Jul 27, 2012
BERTEMU FC GOMEL KELAYAKAN EUROPA
Jul 25, 2012
AQUAMAN PATUT KEKAL???

Barang siapa yang tengok perlawanan Liverpool lawan Toronto mesti tersentak tengok kelibat pemain dalam buangan 1-2 musim sebelum ini yakni Aquilani atau Aquaman. Setelah bertapa di di Itali 2 musim bersama Juventus dan lepas tu Ac Milan, nasib Aquaman nampak macam telur dihujung tanduk. Namun Brendan Rodgers nampaknya suka atau nak tengok dulu semua pemain yang dia rasa boleh klik dengan sistem dia akan kekal dan yang mana tak boleh belah pada anggapan saya macam Adam atau Carroll akan jadi modal dana rekrut baru.
Tapi sayugia diingatkan, masa pramusim pemain bagus kadang-kadang nampak hampeh dan yang hampeh nampak terlalu sempoi dan bagus dok ada. Ingat lagi Voronin, ala mamat rambut tocang dari Ukraine yang jadi penjaring terbanyak pramusim masa Rafa beli percuma dulu, abis musim hanya dua gol dari berpuluh-pulh perlawanan. Jadi saya tangguhkan dulu pujian terhadap Aquaman dan kita lihat adakah beliau akan menjadi nadi dalam tika-tika Liverpool kerana memang kena dengan permainan beliau. Tapi masa depan Aquaman macam-macam boleh jadi sebelum pintu perpindahan tamat.
Jul 19, 2012
PENYERANG PILIHAN BRENDAN
Jul 18, 2012
BRENDAN BERSAMA PENGGANTI CARROLL
Jul 14, 2012
MAXI KELUAR BORINI MASUK
Setelah mendengar gosip-gosip perpindahan dan melihat pemain demi pemain disambar kelab lain, akhirnya debaran berakhir dengan pembelian sulung pemain dari Kelab AS Roma, yakni Encik Fabio Borini. Pemain yang pernah dibersekolah di akademi Chelsea ini memang kenal mengenali satu sama lain dengan Brendan. Malah Rodgers pernah bekerjasama dengan Borini ketika Swansea di Liga Kejuaraan.
Jadi kemasukan Borini dengan nilai £8juta mulannya dilihat menggantikan Carroll, namun dari penilaian saya, dia bakal main disebelah kanan atau kiri dari rangkaian 3 serangan dalam formasi 433. Keupayaan menggelecek bola serta kepantasan adalah aset permainan beliau ditambah lagi dia dilihat tidak gopoh dalam keadaan serangan dan mampu menghadapi situasi satu lawan satu dengan pertahanan lawan.
Kemasukan Borini dilihat pembelian munasabah dengan harga berbaloi kerana dia bukan warga England. Jadi selepas ini pemburuan pemain kedua mengkinkah Dempsey yang hangat diperkatan. Atau ada insan lain yang lebih hebat. Tak sabar menunggu macam tunggu durian Musang King luruh di dusun.
Jul 11, 2012
AKSI SUSO BERSAMA SEPANYOL
Cenggini punya sempoi permainan budak Suso saya rasa cerah masa depan beliau. Tak pasti musim ini ada peluang bagi beliau kerana belum ada pemain tengah yang keluar. Harap boleh jual pemain tua macam Cole atau pemain macam Adam yang tak sesuai main tiki taka, untuk bagi ruang supaya Suso ada peluang menonjolkan diri.
Jul 10, 2012
BURUNG ADA GIGI

Maskot ini memang kelakar. Tak padan dengan gelaran "Mighty Red" atau Si Merah yang gagah. Apa pun ianya lebih cun dari maskot Dinasor boroi Arsenal, atau Setan Jambu Man U. Namun kanak-kanak memang suka maskot ini, kalau nak buat ganas nanti diorang balik tak boleh tidur plak.
Jul 9, 2012
OLIMPIK 2012

Olimpik punya pasal kita bakal kehilangan dua pemain berbisa musim lepas, Suarez dan Bellamy yang beraksi untuk negara masing-masing atas kuota pemain terlajak umur. Dekat sebulan juga kita bakal kehilangan penggempur utama dan setelah kehilangan Kuyt sebagai penyerang simpanan, tinggallah harapan pada Carroll. Itupun dengar cerita AC Milan nak sambar beliau. Jadi secara tak langsung mungkin cerita perpindahan penyerang untuk menggantikan Kuyt dalam tempoh perpindahan ini akan berlaku secepat mungkin. Mungkinkah Borini,Ba atau Moses ataupun yang tidak disebut dalam rumes perpindahan macam Neymar:) akan berlaku.
Jul 8, 2012
DESAS DESUS

Nampaknya selepas entri senyap sunyi, perpindahan masuk pemain masih senyap sunyi. Cuma dalam berita sukan pelbagai desas desus pemain itu ini nak ke Liverpool. Tapi pemain yang telap konpom kita melepas ialah Sigurdson yang dicilok oleh Spurs. Saya taknak ulas yang pemain Iceland itu tamak atau tidak tapi pilihan ditangan beliau kerana Liverpool juga telah menyediakan pakej yang terbaik tapi beliau mahukan Spurs yang lebih ranggi katanya.
Jul 2, 2012
GERRARD TERBAIK DIEROPAH
Bermula dengan gol Lescott hingga gol cantik Carroll lawan Sweden. Cuma England tak bernasib baik kerana pemain Man U buat taik pada perlawanan suku akhir lawan Itali.
Dengan itu saya harap Gerrad masih kekal Kapten England untuk ke Brazil 2014 untuk kempen piala dunia. Namun apa yang kita mahukan Gerrard akan jadi nadi kebangkitan dibawah Brendan Rodgers musim depan.
Jun 26, 2012
SENYAP SUNYI
Jun 22, 2012
JERSI KETIGA YANG ORI ???

1) Jersi Utama - begitu sederhana tetapi kemas.
2) Jersi Lawatan - macam baju skuba, iras-iras Reebok 2002/03
3) Jersi Alternatif - macam baju latihan biasa, namun kurang jelik dari yang diwar-warkan sebelum ini.
Jun 20, 2012
SHREK DAN TERRY HERO PASUKAN SINGA

Sebenarnya penyelamat England adalah Terry bukannya Shrek. Namun Kapten Gerarrd adalah hero sekalian hero dalam skuad England. Tak mau ulas banyak layan video dibawah.
Jun 19, 2012
ADAKAH INI JERSI KETIGA

Adakah ini rekaan sebenar jersi alternatif untuk musim 2012/13. Ianya dikatakan telah dibocorkan oleh hackers atau staff Warrior. Malah ada yang mengatakan bahawa perkara terakhir yang dibuat oleh Kenny ialah mengesahkan rekaan biol ini dan akibatnya beliau dipecat, bukan kerana mendapat no.8 di Liga. Mari kita tengok adakah ini realti atau fantasi.
Jun 18, 2012
JADUAL PERLAWANAN MUSIM 2012/2013
Jadual perlawanan dah keluar. Liverpool akan bertembung dengan West Brom yang diuruskan oleh bekas staff yakni Encik Steve Clarke. 5 perlawanan pertama boleh dikatakan selang seli susah dan senang dan 5 perlawanan lepas itu kira kacang Ngan Yin juga. Namun oleh kerana kita belum tahu siapa pemain utama dan siapa masuk dan keluar saya takkan memberikan sasaran apakah yang realistik untuk musim baru ini.

August 18 West Brom (A)
September 1 Arsenal (H)
September 15 Sunderland (A)
September 22 Man Utd (H)
September 29 Norwich (A)
October 6 Stoke (H)
October 20 Reading (H)
October 27 Everton (A)
November 3 Newcastle (H)
November 10 Chelsea (A)
November 17 Wigan (H)
November 24 Swansea (A)
November 27 Tottenham (A)
December 1 Southampton (H)
December 8 West Ham (A)
December 15 Aston Villa (H)
December 22 Fulham (H)
December 26 Stoke (A)
December 29 QPR (A)
January 1 Sunderland (H)
January 12 Man Utd (A)
January 19 Norwich (H)
January 29 Arsenal (A)
February 2 Man City (A)
February 9 West Brom (H)
February 23 Swansea (H)
March 2 Wigan (A)
March 9 Tottenham (H)
March 16 Southampton (A)
March 30 Aston Villa (A)
April 6 West Ham (H)
April 13 Reading (A)
April 20 Chelsea (H)
April 27 Newcastle (A)
May 4 Everton (H)
May 12 Fulham (A)
May 19 QPR (H)
