
Berita gumbira dari Anfield, menjelang pertembungan dengan West Brom. Rafa Benitez akan ditawarkan kontrak baru menjelang minggu depan. Walaupun masih berbaki 18 bulan lagi, menjadi bualan sebelum ini bahawa masa depan Benitez mungkin agak malap. Apa tidaknya, Pemilik Kelab atau selalu saya panggil Badut Yankees, telah cuba menikam Benitez dari belakang kerana berura-ura mendapatkan Jurgen Klinsmann hujung musim lalu bagi mengggantikan Rafa. Nasib baiklah Klinsmann telah menerima tawaran Bayern Munich dan kini menjadi pengurus disana. Namun begitu hubungan beliau dengan pemain dan peminat tetap jitu, hingga ramai peminat yang membuat protes di stadium ketika isu Klinsmann dulu.
Rafa gembira mendengar khabar positif kontrak beliau dan ianya bukan lagi menjadi isu yang sering diasak wartawan setiap kali menghadiri sidang media. Beliau berkata bahwa beliau ingin melihat Stadium baru untuk Liverpool dibuka dan sempat buat kelakar mengatakan kalau diberi kontrak selama 20 tahun pun beliau sanggup kerana gembira berada di sini.
No comments:
Post a Comment