Mar 30, 2016

FORMASI MUSIM DEPAN DENGAN ATAU TANPA GOTZE


Pasti ramai yang anggap Gotze belum pemain kita lagi, tapi apa salah nak buat andaian untuk formasi jika Gotze dapat atau tidak musim depan. Kalau tak dapat Gotze, mungkin kita dapat Reus sapa tahu. Susah apa, tempat Gotze ganti dengan Lallana, sama macam formasi lawan Soton haritu. Formasi 4231 memang kegemaran Klopp, jadi pi mai-pi mai dia mungkin akan gunakan templet seperti di Dortmund untuk letakkan pemain terbaik untuk formasi itu. Apa yang kita tengok macam-macam formasi musim ni kerana pemain sekarang macam rojak campur, tak semua sesuai dengan 4231 Gegenpressing.

Ada cakap formasi itu berkesan separuh masa dengan mendahului 2-0 tapi tak berkesan separuh kedua. Itu ada betul dan salah. Betul sebab keputusan berakhir tewas 3-2dan Klopp silap buat percaturan dalam permaian untuk saingi percaturan separuh kedua Koeman. Itu sahaja. tapi yang salah ialah formasi itu berkesan jika pemain sado ala Wanyama bermain dengan Emre dalam taktik 2 pemain tengah. Allen dan Henderson tak cukup lasak dan sasa nak lawan pemain tengah yang agresif. Sebab itulah saya letak Wanyama, bukan suruh beli dia, tapi nak pemain jenis camtu main untuk jadikan formasi dan taktikal 4231 berkesan.

Sebab itu dalam kekalahan dengan Soton, saya anggap Klopp bersalah dan perlu perbaiki kesilapan musim depan, dengan mendapatkan pemain ala Wanyama jika dia betul mahukan taktikal seperti yang kita bincangkan tadi. Kalau ada pemain camtu, tak payah takut nak tukar taktikal separuh kedua, Soton akan dijadikan hidangan sesedap "Sotong Kankung Padang Kota". Kesimpulan jika nak beli Gotze atau yang setaraf, kena ada pemain tengah yang sado, agresif dan boleh bantu pertahanan jika kena serang balas. Kalau saya jadi Klopp pergi pulun Wanyama sebelum Spurs sambar tak pun N'Golo Kante dari Leicester sebelum Chelsea sambar.

Mar 29, 2016

RAMAI TERLAJAK YAKIN DENGAN GOTZE


Setakat janji mulut nak datang, ianya masih jauh dari jangkauan. Kecuali ada perancangan belakang tabir oleh pihak FSG bersama Klopp siapa tahu. Tapi ramai terlalu yakin, sebab ada wartawan otai yang buka cerita dalam sessi temuramah sebelum ini. Daya penarik Klopp memang mengujakan, macam Artis yang femes pergi ajak peminat masuk MLM, berderu nak masuk sebab bukan produk tetapi sebab orang yang ajak itu. Bukan Gotze sahaja, Gundogan, Hummel, Aubameyang serta ramai lagi pemain BVB yang boleh kena pikat dengan Klopp, jika kena dengan harganya.

Mar 28, 2016

IAN AYRE MEMANG HAMPAS


Ian Ayre memang jembalang tanah. Patutlah dia berhenti jadi Ketua Pengarah Ekskutif, rupanya dia ada memang tak boleh harap bab jual beli pemain. Yang jual Suarez bukan dengan harga £75juta tapi diskaun £10, jadi bayaran Suarez hanya £65juta. Itupun Barca buat ansuran tahunan. Kiranya setiap sen yang mereka keluar berbaloi-baloi dan Liverpool pergi habiskan duit dengan pemain cap ayam seperti Markovic, Balotelli dan Lambert. Harap CEO yang baru dapat yang jenis macam kat Sevilla,nama dia Monchi. Jenis CEO tu memang licik,  beli pemain bagus dengan murah, jual dengan harga melampau jika terpaksa.


Mar 26, 2016

PILIHAN BIJAK ATAU BANGANG JUAL STURRIDGE


Ini baru gembar-gembur berita yang masih sekadar bau-bau kentut. Masih belum sahih dan mungkin juga mengarut. Tapi layan lah juga sekadar nak jadikan modal perbincangan sebab bosan takda perlawanan Liga. Ok diberitakan Kelab Pak Syiekh, Paris Saint Germain dengar kata bakal kehilangan 2 penyerang prolifik mereka, Ibrahimovic dan Cavani. Sekor nak ke Menyu dan sekor mungkin ke Chelski.

Jadi antara penyerang yang bakal dibedal salah seorang ialah Sturridge dengan nilai bidaan  £45- 50 juta. Di sini kita mahukan pendapat kesemua pembaca blog ini mengenai desas-desus itu. Sebab Klopp pernah cakap yang kesemua pemain boleh dibeli jika ada mereka mahu belah dan paling penting kena dengan harganya. Apakah kerana faktor kecederaan beliau mahu dijual atau jangan sekali-kali jual penyerang terbaik, kalau tak menyesal.

Berikan pendapat anda Kemon.

Mar 24, 2016

BENTEKE : KLOPP DAH TAK PEDULIKAN AIII...



Stats:
35 Matches
1954 Minutes
8 Goals
5 Assists
244.25 Minutes/Goal
150.3 Minutes/G+A

Harga  32.5 M Pound
Gaji 120k/weeks


Mar 21, 2016

LIVERPOOL 2-3 SOUTHAMPTON



Rasanya ini kali kedua  kecelakaan berlaku bila di depan 2 gol tapi kena balik dengan lawan. Kali pertama dengan Sunderland, tapi nasib baik sekadar seri. Namun dengan Soton yang patutnya kita boleh bunuh permainan awal-awal, peluang belambak sampaikan kalau pemain tak gelojoh, tamak dan tenang mungkin separuh pertama 5-0 boleh bantai si .Memang rasa sedih sangat -sangat ditewaskan separuh masa kedua. Kiranya pasukan kita jadi macam AC Milan di Istanbul 2005, bukan kemain seronok separuh masa pertama dan separuh kedua Koeman membuat percaturan bijak, lumpuh terus pasukan kena main balik.

Liverpool bermain cukup baik dan teratur sejak wisel permulaan ditiup. Hantaran pendek kemas, pegang bola dengan cermat dan menyerang agak bijak mencari ruang walaupun Soton main terlalu dalam bertahan. Gol dari Coutinho amat cantik, melakukan rembatan lencong dan melantun kelantai dulu dan melantun masuk kedalam gol diluar jangkaan Foster. Gol Sturridge pula hasil gerakan serang-balas yang dimulai Coutinho melorongkan bola kepada Origi dan Origi melarikan bola, melepaskan kepada Sturrige yang acah-acah dulu dan merembat kedalam gol untuk gol kedua Liverpool.

Sukar nak cakap yang percaturan Koeman atau kesilapan Klopp adalah faktor penentu dalam perlawanan. Namun seawal tengok formasi dan barisan yang diturunkan, dah tahu pemain kita nak cari gol banyak dengan menggunakan 4 pemain serangan dan hanya dua pemain tengah. Taktikal ni memang ampuh, berkesan sepanjang 45 minit, sebelum Koeman melakukan pertukaran drastik memasukkan Wanyama dan Mane. Jika Mane dan Wnayama tak masuk pemain kita masih boleh joli katak dengan bekal 2 gol, tetapi  heran camna Klopp tak baca bahaya dan bencana yang bakal meninpa bila pemain bahagian tengah Soton dikuatkan dan menambah kreativiti didepan. Detik itulah buku bertemu ruas, Emre dan Allen yang sebelum ini jadi boss sekarang dah jadi pencacai kena main dan tak mampu nak hadapi Tsunami Soton.

Ramai yang berkobar-kobar marahkan Skrtel. Tapi harus ingat Klopp juga yang patut kena jawab sebab masukkan 2 pemain yang sudah tahu memang tak boleh belah, Skrtel dan Benteke. Padahal beliau ada peluang buat taktikal lain yang beliau sendiri mahukan iaitu pemain kena padatkan ruang tengah. Skrtel memang petualang utama, hampri kesemua kesilapan bermula dari beliau. Sebagai pemain pertahanan paling Otai dalam pasukan, patutnya dia kena buktikan kepercayaan Klopp berikan dan main dengan lebih bersungguh. Tapi ternyata Skrtel bermain sekadar tunjukkan isyarat macam dia bakal kena pancung musim depan.

Skrtel memang suka main tarik-tarik baju pemain lawan sejak dulu, kini dan selamamnya. Penalti dihadiahkan setelah Skrtel  tarik baju Pele. Namun nasib baik Mignolet jadi hero tepis sepakan Mane. Petanda nak jadi malapetaka tu dah kian nampak. Gol pertama Soton kita akui hasil kesilapan Flanagan. Tapi Skrtel dah lah lambat naik buat perangkat Offside dan berada dibelakang Pele camna Flano nak buat hantaran selamat ke belakang. Dan boleh tengok saja hantaran Pele kepada Mane , dah Sakho turun secepat mungkin tapi tak berjaya blok sepakan Mane untuk gol kebangkitan Soton.

Gol kedua Soton nampak bermula dari Skrtel. Dia dah la tak mampu nak celen Pele kat udara, bila Pele bawa bola depan tengok sahaja tanpa cuba nak terjun untuk blok dan gol penyamaan Pele membuatkan Soton lagi nampak ghairah nak cari gol kemenangan. Gol kemengan Soton 100 persen memang Skrtel punya angkara. Tanduk tak kena, bentes lawan pun tak kena dan boleh pula kacau Allen yang boleh keluarkan bola jika tak diganggu Skrtel. Akibatnya bola dapat kepada Pele dan sekali lagi menhulurkan hantaran kepada Mane yang melakukan larian dan tidak dapat dikejar Sakho, lalu merembat melepasi Mignolet .

Dah nampak pasangan Lovren dan Sakho dah jadi pasangan ideal, untuk pertahanan tengah musim ini. Kalau ada kecemasan lagi percayakan Toure, walaupun lagi otai dari Skrtel. Namun apa yang penting Klopp bakal ambil pengajaran penting kali ini, sebab takkan nak terjun luang biawak dua kali. Pertama kalau dah kedepan setakat dua biji, itu bukat tiket untuk main rileks dan puashati setakat itu sahaja. Mungkin faktor keletihan jadi faktor, namun pemain tengah sendiri kena bijak sikit main dengan kompak dan lindungi bek tengah yang memang tak boleh blah sejak Skrtel masuk.

Dan yang penting, jika tak percayakan Benteke jangan masukkan langsung. Sebab marah-marah depan kamera pun tak guna, kerna ada pengulas bangang yang sembang tak jatuh, bukan faham apa-apa, cakap Klopp tak hormat pemain. Padahal kalau main haprak, beli dah mahal gaji dekat 120k seminggu, siapa boleh sabar. Baik beri pemain muda macam Ojo peluang main lebih kerap pun takpa. 

Mar 20, 2016

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Liverpool masih dalam misi ke Liga Juara-Juara. Walaupun masih berbaki 10 perlawanan, tak nampak ianya mustahil namun kena percaya kepada diri sendiri. 7 mata memisahkan Liverpool dengan Man City ditangga ke-4. Kalau nak kurangkan defisit kepada 4 mata, kena pastikan dapat mengatasi Southampton di St Mary besok. Cabaran yang kelihatan agak sukar namun ianya tak mustahil dapat direalisasikan jika persembahan yang ditunjukkan sebelum ini diteruskan. Sejak tewas kepada Man City dalam Final Piala Liga, Liverpool tak menoleh kebelakang dengan 3 kemenangan dan 1 seri.

Mignolet
Flanagan Lovren Sakho Clyne
Henderson Can
Lallana Firmino Coutinho
Sturridge

Sempena meraikan lanjutan kontrak, Flanagan rasanya dia bakal masuk dalam kesebelasan utama dan  Clyne bakal ditukar kebahagian kiri. Ini sebab Moreno mungkin belum cergas dan bidan terjun di bek kiri, Milner kena gantung 1 perlawanan ketika lawan Palace haritu. Lovren dan Sakho bakal teruskan kecemerlangan untuk gandingan bek tengah. Dan bahagian tengah serta serangan takkan berubah banyak dari perlawanan dengan Menyu sebelum ini. Kecuali jika Klopp nampak prestasi Hendo yang kian merosot, dia boleh gantikan dengan Allen yang memang dah tak tahan memerap dibangku simpanan.

Walaupun prestasi Soton kian teruk sejak dua menjak, namun mereka bakal turun dengan kesebelasan terkuat minggu ini. Dengar cerita Wanyama dan Fonte kembali dalam kesebelasan utama. Dengan Wanyama, rasanya Soton akan kembali mendapat rentak untuk main lebih agresif dan tutup ruang bagi pemain kreatif kita nak menguasai bahagian tengah. Dengan permainan mereka menjurus kepada kelebihan pemain lincah dari sayap Mane dan Tadic untuk meyelinap dari sayap dan melepaskan hantaran kepada Pele atau Long.

Kita harap boleh menang dengan Soton, bukan sebab kita terlalu bagus dengan keputusan lalu dan Soton memang teruk sebab mereka main tak bagus kebelakangan ini. Jangan lupa selepas perlawanan dengan Soton, Liga Inggeris bakal berehat seminggu bagi perlawanan antarabangsa. Masa inilah kena cari 3 mata sebab kita punyai pasukan terbaik dan bebas dari kecederaan. Sebab takut pemain yang dipanggil main untuk negara , tak pasti pulang dengan selamat lagi.


Mar 19, 2016

FLANAGAN TANDATANGAN KONTRAK BARU


Kalau tak kerana cedera yang makan tahun, Flanagan dah lama sambung kontrak. Tak silap dia mendatangani kontrak selama 3 tahun. Liverpool tersangat perlukan anak tempatan atau Scouser dalam pasukan. Tapi jangan ingat Klopp senang-senang nak kasi kontrak baru sebarangan. Prestasi lampau Flano memang kita tahu tersangat padu, tetapi sejak dia main kembali kecederaan tak sedikit pun merencatkan prestasi beliau. Malah Klopp menyesal tak letak Flano dalam skuad Piala Europa. Apa pun tahniah buat Red Cafu.

Mar 18, 2016

PIALA EUROPA : MAN UNITED 1-1 LIVERPOOL


Liverpool berjaya singkirkan Menyu dari kejuaraan Eropah. Boleh dikatakan perlawanan pagi tadi sangat menghiburkan. Secara adil saya puji permainan Menyu yang cuba nak cari kemenangan. Mereka main dengan penguasaan bola serta serangan demi serangan. Liverpool pula lebih selesa main bertahan dan tungggu masa sesuai untuk buat serang balas. Cuma boleh dikatakan pertahanan Liverpool paling menonjol dalam perlawanan ini berbanding geng yang menyerang.

Dek kerana Moreno mendapat cedera disaat akhir, dengan tiada pilihan terbaik kecuali Brad Smith yang kurang berpengalaman, Klopp meletakkan Milner diposisi bek kiri. Wah, macam tak percaya mulanya sebab ingatkan Milner main dibek kanan dan Clyne disebelah kiri sebab taktik camtu dah pernah kita lihat sebelum ni. Namun pengalaman luas Otai cam Milner jangan tak tahu, dia memang Encik Serba Boleh, buang kat mana pun, boleh laksanakan tugas dengan baik walaupun tak cemerlang.

Kita tahu Clyne memang konsisten sebelum-sebelum ini. Tapi pagi tadi macam pagi cilaka untuk beliau. Ntah makan ayer ketum ntah apa Martial, sampaikan tak senang duduk Cylne nak jaga Martial dan juga Rojo juga. Lallana turun gak membantu tetapi dia tak berapa reti nak kaver Clyne untuk tutup ruang serangan Menyu. Akibatnya kelicikan Martial menghukum Clyne yang sedikit ralit dan kurang berhati-hati ketika buat bentesan. Wlaupun kita nampak kena sikit aja, tapi terjunan Martial dapat simpati pengadil Serbia untuk hadiahkan penalti yang disudahkan sendiri oleh Martial.

Bila cakap pasal serangan Liverpool, bukan tak rancak , tetapi serangan kita tak menjadi sebab faktor gelojoh, tak bernasib baik dan macam biasa Menyu ada goli yang macam Spiderman. Malah pertahanan Menyu taklah gelabah sangat macam kat Anfield mungkin sebab mereka lebih banyak menyerang dari bertahan. Mujurlah dah hampir nak tamat separuh kedua, saat keajaiban berlaku. Coutinho melakukan larian solo mengatasi bek muda Menyu dan mencungkil bola melepasi De Gea untuk gol penyamaan. Kalau sel-sel otak Coutinho tak berhubung, mungkin De Gea sukar ditewaskan.

Separuh kedua memang Menyu punya permainan. Tapi apakan daya pertahanan Liverpool dah makin naik syeikh dan tak kasi can serangan Menyu yang bertalu-talu. Saya puji bek berempat, terutamaya Sakho yang menunjukkan semangat juang yang tinggi. Tengok serangan Menyu memang bahaya, sebab pemain tengah yang patutnya tutup ruang tengah tak berapa berkesan. Kat sini kita tengok Emre sahaja yang aktif, tetapi Hendo memang kurang menyerlah. Tapi bila bertahan dengan semangat berkumpulan kesilapan individu tak berapa terserlah bila masing-masing saling bantu membantu.

Perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1, tetapi Liverpool layak dengan agregat 3-1. Namun terdapat insiden dalam dan luar padang yang banyak memihak kepada Menyu. Seperti biasa Fellaini terlepas kad merah dari awal permainan, sebab menyiku Firmino. Dan kali kedua dia menyiku Lovren tetapi hanya dapat amaran kuning sahaja. Yang keduanya peminat kedua-dua pasukan bertumbuk dalam stadium. Kerusi tempat duduk hancur kena sepak. Peminat menyanyikan lagu mengejek satu sama lain, cuma yang kena dengan UEFA pihak Liverpool sebab nyanyi lagi "Tragedi Munich" , padal lagu mengejek "Tragedi Hillborough" dan kain banting "Murderer" oleh peminat Menyu haram tak diambil tindakan.

Sebentar tadi undian bagi pusingan Suku Akhir berlangung. Pasukan yang paling kita tak nak jumpa, itulah yang kita dapat yakni, bekas kelab Klopp sendiri, Borussia Dortmund. Ramai yang mahukan kita bertemu di Final, tapi apakan daya dah tertulis nak kena bersusah dahulu dan kalau ada rezeki mungkin bersenang kemudian. Cuma sedikit kelebihan ialah kita main dulu di BVB Iduna Park pada 8 April dan timbal balik di Anfield pada 15 April. Jangan risau, Klopp membesar bersama majoriti pemain BVB dan ditahu bagaimana nak jinakkan pasukan yang kita tahu memang meletop di Eropah buat masa ini.   

Mar 16, 2016

PIALA EUROPA : MAN UNITED LAWAN LIVERPOOL


Dah bawa bekal 2-0 ke Old Trafford. Itu tak cukup lagi kata sesetengah pendapat. Mereka takut Menyu buat gila main serangan berani mati ala Kamikaze nak layak juga tak kira apa akibatnya. Saya cakap rileks, taktikal kita memang ngam jika main dengan pasukan yang nak bunuh diri, tetapi memang buntu dengan pasukan penakut. Jadi jika Menyu bubuh 3 biji sekalipun, dengan kualiti serangan yang sedia ada paling kurang sebiji dua diorang mungkin dapat carik.

Nak cakap bek kita kebal sebab tak bolos di Anfield haritu tak berani cakap. Bukan sebab tak percaya denagn pasukan sendiri, namun kerana Menyu sendiri memang kurang buat serangan bahaya. Setakat dua tiga kali serangan tak berapa nak berpeluh sangat Mignolet kita nampak. Cuma agak ngeri juga dengan Lovren dan Sakho yang terkadang gelabah tak tentu pasal. Cuma mereka tak kantoi sebab dapat kawal keadaan daripada insiden kecil daripada menjadi malapetaka.

 Harap Klopp letakkan pemain terkuat sebab pemain dah rehat lama dari Menyu. Menyu pula dah la tak rehat sebab main Piala FA dengan West Ham.  Sempat juga tengok Menyu main dengan West Ham kat Nasik Vanggey Ipoh. Cara diorang main tetap hampas tak berubah banyak, tapi nampak ada sikit peningkatan dari lawan kita haritu. Kiranya tahap konfiden dengan pasukan kita sebelum perlawanan di Old Trafford nanti berdasarkan pemerhatian selepas perlawanan West Ham.

Tapi bak kata Arwah Datuk Hasbullah Awang, "Bola itu bulat" , kadangkala banyak perkara yang tak dijangka boleh terjadi sepanjang perlawanan. Tak kiralah bawal bekal atau tapau bekal berapa banyak dekat rumah sendiri. Harapnya perlawanan dengan seteru sepanjang zaman ini akan lebih meriah daripada kat Anfield haritu. Kalau ada pesta gol barulah seronok,  baru berbaloi bangun pukul 4 pagi tak mengantuk.

Mar 12, 2016

LUCAS LEIVA PEMAIN TERBAIK LIVERPOOL FEBRUARI


Lucas Leiva dinobatkan pemain terbaik Liverpool bagi bulan Februari. Kita mungkin hairan kenapa tidak Emre atau Lovren mungkin juga Firmino yang dapat. Jawapannya mungkin agak subjektif dan tidak dapat dihuraikan dengan data statitik dari Optajoe. Namun dari sembang-sembang rakan LFC dalam dan luar negara, Lucas memang layak macam Leonardo De Caprio dengan anugerah Grammy. Disamping pandai menyusun organisasi dibahagian tengah, Lucas menunjukkan kematanagn bila mampu bermain baik diposisi bek tengah bila krisis kecederaan melanda bulan lepas. Kita ucapkan tahniah buat beliau dan moga cepat pulih dari kecederaan.

Mar 11, 2016

PIALA EUROPA : LIVERPOOL 2-0 MAN UNITED


"Pendendam dah membalas balik "

Sejak 3 perlawanan Liverpool main macam misi balas dendam. Mulanya  dengan City dalam Final Piala Liga, pastu kenakan balik Palace dengan penalti dan pagi tadi bedal Menyu 2-0 dalam pusingan pertama Liga Europa. Rasanya ada yang tido sambil terseyum lepas subuh dan yang pergi kerja siap pakai jersi bagai untuk tayang kat peminat Menyu. Harap peminat tak hina mereka, pusingan pertama baru tapi usik sikit-sikit tak apa. Simpan selebihnya untuk lepas perlawanan di Old Trafford nanti.

Masih separuh misi dah sempurna. Liverpool bukan setakat mengungguli permainan sejak wisel ditiup namun menyerang dan melakukan percubaan demi percubaan tapi dihalang oleh kehebatan De Gea. Taktikal Klopp menjadi, walaupun semua orang dah tahu dan bukan lagi rahsia dia nak letak 451. Namun Van Gal tatap bebal nak tiru juga taktikal yang sama padahal mereka tak pergunakan kekuatan mereka dengan main 442. Itulah bila nak tiru tak kena gaya kantoilah apa lagi.

Seawal minit ke-20, Liverpool dah tak kasi can untuk Menyu. Liverpool dapat percuma penalti setelah Clyne dijatuhkan oleh Depay dalam perjalanan kekotak penalti. Hati berasa lega Liverpool tak beli Depay, sebab memang mengarut dan Menyu macam kena tipu dengan PSV. Pengadil tanpa prejudis tak menghiraukan lolongan pemain Menyu suruh tarik balik keputusan, malah bagi pakej kadi kuning kepada Depay. Penalti diambil Sturridge. Walaupun masuk namun De Gea hampir dapat baca gerakan badan Sturridge. Liverpool mendahului Menyu 1-0.

Sejurus lepas gol itu Liverpool bertali-arus serang. Dea Gea memang tak menang tangan tepis percubaan pemain Liverpool. Dah jadi macam Liverpool lawan De Gea plak , pemain lain cam kon latihan. Tapi ada sekali sekala Menyu serang, gelabah al bewak juga suasana di kem pertahanan Liverpool. Lovren dan Sakho nampak kurang kemas menutup ruang. Namun apakan daya Menyu memang tak ada cukup kesungguhan nak gunakan peluang yang jarang-jarang mereka dapat. Mignolet memang tak tergugat dan pemain yang paling curi tulang separuh pertama.

Separuh kedua Menyu buat pertukaran dengan masukkan Carrick dengan Rashford. Dari formasi 451 yang tak berkesan kepada 343 yang nampak sikit menggugat. Van Gaal baru sedar dia guna taktikal meramaikan tengah ramai padahal mereka ada pemain sayap yang pantas. Namun antara semua pemain Menyu yang paling menonjol ialah Fellaini. Walaupun dia memang antara fator taktikal berterabur Menyu, namun terkial-kial juga pemain kita nak celen si rambut mop ni. Tapi jangan lupa Fellaini bakal dikenakan tindakan jika UEFA tengok rakaman semula insiden dia menyiku Emre Can.

Patutnya Liverpool dah nampak macam nak serender 1-0, sebab buat perubahan taktikal dengan mengeluarkan Sturridge dan masukkan Xavi Allen. Firmino ditolak ganti tempat Sturridge. Tak berapa minit dari gerakan pantas serang balas dikawasan kanan, Dimulai larian Lallana dan mengantar kepada Henderson yang buat larian kesayap. Hendo melepaskan hantaran cari Firmino tapi Carrick cuba blok kononnya namun muntah depan Lallana yang murah hati meleretkan kepada Firmino. Firmino menamatkan kepaweran De Gea dengan menjolok masuk gol kedua Liverpool.

Kesudahanya Liverpool bakal bawa bekal 2-0 ke Old Trafford nanti. Kita rasa tak berapa nak risau sangat dengan Menyu dihalaman mereka. Sebab mereka kena menang 3-0 atau 2-0 untuk bawa kepenetuan tambahan masa dan penalti. Taknak cakap lebih-lebih namun dengan keupayaan dan konsustensi kebelakangan ni, perlawanan di Old Trafford lebih membuatkan pemain rileks dan Menyu yang bakal gelabah bewak serta cempera naga.




Mar 9, 2016

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN MAN UNITED


Pertama kali dua pasukan gergasi Inggeris bertemu di medan Eropah. Agak janggal, sebab dah berdekad bermain banyak perlawanan Eropah kali ini barulah nak lawan seteru kuat. Kalau tak asyik bertemu Chelsea, Chelsea dan Chelsea dan ada juga Arsenal sikit-sikit. Kalau dibandingkan dengan Menyu, rekod Liverpool di Eropah bagai langit dengan bumi, masih tak tergapai mereka nak potong sebab mereka hanya hero kampung, hanya tunjuk terre kat Liga Inggeris.

Pusingan pertama esok pagi berlangsung di Anfield. Mungkin ada yang cakap tekanan main awal di tempat sendiri. Mungkin ya atau tidak, tetapi semua bergantung kepada bagaimana cara Klopp membuat pengurusan taktikal. Selalunya kat Anfield, Liverpool akan main selamat untuk menang tetapi elakkan kebolosan. Dan bila timbal-balik di Trafford barulah akan main bermati-matian untuk menentukan peluang ke suku akhir.

Piala Europa adalah sandaran berakhir untuk medal musim ini. Sebab dah hampa terlepas dari dapat Piala Liga. Jangan ingat Liverpool sahaja yang sangapkan Piala ini, Menyu juga bakal berhempas-pulas nak dapatkan medal kelas dua ni. Sebab peraturan baru memberikan peluang Juara Piala Europa, masuk kedalam Liga Juara-Juara musim berikutnya. Kiranya tak perlu nak pulun tempat ke-4 pun dah boleh main di Liga Juara-Juara.

Untuk itu barisan terkuat kena turun sepenuhnya simpan buat apa, terutamanya Coutinho dan Sturridge. Kena pukul Menyu dengan sepenuh kekuatan. Benteke juga layak masuk cuma bagi peluang disaat akhir permainan untuk cari penalti. 

Mar 5, 2016

LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE


Crystal Palace sedang dalam prestasi hambar. Awal musim bukan kemain gah, bantai pasukan kita di Anfield 2-1. Kali ni misi lepas geram kena teruskan cam kita buat kat Man City. Cuma satu masalahnya ialah Palace tak main cam City, sebab mereka main bertahan rapat dan main dengan serang balas menggunakan kebolehan pemian individu terutamanya Bolasie, Zaha dan Sako. Apa yang penting pastikan kunci rapat Bolasie, kalau boleh bagi Flanagan rantai solex cam dia buat kat Sterling.

Mungkin Palace punyai pemain tengah yang tak lembik cam City .  Mereka agresif  dan sado-sado belaka, bila kita bantai dia, dia bantai kita balik. Itu yang kena berhati-hati sebab mereka akan matikan serangan dengan menutup ruang pemain kreatif dari buat gerakan dan hantaran. Susah juga nak main dengan Palace jika main cam kat Anfield, kena tengok rakaman lepas dan perbaiki kat mana silap sebelum ini.

Jika Sturridge boleh turun, turunkan dia sebab Origi lebih sesuai buat masa ni sebagai pemian gantian impak. Kalau Sturridge tak boleh turun, jangan sesekali nak cuba bereksperimen dengan Benteke. Lemas tengok Benteke, sebab dia tak reti nak tarik pemain cam Sturridge atau Origi buat. Yang tahu duduk setempat dan jarang nak berada dalam kotak penalti. Senang betul pertahanan lawan sebab mereka tahu jika jaga rapat Benteke, alamat mati kutu lah Si Benteke.

Mignolet
Flanagan Toure Lovren Clyne
Emre Henderson Milner
Firmino Lallana
Sturridge

Mungkin kembalinya Flanagan bakal merehatkan Moreno dari kesebelasan utama. Peyakit ralit dan selalu buat silap ketika bertahan acap kali menjahanamkan rakan lain. Bukan nak puji Flano, tapi cara Moreno yang terlalu naik keatas kadangkala buatkan beliau jadi sasaran pemain lawan yang pandai ambil peluang. Bila dah kantoi, Moreno jarang boleh kaver balik dengan segera, kalau tak dapat kad mungkin bagi sepakan percuma dari kawasan bahaya.

Kitia sedia maklum, buruk mana pun persembahan Palace sebelum ni, rekod 2-3 musim lepas memihak kepada mereka. Itu satu amaran yang Palace boleh main tahi dengan orang lain tapi akan eksyen gila bila tunggu Liverpool di Selhurt Park nanti. Ini bukan kebetulan tetapi nampak macam pasukan mereka memang cukup suka corak ranggi Liverpool yang suka menyerang tetapi terbuka kat bawah. Persoalannya mampukah pasukan kita teruskan prestasi terbaik atau masih ding-dong macam sebelum ini.

Mar 3, 2016

LIVERPOOL 3-0 MAN CITY



Tengok cara main dari sejurus wisel dibunyikan memang cara orang berdendam. Main dengan tenaga luar biasa, bila serang laju kemain, tak ada masa nak simpan bola lama. Bila telepas bola, menghambat dan menyerbu dengan agresif. Yang inilah baru betul-betul "Gegenpressing".  Lagi satu yang kita nampak ialah pertahanan nampak begitu mantap. Bukan kata Flanagan atau Clyne tak kantoi. Tapi yang penting bila kantoi, mereka dapat kaver balik dengan turun secepat mungkin tutup ruang.

Apa yang mungkin ramai yang tak perasan ialah kemasukan Flanagan macam menyuntik semangat pemain lain atas padang. Bukan kebetulan, tetapi cara brutal Flano membuli Sterling memang paling epik dalam sepanjang perlawanan. Dalam satu insiden, Flano menekel Sterling dengan bersih, cekap dan amanah, namun paling tak tahan Kapten Hendo siap bagi tepukan gemuruh. Sampaikan terpaksa kena keluar sebab dah mati kutu tak ada cara nak makan Flano. 



Bukan sahaja aspek pertahanan yang kita nampak, namun kebanyakan serangan bertali arus datang dari sebelah kanan. Gol Lallana memang cun sekali, merembat leret jauh dari jangkauan Hart. Tetapi gerakan dari gol itu saya rasa sekitar 4 hantaran. Toure kepada Flano kepada Hendo kepada Milner dan terus kepada Lallana yang sempat melakukan larian solo dan merembat gol pembukaan. Apa yang nampak impak Lallana sebagai pengganti Coutinho dibelakang Origi cukup menjadi.

Gol susulan juga dari gerakan sebelah kanan. Gerakan juga dari Toure kepada Flano kepada Lallana. Nampak macam Lallana nak kantoi dikepung tetapi sempai cangkul kebelakang untuk Firmino yang melepaskan hantaran tepat jauh, rasanya nak mencari Origi yang bersedia, namun tiba-tiba Milner melakukan larian dari tengah menyambar bola melepasi Otamend dan Kompany yang nampak macam orang bodoh kena main dengan bekas rakan sepermainan mereka itu.

Firmino kadang-kala dalam bayangan Kuyt, pemain yang mampu buat gol tetapi dalam aspek kerja berpasukan dia tak curi tulang. Gol ke-3 Liverpool yang disudahkan Firmino bagi saya menunjukkan sifat murah hati Lallana. Dia kalau tak mungkin dari kes sebelum ni memang nak rembat ambil nama, namun lebih bersedia melorongkan kepada Firmino yang melakukan rembat mudah tanpa dapat pemain City nak halang. Namun Firmino menganjingkan Hart dengan meyorok bola dalam baju, memang lawak gila.

Keseluruhan perlawanan memang dikuasai Liverpool dari setiap segi, samada serangan atau bertahan. Kalau nak bagi markah buat semua pemain boleh dapat 8 keatas. Apa yang penting slogan "Kita menang sama-sama dan kalah sama-sama" memang terbukti dalam pasukan kita musim ini. Ramai pemain yang tidur zaman Brendan dah boleh main dengan berkualiti, namun ada juga pemain yang kita nampak tak boleh belah, tetap tak boleh belah. Apa pun harap pemain sedia ada dapat main dengan konsisten selepas ni, sebab bulan Mac, lawan kita semua buas-buas belaka.




Mar 2, 2016

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY



PERLAWANAN SETERUSNYA

Liga Perdana Inggeris Gameweek 28

#‎YNWA‬‪#‎LFC‬

Liverpool FC v Manchester City
Tarikh : 3 Mac 2016
Hari : Khamis
Jam : 3.55 pagi (Malaysia) / 2.55 pagi (Indonesia)
Lokasi : Anfield Stadium
Siaran : Astro 810, 831 HD / beIN SPORTS 3, SCTV

Livestream
http://www.lfcstreams.uk/,
http://ifirstrowus.eu/,
http://www.ronaldo7.net/,
http://www.sctv.co.id/live

kredit :
Cilok dari Grup Whatsap : This Is Anfield

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails