Jul 4, 2016

BUAT PEMBENCI BALOTELLI




Komentar Adik Anon yang selalu rajin mengomen wajar kita ambil perihatin. Saya jumpa satu link dari twitter rakan mengenai Kemalasan Balotelli yang sering diperkatakan ( saya pun sama) . Betul Balotelli tak berikan sumbangan gol dalam kempen musim pertama. Tetapi Brendan beli Balo yang memang asing bagi corak permainan penyerang tunggal. Contoh dalam perlawanan dengan Chelsea adalah perlawanan yang membuktikan kesungguhan Balo yang kita mungkin terlupa dia tak semalas yang disangka. Kita harap jika Balo diberi peluang dan penilaian adil oleh Klopp dalam pra-musim ini.  

BILA KITA RASA PERPINDAHAN KITA MENGARUT


Bila kita rasa macam nak tak nak dengar berita Liverpool nak beli Zeilinski, Dahoud, Pjaca dan bukannya Matuidi, Hamsik atau Perisic. Tapi sedarlah peminat Arsenal lagilah hiba dengan pembelian kejutan dari negara matahari terbit, Takuma Asano. Kemain mereka dikaitkan dengan Lacazette, Hguian dan Draxler tapi itulah yang mereka dapat. Asal dengar pemain muda gempak nak beli.

Harap Liverpool tak beli merapu macam tu. Bukan apa dengan kemasukan Guardiola, Mourinho dan Conte. Dah tak ada masa nak beli potensi, sebab pengurus elit pasti nak yang terbaik untuk bersaingan dengan lawan masing-masing. Jika Klopp nak ikut sangat Jawatankuasa perpindahan dan syarat ketat FSG, rasanya dia akan alami nasib macam Brendan.

Jul 3, 2016

PEMAIN-PEMAIN LIVERPOOL KEMBALI BERLATIH DI MELWOOD


Balotelli kembali ke Liverpool setelah pinjaman tak bermakna di AC Milan. Gambar kat atas nampak muka gembira Balo dengan Lovren. Tak tahu apa yang Balo lawakkan. Tetapi kembalinya Balo ke Anfield bagi saya tak ada makna apa-apa cuma tunggu kelab dari China atau Turki mulakan pembidaan rasmi. Itu jika ada orang nak beli, kalau tak rasanya adakah Klopp bakal berikan Balotelli peluang kedua.

Ikut turutan hirarki penyerang , Sturridge, Origi, Ings, Benteke dan akhir sekali Balotelli. Dengan corak gegenpressing penyerang pun kena tolong kejar bola, adakah Balotelli mampu buang corak kemalasan beliau. Ada yang kata Balotelli mungkin ada sekelumit peluang jika Benteke dijual. Itu saya tak berapa pasti juga semua diatas keputusan Klopp. Namun jika ditanya semua peminat berapa kerat sahaja nak lihat Balo main di Anfield musim ini,

Selain muka-muka lama musim lepas, pemain lain seperti Markovic, Ings, Gomez akan bersama pemain yang baru dibeli seperti Karius, Matip, Grujic dan Mane. Kiranya pemain-pemain ini bakal diberikan peluang awal dalam perlawanan pra-musim yang bakal bermula seawal 8 Julai ini. Pasukan pertama ialah kelab kampung sebelah dari kawasan Merseyside juga, Transmere Rovers FC. 

Jul 2, 2016

AKSI PEMAIN LIVERPOOL DALAM SUKU AKHIR EURO16



Satu lagi kejutan dari Wales , menapau pasukan pilihan Belgium di suku akhir. Tak ramai yang sangka dalam 90 minit, Wales boleh bubuh 3 biji mengatasi Belgium. Perbandingan pemain-pemain Wales dengan Belgium sangatlah ketara. Bagi kita selain Bale, hanya Allen dan Ramsey dan William,banyak pemain Wales yang tak dikenali berbanding Belgium yang punyai bintang-bintang pujaan peminat seperti Hazard, Lukaku, Bruyne dan ramai lagi.

Bagi peminat Liverpool, persembahan Allen amat membanggakan. Dia menjadi tonggak utama Wales dan boleh dikatakan tak pernah terlepas lagi perlawanan. Berbanding rakan di Belgium, Origi, Benteke dan Mignolet yang hanya jadi pemerhati dan pemanas bangku simpanan. Prestasi Allen walaupun mendapat pujian peminat Liverpool tetapi gossip beliau yang bakal dijual , pasti memanaskan hati peminat yang mahukan Allen kekal.

Manakal bagi Benteke, walaupun dia tak berapa menyinar bukan sahaja di Liverpool malah tak dapat peluang dengan Belgium bukan tak ramai yang nak dapatkan khidmat beliau. Paling terkini dan sensasi Crystal Palace cuba bidaan sebanyak £25juta tetapi Liverpool bagitahu paling kurang kita mahu £30. Kiranya kali ini Liverpool tak lembik lagi nak lepaskan pemain dengan harga diskaun. Lagipun dengar kata banyak lagi pasukan elit yang mahu beliau, sebab tu Liverpool buat jual mahal kat Palace.

Selepas ini Wales bakal bertemu Portugal di peringkat Separuh Akhir. Kita sebagai peminat Liverpool pastinya mahu Wales keperingkat Final kalau boleh. Tapi Portugal bukan boleh kita abaikan kerana mereka dah tapau pasukan yang dikatakan lebih bagus seperti Croatia dan Poland. Perlawanan ini pasti menarik kerana Bale dan Ronaldo bakal tentukan siapa yang bakal jadi hero buat pasukan masing-masing.

Jul 1, 2016

KETUK-KETUK RAMADAN DI LIVERPOOL


Kak Sheila Rusly membawa khas slot Ketuk-Ketuk Ramadan ke Anfield. Korang rasa apa masakan yang Chef Moreno dan Chef Mignolet mahu sajikan untuk anda. 

Jun 30, 2016

TRIBUNAL TENTUKAN PAMPASAN JEROME SINCLAIR


Jerome Sinclair dah lama sain kontrak dengan Watford, sejak bulan Mei lagi. Liverpool mahu dia kekal pada mulanya. Namun dengan ejen yang bernama Aidy Ward musuh utama kelab sejak kes Raheem Sterling, rasanya hasutan Aidy tak memungkinkan Liverpool dapat memenangi hati Jerome. Pemain ini baru 19 tahun, masa depan cerah sebab dia dibandingkan dengan Sturridge gaya permainannya. Di akademi Jerome, adalah bintang cemerlang, musim lepas tak silap dia menjaringkan 24 gol.

Nasib baik pemain bawah umur, walaupun dah habis kontrak, kelab baru kena bayar pampasan. Kes rundingan harga perpindahan rsanya tak mencapai kata putus. Dengar kata Watford hanya menawarkan £2juta pound sahaja dan tak mahu nak berginjak dengan nilai tersebut. Manakala Liverpool dengan hujah bahawa, potensi Jerome memang bakal meletop dan mahukan sekurang-kurangnya £5juta pound. Kita patut berterima kasih dengan jawatankuasa teribunal yang memihak kepada Liverpool dan dapatlah £4 juta hasil penilaian pihak teribunal.

Kita tak kisah kalau Jerome berjaya atau melingkup bersama pasukan Watford. Apa yang kita harapkan dia buat keputusan yang betul untuk dirinya bukan dengar cakap ejen beliau yang memang perangai haramjadah, yang tahu nak klepet duit komisen hasil dari perpindahan pemain. Harap maju jaya buat Jerome dan berusahalah sebaik mungkin kerana alasan di Liverpool mungkin tak dapat peluang sebab pemain senior memang hebat, tetapi di Watford kalau tak rebut peluang dengan Deeney dan Ighalo, rasanya 2-3 musim lagi kita boleh tengok dia kat JDT main Liga M.

DULU LIVERHAM SEKARANG LIVERHAMPTON

Rakan perdagangan import eksport terbanyak pemain antara 2 pasukan sebenarnya disandang oleh West Ham, bukannya Southampton. Soton hanya pembekal pemain, 6 masuk dan hanya seorang kita jual kesana. Tetapi West Ham merupakan rakan niaga kita yang banyak ambil barangan terpakai kita. 4 hantaran berbalas 12.  yang terakhir ke West Ham ialah Andy Carroll. Dan kalau ada rezeki mereka nak tolong setel masalah kita dengan Benteke. Tapi mereka beri kita pemain yang bagus seperti Mascherano dan Benayoun.

KEPALA KONTOL PUNYA KLOPP


Terdapat mesej Skrtel dalam akaun Instagram yang mengkepala kontol kan Klopp. Kita tak tahu kenapa tetiba nak sentap kat Klopp. Mungkin dia dipaksa untuk terima tawaran Fenerbache, padahal dia nak kekal. Nak kekal sebab saingan makin terbuka sebab Toure dah blah dan Sakho bakal kena gantung dengan UEFA. Mungkin sebab itu kot dia marah betul dengan Klopp. Bukan setakat Klopp tahu Skrtel dah tak bagus, namun sebelum Klopp datang, prestasi Skrtel akhir-akhir ini memang patut dia dikepala butuhkan.




Lawak memang lawak, Skrtel buat jawapan ala maharaja lawak cakap dia bagi akaun Instagram kawan dia jaga dan kawan dia yang buat tahik, tulis macam-macam. Nak tanya juga, kot-kot permintaan maaf yang ni pun kawan dia yang tulis. Kita sebagai pemnat sedih kerana seburuk-buruk pemain sebelum ini pun kalau nak belah, jarang nak sentap dengan pengurus ketika masih dalam kelab, walaupun tahu dah tiada masa depan.

Dengan buat perangai camni, tahap lejen Skrtel akan ditarik balik. Rasanya tak ramai yang nak bela dia. Lagi ramai yang agak kurang suka sebelum ni dah jadi menyampah sangat. Dia patut contohi Agger, walaupun kita nampak dia dicampak buang kerana tak mampu beraksi sebelum tak cergas, Agger sampai akhir nak berpisah tak buat perangai apatah lagi nak mengkepala kotekan Brendan, walaupun Agger jadi mangsa keadaan.

Jun 29, 2016

KESEBELASAN LELONGAN


Ada yang dah kena keluar macam Toure, Enrique, Rossiter dan Teixira. Skrtel hampir-hampir nak ke kelab baru.  Penambahbaikan mereka, Matip, Grujic  dan Mane. Sekarang pemain macam Bogdan, Wisdom, Lucas , Balotelli, Markovic dan Benteke malah jangan ada yang terkejut Allen juga dalam senanrai perancangan untuk dijual. Adakah anda rasa selain Allen ada sesiapa lagi yang patut dikekal atau pemain lain yang patut ada dalam senarai lelongan.

Lelong vs Calon

Bogdan    >  Karius
Toure       > Matip
Skrtel       > Subotic (Dortmund)
Wisdom   > De Sciglo (AC Milan)
Enrique    > Hector (Koln)
Rossiter    > Dahoud (Mochnegladbach)
Allen        > Zieleinki (Udinese)
Lucas       > Pjaca (Zagreb)
Markovic > Mane
Benteke   > Higuain (Napoli)
Balotelli   > Gotze (Bayern)

Jun 28, 2016

SADIO MANE DALAM FORMASI SERANGAN LIVERPOOL


Formasi diatas menggunakan 4231, Sturridge mengepalai serangan. Dibantu Firmino dibelakang beliau. Coutinho disebelah kiri bahagian sayap dan Mane akan bermain disebelah kanan. Kalau dilihat macam tak seimbang sebab kiri tak laju tapi kanan laju kemain. Jangan risau ke-4 mereka fleksibel. Sturridge takkan pasak kat tengah, dia akan merempit kesebelah kanan jika Coutinho masuk ke tengah. Dan kepantasan Mane dan Sturridge akan memudahkan Coutinho melakukan lorongan dicelah pertahanan lawan, mencari antara mereka yang diposisi menjaringkan gol. Itu taktikal yang kita rasa Klopp bakal lettakan mengikut perkembangan sebelum ini.

Tetapi Mane dengan kepantasan dan juga kemahiran menggelecek, dia boleh sahaja bermain di 4 posisi berlainan, itu kelebihan beliau. Di Soton, Mane pernah bermain sebagai penyerang solo atau bergandingan dengan Pele dan Long dalam gandingan penyerang kembar. Klopp memang inginkan pemain sayap yang pantas dan punyai penyudah yang baik. Kalau nak yang lebih umpph  rasanya Aubameyang boleh dikatakan ideal dan namun ianya adalah versi Lamborghini. Kiranya Mane ni versi Nissan Fairlady, berdesup juga jika pandai korek.

SADIO MANE PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2016/17



Liverpool dah jadikan Southampton sebagai kelab untuk rekrut pemain mutakhir ini. Clyne, Lallana, Lovren dan juga Lambert. Yang paling terbaru Sadio Mane. Pelaburan Liverpool dalam Syarikat Soton Sdn Bhd, dah hampir menjangkaui hampir £100juta. Kesemua bekas pemain Soton tersebut termasuk Lambert, taklah menghampakan,  cuma harga kena main sikit dengan Soton. Itu tak jadihal sebab FSG banyak duit lagi nak lebur.

Kalau tak kerana Jawatankuasa Perpindahan, Brendan Rodgers dah awal-awal kebas Mane dari Red Bull Salzburg. Masa itu siapa nak beli pemain Senegal, sebab rekod dengan Pak Haji Diouf Salif Diao memburukkan keadaan. Memang tak siapa boleh ramal masa depan, begitu juga dengan pembelian Markovic berbanding  Mane oleh Jawatankuasa Perpindahan ketika itu.

Klopp juga mahukan Mane sejak pemain itu di Red Bull Salzburg lagi. Dia cuba bawa ke Dortmund namun sebab dah beli Aubameyang, maka Soton mejadi destinasi Mane. Kita juga hairan kenapa Alex Teixeira yang harga lebih kurang tu, Klopp tak mahu  sedangkan pemain Brazil itu nampak lebih gempak dalam Youtube. Itu saya takberani komen sebab Klopp lebih arif dan nampak Texeira tak berbaloi dengan nilai sebegitu.

Mungkin tak keterlaluan jika saya katakan bahawa permainan Mane dan Sterling seakan-akan sama. Beza mungkin dari segi kekuatan fizikal dan penyudah. Dari segi konsistensi Mane pun agak goyang juga musim lepas, namun kalau lawan Liverpool masa itulah dia kemain menjadi. Untuk rekod, perangai dia sama macam Benteke di Aston Villa dulu ingat lagi tak.

Dengan kemasukan Mane, rasanya masadepan Jordon Ibe kelam. Posisi Mane adalah ditempat Ibe, tetapi kelebihan Mane dia boleh main peyerang utama dan dibelakang penyerang utama juga. Dengar kata Ibe mulanya nak dijadikan umpan untuk kurangkan harga Mane, tapi Soton nak tunai. . Ramai yang bakal tergugat jika Mane dapat jadi pemain utama, terutamanya Lallana.

Kehadiran Mane dengan nilai £30 juta ++ beserta pendapatan mingguan £120k, sedikit sebanyak mengundang pertikaian peminat. Mereka cuba bandingkan Benteke dengan Mane, berasbabkan masalah Benteke yang merasai tekanan disebabkan nilai perpindahan tinggi. Bak kata Jamie Carragher, harga tinggi Mane macam tak munasabah, tetapi jika dia berikan yang terbaik. Kita mungkin dapat laba macam Suarez.

Benteke akan jadi pemain yang dilelong untuk tebus balik modal pembelian Mane. Perkara itu bukan lagi rahsia sebab Klopp sendiri jarang bagi Benteke main walaupun dia cergas, tetapi lebihkan Origi. Begitu juga dengan Balotelli yang memang kita semua menyampah dengan perangai beliau yang macam belum akhil baligh. Lagipun kita tahu musim depan Klopp bakal main 4231 atau 433, simpan banyak penyerang bukan dapat dividen.

Sementara itu peminat Menyu sedang gelakkan Liverpool sebab mereka hampir dapat Mkhitaryan dengan hanya £28juta dan bagi mereka berbaloi berbanding Mane. Jangan lupalah kawan apa cerita Depay dengan Firmino dulu. Nak tambah lagi Clyne dengan Darmian. Kedua-dua pemain kita itu buruan Menyu, tetapi bila mereka memilih Liverpool, sentaplah sekalian geng Syaiton dan kalih cerita Menyu memang taknak mereka sebab kononya  tak bagus.

AKSI PEMAIN LIVERPOOL PUSINGAN KE-2 EURO16


England menerima kejutan dengan Iceland, negara majoriti rakyat nelayan ikan sardin. Paling tak boleh belah pengurus England, Hodgson penerima gaji paling banyak antara semua pengurus di Euro16. Boleh ditewaskan dengan pengurus Iceland yang mengendali skuad negara secara sambilan, yang bekerja sebagai Doktor Gigi. Ternyata Hogdson memang akan diingati pengurus England paling poyo dan blur sepanjang zaman.

Roy meletakkan kesebelasan yang pincang, celaru dan taktikal yang berkecamuk. Kane memang takkan boleh main dengan corak England, walaupun dia pemenang kasut emas Liga Inggeris. Dia nampak kaku dan jarang menerima bola hantaran sebab tak pandai cari ruang. Sturridge patutnya main ditengah tapi Roy pergi letak disayap kanan. Clyne memang patut main dari Wlaker yang menjadi punca gol pertama Iceland.


Hart
Clyne Cahill Smailing Rose
Alli Dier Barkley
Vardy Sturridge Lallana

Sturridge dan Sterling dah terbiasa bermain dengan sistem yang pantas, sebab itulah gerakan Sterling yang menghadiahkan penalti buat England, adalah kejutan bagi Iceland. Tapi tak berapa lama Iceland membalas paku buah keras dengan hasil bola lontaran jauh, dan ditambah dengan pertahanan England yang tak menjaga pemain lawan. Gol kedua Iceland, akibat Hart yang terkantoi nak tepis sepakan pemain Iceland. Peluang demi peluang England tak dapat korek kubu Iceland.

Pasukan Spurs akan jadi makian peminat dan Hooligans England, sebab hampir separuh pemain mereka atas padang. Nasib baiklah hanya Sturridge wakil kita, dan dia ada juga buat sesuatu untuk gol pertama. Walker akan dikenang sebagai kambing hitam Euro16,. Manakala Roy Hogdson terbawa-bawa kempen #Brexit dalam kejohanan Euro kali ini. Nasib baik dia berhenti secara sukarela dan dengar kata nak ganti Cameron sebagai Perdana Menteri British.

Jun 27, 2016

AKSI PEMAIN LIVERPOOL PUSINGAN KE-2 EURO16



Harap-harap pasukan yang nak bida Skrtel tak cuba tarik balik setelah tengok prestasi Skrtel masa lawan Jerman. Tabiat suka tarik baju dan tolak pemain dalam kotak penalti dah sinonim dengan beliau. Kat Liga Inggeris bolehlah kau terlepas, tapi di kejohanan Eropah, undang-undang ketat sampai kentut pun kena kad. Imej kereta kebal Skrtel dulu amat digeruni lawan dan dikagumi peminat. Sekarang semuanya tinggal dalam lipatan sejarah, kita kena terima yang beliau dah tak semantop dulu-dulu.

Kemenangan Jerman 3-0 keatas Slovakia taklah memeranjatkan. Tapi Slovakia telah hilang semangat keperkasaan mereka untuk melawan seperti yang kita lihat dalam perlawanan sebelum ini. Malah saya tengok Hamsik jadi mati kutu nak gerakkan serangan  sebab pasukan mereka diserang Jerman tak henti-henti. Lagi satu Jerman buat kita akur yang Gotze taklah sebagus mana, sebab Draxler yang gantikan beliau memang jauh lagi bagus serba-serbi. Sebelum jadikan Sadio Mane calon alternatif Gotze, cuba minta Klopp ayat skit  Draxler, manatahu dia mahu ikut Klopp.

Dalam satu lagi perlawanan antara Belgium balun Hungary 4-0 , tapi sekor pun dari Mignolet, Origi mahupun Benteke dapat peluang main. Wilmot mungkin dah rekod persembahan kurang memberangsangkan Mignolet dan Benteke, tetapi takkan dengan Origi berkira kot. Origi rasanya patut dapat peluang, tetapi Batshuayi yang masuk menggantikan Lukaku memang patut dipuji sebab beri sumbangan gol. 

Mungkin Origi bakal dapat peluang dalam pusingan seterusnya bergantungan kepada perancangan Wilmot. Bukan nak minta Lukaku atau Batshuayi cedera, tetapi dengan prestasi sekarang nampak agak gaya kalau mereka berdua sihat wal-afiat , jangan harap Origi atau Benteke dapat main. Kalau dia tak main pun bagus juga sebab potensi nak cedera kurang dan lebih bersedia untuk para-musim yang padat musim depan. 

Jun 26, 2016

AKSI PEMAIN LIVERPOOL DI EURO16


Perlawanan pusingan 16 menemukan pasukan adik-abang, Wales dan Ireland Utara. Wales muncul pemenang dalam perlawanan yang dramatik, cuma dipisahkan oleh gol jaringan sendiri pemain WBA, McAuley. Cam biasa Allen yang memakai jersi no 7 bermain cemerlang dan pastinya menaikkan lagi saham beliau lepas ini. Mungkin ramai hairan kenapa Klopp macam nak lepaskan Allen, wahhal dia memang marbeles sepanjang Euro16 ini.

Saya sendiri tiada jawapan, cuma andaian yang boleh dibuat ialah Klopp nampak sisi yang kurang memuaskan pada Allen. Ataupun mungkin juga Allen sendiri yang diam-diam dah bagitahu Klopp, kalau dia tak dapat peranan utama, dia nak blah. Apa pun kita harap Allen dan Wales telah layak ke suku akhir, bermain dengan sebaik mungkin dan silap-silap bagi kejutan kepada pasukan yang mereka akan ketemu di pusingan seterusnya nanti.





Jun 25, 2016

PUNGUTAN SUARA BERI KESAN KEPADA LIVERPOOL


Kita dah tahu geng Keluar #brexit berjaya memenangi pungutan suara untuk pemisahan United Kingdom dari Kesatuan Eropah. Kejayaan mereka disebabkan anak muda sedang tengok bola di Perancis malas pulang mengundi katanya. Maka geng Saluran 1, 50an keatas tolong tentukan masa depan buat mereka. Pemisahan dari EU ikutnya ada pro dan kontra bagi bolasepak UK, termasuklah pihak Merseyside yang mahu kekal dalam EU. Sebab apa Scousers mahu kekal sebab Bandaraya Liverpool mendapat banyak limpahan nikmat dari skim Eropah kerana status bandaraya bersejarah.

Dalam bolasepak, bila keluar dari EU, maka pemain dari Eropah nak bermain di UK kena dapatkan Visa Pekerjaan yang agak ketat. Jadi Akademi Liverpool akan tiada lagi pemain dari Sepanyol, Perancis, Jerman dan lain-lain negara Eropah, disebabkan pemain remaja juga bakal tertakluk dengan undang-undang Visa tersebut. Secara otomatik akademi hanya akan penuh dengan pemain dari UK dan mungkin itu juga satu yang nampak ada peluang pemain tempatan mengukir nama, macam zaman kegemilangan 70an dan 80an dulu. Tetapi jika kita dapat pemain tempatan bagus macam Owen , Gerrard atau Carragher, ianya satu bonus.

Perpindahan bakal jadi satu bebanan kepada Liverpool. Nak dapatkan pemain luar kena dapatkan pemain antarabangsa yang selalu main. Harga mahu tahu lah, pasti kena main dengan kelab penjual bakal pau gila-gila nanti. Jangan lupa, pemain tempatan yang sedia mahal contohnya macam Jamie Vardy, silap-silap bakal berharga dua kali ganda dari harga pasaran kini. Nasib baiklah kita dah ada ramai pemain antarabangsa Inggeris dalam pasukan. Jadi tak pening sangat berbanding Arsenal, City, Menyu atau Chelsea. Spurs mungkin tak berapa tergugat macamlah juga dengan Liecester.

Paling kesian ialah peminat yang nak tengok perlawanan diluar UK, pasti terkesan dengan karenah Visa dan tambang penginapan , dan juga harga tiket jika nilai Pound rendah dari Euro. Kita kat Malaysia lain pula, banyak berharap Pound jatuh melingkup, supaya jika jatuh serendah mungkin ada peluang nak pergi ke Anfield. Tapi kalau Ringgit Malaysia pun melingkup lagi sebab ada kesan dengan Pound, apa pun tak boleh. Tapi jangan risau segala kepala bana ini hanya akan berkuat-kuasa 2 tahun dari sekarang. Selepas itu FSG baru ada akal kalau nak teruskan plan perpindahan sekarang.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails