Sep 14, 2017

LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA


Ramai bercakap tentang pertahanan lemah sejak bermusim tetapi Klopp masih bertahan dengan Lovren. Malah pintu perpindahan lepas hanya terdapat sorang sahaja pemain bek dalam dunia, yang lain semua tak wujud dalam carian Klopp. Bila Lovren teruk kita ada Klavan, dan bila Klavan teruk kita kembali kepada Lovren. Sampai bila nak selesai, kesian kat goli yang selama ini jadi mangsa keadaan. Datanglah Buffon sekalipun, dia pun cunggit lari malam kalau selalu trauma bila bek lalai dan longlai.

Kat Anfield Sevilla datang sebagai tetamu dengan reputasi pembawa badi.Namun mereka main sekalian kali dengan corak bertahan. Agak pelik tetapi mungkin corak Berizzo agak wasatiah dari Sampaoli yang ektrimis menyerang. Boleh kita bayang corak Sevilla dengan hantaran jauh tinggi nak macam corak Leicester versi La Liga. Walapun Liverpool giat menyerang dulu tapi pelawat yang didepan. Hantaran lintang Correa tak bahaya, namun Lovren kantoi sepak keluar bola tak kena dan Ben Yadder dapat bola mudah dan pejam mata pon boleh gol untuk menyudahkan gol pembukaan oleh pelawat.

Macam lawan City trio tengah macam tak membantu pertahanan dalam banyak keadaan. Gol kesalahan dari Lovren itu jelas takda bantahan, namun pemain tengah atau jujur cakap Emre secara lalai tak kejar dan cuba halang pemain tengah dari dapat banyak masa untuk buat pilihan dan sasaran nak buat hantaran. Orang nampak Lovren tetapi Klopp minggu lepas dah kecam pemain tengah lalai masa lawan City. Itu sebab mana-mana pasukan menyerang perlu pemain tengah asli bukan jadian macam Emre atau Hendo. Mereka buat kerja ikut kemampuan bukan kebolehan semuladi nak bentes atau pintasan dari tengah.

Keseimbangan ketika bertahan dan menyerang umpama langit dan bumi. Jauh dan berbeza sangat kualitinya. Bila bertahan macam kereta kancil, tetapi menyerang kemain ranggi macam Ferrari. Bahagian depan memang menyengat, dan menyakinkan sampaikan Sevilla terpaksa main dua pemain tengah bertahan menjadikan paling kurang 6 dalam kotak. Tetapi kualiti serangan Liverpool dibantu pemain tengah berjaya merobohkan kubu Sevilla. Gerakan satu dua Moreno dan Hendo menjadi dan Moreno dapat ruang untuk melepaskan hantaran untuk Firmino mejolok mudah gol penyamaan Liverpool.

Liverpool masih menjurus, berkuntau untuk cari gol demi gol. Percubaan tersasar dan tersasar dan ada yang diselamatkan bek dan gol lawan. Itupun sebab corak bertahan mereka yang banyak menyelamatkan keadaan. Namun peluang Liverpool berjaya disempurnakan oleh Salah yang cukup bahaya setiap kali dapat bola di kaki. Peluang kali ni boleh dikatakan sekadar nasib sebab sepakan beliau terbias dan terkantoi diluar jangkauan Rico yang hanya pasrah melihat bola melantun melewati jaring. Anfield bergema bila mendahului 2-1.

Lewat separuh kedua tempo pasukan jadi lebih perlahan. Mungkin ramai yang pancit terutama bahagiam tengah dan penyerang yang tak disalin dari lawan City. Disiplin bertahan dan hanya menyerang bila perlu memang menjadi ikut stamina pemain. Sekali lagi Liverpool menggunakan pemain sayap dengan efektif, Mane berjaya meloloskan diri dan dipeluk dan ditarik bek Sevilla untuk penalti tanpa prejudis dari pengadil. Firmino nak cipta nama buat kali kedua namun hampas dan menghampakan bila sepakan beliau terkena tiang dan melantun keluar. Terlepas peluang untuk membunuh perlawanan.

Sevilla masih gigih cari gol penyamaan walaupun tahu sukar nak menyerang bila penyerang sedia ada tak berapa pantas. Ben Yadder walapun hadiahkan gol cemey namun agak perlahan untuk main dengan Correa yang pantas berlegar dari sayap ke tengah. Kemasukan Muriel ganti Yadder beri impak positif. Gerakan belaiu kucar kacirkan pertahanan dan hasilnya gol penyamaan yang disudahi oleh Correa. Sekali lagi hanya 2 pemain ini dapat bingaikan pertahanan yang tak dibantu oleh pemain tengah yang dari awal tak pintas gerakan mereka dari awal. 2-2 macam kejutan menikam jiwa meluruhkan jantung.

Klopp hanya tunggu lagi 3 suku permain nak masukkan pemain yang baru pulih sakit belakang untuk beri impak. Coutinho ganti Emre tetapi kemasukan bakal pemain Barcelona itu tak banyak beri impak sebab roh beliau mungkin dah bersama Messi dan Suaez kat Nou Camp dan hanya jasad di Anfield. Kemasukan Sturridge dan Ox ganti Mane dan Salah tak beri impak sebab nak hujung permainan dan Sevilla dah cukup puashati dapat curi satu mata kat Anfield dan main susun bas hingga akhir permainan. Gomez sekadar menambah derita Klopp bula dapat kad merah dan bakal digantung 2 perlawanan nanti. Sib baik ada Flanagan untuk bekap Trent.


Sep 11, 2017

LIGA JUARA-JUARA : LIVERPOOL LAWAN SEVILLA

Dah boleh kot lupakan mimpi buruk kena ayam dengan City. Adatlah percaturan bukan semua mengena, kadang kala kelaut sekali sekala. Klopp tak mampu berbuat apa-apa sebab ramai pemain balik dari arena antarabangsa lemah lemau. Kadang-kala alasan tu macam alasan lapuk, tetapi sebab selalu sangat lepas balik main dari negara, pancit habis.

Roberton, Gomez dan Lovren terbabit banyak perlawanan berbanding Moreno, Klavan dan Trent. Jadi pilihan tak banyak Klopp terpaksa letak pemain yang mana ada, malah bahagian tengah juga merosot teruk dan kena kecam teruk oleh Klopp sebab tak brutal langsung nak celen pemain tengah City. Sebab tu Klopp perlu ada pemain tengah bertahan dan silap pergi lepas Lucas tanpa pengganti. Ada pengganti tapi musim depan baru dapat.

Karius
Gomez Matip Lovren Robertson
Emre Henderson
Mane Oxy Salah
Firmino

Sevilla pula bukan lawan cap ayam. Pasukan ni dah malukan kita Final Europa musim lepas. Kali ni boleh cakap peluang kita nak balas dendam. Lawan kat Anfield memang peluang cerah, tetapi taktikal berani dan serangan kilat mereka cukup berbahaya kepada bek lemau yang kita ada sekarang. Harap pengurus baru Sevilla, Eduardo Berizzo tak secerdik Sampaoli yang telah belah mengurus Argentina.

Klopp ada cakap Coutinho nak diturunkan, sebab dah tak boleh beri alasan sakit belakang nak mengilat lagi. Kita sentap juga dengan perangai beliau, namun selagi Klopp percaya dengan Kawtimho ni, korang takkan nak kecam Klopp sebab tak kejam dengan perangai buruk Coutinho. Kita ada pilihan dengan Ox kat tengah dan mungkin Sturridge akan main pula bagi Firmino rehat. Klopp takada masalah nak buat penggiliran cuma keserasian mungkin berisiko nak buat permainan jadi serabut.

Sep 10, 2017

LIGA PERDANA: MAN CITY 5-0 LIVERPOOL



Tak tertaip rasa kecewa. Nak marah pengadil? Mane? Goli City ? atau siapa. Itulah adat permainan. Apa yang peminat Arsenal rasa kena nganjing lepas dibaham 4-0 , terkarma kembali kan, malah dengan lebih teruk sampai 5 biji. Kita perlu terima kasih kat City sebab tolong bagitahu yang bek tengah samada Lovren atau Klavan sama sahaja. Tak berupaya nak main apa kehendak pasukan. Klopp samada sedar atau tak dia terpaksa tanggung liabilti sehingga Januari.

Kad merah memang boleh dipertikaikan. Mane nak kuis bola, Ederson sengaja sua muka. Risiko nak patah tengkok Ederson ambil semata-mata nak elak gol. Dan beliau berjaya selamatkan gol sekalipgus mengurangkan Liverpool kepada 10 pemain. Abam ingat sekalipun main 11  orang Liverpool sukar nak gugat City apatah lagi dengan 10 orang. Kelaut terus permainan sebab dah kita nampak tunjang pasuakn ialah Mane.

Nak tulis camna bolos pun trauma sebab kalau boleh taknak ingat camna senang sangat kena kintai. Tetapi apa yang nampak pertahanan kita terdedah bila penyerang main offside dan paling malang bek kita plak tak reti nak jaga rapat biar pemain bebas kesana sini. Pep dah banyak belajar musim lepas. Sebab tu dia borong habis bek terbaik EPL dan Eropah untuk kuatkan pasukan. Yang Klopp plak dok pulun juga Van Dijk macam takda bek tengah lain kat dunia ni.

Pemain tengah juga tak banyak membantu. Malah tak keterlaluan cakap mereka biarkan pemain tengah City jadi taiko, dapat lolos dan bekalkan penyerang dengan hantaran bahaya serta lemak berkrim. Paling nampak macam hilang dalam terang ialah Mat Gandum. Bukan nak peleceh pemain sendiri, tetapi ada terdengar yang acapkali main ditempat lawan Gandum jarang menjadi. Korang boleh cuba cari betul tak apa yang abma dengar.

Kalah menang seri tak jadi masalah sekarang yang penting Klopp dapat pengajaran bagaimana nak perbaiki keadaan. Kita tengok camna keadaan pasukan dalam perlawanan liga sepanjang Oktober tanpa Mane yang pasti kena gantung 3 perlawanan. Masa ini rasanya kita boleh gunakan mamat sakit belakang kembali keposisi sayap kiri atau Ox kat sana. Opsyen kat atas banyak tak risau. tetapi bila Matip atau Lovren cedera itu lebih merisaukan.

Sep 7, 2017

LIGA PERDANA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL

Abam tak terguris dengan perangai Kawtimho. Zaman sekarang pemain lebih setia kepada ejen dari kelab. Geram juga mulanya sebab cakap sakit belakang tapi siap boleh main dengan Brazil tanpa nampak tanda-tanda sakit. Salut dengan FSG sebab sanggup tahan nafsu untuk sambar duit Barca. Tetapi apa yang kita bengang Kawtimho nak elak main kat Liga Juara-Juara. Ni sudah melampau takkan tak boleh nak sabar lagi semusim kalaupun dah takda jiwa kat Anfield.

Daripada dok terhegeh-hegeh kat pemain sakit belakang tu ada baiknya Klopp cuba pujuk Emre supaya sain kontrak baru. Emre mahu klausa bidaan yang membolehkan dia tak terjerat untuk kekal dalam kontrak. Bagi abam bagi sahaja apa dia nak cuma kalau boleh letak munasabah sikit. Paling kurang £40juta sebab pasaran pemain dah menggila babi sejak dua menjak ni. Potensi Emre nak jadi pemain bintang makin terserlah sebab itu kita dengan bukan Juventus saja nak, City dan Setan pun teringin nak pau percuma.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Roberton
Gini Hendo Emre
Salah Firmino Mane

Kali ni Gomez mendapat perhatian Klopp untuk jadi pemain utama sebab Clyne pun berjangkit dengan Kawtimho sakit belakang. Cuma Clyne bukan kaki beli MC sebab dia tak disenaraikan langsung dalam skuad Liga Juara-Juara. Trent mungkin nampak taring awal.musim tetapi dari segi fizikal dan taktikal Gomez nampak dah potong barisan sejak dua menjak ni. Barisan belakang abam harap Matip dengan Klavan namun Lovren ada ilmu pengasih dan dia masih berjaya dapat pilihan utama sekalipun aksi beliau tak meyakinkan sikit. Robertson mungkin dah tiba waktu jadi kesebelasan utama.

Bahagian tengah dah cun dengan trio Kapten Hendo-Gini-Emre. Nak tapau bahagian tengah City perlu pemain yang proaktif. Kawtimho boleh duduk bangku simpanan dan mungkin atas belas ihsan masuk minit2 akhir perlawanan. Itupun nasib baik Klopp, kalau abam.biar dia mereput main dengan pasukan bawah 23 sampai melutut minta maaf tak mau buat perangai lagi. Malah kita dah ada bonus yakni Ox dari Arsenal yang bakal kuatkan bangku simpanan sebab Ox bleh main dipelbagai posisi serangan.

Lawan City kita harap sungguh barisan depan cemerlang. Sebab benteng pertahanan kita pon tak berapa nal boleh harap. Dengan Mane dan Salah rasanya bek City akan porak peranda, walaupun merekrut pertahanan baru yang memecah rekod perpindahan pertahanan dunia sebab 3 kali dalam satu jendela perpindahan. Namun bek City tak kebal manapun sebab dah kena tapau awal musim. Bukan nak suruh main macam Burnley, corak pasukan kita dah cukup mantap cuma kat Ittihad City mungkin akan main lebih bersemangat untuk halang pasukan kita dapat 3 mata.

Sep 3, 2017

MULA KEMBALI...

credit to imgur.com

Falsafah,idea,pemikiran serta halatuju orang berniaga semuanya akan kembali kepada satu perkataan iaitu keuntungan.Labur sikit,pulangan yang cukup lumayan.Itu memang tidak dapat kita nafikan dan tolak mentah-mentah.Pemilik kelab pasti akan memikirkan cara nak pulang balik modal selepas melabur berjuta-juta pound.Di sini,saya bukan lah nak membicarakan berkenaan cara pemilik kelab berbisnes cuma agak tertarik dengan keteguhan & kekentalan hati pihak FSG yang mengatakan 'Dia tidak akan ke mana-mana musim ini'.Setakat artikel ini dikarang,FSG agak kukuh dengan pendirian mereka.Walaupun iman dah mula goyah sebab labur sikit je tapi pulangan yang menanti agak mencabar kejantanan.

Musim perpindahan kali ini agak sibuk bagi liverpool.Bagi saya,perpindahan kali ini agak baik dengan beberapa target utama dapat kita sapu walaupun krisis bagi pertahanan tengah mungkin akan berlarutan sebab target utama tak dapat di bawa masuk.Perhubungan dengan van dijk tidak dapat dinoktahkan dengan ijab kabul kerana percintaan ini tidak mendapat restu keluarga walaupun tuan punya badan sudah bersetuju dan meminta izin dengan mak abah nak kawin jugak dengan liverpool.Cerita nya lebih kurang je dengan coutinho.Faktor kehebatan Barcelona,kelab terhebat dunia yang menjadi kegilaan pemain bola sepak dari amerika latin,membuatkan hati coutinho curang.Nak cari pemain yang setia kepada kelab,mungkin satu dalam seribu.Mana lagi nak cari pemain macam abang long gerrard dan abang ngah agger.Mungkin zaman tu dah berlalu kot.Macam tak suka lah nak ulas pasal coutinho nie panjang-panjang.Nak panggil coutinho pun macam dah tak best.Rasa macam nak panggil anak d*rh*ka je.hahahaha...

Bila klopp menjejakkan kaki ke anfield,sebenarnya ramai penyokong tidak mahukan dia.Penyokong hanya mahukan kejayaan beliau di dortmund.Sebab apa saya kata kan begitu?Musim pertama klopp agak bersusah payah dengan pemain-pemain tinggalan brendan rodgers.Ramai yang agak tidak berpuas hati dengan cara falsafah klopp yang tetap dengan pendirian gegenpressing nya.Musim pertama,klopp hanya berjaya membawa liverpool ke tangga ke enam.Musim berikutnya di tangga ke lapan.Penyokong dah mula menyuarakan isi hati.Adakah dia orang yang betul untuk mengulang kembali kegemilangan liverpool?.Sebab itulah saya katakan penyokong hanya mahu kejayaan nya di dortmund dan tak mahukan dia.Dia telah mengatakan dalam sidang media nya yang pertama yang dia bukanlah The Special One.Dia hanyalah The Normal One.Borrusia Dortmund yang dibimbingnya dulu memakan masa 3,4 tahun untuk menjadi juara liga.Kejayaan bukan nya datang dengan sekelip mata.Ianya perlu digilap dan dipupuk.Jangan cepat melatah.

Pemain datang dan pergi.Pemain datang dalam keadaan penuh kemasyuran bintang atau permata yang perlu digilap supaya bersinar disatu hari nanti.Penyokong tetap yang sama dan tiada istilah bintang atau permata untuk mereka.Apabila pasukan mengalami kekalahan,kita akan marah dan sedih.Begitu juga pemain-pemain.Di sini lah kita di uji adakah kita penyokong yang sejati.Sabar dalam pembentukkan prestasi pasukan.Apabila pasukan mencatat kemenangan,kita akan tidur dalam keadaan senyum dan tak sabar nak pergi kerja keesokan hari nya.Pemain yang ingin meninggalkan kita,biarkan mereka pergi kerana semangat dan legasi penyokong liverpool tidak akan berhenti di situ.Malah ia akan terus berkembang.Semangat ini bukan lah terletak di bahu pemain,jurulatih ataupun pengurus.Ianya mengalir di dalam darah kita.Walaupun kita penyokong yang kecil dan menyokong dari jauh,cukup lah sekadar dapat memuaskan hati kita.Selagi darah yang mengalir di dalam badan ini berwarna merah dan tidak tercemar,selagi itu lah kita akan tetap penyokong liverpool.Apabila pemain mengalami kemerosotan prestasi,pasti ada penyokong yang melaungkan kata-kata semangat.Apabila pemain berlari di padang,pasti ada penyokong bersorak untuk mereka.Apabila mereka berjalan,pasti ada penyokong yang menemani mereka.Dan kita adalah penyokong itu...

                                                                   YOU'LL NEVER WALK ALONE

Aug 31, 2017

OXLADE-CHAMBERLAIN PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2017/18

credit pic  

Oxlade-Chamberlain, macam awek yang tak pandang harta. Bila dah dapat lamaran dari Liverpool walaupun paling murah terus setuju tanpa dakwa dakwi. Tawaran Arsenal untuk kekal £180k, opsyen selamat tetapi dia dah tak hendak kekal dengan perangai Wenger yang tiada ambisi. Tawaran paling tinggi £220k dari Chelsea pun ditolak sebab OX tahu Chelsea akan suruh dia main diposisi merapu macam Victor Moses kena, Sayap belakang.

Ada juga yang bising kenapa bayar lebih, jika dapat percuma musim satu lagi. Lagipun mahal siak £40juta. Masalahnya Ox ada 3 opsyen dari kekal kat Arsenal, Chelsea atau kita. Jika kita tak kebas sekarang, Ox akan sain kontrak untuk kekal bersama Arsenal. Harapan nak beli dengan mudah camni takkan dapat. Silap-silap boleh pergi macam harga Lemar, mencanak naik dua kali ganda sebab Arsenal akan letak klausa kaw-kaw selepas kontrak baru.

Dari segi keperluan jangan nak pertikai tanda harga. Pemain serba-serbi posisi serta berpegalaman di Liga EPL serta kancah Liga Juara-Juara, mana nak cari sekarang murah-murah. Lagi satu faktor umur baru 22 tahun adalah faktor penyumbang. Dan paling utama beliau adalah hasil didikan akademi Liverpool cawangan Southampton.

Ikutnya Ox ni alternatif untuk dapatkan sasaran lebih ekslusif Thomas Lemar dari AS Monaco. Tetapi tak mahu jadi cam lebai malang sini tercicir sana melepas, Klopp ambil keputusan drastik beli Ox tanpa peduli samda dapat Lemar atau tidak. Apa yang Klopp mahu sekarang adalah gunakan dana perpindahan yang dijanjikan Tuan kelab yang dengar cakap Klopp dapat hingga £175juta. Kalau tak habiskan silap-silap mereka pergi kona melabur kat Red Sox pula. Bukan boleh harap koboi FSG ni.

Aug 29, 2017

NABY KEITA PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2018/19

Credit pic goal.com
Ini contoh perpindahan pelik tapi menarik. Red Bull Leipzig boleh senang-senang gagau £70juta Pound, tetapi hanya nak £48juta musim depan. Red Bull tahu sukar nak dapat galang-ganti Keita. Jadi sekurang-kurangnya mereka mahu dalam penampilan julung kali Liga Juara-Juara, pasukan mereka punyai skuad mantap.

Duit memang bukan masalah bagi syarikat pengeluar minimuan tenaga dari Austria itu. Mereka mampu nak buat macam PSG gunakan kuasa duit. Tetapi etika syarikat kolongmerat itu dasarnya adalah setiap perancangan kewangan kena disiplin. Mereka juag tak mampu nak kurung Keita yang memang dah takda hati nak kekal kat Leipzig.

Jadi situasi menang-menang untuk memuaskan ketiga-tiga parti, ialah jual kepada Liverpool, dengan syarat tangguhan musim berikutnya. Dengar cakap walaupun klausa £48juta, Liverpool bayar deposit sikit dulu untuk cop dulu Keita supaya taknak musim depan kelab boleh sailang. Dalam keterpaksaan, Red Bull terpaksa akur yang mereka hanya mampu dapat menagih keringat Keita buat kali terakhir musim ni.

Bila dah jadi pemain kita , barulah boleh cerita sedikit apa yang Klopp tergila-gila sangat mamat pendek hitam manis ni. Keita boleh dibanding macam Luca Modric terlalu berkebolehan sebagai pemain tengah lengkap. Statistik serangan macam Lallana. Kebolehan menggelecek selincah Coutinho. Keberkesanan membantu pertahanan lebih dari Emre dan Hendo digabungkan dan lebih pelbagai dari Gini yang ada kekurangan menyumbat gol.

Kita terpaksa tunggu lebih 300 hari untuk tengok Keita bersama skuad kita. Macam orang bertunang, boleh tengok dari kejauhan dulu, nak berasmara tunggu malam kenduri. Jadi dengan rasminya abam akan jadikan Red Bull Leipzig sebagai pasukan angkat dalam perlawanan di Bundesliga dan juga Liga Juara-Juara. Apapun abam ucapkan tahniah kepada FSG. Setelah dikecam akhirnya mereka mahu juga berbelanja. 

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 4-0 ARSENAL


Raya Korban hampir tiba. Kat Anfield semangat korban telah diterjemah lebih awal oleh trio dari jemaah muslim Liverpooliah, saudara Syeikh Mohd Salah Saudagar Minyak Dhob, Imam Sadio Mane  dan Pengedar Pomade Syarie, Emre Can.  Mangsa korban datang dari London di sembelih dengan mudah 4-0.

Bukan nak angkuh, tetapi lawan Arsenal lagi kacang dari lawan pasukan bawahan. Mereka pon tak sedar diri. Dah tahu badi dengan dengan Liverpool kebelakangan ni, cuba juga nak main bagi nampak hensem. Tidakkah Wenger tengok camna Watford main. Susah apa buang ego, letak Giroud pam bola tinggi mungkin itu lebih afdal kalau nak menang.

Pak Wenger cuba nak ubah sedikit stail dengan main 3 bek, untuk kekang Mane, Firmino dan Salah. Reformasi camtu boleh berjaya jika bek mereka dibarisi Tony Adam, Sol Champel dan Martin Keown. Takat Houlding, Konchelny dan Monreal memang menjadi ulam-ulaman trio serangan kita. Wenger jenis suka tiru orang tapi main tangkap muat segala.

Kestabilan adalah kunci kepada kemantapan permainan kita. Serang pun mantap bila bertahan tak panik. Penstabil pasukan ialah bahagian tengah. Bila Hendo-Emre-Gini nampak senada-seirama, baru kita tengok pemain tengah kita terutamanya Gini siap berjoget-joget sampai tercirit-cirit Xhaka-Ramsey nak kejar. Malah bila bertahan mereka memadatkan dikawasan penalti.

Mat Salah hampir dapat gol awal, tetapi dia merembat tepat kepada Cech. Tapi penantian tak lama untuk pecah kebuntuan. Gomez jadi penyumbang gol pembukaan bila dia melalukan hantaran kedalam kotak mencari beberapa rakan yang dah bersiap sedia. Firmino dengan pantas menyambar hantaran dan menanduk padu kejaring pelawat untuk Liverpool dihadapan 1-0.

Lagi peluang yang nyaris gol, kali ni Kapten Hendo telah tewaskan Cech namun tak kena sasaran. Arsenal cuba nak dapatkan gol dengan buka permainan. Memang padah bila biarkan terlalu keatas menyerang. Gerakan serang-kilat terjadi bila bola dirampas Gomez dan gerakan  Gini-Emre-Firmino dan akhirnya kepada Mane yang melarikan bola dari sayap dan masuk ketengah melalukan rembatan lencong melepasi Cech yang membuat gaya Superman kaver malu. Liverpool menambah gol kedua setakat separuh pertama.

Separuh kedua bermula dengan Arsenal kembali bermain dengan 4231. Mereka menguasai permaian namun masih tanpa sebarang percubaan tepat. Karius kadang-kala buat jenaka, itupun Arsenal tak berdaya nak buat percubaan. Sekali lagi Arsenal terkena perangkap serangan hendap. Salah berjaya mencuri bola dari Bellerin dan memecut mendahului semua. Disini Mane bertindak menghalang Bellerin dari mendapatkan Salah. Dan Salah kali ni baru dapat menewaskan Cech untuk gol ketiga Liverpool.

Sturridge masuk ganti Mane. Nak jadi rezeki semua penyerang dapat gol sorang -satu. Gerakan lagi sekali dari Gomez yang melorogkan kepada Firimino. Firmino berjaya mengecoh pemain tengah Arsenal dan buat hantaran kepada Emre yang melarikan dari tengah ke kiri dan mencari Salah. Dengan keadaan Sturridge yang tak dikawal, Salah mengambil opsyen terbaik melakuakn hantaran silang untuk Mat Kaca berjaya menjaringkan gol pertama beliau musim ini. Perlawanan tamat dengan 4-0.

Pujian kepada penyerang sebab beri kemenangan, namun pemain kat bawah cemerlang menepis serangan Arsenal sebab bermain bertahan secara berjemaah. Karius memang nampak badut sedikit, namun dia bernasib baik sebab rakan pertahanan cepat bertindak ditambah serangan Arsenal yang mati pucuk. Bukan nak kata, tetapi hairan macam tak perasan Ozil main semalam. Inilah antara liabiliti ataupun biawak hidup yang pasukan Arsenal tanggung setiap perlawanan.

Aug 25, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Liverpool lepas ujian kelayakan ke Kolej Liga Juara-Juara. Sang Merah akan berada dalam kelas E, bersama kawan dari Russia, Spartak Moskow dengar kata anak Jutawan Minyak. Paling meriah kali ni jumpa balik musuh lama, Sevilla yang telah merampas dan memenangi awek nama Europa musim lepas. Dan seorang peserta pendiam, Maribor dari Slovenia.

Harap selepas layak ke pentas Eropah jangan lupa saingan kat kampung halaman. Minggu ni kita bertemu rakan selalu tak pernah kantoi tapi kandas untuk ke Liga Juara-Juara musim ni, Sang Meriam. Musim ni mereka belanja sakan dapatkan Lacazette tetapi pandai cilok bek kiri terbaik Bosnia, Kolasinac. Tapi peminat Meriam sedih sebab yang nak keluar sangat2 ialah ayam tambatan dari Chile, sapa lagi bukan Sanchez.


Mignolet
Trent Matip Klavan Robert
Emre Hendo Gandum
Salah Firman Mane


Serangan kita terbukti mantap nak cerita banyak pun buang masa. Yang kena banyak cerita ialah bolos sana bolos sini. Bila penyerang kita tengah banyak produktiviti takpa, bolos banyak mana pun geng depan ikat jamin. Tapi bila geng depan pun kegersangan masa itu baru ada akai. Lawan Arsenal nanti kita kena sedikit berhati2 sebab mereka punyai penyerang licik dan sapot dari tengah boleh tahan. Bab pertahanan rasanya lebih kurang kita saja kot.

Aug 24, 2017

KELAYAKAN LIGA JUARA-JUARA : LIVERPOOL 4-2 HOFFENHEIM (AGREGAT 6-3)



Liverpool kembali ketempat yang selayaknya. Dah berapa musim tak merasa main bersama pasukan elit. Kerja keras Klopp selama 2 musim untuk mencapai ketahap sekarang bukan mudah. Penambahbaikan dari masa kesemasa tak semudah yang disangka. Klopp mewarisi pemain Brendan yang kebanyakan kurang cergas dan mental koyak.

Pembelian dan produk akademi diadunkan sehingga kita dapat pasukan yang mampu ketahap sekarang. Bukan semua pemain sedia-ada berada ditahap terbaik, namun mereka mampu main ikut arahan. Keupayaan individu macam Mane dan Fimino serta Emre dan kesilapan individu macam Lovren, Moreno dan Gomez mungkin dalam pemerhatian Klopp

Pengurus muda Hoffenheim cuba main perang saraf dengan Klopp. Dia mungkin ada analisa nak buat kejutan, pasal nampak kekuatan dan kelemahan Liverpool yang semua orang tahu camna. Tetapi dalam bolasepak nampak mudah macam makan cendol , tetapi hakikatnya lebih rumit dari Sains Angkasa Lepas.

Ada peminat sendiri sangkal keupayaan Firmino sebagai tulang belakang kepaweran Liverpool. Rasanya diorang tak peka atau kurang lihat analisa dalam setiap perlawanan. Walaupun Firmino bukan penyudah sensasi, namun dalam setiap gerakan bahaya membuahkan gol, Firmino adalah perancang segalanya.

Kalau tak kerana Mane kalut Liverpool dah dapat gol pertama, namun Firmino menggerakkan serangan dari tengah mencari Mane dan gerakan Mane dari sayap nak masuk tepi tak lepas dan dia membadik dari kaki belakang melepaskan kepada Emre untuk pemain Jerman itu melakukan rembatan untuk gol pembukaan Liverpool.

Bukan setakat tu, gol kedua memang gerakan satu dua Mane dengan Firmino tetapi kali ni , Firmino ganti tempat Emre, melepaskan hantaran lintang kat tengah.  Gandum dengan padu merembat. Rembatan kantoi lalu depan Salah yang tanpa rasa bersalah melepaskan rembatan cemey untuk gol yang disahkan dikedudukan tak curi ayam (offside).

Gol ketiga, macam ulangan gerakan Mane kepada Emre, tetapi kali ni Firmino yang sambut. Firmino tak cuba nak tamak nak cuba gelecek bagai, dia hanya perlu melepaskan hantaran lintang melangkaui barisan pertahanan dan goli lawan sebab nampak Emre dah meluru dari sebelah kanan. Peluang terbuka dan Emre merembat untuk gol kedua peribadi.

Datang ke Anfield, mesti dapat ole-ole gol dari tuan rumah. Liverpool memang ada sedikit masalah bila kena serang balas. Nak kata salah individu mungkin dari kawasan tengah sendiri dah nampak kucar-kacir. Yang sedihnya Moreno tak mampu nak jaga kawasan sendiri sampai pemain sayap lawan dapat ambil peluang mudah menjaringkan gol.

Corak Hoffenheim memang sengaja nak kantoi makan diri. Mereka suka main pegang bola dari bawah tanpa sedar ada masa mereka mungkin ralit kena serbu. Henderson berjaya rampas bola dari kaki Vogts secara bersih cekap amanah dan beliau simpati dengan Firmino yang dok asyik jadi penyumbang gol sahaja untuk biarkan Firmino dapat juga cipta nama sebagai penjaring ke-4.

Kemasukan Gomez ganti Trent satu tindakan nak elak risiko kecederaan disamping bagi pelaung sama adil. Tetapi Gomez nampak ok, namun dia patut pro-aktif sebab gol kedua Hoffenhheim kerana beliau agak malas nak tutup ruang buat bek kiri lawan dapat lepaskan hantaran lintang tinggi mencari kepala Wagner untuk padat gol kedua pelawat.

Undian peringkat kumpulan Champions League 2017/18.

Tarikh : 25 Ogos 2017
Hari : Jumaat
Jam : 12.00 tengah malam
Siaran : Astro 814

Bekas 1

Real Madrid
Bayern Munich
Chelsea
Juventus
Benfica
Monaco
Spartak Moscow
Shakhtar Donetsk

Bekas 2

Barcelona
Atletico Madrid
Manchester City
Sévilla
Porto
Paris St-Germain
Borussia Dortmund
Manchester Utd

Bekas 3

Bâsel
Olympiakos
Tottenham Hotspur
Napoli
Anderlecht
LIVERPOOL
AS Roma
Besiktas

Bekas 4

Celtic
APOEL
Maribor
Feyenoord
Sporting Lisbon
Qarabag
RB Leipzig
CSKA Moscow

Aug 23, 2017

LIGA JUARA-JUARA : LIVERPOOL LAWAN HOFFENHEIM ( AGREGAT 2-1 )

Tinggal lagi sebelah kaki na layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Bukan nak beri jaminan macam dah layak tetapi ikut kelebihan kita mampu jika tak buat kesilapan. Hoffenheim perlu menang paling kurang 3-2 untuk layak. Maknanya Liverpool kena pastikan tak bolos banyak dan paling busuk kena seri untuk layak.

Hoffenheim akan main menyerang sebab mereka terpaksa begitu. Merek tiada opsyen macam kita. Sebab itu mereka yakin nak buat kejutan. Takpa mereka belum datang ke Anfield kot. Pemain ke-12 iatu peminat kat Anfield bakal ambil bahagian untuk beri tekanan terhadap pelawat. Kita yang tengok TV pon rasa meriah bila laungan dan sorakan menggerunkan lawan dan menaikkan semangat pemain.

Mignolet
Trent Matip Klavan Robertson
Emre Hendo Milner
Salah Firmino Mane

Abam selesa jika formasi belakang kekalkan seperti lawan Palace, dan tambahan Trent masuk ganti Gomez. Bahagian tengah kena bertenaga sebab tu masa ni Emre kena main dan rehatkan Gandum. Milner sekarang boleh ganti sementara Lallana dan Coutinho sebab setakat ni dia adalah sumber kreativiti pasukan. Serangan pelu kekal Salah-Mane dan Firimno

Yang penting bahagian tengah kena kemas untuk pastikan tak beri bebanan kat bawah nanti. Malah kita tengok Hoffenheim suka buat hantaran lintang dari sayap dan mereka punyai pemain sasaran bahaya. Liverpool kena pastikan pemain sayap bantu bek sisi dan jangan beri peluang lawan nak serang dari sisi. Kat bek tengah kena bersedia celen bola dengan penyerang lawan dan pemain tengah kena cergas bantu mana yang patut.

Aug 20, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 1-0 CRYSTAL PALACE


Abam paham Klopp masih taruh harapan dengan skuad sedia ada. Dia percaya Moreno, Lovren, Klavan, Gomez dan Origi masih berguna sebagai pemain skuad. Terbawa-bawa perangai kat Dortmund, beli pemain bukan sebarangan sebab Klopp nak pemain ngam dengan projek bolasepak beliau. Sebab itu kita tengok pemain yang macam nak kena lelong, Moreno pun masih dapat peluang.

Semalam Moreno dah kena simpan dan juga Lovren. Kita saspek Klopp dah nampak kena cari penyelesaian dengan perkenalkan Robertson untuk penampilan sulung dan Klavan dalam gandingan kiri. Keseluruhan mereka mendapat hampir markah penuh cuma ketika pemain sayap potong Klavan dan Benteke hampir sumbat gol tang tu abam dah cakap mereka pun dua kali lima.

Plan De Boer memang menjadi separuh masa. Naik rimas tengok bola dok lalu lalang banyak kawasan tengah. Sturridge tak berapa boleh harap bila kepungan Palace padat macam sardin. Fizikal yang baru nak pulih buatkan Mat Kaca terpaksa main selamat, elak nak cari pasal pegang bola dan masuk kedalam kotak. Lagipun Firmino tak ngam kat sayap. Hanya Mane nampak ligat dan kreatif.

Separuh pertama rasanya peluang nak gol ada juga. Liverpool punyai peluang dari Firmino yang rembatan padu berjaya ditepis Hennesey. Malah Palace juga nyaris gol bila Mignolet menepis rembatan padu Loftus Cheek. Kiranya kedua-dua penjaga gawang jadi hero beraksi baik untuk menidakkan gol lawan masing-masing.

Separuh kedua bila Salah masuk, nampak bernyawa sikit serangan. Malah bila Gandum keluar masuk Solanke, kat sini kreativiti Firmino terserlah. Posisi baru Coutinho nampak sesuai juga dengan Firmino semalam. Keadaan ni buat bahagian tengah lebih bertaambah kreatif berbanding ketika Gandum main yang mana dia lebih nak buat hantaran pendek selalu.

Dari kita dok fikir masa depan tanpa Coutnho lebih baik jaga bak-baik Mane. Sejak dia masuk jarang sekali dia culas atas padang. Malah ketika Mane main AFcon, ketara sangat pasukan dek kerana terlalu mengharap beliau. Tapi paling penting, gerakan Mane dibantu Solanke menyaksikan gol tunggal memecah badi 3 musim tak pernah menang dengan Palace di Anfield.

Kemenagan tipis memang nampak macam pasukan kita masih perlukan penyerang berkelas dunia. Tetapi bagi abam, lawan pasukan liat cam Palace nak dapat lebih dari sebiji , corak kita punca mereka susun bas. Nak tunggu bek buat silap sukar benar kerana bukan 4 jadi pertahanan malah hampir 5 pertahanan sambilan aakan tolong buat ramai. Jadi dapat 3 mata adalah penting tak kisah kenduri gol atau tipis.

Aug 18, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE

Abam letih sikit harini. Tak berapa ada idea nak tulis panjang-panjang. Usia dah sama dengan Carragher, tak macam adik-adik blog lain yang tuntas berdesup idea membuak-buak. Cuma idea banyak nak lontar tetapi kes Coutinho dan perpindahan keseluruhan menyemakkan fikiran potong terus idea nak goreng ayat.

Mignolet
Trent Matip Lovren Robertson
Gandum Hendo Milner
Salah Firmino Mane

Sedap hati saja letak kesebelasan camni tetapi faktor perlawanan Watford dan Hoffenheim takkan Klopp tak nampak lagi mana lubuk mana tidak. Penambaikan dari bolos 3 kepada kurang kepada 1 gol itu hampeh. Sebab apa saya kata gitu sebab Hoffenheim tak gunakan peluang yang banyak yang mereka bleh hukum Klopp sebab ambil mudah bab pertahanan.

Betul Van Dijk sorang takkan merubah keadaan seperti cakap Carragher. Tetapi Carragher lupa yang kombinasi dia dan Hyypia bukan laju dan agresif tetapi saling melengkapi kelemahan itulah kekuatan mereka selama bersama bedekad-dekad. Bagi abam Sakho kalau tak buat palat, Lovren mungkin memanaskan bangku simpanan. Sebab Sakho dok cempera bewak tetapi dalam kotak dia proaktif.

Satu lagi bebanan dah ada Lovren, Moreno masih cam dulu-dulu juga. Bijak menyerang tetapi kantoi bertahan. Milner ok sebab kita dah tengok sepanjang musim tetapi dah beli Robertson takkan nak simpan-simpan lagi. Milner lebih diperlukan dibahagian tengah. Dia mungkin pergerakan tak laju tetapi mikropemproses beliau tahap Intel Xeon, kreatif nak lebih kurang Coutinho. Walaupun gol lawan Hoffenheim sikit terbias kena bek lawan, tapi idea nak sepak camtu memang Emre dan Gigi tak reti nak cuba.

Crystal Palace mungkin punyai De Boer pemain hebat Belanda, tapi zaman main lain masa jadi pengurus sekarang. Bila tengok kena ayam dengan Huddesfield 3-0, rasanya peluang kita nampak selesa tetapi masih perlu berwaspada takut De Boer dah insaf dan berubah. Kita tak nampak banyak penambahbaikan lawan. Cuma Benteke kot badi. Namun bila dengar Zaha cedera, kurang sikit ancaman kecuali Townsend yang kadang-kadang buat gila. Bek mereka mungkin kental tetapi ada Salah dan Mane rasa cemas mesti ada.

Perlawanan pertama kat Anfield yang diturap rumput baru. Klopp arahkan supaya padang lebih basah sikit sebab nak main hantaran pendek tak sangkut-sangkut. Kita harap tuah rumput baru dan tiada kejutan oleh Palace macam dulu-dulu. Kita dah rugi 2 mata sebelum ini dan harap jangan dok buat perangai lagi. Klopp mungkin nak tengok dalam perlawanan ini sejauh mana teruk pertahanan sebelum buat keputusan beli bek baru.

Aug 17, 2017

SHEYI OJO DIPINJAMKAN KE FULHAM


Seyi Ojo dipinjam keluar ke Fulham sepanjang musim ini. Ternyata tempat beliau sebagai pemain simpanan utama dicuri oleh Ryan Kent. Klopp dah berikan peluang Ojo musim lepas dan beliau masih belum mampu berikan impak. Kalau tengok kemahiran dan kepantasan amatlah menarik tetapi dalam membuat keputusan dan idea dalam permainan nampak masih belum matang lagi adik kita ini.

Abam dulu terbayangkan Ojo macam pengganti Ibe, namun Ojo tak gunakan peluang sewajarnya dan mungkin nasib malang akibat kecederaan juga salah satu faktor pembangunan Ojo terjejas. Fulham bakal jadi batu asas kepada Ojo dan harap Ojo balik ke Anfield musim depan dengan penuh ilmu didada. 

Aug 16, 2017

KELAYAKAN LIGA JUARA-JUARA: HOFFENHEIM 1-2 LIVERPOOL



Kesebelasan sama tak berubah macam lawan Watford. Abam sendiri mulanya naik hairan kenapa tak gilir pemain lain. Pemain haritu tak penatkah sampai tak bagi peluang kat orang lain Tetapi Klopp macam sengaja nak umpan Hoffenheim. Mungkin Klopp nak Hoffenheim main bola jauh, sebab kali ni Liverpool dah bersedia nak hadap sekali lagi corak huduh camtu.

Malang sekali Nagelsmann juga main akal. Dia tak beri galakan nak main hantaran jauh tetapi permainan Hoffenheim sangat kemas dan jarang nak buang bola walaupun kat bawah. Mereka main 3-4-3 bersesuaian nak kekang 4-3-3 Klopp. Tersangat cermat simpan bola, sampaikan Liverpool sukar nak rampas bola dan hatta berjanggut nak tunggu hantaran kantoi walaupun secebis. Lagi satu setpis Hoffenheim memang cantik, bola sepakan setiap kalau datang ke kubu Liverpool cemas kita tengok.

Lovren dan Moreno memang pasangan serasi untuk jadi lubuk. Majoriti serangan kalau kita nampak mari sebelah kiri, seakan mengundang bahaya. tetapi Hoffenheim mereka kurang baik sebab mereka tak cuba nak main bola lintang selalu. Namun nasib mereka dapat kantoikan Lovren dengan gerakan licik menghadiahkan penalti. Samada Mignolet hebat atau pemain Hoffenheim yang ambil penalti bangang itu saja membuatkan Liverpool terselamat dari bencana.

Liverpool cuba nak cari kelemahan pertahanan tuan rumah, namun ada sekali tu hasil gerakan dari Firmino beliau berjaya melepaskan hanatran pantas kepada Salah. Salah dengan kepantasan berjaya melarikan bola dari cabaran bek lawan, namun sepakan beliau tersasar kelaut. Namun rezeki bukan datang dari pelbangai cara. Liverpool dihadiahkan sepakan percuma luar kota. Pilihan luar biasa, Trent Arnold mengambil tanggungjawab dan beliau hasilkan gol dengan sepakan bertaraf lima bintang.

Setelah mendahului Liverpool masih cuba menggandakan gol dengan variasi serangan. Tapi corak bertahan padat tuan rumah meyukarkan keadaan walaupun mereka sepatutnya terdesak cari gol penyamaan. Separuh pertama selayaknya Hoffenheim mampu meraih gol, tetapi kegopohan mereka tak pernah nak manipulasi pertahanan Liverpool yang tak berapa mantap. Bahagian tengah nampak sedikit longlai tnap bola dan dapat bola sekalipun banyak main tepi sebab lawan kita cukup cermat ditengah.

Separuh kedua bermula dengan Hoffemheim sekali lagi monopoli penguasaan bola. Tak pasti kenapa mereka begitu tenang sampai nak serang pun berani-berani takut. Dapat bola dari tepi hayun ketengah cari sasaran. Liverpool pula berjaya terselamat dari sepakan-sepakan sudut tetapi mengeri juga cara bek kita mengeluarkan bola. Hendrson terpaksa keluar digantikan dengan Milner. Namun tuah ayam nampak dikaki, tuah Milner dia masuk dengan berikan gol cantik walaupun terbias sedikit kena bek Hoffenheim. Mendahului dengan 2-0 Liverpool selesa nampak macam sebelah kaki nak layak.

Sayang seribu kali sayang, bola serangan bahaya tak kantoi tetapi pemain kita tersalah anggap bola offside. Sebenarnya Lovren tak tengok pemain lawan dan dia buatkan pemain sayap Hoffenheim dalam keadaan jelas tak offside. Dan paling naya pemain kita dok rasa penjaga garisan nak angkat bendera namun meleset. Mark Uth merembat masuk gol semangat untuk Hoffenheim ke Anfield nanti. Perlawanan berakhir 1-2 dan bagi saya kita perlu lebih waspada walaupun 2 gol ditempat lawan satu kelebihan. Dan kebolosan ini juga satu isyarat penting bahawa individu macam Moreno dan Lovren bukan pemain yang masih merapu dalam skuad kita.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails