Nov 12, 2009
Rafa cari pembantu Torres
Dengan prestasi semasa, Rafa telah berhasrat mendapatkan penyerang untuk membantu Torres ketika perpindahan Januari dibuka kembali. Antara nama yang telah disebut-sebut adalah seperti Carton Cole dan Roman Pavlyuchenko. Cole amat berpengalaman di Liga Perdana dan prestasi semasa beliau telah membuatkan Capello memanggil Cole kedalam skuad England. Tetapi West Ham telah meletakkan harga sehingga £20 juta untuk membuatkan Rafa berfikir 10 kali. Harga tersebut amat tidak munasabah kerana kualiti beliau setaraf nilai yang diletakkan.
Nama Roman dari Spurs pula dikatkan setelah pemain itu sendiri kecewa akibat berehat dibangku simpanan kerana Redknapp lebih menggemari Defoe, Keane dan Crouch. Rafa mungkin akan mengambil peluang ini untuk mendapatkan Roman secara pinjaman. Tetapi bagi saya Roman mungkin bakal menjadi pemain gantian selepas Torres pulih kerana Rafa lebih gemar menggunakan penyerang solo. Tetapi dari segi kualiti mungkin Roman boleh berjaya kerana bakat beliau. Cuma beliau amat tiada pengalaman di Liga Perdana telah membuatkan pemain ini akan sukar menyesuaikan diri dengan denagn cepat sepeti Torres.
Kalau saya ditempat Rafa saya mungkin tidak menggunakan khidmat kedua pemain tersebut. Tetapi mendapatkan pemain yang cukup berpengalaman di Liga Perdana tetapi berada diluar. Siapa lagi kalau tidak lain tidak bukan Ruud Van Nisterrooy. Mungkin ini dilihat sebagai serangan balas terhadap Man U kerana mendapatkan Owen. Tetapi ini adalah suatu pilihan yang realistik dan berisiko rendah berbanding Cole dan Roman. Cuma jika kita mempunyai modal lebih saya rasa Goran Pandev lebih sesuai dengan mengumpan Dossena dalam perpindahan itu.
Nov 8, 2009
WAG: Mampukah Abbey Kekal No 1


JANGAN tengok Peter Crouch 'takdak mata'. Ada yang menggelarnya 'galah' kerana ketinggiannya mencecah 2.01 meter (6 kaki 7 inci). Ada yang jelek melihat aksi robot setiap kali dia meraikan jaringan gol.
Tapi tidak dalam kaca mata Abbey Clancy - 5 kaki 7 inci - model jelita berusia 22 tahun kelahiran Liverpool. Tahun lalu, Abbey dijulang sebagai 'WAG Pemain Bola Paling Seksi'.
WAG adalah singkatan bagi 'Women and Girlfriends'.
Abbey menewaskan ramai jelitawan lain termasuk isteri kapten Liverpool, Alex Curran yang sekadar menduduki tangga kelapan. Mungkin pemilihan Abbey bukan satu kesilapan tetapi ramai tertanya-tanya mengapa Crouch menjadi pilihan?
"Dah takdak manusia lain ke di dunia ni," tanya seorang peminat.
Sebenarnya Abbey bukanlah 'siapa-siapa' sebelum menjadi 'gadis impian' Crouch. Tetapi sejak dia mendamping bekas pemain Portsmouth dan Liverpool, bintangnya makin bersinar.Dia mendapat peluang menjadi hos rancangan TV, Hell's Kitchen kerana Crouch. Tidak syak lagi Abbey kini menjadi 'bintang' dalam dunianya sendiri.
Khabarnya tidak lama lagi ada pemilihan baru bagi WAG 2009. Apakah Abbey mampu mempertahankan kedudukannya? Apakah Alex dapat memperbaiki atau merudum.Kehadiran seorang lagi WAG jelita, Michela Quattrociocche dari Itali, tunang pemain baru Liverpool, Alberto Aquilani pasti menggugat peluang Abbey.
Pemilihan tahun lalu juga menyaksikan isteri Wayne Rooney, Coleen McLoughlin, 22 yang melahirkan anak pertama minggu lalu, menduduki tempat keenam.Isteri bintang veteran England, David Beckham, Victoria 'Spice' Posh yang selalu mendakwa 'saya paling hebat' sekadar berada di tempat ke-17.Pemilihan kali ini mungkin dia gagal berada dalam kelompok 20 kerana faktor usia yang sudah mencecah 34 tahun selain bentuk badan yang tidak umphh lagi.
Berikut senarai WAG
1 Abbey Clancy - (Peter Crouch, Tottenham)
2 Cheryl Tweedy - (Ashley Cole, Chelsea)
3 Carly Zucker - (Joe Cole, Chelsea)
4 Elen Rives - (Frank Lampard, Chelsea)
5 Melanie Slade - (Theo Walcott, Arsenal)
6 Coleen McLoughlin - (Wayne Rooney, Manchester United)
7 Charlotte Mears - (Jermaine Defoe, Tottenham Hotspurs)
8 Alex Curran - (Steven Gerrard, Liverpool)
9 Sheree Murphy - (Harry Kewell, Galatasaray)
10 Toni Poole - (John Terry, Chelsea)
11 Imogen Thomas - (Ibrahim Sonko, Hull City)
12 Emma Hadfield - (Gary Neville, Manchester United)
13 Jadine Bircham - (Mark Bircham, Yeovil Town)
14 Julie Phillips - (Kevin Phillips, Birmingham)
15 Radka Kocurova - (Tomas Rosicky, Arsenal)
16 Jamelia - (Darren Byfield, Walsall)
17 Victoria Beckham (David Beckham, LA Galaxy)
18 Liz McClarnon - (Lee Trundle, Swansea)
19 Heather Swan - (Michael Chopra, Cardiff City)
20 Louise Redknapp - (Jamie Redknapp, bekas pemain Liverpool)
Barca sedia pikat Mascherano
Barcelona dilaporkan sedia untuk membuat bidaan terhadap pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano yang dikatakan akan dijual oleh kelab Merseyside itu Januari tahun depan.Mascherano yang memegang kad warganegara Itali sebelum ini turut menjadi sasaran juara La Liga itu Jun lalu dilaporkan berminat untuk beraksi bersama Barca sebelum pengurus Liverpool, Rafael Benitez membuat keputusan untuk menjualnya.
Terkini, Liverpool difahamkan sudah bersedia untuk menjual pemain itu dan menggunakan jualan pemain itu untuk mencari penyerang baru agar dapat mengurangkan beban ditanggung Fernando Torres.
Barca dilaporkan ingin menunggu perkembangan pintu perpindahan pemain Januari ini sebelum membuat sebarang bidaan.
Jika gagal memikat Mascherano ke Nou Camp sekalipun, itu tidak menghalang fokus utama kelab berkenaan untuk membawa pemain penyerang. Dua nama yang menjadi sasaran utama adalah, Robinho dan Luis Suarez.
Nov 7, 2009
Masih Ada Rindu
http://www.timesonline.co.uk/tol/sport/football/premier_league/liverpool/article6905336.ece
Sila baca keseruluhan artikel mengenai keperihatinan Alonso tentang bekas pasukannya. Bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Menariknya beliau masih mengikuti perlawanan Liverpool bila masa terluang, malah mempunyai komen tersendiri mengenai bekas pasukannya , seperti pemain lagenda lain.
Walaupun dia pergi ke Madrid akibat tidak sebulu dengan Rafa, namun hormat kepada bekas pengurusnya itu masih ada. Malah Alonso masih yakin Rafa merupakan pengurus yang malang, dan masih berupaya mengembalikan Liverpool dari kancah bahaya.
Percayalah Alonso, namanya akan sebaris dengan hero-hero Anfield lain. Dan tak mudah dilupai selamanya. Jasamu dikenang.
Nov 6, 2009
Awas kunjungan skuad Brummies
Setelah melalui ranjau tragedi Oktober. Episod terbaru lembaran baru November bermula dengan perlawanan menentang
Bahagian tengah mereka dikemudi oleh bekas budak nakal, Bowyer. Mungkin dah matang sekarang dan aku puji sikap itu. Walaupun tidak sehebat ketika bersama Lampard di West Ham dulu, tapi masih ada sengatnya. Barry Ferguson mungkin nama asing, tapi bagi sesiapa yang fanatik permainan Championship Manager pasti mengenali beliau. Bukan ada kena mengena dengan Alex Ferguson pun. Walaupun dalam dunia nyata beliau tidak sehebat mana, tetapi permainannya amat seiras Roy Keane, kasar dan bersemnagat. Yang lain aku ingat ialah Sebastian Larson. Bekas pemain muda Arsenal ini memang sempoi. Main pon nak macam Ljungberg si jambul merah. Apa yang merbahaya si Larson ni adalah pakar sepakan bebas. Untuk menghadapi barisan tengah Birmimgham, pasukan kita kena main corak sekali sentuh (one touch footie) , ini sebab kalau nak kawal bola dari tengah alamat ada kaki yang nak kena tebas. Lucas boleh menjadi nadi penggerak, kerana beliau amat suka corak ini dan memang sesuai denganya. Dan Mascherano bakal menjadi benteng terakhir sebelum serangan menghampiri bek kita yang turun tanpa Carragher. Aku tak pasti samada Kargiakos atau Skrtel akan bersama Agger untuk menangkis serangan Birmingham. Tapi daripada kargiakos baik bagi peluang kat Ayala.
Christian Benitez mewakili barisan depan pasukan biru pun tiada bau bau bacang dengan Rafa. Tengok warna pun lain. Gaya pemain Equador ini ala-ala Yakubu Everton. Laju, rajin dan fizikal mantap, Cuma kita mungkin bernasib baik kerana Chuco belum khatam lagi selok belok EPL. Lagi seorang yang aku rasa cukup merbahya dibarisan hadapan skuad biru adalah McFadden. Kenal tak bekas pemain Merseyside biru ini. Masa main dengan
Itu sahaja garapan tetang pasukan Birmingham City yang aku tahu. Nak cakap senang nak makan pasukan ini pun susah Rafa tak pernah menang dengan mereka lagi. Tapi nak kata susah pun aku berasa kalau kena dengan percaturan boleh menang mudah. Janji jangan letak mamat tocang kuda tu lagi. Memang main tak bersemangat lansung. Baik turunkan pemain muda macam Ecceleston lagi baik, walaupun tak berpengalaman tapi sanggup berusaha. Akhir kalam aku yakin Aquilani bakal memberikan suntikan aura kemenangan jika bermain. Semua peminat ternanti-nantikan persembahan kedua selepas di Emirates dulu.
Nov 4, 2009
Hidup atau mati di eropah
LONDON - Liverpool mengharungi perlawanan penentuan Liga Juara-Juara di Olympique Lyon dengan 10 pemainnya cedera dan mungkin tidak dapat diturunkan dalam pertemuan esok.
Situasi itu merupakan krisis terbesar dihadapi oleh Rafael Benitez sepanjang lima tahun di Anfield.
Harapan Benitez untuk menurunkan pemain baru Alberto Aquilani terlaksana tetapi posisi tengah mereka tanpa kelibat ketua pasukan, Steven Gerrard (cedera pangkal paha), Albert Riera (otot), pemain pertahanan Martin Kelly (pergelangan kaki) dan Martin Skrtel (otot).
Liverpool setakat ini kalah enam daripada tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan, termasuk tunduk 1-2 kepada Lyon dua minggu lalu.
Peluang untuk mara ke peringkat kalah mati terus 'tergantung' jika mereka kalah di Stade Gerland.
Lyon di tangga teratas Kumpulan E dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan dan akan layak ke ke pusingan 16 pasukan jika mereka menang.
Fiorentina yang menanti kedatangan pasukan tercorot Debrecen, di tangga kedua dengan enam mata, diikuti Liverpool (3 mata) dan kelab Hungary, Debrecen tanpa mata.
Liverpool yang memenangi Piala Eropah lima kali dan mara sekurang-kurangnya ke suku akhir selama tiga musim, tidak pernah mempamerkan prestasi seperti ini apabila kalah lapan daripada 16 perlawanan dalam semua kejohanan.
Penyerang mereka dari Sepanyol, Fernando Torres yang digantikan pada minit ke-63 walaupun menjaringkan gol ketika menang 3-1 ke atas Fulham, Sabtu lalu dijangka beraksi dengan kesakitan akibat kecederaan otot yang dialami ketika perlawanan antarabangsa bulan lalu.
"Kami akan cuba menangani dia (Torres) kerana dia hampir untuk menjalani pembedahan. Kami terpaksa membawa Fernando ke Lyon kerana kami tidak banyak pilihan,'' kata Benitez dalam laman web kelab www.liverpoolfc.tv kelmarin.
Glen Johnson (kecederaan betis), Daniel Agger (belakang) dan David Ngog (pergelangan kaki) serta Fabio Aurelio (betis) merupakan antara pemain yang masih bergelut untuk cergas.
Jamie Carragher yang dibuang padang ketika menentang Fulham bersama-sama Philipp Degen, berkata: ''Ini merupakan saat sukar, ia menyakitkan.
"Kami melakukan beberapa perkara minggu lalu dengan mengalahkan Manchester United tetapi kami kalah dua perlawanan.
"Kami perlu menyelesaikan masalah ini minggu ini di padang latihan kerana Lyon merupakan satu lagi perlawanan penting.''
Sementara itu, Lyon bangkit daripada dua kekalahan liga dengan menang 1-0 ke atas musuh ketat St. Etienne, Sabtu lalu dan kini di tangga kedua dalam Liga Perancis, dua mata di belakang Girondins Bordeaux.
Bafetimbi Gomis masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas bekas kelabnya pada enam minit akhir perlawanan dan membuktikan kelab Perancis itu tidak seperti Liverpool, boleh bergantung kepada pemain gantian jika diperlukan.
Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris mempamerkan aksi cemerlang, menafikan beberapa percubaan berbahaya Etienne.
"Walaupun jika kami tertekan, sekali lagi kami menamatkan permainan dengan mantap, seperti mana di Anfield.
"Sekarang kami memikirkan tentang Liverpool, ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar,'' kata presiden kelab, Jean-Michel Aulas.
Penyerang dari Argentina, Lisandro Lopez dijangka diturunkan di barisan depan, dibantu oleh pemain Perancis Sidney Govou dan pemain Brazil, Michel Bastos di posisi sayap.
Pemain tengah Perancis, Jeremy Toulalan dijangka meneruskan tugas di pertahanan tengah kerana Jean-Alain Boumsong masih mengalami kecederaan pangkal paha. - REUTERS
Nov 3, 2009
Nasib malang terus menimpa Liverpool.

Terbaru, penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres dilaporkan perlu menjalani pembedahan.
Penyerang Sepanyol itu masih bergelut dengan kecederaan pangkal paha dan sekiranya menjalani pembedahan, dia mungkin terpaksa berehat selama dua bulan.
"Kami akan cuba uruskan situasi ini dengan baik kerana dia (Torres) perlu menjalani pembedahan. Dua hari selepas perlawanan dengan Fulham, dia masih berasa sakit," kata Benitez.
"Dia tidak berasa selesa dan tidak mempunyai tenaga seperti dahulu, jadi kami harus cuba merawatnya.
"Dia tidak boleh bermain dengan baik sekiranya kamu terus memaksanya. Mungkin jika kamu memaksanya, dia akan cedera buat jangka masa yang lama," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez.
Benitez mengeluarkan Torres ketika kekalahan 1-3 kepada Fulham pada aksi Liga Perdana England di Craven Cottage, Sabtu lalu.
"Apabila kamu bercakap tentang pemain yang hebat, orang hanya mahu me- lihat pemain itu beraksi sahaja dan tidak peduli keadaan pemain itu di atas padang," kata Benitez.
"Fernando mengalami kecederaan sejak bulan lepas dan masih belum cergas sepenuhnya.
"Tetapi, kami perlu menurunkannya pada perlawanan dengan Lyon kerana kami tidak memiliki banyak pilihan."
Oct 31, 2009
Fulham penentu nasib
Fulham penentu nasib Liverpool (Dicedok dari kosmo.com.my)
LONDON - Liverpool berdepan tugas penting malam ini apabila bertandang ke Fulham dalam kempen Liga Perdana England.Kunjungan itu adalah sebagai persiapan kelab The Reds itu menjelang pertemuan getir Liga Juara-Juara menentang Lyon, Rabu depan.
Skuad kendalian Rafael Benitez itu telah pun tewas empat perlawanan liga pada musim ini dan dua kali tewas pada aksi peringkat Eropah.Situasi itu sekali gus menjadikan perjuangan mereka umpama nyawa di hujung tanduk.
Namun, pemain Liverpool, Dirk Kuyt tetap yakin untuk turun bertemu Fulham malam ini sambil menyifatkan kekalahan 1-2 kepada Arsenal pada Piala Liga Rabu lalu sebagai kekalahan nasib.
"Semua tahu ini minggu yang cukup penting buat kami. Jika kami menang ke atas Fulham, kami dapat bersaing kembali dalam pemburuan kejuaraan liga musim ini.
"Kami yakin akan menang kedua-dua perlawanan akan datang ini, mendapat rentak permainan dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kami telah menewaskan Manchester United dan kami mendapat suntikan semangat daripada itu," kata Kuyt.
Sementara itu, Kuyt menegaskan, pembelian Alberto Aquilani dari AS Roma tetap berbaloi biarpun dia tidak beraksi baik pada kemunculan sulungnya ketika bertemu Arsenal, Rabu lalu.
"Kami gembira apabila Aquilani sudah turun beraksi. Harap kita akan dapat melihat lebih lagi daripadanya selepas ini. Dia sentiasa berusaha semasa latihan dan di luar padang," jelasnya. – Agensi
KOMEN : Ramai bookie letak Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Man U menang. Tapi bagi saya Fulham, Spurs, Bolton dan Blackburn bukan main sebelah kaki. Saya rasa bakal ada kejutan. Apa pun tunggu....
Oct 30, 2009
Mata pilihan ganti Babel
Rafael Benitez bersedia memancing pemain sayap kiri
Mata, 21, mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Sepanyol musim ini dan
Benitez yakin dapat melengkapkan perpindahan tersebut meskipun kontrak pemain antarabangsa Sepa- nyol itu bersama
"Kami mahu
Mata pula berkata: "Kini semuanya terpulang kepada kelab (Liverpool) dan ejen saya (bapa). Benitez adalah seorang jurulatih yang ternama tetapi saya hanya mahu memberi tumpuan kepada setiap perla- wanan bersama Valencia tanpa sebarang gangguan."
Difahamkan, jika semua urusan berjalan baik, Mata akan berpindah ke Anfield pada musim perpindahan Januari depan.
Kelmarin, Valencia juga membayangkan kesediaan mereka untuk melepaskan dua bintang Sepanyol, David Villa dan David Silva.
Menurut laporan media tempatan, antara kelab yang berminat ke atas dua pemain itu ialah Manchester United selain Chelsea dan Real Madrid.
KOMEN: Memang molek sangat Mata ke Anfield tak payah nak ulas kehebatan pemain ini. Tapi persoalannya si Babel tu pula sapa yang nak beli. Valencia mungkin tidak kot. Masakan nak penaik gaji Mata pun dah susah, apalagi nak tanggung pemain baru. Saya rasa mungkin terpaksa tunggu awal musim depan. Itupun kalau ada yang beminat.
Oct 29, 2009
Hanya kerana Aquilani

Secara jujur saya katakan yang saya sanggup bangun seawal 3.40 pagi cuma kerana untuk melihat penampilan sulung Aquilani. Bukannya enggan melihat skuad simpanan beraksi, tetapi sepanjang hari saya amat sibuk dengan pelbagai komitmen peribadi hingga ke petang. Letih memang letih. Selepas Isyak, terus rebahkan badan untuk rehatkan mata kejap menantikan perlawanan lewat pagi.
Bangun saja, segelas Kopi Radix menjadi teman sepanjang pagi. Kalau ada kaki, ingat nak lepak dekat Kedai Mamak. Boleh layan skrin besar dan mungkin Roti Nan jadi belasahan. Apakan daya tiada balasan SMS diterima, bermakna terpaksa keseorangan lagi. Mungkin rakan-rakan lain mempunyai komitmen bersama keluarga atau enggan melepaskan selimut dan toto masing-masing.
Eh, mana Aquilani? Yang ada Kuyt sebagai kapten. Trio serangan Ngog-Voronin-Babel. Tengah pula gandingan muda Plesis dan Spearing. Kat bawah pula agak berpengalaman Degen, Skrtel, Kargiakos dan Insua. Gawang simpanan, Cavaleri diberikan peluang ganti Reina. Tengok dalam senarai simpanan, barulah nampak nama Aquilani. Barulah rasa macam berbaloi menahan mata.
Ulasan minit perlawanan rasanya tak perlu. Bukannya main tak bagus tetapi kalau dibandingkan dengan skuad muda Arsenal (tolak Silvestre) rasanya mereka menang kerana pasukan kita agak perlahan apabila bertahan. Serangan pasukan kita agak kelam-kabut. Peluang untuk buat jaringan boleh dikatkan ada tetapi pemain sendiri mempersia-siakannya.Buat pasukan kita saya secara pukal memberikan dua bintang dari keseluruhan lima.
Skrtel dan Kargiakos memang tidak sepadan. Kordinasi mereka agak lemah. Gol kemenangan Bendtner adalah kesilapan awal Kargiakos dan Skrtel pula tidak berupaya menghambat Bendner yang lebih pantas. Degen walaupun tidak seberapa bertahan, namun ketika serangan agak berbahaya dan nyaris menjaringkan gol. Insua pula memang konsisten dan gol sulung beliau terlalu cantik untuk diulas.
Seperti pertahanan, gandingan Speraing-Plesis juga tidak mantap. Secara individu kedua-dua mempunyai corak berlainan. Plesis memang terlalu konservtif bertahan, manakala Spearing agak keatas. Cuma kedua-duanya tidak mempunyai kesefahaman, walaupun pernah bergandingan dalam skuad simpanan. Kuyt sebagai kapten memang bersemangat betul. Ketika bertahan dan menyerang ada saja kelibat beliau. Tetapi sayangnya beliau agak pemurah walaupun dalam posisi menjaringkan gol pada suatu ketika.
Babel sekali lagi menghampakan. Sepatutnya beliau statik di sayap dan memberikan bek kanan Arsenal kesusahan disana. Tetapi seperti biasa, ketengah jua dia suka lepak. Namun sungguh tidak memuaskan hati bila ketika peluang terbuka hasil umpanan Kuyt dilepaskan. Voronin tak payah cerita, perlu dilepaskan seberapa segera kerana amat disukai di Bundesliga. Ngog pula masih perlu belajar dari Torres untuk menggunakan kepantasan fizikal dan akal.
Dan bahagian yang saya paling suka ialah kemasukan Aquilani. Walaupun masuk sekadar 15 minit, tetapi bermain dengan sempurna sekali. Segala apa yang beliau lakukan samada hantaran, pergerakan atau kedudukan amat saya amati. Beliau memang ada sentuhan hantaran ala Alonso. Gaya lembut tetapi licik memang itulah personaliti fizikal dan gaya permainannya. Malah berani melakukan percubaan samada luar kotak mahupun akrobatik. Rasanya kebergantungan kepada Gerrard dan Torres akan dipercahkan dengan adanya Aquilani.
Mungkin terlalu awal untuk memuji tetapi itulah yang diharapkan oleh semua peminat. Kerinduan kepada Alonso mungkin akan dipadamkan tidak lama lagi oleh Aquilani. Malah rata-rata responden samada dari peminat sendiri atau orang luar sudah tidak sabar melihat kelibat pemain tengah termahal ini. Malah ada yang mahu beliau menggantikan Lucas untuk perlawanan Fulham. Tetapi bagi saya, Aqulaini bagai enjin motor yang baru di korek (overhaul), masih lembut lagi. Dah kasar nanti, barulah boleh merempit sakan.
Oct 28, 2009
Perhitungan Arsenal, Liverpool

LONDON - Pertembungan antara Arsenal dan Liverpool pada pusingan keempat Piala Liga awal pagi esok mungkin dianggap peristiwa penting dalam kancah bola sepak England.
Namun, pertemuan kedua-dua pasukan itu dilihat lebih menonjolkan kepada prospek masa depan masing-masing berbanding prestasi mereka ketika ini.
Baik pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahupun pengendali Liverpool, Rafael Benitez, mereka pastinya akan membuat beberapa perubahan pada aksi di Stadium Emirates itu.
Ia bagi memastikan tonggak utama mereka kekal cergas untuk meneruskan saingan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.
Pada aksi pusingan ketiga sebelum ini, Arsenal yang menyingkirkan West Brom hanya menyena- raikan dua pemain berpengalaman, Mikael Silvestre dan Philippe Senderos dan bakinya ialah pemain bawah 21 tahun.
Wenger turut berjanji untuk melakukan sedemikian pada perlawanan awal pagi esok.
"Ia berkemungkinan pasukan campuran tetapi kami mahu menang setiap perlawanan, tidak kira siapa yang diturunkan," kata Wenger.
Dengan penjaga gol utama, Manuel Almunia tidak akan beraksi dan penggantinya, Vito Mannone dilihat kurang berkeyakinan, Lukasz Fabianski yang baru pulih daripada pembedahan lutut berkemungkinan mendapat semula peluang menjaga gawang Arsenal.
"Saya mahu berada semula dalam pasukan dan bersaing merebut posisi ini.
"Jadi saya mahu menunjukkan kualiti dan berharap dapat menjulang piala bersama Arse- nal," kata Fabianski. - AFP
Oct 26, 2009
Biaq Betoi Masher (versi utara)
JAVIER MASCHERANO has told
In a move which raises further doubts over the midfielder's long-term future at the club, he dismissed claims money was the root of his wish to join
He rejected their £30m swoop after Mascherano stunned The Kop and asked to leave in June.
Anfield officials were convinced he was angling for a £90k-a-week deal, but Mascherano hit back.
He said: "This is not true. "I have never asked for a new contract. I already have a contract with
KOMEN: Ada pro dan kontra juga pasai Mashcerano ni. Nak jual sayang dia memang baguih. Tak jual takut dia buat perangai pula sat lagi. Dia sendiri cakap tak mahu kontrak baru. Pening betol. Kalau orang lain aci buleh mau sangat-sangat la kontrak baru. Lani ni bagi peluang sampai hujung musim. Kalau nak jugak pi Barcelona. Jangan halang. Buat apa simpan mempelam masam, baik jual sebelum busuk. Kita ada modal nak beli pemain lain. Berlonggok boleh main tengah macam dia. Tak heran lansung.
Peminat menangkan Liverpool
Cukup hairan saya kenapa pasukan kita tidak boleh bermain macam semalam untuk perlawanan sebelum ini. Bersemangat. Bekerjasama. Disiplin. Tetapi yang Nampak ketara adalah pemain ke-12, iaitu penonton di Anfield telah memberikan suntikan semangat. Sebab itulah Fergie komen bahawa penonton telah mempengaruhi pengadil supaya keputusan memihak kepada tuan rumah. Itu yang membuatkan saya nak gelak besar. Tiada pernah dengar dalam dunia yang pengadil dengar cakap penonton. Tapi kalau dengan pengurus berhidung merah mungkin ada. Saya dah ulang sebelum ini, kalau pengadil tak tolong mesti melolong punya. Kan tengok. Memang betol. Perangai sengal dia memang tak boleh berubah. Kali ini FA England kena kunci sikit mulut kotor si tua itu.
Berbalik kepada pasukan. Saya tabik hormat kesemua pemain. Tiada diskriminasi kepada sesiapa pun termasuk yang dibangku simpanan. Lucas dan Masher seakan sudah mengerti yang mereka sudah tiada masa hendak bermain sambil lewa. Aquilani kian menghampiri penampilan sulung. Hanya dengan tekanan dan persaingan membuatkan dua pemain latin tersebut meningkatkan prestasi masing-masing. Kalau tidak masakan pengulas puji sampai melambung gandingan tersebut. Sekarang baru Pak Cik Rafa tahu yang Benayoun adalah permata berharga. Dalam pasukan yang penuh dengan semangat berkobar-kobar, kelicikan beliau merupakan pelengkap ketiadaan Gerarrd.
Seperti biasa Torres kalau dah tak sakit memang akan sakitkan pasukan lawan. Evra, Rio, Vidicks, Oshea dah kelam-kabat nak menjaga Singa Iberian ini. Kalau boleh mereka main macam nak bagi Torres patah kaki. Peluang nak buat gol memang banyak. Nak buat macamana dah rezeki takat dua biji. Yang sebiji lagi hadiah Ngog buat kita. Dia dah ambil alih tugasan Babel musim lepas. Ini merupakan petanda awal yang Ngog mempunyai kriteria sebagai pemain masa depan. Saya tak kata beliau akan setanding Henry suatu hari nanti , tapi tak mustahil jika dibentuk denagn sebaiknya.
Dalam kita dok tabuh Carragher rupa-rupanya kita tersilap pandang. Gandingan Carra-Agger memang dah serasi. Skrtel pula kena kuarantin dibangku simpanan sekejap. Dia bukannya tak bagus, tapi sebab mirip sangat permainan dengan Carragher. Agger pula seakan libero. Memang boleh buka permainan dan jarang buat hantaran jauh. Kurang sikit kerja midfield. Harap-harap jangan cedera balik sudah. Akhir sekali pujian kena bagi buat Pepe yang menjadi penghalang Man U untuk aibkan kita. Dia main agak selesa dibantu pertahanan yang sudah kembali mantap.
Tekanan buat Rafa sudah berkurang dek kemenangan semalam. Tapi yang tak sedapnya pemilik kelab bukannya takut nak pecat Rafa. Calon sudah ramai. Mourinho, Klinsmann dan terkini O’Neill pula mungkin dalam senarai. Tapi mereka sayang duit. Mana berani nak bagi pampasan 15 juta pound kat Rafa. Sebab itulah saya yakin Rafa akan kekal sehingga pemilik baru sampai. Sehingga itu kita boleh guna balik ayat ni.” In Rafa We Trust”. Caya jangan tak caya. Adios
Oct 25, 2009
Kasi Potong

UNITED MAKE COST-CUTTING MEASURES : Red Devils in food fight
KOMEN: Kesiannya. Kelab yang dikatakan antara yang terkaya di dunia sanggup catu makanan untuk staff mereka. Dah nak bangkrap kot samapai kemut dengan staff sendiri. Kesian betol, duit jual Mat Kangkang dah pergi mana? Takkan kena kantau dengan keluarga Glazer bawa balik US juga kot.
Oct 24, 2009
Bangang Punya Orang Tua
Sir Alex Ferguson has stoked the fire ahead of Manchester United's trip to Liverpool by saying he can understand why
"It was an unusual incident. Obviously the goal shouldn't have been allowed but in the spur of the moment I think the referee was caught off guard with that one," he said."I must admit I thought it was a goal but I read the laws of the game saying if there was an outside agent it should be disallowed. "I thought it was a goal like the wind, the wind can take the ball. You can say that is an outside agent. When you see that it is unusual."
Komen: Ulas macam orang bodoh. Adakah bola nak disamakan angin. Ada akai ka? Dah teruk nyanyuk orang tua ni. Atau saja nak buat provokasi. Rileks Rafa jangan masuk dalam lubang tahi yang digali fergie. Buat dek jer.