IRDNING: Jamie Carragher sepatutnya meluangkan masa membawa isteri dan anak ke Disneyland, Isnin depan.Sebaliknya, pemain pertahanan Liverpool itu akan berada di Wembley sambil berharap dapat mengukuhkan posisinya dalam rancangan Fabio Capello ke Piala Dunia untuk aksi pemanas badan penting England menentang Mexico.
Walaupun Carragher meninggalkan skuad kebangsaan pada 2007, pemerhati luar menjangkakan sebulan lalu bahawa pemain itu akan kembali dalam skuad Capello.Carragher sendiri mengakui tidak menyangka menerima panggilan menyertai skuad kebangsaan dan selepas menerimanya dia bercadang untuk menunjukkan kesungguhan kerana sedar masanya untuk berada di puncak semakin hampir ke penghujung.
“Saya sedar apa saja saya kata kepada Capello akan menjadi tumpuan,” kata pemain berusia 32 tahun itu ketika berehat selepas menjalani latihan bersama skuad Piala Dunia England di Banjaran Alps Austria.
“Namun saya sudah bermain bola sepak sejak berusia lima tahun dan dalam tempoh lima tahun lagi saya mungkin tidak akan menyepak bola lagi.
“Jadi peluang bermain di peringkat tinggi sekali lagi menjadi peluang yang sukar dilepaskan.”
No comments:
Post a Comment