Dec 29, 2015

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND


Menang tipis dengan Leicester sebenarnya masih jauh dari kekuatan sebenar pasukan. Leicester kuat jika pemain utama mereka dalam kondisi terbaik. Vardy bermain dalam kecederaan dan Mahrez juga dalam kondisi yang sama. Mereka kehilangan Jeneral padang, Dinkwater sebelum perlawanan. Apa yang penting Klopp meletakkan taktikal kena dengan tempatnya dan bagi saya 4-2-3-1 adalah formasi ideal berbanding 4-3-3.

Mignolet
Clyne Lovren Sakho Moreno
Henderson Emre
Lallana Firmino Coutinho

Benteke

Dalam pada kemenangan penting itu, cuma masih yang kurang memuaskan ialah kegelabahan Sakho yang masih buat pertahanan cuak namun yang paling tak boleh belah prestasi  Benteke yang kurang prolifik. Patutnya Benteke lebih pro dengan merembat awal sebelum pertahanan tutup ruang. Kalaulah Leicester dapat penyamaan lepas kekantoian itu, berbakul-bakul makian akan sampai dan jadi bahan sampai kiamat.

Pasukan macam Sunderland memang cap ayam masa lawan Man City. Pertahanan mereka pincang tanpa Younes Kaboul. Banyak kebocoran gol dari  hasil gerakan hantaran lintang. Ini bermakna memang ideal Benteke diturunkan jika nak aplikasikan bagaimana City buat kepada mereka. Namun kepala otak Sam Allrdyce bukan boleh jangka, akal banyak orang tua tu. Pasukan yang macam Sunderland lah patut kita kena berhati-hati. Ingat tak pengalaman dengan Newcastle.





Dec 24, 2015

LIVERPOOL LAWAN LEICESTER


Ini bukan plot cerita "Game Of Throne", walaupun guna emblem Stark untuk ganti emblem musang Leicester. Tapi perebutan takhta EPL, puak Leicester yang sedang menduduki takhta, itupun dengan kejutan demi kejutan. Kejayaan Leicester tak macam puak Stark, Leicester berjaya mengharungi hampir separuh pusingan Liga Inggeris akibat perlbagai masalah dan perbalahan dari kekuasaan besar lain. Ini disebabkan Chelsea tiada pemberontakan dalaman oleh pemain, begitu juga Menyu yang hampir sama. Puak Man City dan Arsenal punyai masalah berlainan, mereka ditimpa musibah kecederaan panglima-panglima utama. Pasukan kita Liverpool jangan cakaplah jauh dari gapaian untuk mengintai takhta disebabkan pertukaran tampuk pemerintahan dan perlukan masa yang lebih untuk kembali bangkit.

Mari kita selidiki serba sedikit apa hebat sangat Leicester tu. Dah bertahun kat Liga Kejuaraan, mereka naik ke Liga Perdana dua musim lepas sebagai Juara Liga Kejuaraan. Musim pertama mereka terselamat dari disingkirkan dan hanya mempunyai beberapa pemain ternama seperti Estaban Cambiasso lejen Argentina. Musim kedua yakni musim ini mereka melantik Cloudio Ranieri bekas pengurus Chelsea menggantikan Nigel Pearson. Ramai beri amaran kepada Ranieri yang beliau buang masa dan bakal jatuhkan reputasi sebagai pengurus elit dengan terima jawatan pengurus Leicester. Namun bagi pengurus Otai yang dah masak dengan asam-garam Liga Inggeris, Ranieri terima cabaran Leicester dan bantuk pasukan yang bakal buat kejutan kepada semua orang termasuk saya .

Apa yang hebat Leicester ni macam Forrest Gump, itu menurut Ranieri sendiri. Forrest Gumpt yang lakonan aktor Tom Hanks, yang suka lari dan lari dan terus berlari sebab stamina banyak katanya lagi. Tapi Raineiri tak lupa beri kredit kepada Pearson, yang mengatakan sebenarnya prestasi Leicester dah bermula sejak mereka berjaya melepasi ujian selamat dari turun liga. Namun musim ini, etika pemain dan semangat berpasukan ditunjukkan walaupun yang paling menonjol ialah dua pemain utama mereka Vardy dan Mahrez. Rasanya seantero Eropah mahukan dua pemain ini tapi jangan ingat Leicester nak lepaskan mereka. Pemilik Leicester bukan sengkek, mereka adalah jutawan Thailand yang dengar kata proksi Thaksin Sinawatra.

Perlawanan di Anfield sempena hari buka kotak hadiah, memang mendebarkan. Ialah kena bertemu dengan pendahulu liga dan juga pasukan yang paling konsisten. Kali ini kita kena mengaku pasukan kita bukan pilihan dan bersedia main macam pasukan bukan pilihan. Saya harap takda lagi kegelabahan dan pemain main ikut kemampuan sendiri. Malah Klopp kena pastikan barisan yang diturunkan bukan sahaja terkuat, malah terbaik untuk hadapi kekuatan Leicester yang tertumpu dibarisan hadapan mereka.

Bogdan
Clyne Toure Sakho Moreno
Lucas Emre Hendo
Ibe Origi Coutinho

Dec 21, 2015

LIVERPOOL 0-3 WATFORD



Saya ulangi kembali, bagi yang terlalu mengharap sangat keupayaan Klopp macam kat Borussia Dortmund nak buat kat Liverpool, ketika ini, cuba ambil masa sikit berfikir dengan tenang dan buat kajian tentang sejarah Klopp. Klopp tak mampu buat silap mata, ambil tongkat sakti, tunding kat semua pemain dan tadaaaa.. Liverpool dah macam Barcelona atau Bayern Munich. Kepekaan Klopp mengenai kelemahan Liverpool adalah kunci untuk membangunkan kembali Liverpool sedikit-demi-sedikit untuk menjadi pasukan yang stabil, konsisten dan beri keputusan positif tak kiralah menang, seri atau kalah. Cuma kita masih belum pasti apakah Klopp akan buat pembangunan secara drastik mulai Januari ini atau cuma ambil jalan sederhana gunakan tinggalan pusaka Brendan, cuba perbaiki keadaaan dengan memberikan peluang demi peluang kepada pemain sedia ada.

Dalam tulisan pra-perlawanan dengan Watford, saya telah jelaskan bahawa kebangkitan Watford bukan nasib semata-mata. Mereka main dengan taktik 4-4-2. Rasanya ianya agak pelik dengan karektor Quique Flores, pengurus moden eropah yang selalunya bakal main dengan pelbagai taktikal yang menggunakan ramai pemain tengah. Apa yang saya nampak, beliau cerdik dan cermat macam pengurus Leicester, Cloudio Ranieri. Masing-masing tahu diman untuk Liga Inggeris, tempo pantas dan permainan agresif adalah kunci kejayaan jika punyai pemain sederhana. Maka dengan permainan yang mereka mainkan ikut suka nak main bola tinggi, bola laju atau serang-balas, pasukan lawan bakal terima padah jika tak kaji kekuatan Watford untuk persediaan pasukan untuk kesebelasan yang bakal diturunkan.

Kesebelasan yang diturunkan oleh Klopp memang terbaik. Saya akui ianya memang cun walaupun Bogdan yang main di gawang. Sebab apa saya kata cun macam bedak Mak Cun. Rekod dengan kesebelasan itu memberikan keputusan terbaik. Tapi masalahnya apa yang tak kena dengan semua itu. Ikut apa yang nampak sepanjang 90 minit secara umum. Liverpool terlalu ikut tempo Watford. Watford main laju, Liverpool main laju. Watford main bola tinggi Liverpool pun sama. Nak main agresif pun macam Watford, tapi masalahnya semua tak menjadi sebab nak tiru orang tapi lupa kekuatan sendiri adalah permainan mengungguli tempo. Bila dah kawal keadaan dengan main rileks, buat hantaran cermat, pemain berada diposisi yang menutup ruang Watford untuk main melalui dua penyerang pantas. 

Gol pertama Watford menjadi pertikaian, samada ianya kesalahan pemain Watford menerajang tangan Bogdan atau memang Bogdan sendiri gelabah tak bertempat, tak tangkap kemas bola hasil sepakan sudut lawan. Namun hasil dari gol tersebut, bukan semua pemain nampak gelabah dan hilang fokus. Semua yang dibuat tak menjadi, kalut nak seraang sampai tak peduli kawasan sendiri. Nah hasilnya gol kedua Watford menyusul bila Ighalo mengambingkan Skrtel dan melakukan larian menewaskan Bogdan. Dan gol ketiga Watford dan kedua peribadi Ighalo separuh masa kedua dah dijangka kerana Liverpool dah main terlalu keatas dan hasil gerakan serang-balas mudah sahaja Ighalo menanduk masuk gol hantaran lintang.

Saya tak kesal Liverpool tewas, malah suka sebab itu barulah cara untuk Klopp buka mata yang beliau bakal persia-siakan mata jika mahu kekalkan semua pemain dan perbaiki pasukan dengan pemain sedia ada. Taktikal Klopp "Gegenpressing" tak mampu dimainkan oleh ramai pemain yang lembab. Tapi masalahnya mereka nak main sebegitu konon nak tunjuk bagus depan Klopp. Klopp sendiri bagitahu, bukan semua keadaan nak main 130km sejam. Kena pandai-pandailah bila nak brek, dan perlahankan tempo bagi menyesuaikan keadaan lawan. Namun nampak macam apa yang mereka pelajari dalam latihan semua tertinggal kat Melwood, hantam kromo sejak dari lawan Newcastle lagi.

Jika ada kesungguhan dari pemilik FSG, sila beri kemudahan kredit kepada Klopp untuk berbelanja besar Januari ini. Pembelian Januari memang agak sukar nak dapat pemain hebat, tapi jangan lupa yang Suarez, Coutinho dan Sturridge semuanya kita dapat masa itu. Jadi harap FSG jangan halang jika Klopp nak berbelanja besar Januari ini untuk dapatkan sasaran utama beliau, bagi memperbaiki beberapa posisi kritikal iaitu penjaga gawang, pertahanan tengah dan juga penyerang yang bukan sahaja hebat depan gol tapi boleh main dengan falsafah Kloppo. Tapi jika Klopp yang tak mahu berbelanja dan masih degil nak gunakan pemain sedia ada sampai habis musim, sekalian peminat janganlah menaruh harapan terlalu tinggi sampaikan ada yang kata Klopp mampu memenangi kejuraan Liga musim ini, macam undian yang saya buka awal-awal dulu.

Dec 19, 2015

LIVERPOOL LAWAN WATFORD


Kisah pemecatan Mourinho menjadi carian tertinggi berbanding Star Wars. Begitu sensasi sehingga dapat mengatasi filem Perang Angkasa lepas yang begitu ohsem. Saya taknak cerita nak bagi tribut kepada lelaki spesyel itu, namun kena faham dalam bolasepak kuasa pemain jangan dibuat main-main, mereka boleh jadi sekuat kuasa Jedi. Bila ada pemberontakan, buat rebel pasti akan mengatasi puak Imperial. Itulah kuasa pemain yang menjadikan pengurus hebat macam Mourinho, dari pembawa kejuaraan EPL terus melingkup berada hampir ke zon penyingkiran. Nasib yang sama mungkin bakal diterima Rafa Benitez di Madrid yang sedang menunggu masa nak kena buang.

Kita bernasib baik dapat pancing Klopp awal-awal. Kalau dok buat rileks dengan Brendan, mungkin Klopp mungkin jadi rebutan dengan Chelsea. Perihal prestasi Klopp mungkin ada statistik yang dikeluarkan nampak Klopp tak sehebat mana. Itu terpulang, cara kita nak nilaikan beliau dan bandingkan dengan Brendan. Tapi apa yang saya dapat huraikan bahawa Brendan mewarisi Suarez, Gerrard dan Sterling. Manakala Klopp mewarisi pemain caca-merba, Sturridge-Coutinho yang kerap sakit dan pemain mahal macam Benteke yang memang tak serasi dengan taktikal serta masalah pertahanan termasuk goli yang masih huru-hara.


Fokus Klopp untuk musim ini adalah memperbaiki kapal yang tak stabil, tinggalan nakhoda terdahulu. Mungkin belum januari lagi dah dengar ada pemain yang dalam rundingan. Jadi Klopp memang dah tahu kawasan mana dalam pasukan yang bermasalah. Cuma kita tunggu dan lihat samada Klopp nak bertukang siap-siap Januari atau cuma buat tempelen sementera tunggu sampai tiba musim panas. Gambaran beliau nak beli pemain bagi perkuatkan dalam perpindahan yang akan dibuka belum jelas, kerana sasaran yang kita dengar semuanya untuk musim depan, contoh Grujic dan Matip. Jadinya dengan skuad sedia ada Klopp yakin masih boleh pergi jauh mungkin.

Perlawanan terdahulu, memang Klopp telah salah percaturan meletakkan Benteke. Itu pendapat saya. Walaupun kita tahu ada opsyen lain dengan meletakkan Firmino sebagai penyerang tiruan, ataupun mainkan Origi diatas. Mungkin dengan Benteke, jika kena opsyen yang betul dia masih berguna. Tapi yang tak kena dah lah tiada hantaran dari lintang kepada beliau, pemain yang sedia-ada tak ada kualiti nak buat hantaran lencong yang baik. ini bermakna sia-sialah nak letakkan pemain yang tak sesuai dengan taktikal, tapi masih mengharapkan sesuatu dari Benteke. Nak jadi macam main judi pakau, kalau kena untung, tapi kalau tak kena rugi besar.

Dengan Watford nanti jangan anggap mereka boleh dibelasah macam dulu-dulu. Bukan nak memperbesar-besarkan kehebatan pasukan mereka. Kunci kepada prestasi mereka pengurus yang pernah menang Piala Europa untuk Atletico Madrid, Quique Flores. Jangan dilupa, Atletico berjaya benamkan Liverpool diseparuh akhir, dalam kejohanan itu. Jadi nak cerita yang peranan Flores adalah pemangkin kedudukan Watford yang berada diatas pasukan kita. Permainan Watford bukan main bola tinggi dan fizikal sangat, namun boleh dikatakan ada iras-iras Crystal Palace. Bahaya mereka ialah punyai penyerang berkembar yang lincah Deeney dan Ighalo. Dan lainnya ramai pemain hitam-manis yang laju-laju dibanyak posisi.

Bogdan
Clyne Skrtel Toure Moreno
Hendo Lucas Emre
Coutinho Firmino Lallana

Seperti yang saya letakkan formasi pilihan, tak mungkin sama dengan pilihan Klopp. rasanya dia bakal letakkan Mignolet digawang dan Firmino takkan dapat peluang bermain penyerang macam lawan City, tetapi Benteke akan diberi peranan utama. Mungkin kita punyai andaian tak sama ketika sesi latihan Klopp dengan anak buahnya. Siapa pun yang Klopp letakkan dalam kesebelasan nanti itulah yang terbaik hendaknya. Kita tahu Klopp pun jenis degil, sebab dia memang akan berusaha nak buktikan sesuatu yang diluar jangkaan orang. Macam kes Lovren, kita nampak kelainan dengan aura Klopp. Harapnya Benteke dapat meledakkan gol  dengan Watford untuk tutup mulut pengkritik.





Dec 15, 2015

LIVERPOOL 2-2 WBA



Liverpool bermula dengan hebat sejak awal permainan menguasai hampir 80 persen penguasaan bola. Hinggakan Skrtel dan Lovren sahaja berada dikawasan Liverpool. Pemain lain dah bertebaran di kawasan WBA. Percubaan tak banyak tapi gerakan hanya berlegar-legar dikawasan tengah dan banyak bergerak dari sebelah kiri Liverpool. Gol pembukaan hadir bila gerakan dari Coutinho melakukan hantaran lintang dari kiri mencari Lallana. Dalam pada itu Henderson membuat larian dari tengah meluru kedalam kotak penalti. Lallana menanduk bola hantaran Coutinho tepat kearah Henderson dan kapten Liverpool itu tak mempersia-siakan peluang merembat melepasi goli WBA, Boaz Myhill. Keputusan 1-0, ramai menyangka Liverpool bakan menghayamkan WBA macam Soton tapi apa bakal berlaku nanti lain pula ceritanya.

Permainan West Brom memang sudah sudah dijangka. Menggunakan kekuatan fizikal dan permainan bertahan sampai kedalam. Tapi apa yang pemain kita buat membolehkan WBA dapat gol yang mereka tak sangka, bila Mignolet keluar konon nak tumbuk bola tapi hanya menghayun angin sahaja. Kalau dah kantoi tak dapat tumbuk bola itu sahaja tak apa, refleksi beliau memang lemah bila tak mampu menampan bola dan membiarkan sepakan Dawson meleret masuk dicelahan kangkang beliau. WBA bernasib malang bila gol kedua jaringan Olson tak dikira kerana curi ayam. Namun separuh kedua Olson sekali lagi melakukan tandukan padu melepasi pertahanan Liverpool yang gagal menahan asakan WBA. Memang kelebihan WBA sebab ramai pemain mereka tinggi-tinggi belaka.

Kecederaan Lovren memang menyedihkan. Geram juga dengan tindakan Gardner yang memang sengaja menempek but kelutut Lovren. Itu bukan tak disengajakan, namun dalam bolasepak itu lumrah sebab saya sendiri pun adakalanya main camtu, ambil bola dengan orang sekali. Lovren dah tak boleh main, pengganti beliau akan dibawa masuk. kejutan bila Klopp tak masukkan Toure tetapi masukkan penyerang yakni Origi. Emre mengambil tempat Lovren dibawah. Origi masuk bermain dibahagian sayap kiri dan keyakinan Klopp diatas taktikal itu membuahkan hasil. Sepakan Origi ikutnya kalau tepat mungkin boleh ditangkap Myhill, tetapi terbias kena pertahanan WBA dan masuk kedalam gawang. Klopp dah macam konduktor okestra, mengajak peminat bersorak sehabis kuat menggamatkan Anfield. Keputusan 2-2 adalah satu kelegaan walaupun hampir nak kalah tadi.


Klopp bagi banyangan dia takkan belanja untuk januari walaupun apa terjadi. Walaupun kita boleh rasa dia sedar yang beberapa pemain warisan Brendan banyak yang tak berapa konsisten dan ada yang tak memenuhi inspirasi taktikal beliau. Klopp nampak macam agak degil sebab masih mahu kekalkan beberapa pemain dalam kesebelasan utama terutamanya Mignolet yang masih ditahap tak memuaskan dan Benteke yang tak sesuai dengan peranan penyerang mobil sebab terlalu kaku diatas. Pengganti Mignolet setakat ini paling sesuai ialah Bogdan, walaupun tak berapa orang kenal. Benteke boleh simpan, dan diganti dengan Origi. Bukan kerana Origi penyelamat maruah kita malam kemarin tetapi corak permainan beliau dah nampak ala-ala Sturridge dan makin lama makin meningkat sejak jaringan Hattrik haritu.

Namun kita kena pandai baca pemikiran Klopp. Dia nampak macam bekap gila-gila pemain yang yo-yo tapi harus diingat secara saikologi Klopp tak mahu pemain makin tertekan bagi persediaan untuk hadapi perlawanan bulan Disember yang padat. Dahlah kehilangan Lovren, nak bagi serabutkan lagi situasi dengan menjatuhkan moral pemain. Jangan risau sampai bila Mignolet nak main teruk, mungkin dia akan kembali normal, cuma harap dia tak usik kesabaran Klopp untuk buat kejutan januari. Kita harus faham juga pintu-tingkap perpindahan Januari bukan senang nak dapatkan pemain idaman. Jadi tunggu dan lihat sebab kadang-kala macam-macam boleh jadi dalam bolasepak.

Dec 12, 2015

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM


Perlawanan dengan Newcastle adalah pelajaran kedua Klopp selepas Crytal Palace. Tewas dengan Palace saya tak hirau, sebab kualiti pemain Palace memang terbaik berbanding Newcastle. Namun apa yang merisaukan ialah kepercayaan Klopp kepada pemain gantian dibalas dengan persembahan hambar. Bagi saya ada hikmah juga kalah dengan pemain tinggalan Brendan. Sebab musim ini Klopp bagi tahu dia sedang menilai pemain, siapa yang gagal  memuaskan hati akan tahu nasib mereka. Paling cepat Januari atau mungkin selamat pun takat hujung musim.

Piala Europa telah melepasi pusinngan kumpulan dan Liverpool menjadi juara kumpulan. Itupun berdasarkan keputusan tak seberapa,  sekadar seri 0-0 dengan Sion. Main atas padang licin bersalju, membuatkan permainan terencat sedikit. Sion memang ada kelebihan sebab padang sendiri, buruk macam kubang kerbau pun mereka dah terbiasa. Risau juga tengok, tapi nasib baik majoriti pemain utama pulang tanpa cacat cela dan tak merencatkan persedian menentang West Brommich Albion di Anfield.

Kita terkilan dengan keadaan Sturridge. Ikut hirarki penyerang, dia memang no.1. Itupun kalau dia boleh main setiap masa. Tapi dengan perkembangan kecederaan yang pulih sekejap, pastu jadi balik, ramai peminat tak naik tensyen dengan keadaan beliau. Nak harap Benteke, dia nampak tak berapa ngam dengan taktikal idaman Klopp, tapi Klopp masih mempunyai idea nak ejas Benteke dalam kesebelasan. Brendan tak berjaya dengan misi tersebut, sebab pandai beli sahaja tapi tak pandai guna. Kita dah tengok beberapa perlawanan Benteke sebagai penyerang utama, persembahan beliau masih yo-yo.

Mignolet
Clyne Skrtel Lovren Moreno
Hendo Lucas Emre
Lallana Coutinho
Benteke

Saya anggap kesebelasan utama bakal jadi taruhan Klopp untuk lawan WBA nanti. Kita dah tengok sebelum ini camna WBA kintai Arsenal ditempat mereka. Corak mereka main nak lebih kurang macam Crystal Palace, bertahan dengan padu dan serangan balas yang macam kilat. Satu lagi kelebihan WBA yang konsisten ialah bila dapat sepakan percuma dekat luar kotak penalti lawan, persen nak gol memang tinggi. Maknanya mereka cukup terlatih ddan sangat bekerja keras dengan  latihan setpis. Itu yang sedikit merisaukan kerana pemain kita selalu juga buat kesalahan dekat kawasan depan penalti. Kita tak harap menang besar, dapat memang tipis pun dah cukup bagus. Tapi yang penting taknak kejutan dari WBA.






Dec 7, 2015

LIVERPOOL 0-2 NEWCASTLE


Mengakui kesilapan adalah perkara paling kita respek kepada Klopp. Bukan berkarektor bangat mcam Brendan. Hampir kesemuanya adalah kesilapan. Permulaan, pertengahan dan akhiran perlawanan. Kemenangan Newcastle adalah 50-50, dari mereka dan juga kita. Mereka taklah main baik, cuma ada 3 percubaan dan satu adalah percubaan tepat, tapi masih dapat 2 gol dan paling malang macam bagi percuma 3 mata untuk mereka.

Pendapat Klopp lagi beliau mengenai perlawanan ialah suluh tepat kepada pemain tengah. Pertahanan tak dapat dibantu oleh pemain tengah yang kaku, lembab dan langsung tak kreatif. Begitu juga barisan depan. Tetapi jujur saya akui yang Klopp memang khilaf dalam membuat penggiliran. Taktikal terbalik untuk jaga kecergasan Sturridge. Patutnya masukkan Lallana dan Sturridge dahulu, main 60 minit dan tukar dengan Benteke dan Ibe.

Walaupun kemasukan Sturridge dan Lallana tak menjamin gol, namun tengok Firmino dan Benteke lagi sakit hati, tak ada pergerakan lincah macam lawan Chelsea, City dan juga Soton. Kalau nak bahan saya ikut suka, saya bukan pembenci Benteke. Namun saya sedar dia memang takkan ngam dengan falsafah Klopp, hatta sebagai plan B. Tapi Klopp mana ada Plan B, Gegenpressing semua nak pemain yang mobiliti dan lincah.

Pemain lain macam Milner, Allen dan Lucas memang tak boleh main bersama, sebab gaya mereka sama, lembat dan kurang agresif..Nampak sangat ketiadaan Emre , pasukan terasa sangat lemau. Tugasan Emre sorang, Milner dan Allen berpadu pun tak mampu nak buat. Bila nak naik bukan main eksyen, nak turun bantu pemain pertahanan bila diserang mengejut, macam lari gerak perlahan. Saya tak pasti jika benar Klopp mahukan pemain macam stail Gundogan, maka kena bawa Gundogan masuk sebab Allen dan Milner dibawah stendet Klopp mahukan.

Permainan buruk sahaja memang menyakitkan, tapi bila penjaga garisan membatalkan gol Moreno yang berkelas dunia, yang patutnya tak curi ayam (offside) dikatakan mencuri. Kesilapan pengadilan boleh berlaku dimana-mana, kita akui mereka bukan ada alat pengukur nak teropong macam Juruukur tanah nak buat jalan. Tapi bila dah itu sahaja peluang yang terbaik dan masuk berjaya masuk jaring, kebengangan memang tak boleh nak simpan.


Jangan nak kecewa sangat. Baik juga bungkus perlawanan yang teruk dari bungkus bila main sempoi. Ianya lebih mudah nak perbaiki mana patut. Secara keseluruhan Newcastle memang layak memang disebabkan faktor kita sendiri dn juga nasib mereka cukup baik. memang beberapa hari lepas kita memang terlalu bagus, namun terima hakikat yang harini bukan hari kita. Ianya lumrah kehidupan dan asam-garam bolasepak. Kita kena memahami kenapa dan terus mara kedepan.

YNWA.

Dec 4, 2015

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE



Blog ni masih bernyawa, cuma penulis ada kekangan masa sejak minggu lepas. Komitmen kerja, keluarga dan pemergian bapa saudara ke rahamatullah, menyempitkan ruang untuk selitkan masa memblog. Terima Kasih pembaca tegar yang SMS saya tegur pasal tak kemaskini sejak perlawanan dengan Man City lagi. Maaf sekali lagi, dimasa depan saya nak beli gajet yang mesra Blogspot sebab, pakai peranti Android memang mustahil nak tulis. Mungkin nak cari Tab atau phablet yang pakai Window. Kalau sapa nak sponsor boleh juga, bukan tiap-tiap hari ada artikel, silap-silap tiap-tiap jam, sampai meloya nak baca.

Imbas kembali kemenangan dengan Swansea. Walaupun dengan kemenangan takda stendet, hanya dapat ikhsan penalti, itupun penuh kontroversi yang patutnya tak dapat. Cuma yang kita perlu sedar ialah Swansea tak berapa serang sangat seperti biasa, maka nak tembus pertahanan berlapis-lapis memang masalah pasukan dulu, kini dan selamanya. Lagipun selalunya pasukan datang ke Anfield bukan sangat nak main terbuka, sebab memang cari padah nak kena kintai. Tatacara permainan Swansea macam lain sangat bila mereka main agak kedalam dan takut bertiki-taka. Walaupun menang huduh, tapi kredit kepada Swnasea yang dapat mengembirikan serangan Liverpool sampai mandul.

Perlawanan dengan Soton di pusingan suku akhir lain pula jadinya. Ramai yang rasa Soton boleh tunjuk eksyen di San Mary. Memang eksyen betul awal tak sampai 1 minit, Soton mendahului melalui Mane yang menanduk masuk hantaran lintang Tadic. Moreno akui kesilapan sepat tak jaga Mane. Tapi kebangkitan bermula sebab Liverpool bagi peluang pemain kaki MC, Sturridge dalam kesebelasan utama dan jaringankan 2 gol. Namun paling memgujakan bagaimana Origi boleh dapat hatrik, padahal awal penampilan memang tak boleh blah. Jangan lupa Ibe juga nampak garang dengan gol peribadi.

Melangkah keperlawanan dengan Newcastle, penghuni kedua tercorot, ianya ibarat makan angin bagi peminat Liverpool. Namun tidak bagi Klopp rasanya. Dia banyak cakap berlapik-lapik. Mainan minda beliau rasanya berkisar untuk naikkan semangat pemian. Kita tengok tanpa Benteke-Firmino-Coutinho-Milner-Clyne dan Mignolet, pasukan separuh kuat Liverpool telah baham kesebelasan utama Soton sampai 6-1. Pemain yang sama tinggalan Brendan, tapi nampak sangat ketara perubahan mereka. Apa yang Klopp bagi mereka makan sampaikan banyak kali kena dulu, boleh bangkit membahamkan lawan. 

Mignolet
Clyne Skrtel Lovren Moreno
Milner Lucas Henderson
Lallana Firmino
Sturridge

Sebenarnya dengan kembalinya Sturridge dan Henderson memeningkan kepala nak letak siapa bagi hadapi Newcastle. Opsyen terbaik letak mereka berdua senang cerita. Tapi jika mahu kurangkan risiko kecederaan berulang, Benteke dan Allen boleh jadi bekap. Kiranya barisan simpanan taklah cikai sangat. Keperluan untuk ada skuad yang mantap bukan setakat 11 terbaik, simpanan juga kena tahap Tok pawang terjun, yang lebih bersiap sedia Dari bidan terjun.

Untuk rekod, musim ni perlawanan ditempat lawan, Liverpool nampak garang berbanding kat Anfield. Harapnya rekod kecermelangan tak tercalar oleh Newcastle. Orang lain boleh sebat 3-4 biji selamba di St James Park, takkan Liverpool tak mampu. Oleh itu ramalan saya mungkin Liverpool bakal menang tapi dengan margin rendah 2-0 , sebab Newcastle takkan berani nak main terbuka walaupun di arena sendiri. Pembaca lain mungkin ada ramalan berbeza, dan jangan lupa bubuh tekaan anda, kita tengok siapa yang kena.



Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails