Pasukan kita telah kembali dari Romania dan berjaya dalam misi Piala Europa khamis lalu. Kejayaan kita sedikit tercalar dengan Skrtel yang cedera. Ini berikan sedikit dilema untuk perlawanan Blackburn esok. Johnson belum boleh main. Kargiakos masih digantung 1 perlawanan lagi. Maka pastinya Carragher akan kembali ke posisi tengah dan peluang untuk Martin Kelly memberikan persembahan terbaik. Saya tidak pasti samada Degen boleh bermian atau tidak tetapi baik gunakan kesempatan ini untuk menguji Kelly yang berpotensi besar.
Posisi Midfield amat memeningkan kepala buat Rafa. Pilihan untuk Masherano, Lucas dan Aquilani ditengah. Sayap kanan pula antara Kuyt dan Maxi. Kiri pastinya menjadi saingan Babel atau Bennayoun. Bagi saya pilihan untuk mod serangan mungkin , Maxi Aquilani Mash Babel . Manakala untuk mod taktikal pilihan Rafa pastinya Kuyt, Lucas, Mash, Benny. Variasi pemain tengah yang ramai ini adalah petanda yang positif kerana bila sahaja perubahan taktik diperlukan amat mudah tidak seperti minggu-mingu lalu. Didepan tak risau sebab Torres sudah kembali gatal kaki nak lobos jaring Blackburn.
Pasukan seperti Blackburn bukannya hebat, tetapi amat merbahaya kerana bermain dengan kekuatan fizikal. Seperti pasukan bawahan lain mereka akan guna taktik berkampung dan cari peluang melalui sepakan percuma dan penjuru. Sam Boroi pastinya tidak akan bermain bolasepak tetapi akan lebih kepada rugbi. Imej pasukan pembuli yang dibawa dari pasukan Bolton telah berjaya diterapkan dengan jayanya. Malah beliau sempat mencamdek (perli) Rafa, bahawa Liverpool telah meniru gaya beliau kerana menang 6-2 kad kuning dengan Man City minggu lepas.
Lantaklah, yang penting kena menang sebab semasa tengah menulis ini, Man City telah meng”ayamas”kan Chelski 4-2. Risau juga kerana mereka datang ke London bukannya ditempat sendiri. Kiranya pasukan kita mantop juga kerana mampu seri dengan mereka. Jadi tekanan pastinya buat kita sebab saya dah terlalu yakin boleh macam Chelski bakal meratah City. Patutlah member kaki judi dah bising yang bookie pilih Man City sebelum perlawanan tadi. Jadinya 3 mata perlu dikutip tak kira main buruk semacamana pun.
harus diingat bro... masa lawan man city tu.. tiada tevez... bellamy pun masuk dh hujung2 2nd half perlawanan...
ReplyDelete