Showing posts with label Fernando Torres. Show all posts
Showing posts with label Fernando Torres. Show all posts
Feb 28, 2012
TUAH SI DJIMI, MALANG PAK LEBAI TORRES
Dalam kita dok seronok menang Piala Mickey Mouse, saya teringatkan kesah dongeng dahulu kala tentang seorang wira Kopster bernama Djimi Traore. Pemain ini amat bertuah. Pertamanya beliau bertuah diberi jolokan bakal Lilian Thuram. Keduanya bertuah dapat menjadi pemain Liverpool. Dan paling bertuah dalam karier beliau ialah dapat Medal Liga Juara-Juara. Dan paling hebat bermain 90 minit di Final. Adakah anda rasa pemain Arsenal atau Chelsea yang lebih bagus tak jeles dengan pemain badut yang tak setara mana permaianannya. Heran betul mana Djimi dapat tangkal bertuah beliau.
Topiknya disini ialah sehebat manapun pemain itu tuah kena ada bersama beliau. Tengok pada Torres, saya kasihan kepada beliau kerana dia ambil keputusan yang khilaf. Tapi kadang-kadang otak nakal saya fikir dia macam bawa sial dimana sahaja dia berada. Tengok masa dia di Atletico Madrid, hampeh apa piala pun tak membuleh sampaikan kena turun liga lagi. Namun musim lepas jual Torres, Atletico siap menang Piala Europa lagi. Pasukan kita menang Piala FA sebelum beli Torres, tapi lepas beli dia Piala Mickey Mouse pun tak mampu dapat. Selepas pemergian beliau ke Chelsea, tup-tup boleh menang pula piala. Saya ingat Chelsea kena jual Torres untuk buang badi kot.
Saya taknak ejek sesiapa kerana Djimi dan Torres pernah buat kita bahagia dan juga kecewa. Mereka ada dalam diari suka duka kita sebagai peminat setia Liverpoolfc. Cuma kadang-kadang setiap perkara yang berlaku akan menjadi pengajaran kepada setiap pemain yang mahu diingati oleh peminat Liverpool, selagi mana mereka tak buat sial dan menyentap perasaan peminat yang sentimental. Sebab itulah saya tak terkilan dengan masuk keluar pemain dari pasukan kita. Namun saya harap selagi mana mereka boleh bersabar dan berusaha bersungguh-sungguh macam Djimi Traore, apa jenis trofi boleh dapat. Yakin lah, Kamu Takkan Jalan Keseorang.
Dec 15, 2011
TORRES KEMBALI?

Benda mengarut macam ni kadang-kadang membuatkan ramai hilang pedoman sehari dua ini. Macam tak percaya Chelsea mahu diskaun hampir 30juta pound untuk jual bekas pemain kita kepada sesiapa yang berminat. Tiba-tiba riuh rendah yang Liverpool akan kembali mendapatkan bekas hero kita itu mentah-mentah. Saya harap peminat jangan terlalu bernostalgia macam macam kerana orang yang buat palat kat kita masa kita susah, tiba-tiba nak kita sayang kembali.
Torres tak sama macam cerita Ian Rush. Benar Ian Rush pernah buat onar dan blah ke Juventus. Tapi ianya setelah Liverpool dan Rush telah memenangi berdozen-dozen medal Liga, Eropah dan Piala tempatan. Rush cuba nak cari angin luar bukan menyerah diri kepada musuh kita. Malah kembalinya Rush Liverpool dah tak macam sebelumnya. Tambahan pula Era kejatuhan dibawah rejim Souness. Jadi cerita kembalinya Rush ke Anfield tak boleh dijadikan modal untuk disamakan dengan Torres.
Masalah kemandulan Liverpool depan gol memang perlu diubati. Tapi bagi saya Torres bukan penyelesaian mutlak. Memang rekod beliau di Anfield adalah terbaik dan beliau adalah penjaring gol sensasi dan banyak kali jadi penyelamat sebelum ini. Tapi adakah dengan mental dan fizikal beliau di Chelsea yang saya nampak macam krosot dan hilang punca dapat di ubah serta merta oleh Kenny. Agak mustahil mungkin mandi bunya tujuh baldi pun belum tentu dapat buang siyal beliau di Stamford Bridge.
Lagi satu saya percaya pihak Chelsea juga tak mahu ambil risiko menjual kepada saingan mereka yakni kita. Banyak kelab OKB macam PSG, Malaga atau Azhi Machamclaka yang lebih ingin cari penyerang hebat macam Torres. Jadi itu saya harap cukup setakat ini cerita Torres dengan mitos untuk kembali ke Anfield
Mar 16, 2011
JANGAN KACAU KAMI

Kepada Torres yang kami sayangi, sayangilah mulut anda sebagaimana anda sayang isteri anda dirumah. kami dah maafkan anda dan tak perlu anda buka cerita tentang bekas kelab anda itu-ini. Adapun lebih baik anda periksa samada ada kereta Kapten kelab baru anda kot-kot ada dekat seberang rumah. Kalau terbaik letak CCTV kat rumah dan sedia alat pengesan GPS dalam beg bini anda.
Yang benar,
Armando Torres aka amberan
Feb 4, 2011
SAYA AKAN HANTAM LIVERPOOL

"Saya akan jaringkan gol untuk kelab baru saya, Chelsea ketika lawan Liverpool, tapi takkan mengseleberetkan gol tersebut. Saya hormat peminat, pemain dan staff, kerana tanpa mereka siapalah saya."
Kaki judi dah buat pertaruhan yang Carragher akan mencari kaki Torres ahad ini. Nak tahu kenapa. Sebab ada jiran Carragher nampak beliau berlatih tomoi, bila ditanya dia jawab saja nak keluar peluh. Memang betul Torres hanya akan sempat sambut jaringan beliau selepas pulang dari Hospital.
Jan 30, 2011
MASIH TAK MAHU KALAH

Cakap-cakap bola dalam internet mengatakan Chelsea masih berusaha mencilok Torres ke Stamford Bridge dengan apadaya usaha. Sial. Cubaan kedua dengan menawarkan £40juta bersama pemain remaja tak boleh blah, Studridge juga ditolak. Tapi Liverpool (pastinya Comolli bukan Kenny) dengan tamaknya meminta hampir £50 juta dengan Ahmad Bilal Anelka. Ini adalah samada betul atau tidak masih belum dipastikan kerana goal.com juga kaki lebong juga. El Nino punya pasal ramai peminat Liverpool jadi marah-marah. Kool Men. Tak kiamat kalau Torres blah. Apapun tunggu dua hari lagi penuh debaran sebelum pintu tingkap perpindahan akan tutup. Banyak lagi menyusul....
Jan 29, 2011
BUKAN UNTUK DIJUAL

Memang patut Torres kecewa kerana beliau belum menang apa-apa medal dengan Liverpool selama 3 1/2 tahun di Merseyside. Tapi mengapa nak ambil keputusan drastik ingin ke Chelsea buat masakini. Tak bolehkah bersabar sehingga habis musim dan paling tidak Liverpool ada opsyen untuk jual Torres kepada kelab luar macam Barcelona atau Inter Milan mahupun Bayern Munich. Baru sahaja peminat gumbira dapat pemain bintang yakni Suarez dan ingin melihat gandingan Suarez-Torres, tapi ini pula jadinya. Kalau saya jadi Kenny letakkan harga minimun £65 juta pound, mahu ambil tak mahu datang lain awal musim depan. Potong Stim betul.
Oct 7, 2010
SERANGAN TANPA TORRES

Sungguh menarik situasi kali ini tanpa Torres. Ini bukan sindiran tetapi satu cabaran luar biasa buat Ngog atau penyerang lain. Kali ini situasi lagi getir kerana kedudukan kita dizon penyingkiran. Tekanan untuk berjaya amat mencabar minda, dan penyerang kita mesti mempunyai tahap mentaliti terbaik tanpa emosi yang lemah untuk berjaya. Sekarang ini hanya Ngog adalah penyerang tulen dan Kuyt, Babel serta Jovanovic boleh digunakan jika perlu. Inilah akibat keputusan Hodgson yang tidak membawa masuk penyerang baru sebelum tingkap perpindahan tamat.
Menurut keputusan awal pemeriksaran pakar perubatan kita, Torres mungkin takkan main dalam jangkamasa sebulan. Mungkin lebih, tapi kurang jangan harap. Sementara penyerang berkaliber kita berehat panjang, Hodgson kena buat apa jua cara untuk tajamkan serangan kita yang tumpul setumpulnya. Kalau nak bagi Ngog mandi bunga, minum air but Torres atau apa sahaja, kerana ini adalah senjata terakhir kita untuk buat gol. Rekod Ngog di Europa memang mengancam, tapi sekadar sebiji saja setakat ini di Liga Perdana. Itu yang buat saya gusar, Hodgson lebih lagi kerana masa depan beliau dihujung but Ngog.
Kuyt mungkin alternatif mudah. Mudah nak klasifikasi beliau sebagai penyerang, tetapi pening buat pengurus nak letak posisi terbaik beliau. Kalau saya sendiri pun mungkin lebih rela Kuyt main sayap kanan kerana rekod terbaiknya disitu bukan diatas keseorangan mahupun berduet dengan penyerang lain. Sebabnya dia tiada kebolehan menyimpan bola dan mengumpan bola tinggi kepada pemain lain, jadi susah untuk Kuyt bermain sebagaimana Torres main.
Tapi saya rasa ramai yang mahu Babel diberi peluang. Ya memang patut Babel diberi peluang terakhir sebelum ditamatkan riwayat kerjaya beliau. Kalau tak berjaya mungkin senang sikit nak cari alasan menjualnya. Dah lama kita tunggu Babel nak menunjukkan kehebatan, dan inilah masanya hidup dan mati karier beliau sebagai Liverpool. Saya bab Babel ni malas nak komen sebab dah tengok cara dia main langsung tak efektif.
Jangan lupa, kita masih ada seorang lagi penyerang. Jovanovic walaupun selalu main dikiri tetapi asalnya penyerang ketika dikelab lama. Boleh kata dia antara penyerang yang digeruni lawan di Liga Belgium. Malah mantap juga bersama skuad Serbia dalam Piala Dunia 2010, baru-baru ini. Tapi bila tengok perlawanan sebelum ini bersama kita, saya tak pasti dia boleh jadi penyerang sebab disayap kiri pun dia masih belum memuaska hati kita lagi. Namun siapa tahu, kalau dia main diatas mungkin menjadi.
Sesungguhnya, saya harap Torres cepat sembuh menjelang lawan Everton nanti. Saya dah tak kuasa melihat pasukan kita yang dalam krisis keyakinan, terkapai-kapai mencari penyudah dalam perlawanan yang akan datang. Sebabnya setakat ini pasukan kita amat tandus, itupun ketika Torres bersama. Kalau dia tiada maka mungkin lebih teruk dan pertahanan lawan akan lega selega leganya.
May 11, 2010
TIADA PENJUALAN BINTANG

HULL: Rafael Benitez akan bertemu pemilik Liverpool minggu ini dan menjelaskan tiada jaminan kedudukannya di kelab itu sekiranya mereka berhasrat menjual Fernando Torres dan Steven Gerrard.
Timbul cadangan pemilik bersama Tom Hicks dan George Gillett mungkin terpaksa menjual aset berharga kelab itu selepas hutang kelab mencecah 330 juta pound (RM1.85 bilion) tetapi Benitez berkeras perkara itu tidak harus dilakukan sekiranya dia ingin dikekalkan di Anfield. Pengurus warga Sepanyol itu dilaporkan sudah mendapat tawaran untuk berpindah ke kelab Itali, Juventus, manakala Real Madrid juga mungkin menjadi destinasi sekiranya dia tidak gembira dengan situasi di Liverpool.
Mengulas musim penuh kehambaran kelab itu yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 ketika menentang kelab yang sudah tersingkir Hull kelmarin, Benitez berkata: “Ada pertemuan dengan pengerusi sebelum ini. Ia positif dan kami akan bertemu lagi selepas ini, Saya akan bercakap beberapa perkara dengan pengerusi.
“Jika saya kekal, saya tidak akan terfikir untuk menjual Gerrard dan Torres, walau apapun yang mungkin anda dengar daripada sumber kanan di dalam kelab ini. Ini penting untuk kestabilan kelab.
“Tetapi saya tidak mahu menjual kedua-dua pemain itu. Saya jelas mengenainya. Pengerusi juga jelas, dia juga tidak mahu menjual mereka.”
Jika Benitez kekal, dia percaya Liverpool akan memberi persembahan lebih baik musim depan berbanding musim ini yang dicemari dengan penyingkiran peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris dan gagal dalam semua saingan domestik. – AFP
Apr 20, 2010
siapa patut ganti Torres
Fernando Torres out for the rest of this season. So disappointed. Injured pada awal musim dan sekali lagi pada pnghujung. Satu kehilangan besar bila Nando tidak bermain. krn beliau mempunyai pace yg jrg dimiliki pnyerang2 yg lain. Rafa harus cepat memikirkan strategi dan memilih penyerang yg akan digunakannya. Persoalannya~ Siapa???
Ngog ~ beliau mungkin pilihan utama Rafa dan pergerakan liuk lentok badan yg sedikit mengelirukan lawan (sikit la..) mungkin sebab Rafa meletakkan harapan pd Ngog. Namun dgn larian yg agak lambat. dan kurang pasti bola akan pergi ke arah mana menguatkan pendapat aku bhw bkn Ngog yg patut diletakkan di posisi hadapan.
Pacheco ~ ada sinar yg aku nampak pada Pacheco. Agak bijak dlm serangan dan juga mampu mengubah permainan. Namun belum lagi pasti sama ada Pacheco sudah bersedia utk mengganti El Nino. Mungkin Pacheco perlu diberikan lebih byk waktu utk terus maju. Pemain gantian mungkin (lepas leading 2@3 gol).
Babel ~ one of the dutch striker. serangan Babel trus trang mmg bahaya. Larian yg laju, control ball yg not bad, shot yg menarik. Mungkin sedikit gamble boleh di laku kan Rafa utk meletakkan Babel di posisi Nando tidak lagi di posisi sayap. Ini adalah krn Babel masih lagi mencari konsistensi beliau setelah lama tidak berada di hadapan.
Kuyt ~ Mr Energizer. Aku amat gemar bila Kuyt bermain sbg top striker. Sbb, Kuyt amat rajin dan terus mencuba biarpun beliau tidak mempunyai pace yg menarik spt Nando. Namun atas usaha beliau byk gol2 penting REDS dtg dr Kuyt. Tambahan pula pengalaman yg dimiliki Kuyt adalah satu kelebihan yg ada padanya.
Aku amat berharap Rafa memikirkan sesuatu yg penting pada REDS iaitu menang. Bukan lagi meng'eksperimentasi'kan rotation strategi + hav faith in this@that player krn KAMI INGINKAN KEMENANGAN.....
Apr 13, 2010
Nando nak lawan orang kampung

El nino amat berharap dapat segera sembuh dr kecederaan dan dapat turun menentang kelab asal beliau~ Athletico Madrid dlm saingan semi-final Piala Eropah. specialist dr Spain(Ramon Cugat)memberitahu bhw Nando perlu berehat selama 5 hari dan beliau akan kembali pd minggu depan.
Nando yg menjalani operation pd Januari lalu dan terpaksa berehat selama sebulan tlah ke Barcelona pd hari isnin baru-baru ini bagi memastikan kecederaan yg beliau alami tidak teruk. Beliau berkata bhw amat berharap dpt bermain menentang bekas pasukannya dan fokus pada saingan Piala Dunia nnt.
REDS yg bimbang selepas Nando tidak dapat turun menentang Fulham baru-baru ini tlah diberitahu oleh Cugat bhw kecederaan Nando tidak serius namun Nando prlukan rehat bg mengelakkan risiko krn kecederaan ini adalah pd bhagian lutut yg di operated pd Januari lalu.dan Nando bley kembali pd minggu depan.Bergantung pd keadaan beliau dan seterusnya terpulang kpd REDS' medical stuff dan Rafa. Nando sendiri berkata beliau berharap dpt kembali berlatih pada secepat mungkin dan turun menentang Hammers bg membuktikan beliau bersedia menentang Athletico Madrid. "this is a special match and I desperate to play.."
*Spanish Football Federation tlah bersemuka dgn REDS, Cugat dan nando sendiri di mana mereka ternyata risau dgn fitness Fernando Torres menuju saingan Piala Dunia.
Apr 7, 2010
El Nino bengang REDS jual "Engine Pasukan"
"Xabi Alonso adalah 'engine Liverpool'...!!!"~ Fernando Torres...
Nando btl2 kecewa dgn perpindahan midfielder Sepanyol itu. Atas sbb Xabi adalah slh satu punca REDS kurang menyinar pd tahun ini seterusnya bergelut dlm perebutan slot ke liga juara eropah. Nando jg menyatakan pemain spt Xabi sukar utk di cari.. 'rare' giler.. ini terbukti krn pd musim lps peranan Xabi amat pnting. selain membantu Gerrard utk mngawal possession di tgh pdang, beliau jg adalah tukang assist yg ckup berkaliber.. stiap hantaran nya 80~90 peratus tepat.. dan REDS berada di kedudukan kedua trbaik dlm liga.. namun pd musim ini msih lg blom jmpa player yg mampu mngganti tpt Xabi di Anfield walaupon ada yg mngatakan Aquilani bakal mngisi kekosongan Xabi..
tp skang situasi dah berbeza.. Xabi smakin selesa brsama Galacticos.. REDS harus trus kan perjuangan. dan piala eropah adalah satu2 piala yg mnjadi taruhan.
di harap Nando dan rakan2 akan dpt mmberi kan sesuatu di penghujung saingan musim ini...
YNWA...
Dec 2, 2009
Torres kembali terajui jentera Liverpool (Kosmo)
LONDON - Penyerang Liverpool, Fernando Tor- res dijangka diturunkan pada aksi menentang Blackburn Rovers, Sabtu ini.Ia sebagai usaha skuad The Reds itu menguat- kan semula cabaran mereka dalam kempen Liga Perdana England musim ini.
"Fernando semakin hampir diturunkan tetapi dia masih berasa sedikit kesakitan. Kami kini mempunyai masa seminggu untuk melihat perkembangannya.Beliau juga mengakui, kapten Steven Gerrard tidak berada pada prestasi terbaiknya sekalipun membantu Liverpool menang 2-0 ke atas Everton, Ahad lalu.
"Kami akan memantau keadaannya sebelum membuat sebarang keputusan.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu ambil risiko ke atasnya kerana dia memerlukan rawatan dalam masa tiga minggu dan itu pun masih belum mencukupi," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez.
"Keadaan Gerrard masih belum pulih sepe- nuhnya. Dia beraksi dalam tiga
perlawanan yang sengit sebelum ini tanpa menjalani latihan dan ia memang sukar," kata Benitez.
"Kita kena faham bahawa beberapa pemain berusaha dengan
keras untuk membantu pasu- kan walaupun dia tidak begitu cergas." - Agensi
Sep 24, 2009
Torres hargai sokongan
dicedok dari 
FERNANDO Torres kini bahagia di Merseyside, menegaskan bahawa golongan kelas pekerja yang melatari kehidupan di Liverpool menjadi antara punca dia terasa bagaikan berada di rumah sendiri.
Torres juga percaya tidak lama lagi Liverpool akan menjulang satu lagi kejuaraan dan gelaran Liga Perdana Inggeris tidak jauh daripada jangkauan mereka.
Begitupun, pemain antarabangsa Sepanyol itu mengakui pelaburan besar yang dilakukan pasukan pesaing Liverpool bermakna tugas membawa kejayaan ke Anfield lebih sukar berbanding sebelumnya.
Torres juga mendedahkan bahawa dia mahu menghabiskan tempoh terbaik sepanjang kariernya di Liverpool selepas menandatangani kontrak barunya, baru-baru ini.
Pemain Sepanyol itu menandatangani kontrak 110,000 pound (RM643,500) seminggu untuk membolehkannya berada di kelab itu sehingga 2013. Tawaran itu juga mempunyai pilihan lanjutan setahun dan Torres berharap ia bukan kontrak terakhir yang ditandatanganinya bersama Liverpool.
Torres yang menjaringkan 50 gol dalam 85 permainan sepanjang dua musim berkata: "Saya gembira kerana sejak saya bermula bersama Atletico, saya tidak pernah bermain dalam Liga Juara-Juara sebelum ini dan Liverpool memberikan saya peluang untuk menentang pasukan terbaik dunia.

FERNANDO Torres kini bahagia di Merseyside, menegaskan bahawa golongan kelas pekerja yang melatari kehidupan di Liverpool menjadi antara punca dia terasa bagaikan berada di rumah sendiri.
"Penduduk di sini sungguh baik dan bersopan santun, mereka begitu menghormati pemain biarpun berada di luar padang," katanya kepada The Liverpool Echo.
"Itulah perkara yang penting bagi saya. Di Sepanyol, sukar bagi saya untuk ke restoran atau berjalan bersama rakan di jalanan.
"Kini saya boleh melakukan semua itu dan pergi ke taman, membawa anjing saya bersiar-siar dan keluar makan malam. Ia bandar yang dipenuhi golongan kelas pekerja dan saya sukakannya kerana saya dilahirkan dalam kelas golongan pekerja di Sepanyol.
"Mereka bekerja sepanjang minggu dan mereka ke padang setiap minggu untuk menyaksikan pasukan mereka. Pada hari Isnin, mereka bekerja bersungguh-sungguh dan kembali menyaksikan pasukan pada hujung minggu.
"Melihat nama saya terpampang pada kemeja mereka adalah sesuatu yang cukup istimewa. Saya faham jika mereka menyarung kemeja dengan nama Stevie G atau Carra kerana mereka dari Liverpool, tapi memakai jersi yang ada nama saya satu penghormatan.
"Saya datang ke sini dua tahun lalu sebagai pemain asing tapi mereka menyukai saya seperti Stevie (Gerrard) atau Carra (Jamie Carragher). Ia sesuatu yang menakjubkan dan kerana itu saya berterima kasih terhadap mereka."
Torres juga percaya tidak lama lagi Liverpool akan menjulang satu lagi kejuaraan dan gelaran Liga Perdana Inggeris tidak jauh daripada jangkauan mereka.
Begitupun, pemain antarabangsa Sepanyol itu mengakui pelaburan besar yang dilakukan pasukan pesaing Liverpool bermakna tugas membawa kejayaan ke Anfield lebih sukar berbanding sebelumnya.
"Kelab seperti Manchester United, Chelsea dan Manchester City mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan bagi mendapatkan pemain yang bagus. Ia bukan caranya di Liverpool, jadi kami perlu cuba memperbaiki pasukan kami.
"Jika kami ingin mendapatkan peluang memenangi trofi, kami perlu melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Kami sedia menghadapi cabaran," katanya.
Torres juga mendedahkan bahawa dia mahu menghabiskan tempoh terbaik sepanjang kariernya di Liverpool selepas menandatangani kontrak barunya, baru-baru ini.
Pemain Sepanyol itu menandatangani kontrak 110,000 pound (RM643,500) seminggu untuk membolehkannya berada di kelab itu sehingga 2013. Tawaran itu juga mempunyai pilihan lanjutan setahun dan Torres berharap ia bukan kontrak terakhir yang ditandatanganinya bersama Liverpool.
Torres yang menjaringkan 50 gol dalam 85 permainan sepanjang dua musim berkata: "Saya gembira kerana sejak saya bermula bersama Atletico, saya tidak pernah bermain dalam Liga Juara-Juara sebelum ini dan Liverpool memberikan saya peluang untuk menentang pasukan terbaik dunia.
"Saya benar-benar gembira dapat menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dan saya berharap dapat menandatangani lebih banyak kontrak di sini.
"Ia adalah satu daripada kelab terpenting di Eropah dengan penyokong terbaik di dunia," katanya.
Jun 21, 2009
Ancellotti mahu Nando bergandingan Villa

Chelsea telah umumkan yang mereka akan cuba menyogok £50juta pemilik pokai kita agar menjualkan Torres. Mereka yang telah menawarkan £35juta kepada Valencia, bagi mendapatkan David Villa ingin menyatukan pasangan serangan Sepanyol itu di Stamford Bridge.
Rafa mungkin sedaya upaya menolak pembelian ini, tetapi apa yang merisaukan kita ialah jika pemilik kelab akan mempergunakan peluang ini untuk menampung hutang mereka. Kalau begitulah sikap mereka pastinya kita terpaksa menjadi seperti 5 tahun lalu iaitu selesa di tangga ke-4.
Jun 18, 2009
Torres mahu sama Villa

LONDON - Penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres berminat untuk bergandingan bersama rakan senegaranya, David Villa di Anfield.
Torres dan Villa berjaya mencipta keserasian luar biasa dalam skuad kebangsaan Sepanyol dan menjadi tonggak utama kepada kejayaan negara itu muncul juara pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008.
Menurut Torres, jika dia diberi kuasa untuk menentukan perpindahan dalam skuad The Reds, maka pemain pertama yang akan dibawanya ke Anfield ialah Villa.
"Sayangnya bukan saya yang menentukan tetapi pengurus kami, Rafael Benitez yang akan melakukan pembelian.
"Namun, untuk membawa David (Villa) ke Anfield bukanlah sesuatu yang mustahil. Kami kerap bermain bersama dalam pasukan kebangsaan yang secara peribadi, saya senang bergandingan bersamanya.
"Saya juga tidak pasti adalah kami gandingan penyerang terbaik di dunia ketika ini tetapi kami adalah juara Eropah dan ia sudah cukup membuktikan kehebatan kami berdua," jelas Torres kepada agensi Daily Star.
Sementara itu, Villa memberitahu kenalan rapatnya bahawa dia hanya akan meninggalkan Sepanyol jika dikaitkan dengan Liverpool.
Bagaimanapun, Liverpool mungkin tidak mampu bersaing dengan Barca yang membuat tawaran £37 juta (RM214 juta) dan juga Real yang menawarkan £35 juta (RM202.3 juta) ke atas Villa. - Agensi
Jun 16, 2009
Hatrik Torres julang Sepanyol

RUSTENBURG, Afrika Selatan - Penyerang Liverpool, Fernando Torres menyata- kan tiada apa-apa yang mahu dibuktikannya selepas meledak hatrik ketika Sepanyol membelasah New Zealand 5-0 pada saingan Piala Konfederasi 2009 awal pagi semalam.
Torres melengkapkan hatrik tersebut hanya selepas 17 minit perlawanan berlangsung, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah Sepanyol kepada 33 perlawa- nan.
Dua lagi gol Sepanyol dijaringkan Cesc Fabregas pada penghujung separuh masa pertama dan David Villa pada awal babak kedua.
"Saya belum pernah mencatat hatrik sepantas ini dan ia satu kejayaan menarik bersama skuad kebangsaan.
"Saya melunaskan janji kepada rakan sepasukan. Tapi saya memperolehnya hasil kerja keras mereka di belakang saya.
"Saya tak rasa saya perlu buktikan se- suatu. Saya yakin tidak seorang pun bersikap sebegitu. Kami semua beraksi pada peringkat tertinggi," katanya yang kini sudah menjaringkan 22 gol bersama Sepanyol.
Dengan tuan rumah, Afrika Selatan sekadar seri tanpa jaringan dengan Iraq, Sepanyol kini mendahului Kumpulan A dengan tiga mata.
Sepanyol akan bertemu Iraq malam esok, manakala New Zealand perlu memulihkan maruah mereka ketika berdepan tuan rumah, Afrika Selatan pada hari yang sama.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir. - AFP
May 29, 2009
Torres di Anfield sehingga 2013

Torres telah mengakhiri spekulasi masa depan beliau dengan menandatangani kontrak 4 tahun untuk bersama kita. Di fahamkan gaji beliau akan mencecah sehingga 120,000 pund seminggu. dan ini menjadikan beliau antara pemain yang mendapat bayaran tertinggi selepas Kapten Gerrard.
May 27, 2009
Torres pilihan Liverpool Echo

Boleh tahan besar juga trofi yang Torres dapat baru-baru ini. Beliau telah dipilih dikalangan pemberita akhbar harian Liverpool Echo sebagai Personaliti Terbaik. Sekurang-kurangnya adalah juga cenderamata untuk musim ini.
May 12, 2009
Torres dibelenggu kecederaan
LIVERPOOL, England - Penyerang Liverpool, Fernando Torres mengakui masih dibelenggu masalah kecederaan kekejangan otot dan sekali gus membataskan penampilannya untuk membantu Reds memburu kejuaraan Liga Perdana England.Pemain antarabangsa Sepanyol itu kembali beraksi Sabtu lalu ketika Liverpool menumpaskan West Ham 3-0, setelah berehat dua minggu.
Biarpun masih bergelut untuk memperoleh kecergasan sepenuhnya, Torres masih mampu mempamerkan aksi baik pada perlawanan tersebut.
"Kekejangan otot adalah masalah buat Fernando (Torres). Dia sudah mula menjalani rawatan fisioterapi minggu ini. Namun dia masih tidak lagi menjalani latihan bersama rakan sepasukan di padang.
"Saya merasakan dia akan hanya kembali berlatih secara normal bersama pasukan pada minggu seterusnya. Saya berharap agar dia kembali cergas pada dua perlawanan akan datang.
"Sejak Fernando dan Steven Gerrard tidak menjalani latihan secara normal minggu ini, mereka mungkin akan menjadi lebih tajam atau cergas.
"Namun begitu, kamu sudah boleh melihat kedua-dua pemain itu mampu memberi ancaman dan menjadi pengaruh yang sangat baik kepada pasukan," kata pengurus Liverpool, Rafa Benitez.
Torres telah menghasilkan 16 gol musim ini, berbanding 33 gol pada penampilan pertamanya bersama Liverpool tahun lalu.
Biarpun masih dibelenggu dengan masalah kecederaan, Torres berazam mewakili juara Eropah, Sepanyol pada persaingan Piala Konfederasi bulan depan. - AP
May 7, 2009
Harap Bersabar Torres

Kesian Torres beliau telah ditempelak oleh bekas majikan beliau iaitu Presiden Atletico Madrid semalam. Ini kerana bekas majikan beliau berkata Torres telah memilih jalan yang salah. Sepatutnya katanya lagi Torres perlu bersabar di Calderon dan pasti masa depan beliau akan lebih gemilang dan terbilang. Ini kerana Liverpool dikatakan tidak menjanjikan sebarang kejuaraan musim ini hanya tempat ke Liga Juara-Juara sahaja.
Bagi saya kekecewaan pemilik Atletico itu tidak sama seperti apa yang kita rasakan apabila Steve Macca dan Mickey Owen berhijrah ke Real Madrid. Tunjang harapan kita telah pergi tanpa memberikan kita imbuhan berbaloi . Macca pergi dengan perpindahan Bosman, seciput duit pun kita tak rasa dari pemain sayap yang pernah ditawarkan oleh Barcelona 12 juta pound sebelum itu. Owen pergi Cuma diberikan saguhati 10 juta dengan percuma pemain tempelan, Albert Nunez.
Sekurang-kurangnya pemergian Torres digantikan dengan Garcia, pemain kecil berjiwa besar serta bayaran 20 juta pound. Dan jika diikutkan nilai dan prestasi serta reputasi Garcia saya rasa nilai beliau boleh mencapai harga asal 6.5juta yang di beli dari Barcelona. Malah pemain seperti Garcia amat diperlukan kerana beliau merupakan pemangsa ikan besar. Juventus dan Celsea serta Arsenal telah merasai penangan lil Luis.
Oleh itu saya rasakan Torres mungkin sikit tersinggung dengan komentar itu. Tetapi dengan prestasi terkini rasanya beliau tida perlu gusar yang Rafa akan membawa kelab ini kelaluan yang betul. Walaupun cabaran kita dalam Liga Juara-Juara hanya sampai ke Suku Akhir, namun di peringkat Liga kita masih membuatkan Man U tidak tidur lena. Prestasi kita semakin meningkat. Dari permainan berhati-hati kita telah berubah kepada corak serangan maut Kamikze mutkahir ini. Dengan momentum itu rasanya musim depan bakal memberikan harapan bukan saja kepada Torres tetapi semua peminat Liverpoolfc.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Liverpool
(216)
Rumours
(157)
Premier League
(153)
Priemer League
(70)
Steven Gerrard
(40)
Piala Europa
(37)
Champion League
(35)
Luis Suarez
(34)
Fernando Torres
(32)
Rafael Benitez
(31)
Youth
(25)
Kenny Dalglish
(23)
Lucas Leiva
(21)
cartoon
(21)
kontrak
(21)
Dirk Kuyt
(20)
Hari ini dalam sejarah
(20)
Jersi
(20)
Owner
(20)
Player
(20)
komentar
(20)
Isu terkini
(19)
Chelsea
(18)
England
(18)
Lagenda
(18)
Piala FA
(18)
Awards
(17)
Daniel Agger
(17)
Andy Carroll
(16)
Jamie Carragher
(16)
Piala Dunia
(16)
news
(16)
transfers
(16)
Antarabangsa
(15)
Man U
(15)
Perpindahan
(15)
Man City
(14)
Roy Hodgson
(14)
Xabi Alonso
(14)
Pepe Reina
(13)
Piala Liga
(13)
premeir league
(13)
ulasan
(13)
Alberto Aquilani
(12)
Everton
(12)
Gossip
(12)
Lawak
(12)
Ryan Babel
(12)
cedera
(12)
Arsenal
(11)
Javier Mascherano
(11)
kecederaan
(11)
Pengurus
(10)
ucapan
(10)
David Ngog
(9)
Liverpool tour
(9)
Martin Skrtel
(9)
Newcastle
(9)
Robbie Keane
(9)
Stoke
(9)
ex-liverpool
(9)
Alex Ferguson
(8)
Andrea Dossena
(8)
Joe Cole
(8)
Jose Enrique
(8)
Aston Villa
(7)
Carragher
(7)
Emilliano Insua
(7)
Iklan
(7)
Milan Jovanovic
(7)
Paul Konchesky
(7)
Raheem Sterling
(7)
Raul Meireles
(7)
Sami Hyypia
(7)
Tactical
(7)
West Brom
(7)
anugerah
(7)
Alvaro Arbeloa
(6)
Bolos
(6)
Carling Cup
(6)
Craig Bellamy
(6)
Damien Comolli
(6)
Daniel Ayala
(6)
Fakta
(6)
Goalkeeper
(6)
Jaringan
(6)
Jordan Henderson
(6)
Lawak Basi
(6)
Pemain Terbaik
(6)
SPURS
(6)
Sebastian Coates
(6)
Stewart Downing
(6)
Sunderland
(6)
Wigan
(6)
birthday
(6)
Andriy Voronin
(5)
Blackburn
(5)
Brendan Rodgers
(5)
Copa America
(5)
Fixture
(5)
Fulham
(5)
Glen Johnson
(5)
Jay Spearing
(5)
Liga Europa
(5)
Midfield
(5)
Pemberitahuan
(5)
Pra-musim
(5)
Yossi Benayoun
(5)
pinjaman
(5)
Albert Reira
(4)
Analisis
(4)
Belajar Bola
(4)
Charlie Adam
(4)
Christian Poulsen
(4)
Defender
(4)
Glen Johnsen
(4)
Hull
(4)
Insua
(4)
Jermaine Pennant
(4)
John Henry
(4)
League Cup
(4)
Liverpool vs Arsenal
(4)
Liverpool vs West Ham
(4)
Maxi Rodriguez
(4)
Pacheco
(4)
Rasis
(4)
Reading
(4)
Reserve
(4)
Rick Parry
(4)
Sparta Prague
(4)
Steve Clarke
(4)
Suso
(4)
Warrior
(4)
West Ham
(4)
Wolverhampton
(4)
kontroversi
(4)
opponent
(4)
statistik
(4)
tahukah anda
(4)
winger
(4)
Bek kiri
(3)
Birmingham
(3)
Brad Jones
(3)
Brighton
(3)
Euro2012
(3)
FacebookPages
(3)
Hillsborough Disaster
(3)
IFTTT
(3)
Jadual perlawanan
(3)
Joe Allen
(3)
John Flanagan
(3)
Jonjo Shevley
(3)
LFC TOUR 2014
(3)
Liverpool Youth
(3)
Liverpool vs Man City
(3)
Liverpool vs Man U
(3)
Liverpool vs Southampton
(3)
Liverpool vs Spurs
(3)
Nabil El Zhar
(3)
Owner Liverpool
(3)
Penjaga Gol
(3)
Piala Europa Liverpool
(3)
Piala Europa.
(3)
Polisi
(3)
Pra musim Liverpool
(3)
Primier League
(3)
Totenham hotspurs
(3)
Undian
(3)
akademi
(3)
humour
(3)
loan
(3)
taktikal
(3)
Andre Wisdom
(2)
Anelka
(2)
Assaidi
(2)
Berita
(2)
Brazil
(2)
Carlos Tevez
(2)
Carta
(2)
Conor Coady
(2)
Contract
(2)
Damine Plessis
(2)
Danny Wilson
(2)
Dejan Lovren
(2)
Doni
(2)
Euro16
(2)
Europe
(2)
Fabio Aurelio
(2)
Fabio Capello
(2)
GOL
(2)
Gerrard
(2)
Ian Rush
(2)
Insiden
(2)
Kahwin
(2)
Kargiakos
(2)
LFC TOUR 2013
(2)
Liverpool vs Aston Villa
(2)
Liverpool vs Everton
(2)
Liverpool vs Fulham
(2)
Martin Kelly
(2)
Norwich
(2)
Patrice Evra
(2)
Peraduan
(2)
Player Of The Month
(2)
Rafa Benitez
(2)
Retired
(2)
Rival
(2)
Rumours Liverpool
(2)
Sammy Leee
(2)
Simon Mignolet
(2)
Skuad
(2)
Soroton Perlawanan
(2)
Trofi
(2)
VIDEO
(2)
Wembley
(2)
coach
(2)
formasi
(2)
games
(2)
match report
(2)
queen park rangers
(2)
rekod
(2)
scouting
(2)
staff
(2)
striker
(2)
3-5-2
(1)
Aaron Lennon
(1)
Adam Johnson
(1)
Alan Hansen
(1)
Alex Ferguson kena troll
(1)
Aly Cissokho
(1)
Anfield
(1)
Antonio Cassano
(1)
Arsene Wenger
(1)
BISNEZ
(1)
Beatles
(1)
Bek Kanan.
(1)
Benayoun
(1)
Bike
(1)
Bilbao
(1)
Bill Shankly
(1)
Blunder
(1)
Bolton
(1)
Bootroom
(1)
Borini
(1)
Burnley
(1)
Cardiff
(1)
Charles Itandje
(1)
Christian Zapata
(1)
Christopher Buchtmann
(1)
Columnist
(1)
Daniel Sturridge
(1)
Danny Ward
(1)
Danny murphy
(1)
David Martin
(1)
David Moores
(1)
David Trezeguet
(1)
David Villa
(1)
Dietmar Hamann
(1)
Dimitri Payet
(1)
Djimi Traore
(1)
Epic Liverpool
(1)
Exeter
(1)
FC Braga
(1)
Facebook Liverpoolkita
(1)
Fan Man U provokas
(1)
Fans
(1)
Fifa
(1)
Fifa12
(1)
Flop
(1)
Gael Clichy
(1)
Gary Neville
(1)
Gerardo Bruna
(1)
Harry Redknapp
(1)
Hatem Ben Arfa
(1)
Hearts
(1)
History Channel
(1)
Honda
(1)
Howard Webb
(1)
Ian Ayre
(1)
Ian St John
(1)
Jack Hoobs
(1)
Jack Robinson
(1)
Jack Wolfskin.
(1)
James Milner
(1)
Javier Manquillo
(1)
Jersi Torres
(1)
Jerzy Dudeks
(1)
Jurulatih
(1)
Keji
(1)
Kesebelasan Utama
(1)
Kevin Keen
(1)
Krisis
(1)
Kristian Nemeth
(1)
Krisztian Nemeth
(1)
Kyrgiakos
(1)
LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG
(1)
Latihan
(1)
Leighton Baines
(1)
Liverpool goal
(1)
Liverpool players
(1)
Liverpool vs Cardiff
(1)
Liverpool vs Norwich
(1)
Liverpool vs Robatnichki
(1)
Liverpool vs Robatnicki
(1)
Liverpool vs Stoke
(1)
Liverpool vs Sunderland
(1)
Liverpool vs Swansea
(1)
Liverpool vs Udinese
(1)
Liverpool vs Wigan
(1)
Majalah Bolasepak
(1)
Malaysia
(1)
Man Marking
(1)
Mario Gomez
(1)
Mascherano
(1)
Midfielder
(1)
Mourinho
(1)
Mouro Pederzoli
(1)
Nostalgia
(1)
Oldham
(1)
Peminat Liverpool
(1)
Penaja Liverpool
(1)
Penampilan ke 100 England Gerrard
(1)
Pengarah Strategik Bolasepak
(1)
Perlawanan Testimonial
(1)
Perolehan pendaptan Liverpool
(1)
Peter Crouch
(1)
Philip Degen
(1)
Platini
(1)
Press Conference
(1)
Ramadhan Liverpool
(1)
Raul Miereles
(1)
Roy Hodgson Tactic
(1)
Rumours Flamini Liverpool
(1)
SAS
(1)
SPUR
(1)
Sakit jantung
(1)
Samed Yesil
(1)
Sammy Lee
(1)
Sasaran
(1)
Sayembara
(1)
Sejarah
(1)
Sidang Akhbar
(1)
Stadium
(1)
Stamford Bridge
(1)
Stephen Darby
(1)
Steve McMahon
(1)
Suarez dan Sturridge
(1)
Swansea
(1)
Sylvian Marveaux
(1)
Testimonial
(1)
Titi Camara
(1)
Txiki Brigistain
(1)
Undang-undang
(1)
West Ham vs Liverpool
(1)
Zonal Marking
(1)
cetusan minda
(1)
children
(1)
cuba teka
(1)
degen
(1)
derby
(1)
diving
(1)
f
(1)
facebook
(1)
fantasy football
(1)
gaji
(1)
galacticos
(1)
goal lfc
(1)
hukuman
(1)
jokes
(1)
klasik
(1)
kolo Toure
(1)
liverpool 4-0 Spurs
(1)
maskot
(1)
pencabar
(1)
persahabatan
(1)
pre
(1)
preseason
(1)
protes
(1)
qpr
(1)
revenue income
(1)
santai
(1)
sayap kanan
(1)
setpiece
(1)
sponsor
(1)
squad
(1)
supporter
(1)
tips
(1)
tour
(1)
twitter
(1)
ulangtahun
(1)
youtube
(1)
