Mar 25, 2017

COUNTINHO SASARAN UTAMA BARCELONA ???



Coutinho, nama yang jadi siulan Di Nou Camp. Neymar pun dalam wawancara banyak kali dok hasut. Iniesta juga cakap Coutinho bayangan beliau dan pengganti cocok. Cuma tuan punya badan belum beri gambaran kasar. Kita bernasib baik pemain comel kegilaan peminat Liverpool tu dah dapat gaji baru lumayan hingga 2020. Maka dia nak buat perangai nak belah pun pikir 10 kali sebab kat sini dia jadi bintang utama walaupun main teruk. Tapi kat Barca setakat sekarang bangku simpanan saja layak.

Abam jenis tak kisah pemain datang dan pergi. Jika pergi cara baik, kita tulis salam perpisahan . Tapi kalau belah dengan buat perangai macam Torres dan Sterling, kena hamput juga. Kadang-kala tahap pasukan kita juga bukan gah macam dulu, pasukan elit terhebat di Eropah. Pemain yang datang ada matlamat untuk dapat piala dan kejuaraan, tetapi kecualilah kalau mereka nak layan bini beli-belah kat ibu kota, masuk Arsenal jalan terbaik . Sebab itulah jika satu hari pemain hebat macam Mane mahupun Firmino mahu angkat kaki sebab kegersangan medal, kena akur dan tahan kecewa.

Macam kita tahu pihak pengurusan FSG jenis suka kaut keuntungan dengan jual beli pemain. Setelah jual Suarez dan Sterling dengan harga yang tinggi, tak mustahil Coutinho sasaran seterusnya. Jangan cakaplah semuanya bergantung kepada Klopp sebagai kata pemutus. Kalau desakan FSG rasanya Klopp akan terikat tangan macam Brendan sebelum ni. Malah Klopp juga mungkin terpaksa-rela dengan penjualan Coutinho. Itu aspek pihak pengurusan sebab mereka memang jenis orang berniaga, jika boleh dapat duit banyak mereka akan yakinkan Klopp dengan kononnya pelaburan dari penjualan Coutinho akan diberikan.

Berbalik Coutinho yang abam nak gebangkan. Dia mungkin teruja nak ke kelab yang lebih elit dari kita. Punyai rakan sejawat yang sama hebat atau lebih hebat lagi untuk bersaing dan perbaiki kemahiran diri. Ini tak dekat Liverpool, Coutinho memang otomatik akan main sebab tak siapa boleh buatkan beliau jadi pemanas bangku simpanan. Sebab itulah jika prestasi Coutinho nampak merosot, bukan asbab kecederaan sahaja yang jadi alasan. Dia dah jadi begitu selesa sekarang sebab main buruk pun tetap akan main perlawanan berikutnya. Woodburn budak masih ingusan tak mampu buat Coutinho tak selesa.

Abam bukan nak tulis buat rakan peminat rasa tak selesa, pasal Coutinho. Lambat laun pemain ini akan berhijrah keluar macam pemain lain. Cuma masa bakal tentukan dan satu lagi adakah pasukan kita mampu kembali kepersada Liga Juara-Juara. Jika kita kembali ke kelompok elit musim depan dengan bermain di Eropah, rasanya Coutinho sendiri akan kekal tanpa paksaan. Malah pemain bintang lain juga kita boleh berebut dengan pasukan elit lain. Sebab itulah harap sangat Liverpool boleh layak walaupun persaingan sangat sengit sekarang. Silap-silap dengan Neymar sekali kita boleh pujuk datang ke Anfield sebab dia nak sangat main dengan Coutinho.

Mar 20, 2017

LIGA PERDANA : MAN CITY 1-1 LIVERPOOL


Perlawanan pagi tadi memang sedap macam makan ayam KFC, tapi kalau tak hujan,  memang rasanya lagi mantap cam makan  ayam Texas Chicken. Faktor cuaca banyak pengaruhi permainan dua-dua pasukan. Paling terasa pihak kita sebab kita main hantaran pendek. Bukan hantaran saja sangkut-sangkut tapi pergerakan pemain sikit terganggu. City pula diorang main secara terus dan banyak gunakan pemain sayap namun mereka juga ada masalah terpaksa elak main hantaran pendek.

Separuh masa pertama masing-masing cuba cari gol awal namun tak banyak serangan bahaya kecuali beberapa gerakan yang hampir buat peminat sakit jantung. Tetapi kita nampak Pep letakkan kesebelasan terkuat dengan meletakkan Fernandinho di bek kanan untuk mendiamkan Coutinho. Percaturan menjadi dan bahagian kiri kita walaupun banyak gerakan dari sana tetapi gagal nak tembus kubu City. Manakala serangan City pula banyak offside sebab pertahanan kita cukup fokus sentiasa.

Apa yang nampak serangan City amat berbahaya jika padang kering. Hantaran lintang mereka semuanya macam kanser tahap 4. Tapi main dengan seorang penyerang, Liverpool bernasib baik pertahanan masih berupaya menidakkan peluang mereka. Malah pujian kepada Mignolet yang nampak macam bukan Mignolet sebelum ni ,sebab dia berjaya tepis beberapa percubaan lawan yang kalau kena hari malang beliau, boleh bagi lawan gembira.

Perhatian kita kepada encik wasit, Michael Oliver. Sekurang-kurangnya Liverpool dapat 2 penalti yang jelas dan City juga boleh komplen benda yang sama. Mane disepak dari belakang oleh Otamendi ketika bawa bola dan terjahan Toure ketas Gigi dalam kotak penalti. Malah Oliver terlalu lembut dengan Yaya, walaupun kita nampak beliau menerjah dada Emre dengan sengaja. Kalau orang lain saya rasa kad merah dan City bakal main dengan 10 orang dah. Namun tekanan sebab main di Ittihad mungkin buat Oliver teragak-agak dalam keputusan beliau.

Separuh kedua bermula dengan lebih rancak macam korus kumpulan Wings. Padang yang makin kering membuatkan perlawanan kian pantas dan lebih pantas lagi. Corak Liverpool lebih segar dari separuh pertama. Emre yang dikritik sebelum ni jadi singa garang dan beliau juga punca gerakan gol Liverpool. Hantaran lambung beliau mencari Firmino yang tak offside. Firmino mendada bola dengan kemas dan Glichy dengan kelamkabut cuba merampas bola dari dada Firmino menggunakan kaki. Lantas tanpa prejudis Oliver beri penalti dan Kapten Milner menyudahkan dengan mudah untuk Liverpool mendahului 1-0.

Selang beberapa minit Liverpool nampak macam masih syok mendahului tiba giliran City pula nak cari gol. Setelah berpuluh-puluh kali buat hantaran lintang, kali ni bila De Bruyne yang buat semuanya nampak sempurna. Perkiraan beliau dan ditambah dengan ketidak upayaan Milner dan Klavan menghadang bola membuatkan Aguero hanya mudah menjulur kaki dan bola masuk dalam gawang untuk gol penyamaan City. Kepantasan bola bukan alasan tetapi Klavan agak perlahan kali ni tak macam separuh pertama dimana kalau bola camtu jangan harap nak lepas.

Sejurus penyamaan City, masing-masing masih dalam mod mahu menang. City punya banyak peluang melalui De Bruyne yang menyepak palang dan gerakan Sterling yang mereka anggap penalti bila Mignolet membentes Sterling dalam percubaan menyelamatkan bola. Namun kita macam tak percaya peluang nak pulang 3 mata hancur punah berkecai bila Lana kantoi percubaan mudah yang hanya perlu ketenangan dan sekadar tampan bola dulu baru rembat. Saya percaya kalau Lana tak letih dia pejam mata pun dia boleh sumbat gol.

Paling ohsem layak terima pujian geng tengah, Emre Gigi dan Lana. Gigi dan Lana memang banyak main kat atas sikit kat bawah. Tapi Abam Pomade, memang cemerlang sejak dua menjak ni. Kalau pun dia main sebab nak kontrak baru, itu yang dia patut buat. Bukan merengek dan menyentap pasal gaji, tapi atas padang main teruk. Bagi saya Emre jenis kena kritik selalu kot. Sebab lama orang dok diam dia pun main rileks. Bila kena ketuk, wallawey kemain garang dan hebat.

Beza Klopp dan Pep bila ditanya tentang perlawanan ni memang kontras. Pep lega sebab tak kalah dan bersyukur kepada Ilahi dapat satu mata dari Liverpool. Klopp pula kecewa sebab dia yakin City memang makanan yang sama lazat macam Arsenal. Namun bagi saya Klopp dan Pep memang sama hebat, cuma bezanya Klopp punyai towkey kedekut berbanding Pep yang punyai towkey kaya yang pemurah. Sekarang perebutan ke Liga Juara-Juara kian meriah sebab Menyu dan Everton pun kian cucuk bontot 4 teratas. Lepas ni kita tunggu Everton di Anfield awal April.

Mar 17, 2017

LIGA PERDANA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL



Sedapnya tengok Man City kantoi ke Suku Akhir Liga Juara-Juara. Kalah dengan Monaco secara agregat memang pedih macam kena tinggal awek walaupun kita orang kaya. Monaco punyai pemain muda yang ramai tetapi jurulatih mereka Jardim pandai olah tenaga muda yang cergas walapun kurang pengalaman. Sebab itulah polisi Klopp nak tiru camtu tetapi apakan daya status pemain muda kita biasa- biasa dan Liga Inggeris tak bagi peluang Klopp nak ujikaji sangat sebab perkara penting ialah mata.

Prestasi Liverpool makin meningkat. Drastik tak sangat. Cuma lebih baik dari bulan lepas. Pemain nampak kian mengerti cara nak atasi lawan ikut situasi. Masa lawan Si Meriam main lebih hantaran tetapi lawan Burnley kena main ragbi sikit. Keputusan dengan Burnley taklah ohsem tetapi boleh bangkit ketinggalan dan menang, itu maknanya mental pemain ditahap tertinggi walaupun terpaksa main lebih sedikit kederat fizikal. Bila dah dapat rentak kemenangan dengan pasukan bawahan rasanya momentum teramat cantik sekali.

Migno
Clyne Matip Klavan Milner
Lana Emre Gigi
Mane Origi Coutinho

Penanda aras lawan Man City di Ittihad ialah lawan Si Meriam. Nak kata sama tak juga. Tetapi City macam Arsenal takkan nak main buruk demi jaga status pasukan elit. Itu yang kita mahu dan mungkin seantero peminat bola yang mahukan hiburan dalam bolasepak disajikan dengan keghairahan dari awal dan inzal hingga habis. Coutinho harap dapat kembali sentuhan ajaib sebab selalunya lawan City memang makanannya. Emre kena jaga2 sebab lawan akan cari kelemahan beliau.

Menang akan buatkan kita beri tekanan kepada City di tangga ke-3, tapi jika bungkus kita pula akan jadi tekanan sebab Si Meriam boleh cilok tangga ke-4. Walaupun main di arena lawan saya rasa City lebih tekanan sebab mereka tahu Liverpool suka baham pasukan elit tetapi sedekah mata pasukan miskin. Cuma kita harap corak permainan Liverpool kena rendah diri nsikit sebab sekalipun City macam tak berapa bagus musim ni, beberapa pemain mereka masih boleh beri kesengsaraan kepada kita terutamanya Sane dan Sterling.

Mar 14, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 2-1 BURNLEY



Burnley memang bukan Barcelona nak ditakutkan. Tapi kenangan pedih di Turf Moor awal musim tewas 0-2 memang masih segar dalam ingatan. Malah dengan perkembangan semasa lawan pasukan bawahan langsung tak membantu rasa cuak sebelum perlawanan.  Saya sempat tengok satu blog peminat yang pandai cari statistik fizikal paparkan bahwa Liverpool pasukan paling lemah dalam semua 20 pasukan EPL. Paling rendah antara semua namun sedikit berisi dari Man City yang paling kurus keding. Sebab itulah lawan akan sasarkan penderaan fizikal untuk melemahkan mental pasukan kita. Bukan sebab susun bas sangat tetapi cara mereka gunakan ketinggian dan permainan robus .

Saya nampak Burnley main ada kepelbagaian untuk mencari kelemahan fizikal kita. Pengurus mereka muka macam Stone Cold, dah buat kerja rumah dengan baik. Main dengan 442 untuk perangkap pertahanan kita yang suka main sampai atas. Mereka taklah nak kata terlalu bertahan, cuma bila kena serang baru mereka tak bagi peluang ada ruang. Bolasepak permainan fizikal, tambahan pula Liga Inggeris memang setail dia camtu. Jadi mahu tak mahu jika abaikan sisi gelap ni nak main skema setiap masa sebab tulah banyak keputusan lawan pasukan fizikal kita tewas. Itu faktor penyumbang, walaupun faktor sebenar ialah gagal buat jaringan dan tak pernah serik bolos.

Hakikatnya Liverpool separuh masa pertama terlalu buruk nak digambarkan. Tak garang, mudah dijangka, main takut2 dan hanyut dalam padang jadi bahan buli pelawat yang memang takkan bagi peluang kita nak masuk menyerang langsung. Serangan pertama mereka berikan pukulan maut kepada sikap optimis peminat. Serangan Burnley banyak sebelah kiri antara Coutinho dan Milner. Sikap pemain kita terutama Coutinho bukan asbab gol tetapi dia tak cuba tutup ruang untuk bek kanan Burnley cari sasaran. Kedudukan 2 penyerang Burnely tak bahaya tetapi lorongan ke arah mereka itu lah bahaya. Bola lencongan bawah cuba di tampan Klavan namun gagal, melewati Gray dan Matip, namun Barnes sampai tetap masa untuk menjolok bla kedalam gawang Liverpool.

Punyalah sediah tak terkata. Bukan apa selalu bila kena awal camni, alamat Bunley akan buat sial main susun bas. Malah lagi takut kalau pemain hilang arah tujuan terutamanya Emre yang nampak gagal berikan impak sebagai penjaga barisan pertahanan kita. Emre nampak kurang cermat dalam hantaran dan banyak kantoi bola, tapi penyerang Burnley nasib baik tak berapa cerdik juga. Satu lagi kelemahan Abang Pomade ni dia selalu tewas perebutan bola tinggi. Mungkin pemain Burnley main kotor selalu tarik menarik. Malah pemain tengah lain juga tak banyak membantu sebab Gigi dan Lana banyak berada dalam kawasan serangan.

Namun dah nak hampir tamat separuh masa pertama, rezeki bagi pihak Liverpool pula. Selalunya Origi akan berada dalam kotak sebagai pemain sasaran sebab itu tugas dia. Gerakan Origi dari sayap menghantar bola kedalam kotak bila ada Gigi, Lana dan Mane dekat situ. Bola sampai kepada Gigi dan dia cuba sepak tapi bola kantoi di tahan bek Burnley, namun muntahan itu dapat digunakan sebaiknya oleh Gigi untuk menghasilkan gol penyamaan Liverpool dan berikan peminat satu kelegaan setelah alami kekecewaan sepanjang hampir separuh pertama. Patutnya itulah cara nak pecah benteng lawan dengan beberapa pemain serangan ada dalam kotak, bukan dok main hantaran beribu kali kat luar kotak.

Tak tahu samada gol penyamaan atau dibambu Klopp dalam bilik persalinan jadi inspirasi buat pemain Liverpool diseparuh kedua perlawanan. Nak kata cemerlang taklah sangat cuma main lebih berani dan yakin. Berani lawan balik untuk rampas bola dan yakin yang Burnley adalah pasukan cap ayam yang cuma pembuli fizikal jika yang dibuli penakut. Tak banyak perubahan namun bila dah tak bagi Burnley ruang, maka Liverpool cuba kembali garang menyerang dan gagah menahan bila diserang. Berbanding awal tadi nampak macam anak kucings sekarang dah nampak macam singa.

Tapi Burnley ubah corak permainan dengan banyak gunakan hantaran tinggi dan bila dapat sepakan percuma, Goli mereka akan ambil sepakan dan pemain akan cuba kerumun depan pintu gol Liverpool. Kalau tengok cara main camtu teringat pasukan Stoke era Sam Allyrdyce. Walaupun majoriti pemain kita pendek namun, bila bertahan berkumpulan, maka percubaan demi percubaan  tak beri kesan  Corak camtu tak berjaya mencari kelemahan Liverpool sebab Mignolet memang cemerlang kali ini dan banyak kali menumbuk keluar bola. Malah pemain lain memang pro-aktif menghalang percubaan lawan dari luar dan dalam kotak.

Coutinho nampak sedikit tenggelam, dan beliau digantikan dengan Woodburn lagi setengah jam nak habis perlawanan. Mungkin Klopp nak lindungi dan simpan Coutinho sebab nampak beliau tak berapa cergas. Mungkin kebetulan, tetapi sejurus Coutinho keluar rezeki gol datang dari serangan yang tak disangka dan dari pemain yang ada peminat panggil kaldai tua. Emre memang main teruk sebab dia bukan berbakat main tengah bertahan. Tetapi jaringan beliau dari luar kotak dengan sepakan leret padu  memang memadamkan kritikan awal peminat. Emre dari kaldai tua sekarang jadi kuda unicorn penyelamat maruah Liverpool.

Adakah dengan kemenangan dengan pasukan bawahan telah menamatkan badi Liverpool. Itu masih belum pasti dan takkan ada jaminan sebab lawan kita pasti akan gunakan keputusan dengan Burnely sebagai tesis baru untuk mereka. Yang penting Klopp kena pastikan pasukan kita belajar dari perlawanan ini. Salah satu benda yang perlu diambil berat ialah pertembungan fizikal. Jika pasukan kita berjaya perbaiki persembahan dengan bawak balik 3 mata dengan main buruk, itu lebih baik dari main nampak kemain hensem tetapi dok sedekah kat lawan mata. 

Mar 9, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN BURNLEY


Prestasi Liverpool macam Roller Coster sejak dua menjak ni. Dengan saingan 6 terbaik memang makan kacang, tetapi lawan pasukan bawahan kena kicap dengan diorang. Tiada rahsia lagi camana Liverpool main dan cara nak tewaskan Liverpool. Itu yang buat pasukan lawan cukup bersedia dan yakin mereka boleh memang sebab taktikal Klopp hanya ada satu silibus saja. Cukuplah sekadar main susun kontena dan serang hendap. Main pun tak penat sangat, cuma fokus bertahan dan sabar tunggu peluang bila ketika sesuai nak menyerang.

Klopp nak pasukan main cermat setiap masa, tetapi Liga Inggeris bukan macam Bunderliga atau La Liga. Liga lain main lebih tenang dan hanya sekali sekala main laju. Liga Inggeris, setiap masa nak main macam ribut dan pemain kena stamina kerbau. Sebab itulah kita tengok pasukan Liga Inggeris kebelakangn ni balik awal dalam Liga Juara-Juara, sebab apa pemain tak pernah rehat masa bulan Disember yakini masa Raya Krismas. Padahal pemain dari Liga lain syok bersama keluarga dan juga dan ada juga dengan skandal masing-masing.

Itulah pasal bila Klopp tak aktif dengan pintu perpindahan Januari, maka hasilnya nak kekalkan corak gegenpressing ramai pemain yang tak mampu fizikal dan mental. Kalau Liverpool ada pemain simpanan kuat boleh bersaing dengan pasukan utama mungkin hasilnya tak seteruknya yang berlaku. Ini tak, pergi pinjam keluar Sakho, dan lebih rela bagi Lucas main bila krisis kecederaan pertahanan tengah. Lagi satu prestasi Coutinho dan Mane pun punca serangan tumpul, salah satu mungkin orang lain pun perasan ialah tak ada persaingan dari bangku simpanan. Sturridge tak habis-habis MC dan Origi dah kembali pemalu depan gol.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Lana Grujic Gigi
Mane Firmino Coutinho

Emre terbawa-bawa masalah kontrak kedalam padang. Gaya badan ramai boleh agak Emre tak fokus macam musim lepas. Kemon lah Klopp, opsyen lain berlambak kat simpanan. Lucas pilihan selamat tetapi jika nak Tengah Bertahan yang ideal, Grujic jawapannya. Jika pengurusan taknak gandakan gaji Emre sebab prestasi itu kita takleh halang. Patut Emre setuju berapa orang nak kasi. Tapi jangan memaksa sangat sebab bagi saya ramai lagi yang lebih hebat diluar sana, malah dengan gaji yang tak melampau. Mungkin Emre cemburu tengok Coutinho, Lallana dapat kontrak lumayan.

Boleh agak, Burnley akan cuba pasang perangkap susun bas bila mai Anfield. Klopp pun rasanya tahu dan pemain pula jangan buat-buat tak faham sebab dah terjun lubang di Turf Moor haritu. Burnley merupakan pasukan pertama yang main susun bas dan berjaya pulang 3 mata dan tak bolos kot atas. Maka lepas tu banyak pasukan lain cuba main susun bas juga tetapi hampa sebab apa?. Sebab pemain kita belum pancit dan sebarang cubaan nak serang balas semua kena kuntau dengan pertahanan kita yang fokus dan cergas.

Cabaran Burnley bukanlah masalah sangat ikut atas kertas. Pemain biasa-biasa takda bintang pun. Tambah lagi pengurus dahlah tak hensem tapi harap muka ganas macam bintang WWE Stone Cold, Steve Austin. Harap pemain cuba bayangkan Burnley tu macam Arsenal sahaja, gerenti 3 mata dalam tangan. Tapi kalau dok bayang susah tak nampak gol sebab pertahanan macam sardin dalam tin, sampai kesudah tak nampak jalan nak pecahkan gawang lawan. Saya rasa ini kali lah Liverpool akan buang badi siyal lawan pasukan bawahan.

Mar 5, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 3-1 ARSENAL


Macam dibuat-buat cerita kaki judi dah atur perlawanan Liverpool dengan pasukan 6 teratas keputusan takkan kalah. Keputusan tadi memang lebih meyakinkan masyarakat yang percayakan kaki judi punya kelentong. Saya percaya kaki judi pun tengok bola, bukan tengok mangkuk air macam ahli nujum Pak Belalang. Mereka punyai analisa terbaik sebab mereka tahu feel pasukan kita dibawah kendalian Klopp dan feel pasukan lawan yang bawahan main susun bas dan atasan main berlagak nak serang.

Kalau korang rajin baca pasal pasukan Arsenal, korang mungkin perasan yang semalam lejen diorang Thiery Henry cakap anak buah Wenger memang jiwa tak kental musim ni. Sebab mereka tak punyai pemain tengah yang berkaliber macam zaman Viera dan Gilberto. Yang ada Cangkulin dan Xhakar. Kedua-dua mereka sekadar main bagi cukup korum sebab pemain tengah kita tak berapa merasa kena bantai dengan mereka, tak macam lawan Leicester sebelum ni.

Cakap banyak pun tak guna sebab perlawanan ini memang rancak seawal minit pertama perlawanan. Liverpool menguasai perlawanan dengan hantaran pendek dan juga jauh sekali-sekala. Namun terbalik dengan Arsenal yang main bola tinggi cari Giroudfah selalu tetapi kadang-kadang saja main bola bawah. Corak Arsenal walaupun diasak selalu tetapi mereka cuba nak main terbuka dengan Bellerin dan Monreal rajin naik keatas bantu serangan.

Namun serangan Liverpool cara terbuka cukup mudah dipatahkan Arsenal. Cuma bila hantaran sepakan gol dari Mignolet mencari Firmino, mamat Brazil tu berjaya mengheret Mustafi untuk celen bola tinggi dan bola tandukan sampai kepada Coutinho yang bergerak ke tengah. Coutinho meleretkan kepada Lana dan Lana pula kepada Mane disayap kanan yang tak dikawal. Mane melintangkan bola leret ketengah, tetapi tindakan bijak Coutinho melakukan helah membiarkan bola kebelakang kepada Firmino yang sempat tahan bola sebelum merembat masuk kegawang Arsenal.

Setengah jam berlalu setelah gol pertama tadi, Liverpool sekali lagi didepan. Kali ini gerakan awal dari Milner dia mulanya nak buat hantaran tetapi bola kantoi nasib baik dapat kembali. Dari situ dia cuba masuk kawasan Arsenal dan bila nampak Gigi buat larian masuk kedalam kotak, terus Milner melorongkan kepada Gigi tetapi serbuan lawan membuat Gigi cepat meleretkan kepada Firmino disebelah. Firmino bukan sahaja bijak tetapi tak tamak nak rembat dan melorongkan kepada Mane yang kosong disayap. Apa lagi Mane sempat membidik dan melepaskan rembatan padu untuk gawang meriam bocor buat kali keduanya.

Separuh pertama tamat dengan 2 gol tanpa balas. Wenger memang tak sangka dengan simpan Sanchez akibatnya amat ketara sekali kemandulan serangan mereka. Girourd tak dapat apa-apa kebaikan walaupun hantaran tinggi banyak kearah belaiu. Manakala bagi Klopp dia memang cukup senang dengan persembahan anak buah malah tak sangka Wenger bongkak nak main terbuka juga. Namun separuh kedua kemasukan Sanchez membuka lembaran baru serangan Arsenal. Mungkin bukan Sanchez sekalipun perubahan taktikal dari Wenger memang buat Arsenal lain dari separuh kedua, lebih kompak dan kreatif kat tengah. Dan penting nampak main nak susun bas sikit.

Kekentalan pertahanan Liverpool tak teruji sangat sebelum ni. Cuma sebab apa kreativiti kat tengah kurang rasanya nak banding Liverpool yang memang gah. Lagipun Matip dan Klavan senang dengan Girourd dan Welbek yang tak dapat bantuan dari tengah. Sanchez diletakkan kat tengah untuk berikan nafas baru untuk gerakkan enjin meriam. Dalam minit ke 50 hasil dari serangan kilat, Liverpool terdedah kat bawah sebab Emre pun gatai perut naik bantu serangan. Sanchez buat larian dari tengah dan sempat buat lorongan kepada Welbeck yang membelakangi bek kita. Ditambah dengan tindakan Mignolet yang keluar serbu, membuatkan Welbeck mudah mencedok bola kedalam gawang Liverpool.

Gol Welbeck membakar semangat anak buah Wengger menggasak dan terus menggasak. Kecemerlangan pertahanan dan pastinya Mignolet jadi batu penghalang buat Arsenal tambah gol. Coutinho direhatkan dan digantikan Origi dan perubahan posisi buatkan Firimno main disayap kiri. Keadaan jadi tak keruan bagi peminat Liverpool sebab jika bolos lagi kepada Arsenal kiranya rugi besar sebab banyak peluang nak tambah gol banyak dipersia-siakan. Namun bila keadaan terlalu menyerang buat Arsenal mereka tak ingat Liverpool nak dok diam. Serangan balas dimulai Lallana yang mengelirukan Xhaka dan melorongkan bola kepada Origi disayap. Origi buat pilihan terbaik dengan melorongkan bola ketengah dan Mat Gigi dengan larian dari tengah menyambar hantaran dan merembat padu untuk keputusan akhir 3-1.

Keputusan menang dengan Arsenal satu lonjakan mata penting walaupun kita lebih perlawanan dari pasukan lain. Namun yang penting Klopp tak lagi bereksperimen dengan Lucas lagi. Kecederaan Emre bagi saya tak banyak kerugian kepada padukan sebab posisi DM kita punyai opsyen seperti Lucas dan Stewart. Cuma kita tak pasti adakah Coutinho dikeluarkan akibat cedera atau sekadar taktikal. Lagi 8 hari untuk Klopp bersedia untuk perlawanan sebenar yakni lawan pasukan bawahan yang bakal main susun bas dan agresif iaitu Burnley. Perlawanan ni kita nak tengok apakah Liverpool dah berubah ataupun masih badi dengan penyakit lama.



Mar 3, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Maaf yang tak komen saya anggap mereka peminat setia kehujung nyawa sebab tak merungut dalam komen. Bagi puak penyokong haluan kiri, kuat bising sungguh. Mereka mahukan jawapan pasti kenapa pasukan kita pancut awal musim ni. Bagi saya jawapan pasti tak tahu, namun andaian terlalu banyak boleh baca samada dalam liputan ruangan sukan rasmi Liverpoolecho, Dailymail dan banyak lagi. Bukan calang-calang orang yang tulis, lejen-lejen yang pengalaman dan juga beberapa wartawan Merseyside yang rapat dengan kelab.

Prestasi sekarang taklah membimbangkan sebab Liverpool bukan berapa dasar liga bergelut nak jatuh Divisyen bagai. Sebab itulah hirarki pihak pengurusan FSG , Klopp dan pemain kita nampak tenang. Tapi yang gelabah peminat kat luar yang tak boleh nak tengok Liverpool ada masalah sikit. Bagi yang otai mungkin mereka dah terbiasa dengan prestasi flip-flop camni. Mereka faham bahawa dalam dunia bolasepak yang penuh persaingan sengit, kelab yang miskin pasti akan ketinggalan. Cuma cerita Leicester adalah dongeng purba yang datang sekali-sekala, macam Nottingham Forest, Leeds dan Blackburn Rovers.

Saya ambil keterangan Paul Joyce dari Dailyexpress, beliau cakap Klopp bukan sasaran utama FSG. Tetapi FSG nakkan Ancelotti, sebab mereka tengok resume dia memang gah. Namun bila Pakcik dari Itali tu cakap semua pemain sedia ada memang tunggul kayu dan perlu rombakan menyeluruh memang sentaplah FSG masa tu. Datang pula Klopp, dia dengan yakin rasa benda alah ni dia pernah buat kat Dortmund, asah kayu tunggul jadi pemain hebat, maka FSG rasa mereka dah dapat pak angguk, yang boleh selamatkan poket mereka dari kena belanja besar. Belanja besar bukan bermaksud perpindahan, tetapi nak bayar gaji tinggi untuk pemain bintang tu mereka takmau.

Sekarang terbukti omongan Ancelotti ada benarnya. Pertahanan Liverpool sejak zaman Rafa belah memang ketahian sejurus itu. Goli ada pun macam takda, kadang-kadang ok tetapi kelaut selalu dan pergi beli pemain belia yang tak kuat semangat. Henderson tak ada rakan yang berjiwa kental dari segi mentaliti dan juga fizikal. Malah menurut Ancelotti lagi sejak Suarez blah, Liverpool dah tak ada penyerang yang boleh buat gila depan gol untuk sumbat 20+ .  Sebab itulah Ancelotti taknak kecewakan peminat dengan beri harapan palsu sebab terpaksa puaskan hati pemilik.

Mignolet
Clyne Matip Gomez Moreno
Lana Milner Gigi
Mane Firmino Coutinho

Klopp juga perlu buang sikit kedegilan dengan letak pemain yang kena tempatnya. Lucas mungkin gah dalam padang latihan, namun dalam 90 minit sebenar, pemain ini tak mampu terjemahkan atas padang. Limitasi beliau dari segi fizikal dan kepantasan telah dibogelkan oleh Vardy, malah beberapa pemain pantas lain sebelum ni. Sebab itulah masa nilah semua bising kenapa tak letak Gomez. Dan masanya telah tiba untuk Klopp beri peranan utama anak muda ini. Kita takkan bising jika Gomez buat sikit kesilapan sebab masa muda ni dia akan belajar untuk meningkat. Tapi pemain tua bangka macam Lucas patutnya dia kena cermat bila hadapi situasi cemas.

Ketiadaan Hendo takkan boleh diganti dengan Emre. Main kat manapun Abam Pomade tu nampak dia masih terkial-kial cari identiti diri. Sebab itulah masa kat Leverkusen, jurulatih ketika tu dah nampak Emre tak punyai kewaspadaan untuk main diposisi tengah. Emre main kat tempat Milner sekarang, bek kiri. Nasib baik Emre masih muda, ramai sebelahi beliau. Kalau dah sebaya Allen rasanya memang takkan bernasib baik, walaupun nampak macam anak emas Klopp.

Saya suka jika Klopp letak Milner diposisi DM. Sementara sebelum Hendo pulih balik. Milner mungkin kurang pantas tetapi pengalaman untuk main kat posisi tengah memang dia mampu. Paling terbaik untuk menenangkan tempo dan gerakkerja jentera tengah. Masa Emre main haritu orang lain naik serang dia pun tumpang sekaki, akhirnya bila terlalu keatas tak siapa nak bekap Lucas bila situasi 1 sama 1. 

Lawan kita Arsenal memang jenis main serang. Jadi perlawanan ni boleh dikatakan lebih sesuai dengan sistem sekarang. Cuma tak tahulah jika Wenger pun nak main poyo susun bas. Apa yang teruja setakat ini ialah Arsenal sedang fokus untuk perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara, untuk buat kebangkitan dari tewas 5-1. Jadi Klopp boleh ambil kesempatan ni untuk cilok mata kot.Apa yang pasti Sang Meriam pun nak punahkan harapan Liverpool dalam saingan 4 terbaik macam harapan Spurs haritu. Harap mereka jangan bongkak macam Spurs.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails