Sep 20, 2010

MAN U 3-2 LIVERPOOL



Kalau dah kalah lawan bertumbuk jangan salahkan lawan main kotor. Kita kena kenal lawan dan juga kenal kemampuan diri. Kalau lawan hebat sangat pun mesti ada kelemahan dan kena ambil peluang apabila nampak situasi mengizinkan. Itulah yang saya simpulkan tentang perlawanan dengan Man U sebentar tadi. Rupa-rupanya Hodgson tidak berupaya menyaingi rekod Rafa di Old Trafford. Dia hanya boleh menyalahkan diri sendiri. Kejayaan Rafa membenam Man U 4-1 musim lalu,bukannya bukannya nasib baik tetapi beliau amat obses dengan taktik mengekang lawan dan ambil kesempatan kelemahan mereka. Tapi Hodgson tiada ciri-ciri pengurus hebat macam Rafa kerana lemah menghadapi lawan hebat .

Kali ini Berbatov menjadi wira Man U. Padahal musim lalu dia didalam poket Carragher. Apa yang saya nampak setelah dimansuhkan pengawasan zon (zonal marking) dan digantikan dengan pengawasan pemain, kita lagi terdedah kepada bahaya serangan diudara. Mudah sahaja Berbatov menganiaya pemain kita yang tidak mampu menghadapi bola tinggi. Sepatutnya apabila kita guna taktik ini, pemain perlu peka dan ditekankan supaya pantas menyaingi lawan yang mempunyai pakar tandukan. Kelemahan ini sudah nampak semasa lawan Birmingham namun, tiada langkah drastik diambil.

Saya tidak berapa kecewa sangat kerana Hodgson masih banyak masa untuk muhasabah diri. Biarpun dia nampak seakan hilang punca, namun saya harap pengalaman ini menjadi pengajaran buat beliau. Banyak perbezaan antara beliau dan Rafa namun, apa yang beliau nampak tersangat negatif apabila kita semakin hampir pulang dengan mata. Pemilihan pemain dan pertukaran ketika perlawanan saya rasa menunjukkan Hodgson tiada perancangan rapi. Sepatutnya dia perlu memasukkan Babel untuk menakutkan O'shea tetapi Jovanovic pula gantikan Miereles.

Selepas ini saya tak mahu lagi tengok muka Maxi dalam kesebelasan utama. Dia sudah tamat tempoh. Kalau boleh kita gunakan Pacheco disebelah kanan sementara Kuyt masih cuti sakit. Malah Jovanovic juga perlu jadi pemain gantian dahulu sebelum layak bermain disayap, dia masih belum serasi dan perlukan masa untuk jadi pemain utama. Sepatutnya Agger kena main dengan Carragher kerana Skrtel sudah nampak fe'el lamanya. Konchesky hari ini masik teruk, lagi teruk dari Insua, namun dia perlu masa untuk kesefahaman dengan pemain lain.

Tahniah buat Kapten Gerrard yang berjaya menjaringkan 2 gol penting kita. Kalau tiada beliau entah apa akan jadi gamaknya. Mungkin kita pulang dengan telur ayam, tanpa balas. Penalti mungkin semua boleh jolok masuk, tetapi sepakan percuma beliau memang terbaik. Kasihan Torres menjadi mangsa kekasaran bek Man U yang ternyata amat bermain kotor. Nasib baik pengadil Howard Webb adalah sekutu kuat Man U. Sepatutnya O'Shea dah lama keluar padang dan begitu Scholes yang melakukan terjahan ganas. Faktor penyumbang ini mungkin boleh dijadikan modal kekalahan kerana gol ke-3 Berbatov dihantar oleh O'Shea yang patut lama dok kat luar.

Saya mungkin dah banyak melalut. Tapi saya harap perlawanan selepas ini akan lebih positif dan permainan yang lebih optimis untuk menang. Kesian melihat peminat yang sanggup memakai jersi dan bersorak dikedai mamak dan pulang kecewa, malah diejek oleh peminat setan merah. Buat mereka ini saya salut, dan jangan putus asa. Pasukan kita pasti akan bangkit. Tak esok, mungkin bulan depan atau musim depan. Inilah cabaran untuk menjadi peminat tegar Liverpoolfc.

8 comments:

  1. MU menang nasib je tu...john o'shea patut dapat red card...ref & linceman mmg dah kena sogok dengan MU...skrg ni MU harapkan berbatov je,xde die, diorang hancur...rooney xleh harap dah...dah mati pucuk

    ReplyDelete
  2. aku melompat kesukaan kerana si LUNCAI LUCAS yang perasan bagos x main...aku rasa poulsen n meireles akan bertambah mantap s perlawanan seterusnya....masih awal, akan tetapi perlawanan setrusnya kita kna menang

    ReplyDelete
  3. come on the reds! gua dah tak tahan telinga kena kutuk ngan fan setan! we need to win win and win!

    ReplyDelete
  4. roy tak layak jd manager liverpool.
    apakah jadanya 1st goal barbatov torres yg jaga.
    letak 2 mid central Miereles nad gerrard - apa motifnya ??

    5 games away and home
    4 points 4 goal 7 bolos - short on gol mcm tak der langsung - manjang defensive nya

    lwn birmingham - dia kata pleased ngan performance
    after lwn manyuu - league title dah over nak focus ngan UCL qualify - langsung takder passion!!

    ReplyDelete
  5. Game semalam pun nampak berhati2.. 1st half tak ada chance langsung.. pas back, pass back, pass back lagi... aduh macam mana nak buat peluang.. cross pun tak ada..wing mati.. 2nd half nampak ada perubahan sedikit.. cuba kita main macam man u.. guna wing buat hantaran kepada torres, sekurang2nya ada juga chance..

    ReplyDelete
  6. seperti biasa ...asyik pass ke belakang ,,,bila mau menyerang bagus tembak gol sendiri...cari pemain yang boleh bawa masuk bola ke depan tidak kira dari kiri kanan atau tengah...kalau asyik ke belakang konfom tiada peluang tapi kalau cuba dalam 30 atau 40 atau 50 peluang mgkn ada 5 atau 10 gol mesti boleh menang paling tidak 5 atao 10 kosong ....YNWA...

    ReplyDelete
  7. mmg adat dalam bola sepak ada kalah dan menang...
    kali nie giliran man u...nnti bila lvrpool jadi home mgkin giliran mereka pula...
    bola kan bulat....

    ReplyDelete
  8. alah MU tu..lebih la..nnt diorg klaha la plak kat home liveerpoll plak.

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails