Showing posts with label Rumours. Show all posts
Showing posts with label Rumours. Show all posts

Jul 22, 2013

KHABAR ANGIN SEPOI SEPOI BAHASA

Dalam minggu ini pembelian pemain baru macam dah tamat namun cerita gosip dan sembang tentang perpindahan pemain masuk dan keluar dari Liverpool bertiup kencang dan tersangat deras. Memang selalunya saya malas nak layan cerita perpindahan kerana dah macam sembang kedai kopi ini kerana ramai yang telah tertipu dengan sketsa teater bertajuk "Enchik Mkhitaryan jadi ke Anfield".

Namun dek kerana ada yang nak tahu pendapat saya tentang cerita gosip, saya pun boleh gebang macam kat kedai kopi tapi jika sumber yang saya dapat dalam twitter tak betul jangan salah saya pula. Sebabnya dalam dunia maya ni, ramai yang mengaku tahu segalanya dan rapat dengan sumber sahih, padahal kadang-kadang ejen pemain bolasepak dan wartawan berita sukan macam dah pakat, sorang nak penaik harga pelanggan mereka dan seorang lagi nak bagi laku akhbar mereka.

Dalam lingkungan pasukan Liverpool, boleh dikatakan majoriti pemain dikaitkan dengan pasukan luar kecuali Kapten Gerrard dan pemain yang baru masuk januari macam Coutinho dan Sturridge, yang lain semua dah masuk dalam berita tak kira tua muda samada diintai kelab luar untuk dibeli atau pinjaman sahaja.  Bagi saya cerita pemain yang nak masuk boleh diabaikan sangat kerana ulangan berita itu seakan siaran Astro Ceria yang dok ulang 3 kali sehari selama seminggu.

Bagi pemain yang masih berstatus pemain Liverpool dengan kontrak yang sah, kadang-kala teringin juga nak tahu apa cerita mereka jika mereka bukan lagi pemain dalam perancanagn untuk musim mendatang. Paling saya terkilan ialah kenapa Reina masih di Liverpool, padahal Mignolet dah nampak macam Goli utama. Terkini Rafa nak pinjam Pepe selama setahun dengan bayaran gaji bahagi dua dengan Liverpool. Memang betul pinjam keluar tak salah tapi kerugian dipihak kita kerana katalah Napoli tak jadi beli, harga Reina jatuh merudum. Keadaan ini berlaku sebab Valdes buat pusingan -U tak jadi belah dari Barcelona dan Reina masih terkandas di Anfield.

Cerita Downing untuk ke West Ham sunyi sepi mungkin sebab dia bagitahu Brendan yang dia nak kekal bersaing untuk kesebelasan utama kerana peluang nak main Di ropah nampak cerah berbanding West Ham yang tak menjamin piala cuma sekadar pasukan pertengahan liga. Itu reaksi bagus, namun yang tak bagusnya ialah sementara masih laku, dengan nilai yang makin menyusut ditambah lagi gaji 70k seminggu, jika Downing kekal gamaknya tiada pemain saya baru yang masuk. Dan mungkin sebab itulah pemain sensasi Belgium , Nacer Chadli telah melepas ke Spurs denga harga diskaun sebab kita dah tak ada ruang dan uang untuk cabar Spurs dan bagi jaminan posisi itu kepada Nacer.

Saya mungkin nampak begitu sinikal dan macam tak suka Borini di Anfield. Memang betul kerana yang pertama pantang tok nenek jika pemain beli dengan harga tak berbaloi, tidak berikan impak sebagaimana dimahukan.Yang keduanya Kes Borini bukan macam Samed Yesil yang kita boleh bersabar dan tunggu 2-3 musim untuk dia menyesuaikan diri, tapi Borini dah duduk di England dah lebih 5-6 tahun takkan tak fasih lagi dengan sepak terajang bolapsepak England. Dia kena pandai bawa diri dan faham dengan kehendak hiraki bolasepak Liverpool, yakni jika bagus boleh kekal dan jika hancus boleh berambus. Seblum ini bukan taka ada pasukan yang mahu beli tapi Borini telah beliau rijek Fiorentina dan sekarang Lazio cuba ejas Borini untuk bawa balik kampung.

Dan ada lagi pemain lain yang dalam pemerhatian kelab luar selain Suarez. Namun ianya tak sepenting 3 orang pemain yang saya sebut diatas kerana mereka seakan tidak diperlukan dengan kemasukan pengganti atau pesaing mereka yang nampak lebih mabeles dan begitu mengujakan.Bukan jaminan bahwa Mignolet, Alberto dan Iago boleh meletup tapi mereka juga boleh melingkup dan gagal, namun jangan lupa yang sebelum ini Brendan punyai veto untuk beli pemain tanpa merujuk sesiapa tapi musim ini tidak lagi kerana setiap calon akan disaring oleh pihak pemantau dan pencari bakat yang akan bermesyuarat lebih dahulu seblum kata putus di  ambil.

Dec 15, 2011

TORRES KEMBALI?



Benda mengarut macam ni kadang-kadang membuatkan ramai hilang pedoman sehari dua ini. Macam tak percaya Chelsea mahu diskaun hampir 30juta pound untuk jual bekas pemain kita kepada sesiapa yang berminat. Tiba-tiba riuh rendah yang Liverpool akan kembali mendapatkan bekas hero kita itu mentah-mentah. Saya harap peminat jangan terlalu bernostalgia macam macam kerana orang yang buat palat kat kita masa kita susah, tiba-tiba nak kita sayang kembali.

Torres tak sama macam cerita Ian Rush. Benar Ian Rush pernah buat onar dan blah ke Juventus. Tapi ianya setelah Liverpool dan Rush telah memenangi berdozen-dozen medal Liga, Eropah dan Piala tempatan. Rush cuba nak cari angin luar bukan menyerah diri kepada musuh kita. Malah kembalinya Rush Liverpool dah tak macam sebelumnya. Tambahan pula Era kejatuhan dibawah rejim Souness. Jadi cerita kembalinya Rush ke Anfield tak boleh dijadikan modal untuk disamakan dengan Torres.

Masalah kemandulan Liverpool depan gol memang perlu diubati. Tapi bagi saya Torres bukan penyelesaian mutlak. Memang rekod beliau di Anfield adalah terbaik dan beliau adalah penjaring gol sensasi dan banyak kali jadi penyelamat sebelum ini. Tapi adakah dengan mental dan fizikal beliau di Chelsea yang saya nampak macam krosot dan hilang punca dapat di ubah serta merta oleh Kenny. Agak mustahil mungkin mandi bunya tujuh baldi pun belum tentu dapat buang siyal beliau di Stamford Bridge.

Lagi satu saya percaya pihak Chelsea juga tak mahu ambil risiko menjual kepada saingan mereka yakni kita. Banyak kelab OKB macam PSG, Malaga atau Azhi Machamclaka yang lebih ingin cari penyerang hebat macam Torres. Jadi itu saya harap cukup setakat ini cerita Torres dengan mitos untuk kembali ke Anfield




Aug 24, 2011

SASARAN SENSASI



Pemain ini dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield. Bidaan £10 juta pound untuk pemain Uruguay yang berusia 20 tahun. Berbaloi atau tidak pastinya lain cerita sebab pemain ini ada gaya permainan Hyypia yakni memenangi hampir kesemua pertarungan bola diudara. Memang cocok gaya Liga Perdana. Agak mustahil nak dapatkan Cahill, sasaran utama kita tapi masih ada seminggu pintu perpindahan ditutup. Opsyen beli Coates memang gembirakan hati saya kerana kadang-kadang Bek Inggeris hati mereka bak Singa tapi otak macam udang.Cuba bayangkan Coates dan Carroll menyerang bola sepakan penjuru / percuma Adam.

Aug 18, 2011

PERTUKARAN SENSASI



Entah mana wartawan CoughtOffside dapat berita ini pun tak pasti. Tapi kemungkinan besar ianya mungkin ada benarnya memandangkan kita macam memang nak menjual Raul Meireles. Chelsea memang nampak serius benar nak bawa bekas anak buah Villa Boas ini kerana Raul memang mantap musim lepas dan dapat anugerah Pemain Pilihan Peminat EPL.

Bagi saya pertukaran dengan Sturidge boleh diberi lampu hijau kerana besar kemungkinan Ngog bakal dijual sebelum pintu perpindahan ditutup. Namun kita kena minta syarat yang Chelsea kena bayar minimun 8juta dan kita ambil Studridge sekaligus. Bagi saya Sturridge lagi sensasi dari Ngog dan telah terbukti ketika dipinjamkan oleh Chelsea ke Bolton musim lepas.

Jika semua peminat harap Raul kekal musim ini saya rasa mungkin 50-50 kerana dia seakan tidak diperdulikan oleh Kenny. Begitu jua Aquilani yang langsung tak nampak batang idung minggu lepas. Jadi keperluan untuk pertukaran ini pada hemat saya nampak macam tak perlu sebab kita seakan nak kuatkan Chelsea, namun jika Chelsea benar-benar serius dan Raul paksa Kenny jual kerana tak mahu jadi pemain simpanan.

Segalanya mungkin.

Aug 5, 2011

MAKAN ANGIN KE PARIS



Joe Cole telah menjual rumah beliau di Merseyside.Itu maknanya dia dah putus asa untuk tinggal di Liverpool dan ingin cari majikan baru. Sebelum ini kita dengar hanya kelab London sahaja yang berminat yakni Spurs, QPR serta West Ham. Namun yang terbaru saya dengar kelab seberang selat Inggeris, Paris Saint Germaint yang baru dapat Anugerah kelab OKB (orang kaya baru) juga berminat.

Mentang-mentanglah Tok Syeikh Arab Qatar baru beli, borong sakan mereka. Sempat lagi potong jalan Chelsea untuk mendapatkan sensasi Argentina, Javier Pastore dengan bayaran lumayan kepada Palermo. Pemain lain yang mereka remabat ialah Gameiro (Loreint), Sissoko (bekas LFC), Matuidi (St Ettiene), Menez (Roma) dan ramai lagi yang bakal tiba. Tapi nampaknya mereka macam pasukan kita sedang menguatkan kembali barisan pemain dengan memasukkan pemain terbaik untuk setiap posisi.

Kalau dengar macam mustahil punya khabar angin sebab belum dengar dari pihak Joe Cole tentang perkara ini. Tapi memandangkan status OKB, mereka akan melakukan apa saja untuk beli pemain terbaik segenap pelosok dunia. Dengar kata mereka mahu beli percuma tapi akan bayar gaji penuh termasuk elaun dan bonus. Kalau Joe Cole punya bini macam Rosmah Mansor, saya rasa dia mungkin akan pujuk Cole pergi sana sebab Paris memang tersohor dengan syurga beli-belah dunia.

Aug 1, 2011

GEROMBOLAN URUGUAY DALAM INTAIAN



Setelah Uruguay memang Copa Amerika, saham mereka naik mendadak. Sebilangan besar pemain mereka sedang dipantau oleh kelab elit Eropah. Cavani, Forlan, Pereira, Coates, Godin serta goli hebat Musrela merupakan antara pemain yang nampak paling menonjol dan bakal menjadi buruan tapi bukan dengan harga yang murah beserta pakej gaji yang bakal buat pengurus pening kepala.

Pasukan kita juga telah sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pemain seperti Godin, Forlan dan Pereira. Ketiga-tiga pemain itu memang idaman Kenny dan pelengkap pasukan kita jika trio itu dibeli/pinjam musim ini. Pareira akan kurangkan krisis bek kiri kerana pemain Porto itu sangat efektif musim lalu dengan memenangi Piala Europa. Godin pula telah jadi buruan sejak zaman Rafa lagi dan bagi saya pemain konsisten bersama Villareal. Forlan telah diceritakan panjang lebar seblum ini.

Mampu atau tidak itulah persoalan sekarang. Saya kira Liverpool bakal pecah tabung lagi dengan anggaran pakej 50 juta Pound untuk mendapatkan kesemua pemain diatas. Maka terpaksalah Kenny menjual pemain hampas bagi menjayakan pembelian itu jika pemilik tidak dapat mengadakan dana tambahan lagi. Harus diingat krisis pertahanan perlu diselesaikan sebelum bermula kempen 2011/12 nanti.

Jul 31, 2011

INI YANG PATUT DIBELI



Dengar cerita Ibrahim Affelay mungkin akan ke Spurs. Maknanya mungkin kita bakal terlepas seorang pemain yang bagus kepada pasukan lawan. Saya harap Kenny masih belum putus asa untuk mendapatkan pemain sayap lincah Belanda ini. Kehadiran Affelay di Bacelona pun seakan menghangatkan kerusi simpanan tak lebih itu, sepatutnya Kenny dah boleh pancing pemain ini dengan slot pemain utama. Lagi satu Affelay berkebolehan bermain dipelbagai posisi bukan sahaja dibahagian sayap malah dia boleh bermain ditengah, seperti senior beliau, Wesley Sneijder.

Jul 30, 2011

FORLAN KE LIVERPOOL



Nampaknya desas-desus ini macam tak masuk akal sebab Forlan dah 32, bukan dalam polisi pengambilan era FSG. Sekalipun yang dikatakan hanya sekadar pinjaman, namun Liverpool takkan membayar gaji tinggi kepada pemain yang dah tak lama bakal pencen. Memang keupayaan beliau sebelum ini nampak memberasangkan dua tiga musim lepas bersama Villareal dan Atletico Madrid, namun musim lepas beliau nampak dah kehilangan kudrat dan hanya mampu membolos 10 gol. Kalau pengambilan ini memang terjadi saya tak nak ulas panjang-panjang kerana keserasian beliau dengan Suarez ada juga nampak positifnya semasa kejohanan Copa Amerika lalu. Cuma peminat Setan Merah pasti terbakar jika Liverpool betul-betul membawa masuk bekas pemain mereka yang tak digunakan sebaiknya dan meletup selepas keluar dari Old Trafford.

Jul 18, 2011

ROMA USHAR INSUA



Insua kian gemok. Mungkin dok asyik belasah Kebab banyak sangat kat Turki kot. Lagipun dia tersisih dibangku simpanan dan jarang diturunkan kerana jurulatih Galastasaray kerap bertukar. Namun paling terakhir saya lihat dia secara lansung (sebeum jelajah Liverpool) ketika perlawanan persahabatan Argentina lawan Poland yang saya ulas sebelum ini.

Roma memnag sedang mencari bek kiri. Setelah bekas lagenda kita John Arne Riise dijual ke Fulham, ramai yang dikaitkan tapi semua tak menjadi. Akhirnya mereka nekad untuk mendapatkan Insua tapi secara pinjaman. Pihak pengurusan Liverpool mahukan penjualan terus kerana risiko tak ditanggung oleh kelab peminjam, manatahu kot2 cedera atau main tak bagus.

Nasib baik John Henry tak puji Insua semasa perlawanan lawan Malaysia, kalau tak sudah Dalglish pula nak buang takut kecil hati tuan tanah. Namun saya akur yang Insua punyai visi menyerang dan lihat sahaja lorongan kepada gol pertama Ngog dan Maxi. Cuma yang saya tak gemar ialah dari segi bertahan dia langsung tak membantu, malah senang dipotong pemain sayap lawan. Jadi situasi menang-menang ialah Insua mesti dijual kerana pasti bek kiri berkaliber akan dibawa masuk dan Robinson sebagai simpanan.

Jul 11, 2011

BERITA SEMPOI LAGI



Berita terkini dan sensasi, baru saja kami terima dari Anfield. Seorang lagi pemain sayur, Paul Konchesky bakal bersama kelab Liga Kejuaraan, Leicester City musim depan. Pengurus mereka Sven Goran Erickson amat teruja dengan pemain botak itu dan ingin membawa Paul ke Leicester. Yuran perpindahan termasuk harga diskaun diberikan £1.5 juta. Patutnya kalau saya jadi Dalglish, bagi percuma pun tak apa, janji tak mau tengok muka Konchesky dalam senarai pemain musim depan. Tapi yang paling lagi sempoi Ally Cissokho, sepupu Ali Mamak MUNGKIN akan menggantikan Konchesky. Benar atau tidak nantikan pendedahan eksklusif dalam dua-tiga hari lagi.

Jun 29, 2011

LIVERPOOL INGIN MELAMAR MILNER



Dua musim lepas Man City berjaya mendapatkan pemain yang saya cop sebagai pengganti Steven Gerrard. Pemain yang serbaboleh bermain diperlbagai posisi tengah ini mempunyai fizikal dan teknikal yang mantap beserta kebolehan melakukan sepakan bebas yang cantik. Gandingan beliau dan Ashley Young dibahagian sayap telah memberikan kekuatan kepada Aston Villa semasa era Martin O'Neill. Tapi setelah beliau berhijrah ke Man City, melingkup terus Villa kerana tidak berupaya mencari pengganti pemain terbaik mereka musim itu.

Walaupun duit banyak, hati tetap tak senang jika sekadar panaskan bangku simpanan dan masuk sekali sekali kerana tewas perebutan untuk posisi sayap kepada David Silva dan Adam Johnson dan posisi tengah jangan harap nak rampas dari Yaya Toure dan De Jong. Jadi peluang ini cuba ditangguk di air yang keruh oleh Dalglish. Polisi pemain muda lagi Inggeris sangat membuatkan pengurus kita itu berkenan dan cuba pikat kumbang ditaman Man City. Man City mungkin terpaksa menjual Milner walaupun mereka mahukan pemain yang sebagus itu berakar dibangku simpanan.

Jun 28, 2011

BEK KIRI TUA JADI SASARAN.



Memang kita akur pemain-pemain senior sedia ada untuk posisi Bek Kiri memang tak nampak jalan. Aurelio kerap cuti sakit. Konchesky dan Insua dipinjam keluar dan pastinya takkan diserap kembali . Pemain remaja seperti Flanagan dan Robinson masih perlu banyak belajar dan akan diserapkan berperingkat peringkat. Maknanya sebelum musim baru bermula kena dapatkan juga. Tidak boleh tidak.

Saya anggap berita ini tidak benar dan mainan spekulasi serta berita kurang masak. Adakah layak pemain 30an bakal dibeli untuk kukuhkan posisi bermasalah Bek Kiri. Pemain tersebut dah banyak kali dikaitkan dengan kita, semenjak dari zaman muda di Southampton hingga dah nak bersara kat Man City . Siapa lagi kalau bukan Wayne Bridge. Pengalaman memang banyak tetapi kebolehan beliau terbantut banyak kali sebab cedera. Dulu memang saya setuju jika beliau diambil masa kat Southampton, memang bagus sangat permainan dan masuk ke Chelsea terus buatkan Greame le Seux kena jual.

Kenny diharap tidak mengambil jalan mudah jika cubaan mendapatkan Enrique atau Clichy terhalang oleh kerana saingan atau kelab mereka tidak mahu berkompromi untuk melepaskan mereka. Masih banyak lagi pemain luar dari Liga perdana Inggeris yang hebat-hebat untuk posisi itu dan masih muda dan bergetah. Paling saya inginkan ialah bek kiri Lyon , Ally Cissokho. Mantap, pantas, bertenaga dan segak hitam manis orangnya.

Jun 27, 2011

LIVERPOOL CUBA PIKAT LENNON



Kalau nak meng”reformasi”kan Liverpool dengan semangat dan jiwa Briton pun perpada-padalah. Jordan Henderson, Stewart Downing dan Charlie Adam saya nampak ada manafaat dan keperluan kena dengan keupayaan individu dan semangat kerja berpasukan. Tapi begitu musykil dan hairan bin ajaib wal bengongi, apabila Comolli (proksi Dalglish), telah menyatakan kepada umum yang bersedia membida pemain sayap England, Aaron Lennon dari Totenham dengan harga 20juta pound.

Dari pemerhatian saya, pemain ini mempunyai keupayaan teknikal yang agak bagus. Pemain ketot suka lari laju tanpa henti dan masuk kedalam kotak penalti dan suka melakukan hantaran lintang serta dapat jaringkan gol juga. Tapi masalahnya pemain ini jenis kurang cerdik dalam permainan dari taktikal dan senang dibuli bek tepi yang cerdik. Malah terkadang, hantaran Lennon amat merapu-rapu dan suka merembat walaupun posisi beliau tak kena dan terlalu pentingkan diri untuk mengelecek walaupun rakan dok bising minta bola.

Sememangnya peminat FM (Football Manager-permainan pengurusan bola), memang suka pemain macam ini kerana dalam dunia fantasi dia memang hebat. Tapi dalam realiti, permainan belai nampak macam sama taraf dengan Raheem Sterling, malah Raheem lebih nampak matang lagi. Ada lebih baiknya jika Kenny melabur 20juta pound dengan mendapatkan Juan Mata dari Valensia sebelum kelab lain cilok pemain terbaik bawah 21 Eropah itu. Mata saya lihat lebih kurang main macam hero lejen kita Luis Garcia, penyerang yang bukan penyerang.

Jun 25, 2011

JUVENTUS MAHU RAUL



Setelah tak jadi ambil Aquilani, Juventus telah alih sasaran, kali ini mereka mahu bersaing dengan Inter Milan untuk dapatkan pemain hebat kita Meireles. Paling tak sedap dengar ialah mereka hendak buat pertukaran suka sama suka dengan menghadiahkan pemain tengah Brazil mereka Philip Milo. Saya rasa ini satu pertukaran berat sebelah kerana Milo yang diberikan adalah Milo basi. Tengok perkembangan belaiu di Serie A memang tak boleh belah, tak kad kuning kad merah itu saja yang saya dengar dari pemain yang Wenger cuba dapatkan sebelum ini.

Saya akur yang kelab terpaksa jual Raul kerana pemain Portugis ini seakan tamak dengan meminta digandakan gaji padahal baru setahun beliau di Anfield. Jadi Raul telah diberikan pilihan samada untuk kekal dengan gaji sedia ada atau dijual kepada kelab lain jika itu yang dirasakan terbaik untuk beliau. Jumlah £13.5 juta pound, mungkin tak seberapa memandangkan beliau menunjukkan persembahan memberangsangkan musim ini dan kelab kta mahu buat sedikit untung. Tapi harapan kebanyakan peminat Liverpool, harapnya Raul tak akan dijual kerana beliau boleh digunakan dalam pelbagai posisi. Cuma sekarang pilihan ditangan Raul sendiri.

Jun 23, 2011

PAYET ALTERNATIF DOWNING



Memang semua tahu yang Kenny lebih mahukan bintang England berbanding budak luar. Lihat sahaja harga Jordan Henderson bakal mencecah 20 juta pound. Dalam kes Downing, Aston Villa dah habis modal nak halang pemain England itu berhijrah, tapi mereka akan memeras wang yang banyaak untuk melepaskan pemain sayap sasaran utama kita itu. Mereka akan cakap, Henderson yang setahun jagung pon boleh beli mahal-mahal takkan pemain terbaik Aston Villa musim ini nak jual murah-murah. Tapi harus diingat Kenny bukan yang bersemuka dengan pihak pengurusan Villa, tapi Comolli. Dia pasti akan mendapatkan pemain itu mengikut harga siling, dengan erti kata mengikut harga kontrak yang hanya tinggal 2 musim lagi.

Dalam pada itu terdapat lagi sasaran alternatif jika Comolli murka dan keluar dari meja perbincangan. Paling terkni ialah pemain sayap Saint Ettiene tak silap saya iaitu Dimitri Payet. Pemain antarabangsa Perancis (bukan Russia walaupun nama ala Russia) ini telah dibandingkan dengan Mouluda Chelsea dan paling cocok untuk menghuni posisi sayap kiri kita mengikut risikan dan pemantaunnya. Walaupun St Ettiene tak hebat mana musim ini namun Payet adalah pemain konsisten yang telah menjaringkan 12 gol, tengok tu 12 gol bagi seorang pemain sayap. Dengan umur 24 tahun saya rasa pemain ini masih lagi dalam polisi FSG yang mahukan pemain muda dan boleh menjadi sasaran kita jika tidak berjaya dalam kes Downing.

Jun 21, 2011

BISCAN VERSI TERBARU ???




Comolli sedang dalam proses perbincangan dengan Olimpik Lyon untuk mendapatkan pemain muda mereka Dejan Lovren. Pemain Croatia ini ketika dikampung halaman amat gah sekali hingga Lyon kelam-kabut beli takut orang lain kebas dengan harga 8 Juta Euro. Tapi malang sekali pemain yang disebut-sebut bakal menjadi pemain utama Croatia, tenggelam di Liga Perancis, musim ini. Apa yang tak kena pun tak tahu sebab kalau lihat dari youtube dibawah bukan main sempoi lagi, bukan setakat hebat bertahan, malah buat gol macam kacang baginya.

Tapi jangan risau, Comolli mungkin cuba minta diskaun sebanyak 70%, kerana Lyon dikatakan dah tak peduli, janji dapat sikit walaupun tak balik modal. Saya tak pasti samada pemain ini akan jadi seperti Wilson yang tak menjadi musim lepas. Namun jika harga murah dan gaji pun murah, saya rasa tak salah nak ambil risiko. Namun satu lagi masalahnya ialah pemain ini perlukan Permit Kerja kerana Croatia bukan sekutu Euro. Kalau tak dapat maka kita boleh cari sasaran lain di Perancis macam Mahamadou Sakho atau Ally Cissokho.

Jun 19, 2011

ALTERNATIF UNTUK CHARLIE ADAM



Setelah perebutan 3 penjuru dengan Man U dan Spurs untuk mendapatkan pemain Blackpool, Dalglish telah membuat kejutan untuk membida pemain Korea Selatan, Ki Sung-Yeung dari Celtic jika peluang untuk mendapatkan Adam gagal. Walaupun corak permainan amat berbeza dengan Adam, Yeung merupakan pemain yang lebih gemar melakukan larian dari kotak ke kotak.

Salah satu sebab pemain ini mungkin dibawa masuk adalah kerana strategi pemasaran. Standrad Chartered telah menyuarakan pandangan bahawa mereka mahukan pemain Asia yang berprofil tinggi dalam pasukan, dan Yeung adalah cocok dengan permintaan penaja kita itu. Tapi bagi saya pemain tengah sudah cukup dan lebih baik tumpukan kepada posisi bermasalah macam dibahagian sayap dan bek kiri.

Jun 18, 2011

MARVEAUX GAGAL UJIAN KESIHATAN



Skuad perubatan Melwood, telah mengesahkan bahawa kecederaan Marveaux sejak musim lalu amat kronik. Ianya akan mengundang risiko kecederaan berulang dan pemain Rennes itu mungkin akan kerap ambil cuti sakit berbanding beraksi diatas padang. Jadi pihak Liverpool mungkin akan melakukan pemeriksaan lanjutan untuk melihat perkembangan pemain ini. Namun dilihat dari rekod perubatan pemain ini, saya rasa besar kemungkinan pihak Liverpool tidak jadi mengambil Marveaux. Jadi sasaran seterusnya pastilah Stewart Downing ataupun Juan Mata takpun Santi Carzola.

Jun 17, 2011

ZAPATA PECAH LOBANG


foto: Zapata tenyeh Ibra

Pemain pertahanan Udinese, telah pecah lobang bagitahu satu donia yang dia bakal sarung jersi Liverpool musim depan. Memang mulut tempayan betul, mamat ni. Tak boleh nak simpan rahsia sikit. Betul atau tidak itu cerita kemdian hari, yang penting kita bakal dapat pemain bagus, dari segi bertahan dan kalau naik atas siap boleh buat gol lagi.

Fizikal memang saya tak takut dan risau serta panik, tapi untuk sesuaikan dengan corak permaianan Inggeris yang pantas, perlukan bukan pemain yang kuat dan tegap tapi otak mau jalan. Sedikit keraguan timbul produk dari Serie A, macam kes Dossena dan Aquilani, memang menghampeskan betul. Main cacamerba dan tak reti nak bawa diri dengan suasana blasepak Inggeris.

Apa pun jua Zapata cakap yang lepas Copa Amerika nanti dia akan ke Anfield. Jadi kita sendiri bakal siasat dan tengok sendiri kebolehan bek antarabangsa Colombia ini beraksi. Kalau main hebat dikejohan itu, mungkin ramai yang akan puji dan salut kebolehan Comolli cari pemain bagus, tapi jika sebaliknya, baik cari pemain di liga Inggeris macam Scott Dann.

Jun 15, 2011

MAXI MERAJUK NAK BALIK KAMPUNG



Keputusan Maxi Rodriguez untuk beredar dari Anfield mungkin kerana tidak mahu menjadi pemain simpanan jika pemain sayap baru bakal dibeli. Sebenarnya saya rasa Dalglish masih memerlukan pemain berpengalaman seperti Maxi yang tiba-tiba meletup selepas sahaja Roy Hodgson dipecat. Saya tak pasti samada Maxi dapat meneruskan persembahan terbaik beliau musim depan, tapi saya pasti Maxi dah temui rentak beliau sejurus kedatangan Kenny. Entah jampi apa Kenny pakai, kebanyakan pemain kurang menyerlah ketika era Hodgson semua menjadi.

Walaupun faktor umur dah mencecah 30 tahun dan bukannya dalam polisi FSG untuk mempunyai pemain tua, tapi setiap pasukan yang berjaya perlukan dua-tiga orang Otai supaya tekanan dari segi mental seimbang. Lihat Man U musim ini, walaupun ramai pemain muda namun Giggs, Scholes, Ferdinand masih perlu untuk menunjukkan contoh dan memberikan pemain muda tunjukajar untuk memahami corak dan sistem permainanan. Terbalik pula dengan pasukan Arsenal, dek kerana rata-rata pemain meraka bawah umur, maka apabila dalam situasi yang terdesak mereka gabra sebab tak ada pemain tua yang dapat mengawal keadaan.

Tapi kalau Maxi nak juga balik ke kampung dan bermain dengan Newell Old Boy, apa daya Kenny untuk menghalang. Kita terpaksa menerima seadanya dan pastikan pengganti Maxi kelak dapat bermain sebaik Maxi atau lebih baik dari beliau. Calon pengganti Maxi mungkin telah ada dalam senarai Comolli dan Kenny, tapi pilihan Liverpoolkita adalah Santi Carzola dari Villareal.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails