Jan 31, 2015

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM



Peluang untuk ke Final Piala Liga tak kesampaian. Pasukan kita tewas dengan tandukan Ivanovic namun ianya setelah masa tambahan. Ini bermakna pasukan kita taklah seteruk mana cuma yang dikesalkan masih ada romantika Brendan terhadap Balotelli yang memang tak klik dengan corak Liverpool. Kita sedia maklum kalau pengadil Oliver buat kerja, Costa yang bukan muka saja buruk tapi hati juga busuk takkan boleh main sejurus memijak betis Can.Dah terlambat kalau dia kena gantung 10 perlawanan sekalipun, sebab keputusan tetap tak berubah.

Apa yang penting Liverpool sekarang dah dapat kembali permata yang hilang. Kembalinya Sturridge macam pembelian baru, sebab kita tahu takkan ada pemain baru dah. Jadi segala harapan terletak diatas beliau. Sama yang berlaku awal musim lepas sejurus Suarez kena gantung sebab gigit Ivanovic. Bagi saya Sturridge dah terbiasa dengan tanggungjawab sebegitu besar. Menurut maklumat Sturridge sudah pulih dan perlawanan dengan West Ham nanti dia akan dihadkan sebagi pemain simpanan dulu.

Kita takkan melupai detik memalukan kena 3-1 dengan West Ham sebelum ini. Semuanya adalah nasib kurang baik kita dan West Ham dapat gol-gol yang menakjubkan dan tak masuk akal macam jaringan Diafarra Sakho yang memang bernasib baik. Lagipun ketika itu sistem yang digunapakai Brendan lebih terdedah kepada serangan pantas lawan. Memang jauh beza pertembungan dibahagian tengah, West Ham nampak lebih agresif dan pantas, manakala pasukan kita nampak sangat lembab.

Sam Allardyce masih lagi pengurus yang saya meluat. Entah kenapa saya meluat tengok orang yang selalu kunyah cekelat getah, mungkin terbayang Alex Ferguson barangkali. Musim ini Allardyce bernasib baik dapat pinjam Alex Song dari Barcelona dan beli dua orang penyerang terbaik sorang dari Amerika Latin, Ener Valencia dan sorang lagi Diafra Sakho pemain Senegal. Gandingan mereka bersama Andy Carroll memang menjadi sampaikan pasukan mereka dikedudukan atas sikit dari pasukan kita dicarta EPL.

Dengar cerita pasukan kita bakal kehilangan Sakho sebab cedera. Entah pasal apa risau bila Lovren bakal kembali sebagai pengganti Sakho. Mahu tak mahu itulah opsyen terbaik yang kita ada. Nak tunggu Toure balik dia mungkin lambat lagi sebab beraksi di Piala Afika. Jadi kita harap sangat Lovren tak buat benda mengarut dan berikan persembahan mantap untuk jahit mulut pengkritik beliau diluar sana termasuk saya sendiri. Saya harap semua pemain berikan yang terbaik kerana West Ham boleh buat kejutan sekali lagi jika pasukan kita main sambil lewa.

Jan 27, 2015

PIALA LIGA:LIVERPOOL LAWAN CHELSEA



Pusingan pertama berkesudahan dengan seri. Dari segi permainan dikuasai Liverpool dan Chelsea hanya dapat simpati pengadil. Apa yang buat kita teruja ialah permainan kita memang dah tak seperti awal musim yang suram. Liverpool dah kembali berlagak bertiki-taka bagai. Pertahanan pula walaupun bolos namun bukan sebab serangan Chelsea hebat, namun sebab ada pemenang pingat emas penerjun olimpik Belgium, Eden Hazard. Penjaring terbanyak mereka, Mat Gajah kena saiko gila-gila dan main macam nak ajak bertumbuk saja. Dia ingat dia hebat sangat dan dapat penyiku Skrtel dan dibontotkan oleh Lucas sejurus itu.

Saja nak hanginkan peminat Chelsea kalau diorang baca blog ni. Sebab musim ini nampak bongkak tak habis-habis sama macam Si Maureen. Kalau saya jadi peminat mereka, patut kena sedar yang Chelsea bukan pasukan yang main untuk beri hiburan dan keseronokan dalam sukan bolasepak. Mereka main untuk menang dan biarlah matlamat mereka menghalalkan cara. Dengan Bradford haritu pun kena tiaw sebab nak main letak bas juga. Apa tak malu dengan pasukan Divisyen Dua dan nasib tak baik kena balun disaat akhir. Malunyerr.

Liverpool pula jangan nak terlajak bagus bila dah nampak macam ada peluang nak balun Chelsea sebab prestasi mereka yang tak berapa bagus kebelakangn ini. Betul Mourren akan nampak kejuaraan Liga sebab lepas perlawanan ini nak bertemu Man City pula. Cumanya Piala ni dah separuh kaki nak layak sebab sikit lagi nak ke Wembley, jadi perjalanam Liga mesti dia KIV dulu dan fokus untuk Piala Cap Ayam ini. Takkan tak kenai Si Maureen ketamakan nak bolot semua Piala bakal buatkan dia mesti bubuh pemain terkuat untuk menang.

Kita harap Brendan kena sediakan pasukan terbaik kalau boleh macam kesebelasan yang aritu seri dengan mereka. Dengar cerita Sturridge akan diturunkan dan mungkin akan diberi peranan sebagai pemain impak. Saya lebih suka jika Chelsea main lebih terbuka sebab bek mereka memang lembab. Kepantasan serangan kita memang diorang takut sebab itulah main tersangat negatif. Satu lagi saya harap Sterling kena tajamkan penendang dan hasilkan penyudah mantap sebab goli Chelsea memang padu gila punya bagus, setakat sepak lemah longlai senang saja dia tepis.

Jan 25, 2015

PIALA FA: LIVERPOOL 0-0 BOLTON


Jangan kecewa sangat seri Ok lagi dari tewas. Pasukan macam Chelsea, Man City dan Spurs juga terkandas terus dari perjalanan ke pusingan ke-5. Pasukan pilihan banyak terkeluar dan hanya tinggal Arsenal lagi yang belum tahu keputusan. Itulah yang dinamakan keajaiban Piala FA. Pasukan gergasi takkan selamat Awang Khenit. Kalau nak cakap peluang kepusingan seterusnya masih belum tentu lagi sebab Bolton mungkin boleh uat kejutan di Stadium Reebok. Namun jika ikut persembahan mereka pagi tadi, saya rasa jika dapat pengadil yang lebih tegas dapat habuanlah Bolton.

Bolton bernasib baik ada goli handal macam Adam Bogdan. Kalau tak mungkin mereka tak boleh nak dapat perlawanan ualangan. Percubaan Hendo,Coutinho dan Borini berjaya diselamatkan beliau. Dan mungkin banyak lagi sebab tak ingat semua. Lagi satu kehandalan mereka juga disebabkan tiru Chelsea main letak bas depan pintu gol. Sebab itulah Chelsea adalah ikon kepada pasukan cikai yang tak reti nak main hensem macam pasukan kita. Namun keputusan pengadil juga tetap main peranan bila gagal beri kad merah (kad kuning kedua)  kepada Mill yang membentes Markovic serta penalti kerana Hendo ditolak dalam kotak penalti.

Isu yang masih perlu diambil peduli ialah pasukan kita masih perlukan penyerang berkualiti. Tahap Borini masih belum menyakinkan, walaupun ada nampak sedikit perubahan. Lambert tak diberi peluang dan Balotelli pula dah dikritik Brendan sebab malas dalam latihan, namun tak pula nak dilelong. Saya dapat rasakan rombakan penyerang takkan terjadi Januari, dan hanya berbelanja balik awal musim depan. Faktor kepulihan Sturridge juga main peranan sebab Brendan tahu dia akan dapat balik permata yang hilang dan boleh mulakan kembali agenda macam musim lepas.

Saya harap Piala FA ini adalah tawaran terbaik untuk medal musim ini selain Piala Liga yang masih 50-50 bertemu Chelsea. Betul masih berbaki berapa kerat lagi pasukan Liga Perdana dalam pertandingan ini, peluang amat cerah namun kena hati-hati sebab pasukan yang tibai pasukan elit main lebih dari 100% semangat mereka. Apa pun tunggu 11 dari lagi untuk perlawanan ualangan dan harapnya kita boleh kasi sentap Bolton di Arena Reebok.

Jan 22, 2015

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN BOLTON WANDERERS


Korang peminat muda mungkin kurang nostalgia dengan Emile Ivanhoe Heskey. Tapi bagi saya Heskey adalah lejen yang tak kurang hebat sampaikan Fowler pun tak ada tempat dek kerana prestasi Heskey yang mencanak musim trebel 2000/01. Dia salah satu punca Owen jadi begitu prolifik sebab semua kerja kotor dilakukan beliau dan Owen akan dapat lorongan atau tandukan yang memudahkan kerja seorang penyerang laju. Namun jodoh dengan Liverpool tak lama kerana Heskey kerap cedera dan tak mencapai prestasi lampau.

Namun sempena pertembungan Piala FA dengan Bolton Wanderers, bukan sahaja kita bertemu Jay Spearing tetapi Heskey yang lama merantau ke Liga Australia dan dipanggil oleh pengurus Bolton untuk beri aura dan mencurahkan pengalaman beliau untuk pasukan Bolton yang dalam krisis kewangan yang teruk. Mereka terpaksa ambil kuda tua dengan gaji ciput sampaikan sorang lagi lejen tapi Chelsea punya, Eidur Gudjohnson pun dipujuk keluar dari persaraan. Kiranya gandingan Heskey-Eidur adalah macam cerita koboi The Unforgiven, koboi tua yang dah bersara terpaksa dipanggil untuk lawan bandit. Saya tak heran bagaimana Lennon boleh buat kerja gila camtu kerana Heskey masih bahaya dengan tandukan. Kena dengan stail Bolton.

Berbalik kepada Liverpool, pasukan kita dah dilandasan sebenar dan Brendan dah dapat formula untuk adunkan pemain baru dan lama. Walaupun 3-2-2-2-1 adalah resepi baru namun ianya dah hasilkan impak dan keputusan yang enak. Kritikan awal musim mungkin satu motivasi buat beliau kerana segala yang macam musim lepas dah kembali dalam permainan kita. Cuma masalah tak ada penyerang mantap itu saja. Kalau nak harap yang sedia ada agak sukar nak konsisten hinggakan Sterling dibidan terjunkan main penyerang. Dia ok tapi disitu bukan tempat sesuai dan kalau sekadar srmentara nak tunggu Sturridge pulih, memang tiada pilihan. Dengan Bolton mungkin Sterling akan pikul tanggungjawab sedia ada.

Dengar kata ada sedikit rombakan dari kesebelasan seri dengan Chelsea. Tak pasti samada Lovren ganti Can dan Lallana ganti Gerrard. Pemain akademi Jordan Rossiter ada ura-ura bakal diberi peluang dibangku simpanan. Nak tengok Ibe main jangan harap kerna dia terikat dengan perlawanan sebab dah main ketika dengan Derby sebelum ini. Sayang betul patutnya Ibe dapat peluang dalam pertandingan sebegini untuk tunjuk bakat.  Mignolet tak ada cabaran dan pasti main sebab Jones cedera. Kalau ikut prestasi terkini Mignolet kian meningkat, namun Bolton banyak main bola tinggi dan saya takut Mignolet tumbuk angin lagi sebab dia cukup badi dengan bola tinggi dari sepakan percuma atau penjuru.










PIALA LIGA: LIVERPOOL 1-1 CHELSEA



Kalau kita ditempat peminat Chelsea, patut berterima kasih kepada pemain ke-12 mereka yakni Rowan Atkinson. Keputusan penalti kepada Chelsea masih 50-50. Tetapi kalau pemain kita yang kena balun atau bola kena tangan, pengadil buat-buat tak nampak. Keji betul sampai kita tengok statistik yang Chelsea hanya buat percubaan tepat hanya sekali, itupun penalti dari Hazard. Nampak sangat betapa lekehnya pasukan yang kononya bakal Juara Liga, tapi main macam pondan harap bantuan pengadil saja.

Sudah-sudahlah Mourinho. Akal nak main serang-hendap tak menjadi. Gerrard dah tak main kat tengah lagi dan Lucas nkorang jangan buat memain, dia punya kasut but dah letak stut anti gelinciran. Bercakap pasal Gerrard, cara Brendan mengurus lejen kita itu dengan merehatkan dalam perlawanan terdahulu dan masukkan dalam perlawanan penting amat tepat. Malah dengan mengeluarkan beliau dan memasukkan Lallana dipenghujung perlawanan adalah taktik berkesan.

Cuak juga bila main 3 bek bila lawan pasukan yang lebih bahaya serangan. Namun kecuakan sekadar sebelum sepak mula. Lepas main saya lebih risaukan penyerang dari bek dan goli,sebabnya Chelsea dimadulkan dengan pertahanan yang lebih agresif dan ganas. Kebetulan juga sepanjang ketiadaan Glenjo dan Lovren dalam kesebelasan utama prestasi Liverpool mencanak-canak. Harus diingatkan kepada Brendan jangan nak memandai bagi Lovren main jika tiada krisis kecederaan.

Raheem Sterling menjadi penyelamat denagn jaringkan gol penyamaan. Saya harap adik Raheem kena berlatih tubi teknik untuk penyudah sebab dia banyak sia-siakan peluang, yang saya anggap memerlukan Sterling lebih tenang dan cermat untuk memperdayakan Courtouis. Mungkin Brendan tak mahu letakkan Borini atau Lambert sebab dia lebih yakin dengan Sterling yang lebih lincah dan boleh gunakan kepantasan untuk potong bek Chelsea.

Kebangkitan Liverpool bukan omongan  tapi kenyataan. Sepanjang 15 perlawanan pasukan kita hanya tewas sekali. Walaupun masih jauh untuk nak main bongkak cam musim lepas, namun dengan hantaran dan gerakan kreatif, dah tak jauh dah tu. Kita masih tiada penyerang yang boleh buat kerja kosong yang ditinggalkan SAS. Sturridge mungkin kembali tak lama lagi, dan nasib kita bakal berubah. Malah kalau camni punya main kat Stamford Bridge dan ada Sturridge plak kot atas, ada peluang nak main di Wembley tahun ni.

Jan 19, 2015

PIALA LIGA SEPARUH AKHIR: LIVERPOL LAWAN CHELSEA


Liverpool dah layak ke Separuh Akhir Piala Liga. Biar tak gelemer pun Piala ni, rekod masih dipegang pasukan kita. Nasib kita baik kerana lawan Chelsea. Sebab kalau nak lawan pasukan cikai terasa macam tak berbaloikan medal ini. Chelsea juga pada pandangan saya akan pulun nak dapatkan kemenangan untuk layak ke Final. Maknanya setelah beberapa minggu dok berasa pasukan kita dah makin maju kedepan dengan siri kemenangan dalam Liga maka ukuran prestasi terkini akan sampai ke-kemuncak dalam perlawanan ini.

Chelsea tak boleh nak anggap mereka dapat lawan mudah. Ini kerana awal musim sebelum ini krisis identiti melanda. Jangankan mereka, dengan pasukan lemah pun Liverpool tak boleh nak main baik. Cuma masa berubah dan segala kekalutan dah berlalu, Liverpool sekarang nampak lebih mantap dari pelbagai segi. Namun nak main macam musim lepas mungkin dah tak berapa nak sama. Sekurang-kurangnya pertahanan dah kurang bolos dan tak cemas bila kena serang.

Kita harap Brendan kena sediakan pasukan yang terbaik untuk lawan Chelsea, dan bukannya skuad eksperimen. Saya ada tengok sedikit gol-gol Spurs masa mereka tibai Chelsea haritu. Chelsea kena getah jika pasukan lawan main agresif dan pantas. Lagi satu jika nak bagi Borini main pun ok juga tetapi jika nak harap Borini nak lepas dengan Terry dan Cahill macam Villa haritu saya sikit khuatir. Kecualilah Borini boleh jadi Harry Kane yang punyai penyudah mantap dan sepakan padu.

Sebagai pasukan bukan pilihan, saya anggap ianya satu kelebihan. Kurang tekanan dan pemain boleh bebas bermain walaupun apa jua keputusan. Namun begitu kalau dah sampai tahap camni kita mahu pemain cuba sedaya mungkin memberikan kejutan kepada anak buah Mourinho. Malah kita mahu kalau boleh diamkan peminat Chelsea yang tak habis-habis permainakan insiden Gerrard tergelincir musim lepas. Kita mahu tengok bagaimana Mourinho nak mengamuk sama macam mereka bungkus dengan Spurs haritu

Jan 18, 2015

LIVERPOOL 2-0 ASTON VILLA



Bila bertembung dengan Aston Villa satu perkara pelik yang kerap berlaku sejak dua menjak ini. Masing-masing garang ditempat lawan. Haritu Villa dengan selamba menang di Anfield, tapi semalam giliran Liverpool tibai mereka di Villa Nabilla. Semua itu bukan kebetulan tetapi adalah faktor tekanan dan juga terlebih konfiden. Malah mungkin ada kaitan dengan sikap Brendan yang lebih peka kepada kritikan dengan membuat keputusan tepat tanpa terbawa-bawa dengan keegoa lampau.

Kalau dengar Abbas Saad dan Paul Parker punya tekaan masing-masing tak bagi peluang kat kita. Abbas hanya bagi seri 1-1 dan Parker punya kebiasan Menyunya cakap kita bakal tewas 2-1 ditangan Villa. Mungkin ada betul cakap Abbas, mereka menilai sama macam kita melalui depan kaca TV, tetapi Brendan dan pemain boleh buat kejutan dengan beberapa benda yang sangat aneh berlaku masa perlawanan itu.

Perkara aneh macamana itu. Jangan hairan, benda aneh ialah bagaimana kaki Fabio Borini dah boleh kenal jaring gol lawan. Nak puji dia banyak sangat pun tak boleh juga sebab dari dekat 5 peluang untuk gol atau peluang untuk hantar gol kepada rakan yang terbuka, itu sahaja yang dia mampu buat. Kalau nak Liverpool main dipertengahan liga, pemain macam ini mungkin dah kira hebat. Tapi jika nak celen kejuaraan Liga ataupun grup Liga Juara-Juara, permainan Borini tak boleh setakat itu sahaja. Dia kena lebih ganas dan cerdik dalam situasi meyerang.

Begitu juga Lambert. Kita tahu dia boleh jadi pemain impak dan sekali lagi kita tengok mengapa pemain yang tak berapa gelemer ini membuatkan Balotelli tak ada langsung dalam senarai pemain simpanan. Jadi kalau Brendan masih mahu kekalkan Balotelli bila ada pasukan lain nak beli atau pinjam keluar Balotelli itu lagilah misteri yang kita tak padat rungkai. Kita boleh tahu niat Brendan yang cuba nak tunjuk eksyen kat Mancini dan Mourinho yang dia mampu latih Balotelli jadi hebat. Namun kita harap niat itu dilupakan sahaja sebab ianya bakal makan diri.

Tiada Gerrard tiada masalah. Kapten Hendo dah ambil alih tugas Kapten dengan bagus walaupun bukan boleh dikatakan cemerlang lagi. Hantaran beliau kemas dan gol pembukaan Borini adalah hasil hantaran cantik  mencari ruang mudah untuk Borini menjolok kaki untuk memasukkan bola ke dalam gawang. Kita tengok Hendo bukan sahaja rajin kesana-kemari mengahmbat lawan. Mulut beliau kepoh mengarahkan rakan-rakan buat itu-buat ini. Inilah kapten yang dikatakan bukan sahaja beri contoh untuk rakan dengan pulun gila-gila tetapi boleh bagi arahan yang membuatkan rakan-rakan lebih waspada.

Nak ulas semua pemain boleh sampai 20 perenggan. tapi apa yang kita tengok unit pertahanan dah kemas dan sekali lagi tiada kebolosan berlaku. Mignolet makin cemerlang akibat kemantapan Can, Skrtel dan Sakho yang berhempas pulas mematahkan serangan Villa samada dari udara atau pertembungan fizikal untuk menenggelamkan Benteke yang cukup bahaya jika dibiarkan tanpa dikawal ketat. Moreno dan Markovic amat cemerlang, namun dari segi disiplin pertahanan Markovic jelas kian mampu bermain diposisi yang baru bagi beliau.

Akhir kalam, prestasi Liverpool dah makin cemerlang. Liverpool adalah pasukan yang paling unggul dalam 6 perlawanan terdahulu. Tiada lagi krisis yang diwar-warkan sebelum ini. Kalau adapun itu adalah sekadar badai kecil yang menghentam bahtera pasukan dan ianya dah berlalu dengan membawa sedikit pengajaran bagaimana nak kemudi pasukan bila situasi cemas berlaku. Saya tak nak cakap Brendan dah kembali kepada Brendan yang musim lepas. Cukuplah jika Brendan sekarang dapat kekalkan momentum kecemerlangan sekarang dan tidak lagi membuat khilaf berulang-ulang dengan bagi pemain yang tak boleh masuk dalam sistem main disebabkan faktor nak kaver kesilapan pembelian.



Jan 16, 2015

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA


Pintu, tingkap dan jendela perpindahan dah buka dekat 2 minggu. Tapi heran mana pergi beratus-ratus pemain yang dikaitkan dengan perpindahan masuk. Kalau bagi posisi Penjaga gol dah hampir dekat sedozen nama yang hebat-hebat. Penyerang pun sama dan mungkin ramai lebih pada itu yang diwar-warkan. Selebihnya pemain tengah pengganti Gerrard dan juga bekap untuk Lucas. Tapi yang agak aktif ialah perpindahan keluar, Oussama Assaidi ke Dubai dan Suso ke AC Milan. Maka benarlah apa yang Brendan cakap sebelum ini, Januari mungkin tiada pembelian pemain kerana cukup dengan apa yang ada. Bunyi macam cakap sombong, tetapi realitinya memang pihak pengurusan dah tutup akaun dan mahu lihat kertas-kerja awal musim dilaksanakan dulu. Tiada belanjawan tambahan untuk separuh penggal.

Sungguhpun begitu benda lain pula yang Brendan buat. Dia telah memanggil balik Jordon Ibe dari pinjaman di Derby County. Pada masa kita perlukan penyerang, Brendan nak kasi semak bahagian sayap yang rasanya tak diperlukan sangat, Tambahan pula Lallana dah kembali pulih. Lebih baik biarkan Ibe main puas-puas dekat Derby. Lagipun Deby sedang pulun nak menang Liga Kejuaraan. Biarkan Ibe merasakan bahang dan semangat nak menjadi juara, sebab bila dah ada mentaliti untuk dapatkan sesuatu sasaran seperti kejuaraan pemain akan melonjakkan persemabhan hingga semantap yang mungkin. Kalau balik ke Liverpool dok hayun biji dibangku simpanan dan masuk sebagai pemain impak 3-4 perlawanan sekali, apakejadahnya. Lagi satu saya percaya pengurus Derby, Steve McLaren adalah jurulatih yang bagus untuk korek potensi pemain muda macam Ibe dengan bagi latihan yang spesifik disamping beri peluang untuk Ibe mengekspresikan diri dalam kesebelasan utama.

Seronok bila dengar Sturridge dah hampir pulih. Tapi saat yang ditunggu masih jauh untuk masukkan Sturridge dalam kesebelasan. Masa lawan Aston Villa nanti jangan haraplah nak tengok Sturridge hatta dibangku simpanan. Sekali lagi saya rasa salah seorang dari Lambert, Borini atau Balotelli yang bakal turun. Takpun Sterling sekali lagi jadi penyerang bidan terjun. Ikut pandangan saya lebih baik Sterling dari mereka 3 ekor, sekurang-kurangnya serangan kita lebih flesibel dan mobil. Borini memang boleh main macam minggu lepas, tapi tugas penyeranng untuk jaringkan gol tak dilaksanakan. Sampaikan bukan takat percubaan bahaya, nak pegang bola dan hantaran pun merapu. Macam ni pun Brendan masih boleh bersabar tak jual bila ada pasukan lain nak kurangkan kerugian kita.

Lucas ada ura-ura nak dijual ke Inter. Betul kalau dalam sistem 4-3-3 memang Lucas dianggap pembaziran kerana kurang pantas dan tak punya idea kreatif macam Abam Gerrard. Namun statistik menunjukkan bahawa bila Lucas main Liverpool banyak menang dari tewas. Orang yang banyak buat kerja tak glemer macam Lucas tak banyak dapat penghargaan dan pujian padahal jika tiada tiada beliau bahagian tengah selalu kena buli. Cuma kena tengok dengan siapa Lucas nak berganding, jika Hendo atau Can memang ngam tapi kalau kena gu dengan Allen memang takkan boleh blah.

Kita tahu Aston Villa pasukan tak bagus mana. Namun pasukan ini cukup badi untuk ditewaskan. Tengok awal musim, Villa adalah pasukan pertama yang kasi kita bungkus. Lagipun ketika itu Balotelli jadi pwnyerang utama dan memang patut kalah sebab penyerang kita itu bukan penybab utama tetapi bek Villa main kotor membuli Balotelli. Dan pengadil buat tak nampak Senderos saja bentes Balotelli padahal bola masih ditengah padang. Kali ini kalau Balotelli turun dia mesti cerdik dan licik untuk hadapi serangan sikologi lawan. Tapi kalau Sterling kembali di posisi Penyerang utama saya ingat bek Villa akan dapat habuan sebab Sterling banyak akal dan cerdik.

Jan 11, 2015

LIVERPOOL 1-0 SUNDERLAND



Sistem sedia ada menggunakan pemain sayap yang menyerang dan bertahan memang nampak ada kelebihan. Sebelum ini Moreno dan semalam Markovic menyumbat gol dari posisi tersebut. Malah dalam sistem ini juga tak perlu banyak penyerang, kalau ada pun sekadar cukup syarat. Borini dah main dari awal tapi tak berkesan. Masuk Balotelli tak banyak peluang tapi bagus sikit dari rakan sekampung beliau.

Saya harap Brendan tak fikir nak abaikan keperluan penambahbaikan penyerang Januari ini sebab Sturridge dah nak pulih. Trio yang ada sekarang memang tak berfungsi sampaikan Sterling terpaksa jadi bidan terjun sebagai penyerang.  Bukan takada orang nakkan mereka bertiga.  Balotelli dikaitkan dengan kelab Serie A. Borini dengan Sunderland dan QPR dan Lambert cuba dintai Pardew untuk Crystal Palace. Bila ada peluang camni boleh buka tempat untuk penyerang baru.

Satu lagi yang saya rasa ramai nampak ialah bagaimana Emre Can dah menjadikan pertahanan Liverpool dah makin kemas walaupun masih lagi belum sempurna. Dia ada segala pakej menjadi pemain bagus walaupun tak pasti kat mana posisi terbaik samada sebagai pertahanan, ditengah atau dibahagian sayap kanan. Kepeningan nak letak posisi terbaik mungkin jadi satu kelebihan buat pasukan sebab pemain fleksibel camni jarang terdapat masa kini. Kalau adapun berbelas tahun lepas ada, nama dia Steven Gerrard.

Permainan dengan Sunderland keseluruhan dianggap sukses walaupun menang tipis. Pengadil yang mengadili perlawanan kali ini nampak kurang pengalaman lagipun ini kali pertama saya tengok dia dalam musim ini. Kalau tak kerana pengadil buat khilaf kekasaran keatas Markovic oleh Brown adalah penalti dan beberapa insiden kekasaran yang banyak  sebelahi Sunderland. Walapun begitu kad merah kepada Bridcutt adalah tepat.

Dengan nasib kurang baik pasukan macam Spurs, Swansea dan West Ham keciciran mata peluang pasukan kita naik tangga kian cerah. Malah dengan Menyu yang ditempat ke-3 hanya beza 5 mata. Harap kena fokus untuk kekalkan persembahan mantap walaupun tak main seganas musim lepas.

Jan 6, 2015

PIALA FA: LIVERPOOL 2-0 AFC WIMBLEDON 1


Kita patut salut Kapten Gerrard kerana dia masih mahu berjasa dengan hanya ada baki 6 bulan perkhidmatan. Saya pasti kalau orang lain contohnya kat tempat kerja kita, kalau dah bagi surat letak jawatan dengan notis 1 bulan, kira-kiranya dah lepas tangan dan jangan dok tanya dah pasal kerja, silap-silap batang hidung pun tak nampak perabih cuti dan MC. Bagi pemain yang betul-betul sayangkan kelab, biarpun dah tahu beliau bakal dilupakan untuk musim depan, tapi masih boleh bagi yang terbaik dan kekalkan persembahan mantap.

Memanglah AFC Wimbeldon bukan lagi pasukan hebat macam Wimbledon "The Crazy Gang" dulu. Tapi semangat pemain mereka sangat hebat sebab kelab mereka dipunyai oleh peminat serpihan Wimbeldon asal bukan pemilikan Taikun tempatan atau luar. Wimbeldon sekarang dah jadi MK Dons, alah pasukan cikai yang belasah Menyu 4-0 dalam Piala Liga. Berbalik kepada Wimbledon, pasukan ini menggunakan taktik biasa pasukan liga bawahan dengan banyak bermain bola hantaran tinggi mencari Abam Sado, Abedayo Akinfenwa. Bila tengok Akinfenwa punya stail teringat penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme. Kekuatan fizikal mereka dah tahap badak.

Memang sukar nak lawan pasukan yang banyak main fizikal dan bertahan macam Wimbledon. Memang patut Brendan turunkan Lambert sebab nak umpan pertahanan Wimbledon, walaupun kita nampak Lambert tak banyak aksi bahaya. Kali ini Brendan letakkan Gerrard bermain dalam posisi no.10. Taktik berjaya, Gerrard menjadi penyumbang gol untuk Liverpool seawal minit ke-12. Hantaran lintang Manquillo pada mulanya mencari lambert kot, namun Gerrard menerpa dengan pantas menanduk masuk bola tanpa dapat dihalang bek Wimbledon yang terkantoi dek kerana menjaga Lambert yang dirasakan sasaran utama hantaran lintang itu.

Berpuluh-puluh kali serangan Wombeldon dengan taktik yang sama. Hantaran lintang mencari kepala-kepala penyerang. Sukar juga nak tembus kubu Liverpool dengan kombinasi 3 bek kental. Memang dah rezeki tuan rumah, serangan demi serangan dilancarkan dan akhirnya setengah jam perlawanan , barulah pasukan tuan rumah dapat gol penyamaan. Sepakan sudut Wimbldon tak bahaya langsung, cuma Mignolet tak dapat tumbuk bola keluar dan lawan dapat menanduk bola kearah pintu gol. Ingat dah nak selamat bila Skrtel dapat menyelamatkan bola hampir nak masuk, namun jatuh betul depan Abam Sado, dan dikuis mudah kedalam jaring. Apa nak buat Mignolet memang dah macam tu, bola koner selalu kantoi sebab dia bajet lamabt untuk keluar celen bola.

Selama mana Wimbeldon boleh bertahan. Mereka mungkin agak kebal sebab bertahan padat dan punyai goli yang mampu menidakkan peluang Liverpool berkali-kali. Tetapi bila dalam keadaan bertahan dari sepakan percuma. Disinilah peluang Liverpool dan Kapten Gerrard dengan selamba melepaskan sepakan lencong yang begitu cun diluar jangkauan goli Wimbeldon yang cemerlang sebelum ini. Untuk rekod, Steven Gerrard hanya 5 gol lagi nak potong Fowler untuk tempat ke-5 penjaring terbanyak dan merupakan pemain tengah no. 1 dalam carta penjaring terbanyak. Sebab itulah bila Alex Ferguson cakap Gerrard lebih hebat dari Patrik Veira, Veira sendiri cakap bab ini dia tak boleh nak komen apa-apa sebab memang itulah kenyataan.

Kemenangan dengan AFC Wimbledon membawa pasukan kita keperingkat pusingan ke-4 untuk bertemu dengan Bolton Wanderer dan juga Jay Spearing dan tak lupa Emile Heskey. Harap kena pastikan dapat pulun untuk medal ini bukan untuk Gerrard sahaja, tapi kena ada medal sebab dah melabur banyak sangat. Takkan nak jadi Arsenal 10 tahun sekali baru nak dapat 1 piala kot.

Jan 4, 2015

SANG HERO MAHU BERSARA



Kita perlu memahami apa yang menyebabkan Steven Gerrard membuat keputusan drastik pada masa yang dirasakan kurang sesuai. Ada yang mengatakan bahawa Kapten kita itu mahu sambung tetapi dahlah gaji kurang separuh satu hal, yang paling Abang Long tak boleh terima ialah menjadi pemanas bangku simpanan. Gerrard rasa dia masih boleh jadi pemain utama, namun bagi Brendan Rodgers dia perlu tegas mahu sistem baru yang perlukan kudrat yang lebih dari sekadar hantaran jauh Hollywood.

Kalau selami disituasi Gerrard, bila jiwa terasa masih muda dan semangat masih membara, setakat nak main tanpa henti tiada masalah. Dia punya stamnina dan kecergasan masih ada, sebab itulah kita tengok bila dia kena duduk dibangku simpanan, muka dah macam cipan kehilangan anak. Siapa yang selalu jadi simpanan tahulah situasi macam tu, pantang nampak kawan-kawan nampak macam cedera, dalam hati mintak doa supaya dia cedera sampai tak boleh main, sebab itulah peluang nak dapat main pula.

Bila peminat pasukan lain troll Kapten kita itu dengan mana pergi Medal Liga Perdana Inggeris, terasa macam kita pula naik sebak. Rekod Gerrard dalam segala pingat dan kejuaraan memang nampak gempak, namun kecacatan hanya pada ketiadaan Medal EPL. Namun rekod yang tak pernah orang lain buat macam pemain yang takkan lupa jaringkan gol dalam perlawanan Final tak pula orang nak canang. Saya nampak itulah satu sebab Gerrard masih ambisi EPL, namun terlepas peluang buat kali ke-3, selepas bersama Houllier, Benitez dan Brendan msuim lepas.

Jika kita pula dipihak Brendan Rodgers, adakah salah meletakkan keutamaan pada yang hak. Dia boleh sahaja mainkan Gerrard, namun implikasi keupayaan Gerrard yang makin dimamah usia membuatkan pasukan terpaksa menanggung pemain yang menjadi liabiliti bila mahu main dengan pantas. Kita tengok kalau Gerrard main disamping Lucas yang pun tak berapa laju, senang sangat pemain tengah lawan potong atau main goreng-goreng kat tengah. Nak hambat dah tak ligat dan nak bentes pula sempat.Macam lawan Leicester, gol penyamaan datang dari posisi yang patut pemain tengah berada dalam situasi bertahan.

Kita harap Gerrard tak berasa hati dengan Brendan Rodgers sebab nampak macam layanan beliau macam memaksa Lagenda kita itu suruh keluar. Sebenarnya apa yang ditanggung selama ini bukan sebab Brendan atau Gerrard sahaja, namun pihak pengurusan juga buat tahi dengan sistem perpindahan yang meniru sistem Bola Lisut, Boston Red Sox. Kalau Brendan tak dihalang untuk dapat pemain bintang dengan penjualan Luis Suarez, nasib mungkin tak sama kusut macam sekarang. Kita tengok Yaya Toure, dia taklah laju sangat permainan, namun sistem dan pemain sekeliling banyak membantu kekurang taklah dirasai.

Akhir kalam, saya harap Kapten Gerrard dapat beri yang terbaik sehingga habis musim ini. Dia mungkin dah ada tempat untuk destinasi seterusnya, namun jika betul dia main di Major League Soccer, harap ada kelapangan boleh main balik di Anfield secara pinjaman walaupun tak boleh bagi impak sangat, namun jika sekadar boleh beri nilai sentimental pun jadilah. Kita harap tak ada salahkan sesiapa dalam hal ini terutamya Brendan Rodgers. Kita kena cari inspirasi baru dan kalau boleh ianya dari Akademi sendiri.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails