Aug 10, 2016

TERIMA KASIH EVERTON


Logik juga Everton beli Yannick Bolasie, dengan £25juta. Mereka mungkin tak rugi apa-apa sebab tak guna duit langsung, sebab nak dapat duit jual Lukaku. Tetapi perpindahan itu membuatkan Crystal Palace bakal punyai dana yang sepatutnya cukup untuk beri nilai yang diminta Liverpool untuk Benteke. £32.5juta yang Liverpool minta untuk dapat balik modal. Tetapi dengar kata setakat £30juta , Liverpool pejam mata, ragut secepat mungkin dan lari.

Aug 8, 2016

PERKEMBANGAN PEMAIN PINJAMAN LIVERPOOL 2016/17


Perkembangan semasa beberapa pemain Liverpool yang dah beraksi dengan pasukan pinjaman masing-masing. Yang paling penting dok perati Danny Ward, bakal penjaga gawang no. 1 masadepan. Juga tak lupa Ryan Kent, pemain sayap sensasi semasa pra-musim baru-baru ni.Kent kena buat sungguh-sungguh sebab dia mesti balik sebagai pemain yang tip-top, kalau tak gelap masa depan.

Yang lain macam Bogdan kita tak harap sangat kecuali nak dia main cemerlang untuk kebaikan beliau sendiri. Fulton, Dunn dan Allan sekadar keluar latihan praktikal semusim untuk cari pengalaman baru.


Danny Ward – Huddersfield – Main 90 minit lawan Brentford ( Menang 2-1)

Ryan Kent – Barnsley – Main 73 minit lawan Ipswich (Tewas 2-4)

Adam Bogdan – Wigan – Main 90 mins lawan Bristol City (Tewas 1-2)

Ryan Fulton – Chesterfield – Main 90minit  lawan Oxford (Seri 1-1)

Jack Dunn – Morecambe – Main 67 mins lawan Grimsby (Tewas 0-2)

Allan – Hertha Berlin – Main 88 minit lawan Al Jazira ( Menang 3-2)

FINAL PRA-MUSIM: LIVERPOOL 0-4 MAINZ


Jangan nak banding lebih-lebih. Pasukan letih lawan pasukan cergas. Itulah penghasilannya 4-0. Tak sampai 24 jam lepas perlawanan dengan Barcelona kena ambil penerbangan ke Jerman. Rasanya letih dalam perlawanan Barcelona masih tak hilang. Sebab itulah kita tengok majoriti pemain dah hilang gas walaupun baru beberapa minit perlawanan. Malah pemain macam Grujic sejak awak lagi dah lompat jatuh lompat asyik jatuh.

Bila ditanya kenapa gagah jua main dengan Mainz. Menurut sumber, Liverpool terpaksa cari slot terbaik nak selit perlawanan ini kerna salah satu syarat dalam pembelian Karius dari Mainz. Sebab itu kita nampak kelibat Karius dirakam bersama ribuan peminat Mainz. Pihak Liverpool patutnya kena ejas perlawanan ini sebelum bertolak ke lawatan Amerika Syarikat. Tapi apa nak buat Mainz juga ada jadual padat jelajah ke Itali.

Saya tak sentap dengan keputusan. Biarlah keputusan kalah kepada Mainz jadi iktibar buat pemain simpanan bahawa mereka perlu bekerja keras nak dapat tempat dalam kesebelasan utama. Malah Matip yang diwar-warkan calon otomatik, kena akur Lovren dan Klavan jauh lebih mantap dari beliau. Malah pemain macam Wisdom rasanya buang masa diberi peranan sepanjang pra-musim. Lansung tak berkenan tgk dia main tak kira jadi bek tengah atau kanan.

Kita masih menunggu sampai bila bek kiri nak sampai. Moreno lagi sekali gagal memikat hati. Kita tak kritik beliau bukan tak suka, tetapi dia masih tak perbaiki corak permainan. Hinggakan Milner dah potong kiu, jadi bek kiri utama. Nasib Moreno dia potong kat kona ,  sebab Milner jatuh sakit kat pusingan terakhir. Saya tak spesifik cakap perlawanan Mainz sebab dia ada alasan letih, tapi keseluruhan sejak musim lepas lagi.

Apa yang penting dapat disimpulkan Klopp masih mampu tersenyum sepanjang perlawanan. Kita takut dia tawa dalam tangisan, dalam hati dia ada dok taram sesiapa yang   tak memuaskan hati. Lagi satu kita lega sebab hanya beberapa pemain yang cedera, tetapi bukan pemain utama. Kiranya persiapan akhir untuk lawan Arsenal di Stadium Emirates kita hadapi dengan tenang, berbanding Arsenal yang ditimpa bala walaupun menang dengan Man City, tapi terpaksa bayar harga yang tinggi dengan kehilangan Bek tengah lagi sekor. 

Aug 7, 2016

OPSYEN BEK KIRI


Dalam kegembiraan menyambut kemenangan dengan Barcelona, jangan dilupa bahwa kita kehilangan bek kiri utama yang baru, iaitu Milner. Milner rasanya macam nak jadi bek kiri utama setelah dicuba beberapa kali dalam perlawanan sebelum ini. Malah beliau bermain agak kemas disana samada bertahan malah turut sama membantu serangan. Kecederaan kaki membuatkan beliau dikeluarkan pada minit ke 42, digantikan Moreno.

Kita bukan tak harap dengan Moreno, tapi macam itulah cuak juga dengan prestasi beliau. Kadang Ok kita tengok nak macam RobertoCarlos, siap boleh sumbat gol dan membantu rakan buat gol lagi. Tetapi bila hari dia buat taik, kita nampak lagi teruk dari Dossena gamaknya. Prestasi Moreno masih lagi ditahap belum meyakinkan, bukan saya nak kutuk beliau semberono, tetapi dengan Milner main dalam kesebelasan utama sebelum ini, memang Klopp pun macam sependapat.

Kini tinggal Randall yang boleh main kat situ sebagai pencabar Moreno, tetapi dia tak meyakinkan macam dia main disebelah kanan. Mungkin Randall tak selesa dan jarang main di sebelah kiri semasa bermain dalam skuad simpanan dulu. Malah sebelum ini dengarnya Randall pun Klopp nak pinjam keluar. Mungkin sebab nampak Milner sesuai di posisi ini, tetapi sekarang Klopp kena simpan hasrat sebab Milner pula cedera.

Opsyen yang saya syorkan ialah beli bek kiri baru. Beli yang betul-betul mantap main kat situ bukannnya yang sederhana, sebagai pencabar sahaja. Dengan kecderaan Milner, keperluan Klopp nak beli bek kiri dah tahap wajib bukannya sunat lagi. Tak payah kita nak letak sesiapa, sebab jawatankuasa perpindahan dah ada senarai-senarai pemain yang mereka pantau sekian lama. Cuma tunggu Klopp bagi kata putus sahaja.

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 4-0 BARCELONA


Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Emre Wijnaldum
Mane Lallana Coutinho
Firmino

Lawan dengan Barcelona, orang tak peduli sangat Messi. Semua peminat dok tunggu Abam gigi Suarez. Berasa teruja nak tengok Suarez main, walaupun dia tak lagi dipihak kita tetapi disebelah sana. Kesebelasan yang diturunkan mungkin yang terbaik. Tanpa kelibat Sturridge yang cedera, Liverpool main dengan Firmino kat atas. Permainan Liverpool kemas walaupun Barcelona banyak menguasai perlawanan.

Liverpool memecah kebuntuan gol, dengan jaringan Mane. Hasil gerakan Lallana yang merampas bola dari bek Barcelona dan menghantar bola kepada Firmino. Firmino mengalih kembali bola kepada Lallana dan dia melorongkan bola kepada Mane yang berada dalam kedudukan terbaik, dan Mane tanpa segan silu melepaskan rembatan padu hingga goli Barca terpegun kaku tak mampu berbuat apa-apa.

Peluang bertali arus. Coutinho, Mane dan Firmnio melepaskan beberapa peluang keemasan. Tetapi dipihak Barca mereka punyai beberapa peluang terutamanya dari Messi yang ditidakkan oleh tiang. Padahal ketika itu Maignolet dah kantoi terkaku pasrah seadanya.  Suarez juga punyai peluang yang agak berbahaya , merembat padu tetapi kali ini Mignolet dah kembali bersemangat dan berjaya menepis percubaan Saurez. Separuh pertama tamat Liverpool 1-0 barcelona.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Moreno
Grujic Stewart Henderson
Markovic Origi  Ings

Kemasukan Henderson dan Origi berikan impak maksimum kepada pasukan. Seperti mana separuh masa pertama gerak lincah Mane memeningkan kepala bek-keb Barca. Gerakan beliau memberikan gol kedua Liverpool hasil gerakan beliau menampan bola dari bek Barca dan meleretkan kepada Origi. Orgi dengan tipu daya kembalikan bola kepada Mane yang melorongkan bola kepada Hendo, tetapi Masherano nak keluarkan bola namun masuk kedalam gol.

Liverpool memanafaatkan corak gegenpressing bila Stewart merampas bola dari Basquet tak silap dan melorongkan bola kepada Origi yang berada dikedudukan terbaik merempit dengan bek Barcelona melarikan bola dan berjaya meloloskan diri dan meledakkan rembatan leret mencari celah kangkang goli Barca. Saham Origi kian meningkat. Jika Sturridge masih cedera, rasanya Origi berada dalam keadaan selesa nak jadi penyerang utama lawan Arsenal nanti.

Dalam kita dok risau Lovren yang nampak macam cedera, dan tunggu pengadil nak tiup wisel penamat. Liverpool rupanya tak bagi peluang kepada Barca nak balik setakat 3 biji bolos.  Hasil gerakan Origi lagi yang cuba dihalang oleh bek Barca mulanya nampak berjaya, tetapi bola dirampas Markovic yang meluru dari bawah, melakukan hantaran cip mencari Grujic yang naik dari tengah. Grujic melakukan tandukan lambung melangkaui goli Barca.

Kesemua pemain tunjukkan persembahan terbaik. Keseluruhan mungkin Mane jadi pemain terbaik tetapi Lovren ibarat hero sebenar, berapa kali menghalang Suarez dan Messi serta menjadikan Mignolet nampak kebal tanpa bolos. Klavan nampak tenang setenang air diperigi, dan jika dapat berikan persembahan baik musim ni, mungkin pembelian ala Hyypia. Hendo masih berguna tetapi bukan ditengah bertahan dan begitu juga Wijnaldum.




Aug 6, 2016

LLOYD JONES DIPINJAM KE SWINDON TOWN


Seorang lagi pemain muda dari skuad bawah-19 dipinjam keluar. Kali ini Llyod Jones yang bermain diposisi bek tengah dipinjam ke Swindon Town, kelab yang bermain di Liga Bahagian Satu. Pemain ini memang sasa dengan ketinggian 6"4', ketinggian ideal bagi bek di Liga Inggeris.

Bila tengok umur dah 20 tahun, rasanya inilah peluang terakhir Jones untuk keluar berguru ambil pengalaman. Kalau dia dapat jadi pilihan utama di Swindon, ada harapan nak kembali untuk pra-musim depan tunggu kot2 dapat peluang. Kalau tak, rasanya pemergian beliau mungkin beli tiket sehala.











LIGA FANTASIA LIGA PERDANA (HADIAH MENANTI)



Salam,

Saya telah buat liga dalam Fantasy Premier League dinamakan Liverpoolkita League

Mudah sahaja nak sertai liga. Gunakan capaian yang diberikan dan kamu bakal dimasukkan secara otomatik selepas kamu memasuki permainan.

https://fantasy.premierleague.com/?autojoin-code=274478-319279.

Tak perlukan kod sebenarnya tetapi jika juga nah hambik : 274478-319279


Selamat berfantasi !
Brendan Rodgers
Jurgen Klopp

------------------------------------------------------------------------


Hi,

I've created a league in Fantasy Premier League called Liverpoolkita League.

Joining the league couldn't be easier. Simply use this link and you'll be added automatically after you've entered the game:

https://fantasy.premierleague.com/?autojoin-code=274478-319279.

You shouldn't need the league code, but just in case here it is: 274478-319279.

Enjoy the game!

Brendan Rodgers

----------------------------------------------------------------------

JON FLANAGAN BAKAL DIPINJAM KE BURNLEY


Nampak macam idea mengarut. Campak keluar Flanagan takkala bekap Clyne dan Moreno, hanyalah Randall dan juga Milner. Keputusan Klopp kali ini nampak ada percaturan berisiko, tetapi macam biasa ada perancangan untuk perpindahan membawa masuk pemain barangkali. Tapi jangan risau Flano baru saja sain kontrak panjang dan klausa 75 persen janji masa permainan Burnley kena ikut. Kita harap Flano dapat menambah ilmu dan meningkatkan prestasi untuk kembali ke Anfield musim satu lagi.

Aug 5, 2016

MASIH ADAKAH HARAPAN BUAT LLORI


Cara dia main tenang, pantas dan pembacaan pemainan juga bagus. Tapi dok rajin cedera buatkan Llori memang tak cergas bila diperlukan. Kita tahu Klopp lepaskan Llori ke Olimpik untuk berikan peluang Llori bina kecergasan balik. Sebab itulah macam rileks Klopp tak gabra bila Matip dan Sakho masih cedera. Masa pra-musim haritu pun nampak dia stedi. Tapi tak tahulah dengan Klopp samada dia masih percaya Llori pergi jauh atau masih tunggu kelab luar nak bida Lllori.


Aug 4, 2016

BENTEKE DALAM REBUTAN

Check out @DaveOCKOP's Tweet: https://twitter.com/DaveOCKOP/status/760954852159660036?s=09

Biar betul. Everton nak beli Benteke untuk gantikan Lukaku. Lagi dramatik Moyes, pengurus Sunderland, Moyes nak sailang kelab lamanya nak ambil Benteke. Saya tak ada masalah nak buang Benteke ke Everton. Janji dapat balik modal. Buat semak sebab Klopp pun tak anggap Ben ada dalam projek beliau. Kalau ada duit tu beli lagi seorang penyerang mantap,    bagi saya Dzeko pun ok juga.

Aug 2, 2016

MIGNOLET OH MIGNOLET

Dulu dia memang terhebat


PRA-MUSIM: LIVERPOOL 1-2 AS ROMA



Manninger, 
Clyne Lovren Klavan Milner
Can Wijnaldum, 
Ojo Firmino Mane
Sturridge

Sebelum ni kumpulan kedua menghiburkan dalam perlawanan lepas-lepas, kali ni kumpulan pertama pula memikat hati. Mungkin inilah kesebelasan terbaik. Jangan terkejut Ojo dalam kesebelasan utama, dia layak selayak layaknya. Milner pula buat kedua kali diberi peranan sebagai bek kiri. Permainan ditunjukkan kedua-dua pasukan rancak dan setara. Cam biasa Liverpool banyak main dari sayap dan banyak dari sebelah Milner.

Kedua-dua goli sibuk menghalang percubaan pihak lawan. Maningger lebih dulu beraksi bila Dzeko nyaris balas gol cuma kantoi merembat tinggi bila dicabar Clyne. Tapi Dzeko memang penyerang berkualiti, dia berjaya sumbat gol dengan merembat dicelah kaki Lovren dan Maningger tak sampai nak tepis. Kalau Roma rasa nak jual Dzeko kita tukar suka sama suka dengan Benteke beserta percuma Balotelli.

Liverpool banyak peluang, cuma saya rasa peluang Mane yang berdepan dengan goli tapi dihalang goli adalah peluang gol. Heran betul mamat ni, mungkin dia masih gugup kot . Harap Mane yakin sikit depan gol. Ojo memang paling menonjol walaupun kita tengok pemain lain lebih tua dan berpengalaman dari beliau. Gol penyamaan dari Ojo hasil tandukan beliau yang menerima umpanan dari Lovren. Pemain Roma protes katanya offside, tetapi pengadil tetap berikan gol.

Mignolet
Alexander Wisdom Stewart Moreno
Henderson Branagan
Markovic Lallana Coutinho
Ings

Hampir semua pemain disalin separuh kedua kecuali, Wijnaldum tapi Branagan masuk lewat sikit. Stewart main bek tengah memang terkejut tapi boleh tahan dia main.  Corak separuh kedua nampak tak berapa cun dari pertama. Mungkin sebab macam dah nampak muka-muka ini yang bakal jadi simpanan termasuk Mignolet dan Coutinho. Saya tak nampak Coutinho bakal menyerlah disayap kiri. Dia punya impak bila menyerang kita setuju memang terbaik, tetapi bila nak tutup ruang bertahan jauh dari kemampuan.

Gol Salah, banyak kesalahan asas dari pemain pertahanan termasuk goli semestinya . Macam bagitahu Coutinho bukan reti sangap nak jaga lawan. Dia tak mampu nak halang Iturbe melepaskan lencongan kedalam kotak. Hantaran itu sampai tepat kearah Dzeko yang memang jaguh bab menanduk. Tetapi tandukan Dzeko diselamatkan Mignolet. Ingat dah selamat, tapi si Mignolet tepis tak cermat lantun balik ke depan. Entah kenapa kita tak faham dia begitu ralit, mungkin ingat Wisdom nak cuba jolok kaki kelurkan bola. Hang tengok aku , aku tengok hang akhirnya Salah dengan selamba jolok Bola masuk.

Ingat Mignolet dah berubah tapi dok lagu tu juga. Nasib badanlah sebab Karius lambat lagi cedera. Namun kita masih ada Maningger yang bagi saya masih punyai kualiti dan berpengalaman nak dicurahkan. Risau juga dengan Mignolet punya prestasi takut dia mencurahkan mata bagi lawan dengan prestasi yang nampak tak berubah. Wisdom juga bagi saya tak langsung nampak ada potensi hatta sebagai simpanan. Hatta Stewart yang jadi bidan terjun sebagai bek tengah lebih berkeyakinan tengok dia main.

Ada yang gembira Moreno cedera. Tak baik cam gitu, doakan terbaik bagi beliau. Bagi saya itu satu petanda baik pembelian bek kiri baru akan jadi. Milner main baik disitu, tetapi nak beri dia simen posisi itu rasanya tak berbaloi. Kena ada pemain yang mantap kat posisi itu kalau setakat nak beli yang biasa-biasa rasanya buang duit. Kita bukan nak minta David Alaba atau Jordi Alba, dapat Jonas Hector pun jadilah.

Aug 1, 2016

MASIH TAK BERUBAH


Klopp pasti dapat juga info pasal gambar Balotelli baik punya pam rokok kat tempat awam. Kalau nak pam kat rumah lantaklah siapa tahu. Imej Balo yang dah buruk sebelum ini, lagi busuk dengan perangai camni. Kita tak pasti apa tindakan Klopp nanti. Cuma tahap profesional Balo dah hilang dalam diri. Kita peminat masih  ada sekelumit harapan Balo nak jadi budak baik dan kembali bekerja keras memenangi hati Klopp. Kot-kot dapat diberi peluang . Tapi disiplin beliau kelaut.

Maka dengan ini kita sudah putus asa dan harap Klopp buat keputusan segera keluarkan Balo dari pasukan. Makin lama makin pening dengan Balo. Dia selalu guna slogan " Kenapa selalunya saya ". (Why always me). Memang la awak yang selalu kena bahan sebab suka sangat cari nahas. Harap gambar ini di tiruan, atau pelanduk dua serupa, sebab dalam nak benci beliau, berasa kasihan juga insan kurang kasih-sayang camni. Tapi bila teringat gaji buta 90k seminggu, potong terus nak kesian.

PRA-MUSIM: LIVERPOOL LAWAN AS ROMA


Perlawanan dengan AS Roma merupakan perlawanan akhir jelajah USA, dalam kempen Piala ICC. Ianya bakal berlanngsung di St. Louis, Missouri. Sila pacak depan TV bagi yang ada HyypTV Tm. Dan yang tak ada jangan risau boleh cari dalam Facebook dan web melambak siaran percuma. Tak silap perlawanan Rasanya kian lama kita bakal tengok keserasian pemain baru dan lama. Tapi sekarang yang paling menonjol pemain muda. Yang tua mungkin rileks sebab baru balik Euro16.  

LUCAS LEIVA BAKAL KE TURKI


Perbincangan dah tahap terakhir katanya. Sebelum pengesahan rasmi dari Liverpool. Pihak admin takkan tulis surat penghargaan dulu. Takut bukan apa buat Lucas buat konar-baring taknak ke Turki. Malu den.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails