Kalau dilihat memang ada kaitan kerana semua peminat setiap pasukan mahukan kembali nostalgia. Peminat Fulham mahukan kembali Hodgson sebab tak selesa dengan cara Hughes kendalikan finalis Piala Europa yang semakin terumbang ambing. Inter Milan rindukan kesombongan Mourinho yang digantikan Rafa yang terlalu sibuk mentelaah dan menngkaji lawan sampai mengakibatkan bekas juara Eropah dan Serie A itu berada ditangga ke 5 buat masa ini. Manakala peminat Liverpool pula seakan gila bayang dengan Rafa kerana nampak Roy Hodgson lebih banyak garu kepala dan gigit kuku dari menyalak beri arahan kepada pemain.
Walau seYo-Yo manapun insan bernama Roy Hodgson dalam membawa Liverpool musim ini, ada satu dua benda yang harus diberikan pujian selayaknya. Disini saya nak cerahkan mata segelintir optimis yang mahukan beliau segera dipancung bahawa Roy tiba pada masa yang salah. Saya mulanya seakan terbawa-bawa idealis yang sama tetapi ada masanya kembali berfikiran positif dan berlapang dada dalam sesetengah hal. Walaupun reputasi beliau tidak sehebat Dalglish namun beliau yakin dengan ideologinya.
Kalau diikut ego dan ketegar, Roy adalah yang paling lembut berbanding Rafa, atau Hughes. Dia sanggup mengakui kesilapan bilamana ditegur oleh Rafa.Tapi cuba cari wawancara dengan ketiga-tiga pengurus lain samada mereka sanggup menerima kritikan apabila dihentam. Cuba lihat bagaimana Rafa yang menjadikan segala masalah sendiri dilempiaskan kepada pengurus lawan, pengadil mahupun tukang lap but pasukan lawan. Pak Cik Roy pula banyak kali memperlihatkan sifat redha dengan keputusan semasa, dia tidak banyak menyalahkan pemain sendiri secara terang-terangan, tetapi banyak cakap berlapik.
Saya tak tahu kesahihan komen Babel mengenai Rafa, tapi jika betul apa yang ditulis bahawa Rafa tidak izin Babel untuk berlatih sendiri setelah latihan sebenar tamat ini sudah pelik. Kiranya Rafa begitu bekeng sampaikan pemain nak tingkatkan kemajuan diri sendiri pon disekat. Apa salahnya pemain nak tunjuk rajin. Tapi lain pula dengan Hodgson yang memang nampak ceria ketika sesi latihan. Tak garang macam Cikgu Pendidkan Jasmani aku dulu, asyik nak menengking saja jika ada yang tak kena. Dia lebih fleksibel dan mungkin cara beliau lebih disenangi pemain dan tidak terlalu taktikal. Dari segi ini saya kurang afdal hendak memilih samada cara Rafa atau Hodgson lebih efisyen, tapi keputusan perlawanan lebih memihak kepada Rafa.
Ini bukanlah kesimpulan yang saya sudah memihak kepada Hodgson. Tetapi saya rasa peluang harus diberikan secara adil sebagaimana kita bersabar dengan Houllier dan Rafa. Ketika ini semua pemain dan pengurus sendiri masih dalam peringkat suai-kenal. Saya Nampak pemain kurang menyerlah seperti Poulsen, Maxi dan Konchesky sudah mempunyai hari baik mereka. Waklaupun saya tak nampak mereka ini sebagai jawapan untuk kejuaraan kita, tetapi sebelum wang NESV untuk beli pemain sampai, harap mereka boleh kembalikan keyakinan yang Hodgson harapkan. Dia sendiri telah memberikan jaminan yang hakimi beliau setelah habis musim ini. Jadi saya harap kita tunggu dan lihat janji Hodgson itu. Jika tiada perubahan dan peningkatan, sayonara diucapkan.
BERILAH PELUANG KPD BELIAU UNTUK MEMIMPIN LIVERPOOL SEKURANG2 NYA SEMUSIM. KITA KENA INGAT, SEMASA BELIAU MENGAMBIL ALIH TEAM, RAMAI PEMAIN2 UTAMA KITA TERLIBAT DGN WORLD CUP. SATU LAGI ,KEKANGAN KEWANGAN JUGA MENGHALANG BELIAU UTK MEMBELI PLAYERS TERBAIK UTK TEAM. SEMASA LATIHAN PRA MUSIM ,RAMAI PLAYER UTAMA KITA TIDAK DAPAT TURUT SERTA .PADA SAYALAH , SELAGI PEMAIN2 MENYUKAI DAN MEMPERCAYAI BELIAU ,SELAGI ITULAH JUGA KITA SBG PENYOKONG TEGAR LIVERPOOL TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA BELIAU.INSYAALLAH,DGN PEMILIKAN DAN SAF KEPIMPINAN BARU DAN MEYAKINKAN ,TAK MUSTAHIL KITA AKAN MENDAPAT BANYAK PIALA DIMUSIM2 AKAN DTG.. INSYAALLAH...
ReplyDeleteIKHLAS DARI SAYA .[LIVERPOOL FOREVER .YNWA]
Pada mulanya aku pun hilang sabar juga dengan ucle roy ni. lagi2 slps kekalahan mmalukan dengan blackpool. mmg aku boikot gile uncle. tapi, slow, dari aku benci dia, aku mula menaruh harapan kembali kepada dia. Bila lps game chelsea, aku kira leh tabik dgn dia walaupun x 100%. Tapi kpercayaan yg diberikan oleh kepimpinan baru ni, aku harap uncle tidak terikut2 jejak2 dua ex manager liverpool yg lalu. Kurang mencungkil pelapis untuk jangka masa panjang. biar sesion ni kurang menyerlah, asalkan long term kita kembali gagah perkasa.. YNWA
ReplyDelete