Oct 16, 2015

LIVERPOOL LAWAN TOTTENHAM


Komentar pertama untuk tulisan lepas punyai hujah wajar bahawa andaian beliau Liverpool mungkin lebih dari Piala Europa. Mungkin itu maksud dia. Bagi saya sendiri mungkin ianya boleh dicapai tetapi masalah sekarang Klopp bermula agak lewat sebab kena hadam apa yang ada. Nak ajar Skrtel supaya jangan gostan bila penyerang meluru masuk, nak bagitahu Lallana jangan buat pusingan Cruyff melampau sangat nanti Cruyff sendiri tak boleh cari makan. Nak ajar macam-macam kebiasaan pemain yang kita nampak meluat dalam perlawanan untuk main Gegenpressing mungkin makan masa. Masa itulah yang saya sendiri anggap musim ini kita bakal merangkak dulu tapi bergantung kepada pemain nak lepak atau berlari tanpa disuruh.

Kita buat bandingan dengan kehendak Klopp berbanding skuad sedia ada. Corak "Heavy Metal" dapatkah disesuaikan dengan Lucas, Milner dan Skrtel yang pikap lambat. Takut dia jadi macam Brendan kena ubah corak kepada tempo perlahan, mungkin rentak rock juga tapi versi jiwang tangkap leleh. Saya bukan risau tentang keupayaan taktikal Klopp dan pembantu beliau Encik Buvac. Tapi risau pemain yang bakal punahkan harapan semua orang termasuk peminat yang sangat optimis sampaikan sanggup letak pengharapan terlalu tinggi. Klopp sendiri cakap musim ini dia tiada sasaran dan hanya selidik dan perbaiki mana patut. Januari mungkin ada jika nampak pasukan sekarang tak mampu ikut Heavy Metal.

Ketiadaan pemain penyerang seperti Benteke dan Ings, tak berikan impak kerana ramai dah tahu sistem 4231 yang bakal digunakan. Apa yang diperlukan adalah penyerang berkualiti macam Sturridge. Klopp obses dengan menghambat lawan dari atas jadi gunakan penyerang ramai tak berguna. Ramalan ramai yang trio Coutinho, Milner dan Lallana bakal diturunkan. Kalau ada Firmino calon kuat ganti Lallana. Dua pemain tengah tiada pilihan banyak, Lucas pasti sekarang Emre atau Allen mungkin juga Rossiter. 

Bahagian paling penting dalam sistem Kloppo bukan ditengah tetapi dibawah. Beliau mahukan pertahanan yang solid tetapi kebolehan teknikal serta takikal yang bagus. Yang nampak sekarang solid masih jauh, perlu diperbaiki. Namun boleh pegang bola takada masalah sebab zaman Brendan pun dah terbiasa. Paling mudah Sakho dan Skrtel, namun kalau ada Gomez mungkin dia ancaman buat Skrtel. Sekarang paling kritikal ialah mampukah nak main terlalu keatas sebab bukan bek sahaja yang perlu pantas, penjaga gawang juga kena main ala Sweper. Secara jujur Mignolet akan kantoi tapi mungkin tahap konfiden jadi lain era Klopp.

Saya nampak pertembungan dengan Spurs nanti adalah satu pertembungan menarik bukan saja perlawanan sulung bagi Klopp. Tapi Spurs juga sedang main bagus. Saya minat beberapa pemain mereka terutamaya Delli Alli. Tapi kelemahan Spurs dibahagian pertahanan harus dipergunakan. Kalau nak menang kena buli bek dengan serangan pantas. Juga pastikan bahagian tengah dihalang dari pegang bola lama sebab jika bekalan sampai kepada Kane memang bahaya. Kane juga jangan biar diluar kotak bila ada peluang rembatan dia memang tak mampu dihalang. Terakhir jangan bagi kesalahan bodoh depan kotak penalti, sebab itu yang digemari Erikson nak tambah koleksi gol sepakan percuma.




























PANDANGAN LIVERPOOLKITA TENTANG KLOPP



Terimaksih kepada yang sudi buat undian. Kita tengok dulu setakat 65 undian,

Juara Liga ------------------- 9 (13%)
 Pencabar Kejuaraan ------ 14 (21%)
 Empat Terbaik------------  42 (64%)
 Piala Europa ---------------8 (12%)
 Pertengahan Liga ---------3 (4%)

Ini pandangan peminat tegar, kalau tak tegar buat apa nak buang masa masuk undi. Pandangan mereka ini saya buat kajian kes bahawa ramai ramal Klopp akan bawa Liverpool 4 terbaik musim ini. Ramai juga undi pencabar kejuaraan dan hampir antara Juara Liga dan Piala Europa. Hanya 3 undi dari peminat yang takut nak bagi pengharapan. Kalau ramai lagi undi pun peratusan takkan berubah sangat sebab peminat Liverpool punya kematangan tinggi. Mereka banyak baca, kaji dan pandai buat andaian sendiri keadaan Liverpool di bawah pemilikan FSG.

Mungkin orang nak tahu pendapat penulis Liverpoolkita tentang Klopp sebelum perlawanan dengan Spurs. Sebab lepas lawan Spurs mungkin andaian lain pula akan muncul. Pengharapan peminat bila pengurus macam Klopp datang ke Anfield tak macam Benitez datang 2005 dulu. Benitez datang masih ramai yang sangsi beliau dapat sesuaikan diri dengan cepat sampai memang Piala Liga Juara-Juara musim pertama. Tapi beza Rafa ialah dia dapat pemain tinggalan Houllier yang dah baham 3 Piala sebelum itu. Jadi pemain Rafa memang dah ada ciri-ciri juara.

Tetapi pemain tinggalan Brendan berapa kerat yang pernah menang Piala. Malah pemain paling lama macam Lucas pun tak nampak boleh jadi ikutan pemain baru. Disinilah tugas berat Klopp untuk menjadikan pasukan tinggalan Brendan yang hilang jati diri dan identiti, menjadi pasukan terbaik. Kita tak kata pemai n sedia ada tak bagus. Klopp sendiri cakap yang dia nak buat penilaian dulu dan tengok macamana sebelum nak rombak pasukan. Ini mungkin sebab dia perlu menunggu hingga Januari baru boleh buat langkah pertama. Sehingga itu pemain sendiri akan pulun gila-gila nak tunjuk yang mereka bagus.

Sekali nak bandingkan Rafa lagi. Jika Klopp kitar semula pemain sedia-ada, dia mungkin kena tiru Rafa. Kita tengok bagaimana Rafa jadikan Traore bek kiri utama yang menjulang Liga Juara-Juara. Manatahu Enrique boleh kembali bersinar, Lovren jadi macam Nesta atau Allen jadi sehebat Xavi. Itu tak mustahil sebab saya nampak Klopp punyai banyak perkara yang spesial walaupun dia mahu digelar normal. Pertamanya idea beliau nampak gempak macam "Gegenpressing". Tapi gegen nak sama teori zaman Brendan hampir memang Liga, cuma Klopp lebih kepada mahukan pasukan solid bertahan dulu, barulah menyerang.

Lagi satu Klopp dari sejarah Dortmund juga pandai eksprerimen letak pemain diluar posisi. Klopp jadikan Schelmer dari pemain sayap kepada bek kanan. Brendan tak berjaya sebab apa. Sebab dia buat perjudian letak pemain tak kena dengan kekuatan pasukan. Gomez bukan bek kiri dan tak membantu bila menyerang. Macam kes Ibe dia bukan pemain sayap bertahan, sebab tak punyai deria bertahan walau secebis. Kalau Klopp mungkin dia jenis realistik nak bubuh pemain luar posisi. Kalau pemain lemah nak terjah lawan pun tak reti cam Ibe, saya rasa jangan harap dia nak letak bek kanan.

Kelebihan Klopp ialah macam kita tahu dia punyai pengalaman di Mainz dan Dortmund yang berjaya bukan sebab duit banyak, tapi pandai gunakan pemain Akademi. Saya rasa ini satu faktor yang bakal disukai ramai . Sebab pemain muda bukan sahaja bakal menjimatkan poket FSG, tapi kebanyakan yang kita ada nampak berbakat dan kemahiran tinggi. Bila dapat peluanng dan sekaligus asuhan serta motivasi, gelaran Fowler baru, Owen baru, Gerrard baru serta Carragher baru bakal menjadi nyata. Saya jenis suka tengok pemain muda naik dan jadi bintang sebab macam jadi kepuasan, berbanding jika beli pemain bintang, walaupun mampu macam Lewandowski.

Jadi nak ringkaskan dan berikan pendapat secara andaian. Saya berada dipihak Piala Europa. Tak mahu sembang kencang takut kecewa dihujung hari. Walaupun kita nampak kelebihan dari pelbagai segi, namun dipihak Klopp sahaja tak cukup. Saya sendiri pon tak pasti Klopp boleh adaptasi dengan cepat Gegenpressing atau apa-apa falsafah untuk pasukan sedia ada sekarang .Sebab satu saja yang saya nampak ialah tiada seorang pun pemain yang hampir berwibawa macam Steven Gerarrd, atau bersemangat macam Carragher. Kalau ada saya orang pertama letak pencabar Liga sebagai sasaran.

Oct 12, 2015

PANDANGAN BERBENTUK UNDIAN TENTANG KLOPP


Belum lagi perlawanan pertama, mungkin ramai hairan kenapa nak buat undi dulu. Kita nak tengok peminat yang dok terawang-awang keterujaan tentang Klopp supaya turun ke bumi sekejap. Fikir dan buat andaian sendiri. Kita tengok keputusan ramai dan bandingkan kena tak tekaan kita dengan apa yang kita harapkan sekarang dengan apa yang bakal berlaku habis musim 2015/16. Panel undian ada kat sebelah kanan Blog.

CABARAN KLOPP DENGAN PIHAK FSG


FSG adalah pemilik bolasepak Liverpool. Perangai mereka tak sama dengan Towkey Chelsea atau Man Citeh, yang akan suntik duit poket untuk kuatkan pasukan. Tetapi FSG lebih meniru aplikasi Arsenal, yang pentingkan kestabilan ekonomi tanpa nak belanja gila babes cam Menyu. Modul Arsenal juga sengal sebab mereka tak pedulikan hati peminat, sebab Wenger kebelakangan ini hanya mahu puaskan dan penuhkan kantung pemilik, bukan melabur untuk kuatkan pasukan demi kejuaraan.

Sebab itulah FSG kalau boleh nak Brendan berjaya sebab dia nak sama perangai dengan Wenger. Patuh dan tak berani nak mintak lebih-lebih. Sistem pengurusan kewangan FSG bagi saya taklah mengarut. Kedekut bukan terma yang betul sebab mereka dah bagi 300juta kepada Brendan Tetapi lebih kepada pendekatan pelaburan secara selamat. Iyalah macam kita nak melabur dalam Unit Amanah, kita mesti nak cari keuntungan semaksima  mungkin tetapi kena kaji risiko dulu samada nak potfolio agresif, sederhana atau jangka panjang.

FSG awalnya cuba terapkan konsep "Moneyball" atau dalam erti kata lain mereka gunakan sistem pengambilan pemain berdasarkan statistik. Kalau nak tahu cerita pasal lebih lanjut pasal boleh cari DVD cerita "Moneyball" lakonan Brad Pitt. Dari filem itu kita mungkin ada idea bagaimana Billy Beane dan  Paul DePodesta meRevolusikan sukan bola lisut dengan pendekatan sabermetrics untuk kelab Oakland Athletics. Nak tulis panjang lebar kena buat edisi khas, namun nak senang beli DVD atau google sendiri.

Sistem Moneyball itu bagus, yang tak bagus ialah mereka gunakan Comolli sebagai Pengarah Bolasepak, mungkin sebab dapat rekemen dari Paul DePodesta sendiri kot. Bukan nak perlecehkan Kenny Dalglish, tetapi kata putus Kenny juga adalah penyebab sistem itu tak berkesan. Ianya berlaku memang tak dirancang, tetapi berkisar kepada pemergian mengejut Torres ke Chelsea dan pembelian Carroll dari Newcastle. Kalau Torres kekal dan Carroll tak datang mungkin Liverpool tak senasib sekarang. Maaf sebab dok ulas benda yang dah lepas, tapi realitinya saya nampak kat situ segalanya menyebabkan Liverpool kembali kebelakang 10 tahun.

Bila dah beli Carroll, Kenny dan Comolli terpaksa cari jalan untuk beri kemudahan kepada pemain itu. Ianya dengan beli beberapa pemain yang pandai buat hantaran tinggi. Maka dapatlah Charlie Adam, Henderson dan Downing. Jangan lupa pembelian mereka adalah dari hasil buah tangan Moneyball itu sendiri. Comolli bukan main redah saja beli, tetapi dia aplikasikan unjuran data, sampel video dan lain-lain dah maka itulah yang beliau dapat. Ok saya bagi contoh kalau Moneyball diaplikasikan untuk cari pelengkap kepada Suarez, tak dapat bayangkan bagaimana hasilnya.

Kita tahu FSG ambil jalan mudah untuk memecat Kenny disebabkan beliau sekadar bawa Liverpool ke tangga 7. Ketika itu ramai berbelah bagi, sebab ada yang percaya Kenny dah bawa Liverpool apa yang dia termampu. Namun ada juga segelintir peminat yang terlalu sentimental dengan Kenny kecewa sebab FSG tak nampak sekurang-kurangnya Kenny berjaya dapatkan Piala Liga dan hampir dapat Piala FA. Sebenarnya Kenny sendiri bagitahu dia sekadar pengurus sementara untuk stabilkan pasukan disebabkan pengalaman dan tahu Liverpool luar-dalam.

FSG mahukan pengurus yang lebih berwibawa dan kalau boleh ada wawasan jangkamasa panjang. Ramai yang ditemuduga, paling awal Roberto Martinez, tapi Liverpool lebih suka wawasan Brendan Rodgers dan kita tak tahu apa yang dia klentong masa temuduga. Malah Luis Van Gaal juga pernah datang temuduga, dengar kata perangai LVG yang terlalu mendesak membuatkan mereka terpaksa jaukan diri dari pengurus Menyu itu. Jangan lupa juga ketika itu bekas pengurus Rafa Benitez macam melambai-lambai dari Inter Milan. Dan-dan lepas FSG pilih Brendan, Rafa merajok ambil-alih Chelsea.

Dan ketika era Brendan juga pendekatan FSG sekali lagi berubah tentang polisi pengambilan pemain. kali ini melupuskan jawatan Pengarah Bolasepak dan memperkasakan sistem pengambilan pemain dengan menubuhkan (Transfer Committee) ,pasukan yang memantau dan membuat keputusan bersama mengikut polisi FSG. Brendan cakap saja dia nak pemain macamana, hitam-putih, tinggi-kurus, laju-perlahaan dan macam-macam lagi kriteria, maka geng pemantau akan cari sasaran terbaik dan mereka akan bermesyuarat dan buat keputusan bersama. Tiada kuasa veto dari pengurus, namun apa yang Brendan mahukan akan disediakan sebaik mungkin, tanpa boleh memandai-mandai.

Era Brendan dah berakhir bukan kerana kesalahan berada dikepala Brendan sahaja. Beliau tak bernasib baik dari segala segi. Tapi apa yang kita nampak Brendan tak punyai personalti yang kuat demi kepentingan pasukan yang beliau bawa. Dia terlalu ikut polisi FSG sampaikan nampak setuju dengan penjualan Suarez tapi tak gantikan pemain setaraf. Bagi kes Alexis Sanchez, bukan sebab London sangat tetapi Alexis tak tahu siapa Brendan sebelum ini. Mungkin bukan Brendan tak mahu bida pemain bintang lain tapi mereka yang tak mahu bersama Brendan.

Nah sekarang PSG telah membuat satu keputusan paling terbaik dalam bolasepak Liverpool dengan mengambil Jurgen Klopp. Mulanya takut juga sebab FSG menilai Klopp punyai perangai degil, keras kepada dan ikut suka dia nak buat apa. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah dipanggil bersemuka dan memberikan agenda-wawasan sendiri, pihak FSG telah memberikan jawatan pengurus kepada beliau dengan terma 3 tahun. Ada juga yang kurang berpuashati kenapa tidak Ancelotti sebab Carlo nampak lebih hebat. Untuk makluman Ancelotti sedang menunggu Chelsea, Arsenal atau Menyu. Dia jenis elitis, tak mahu nak susah payah bangunkan kelab bermasalah macam Liverpool.

Klopp rupanya adalah pengurus yang penuhi ambisi FSG. Klopp cakap kisah pengurusan nak pakai polisi apa. Dia pernah bekerja dalam situasi gawat di Mainz dan Dormund yang pada mulanya berrbajet sangat cikai dan kemut. Kelebihan Klopp pandai menggunakan pemain muda dari akademi cam Gotze dan cari pemain berbaloi macam Lewandowski dan Kagawa memang idaman FSG. Brendan juga bagus bagi peluang kepada pemain muda cam Ibe, Rossiter dan Gomez. Namun Klopp diharap bukan beri peluang tapi menjadi pengasuh yang berjaya macam dia buat kat Hummels.

Kita harap bila dah FSG dan Klopp bersatu, segala apa yang mereka buat dengan Brendan dulu dapat diperbaiki. Klopp adalah pengurus bertaraf dunia. Dia boleh sahaja dapat jawatan di kelab besar macam Bayern sebab musim depan Guardiola nak pergi Man City. Ataupun berebut dengan Ancelotti nak ganti Mourinho di Chelsea. Tapi sanggup terima cabaran dengan kelab pra-sejarah yang masih terumbang-ambing. Pengerusi Liverpool, Tom Werner berjanji akan lebih praktikal dan akan membantu Klopp dengan sebaik mungkin. Kita harap toksah sembang kosong, sebab Klopp mungkin ada kelebihan dan pengalaman, tapi jika diberi macam apa yang Brendan dapat, mungkin apa yang tak dapat dibayangkan bakal berlaku.

Oct 10, 2015

BUT, LEVIS DAN FALSAFAH



Gaya Klopp yang selamba dengan seluar Levis fit, but tinggi serta berbagai falsafah dan sentimental ketika wawancara kali pertama di Liverpoolfc.TV, sungguh mengujakan. Macam cerita "Great Teacher Onizuka". Beza Onizuka dengan  Klopp banyak tapi persamaan adalah mereka datang untuk buat perubahan dengan falsafah berbeza dan luar biasa, walaupun dibawah tekanan dan berikan orang sekeliling rasa bahagia. Tak bahagiakah bila kita tengok wawancara yang penuh senyuman gelak ketawa. Tapi yang penting beliau nampak begitu realistik tentang Liverpool dan peminat the Kops.

Bila ditanya cakap haritu nak rehat cari ketenangan. Klopp selamba jawab, bila ada peluang camni apa nak tunggu bila dah peluang depan mata.Macam bermimpi, bangun tidur jadi pengurus Liverpool. Namun bagi Klopp beliau cukup bersedia, walaupun tak sangka boleh terima tugas ini. Malah Klopp berasa situasi Liverpool taklah rumit sangat macam orang lain rasa. Pasukan yang dia warisi bukan tak bagus, tapi dia mahukan semua yang sangsi percaya akan ada perubahan yang menanti. 

Bab paling menarik ialah tentang kejuaraan Liga. Bagi Klopp 25 tahun terlalu lama. Kita tak boleh sentiasa nak bawa kenangan itu selama 25 tahun ini. Kita mampu nak tunggu dan bukan nak tunggu smapai 20 tahun, namun kita akan rancang mungkin ianya dalam 4 tahun, kita mampu dapatkan kejuaraan.  Yang semua wartawan gelak terbahak-bahak bila ditanya lagi apa yang beliau gambarkan diri beliau. Kloop jawab dia jika ada orang dalam bilik ini rasa beliau mampu buat keajaiban, Tidak dia nyatakan dia sekadar orang biasa. Dia seorang yang biasa-biasa aja (Normal One). Kita tahu dia sedang perli siapa.

Sambungan tentang taktikal Klopp untuk Kops dalam ruangan akan datang.

Oct 7, 2015

PEMECATAN YANG DIJANGKA

kredit goal.com


Maaf kalian semua. Abam Tokey tak dapat nak tulis apa-apa minggu lepas, disebabkan terpaksa temani anak di wad hospital, hampir 5 hari. Topik ini memang patutnya kalau tak ada aral melintang adalah topik hangat dan sungguh mengujakan nak diceritakan. Ramai yang dapat makluman dalaman bahawa pihak pengurusan dah berbincang tentang masadepan Bredan sejak sebelum perlawanan dengan Everton lagi. Ada yang mengatakan kalaupun Liverpool menang dengan Everton ianya tak bermakna apa-apa sebab algojo si pemacung kepala telah dipanggil, orangnya ialah Craig Gordon, salah seorang eksekutif besar lembaga pengarah FSG. Dia tak pakai kapak cuba pakai peranti kecil bermana telefon. Panggilan maut itu menamatkan kerjaya Brendan Rodgers sebagai pengurus paling berjaya habiskan dana kelab kira-kira dekat 300juta pound.

Kadangkala nak marah juga pihak FSG sebab lambat sangat ambil tindakan. Patutnya perlawanan memalukan dengan Stoke hujung musim, tewas 6-1 adalah masa yang sesuai. Biar pengurus baru masuk untuk buat persediaan pra-musim dan dapat dana yang bagus. Tapi tak, mereka biarkan Brendan belanjakan beli pemain mahal tapi tak sesuai dengan corak permainan sebelum ini. Tambahan pula kalau pengurus baru masuk awal sikit, barangkali penjualan Sterling dapat dielakkan, manatahu kan. Sikap FSG sendiri yang memang macam tak ambil berat perihal dalam padang hanya memandang aspek kewangan dan keuntungan salah satu mengapa Brendan masih kekal sehingga minggu lepas. Mereka tahu Brendan jenis tukang angguk. Suruh jual Suarez jual, tapi kena beli pemain kurang ternama tapi berpotensi, mahal pun takpa.

Kita sebagai peminat merasa ianya satu tindakan baik pemecatan, sebab Brendan dah berikan apa yang termampu. Dia harus dipuji kerana berikan Liverpool satu musim yang hampir nak dapat kejuaraan Liga Perdana. Lagipun Brendan dah cakapkan, tunggu 3 musim baru nilaikan prestasi beliau. Kiranya pihak FSG dah cukup bersabar sebab dah bagi talian hayat lagi 2 bulan tambahan. Kita tahu Brendan masih baru alam arena bolasepak. Walaupun mentor beliau Mourinho, namun cara beliau dan tok gurunya tak sama. Brenda nampak mahukan bolasepak dimainkan dengan penuh seksi dan lebih menarik. Sebab itulah beberapa pemain yang dibeli macam Sturridge dan Coutinho yang kreatif serta mampu bawa diri atas padang sahaja berjaya dibawah kendalian Brendan. Pemain yang kena masih perlu asuhan tak berapa nampak, malah pemain macam Ibe kian merudum prestasi.

Sekarang ini Liverpool sedang dalam pencarian pengurus baru. Jurgen Kloop, bekas pengurus Borussia Dortmund sebagai sasaran utama, disamping Ancelotti , De Boer dan Di Matteo juga Gary Monk. Ada sumber sahih macam Ben Smith, kolumnis sukan The Times mengatakan Klopp dah setuju nak jadi pengurus Liverpool, cuma beberapa terma penting belum dipersetujui. Salah satunya yang paling menarik ialah untuk menghapuskan Pasukan pengambilan pemain (Transfer Comittee). Klopp nampak dia takmahu terjerat macam Brendan, sebab pasukan pengambilan macam amalkan sistem undian. Kalau majoriti mahukan Benteke dan sedikit mahukan Lacazette, maka pemain yang lebih kualiti macam Lacazette yang sesuai dengan sistem Brendan, takkan dibeli walaupun mungkin Brendan perlukan Lacazette.

Apa pun kita harapkan yang terbaik buat Brendan dan terbaik juga buat Liverpool untuk masadepan. Kiranya situasi menang-menang sebab Brendan dapat pampasan dekat-dekat 7 juta pound. Kalau simpan ASB boleh goyang kaki sampai pencen. Cuma kita mahukan pihak pengurusan lebih terbuka dan faham kehendak bolasepak moden. Jangan nak tengok jangka masa terlalu terkehadapan sangat, beli pemain muda sangat harap-harap meletop jadi bintang. Beli macam Suarez, pemain antarabangsa yang dah lama main tapi cuma berada di Liga tak ternama macam Belanda. Lagi satu kalau nak beli pemain muda kena pastikan sesuai bukan sahaja dari aspek  permainan sahaja, tapi kekuatan mental juga perlu sebab jangan lagi terbeli pemain kaki kelab macam Balotelli.

Oct 2, 2015

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Perlawanan kejiranan kali ini bagi saya paling tak meriah sepanjang zaman saya ikuti Liverpool sejak awal 90an lagi. Malah ramai lejen sendiri macam Carragher, Lawrenson, Souness banyak beri komen tentang pasukan yang tak berapa sedap didengar oleh mereka-mereka yang tak mahukan realiti yang kelat dihadam tapi ianya benar berlaku.

Masalah utama bukan pemain tetapi Brendan yang tak berapa nak belajar dari kesilapan. Kita tahu banyak perkara yang patut beliau buat tanpa perlu bagi susahkan diri macam taktik dan formasi banyak jadi persoalan. Kelompongan sistem 3-4-3 bukan disebabkan pemain tak turut arahan, tapi beliau turunkan pemain tak kena posisi. 

Contoh macam perlawanan dengan Sion, Ibe main sayap kiri bertahan. Budak tu memang bleh menyerang, tapi bertahan dia tak mampu nak lindungi Gomez macam Moreno buat. Memang gol penyamaan Sion Gomez harus dipersalahkan, namun bagi budak yang tak biasa main sistem 3 bek kenapa nak jadikan kambing hitam tak dapat kutip 3 mata. 

Perlawanan denga Everton nanti mungkin teramat sengit sebab tekanan di pihak Liverpool. Kita mungkin ada Sturridge, hero tunggal yang bakal jadi penentu perlawanan. Namun Everton menaruhkan Lukaku yang sedang meletop-letop kebelakangan ini untuk menjahanamkan bek kita yang tak berapa kebal. Kita harap pemain pertahanan tak alpa dengan serangan Everton yang kian menjadi-jadi.

Saya tak dapatkan sahkan cerita ini, tetapi menurut sumber dalaman perlawanan kejiranan ini bakal menentukan untung-nasib Brendan Rodgers samada bakal diberikan peluang lagi atau dipecat sejurus selepas perlawanan. Ini kerana jika pengurus baru datang, beliau ada masa untuk persediaan pasukan kerana Liga berehat untuk perlawanan antarabangsa. 

Oct 1, 2015

BERITA PEMAIN LIVERPOOL BERSAMA SKUAD ENGLAND


Terima kasih buat Roy Hodgson kerana tak menyertakan Sturridge dalam skuad England kali ini. Kita boleh tengok yang Roy memang konfiden serangan England yang biasa-biasa jika tanpa Sturridge, takkan tak boleh baham negara Estonia yang hanya sebesar Perlis dan Lithuania negera pecahan USSR itu. Contoh kalau kena lawan pasukan besar macam Jerman atau Sepanyol, Sturridge cedera sikit-sikt pun dia paksa main kesebelasan utama.

Jadilah ada dah 4 orang pemain Liverpool, Clyne, Lallana, Milner dan Ings yang jadi wakil. Rasanya hanya Clyne dan Milner kesebelasan utama, Lallana dan Ings jadi pemain impak. Lupa nak bagitahu ini merupakan panggilan sulung buat Ings. Ikutkan turutan barisan serangan saya rasa Ings bakal jadi yang paling corot sebab saya tengok Vardy lagi sempoi dalam liga. Namun Pak Cik Roy mungkin ada pandangan lain dan harap bagi peluang Ings tunjuk bakat. Manatahu balik dari perlawanan  antarabangsa nanti Ings lagi mengganas bersama Sturridge.

Sep 29, 2015

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN SION


Brendan masih anggap Piala Europa sekadar picisan. Ambil peluang bagi rehatkan pemain utama untuk perlawanan kejiranan dengan Everton di Goodison Park. Rasanya ramai pemain yang kita hampir lupa kewujudan bakal ditonjolkan, macam Xavi Allen dan Twitter Enrique. Bagi peluang Bogdan pula setelah cemerlang menangkis penalti masa lawan Carlisle. Jika masih kekalkan duplikasi dari taktikal  sebelum ini, 3-4-3,  andaian kesebelasan begini memnag cun diturunkan.

Bogdan
Gomez Skrtel Toure
Ibe Rossiter Allen Enrique
Lallana Origi Texeira

Ini barisan kemungkinan sebab Enrique dan Texeira ada dalam kesebelasan skuad simpanan menentang skuad simpanan Leicester City malam ini. Enrique kemungkinan besar turun, namun pilihan hati Teixeira kita harapkan dapat kecapi peluang sebagaimana pemain lain dapat. Memang kalah memang tiada dalam perancangan sebab awal-awal lagi angkat bendera letak barisan lemah, namun saya harapkan pemain dapat beri peminat yang bayar duit tiket di Anfield tengok persembahan menarik dan bermutu.

Sep 27, 2015

LIVERPOOL 3-2 ASTON VILLA


Brendan kembali nampak sombong dalam wawancara. Adalah dia sedar dia diselamatkan oleh Sturidge pada malam tadi. Kehadiran Sturridge macam soket penyambung, semua perkakasan yang tak berfungsi telah kembali normal. Iyalah kita tengok Coutinho dan Ings, mereka perlukan pemain yang bukan sahaja boleh berada dalam pelbagai posisi serangan malah dapat menerima dan memberi hantaran dengan muudah. Bukan nak merendahkan Benteke, tetapi dengan Liverpool tak main macam Aston Villa gunakan kekuatan dan kelebihan Gestede, saya nampak Benteke bakal jadi macam Lovren, pemain yang buatkan Brendan serba salah nak letak atau simpan dari kesebelasan utama.

Saya tak gusarkan serangan sangat jika Strurridge kekal sihat sepanjang masa.  Tetapi paling bermasalah sekarang ialah unit pertahanan, bukan pemain pertahanan secara individu. Unit pertahanan bermaksud keadaan taktikal pasukan ketika bola dikawalan pemain lawan. Pemain serangan macam sekadar membantu ala kadar. Tetapi bagi yang penting untuk memastikan serangan lawan dipatahkan seawal mungkin ialah pemain tengah. Lucas dan Milner pasangan yang kurang agresif dan pantas. Jika Henderson kembali saya rasa Lucas bakal diraya korbankan kalau masih gunakan 352.

Dua gol Gestede memang bolah dielakkan jika hanya dua keadaan. Pertama jika pemain kita dapat menghalang hantaran lintang awal macam gol pertama, Lucas patut terjun bila Hutton buat hantaran. Gol kedua Clyne juga lambat menghalang pemain sayap melepaskan hantaran lintang mencari kepala Gestede. Kedua ialah pemain bek sendiri tak berapa agresif dan lambat buat keputusan bila dalam kawasan bahaya. Gol pertama nampak sangat Emre tak menerpa nak menerjah Gestede. Gol kedua tak ada komunikasi antara Skrtel dan Sakho, dua-dua dok tengok bola, tapi bahaya yang menanti bukan bola tapi pemain renjong yang meluru dari belakang sapa lagi bukan Gestede.

Brendan masih selamat buat masa ini. Tapi dapatkan beliau selamat dalam fasa Tragedi Oktober kalau ikut jadual kat bawah.


Everton (Goodison)
Spurs (WHL)
Southampton (Anfield)
Chelsea (Stamford)
Palace (Anfield)
City (Ettihad)
Swansea (Anfield)

Sep 25, 2015

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA

kredit @kakigrafik

Peribahasa bolasepak moden, hanya peminat pasukan lawan yang sokong pengurus Liverpool yang lingkup. Itu kenyataan bukan. Lihat balik semasa Moyes di Menyu. Bersorak-sorai sekalian peminat Liverpool bila Moyes melingkupkan Menyu dengan satu persatu rekod buruk beliau pecahkan. Sekarang dah terbalik-kuang dan peminat Menyu yang pernah alami mimpi buruk dengan Moyes, sedang mentertawakan nasib kita dan ramai mahukan Brendan kekal untuk mudah membahankan kita. 
Masalah besar Brendan bukan sebab dia tak punyai idea yang bagus dalam bolasepak. Idea bagus beliau adalah untuk main ala Barcelona. Kita semua setuju itu terbaik demi bolasepak Liverpool yang memang menghiburkan sekalian lama, bukan boring melampau macam Chelsea. Namun apa yang tak kena dengan Brendan ialah samada dia tak reti nak beli pemain bagus atau pemain bagus memang tak mahu main dibawah kendalian beliau. Semasa dia dibawa masuk ramai nampak Liverpool akan menjadi klon Barcelona, tapi klon berjaya sebab ada Suarez.

Suarez menjadikan Brendan nampak gah. Suarez bukan jenis main ikut taktikal sangat. Tapi kehebatan beliau ialah dapat menjadikan pemain sederhana macam Sterling dan Sturridge, malah Coutinho jadi hebat. Kita tengok bila Suarez berambos pergi, apa yang terjadi kepada Sterling, Sturridge dan Coutinho. Mereka semua macam tak ada idea nak pecahkan kubu lawan sebab mereka tak ada keyakinan diri dan mental sekuat Suarez. Memang tak boleh nak buat apa bila Suarez pergi, nak ambil Sanchez, dia pula tak kenal siapa Brendan.

Sejak awal musim sekali lagi peluang terakhir diberi dan mungkin peluang terakhir. Namun Brendan masih tak penuhi harapan peminat. Kita tak pasti apa yang membuatkan Brendan bertukar dari pengurus berfalsafah menyerang, tup-tup main ultra-bertahan sejak awal musim. Mungkin ada kaitan dengan pembantu baru McAllistter dan O'Driscoll. Itu takkan jadi alasan bila letakkan pemain diluar posisi dan taktik negatif bila lawan pasukan lemah macam Norwich. Bukan sahaja itu paling buat orang menyampah bila abaikan pemain bagus macam Sakho dan biarkan Lovren membadutkan pertahanan.

Saya dengar cerita Brendan mungkin ada setakat beberapa perlawanan untuk selamatkan diri. Salah-satunya Aston Villa yang bakal kita bertemu di Anfield esok. Kita harap Brendan tak persia-siakan masa yang suntuk ini dengan cari kemenangan, walaupun kita tahu ianya tak semudah yang disangkakan. Kecederaan Benteke mungkin tak lorat setelah kembalinya Sturridge, malah Firmino juga bukan penting macam Coutinho sebagai pemain utama. Mungkin keinsafan Brendan membangkitkan kembali nak berubah dari letakkan kesebelasan terbaik dengan taktik mudah 442.

Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Moreno
Lucas 
Milner       Emre
Coutinho
Sturridge Ings


Sep 19, 2015

LIVERPOOL LAWAN NORWICH

kredit @kakigrafik

Degil, keras kepala dan berprinsip. Itu yang kita nampak karektor Brendan Rodgers. Ianya jadi satu yang positif jika gunakan dengan cara yang betul. Masalahnya sekarang Brendan telah jadi tak ketahuan punca. Semua perancangan beliau tak menjadi, walaupun pada asasnya beliau punyai pemain yang mantap. Pemergian ke Bordeaux hanya membawa pemain simpanan dan akademi dikritik ramai. Namun bagi saya tak mengapa, Piala Europa mungkin bukan sasaran. Tapi bukanlah tempat untuk eksperimen taktikal sampah.

Berkali-kali dah lejen macam Carragher, Lawrenson, Souness dan banyak lagi komen tentang pendekatan Brendan yang tak berapa cantik. Teguran mereka dapat saya simpulkan antaranya Brendan letak pemain diluar posisi dan taksub sangat dengan formasi 4-3-3 dan paling kita menyampah dengar ialah pilih kasih yang melampau-lampau. Faktor inilah yang rasanya ramai peminat setuju punca pasukan kita nampak tak berapa sempoi permainan sejak dua menjak.

Ok kita imbas ke cerita di Bordeaux sat. Walaupun aksi dikejohanan Eropah kelas dua ini memang tak menarik dari segi lawan dan hadiah, namun peminat Liverpool memang jenis tak kisah. Sebab itulah ramai pesan, jika nak cari bakal suami cari peminat Liverpool, mereka setia walaupun susah senang. Ramai yang mengagahi pergi mamak atau berjaga lewat malam walaupun tahu mata rabak keesokan harinya. Nasib baiklah perlawanan dengan Bordeaux kali ni awal sikit main pukul 1 pagi, rasanya ramai yang boleh tahan mata lagi.

Kesebelasan yang diturunkan taklah nak kisah sangat. Tapi formasi 3241 paling semak otak kita tengok berbanding 4231 masa lawan Menyu haritu. Lawan pasukan setaraf Bordeaux tak payahlah nak main takut sangat sampaikan nampak begitu berterabur main. Apsal tak main 442, mudah dan tak payah perah kepala otak nak bertaktikal sangat padahal orang nampak Brendan memang terserlah merapu kalau cuba nak berekperimen. Letak 442 kalau tak pandai sangat nak bertaktikal, biar pemain buat kerja mereka.

Mignolet--------------------------------------------Mignolet
Gomez Toure Sakho -------------------- Gomez Toure Sakho Moreno
Ibe Emre Rossiter Moreno-------------------Ibe Emre Coutinho Lallana
Coutinho Lallana ----------------------------------Ings Origi
                                             Origi

Apa yang dapat disimpulkan secara keseluruhan perlawanan tersebut ialah pemain Liverpool tak dapat tunjuk kualiti sebenar sebab taktik kurang sesuai dengan kualiti mereka. Hanya Sakho dan Countinho yang main baik. Lallana walaupun jaringkan gol pembukaan, tapi asyik hilang bola dan suka main pusing-pusing badan, padahal kadangkala main hantaran mudah opsyen  terbaik. Ibe jauh dari apa yang kita harapkan, punyai potensi besar tapi dalam membuat keputusan yang tepat dia nampak hanyut. Gomez pula banyak perlu belajar, kerana gol Bordeaux boleh dielak jika beliau bertindak cepat.

Dengar cerita Henderson dan Sturridge dah boleh main untuk perlawanan dengan Norwich nanti. Berita yang menarik, tapi lebih menarik lagi Sakho baru sahaja sambung kontrak baru. Harap bukan kontrak baru sahaja untuk Sakho tapi dia kena jadi pemain utama juga. Memang nampak Sakho ciri kepimpinan beliau terserlah bila mengkapten  Liverpool ganti Toure. Lovren boleh kebangku simpanan dan kini masanya Skrtel bergandingan dengan Sakho balik.

Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Moreno
Emre
Firmino Milner
Coutinho
Benteke Ings

Kalau nak menang dengan mudah tanpa berkompromi letak pemain luar posisi, kesebelasan diatas saya rasa memang sesuai. Benteke walaupun tak cargas, dia boleh pegang bola dan perlukan penyerang untuk menerima bola umpanan beliau. Kalau Sturridge masih belum boleh main, Ings opsyen paling mudah. Kekuatan Liverpool patutnya berpusat ditengah. Sebab itulah disyorkan letak formasi Berlian. Baru boleh main hantaran pendek sambil bila takdak bola boleh tekan lawan dengan mudah.

Namun biasalah Brendan, benda yang mudah dia suka bagi serabut. Mungkin tekanan dari pemilik membuatkan dia tenggelam punca. Malah dengar kata pihak FSG sedang membawa Klopp ke meja rundingan dan berikan Brendan peluang sebelum Disember untuk buktikan dia bagus untuk tugas mencabar di Anfield. Sementara itu harap Brendan kembali buktikan beliau bukan pengurus yang gagal. Takkan lawan Norwich yang tak seberapa pun tak boleh menang kan.


Sep 16, 2015

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN BORDEAUX


Cabaran di Liga Eropah kelas dua bermula dengan berkunjung ke Perancis, lawan kelab Girondin Bordeaux. Nak cerita pasal pasukan ini nasib mereka sama macam kita, gah 5-6 tahun lepas, kerana bergelar Juara Ligue 1. Lepas itu pasukan mereka ghuyup tak dengar cerita lagi nak lebih kurang macam cerita Olimpik Lyonais. Ini semua sebab kebangkitan Arab Spring, Paris Saint Germain yang menabur duit minyak untuk menjadikan pasukan Menara Eiffel ala Chelsea, baru nak cipta sejarah dengan beli kejuaraan.

Beralih kepada Liverpool, menurut laporan ramai pemain utama bakal berehat. James Milner, Nathaniel Clyne, Martin Skrtel, Dejan Lovren , Lucas Leiva dan termasuk Christian Benteke. Perkiraan kita nampak sangat Brendan tak anggap Piala Europa ini penting. Dan saya juga beranggapan sama, baik bagi peluang kepada pemain simpanan dan pemain muda peluang pula. Manatahu Brendan berkenan nak gantikan pasangan Lovren-Skrtel terus lepas ni ikut prestasi di Bordeaux.

Mignolet
Gomez Toure Sakho Moreno
Emre Rossiter
Lallana Coutinho
Ings Origi



Sep 13, 2015

LIVERPOOL 1-3 MAN UNTED


Abam nak bagi poin saja tentang KPI Brendan Rodgers . Engkorang baca dan hadam serta jangan lupa bagi komen serta kondem, sementara dok dalam gua.

• Tak tentu arah dalam taktikal
• Pemain diletak diluar posisi
• Cuba taktik sama tapi gagal
• Macam tak nampak kesilapan, asik dok ulang kesilapan yang sama
• Tak mengaku kesilapan, dok puji karekter sahaja.
• Sombong angkuh bila menang walaupun hanya nasib.
• Beli pemain mahal tapi tak sesuai taktik
• Bagi anak emas peluang, demi peluang walaupun hampeh.
• Pertahanan tak diperbaiki
• Nak main hantaran guna bek dan goli yang lalai dan panik kena tekanan.
•  Permainan yang makin boring
• Kurang dah cipta peluang buat gol.
• Walaupun main buruk tapi diselamatkan oleh pemain bintang yang lambat laun akan berambus.
• 4 tahun tak nampak peningkatan.
• Piala apa yang dah menang.

Sep 11, 2015

LIVERPOOL LAWAN MAN UNITED


Lama dah blog ni berkrik krik krik. Nak ulas pasal arena antarabangsa berkaitan pemain Liverpool tak banyak yang menarik. Jadi abam ambil keputusan rehat sekejap untuk tumpu kepada komitmen lain. Namun begitu bagi pembaca yang bagi komen suruh abam kembali dari gua pertapaan, abam minta maaf sebab tak berupaya nak tulis sebab idea macam takda nak goreng.

Gostan sikit ke perlawanan dengan West Ham. Siapa yang berani tengok ulang tayang memang hati kering macam abam. Kering dan kontang walaupun tahu keputusan menyedihkan dan main macam palat. Masa yang klimak ditunggu-tunggu ialah nak tengok camna Lovren yang dipuja-puja 3 perlawanan terdahulu telah jadi badut sarkas sekelip mata. Kita bukan nak bahankan dia tapi nak tahu apsal yang membuatkan dia main macam lalok ubat haritu.

Kesimpulan mudah yang abam rasa korang boleh bangkang kalau mahu. Lovren adalah pemain bek sekolah lama, perlukan sistem bertahan yang rigid atau ortodok. Sistem yang mana berkesan semasa beliau di Soton, dua orang pemain tengah bertahan didepan yang sanggup terjun, blok,  bentes dan buat kerja susah demi memastikan bek kat bawah sekadar jaga kawasan sendiri dan mampu fokus untuk keluarkan bola bila dikawasan bahaya.

Sebab itu bila West Ham main menunggu dan serang balas. Liverpool yang dah terbiasa main selamat, keluar dari taktikal terkini dan cuba serang West Ham. Tapi lupa yang kat bawah tak mampu nak main sebegitu, malah ketidak upayaan dari segi  kepantasan adalah bukan perkara baharu. Itulah yang didebatkan kenapa tak letak Sakho bila dah nampak sistem terpaksa dirombak dalam permainan. Sekurang-kurangnya Sakho ada sedikit kepnatasan dan tak kelam-kabut bila dalam situasi satu lawan satu.

Berkemungkinan kunjungan ke Old Trafford Livepool akan kembali kepada mod berhati-hati. Dilema peminat adakah Lovren digantikan dengan Sakho atau masih kekal. Kalau ikutnya Brendan mungkin dia akan kekalkan Lovren, sebab kita dah tahu dia anggap satu perlawanan tak menggambarkan kemerosotan teruk. Namun dari segi keadilan, sepatutnya pemain yang buat silap kena denda dan pemain yang bersaing kena bagi peluang pula. Kecualilah memang Brendan tak anggap Sakho boleh menggugat Lovren.

Kita bakal berhadapan dengan pasukan Menyu yang paling mahal dalam sejarah. Tapi nasib baiklah mereka tak beli pemain bek tengah yang berkaliber. Dengan ketiadaan Coutinho yang digantung perlawanan, nak manipulasi jentera serangan dengan seorang penyerang kita nampak masih belum boleh nak robek pertahanan Menyu. Firmino masih tercari-cari rentak dan nak letak bebanan untuk beliau buat macam Coutinho mungkin diluar keupayaan. Kalau ada Lallana bagi saya dia mungkin opsyen paling mudah.

Benteke wajib digandingkan dengan Ings. Itulah taktik mudah nak main dengan situasi sekarang. Walaupun Ings tak kreatif, pemain itu punyai asas penyerang yang baik. Reti main satu dua dengan rakan, larian dalam kotak dan mampu pegang bola, memang sesuai nak gerobek pertahanan Menyu yang tak sekebal mana. Tengok camna Swansea tibai Menyu dengan main berhabis-habisan. Kuncinya pemain kena main pantas dan tak melengahkan permainan. Ini kita tengok pemain Liverpool banyak bila ada peluang mereka ambil opsyen yang silap, suka lengahkan permainan sampai lawan sempat kembali berkubu.

Suka kiranya lawan Menyu nanti abam nak tengok formasi 4-4-2 Berlian. 

Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Gomez
Lucas
Emre Milner
Firmino
Ings Benteke 





Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails