May 18, 2010

SASARAN RAFALUTION 2010: JESUS NAVAS

Rafa masih cuba intai pemain dekat kampong halaman di Andalusia. Terbaru ialah pemain sayap  Sevilla, Jesus Navas. Kalau nak buat perpandingan di Liga Perdana saya rasa sebiji macam Aaron Lennon dari Spurs. Mungkin Lennon lebih pantas namun Navas lebih licik mengelecek. Kira-kira bunyi macam 12juta pound baru boleh sambar pemain antarabangsa Sepanyol ini. 

Tapi masalahnya ialah kita tiada pakej Liga Juara-Juara, tapi pasukan macam Arsenal yang tergila-gilakan beliau sebelum ini ada. Kalau ikut bakat dan umur, mungkin berbaloi tetapi budak ini kerap cedera. Itu baru main di La Liga yang pemain pertahanan agak bersopan. Kalau di Liga Perdana mungkin jadi lauk macam Eduardo Arsenal.

Jadi tak jadi itu hal Rafa. Tapi menurut pendapat dan penilaian kita sebagai peminat yang adakalanya mungkin betul dalam sesetengah perkara, rasanya baik jangan ambil risiko. Sebab utama ialah Rafa pasti akan guna Navas sebagai pemain gentian sahaja, kecualilah Kuyt tidak lagi main sebelah kanan. Ini kerana Maxi dan Navas adalah pemain sayap yang tulen bukan tiruan macam Kuyt.

 

May 17, 2010

SASARAN RAFALUTION 2010 : EVER BANEGA

Ever Banega dari Valencia. Siapa tak kenal pemain ini angkat tangan. Saya pun tak kenal sangat dalam dunia realiti. Tapi kalau dalam Permainan Pengurusan Bolasepak (Football Manager) mesti saya kenal sangat. Boleh dikatakan bakal bintang tengah yang akan menggegar Eropah. Kalau nak buat perbandingan dari segi permainan sebenar, saya tak boleh nak komen lebih-lebih kerana hanya sekali pernah lihat beliau main dengan Valencia musim ini. Tapi tengok gaya main dengan susuk badan rasanya macam nak buang duit saja.

Kalau benar Rafa nak beli pemain tengah lagi yang rasanya dah bertimbun kat Anfield, baik beli pemain yang lebih otai atau memang biasa tentang Liga Perdana. Paling sesuai dengan harga yang diwar-warkan 8juta Pound, bagi saya ialah Jimmy Bullard, Scott Parker takpun Matt Taylor. Kalau nak bangkang pun saya tak kesah sebab bagi saya Banega bakal jadi sarapan mentega pemain tengah Liga Perdana lawan.

May 13, 2010

PILIHAN PEMINAT



Wajarlah musim ini dikatakan musim yang paling lemah sepanjang Rafa di Anfield. Apa tidaknya, pemain terbaik bukannya dari seorang penjaring gol yang digeruni lawan atau pemain tengah yang merencana gerakan. Tetapi ianya diberikan kepada pemain paling akhir sebelum gawang gol. Sememangnya Reina paling berhak, kerana pemain utama seperti Gerrard mengalami sindrom kurang upaya musim ini. Manakala Torres hanya sempat bermain separuh musim sahaja. Lagipun kalau bukan kerja keras Reina, kedudukan kita mungkin lebih buruk kerana barisan pertahanan musim ini yang rapuh.

Untuk anugerah pemain muda terbaik, hanya terdapat dua pemain sahaja yang berrebut. Lucas dan Insua. Kedua-duanya memberikan persembahan ala kadar walaupun kadang kala ada juga memberikan impak buat pasukan. Lucas mungkin sedikit bertuah dengan peluang diberikan Rafa. Kebetulan pengganti Alonso yakni Aquilani belum pulih, jadi Lucas telah bermaharajalela diposisi tengah. Jadi pilihan Lucas mungkin ada logiknya juga kerana beliau antara pemain yang agak meningkat persembahan berbanding musim lalu.

May 12, 2010

SKUAD CAPELLO KE AFRIKA


Sah memang sah. Carragher telah diberi peluang oleh Capello. Tapi bukan untuk bek tengah tapi rasanya sebelah kanan. Maknanya ada peluang Carra main sebab antara semua muka bek, Glen dan Carra sahaja biasa main posisi kanan. Tempat Gerrard dan Lampard tiada saingan cuma mungkin seorang lagi akan main jika formasi 5 pemain tengah digunakan.

Saya pasti ramai yang nampak bahawa terdapat 4 bekas pemain Liverpool dalam skuad Capello kali ini. Antara mereka 2 pemain sahaja yang saya rasa agak terkilan disisihkan Rafa, iaitu Crouch dan Warnock. Heskey dan James sudah sampai tarikh luput namun mungkin Capello ada pendapat lain. Kalau boleh selepas Piala Dunia kena segera dapatkan Milner, Joe Cole atau SWP sebelum pasukan lain sambar.

Keepers: Joe Hart (Manchester City), David James (Portsmouth), Robert Green (West Ham).

Defenders: Leighton Baines (Everton), Jamie Carragher (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Michael Dawson (Tottenham), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Liverpool), Ledley King (Tottenham), John Terry (Chelsea), Matthew Upson (West Ham), Stephen Warnock (Aston Villa).

Midfielders: Gareth Barry (Manchester City), Michael Carrick (Manchester United), Joe Cole (Chelsea), Steven Gerrard (Liverpool), Tom Huddlestone (Tottenham), Adam Johnson (Manchester City), Frank Lampard (Chelsea), Aaron Lennon (Tottenham), James Milner (Aston Villa), Scott Parker (West Ham), Theo Walcott (Arsenal), Shaun Wright-Phillips (Manchester City).

Strikers: Darren Bent (Sunderland), Peter Crouch (Tottenham), Jermain Defoe (Tottenham), Emile Heskey (Aston Villa), Wayne Rooney (Manchester United).

May 11, 2010

TIADA PENJUALAN BINTANG




HULL: Rafael Benitez akan bertemu pemilik Liverpool minggu ini dan menjelaskan tiada jaminan kedudukannya di kelab itu sekiranya mereka berhasrat menjual Fernando Torres dan Steven Gerrard.

Timbul cadangan pemilik bersama Tom Hicks dan George Gillett mungkin terpaksa menjual aset berharga kelab itu selepas hutang kelab mencecah 330 juta pound (RM1.85 bilion) tetapi Benitez berkeras perkara itu tidak harus dilakukan sekiranya dia ingin dikekalkan di Anfield. Pengurus warga Sepanyol itu dilaporkan sudah mendapat tawaran untuk berpindah ke kelab Itali, Juventus, manakala Real Madrid juga mungkin menjadi destinasi sekiranya dia tidak gembira dengan situasi di Liverpool.


Mengulas musim penuh kehambaran kelab itu yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 ketika menentang kelab yang sudah tersingkir Hull kelmarin, Benitez berkata: “Ada pertemuan dengan pengerusi sebelum ini. Ia positif dan kami akan bertemu lagi selepas ini, Saya akan bercakap beberapa perkara dengan pengerusi.

“Jika saya kekal, saya tidak akan terfikir untuk menjual Gerrard dan Torres, walau apapun yang mungkin anda dengar daripada sumber kanan di dalam kelab ini. Ini penting untuk kestabilan kelab.

“Tetapi saya tidak mahu menjual kedua-dua pemain itu. Saya jelas mengenainya. Pengerusi juga jelas, dia juga tidak mahu menjual mereka.”

Jika Benitez kekal, dia percaya Liverpool akan memberi persembahan lebih baik musim depan berbanding musim ini yang dicemari dengan penyingkiran peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris dan gagal dalam semua saingan domestik. – AFP

REINA GOLI TERBAIK




Tak sangka bahawa pasukan kita antara pasukan yang sedikit terbolos antara 19 pasukan Liga Perdana lain. Kunci kejayaan mungkin bergantung kepada wira musim ini Pepe Reina. Sepatutnya beliaulah yang dinobatkan pemain terbaik musim ini bukannya Dirk Kuyt. Namun apakan daya peminat lebih nampak kerajinan Kuyt dari kemantapan Reina menepis serangan lawan takala barisan pertahanan kita tidak semegah dulu.

Rupanya segala usaha dan keringat Reina terbalas juag apabila sekali lagi terpilih menjadi penerima sarung tangan emas kerana melepaskan gol paling sedikit. Namun ianya dikongsikan bersama dengan Peter Chech yang lebih mantap musim ini. Dan paling nampak gah sekali ialah beliau telah menerima anugerah ini sebanyak 4 kali dari 5 musim penampilan beliau di Liga Perdana.

May 10, 2010

BERAKHIRNYA PENUH KECEWA



Penutup perlawanan bukannya hanya dirasai oleh peminat tetapi bagi Kapten Gerrard ianya seakaan sesuatu yang tidak boleh dipendamkan lagi. Sudahlah seri dengan Hull tanpa sebarang jaringan.Sampaikan beliau sanggup menolak peminat Hull yang membanjiri padang sejurus perlawanan tamat. Ianya sempat dirakam dalam klip dibawah.





Mungkin pelbagai andaian akan timbul selepas ini. Kekecewaan itu akan diterjemahkan dengan pelbagai maksud. Seperti beliau kecewa dengan Rafa, rakan sepasukan, pengadil, peminat Hull atau mungkin dengan diri sendiri. Namun itu semua patut menjadi satu motivasi dan iktibar buat semua yang berada di Melwood untuk tidak mengulanginya untuk musim depan. Namun sebelum musim bermula macam-macam peristiwa mungkin bakal berlaku samada baik atau buruk. Biarpun sakit ditelinga (kena bancuh) Liverpool tetap dihati.

May 9, 2010

ORANG MACAM INI YANG KITA MAHU

Saja nak tunjuk klip pasal aksi Arda Turan ketika lawan pasukan kita 2005 dulu. Memang mengancam punya skil, 10 kali hebat dari pemain yang kita ada sekarang ini. Kalau tak silap dia pernah cakap yang lebih suka Liverpool dari Arsenal. Kalau dapat mamat ni, Semua posisi Midfield kita boleh letak kecuali tempat Mascher kot. Dah boleh jual Riera dan Babel untuk dapatkan modal untuk beli Turan yang rasanya dalam lingkungan 12juta pound. Jangan risau Wenger mesti tak berani nak keluar modal tinggi punya.

CAPELLO PUJUK CARRA



Tak sangka Carragher akan dipujuk untuk kembali dari persaraan. Ketiadaan Ferdinand, King, Lesscot mungkin rahmat buat pemangku kapten kita. Mungkin ini peluang terbaik Carra untuk berikan apa yang termampu buat Skuad Tiga Singa. Dah tak sabar lihat Carra menyarung kembali jersi England di Afrika Selatan.

May 8, 2010

MASUK KANDANG RIMAU


Perlawanan penutup jendela Liga Perdana kali ini macam tidak memberikan impak buat pasukan mahupun peminat. Hull sudah pun melingkup turun liga dan Liverpool hanya mampu bersaing untuk Trofi kelas 2 di Eropah. Jelas sekali tumpuan media hanya diberikan pada Rafa dan Torres dan sedikit pada Kapten Gerrard. Makin tak selesa peminat Liverpool buat masa ini. Asyik cerita tak enak saja yang ditulis.

Tumpuan untuk perlawanan ini pastinya agak suram dengan tiada apa untuk dikejar lagi. Kalau begitu apakata Rafa turunkan pemain remaja untuk diberikan peluang beraksi. Letak saja mana-mana pemain simpanan seperti Martin, Irwin, Ayala, Mavinga, Mendy, Kelly, Amoo, Palson, Duran, Bruna, Pacheco, Brouwer, Valle dan Saric dalam kesebelsan utama. Kalah menang tak jadi hal, tapi manatahu boleh menang kira jadi motivasi untuk bersaing.

Rata-rata peminat Liverpool teralih juga kepada perlawanan Chelsea-Wigan dan ManU-Stoke. Bukan lagi rahsia bahawa ramai yang mahu Chelsea menang keatas Wigan dan menang Kejuaraan Liga musim ini. Tapi macam-macam boleh jadi, apapun kita tunggu sampai perlawanan esok yang akan diadakan serentak.

May 6, 2010

SPURS PATUT LAYAK

Terima kaseh kepada Spurs kerana telah memadamkan impian besar Man Citeh untuk menjadi pasukan elit musim depan. Kalau tidak gerombolan ini pasti akan merampok pemain-pemain hebat seantero dunia. Paling sakit hati ialah sebelum mereka dapat tempat ke-4 lagi dah canang sana-sini nak beli Torres dan juga Gerrard. Tapi mereka silap besar. Mereka perlu contohi Chelsea ketika awal ketibaan Abramovich. Dapatkan dulu pengurus hebat barulah pemain hebat akan datang.

Spurs sememangnya layak kerana mempunyai pengurus Otai disamping skuad besar dan mantap. Lainlah macam pasukan kita, ketika lawan Chelski hari itu dalam simpanan hanya ada Degen, Ayala, Nabil, Ngog dan Babel. Kalau nak bandingkan Nabil dan Bentley, Degen dengan Kaboul, Ngog dengan Pavylchenko dibangku simpanan mungkin sendiri boleh fikir apa kesudahanan perlawanan jika masing-masing membawa masuk simpanan mereka.

Sekali lagi tahniah buat Spurs dan juga Shebby Singh (Fan Spurs No. 1 Malaysia).

May 5, 2010

AYALA BAKAL TERANG MENYALA


Rafa sememangnya boleh dibanggakan. Pada perlawanan Chelsea sangup meletakkan Daniel Ayala apabila Carragher cedera. Dia tidak kisah walaupun tahu pemain muda mungkin akan gugup tika lawan pasukan kuat. Sebab peluang serupa diberi kepada Jack Hobbs tapi hampas pula jadi. Ayala main tanpa gugup menentang pemain hebat macam Drogba. Aspek fizikal dia memang dah bersedia kerana ketinggian dan susuk tubuh yang agak tegap. Namun mungkin kekuatan mental dan pengalaman masih kurang buat pemain muda Sepanyol ini.

Jadi dalam 4 orang mahaguru pertahanan ialitu Carragher, Agger, Skrtel dan Kargiakos yang mana satu rasanya akan menjadi aliran beliau. Apa yang sangat menarik ditonton ialah Ayala lebih mirip kepada Agger berbanding Carra/Skrtel/Kargiakos. Cuma dia belum lagi mencapai tahap ilmu dan skil hantaran sehebat Agger. Mungkin musim depan beliau Cuma jadi pemerhati dan belajar dari bangku simpanan. Dan musim satu lagi kita akan lihat pemain ini menjadi pemain utama itupun bergantung kepada kemampuan beliau sendiri.

Namun jika beliau boleh memasukkan silibus mahaguru yang lain seperti membaca permainan dan ancaman seperti Carra, corak agresif dan tiada belas seperti Skrtel serta yang agak penting juga kebolehan menangkis serangan udara ala Kargiakos. Ini semua adalah sebahagian ramuan utama untuk menjadi bek tengah yang hebat. Cuma pastikan atribut umum seperti kepantasan dan kekuatan fizikal tidak dilupa kerana setiap pasukan EPL yang berjaya mempunyai corak permain sebegitu.

May 3, 2010

MALANG TAK BERBAU



Walaupun tewas dengan Chelsea, melalui sembang-sembang kopi dengan peminat lain mereka merasa gembira jika Chelsea menang kejuaraan Liga Perdana. Ini kerana Man U bakal memecahkan rekod 19 kejuaraan liga setelah menyamainya musim lalu. Nak cerita perlawanan semalam pun dah rasa letih tapi rangkuman keseluruhannya ialah kita perlukan PENYERANG YANG PROLIFIK, PERTAHANAN YANG KEJAP, MIDFIELD YANG PANTAS, PEMILIK BARU, STADIUM BARU, DAN JUGA PENGURUS BARU .

May 2, 2010

HODGSON MINAT JADI BOS

Dengan tak semena-mena ada ura-ura yang Rafa akan menerima tawaran Juventus hangat lagi. Jadi ramai pula yang dikaitkan kerusi pengurus Liverpool. Antara calon ialah Mourinho, O’Neil, McLeish, Rajagopal dan juga paling terkini sensasi ialah Pak Cik Roy Hodgson meyatakan hasrat. Siapa sangka Fulham akan melangkah hingga ke Final Piala Europa. Mereka bukan bertemu kelab remeh-temeh, tetapi laluan berduri degan pemain yang tak bertaraf bintang. Kunci kejayaan adalah pengurusan bijak pengurus Otai, Roy Hogdson. Seringkali diberikan jolokan penyelamat dunia, beliau akan mengambil tugasan membawa kelab corot menjadi pasukan sensasi.

Mungkin jika kelab Liverpool masih mempunyai masalah mendapatkan pembeli, maka tidak mustahil Roy Hodgson mungkin tampil sebagai calon bidan terjun. Pengalaman luas di negara Skandinavia dan seketika di Italy terutamanya di Inter Milan mungkin menjadi kredit terbaik dalam biodata peribadi kerjaya beliau. Tetapi yang menariknya dia mempunyai falsafah ringkas dalam bolasepak dan tidak serumit Rafa. Setiap masalah yang berpunca dari pemain perlukan sentuhan insani. Roy mungkin tidak selicik Ferguson atau semantap Wenger, tapi setiap carakerja beliau amat ringkas. Pasukan England mesti main dengan cara England dan itulah caranya Fulham berjaya mengenepi cabaran Shaktar, Juventus, Wolfsburg dan juga Hamburg dalam Piala Europa.

Tetapi ada risiko juga orang tua ini. Kalau nak dibanding dengan Hiddink mungkin agak kurang dari segi pencapaian. Tetapi insiden di Blackburn sehingga membuatkan pasukan terkantoi jatuh Divisyen satu masih menjadi badi buat peminat di England. Malah dia juga pernah membuat pelaburan tak menjadi dengan menghanguskan dana 20 juta pound tanpa pulangan berbaloi. Lagi satu beliau hanya gah dengan kelab kecil yang kebanyakannya berlegar di kawasan Skandinanvia. Hanya sekali sahaja di Inter Milan itupun hanya berjaya menjadi Naib juara Serie–A. Oleh itu jika beliau menjadi pengurus sementara mungkin boleh diterima tetapi buat jangka panjang beliau tidak nampak sebagai penyelamat dan mampu membangkitkan kembali kegemilangan pasukan.

May 1, 2010

RUMIT PENUH DILEMA



Kapten Gerrard masih tak putus asa. Masih sanggup berusaha untuk atasi Chelski dan harap pasukan lain kantoi. Ini semangat yang murni. Tapi kalau semangat sebegini diterapkan oleh beliau atau semua pemain diawal musim mungkin langit tak semendung hari ini. Tetapi lain pula dengan sebilangan peminat yang amat membenci pasukan seteru yakni Setan Merah. Mereka rela pasukan dikerjakan oleh Chelski asalkan setan berputih mata dari menang kejuaraan liga. Saya mungkin diatas pagar, harap Liverpool menang serta Sunderland tewaskan Man U juga. Namun menang kalah bagi saya sudah tiada makna lagi. Semangat kian luntur seperti baju dibubuh klorox.

Yang buatkan saya tersenyum seketika apabila membaca yang Alex Ferguson dengan rendah diri memohon supaya Liverpool mesti menang. Tak sangka mereka harap belas ihsan pasukan kita. Ini mungkin kali kedua Fergie minta bantuan kita. Ingat tak musim 94-95 tak silap saya, Masa itu Roy Evans, menjadi boss. Blackburn yang sikit lagi jadi juara kalau menang dengan kita terpaksa balik kecewa. Man U dapat hadiah istimewa dari Kopster iaitu Juara Liga. Ini lah yang dikatakan pilihan yang tiada pilihan. Jadi kalau takdir menyatakan sesiapa pun menang EPL, pasukan kita tetap bermasalah. Banyak perlu diubah. Mungkin kita perlu angin baru. Mourinho barangkali.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails