas untuk bertaktikal. Man City tetap pasukan yang baik walaupun tak sempurna. Mereka boleh menang sepanjang musim tapi tewas berturut-turut minggu lepas.

Abam rasa masa lawam Setan Merah baru ni, City boleh makan Setan. Tapi fikiran pemain tak boleh fokus dah sejurus dah tapau 2-0. Sebab dok nampak perlawanan lepas ni dengan Liverpool. Paling malamg Raheem Ular Air, sebab kalau tak kerana dia buang peluang sampai kali, rasanya Setan dah kena rejam sampai 5-6 gol. Padan muka eksyen sangat dan juga gelabah tak tentu pasal kalau tak Setan tak boleh buat kambek.

Karius
Trent Lovren Van Dijk Robertson
Milner Gigi Oxxx
Salah Firimno Mane

Kapten Hendo pun satu hal, kalau dia tak keronyok Raheem haritu, kan dah boleh main. Tapi abam bukan apa, tak berapa harap sangat Gigi Gandum jaga tengah. Bukan tak percaya kebolehan dia, namun sedikit gusar jika dia terlalu pegang bola lama macam lawan Everton baru ni. harap jangan dok buat perangai nak cuba gelecek ketika kena kepung dengan pemain City, boleh kantoi sekali naya kawan-kawan kat bawah. Biar main santai rilek, sebab yang tekanan ialah City bukan kita.

City akan cuba main lebih menyerang nak dapatkan 4 gol. Mereka pernah tapau kita 5-0 kat sana. Itu motivasi diorang. Tambah plak hero mereka, Aguero dah pulih. Ikut stail City mereka cukup suka  lawan pasukan yang cuba susun bas. Macam kes Setan, kalau derang tak cuba nak ubah taktik untuk main menyerang balik, korang rasa City boleh kalah tak malam tu. Jadi Klopp kena main macam kat Anfield, tambah gol untuk tambah keperitan mereka.

Apr 6, 2018

LIGA PERDANA: EVERTON LAWAN LIVERPOOL

Berhenti sekejap cerita pasal Liga Juara-Juara. Abam tahu korang masih tak dapat nak elak gebang pasal kenduri dengan City. Mari kita kalih ke cerita pasal lawan seteru sebelah rumah, Everton. Itulah, sejak-dua menjak dah tak bernafsu nak cerita pasal Everton. Mereka bukan lagi pasukan yang kita anggap pengacau. Dah jadi langau dah. Paling hebat abam rasa mereka di bawah David Moyes, sempat merasa posisi nombor 4 walaupun kantoi ke kumpulan Liga Juara-Juara.

Orang lain bila diambil-alih kian meningkat. Tetapi kelab cekelat Toffees ni lagi kian mengarut. Towkey mereka, Farhad Moshiri bukan Saudagar minyak macam pemilik City. Dia bekas pengurus kewangan dan audit. Tambahan plak bekas pemegang saham, Arsenal. Korang faham-faham la kan camna pemilik saham Arsenal buak kat pasukan tu. Apa pun tak kisah pasal bola yang mereka tahu nak untung-untung dan untung.

Nak kata Towkey kedekut tak juga. Beli pemain mahal-mahal juga.  Goli mahal, bek mahal, pemain tengah mahal, sayap pun mahal tapi penyerang sahaja percuma, si Shrek Rooney. Abam tengok mereka pilih pengurus tak konsisten. Itu silap mereka. Bagi duit kat pengurus yang tak mampu tarik pemain bintang. Dari sisi positif, Everton beri juga peluang kepada pemain muda macam Holget, Jonjoe serta Tom Davies.

Mignolet
Clyne Masterson Lovren Moreno
Winjaldum Herbie Henderson
Woodburn Ings
Solanke

Abam rasa Klopp tak mungkin nak letak ramai pemain utama lawan Everton. Penggiliran masa ni sesuai sebab kedudukan Liga pasukan kita tak berapa risau sangat. Chelsea masih dibelakang 10 mata. Kapten Hendo yang bakal terlepas perlawanan timbal balik dengan City wajib main untuk jadi pembimbing kepada pemain muda. Mesti kena rehatkan Trent dan Clyne dpatlah pelaung kembalikan kecergasan. Setakat sekarang dengan bek Everton yang hampeh, Woodburn-Ings dan Solanke dah cukup takyah nak pakai Firimno atau Mane.

Apr 5, 2018

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL 3-0 MAN CITY



Peminat Liverpool memang gila. Diorang dah rancang nak flashmob kedatangan Bas Man City awal-awal lagi. Klopp patut berterima-kasih, malah pengurusan juga jangan nak marah sebab perkara-perkara diluar kawal macam kes membaling objek. Tapi itulah sorang main lumpur kelab bakal kena dengan UEFA. Kedatangan City disambut dengan suar dan bendera, cukup meriah. Mungkin sebab tu pemain City mereka dah kalah sebelum masuk padang.

Peminat dilanda sedikit perasaan cuak sebelum perlawanan juga sebab prestasi masa lawan Palace tak berapa baik dengan keputusan memang tipis. Kambing hitam kali ni Trent Arnold Alexander (TAA). Malah abam sendiri pun tengok risau dengan TAA, sebab sejak lawan Setan Merah prestasi nampak kelaut. Ok dalam hati kita masih ada Gomez untuk lawan City. Tetiba dalam perlawanan bersama England, Gomez cedera dan mestilah Liverpool pening sebab Gomez dikatakan bakal pilihan utama berbanding TAA.

Klopp memang tiada pilihan. Gomez takda, Cylne masih jauh untuk cergas bermain. Takkan nak main Milner atau Gandum kat bek kanan. Kat tengah pon masalah gak sebab Emre dan Lallana pun cuti sakit. Dan TAA terpaksa main dan kita tak tahu camna Klopp pulihkan semangat mamt tu sehingga main tersangta sempoi dan bagi abam dia pemain terbaik perlawanan dengan City. Apa yang dia buat serba mengena dan kalau nak kantoi dia cepat-cepat kaver balik.

Perlawanan dengan City atas kertas boleh dikatakan bakal sengit. Media banyak sebelahi Pep dan tak banyak nak suluh Klopp. Itu yang Klopp nak sebenarnya. Sebab jika media dok jek bontot Liverpool, korang rasa pemain boleh main dengan selesa tanpa tekanan. Sebeb itulah bila pemain City dok berasa mereka takda tekanan sebab mereka tak payah risau kat Liga Perdana, itulah tekanan mereka sebenaranya. Mereka dalam situasi syok sendiri dan dalam situasi lain fokus mereka hilang separuh masa kena sergah dengan peminat Liverpool masa atas bas.

Dipihak Pep Botak, dia pun banyak buat kesilapan taktik. Takda Kun Aguero mungkin alasan terbaik, cuma Pep jenis perasan bagus Jesus boleh main atas macam Kun. Dia juga bagi aalsan takda Raheem Sterling punca segalanya. Setahu abam Liverpool dah bersedia dengan pelbagai taktik lawan. Bukan nak cakap pasukan kita serba boleh, tetapi Kloppomania fasa ke-3 kian matang. Takda lagi gegenpressing tak tentu hala. Klopp lebih mahu main serang balas-pantas guna aset pemusnah trio Salah-Firmino-Mane.

Sebab itulah gol datang awal dalam 10 minit pertama. Macam abam cakap taktikal serang balas, hasil dari sepakan penjuru City yang berjaya dipatahkan. Trent tak silap melorongkan bola pantas kepada Firmino dan percubaan diselamatkan pada mulanya oleh goli City. Bola muntah tepisan Ederson cuba dikeluarkan oleh Walker, tetapi kantoi betul-betul kepada Salah dan Raja Mesir berada dalam masa yang tepat dan kedudukan terbaik menggunakan ketenangan meledakkan gol pembukaan Liverpool.

Korang boleh rasa apa yang peminat Asenal rasa bila mereka kehilangan Ox Chamberlain kepada kita. Masa main kat Meriam, rupanya Wenger kasi lingkup pemain ni. Pemain terbaik perlawanan masa menang 4-3 dengan City sebelum ni melakukan benda yang sama lagi. Ox sekali lagi dengan keyakinan tinggi merembat bola jauh menewaskan Ederson untuk gol kedua Liverpool. Kali ni abam dapat rasakan bakal ada kenduri gol.

Sebelum wisel penamat separuh masa pertama tamat Liverpool tak bagi pelaung kepada City untuk rileks. Gerakan bermula dari Salah mencari kedudukan Firimno, Mane dan Milner yang beratur dalam kotak penalti City. Sekali hayun, bola smpai dikedudukan terbaik, cuba dicelen Firmino tetapi dia dihalang bek City dan kedudukan bola sampai cun2 depan Mane dan Anak Pak Imam dengan menghenjut bola dengan tandukan padu untuk Liverpool menamatkan separuh pertama dengan 3 tanpa balas.

Separuh kedua bermula dengan mod berbeza dari kem Klopp dan Pep. Aksi bertukar City mneyerang dan Liverpool pula susun bas. City masih mandul dan sasaran untuk cari lubuk disebelah TAA tak menjadi. Abam akui Sane memang lincah dan mantap, tetapi bkan hari dia sebab kena simpan dalam kocek TAA sepanjang masa. Tetapi kredit juga kepada Ox yang banyak bantu kat sebelah kanan. Sebelah kiri bila masuk Sterling nampak macam bahaya, tetapi Robertson macam biasa tenang mengendalikan ular air itu.

Separuh kedua mungkin eksprimen Klopp nak susun bas kerana dia tahu takut jadi macam kes 4-3 haritu. Namun kita berasa panik sebab Salah dibawa keluar sebab kecederaan kecil. Kemasukan Gandum menolak Ox main kat atas, namun Klopp nak pemain fokus bertahan untuk taknak bolos. Sayang sekali Kapten Hendo kena kad dan bakal terlepas perlawanan timbal balik di Ettihad kelak.  Apapun keputusan 3-0 masih tak selamat, walaupun kita nampak selesa. Cuma harap takda pemain cedera lepas ni lagi sebab perlawanan kat Ettihad lagi sengit, harapnya.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) FacebookPages (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) IFTTT (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails