May 31, 2014

ENGLAND 3-0 PERU



Walaupun bukan peminat England dalam arena antarabangsa, bagi kejohanan kali ini terpaksa berbelah bagi untuk menyokong pasukan satu yang biarlah rahsia. Keputusan Pak Cik Roy Hogdson, memilih Gerrard, Sturridge, Henderson, Johnson dan Sterling dalam skuad kali ini pasti menggembirakan majoriti peminat Liverpool. Dalam perlawanan pemanas badan dengan Peru Liverpool membantai pasukan Amerika Latin itu, 3-0. Salah satu gol di jaringkan oleh penyerang berbisa Liverpool, Daniel Sturridge.

England hampir meniru tatktikal Liverpoo. 4-3-3 dengan menggunakan Rooney sebagai pemain sasaran, bergandingan dengan Welbeck dan Sturidge di bahagian sayap. Llana dan Henderson bersama Gerrard dalam trio pemain tengah. Pertahanan England, agak mantap dengan Johnson, Jagielka, Cahill dan Baines. Goli milik mutlak Hart. Corak ini jelas sesuai dengan pemain England kerana rata-rata mempunyai kepantasan dan stamina tinggi. Dibangku simpanan pemain seperti Wilshere, Milner dan Sterling memang boleh bersaing untuk kesebelsan utama.



May 29, 2014

LIVERPOOL BIDA PERTAHANAN KIRI SEVILLA



Liverpool telah mengemukan bidaan £16juta pound untuk mendapatkan pertahanan kiri Sevilla, Alberto Moreno, menurut sumber dari La Liga. Pakej itu termasuk dengan  pemain muda Suso. Maknanya jumlah keseluruhan menjangkau £20 juta pound. Saya tak rasa ianya satu jumlah yang besar, kerana berbanding dengan Luke Shaw dengan tanda harga £30+, Moreno telah beraksi dalam perlawanan besar dan baru-baru ini memperolehi medal Piala Europa.

Mungkin satu perjudian yang agak tinggi bagi mendapatkan pemain luar dari Liga Perdana. Tetapi kebolehan teknikal dan fizikal serta kepantasan Moreno adalah aset yang boleh menyumbang kepada keboleharapan untuk berjaya. Pihak pemantau pemain nampak Moreno satu penambahbaikan bagi Enrique. Dan kemungkinan besar jika Moreno sampai, Enrique mesti kena kemas barang. Saya tak menaruh harapan sangat jika pemain ini datang kerana bek kiri pilihan saya  ialah Ricardo Rodriquez dari VFL Wolfsburg.

May 27, 2014

KONTRAK BARU HASIL KEJAYAAN BRENDAN RODGERS



Perkara yang paling penting musim baru ini ialah berjaya mengikat kontrak baru buat Brendan Rodgers. Walaupun kejayaan Brendan bukan secara mendapatkan piala, namun sasaran berjaya diusahakan dengan jayanya pada musim kedua, yakni melayakkan dalam kejohanan Liga Juara-Juara. Brendan masih muda dan mentah, namun beliau mempunyai mentaliti yang sepadan dengan apa yang digariskan oleh pihak pengurusan, FSG. Beliau menjadikan Liverpool pasukan terbaik bukan dengan limpahan duit yang banyak tetapi menggunakan majoriti pemain tinggalan pengurus lalu dengan efektif.

Musim pertama biasalah pemain masih sangsi dengan beliau apatah lagi peminat. Brendan mahu tunjuk eksyen dengan menggunakan pendekatan Tiki-Taka kerana bagi beliau kelab sebaik Liverpool kena main cantik barulah sempoi katanya. Tetapi macam buah durian, kulit yang cantik belum tentu isinya lemak berkrim. Jadi Liverpool secara kosmetiknya cuba meniru macam Barcelona atau Swansea, tetapi set pemain yang sedia ada memang tak sesuai dengan hantaran pendek tanpa arah tuju itu. Musim pertama berlalu tanpa sebarang pencapaian dari segi keputusan, namun Liverpool mencipta statistik hantaran paling sukses.

Musim kedua Brendan pendekatan berbeza. Saya boleh agak beliau macam meniru Borussia Dortmund. Main pantas menggunakan pemain hadapan yang saling bertukar-tukar posisi. Pembelian Disember musim sebelummnya, Sturridge dan Coutinho melicinkan lagi gaya permaian Liverpool yang nampak efektik membantu Suarez. Bercakap pasal Suarez, kita tahu langkah pertama kepada prestasi Liverpool musim ini juga bertitik tolak kepada kejayaan Brendan memujuk Suarez supaya kekal. Bila Suarez mulai fokus Liverpool telah berikan kejutan dari sekadar pilihan ke Liga Europa kepada pencabar kejuaraan Liga Perdana.

Selain itu kita nampak keberkesanan taktik perlu disulam dengan mentalti yang kuat. Jiwa yang lapar dan dahagakan kemenangan. Sebab itulah sampai pintu perpindahan Disember dibuka Brendan buat pekak dan biarkan pemain macam Mohamad Salah dapat kepada Chelsea dan Yevhen Konoplyanka, masih kekal di Ukraine. Memang kita setuju ianya macam keputusan yang khilaf , tetapi Brendan nampak pemain sedia ada terutamanya Sterling yang kian meningkat naik bakal terbantut dengan kehadiran pemain baru yang belum tentu berjaya. Satu lagi Brendan  bagi peluang Flanagan untuk bersinar, yang musim lepas macam dah nak kena lelong.

Prestasi cemerlang Brendan masih perlu banyak penambahbaikan. Ada perkara yang pastinya perlu diperhatikan yakni kebolosan tinggi. Perkara pokok bukanlah menunding kesilapan individu yang perlu diperbaiki. .Lebih pada itu taktikal ketika bertahan secara berpasukan memerlukan satu lagi tesis yang panjang lebar, perlu dibuat kajian ilmiah mendalam. Jika ianya sukses dan hasilnya positif Brendan mendapat Doktor Falsafah dalam bidang taktikal. Dan sekali lagi perjuangan untuk perebutan gelaran Liga bukan lagi kejutan tetapi lebih realistik.

Kita nampak Brendan memerlukan sumber dana yang mantap untuk menguatkan pasukan. Pembelian pemain yang boleh menguatkan pasukan memerlukan kocek yang tebal. Saya yakin setelah kontrak dipersetujui antara Brendan dan pengurusan, jumlah dana yang diberikan mungkin juga telah dipersetujui. Harap-harapBrendan tak terlepas pemain yang memang menjadi sasaran dek kerana kekangan kewangan. Kalau tak musim depan macamana Brendan nak bersaing dengan kuantiti dan kualiti yang semacam musim lepas. Musim lepas tiada perlawanan di Eropah bolehlah, musim depan belum tentu pemain sedia ada boleh mengharungi kira-kira 50-60 perlawan satu musim.

May 24, 2014

HARAPAN SUAREZ KE PIALA DUNIA KELAM


Ianya suatu kebaikan dalam musibah. Suarez mungkin bakal ucap sayonara kepada Piala Dunia di Brazil bulan depan. Tetapi beliau mungkin boleh berehat sampai musim Liga Perdana Inggeris bermula awal Ogos nanti. Kalau Uruguay mahu buat tahi, nak bagi Suarez boleh main juga dalam Piala Dunia nanti, saya takut kejadian yang menimpa Fernando Torres dulu terjadi kepada Suarez kali ini.

Sebelum ke Piala Dunia 2010, Torres dah cedera, tetapi Sepanyol tetap mahukan Torres kerana pemain lain tak boleh harap ketika itu. Lepas itu episod kecederaan demi kecederaan melanda Torres. Nasib baik Chelsea baik hati tolong beli pemaain yang dah tak berapa cergas sebagaimana awal bersama Liverpool dulu.

Menurut doktor yang menjalankan pembedahan, proses penyembuhan boleh mengambil masa sampai berbulan-bulan. Jadi saya harap Brendan Rodgers kena pastikan penyerang baru dibeli ataupun jangan jual dulu Borini. Kita harap Suarez sembuh sampai musim bermula. Tanpa kelibat Suarez Piala Dunia tetap ceria dan kita boleh sokong England sebab ramai pemain Liverpool.

May 20, 2014

BUKU LAPORAN: PEMAIN DIPINJAM KELUAR


Semua pemain Liverpool yang dibawa keluar secara pinjaman keseluruhannya mendapat markah yang terbaik. Ianya tidak diukur melalui piala atau jumlah gol, tetapi mereka telah meberikan persembahan yang memberansangkan dan ada yang mendapat pujian secara terbuka oleh Brendan Rodgers. Tak mampu nak beri perincian terhadap prestasi mereka, namun sedikit info tentang apa yang berlaku sepanjang mereka berada diluar Anfield.

Pepe Reina - Napoli
Pepe begitu mantap di Naples. Dia menjadi pemain utama Rafa Benitez dan berjaya menjulang PIala Copa Italia musim ini. Disamping itu Napoli juga berjaya layak ke Liga Juara-Juara dengan menduduki tangga ke -3. Napoli dikatakan mahu kekalkan Pepe secara tetap, namun beliau masih nampak Barcelona sebagai destinasi utama. Peluang kembali adalah kosong, kerana dia pernah tulis surat terbuka yang mengkritik Brendan dengan keras..

Suso Fernandez - Almeria
Permulaan musim, Suso dapat banyak pujian dari peminat. Namun dipertengahan musim dia tenggelam dan pernah dikatakan mabuk todi ketika sesi latihan. Hampir nak habis musim, prestasi Suso telah kembali dan beliau menjadi antara tonggak utama Almeria yang berjaya megelakkan kelab itu dai jatuh ke Liga Bahagian 2 Sepanyol. Muism depan cabaran untuk Suso kerana Liverpool dikhabrakan bakal berbelanja besar untuk bahagina tengah dan mungkin dia akan keluar secara pinjaman sekali lagi.

Fabio Borini - Sunderland
Bermula agak perlahan , namun pengakhiran beliau diangkat hero oleh peminat Sunderland. Dalam bulan terakhir, Borini menjaringkan gol membantu Sunderland, keluar dari zon penyingkiran. Malah prestasi beliau dalam perlawanan akhir Piala Liga menentang Man City salah satu contoh persembahan mantap, dengan mejaringkan gol pembukaan. Rekod mantap Borini cemerlang dengan 10 gol dan 3 bantuan gol sepanjnang 42 perlawanan. Walaupun masih belum diketahui masa depan dengan Liverpool, jika tiada penyerang baru dibawa masuk nasib Borini teramat baik untukl jadi pemain impak.

Oussama Assaidi- Stoke.
Masalah utama Assadi ialah kecederaan dan kecergasan. Semasa kat Liverpool itulah antara sebab beliau jarang dapat tempat kerana Liverpool perlukan pemain yang mantap fiziakal dan mental. Kepemergian beliau ke Stoke selama semusim pada ulanya nampak macam tak ada hasil. Banyak kali dia hanya diturunkan dalam kejohanan Piala Liag dan FA. Tetapi sebagaimana Borini, Assaidi secara tak langsung membantu Liverpool dengan menjaringkan gol untuk menewaskan Chelsea 3-2. Walaupun sekadar menjaringkan 4 gol dan 2 bantuan, Mark Hughes bakal mendapatkan Assaidi secara  tetap, memandangkan nampak macam taiad peluang di Anfield.

Jordon Ibe - Birmingham.
Ibe dan Sterling masing-masing punyai potensi besar, namun Sterling berjaya mengatasi Ibe hinggakan presati beliau terbawa-bawa ke Piala Dunia 2014. Nasib Ibe tak berapa baik dan hanya sempat bermain ketika Liverpool membelasah Arsenal 5-1. Selepas itu Birimingham mengambil peluang pinjam Ibe sampai akhir musim. Kejayaan taklah ketara namun dia antara penyumbang kepada kejayaan Birmingham dari terus jatuh ke Liga Satu.

Conor Coady - Sheffiled United.
Kapten skuad simpanan, telah diberikan peluang bermain dengan pasukan utama, Sheffield. Penampilan bersama ''The Blades'' menjaungkau 50 perlawanan, serta menjaringkan 6 gol. Pencapaian paling utama Coady bersama Sheffield ialah berjaya layak ke separuh akhir Piala FA, tewas kepada Hull Tiger.

Andre Wisdom - Derby
Wisdom menjadi bek kanan utama Derby. Sepanjang bersama Derby, peranan Wisdom yang memang matang melampaui usia berjaya membuatkan pasukannya hanya tewas 7 kali sepanjang musim. Jika Glenjo terpaksa dijual akibat pertikaian kontrak, Wisdom mungkin bakal diberikan peranan bersama Flanagan disebelah kanan, Musim akan datang.

Tiago llori - Granada
Pelik tapi benar, Brendan belanja hampir £7 juta pound, untuk bek muda Portugal ini, tapi haram tak diberikan peluang. Padahal Tiago boleh bermain dipelbagai posisi pertahanan. Diberikan peluang untuk mengasah bakat di La Liga bersama Granada. Walaupun sekadar bermain hanya 9 perlawanan, salah satu perlawanan terbaik ialah ketika Granada menewaskan Barcelona 1-0, dan Tiago dinobatkan pemain terbaik perlawanan. Masadepan beliau masih Samar untuk dalam pasukan utama jika bek baru dibawa masuk lagi.


May 19, 2014

TIADA KONTRAK BARU BUAT GLEN JOHNSON


Kontrak Glen Johnson tidak akan disambung melepas musim 2015/16. Ini bermakna beliau hanya mempunyai 12 bulan kontrak lagi. Gaji mingguan £110,000 terlalu tinggi bagi pemain yang bakal mencapai umur 30 tahun ini. Pihak FSG bukan kedekut nak bagi gaji tinggi, tetapi mereka ada strategi yang pada saya lebih efisyen. Pemain akan diberikan gaji yang berbaloi, tetapi mereka bakal diberikan elaun yang tinggi dalam sasaran tertentu. Contohnya elaun kemenangan, jaringan dan pemain terbaik perlawanan.

Berkenaan GlenJo, saya anggap Liverpool sudah mencari pengganti beliau. Kalau tidak masakan sanggup membiarkan pemain bek kanan utama kita itu bakal digantung tak bertali. Jangan ingat GlenJo tak ada peminat, pasukan lain yang perlukan pemain bke kanan yang gemar menyerang pasti akan berikan tawaran terbaik untuk beliau. Bagi pihak kita mungkin sudah sampai waktunya pasukan kita mencuba sesuatu yang lebih baik dari apa yang GlenJo berikan sebelum ini. Saya tak cakap beliau tak bagus, tetapi jika Brendan dah beri isyarat sebegitu maknanya, paham -paham sajalah

May 15, 2014

JERSI DI TEMPAT LAWAN



Liverpool telah memperagakan jersi ditempat lawan pada perlawanan menentang Juara Liga Ireland, Shamrock Rovers. Kalau tengok sekali imbas memang tak berapa nak sempoi. Cuma kalaulah boleh diperbaiki, cuma letakkan kaler merah pada kolar. Warna kuning adalah warna feberet jersi ditempat lawan, selain hijau, puitih dan hitam.

Skuad Liverpool bukan saja memperkenalkan jersi baru di Dublin, namun memberikan persembahan menarik, tak kisahlah lawan cap ayam dari Liga cikai. Pemain seperti Aspas, Borini, Kelly dan Dunn menjadi pencetak gol. Brendan Rodgers sedang meneliti keseluruhan pemain yang diturunkan dari pemain utama, simpanan dan remaja. Ada beberapa pemain yang mneyerlah termasuk Aspas.

LIVERPOOL PALING BANYAK BALUN DUIT TV


Semua pasukan terima jumlah wang yang sama dari penajaan siaran langsung. Kontrak Tv diberikan lebih kurang 60juta pound. Namun lebihan adalah dari jumlah perlawanan yang diberikan khas kepada pasukan tertentu dan Liverpool adalah paling banyak disiarkan secara langsung. Permintaan tinggi  untuk siaran yang melibatkan Liverpool memang menampakkan Liverpool punyai peminat yang ramai di seluruh dunia.Musim depan dengan dengan Liverpool bakal bersiaran dalam Liga Juara-Juara, entah berapa pula yang bakal dapat. Harap duit yang banyak jangan simpan dalam kocek FSG, kasi wang belanja kepada Brendan untuk beli pemain kelas antarabangsa untuk musim depan.

May 13, 2014

LIVERPOOL 2-1 NEWCASTLE



Korang perasan tak yang makin lama, makin banyak pasukan yang tahu cara nak elak kena belasah dengan Liverpool. Mereka semua dah berubah, tetapi Liverpool asyik syok sendiri macam tak ada masalah nak main serang gila-gila. Separuh pertama lawan Newcastle memang sedih tengok Liverpool main macam tak ambil iktibar lawan Chelsea dan Palace. Setelah kena sebiji hasil jaringan sendiri Skrtel pun masih nak main secara bahaya, nasib baiklah Mignolet bertindak cemerlang kalau tak sebiji macam lawan Chelsea.

Peluang Liverpool memang banyak. Gol tak dikira Suarez memang boleh dapat itupun ikut kepala pengadil. Suarez berpeluang untuk meledakkan gol penyamaan apabila mengantoikan kesemua bek Newcastle tapi penyudah plak lemah ke dakapan Krul. Agger boleh dapat gol tapi tanduk tepat ke Krul. Sturridge juga ada peluang yang boleh dikatakan sama dengan Agger, tetapi langsung terbabas tak tepat sasaran. Yang lain tak berapa ingat, kerana yang pasti separuh masa pertama Newcastle mantap dengan 5-4-1.

Separuh kedua barulah Liverpool main dengan lebih tenang dengan arahan baru Brendan. Dia mengarahkan dalam keadaan bagaimanapun paling koman ,dua pemain tengah mesti berada ditengah bukannya buat semak kat atas macam tin sardin padahal cara begitu lagilah ruang jadi sempit untuk buat serangan. Kapten Gerrard menjadi penggerak utama kemenangan dengan 2 sepakan percuma yang amat bahaya kepada lawan. Gol penyamaan 1-1 disambut Agger dan gol kemenangan pula disambut Sturridge.

Newcastle tak bernasib baik kerana perangai baran Shola Ameobi mencarut dan kena kad merah dan Drummet membatai kaki Suarez. Dua keputusan itu beri kelebihan langsung kepada Liverpool, tapi masih tak boleh ambil kesempatan kerana Newcastle masih mampu bertahan dari bolos lebih banyak. Saya nampak formasi menggunakan 5 bek dicedok bulat-bulat dari Crystal Palace, dan ianya berjaya mengekang pasukan kita. Musim depan Brendan kena buat perubahan dalam permainan jika lawan main taktik begitu.

Kemengan itu tak bawa makna besar kerana bas West Ham rosak kena langgar dengan Stemroller Man City. Kemenganan City dah dijangka, cuma ramai berharap ada keajaiban. Saya akur yang Liverpool kena tingkatkan keupayaan pasukan walaupun pasukan sekarang boleh dikatakan yang paling mantap sepanjang saya jadi peminat Liverpool. Kalaulah bek kita boleh main macam Hyypia dan Carragher, saya berani cakap Liverpool takkan terkantoi sebegini rupa disaat akhir persaingan Liga.

Liga pun dah berakhir dan begitu juga peraduan teka keputusan. Pemenang dah diketahui dan  pemenang edisi ke-3 ialah shah_2134 dengan mengumpul 12pts mata. Bagi yang tak berjaya boleh cuba musim depan. Untuk pemenang sila SMS/Whatsapp Admin #019-4700766. Hadiah bakal diberikan seawal bulan Jun, kerana cek dari Nuffnang masih belum diterima.

Carta keputusan Teka keputusan Liverpool
  • shah_2134 (12pts)
  • DiDi Laborteaux (6pts)
  • Msw (6pts)
  • Aleym (6pts)
  • Nazirul Mubin (6pts)
  • >ayen<  (6pts)
  • Coutinho 10 (6pts)
  • MyDarwisAugust (3pts)
  • azlan86 (3pts)
  • azman (3pts)
  • Asfardy Sanusi (3pts)
  • #jfkberger (3pts)
  • adeq kawasan (3pts)
  • Stan (3pts) 
  • shah_2134 (6pts)
  • pokdin (3pts)
  • -Ayhku- (3pts)
  • supercyborg (3pts)
  • Zam (3pts)
  • merayuku (3pts)

May 11, 2014

RUANG NIAGA : TEE YNWA SEMPOI



Blog ni dari peminat untuk peminat. Jadi ada apa-apa produk yang berasaskan Liverpool saya tolong promosikan tanpa apa-apa kamsen. Jangan suruh promosikan ubat kuat atau MLM dah, itu kena tanya ahli lembaga pengarah Liverpoolkita dulu sebab tak kena dengan tema. Kalau nak teringin promo juga kena tolong jadi sponsor untuk pertandingan teka keputusan untuk musim depan.

Jika sebarang masalah dan pertanyaan lanjut sila berurusan dengan towkey baju .

SENJATA SULIT LIVERPOOL


Harapan terakhir diberikan kepada Ejen 007, Encik Andy Carroll @ Adi Khairul untuk menyentap City malam nanti. Beliau bakal dibantu oleh ejen Stewart Downing @ Mat Pening serta Joe Cole @ Mat Kole. Saya harap Sam Allardyce buat sehabis baik dengan meletakkan Bas RapidKL dan tak cukup panngil RapidPenang sekali susun depan kubu.

Taktik takkan nak bagitahu kot, Sam Perut Buncit kan terre bab suruh pemain dia main cari kaki. Mula-mula pergi cari kaki Yahya Toure dan semuanya bakal berakhir dengan mudah. Silva dan Nasri budak skema dan kalau tak dibuli mereka naik tocang. Jadi henjut mereka sepanjnag perlawanan kalau boleh pegang telur atau londeh seluar mesti balik ngadu kat mama diorang.

Lawak-lawak juga. Ada surat berantai dalam email yang mengatakan bookie dah tahu keputusan akhir dan kejutan bakal memihak kepada Liverpool. Alah, macam kes email berantai yang suruh kirim kat orang lain kalau tak kirim, kita kena turun bala.Tak percaya tapi takut juga kalau betoi. Jadi saya takut ianya betoi dan kali ini saya buat macam email tentang bookie tu mengarut, padahal dalam hati ... hehehhe paham-paham saja lah.

May 10, 2014

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE



Maaf semua. Baru 3 hari blog ni tak dikemaskini dah macam huru-hara dah jadi. Saya bukan merajuk atau kecewa sebab perlawanan dengan Crystal Palace. Cuma keluar kawasan sekejap dan tak mampu nak luangkan masa barang seketika buat ulasan sejurus perlawanan. Saya harap peminat Liverpool jangan dok tensen sangat sebab pasukan kita dah berada dalam kedudukan terbaik walaupun  hampir-hampir nak buat kejutan dalam sejarah Liga Perdana. Macam yang kita tahu, sasaran musim ini dah tercapai untuk ke Liga Juara-Juara, namun bonus untu medal Liga sudah hampir-hampir tamat.

Brendan Rodgers harus dipuji kerana meletakkan mentaliti baru dalam pasukan kita. Taktik menyerang kamikaze untuk menang gol banyak masa lawan Crystal Palace adalah satu benda yang saya rasa ramai peminat mahukan. Tengok ada yang teka sampai Liverpool akan makan Palace 9-0. Tetapi setiap taruhan yang tinggi ada risiko yang tinggi juga. Itulah lumrah kita tak perlu nak pertikaikan penilaian Brendan dan juga  pemain. Tekanan berada dipihak kita kerana Palace tak punyai sebarang kegusaran untuk main secara bertenang.

Bagi saya satu saja punca awal yang paling membuatkan pasukan kita tak seimbang selain dari mentaliti yang tak kuat. Ianya sebab penggantungan Jordan Henderson 3 perlawanan. Setuju atau tidak, itu hak masing-masing. Sebab apa yang saya nampak bila tiada Henderson, pengganti beliau Lucas tak mampu bertugas dengan baik . Pasukan kita sudah terbiasa dengan larian dan kerja-keras Henderson jika bola berada diatas atau pun dikawasan sendiri. Bila dia menyerbu lawan, kalau bola tak kantoi sekurang-kurangnya lawan tak boleh nak mara kekawasan Liverpool dengan mudah kerana sergahan awal beliau dapat berikan rakan lain turun ke posisi masing-masing..

Bila cakap bolos, ramai menunding jari kepada Skrtel dan Sakho. Ia mereka ada saham besar sebab bolos dengan Chelsea dan Palace. Tak adillah nak buat penilaian sebegitu kerana dalam bolasepak, setiap pemain ada tanggungjawab dalam pasukan tak kira ketika bertahan atau menyerang. Cuma sejak dari awal musim sampai sekarang Brendan masih tak nampak betapa keperluan seorang pemain "Kereta Kebal" yang perlu jika taktik menyerang secara kamikaze memakan diri. Dalam formasi 4-3-3,

Lagi satunya paling ketara dan tiada selindung lagi ialah posisi Glen Johnson perlu penilaian semula. Samada pengganti beliau ialah Flanagan atau sesiapa sahaja itu terpulang kerana Johnson amat merbahaya kepada pasukan sendiri dalam siatuasi serang balas. Penilaian dan tahap kewaspadaan beliau menghadapi serang balas lawan amat mendukacitakan. Bolasie sepanjang perlawanan bagaikan mimpi ngeri buat GlenJo. Glenjo sebenarnya liabiliti dalam unit pertahanan sebab saya dok ushar sejak dulu lagi, Dirk Kuyt banyak tolong ligan pemain lawan bila Glenjo asyik lalai.

Benda dah lepas dan berlalu apa nak buat. Jadi kita teruskan sisa perjuangan untuk kemenangan dengan Newcastel pula. Cuma saya harap jangan buat perangai lagi untuk tidak dapat kutip 3 mata. Sebenarnya kita boleh dapatkan keajaiban terakhir jika menang dan City tewas ditangan West Ham. Benda  tak mustahil kerana bolasepak penuh dengan kejutan. West Ham pun bukan pasukan yang bagus tetapi beberapa pemain mereka adalah bekas pemain kita terutamanya Andy Carroll dan Stewart Downing. Malah Kapten WHU, Kevin Nolan seorang Scouser. Saya juga pegang janji Sam Allydayrde yang bakal buat City kecewa malam esok.

May 3, 2014

LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE


Kalau ikutkan perkiraan Man City boleh menang semua baki 3 perlawanan dan bakal jadi juara Liga musim ini dengan perbezaan jaringan gol. Setakat sembang kedai mamak boleh lah, tapi tak semudah itu kerana dalam bolasepak, kadang-kala macam-macam boleh jadi. Tambahan pula lawan mereka selepas ini ialah jiran sekampung Merseyside, Everton. Rekod City di Goodison Park takbeapa cun dan Everton rasanya punyai kelebihan.

Sikap peminat Toffees yang busuk perut kita boleh abaikan kerana mereka sanggup lihat pasukan mereka dikalahkan semata-mata tak mahu kemenangan membuatkan Liverpool dapat peluang jadi juara. Jangan risau , sikap profesional pemain Everton saya yakin mereka persetankan hasutan peminat dan boleh berikan Man City kemaluan yang besar di Goodison Park.

Nasib pasukan kita mesti ditentukan oleh keputusan sendiri. Jangan pulak kalau Everton dah balun Man City pasukan kita pula kena getah dengan Crystal Palace. Tony Pulis berjaya membawa Palace dalam keadaan cukup selesa sekarang. Kalau di Stoke, kita dah tahu, Pulis akan arahkan anak buah main Ragbi, namun tak banyak beza dengan Palace. Apa yang berbeza ialah pemain corak permaianan Palace, lebih efektif bertahan dan dapat juga mencari gol kemenangan.

Saya berharap sangat Palace cuba tiru bermain macam Chelsea main. Dengan meletakkan bas ekspres depan pintu gol. Ketika itu baru kita bleh tengok bagaimana Brendan dan anak buahnya beri respon dengan tektik yang memerangkap daan memadam kehebatan serangan kita tempohari. Kita perlu ada Plan B, bagi hadapi pasukan yang takut untuk keluar dari gua. Harap sangat 3 mata dibawa pulang dari Selhurst Park minggu ini.


May 1, 2014

SIMEONE BELAJAR DARI KESILAPAN BRENDAN



Dalam bolasepak moden pelbagai kaedah bolasepak digunakan. Macam-macam corak samada Tiki-Taka, Total Football, Samba, dan terbaru Anti-Football. Tiada lain tujuan kesemua taktik digunakan dalam perlawanan ialah untuk dapatkan 3 mata atau sekurang-kurangnya tak tewas. Kepelbagaian dan rencam dalam bolasepak sebenarnya mewarnai kesenian dan keindahannya, supaya penulis sukan dan pundit-pundit dalam cenel bolasepak boleh bertekak dan tunjuk hebat sampai penonton ternganga depan TV.

Guru bolasepak bukanlah Johan Cruyff atau Franz Beckaubauer mahupun Raja Gopal. Mereka yang tersohor kerana berjaya mencorak permainan mereka sendiri padahal, mereka ini juga mencilok idea dari orang lain. Asas bolasepak mudah, cari jalan bagaimana nak jaringkan gol bila pegang bola dan nafikan peluang lawan dari jaringkan gol. Kadang-kala ada pasukan main mudah, dapat bola dari goli atau bek, cari kepala penyerang. Namun ada pula yang merumitkan keadaan dengan melakukan beratus-ratus hantaran kadang-kala nak bubuh sebiji gol pun susah.

Saya harap kita berlapang dada dengan pengurus lawan yang bermain penuh kelicikan dan sampai macam tak ada telur kerana terlalu takut kena ayam, padahal kalau kita tengok pasukan mereka punyai set pemain serangan kreatif dan dicemburui lawan. Tapi apa guna melabur berpuluh juta untuk pemain kreatif, macam ada kereta Ferrari jika atas Lebuhraya tekan takat 60kmj. Sampaikan pemain mereka sendiri mengkritik corak negatif yang adakalanya berjaya menyasarkan kemenangan tetapi kadang-kala bila sudah dibaca dan berulang-ulang dok main akal yang sama, kantoi juga lah akhirnya.

Saya begitu kagum dengan Simeone. Dia macam bayangan Brendan versi La-Liga. Tidak mempunyai skuad yang besar, bergaji mahal, tak beli pemain power dan paling menyedihkan kelab mereka tiada peminat diluar kawasan macam lawan mereka kalahkan ,Spartak Chelsea. Apa yang saya baca mengenai falsafah bekas ketua pasukan Argentina itu, beliau mahukan pasukan mereka main untuk menang tanpa melupakan nilai-nilai hiburan dalam sukan pilihan marhaen ini. Jadi bila saya tengok sekali imbas, bayangan Atletico memang terbias kepada Liverpool, cuma Atletico selama ini ditindas oleh Real Madrid, abang long kawasan.

Perlawanan Atletico dan Chelsea awal pagi tadi memang dramatik dan sesungguhnya memang boleh dikatakan hampir sama dengan lawan Liverpool. Cuma paling saya tak tahan sekali ialah 6 pemain pertahanan digunakan untuk main digelanggang sendiri. Ini macam nak bagi peminat sendiri menguap dan tidur sepanjang perlawanan. Apa saya terkejut sekali ialah bagaimana anak buah Simeone berjaya mengekang taktik negatif dan Fizikal Chelsea padahal kita percaya bulat-bulat Mitos pemain di La Liga lembik-lembik belaka.

Panik bukan pilihan bagi Atletico walaupun dah kena awal minit ke-36. Pasukan Atletico masih mengamalkan rentak menyerang namun saya tengok mereka cukup berwaspada dengan serangan balas lawan. Tak semua pemain naik menyerang, cuma 3-4 orang pemain yang saling bertukar-tukar posisi itupun Chelsea masih tak berapa nak menyerang macam pasukan tuan rumah yang lain. Gol Adrian, penalti Costa dan Turan bukan datang menggolek depan kaki tetapi mereka menggunakan helah sendiri untuk korek keluar pemain Chelsea dari gua mereka.

Kesimpulannya dari apa yang kita tengok Atletico aibkan Chelsea adalah bagaimana Simeone mungkin belajar dari kesilapan Brendan menghadapi lawan yang  tiada telur. Dan diharap pula Brendan selepas ini belajar balik apa metodologi Simeone yang begitu ampuh sampaikan Barcelona dan Real Madrid pun sekarang dalam tak pandang sebelah mata lagi terhadap pasukan yang pernah jatuh dari La-Liga sedekad lalu. Bukannya apa, selepas ini, pasukan kita akan hadapi pasukan-pasukan elitis dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails