Feb 28, 2010

JANGAN TERCICIR LAGI

Pasukan kita telah kembali dari Romania dan berjaya dalam misi Piala Europa khamis lalu. Kejayaan kita sedikit tercalar dengan Skrtel yang cedera. Ini berikan sedikit dilema untuk perlawanan Blackburn esok. Johnson belum boleh main. Kargiakos masih digantung 1 perlawanan lagi. Maka pastinya Carragher akan kembali ke posisi tengah dan peluang untuk Martin  Kelly memberikan persembahan terbaik. Saya tidak pasti samada Degen boleh bermian atau tidak tetapi baik gunakan kesempatan ini untuk menguji Kelly yang berpotensi besar.

Posisi Midfield amat memeningkan kepala buat Rafa. Pilihan untuk Masherano, Lucas dan Aquilani ditengah. Sayap kanan pula antara Kuyt dan Maxi. Kiri pastinya menjadi saingan Babel atau Bennayoun. Bagi saya pilihan untuk mod serangan mungkin , Maxi Aquilani Mash Babel . Manakala untuk mod taktikal pilihan Rafa pastinya Kuyt, Lucas, Mash, Benny. Variasi pemain tengah yang ramai ini adalah petanda yang positif kerana bila sahaja perubahan taktik diperlukan amat mudah tidak seperti minggu-mingu lalu. Didepan tak risau sebab Torres sudah kembali gatal kaki nak lobos jaring Blackburn.

Pasukan seperti Blackburn bukannya hebat, tetapi amat merbahaya kerana bermain dengan kekuatan fizikal. Seperti pasukan bawahan lain mereka akan guna taktik berkampung dan cari peluang melalui sepakan percuma dan penjuru. Sam Boroi pastinya tidak akan bermain bolasepak tetapi akan lebih kepada rugbi. Imej pasukan pembuli yang dibawa dari pasukan Bolton telah berjaya diterapkan dengan jayanya. Malah beliau sempat mencamdek (perli) Rafa, bahawa Liverpool telah meniru gaya beliau kerana menang 6-2 kad kuning dengan Man City minggu lepas.

Lantaklah, yang penting kena menang sebab semasa tengah menulis ini, Man City telah meng”ayamas”kan Chelski 4-2. Risau juga kerana mereka datang ke London bukannya ditempat sendiri. Kiranya pasukan kita mantop juga kerana mampu seri dengan mereka. Jadi tekanan pastinya buat kita sebab saya dah terlalu yakin boleh macam Chelski bakal meratah City. Patutlah member kaki judi dah bising yang bookie pilih Man City sebelum perlawanan tadi. Jadinya 3 mata perlu dikutip tak kira main buruk semacamana pun.

 

Feb 26, 2010

match report vs Unirea


REDS today
Reina,Carra,Agger,Skrtel,Insua,Kapten Gerrard ,Benayoun ,Masche,Lucas, Babel ,Ngog
Subs:
Cavalieri ,Soto, Aurelio,Martin Kelly,Aquaman,Kuyt,Torres

Aku lwt masuk stadium arini.. buka2 game jer aku tgk dah minit 26 da.. REDS ketinggalan.. argghhh suda… check2 blk bruno fernandes tanduk masuk. Mmg free headed in.. 2~3 player Unirea no one marking..Ok xpe.. aku sabar.. tgk first eleven pon seakan biasa je.. apa la game plan Rafa ari ni.. minit 30. free kick jarak dekat Kapten Gerrard seakan biasa shj.. kelam kabut dlm petak D dan bad clearance dr defend lawan buat aku berdiri.. beautiful one blast shot from Masche.. totally great shot from Masche. Seaakan2 shot dr Kapten Gerrard. Minit2 seterusnya agak meyakinkan pd aku. Permainan semakin teratur dan pd minit 42 bola melambung ked lm petak D dan goal mudah dr Babel. Un marked. Juz tolak je masuk da. Aku pon boring tgk goal tuh. Xkira la.. jnji REDS leading. 3-1 on aggregate..haha… REDS terus mendominasi game until halftime.. rest………
Kapten Gerrard & Masche gets 2nd half started. REDS terus menyerang. Xcukup agak nye. Kapten Gerrard nampak sgt nak kan goal. Lbih kurang 4 shot dah die bg but xjmpa sasaran lagik. Minit ke 58 kapten is on scorer list for tonite game. Great job from yossi. Dkt 3~4 org die potong and then juz slow ball set utk kapten melepaskan blast shot dr dlm petak D melepasi goalie lawan. Giler nk tahan bola Kapten rembat. Kena muka bley lupa nama kot.. 4-1 on aggregate. Minit 61 Rafa bawa Carra keluar. Bg rest kot.. subs kan dgn defend muda Martin Kelly. Gud subs Boss. Dh leading, bg player muda nih men plak. Minit 66 Skrtel kena usung keluar. Bola yg Skrtel nk clear, player Unirea leh letak kaki kt dpn. Hampeh nyer pak itam. Hope Skrtel x injured truk2. Soto masuk ganti Skrtel. Rugi la plak one spot for subs. Aku harap sgt2 Torres n Aquaman masuk lps nih. Kuyt ada lagik.. Aurelio lagik..Huh.. xpe ar.. simpan jerk kot dolu. Back to the game.. sedikit bosan, berlegar2 di tgh padang but REDS still in possession.sesekali lwn membuat serangan. But soto & Agger still can control. Kelly & Insua in form gak. Barisan depan jer x meyakinkan lagik.. babel & Ngog mmg pair yg serasi. Dua2 aku xbrape suka. Kurang prolific. Minit 77 Aurelio masuk, ganti Yossi. Rafa changing strategi. Kurang menyerang. Ok xper. Mungkin sebab dah leading. Unirea terdesak mencari goal. Abes semua dorang langgar. Smpai minit 85 game masih boring. Suddenly satu cross cantik dr lawan n one touch shot dr forward Unirea klu xsilap aku nama die bilasco.. but Reina bertindak bijak merebahkan badan untuk save shot tu. Tersentak gak aku jap. Tiba2 je kot. N Insua make a clearance. Game kembali spt biasa.cross, shot save, side netting,clear etc.. sehingga wisel penamat game spt biasa dan REDS mara ke pusingan seterusnya dgn aggregate 4-1..
Gud game but belom meyakinkan… neway well done Rafa…
Sekian…

YNWA

Feb 22, 2010

TORRES DAH KEMBALI

Macam tak percaya Torres dah main balik semalam. Kelentong betol Rafa, saya tertipu oleh taktik licik menipu media.. Sebelum ini Rafa menafikan sungguh-sunguh yang Torres boleh untuk diturunkan. Cakap belum pulih lagi dan cuma berlatih sikit-sikit saja. Mungkin Rafa terlalu terdesak untuk mencari mata.Namun kalau tengok masa Torres masuk main dia masih belum cergas 100%. Setiap pergerakan dan sentuhan nampak tumpul lagi.Terlalu berhati-hati dan hanya menumpukan untuk mendapatkan kembali stamina. Khuatir juga takut terlalu awal diturunkan boleh membawa padah. Ketika masuk ganti Babel yang bebal, tepukan gemuruh oleh peminat seakan memberikan semangat kebangkitan buat pasukan. Sekurang-kurangnya lawan akan sedikit resah dengan aura pemusnah Torres. Ini kerana mereka terpaksa lebih berhati-hati dengan Torres yang banyak akal. Apapun jua kualiti serangan kita telah mendapat suntikan baru dengan adanya Torres. Selepas ini kalau tak silap akan bertemu Blackburn. Yang itu mungkin kita dapat lihat kemampuan Torres untuk kembali menjadi mengganas.

Feb 21, 2010

TERJAH VERSI BOLA

Seperti biasa wartawan Liverpoolkita, Ijat telah menemuramah peminat-peminat bola tentang perlawanan malam nanti menentang Man City aka Man Citeh aka Arab Citeh. Berikut adalah rakaman sesi temuramah beliau disekitar Penang, PERDA, dan Kulim

Di Queensbay Mall, Bayan baru.
Ijat : Asalamualaikum encik boleh saya tahu nama barder?
Kadeer: Kadiaq, awat ada apa?
Ijat : Apa pendapat bang Kadeer tentang Liverpool lawan Man City malam ini.
Kadeer : Apa punya main malam tadi dengan Everton pun boleh bungkuih, kena berjaras pula tu. Malunya nasib baik dan balas balik sebijik. Ehhh.. tanya apa tadi?
Ijat : Aaaa… saja nak tanya jam pukui berapa? Tapi tak teringat yang saya pun pakai jam. (pergi sambil berkata dalam hati bahawa tersilap jumpa Fan Man U rupanya...)

Di PERDA, Kat orang jual bundle.
Ijat : Asalamualaikum sedara, boleh tau nama? Saya blogger nak buat temuramah sikit.
Hisham: Hisham, depa panggil Pak Ya. Nak tulih pasai politik saya tak tau, tapi kalau nak tau pasal barang bundle saya boleh ejjas. Seluar Evisu rare punya mau...
Ijat : Duit takder la bang, tapi nak cerita psai bola abang minat tak? Liverpool lawan man City sapa boleh menang.
Hisham: pasai EPL saya tak reti sangat lagipun sejak Penang dok ceroi, tak mau main bola dah, saya dah jual but saya kat bundle ni. Tak mau ambik tau pasai bola dah...
Ijat : Kalau gitu kira Liverpool menang la malam ni.
Hisham: menang la kot... sebab jersi Liverpool ori bundle ada juga orang dok tanya, Man City punya takda pon orang tanya..
Ijat : Ok Ciowww... lain kali saya datang ushar barang bundle Pakya. OK.

Di Kulim, masa kenduri kawin member kat Taman Kenari.
Ijat : Tudia, aku dah jumpa peminat fanatik Liverpool. Radhi Torres, apa macam malam ni boleh makan Man Citeh ?
Radhi: Aku konfiden menang – 2-1. Torres score 2 biji.
Ijat : woi tak baca berita ker, Torres cedera.
Radhi: Yeker... hehehee.... Kuyt dan Gerrard kot.
Ijat : kenapa 2 biji saja, tak 3,4 atau 5?
Radhi : Hang ingat Man City pasukan lauk ker, diorang walaupun seri memanjang game sebelum ni, masih kuat juge. Adebongok mungkin boh sebiji. Nasib baik Tevez tak main kalau tak seri jer kot.

Ijat : Abis kalau seri atau kalah, camner.
Radhi: Apa susah pecat jer Rafa. Guus Hiddink ader
Ijat : memang lembab la nko Radhi, Hiddink dah coach Turkey daaa...
Radhi: Oh yeker.. kalau gitu kena bagi can kat Rafa 1 musim lagi kot. Tunggu sampai Turkey pecat Hiddink.
Ijat : OK lah, perut dah lapar dah meh kita balun nasib kenduri ni.. malam ni tunggu aku kat Mapley layan bola
Radhi: bereh...




Feb 20, 2010

PENENTUAN AWAL KE LIGA JUARA

Tempat ke-4 liga dan slot ke Liga Juara Juara Eropah musim depan tidaklah akan ditentukan pagi nanti tetapi peluang untuk mecerahkan diri kematlamat itu akan diburukkan lagi jika Man City beroleh tiga mata penuh. Kekalahan mesti dielakkan, tetapi kalau seri boleh dimaafkan lagi. Sepanjang rekod 6 perlawanan lalu kita hanya menang sekali di Man Citeh dan sekali di Anfield dan lainya berkesudahan seri.

Liverpool 2-2 Man City
Liverpool 1-1 Man City
Man City 2-3 Liverpool
Liverpool 1-0 Man City
Man City 0-0 Liverpool
Man City 0-0 Liverpool

 

PEMAIN PUJAAN RAFA II

Dalam tulisan sebelum ini saya kupas tentang Pirlo adalah pemain yang Rafa amat sukai dan pastinya jika ada sepertinya Rafa akan cari sampai dapat. Tetapi buat masa  sekarang hanya ada seorang pemain yang telah cuba diolah oleh Rafa dalam acuan Pirlo/Xabi. Tak lain tak bukan dia ialah Lucas Pirlo Leiva.  Jangan terkejut lemah jantung, ini bukannya pandangan saya seorang malah ramai pemerhati bolasepak lain.

Kebelakangan ini semenjak ketiadaan Xabi Rafa terus-menerus bagi Lucas main tempat Xabi. Ikut kita lebih baik Rafa letak pemain lain seperti Gerrard ataupun Aquilani untuk main dengan Masherano yang lebih bertahan. Walaupun ramai yang mencela permainan Lucas yang terlalu sederhana tanpa nampak begitu canggih dalam hantaran seperti hantaran jauh tepat Xabi, namun sekali sekala Lucas tidak menghampakan apabila melakukan perkara yang sama.

Corak permainan dimiliki oleh Lucas hanya sesuai untuk pasukan latin, tetapi Rafa cuba untuk merubah persepsi peminat dan pemerhati. Itu yang kita tengok lain macam betol Lucas main dengan Liverpool. Tapi saya pernah tengok beliau main tengah untuk Brazil tak silap dalam perlawanan persahabatan. Perghh. Mengancam. Betul macam Dunga. Cuma Dunga Nampak lebih agresif tetapi Lucas lebih bersopan.

Jadi itulah rahsianya Lucas menjadi buah hati pengarang jantung Rafa. Kemasukan Aquilani mungkin menggantikan Xabi dalam kesebelasan utama tetapi bukannya menjadi nadi pasukan seperti Xabi. Kerana Aquilani pemain yang tidak duduk diam, suka bersiar-siar satu padang. Satu lagi kalau Mascherano jadi ke Barcelona musim depan saya pasti tempat beliau takkan diisi sebab Aquilani dan Lucas akan diberikan peranan utama.

Feb 17, 2010

SIAPA PUJAAN RAFA

Mungkin ramai yang belum tonton DVD wawancara Profesor Benitez. Saya pun belum lagi. Tapi ada seorang rakan menceritakan yang beliau telah menonton DVD tersebut. Ada banyak bahagian. Ada cerita tentang kehidupan sebagai pengurus LFC, sebelum LFC, kehidupan peribadi serta pendapat beliau umum tentang bolasepak. Memang gempaklah DVD itu kata rakan saya itu.

Tetapi bahagian yang menarik ialah siapakah pemain terbaik didunia. Rasanya siapa? Gerrrad, Torres, Ronaldo, Kaka, Messi, Rooney, Amri Yahyah. Tidak semuanya bukan. Yang paling mengejutkan ialah beliau memilih Lucas. Hehehe . Acah saja. Sebetulnya ialah Andrea Pirlo. Hairankan, kalau kita mesti cari pemain yang rajin jaring gol atau punyai skil hebat atau boleh menggelecek 10 orang sekaligus.

Rafa lain betul. Dia punyai citarasa berlainan keran menurutnya posisi paling penting dalam pasukan ialah bahagian tengah. Kalau diposisi lain samada didepan atau disayap pemain tak nampak keseluruhan permainan. Hanya pemain tengah sahaja dapat mengawal serta mencorakkan keseluruhan permainan. Macam Pirlo memanglah antara perancang utama yang hebat diposisi itu.

Secara tak langsung kita boleh lihat bahwa kita telah kehilangan seseorang yang boleh dikatakan amat mirip dengan Pirlo. Tak lain tak bukan dia adalah Mat Xabi yang belah pergi Real Madrid. Patut sangatlah Rafa macam tak keruan setelah tak dapat pengganti Xabi. Mana nak cari pemain sebagus dan kualiti macam tu. Kalau beli pun mungkin tak sama contohnya Aquilani.

Kesimpulannya Rafa memang suka pemain tengah mempunyai visi. Jadi tak mustahil musim depan ada lagi pemain tengah yang akan dibeli walaupun dah bersusun pemain diposisi itu. Selain untuk kepelbagaian sistem rasanya pemain yang jenis macam Pirlo atau Xabi akan beliau cari sampai dapat.

Feb 16, 2010

MUNGKINKAH ADA KEJUTAN





Piala Europa @ Piala UEFA akan bermula minggu ini. Pasukan kita mungkin telah bersedia. Pemain telah didaftarkan. Ramai pemain muda dalam senarai. Mungkin Rafa terpaksa kerana peraturan baru UEFA atau memang beliau akan berikan peluang kepada pemain remaja. Ataupun yang paling saya tak berapa berkenan Rafa sengaja nak bubuh pemain hingusan dalam pertandingan ini dan pemain utama main untuk kejar tempat ke-4. Piala ini imbuhan tak seberapa. Juara dapat sekitar 2-3 juta pound, berbanding Liga Juara boleh pergi sampai 20-30 juta. Namun daripada tak ada biarlah ada walaupun tak sehebat Trofi Liga Juara.

Lawan kita Unirea, pula teramat yakin boleh memberikan kejutan atau mungkin hendak buat pasukan kita merana. Pengurus terbaru mereka pernah jumpa Liverpool semasa latih Maccabi Haifa. Dia cakap masa itu dia dah tahu kelemahan pasukan kita dan kini lebih bersedia. Nak cakap pasal pasukan ini kuat agak ganjil juga sebab semasa pasukan kita menang Piala UEFA sepuluh tahun lalu, mereka masih semi-pro. Lagenda Romania dan bekas Chelsea, Dan Petrescu merupakan penggiat utama sehingga mereka berada dalam kelompok pilihan di Romania.

Untuk itu jika pasukan kita main untuk menang tiada masalah untuk hadapi pasukan yang baru setahun jagung dalam persada eropah. Tetapi kalau lawan kita bersemangat macam pasukan Reading, nahas kita. Jadi buatlah bersungguh sungguh sebab inilah saki-baki trofi yang boeh diberikan kepada peminat yang mata kegersangan untuk melihat pasukan kita kembali bangkit dari kemerosotan awal musim.

Everton - Sporting Clube de Portugal
Hertha BSC Berlin - SL Benfica
Villarreal CF - VfL Wolfsburg
R. Standard de Liège - FC Salzburg
FC Twente - Werder Bremen
LOSC Lille Métropole - Fenerbahçe SK
FC Rubin Kazan - Hapoel Tel-Aviv FC
AFC Ajax - Juventus
Club Brugge KV - Valencia CF
Fulham FC - FC Shakhtar Donetsk
Liverpool FC - FC Unirea Urziceni
Hamburger SV - PSV Eindhoven
Athletic Club - RSC Anderlecht
FC København - Olympique de Marseille
Panathinaikos FC - AS Roma
Club Atlético de Madrid - Galatasaray AŞ

Feb 15, 2010

SVEN MAHU GANTI RAFA

Ramai sungguh Pengurus yang akan menghantar Resume jika Rafa berhenti atau diberikan VSS hujung musim ini. Yang nampak macam OK seperti Hiddink, O’Neil, Mourinho atau K. Rajagopal mungkin boleh dipertimbangkan. Ini dengar cerita paling terbaru Sven Goran Erickson sedang mengkemaskinikan resume beliau untuk di poskan ke Anfield. Di Notts County dia dah macam bosan sebab kelab tak glamer.

Apa barang nak pilih Sven. Zaman beliau dan berlalu. Cuma saya agak teruja semasa dia jadi jurulatih Lazio era awal millenium. Menang Serie A dan juga Piala Itali, namun yang paling menyeronokkan ialah dia menibai pasukan Man U pada Piala Super Eropah. Semua pemain bintang dihimpun dalam satu pasukan. Crespo, Vieri, Veron, Nesta, Nedved, Salas, Mihajlovic serta Toldo. Memang mantap sebab masa itu Lazio banyak duit.

Semasa jadi pengurus England, ada sedikit hebat pasukan England walaupun terkantoi pada peringkat Suku Akhir Piala Dunia 2006. Pasukan England pada masa itu boleh dikatakan antara yang bakal menggegar dunia dengan pemain kita Gerrard adalah tunjang pasukan, walaupunn tidak berapa serasi dengan gandingannya Lampard. Erickson memang pening kepala sebab pemain beliau amat hebat dengan kelab tapi main dalam England tak jadi.

Tapi kalaulah contohnya Erickson jadi pengurus Liverpool mesti gelabah biawak sebab terpaksa guna modal ciput. Hanya Houllier dan Rafa setakat ini yang berjaya menang Piala dengan skuad yang hanya 2-3 orang pemain bintang. Erickson telah diuji di Man City dan gagal separuh jalan. Jadi tak nampak sebarang keistimewaan pengurus elit ini. Kalau nak cuba juga hanya Hiddink atau O’Neil pilihan saya. Sven secara muktamadnya memang tak layak.

Feb 11, 2010

KALAH TAPI JANGAN MENGALAH

Saya tidak sempat tonton perlawanan pagi. Bukan malas nak bangun tapi memang tak terjaga lansung. Tambah pula kena bangun seawal 6 pagi nak siap datang kerja. Jadi hanya sempat lihat keputusan sahaja. Minggu ini boleh dikatakan minggu tak menjadi buat banyak pasukan bukan kita sahaja. Chelsea kena tibai dengan Everton 2-1, Man U nasib seri 1-1 dengan Villa. Spurs pula dibaham Wolve 2-0. Cuma Man City yang kembali bersaing dengan kita dengan mengayamkan Boton 2-0.

Yang lepas biarkan ambil pengajaran. Lagipun kita tewas dengan pasukan agak kuat yang hilang fokus kebelakangan ini. Mereka tewas dengan pasukan yang kuat juga Man U dan Chelsea. Jadi perlawanan pagi tadi umpama lepas geram dan peluang mereka bangkit semula. Pasukan kita pula tidak beruapaya mengulangi prestasi lalu. Mungkin percaturan tidak menjadi atau pemain hilang tumpuan saya tak pasti. Anda yang dapat menilai sendiri jika tonton keseluruhan perlawanan pagi tadi.

Sekarang tumpuan untuk perlawanan selepas ini. Kalau tengok jadual perlawanan selepas ini boeh dikatakan hanya 3 perlawanan yang boleh dikatakan sukar iatu perlawanan selepas ini lawan Man City di tempat mereka, Man U juga disana dan Chlesea di gelanggang sendiri. Jadi tiada mustahil buruan tempat ke-4 dalam capaian. Apa yang penting tiada lagi kecorotan mata bila bertembung dengan lawan corot. Perjuangan mesti sampai keakhir.

20 Feb 2010 Man City A

28 Feb 2010 Blackburn H

8 Mar 2010 Wigan A

15 Mar 2010 Portsmouth H

21 Mar 2010 Man United A

28 Mar 2010 Sunderland H

3 Apr 2010 Birmingham A

11 Apr 2010 Fulham H

17 Apr 2010 West Ham H

24 Apr 2010 Burnley A

1 May 2010 Chelsea H

9 May 2010 Hull A

Feb 10, 2010

LIVERPOOL MAMPU LIGAN ARSENAL


LONDON – Tonggak pertahanan, Jamie Carragher yakin Liverpool mampu untuk merapatkan jurang mata dengan penghuni tangga ketiga Liga Perdana England, Arsenal.Awal pagi esok, Liverpool akan berkunjung ke Stadium Emirates bagi menghadapi skuad The Gunners itu.Andai menang, Liverpool yang kini menghuni tangga keempat liga dengan mengumpul 44 mata, hanya akan ketinggalan dua mata di belakang Arsenal.

Liverpool yang dilanda krisis dalaman sejak beberapa minggu kebelakangan ini dilihat semakin bersemangat setelah mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Everton Sabtu lalu.Kemenangan tersebut menyaksikan skuad kendalian Rafael Benitez itu kini mengutip 17 mata daripada 21 mata maksimum dalam tujuh perlawanan terakhir liga.

“Sejak empat atau lima tahun ini, kami adalah salah satu kelab yang terbaik d dunia.
“Secara keseluruhannya, kami telah mencapai sesuatu yang diluar jangkaan di bawah kendalian Beni- tez.
“Pada permulaan musim, kami dapat melihat ada pe- main yang masuk dan keluar sehingga menjejaskan sedikit rentak permainan kami.
“Namun kini kami sudah menemui semula rentak asal permainan kami dan berharap. kami akan terus menge- kalkannya. Jika kami dapat mengekalkan rekod keme- nangan kami pasti kami akan berjaya,” jelas Carra- gher.

Sementara itu, tonggak pertahanan Arsenal, Gael Cli- chy pula menegaskan, skuad The Gunners akan terus memberi tekanan kepada dua kelab teratas liga – Chelsea dan Manchester United.

“Kami mahu fokus perlawanan demi perlawanan dan ia akan bermula dengan aksi menentang Liverpool.
“Saya juga berharap Chelsea dan United akan kehila- ngan mata dan kami pula akan cuba sedaya upaya untuk memperoleh mata penuh. Kami akan terus memberikan saingan,” kata Clichy. – AFP

MAHU DUA DAPAT SATU


Feb 8, 2010

PRESTASI SEMASA

Kebolehan Rafa menggunakan kombinasi pemain adalah kunci kepada persembahan mantap pemain beberapa minggu kebelakangan ini. Paling menonjol ialah Kuyt. Walaupun dengan ketiadaan Johnson, namun beliau tetap unggul sebagai pemain sayap dengan dibantu oleh Carra dan Macher dalam perlawanan sebelum ini. Nampak beliau lebih yakin untuk menyerang tanpa was-was tidak seperti berganding dengan Johnson. Ini sebab beliau seakan berebut hendak meneyrang dan dalam masa yang sama terpaksa meluru ke bawah jika Johnson terkantoi diatas. Saya bukan berharap supaya Carra atau Mascher menggantikan Johson tetapi Kuyt lebih efektif jika pemain dibawah lebih disiplin.

Begitu jua dengan Insua. Dengan Agger di sebelah dan Riera diatas, menjadikan beliau agak selesa samada untuk menyerang atau ketika bertahan. Tapi semasa Benayoun atau Babel, terkangkang beliau sorang-sorang untuk menghambat jika kena serang balas. Benny Ok lagi, kalau Babel main kiri tengok Insua macam nak semput kena hamput. Lucas pula memerlukan seseorang seperti Maxi atau Aquilani, main ringkas antara satu sama lain dan membuka permainan tanpa perlu memegang bola terlalu lama. Jika sengaja melengahkan permainan tanpa bersebab, maka ruang untuk menerobos kubu lawan akan tertutup dan peluang untuk buat gol adalah sukar. Kargiakos pula memang melegakan pasangan bek samada Carra, Skrtel atau Agger kerana bola pertama sampai dari hantaran tinggi akan kantau oleh Kargiakos. Boleh dikatakan klon Hyypia seakan sudah dijumpai.

Mungkin ramai yang mula mempersoalkan apakah bentuk reformasi atau rombakan untuk musim depan. Tetapi apa kan jadi hingga akhir musim belum boleh diramal, buat masa ini tranformasi untuk menjadi pasukan mantap dan berpasukan adalah makin menampakkan petanda positif. Bagi saya pemain yang agak mengecewakan adalah Skrtel, Benayoun, Babel serta mungkin juga Aurelio yang kerap M.C. Mereka boleh pergi dan pengganti mereka mudah dicari. Cuma pastikan hanya sesuai dengan formasi dan taktik menyerang yang mejadi silibus baru Professor Rafa.

NAK JUAL TAK SKRTEL KE JUVENTUS


Macamana ? siapa setuju nak jual Skrtel angkat tangan. Saya dalam golongan atas pagar. Nak jual boleh tak jual pun boleh. Ini banyak sebabnya antara dua pilihan tersebut kedua-duanya ada baik-buruknya.
Nak Jual kenapa? :
- £8 juta untuk pemain yang Nampak dah tak konsisten semenjak dua menjak ini. Semenjak rajin cedera permianan beliau sudah tidak macam dulu.
- Cara permainan belaiu amat merbahaya. Suka main belakang, maksud saya rampas bola dari belakang dengan mengakibatkan banyak kali dapat kad.
- Tak laju sangat sebab itu beliau terpaksa main kasar kalau pemain lain cuba potong. Hantaran pun melilau dan kalau panik mesti akan lambung bola tak tentu hala.
- Tak berapa cekap menanduk atau lawan bola tinggi. Sebab itulah beliau amat selesa dalam dua perlawanan sebelum ini kalau main dengan Kargiakos.
- Masih ramai pemain muda yang berpontensi seperti Kelly, Ayala, San Jose yang boleh diberikan peluang dan bermain lebih baik jika diberikan peluang.
Tak Jual kenapa? :
- Jual £8 juta, mana nak cari pemain yang boleh ganti terus Skrtel, teruk pun tapi masih boleh pakai lagi manatahu musim depan dia dapat kembali keyakinan dan main lagi bagus.
- Umur dia baru 25 tahun. Kalau main bek ini kira dalam proses kematangan. Tengok Carragher masa umur 25 tahun.Asyik kena buli dengan Thiery Henry saja.
- Kadang-kadang permainan agresif beliau ada juga efektifnya, walaupun pengadil memang tak suka cara beliau. Skrtel amat sesuai bagi mengajar pemain yang suka berlakon macam Drogba atau bergasak dengan Rooney gemok.
- Banyak yang boleh diperbaiki lagi. Sebabnya Rafa yang tahu bila nak jual atau tidak sebab hari-hari dia dok ngadap Skrtel masa latihan.

Feb 6, 2010

HERO KITA



Saya sempat tengok separuh kedua perlawanan Liverpool-Eveton saja. Habis main futsal terus layan. Tak sempat nak tengok macamana Kargiakos kena buang padang. Mula-mula hairan pasal apa Mascher main bek kanan. Kira pemain atas padang,patut pun, tak cukup seorang rupanya. Tapi main bersungguh semua pemain. Paling Hero adalah Kuyt, sebab jaring gol kemenangan walaupun boleh dikatakan keseluruhan perlawanan Everton kawal.

Peluang ke slot Liga Juara-Juara makin tinggi dengan keputusan ini.Kurang sikit tekanan untuk hadapi Arsenal nanti. Kalau boleh jangan ada pemain utama yang cedera lagi. Kargiakos kena gantung tapi nasib baik Agger dah pulih dan Skrtel boleh jadi pasangan Agger buat semenatara. Cuma Babel kena buktikan yang dia masih boleh berjasa atau berikan sumbangan terakhir.

Nak tulis pun dah tak larat sebab letih lagi ni. Apa pun tahniah buat semua.

Feb 5, 2010

LAWAN KAMPUNG SEBELAH.

Kalau di kampung saya, dulu masa zaman sekolah rendah, perlawanan bolasepak dengan kampong sebelah (derby) merupakan acara menarik hujung minggu. Dengan berbekalkan modal sorang pemain mengeluarkan wang 50 sen. Kami akan mengumpul dengan memanggil dari rumah ke rumah. Sampai satu tahap, pasukan kami cukup-cukup 11 orang saja sebab kena musim berkhatan. Walaupun pasukan kami mempunyai kelebihan kerana selalunya bermain dipadang kampung sendiri tetapi rekod terdahulu semenjak zaman abang-abang kami kebanyakannya di pegang oleh kampung sebelah. Aksi lasak dan penuh dramatik ini kerena tiada pengadil atau pengadil selalunya brader dari kampung sebelah yang dibayar upah rokok gudang garam dua batang. Undang-undang offside pun tak reti, tapi itu saja yang ada. Kadang kadang ada juga penonton, tetapi selalunya tiada siapa yang nak tonton perlawanan bolasepak yang main macam ragbi punya ganas. Aksi lasak bukan setakat dalam padang saja, tapi berlarutan sampai masa nak balik. Selalunya budak kampung sebelah akan jadi mangsa sebab mereka yang selalu menang. Jadi pasukan mereka ibarat Liverpool dan kami poyo macam Everton.

Cerita diatas merupakan nostalgia saya ketika zaman sekolah dulu. Mungkin situasi yang sama berlaku antara peminat Liverpool dan Everton. Liverpool ibarat kampung sebelah yang kuat mempunyai pemain berbakat (banyak wakil sekolah), manakala pasukan kami ibarat Everton, yang bermain ortodok ultra bertahan dan kasar sebab banyak geng lastik burung dan kaki berkubang mandi sungai mana lah reti sangat nak main bola secara formal. Jadi walaupun semacam Liverpool kuat sangat namun ada masa kena juga dengan Everton. Ini bukannya apa bila dah main digelanggang orang pastinya kelebihan ada untuk tuan rumah. Maruah dan semangat adalah kunci buat mereka. Dengan pemain utama Livepool pun ramai yang cedera atau baru pulih, maka pasukan Everton yang semenjak dua menjak main bagus amat berbahaya. Salah satu faktor kemasukan Landon Donovan. Pemain pinjaman LA Galaxy ini pernah mencuba nasib di Bundesliga namun hampeh kesudahannya. Balik kampung di US main bagus, sampai tak silap saya pasukan USA boleh masuk Suku Akhir Piala Dunia dengan pemain tambatan ialah mamat ini.

Bagi saya perlawanan ini adalah penting kerana selepas ini pasukan akan berjumpa Man City dan Arsenal. Kalau boleh makan Toffees, maka taiada tekanan sangat untuk bertemu Man City selepas ini. Bukan mudah nak menang jika Everton pandai menggunakan kesempatan mengikat Gerrard seperti mana berlaku ketika lawan Wolve sebelum ini. Buat masa kini setelah perlawanan Bolton tempohari nampaknya kapten kita itu sudah kembali cergas sediakala. Walaupun tiada Torres, Kuyt boleh dikatakan hero pasukan dengan gol penyelamat beliau. Sapa lagi nak diharapkan untuk menggempur musuh, Ngog masih lagi belum matang dan perlu banyak belajar dari pemain Senior. Apapun jua pastinya diharap Rafa akan menggunakan Aquilani bagi menggantikan Lucas.itu sahaja pertukaran yang terbaik yang dipersetujui ramai. Yang lain kekalkankan sahaja kerana pemain sudah berada dilandasan yang terbaik buat masakini untuk berjaya.

Feb 4, 2010

RAFA MAHU YANG PERCUMA

Liverpool FC sign Serbia international Milan Jovanovic

RAFAEL BENITEZ’S summer squad rebuilding began in earnest yesterday when Milan Jovanovic sealed a move to Liverpool.The Serbia international has signed a pre-contract agreement that will see him arrive from Belgian club Standard Liege at the end of the season.

Jovanovic’s consistently impressive form had attracted a clutch of potential suitors from across Europe, including Italian giants AC Milan.He was reported to be stalling over a move to Liverpool until assurances were made over the long-term future of Benitez.

And the 29-year-old has now negotiated a three-year deal at Anfield that commits him to the club until at least 2013.

Jovanovic boasts a record of almost a goal every other game during his spell at Liege, for whom he played against both Liverpool and Everton in Europe last season.

A regular for Serbia, he is expected to play a key role for his country in this summer’s World Cup finals in South Africa.

Jovanovic will have endeared himself to Liverpool supporters with his claims a year ago of having turned down a move to neighbours Everton by saying: “Everton aren’t a big club. That club I have turned down already.”

Benitez remains interested in Marouane Chamakh, the Bordeaux striker, also available on a free transfer in June.Jovanovic’s imminent arrival is a sign of Benitez planning for life at Anfield beyond the end of the season, despite continued interest from Juventus.

KOMEN : Tak habis-habis Rafa dengan perangai lamanya. Dulu Voronin sekarang Jovanovic pula. Macam tak serik dengan pengalaman lalu. Kalau Chamakh lain cerita beliau muda lagi kalau tak jadi pun boleh diniagakan. Ini mamat Jovanovic dah 29 tahun, takut tak sesuai di EPL nak buang mana. Rafa mungkin buat mamat ni sebagai pemain simpanan untuk ganti jika Torres cedera. Tapi bagi saya baik terus guna Ngog (walaupun baru-baru ini main macam ngok) atau Nemeth yang akan pulang setelah berguru di Greece.

Feb 3, 2010

BERAPA BANYAK PUJAAN ..DAAAAA



Dan akhirnya impian Keane untuk ke kelab pujaan hatinya Celtic telah tercapai. Ehhhhh.. berapa banyak kelab pujaan hati ….daaaa. dulu semasa ke Anfield ayat tu juga yang beliau pakai. Saya rasa Rafa sungguh bernasib baik menjual Robbie Keane terlebih awal. Sudahlah mahal, tapi persembahan beliau tidak setimpal dengan harga. Walaupun kerugian sekitar 5juta pound, namun dengan memulangkan kembali beliau kepada Spurs ruginya tidak sebanyak mana.
Setelah kembali ke Spurs, tempat automatik beliau sudah tidak terjamin lagi. Crouch dan Defoe telah menjadi pemain utama dan mengakibatkan Keane berkongsi bangku simpanan dengan Pavlychenko. Ingatkan Pavlychenco yng kena korban, tapi bekas kapten pula yang kena. Mungkin hanya Liga Scotland akan menjadi medan terakhir buat Keano walaupun sekadar dipinjam, tetapi selalunya kalau dah dalam 30an mungkin masa sudah hampir di EPL. Apa pun semoga berjaya Keano.

Feb 2, 2010

TINGKAP DAH TUTUP


Begitu sunyi sekali berita tentang perpindahan Liverpool kali ini. Tiada pemain sensasi yang sebelum ini dicanang dibawa masuk selain Maxi Rodriguez. Arda Turan masih di Turki. Malah pemain Greek Sotoridis yang HAMPIR ke Anfield semalam tidak kemari. Yang ada hanya perpindahan keluar pemain remaja Jerman,Buchmann ke Fulham serta Ecceleston dipinjam ke Huddersfield.

Dengan itu kita hanya berharap Babel akan menghabiskan masa 6 bulan dengan berusaha keras setelah diberikan peluang terakhir oleh Rafa. Walaupun secara terang-terangnya Rafa memang hanya mahu Babel ke Galastasaray ditukar dengan Turan, tetapi apakan daya kelab Turki itu hanya akan membuat keputusan setelah musim ini berakhir. Sabar sajalah.

Dengan barisan sedia-ada, tiada masalah untuk kembali kesasaran tempat ke-4. Reina ada Cavealari, Glen disamping Carra atau Darby. Kargiakos bermain baik ketika ketiadaan Agger. Maxi menjadi opsyen untuk Benayoun.Mungkin Rafa lebih akan mengutamakan peluang kepada pemain muda dari membeli pemain luar. Darby, Kelly, Spearing, Pacheco serta Ngog akan memperolehi banyak peluang hingga akhir musim rasanya.

Feb 1, 2010

REDS DILANDASAN LIGA JUARA-JUARA

LIVERPOOL, England – Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan dia belum pasti akan menemui pemilik bersama kelab itu, Tom Hicks selepas pasukannya mengalahkan Bolton untuk kekal pada landasan layak ke Liga Juara-Juara, kelmarin.Hicks menempuh perjalanan sejauh lebih 8,000 kilometer ke Anfield, kelmarin semata-mata untuk melihat Liverpool mengekalkan peluang menduduki kelompok empat teratas Liga Perdana, hasil jaringan Dirk Kuyt dan gol sendiri penyerang Bolton, Kevin Davies.

Pemilik dari Texas itu datang sehari selepas kenyataan terbuka Benitez tentang minat kelab dari Itali, Juventus terhadap khidmatnya.Ia merupakan perkembangan yang menambahkan lagi keraguan tentang masa depan jurulatih Sepanyol itu di Merseyside.Benitez berkata, tiada sebarang perjumpaan dengan Hicks diaturkan, meskipun pengurus itu bersedia untuk mengadakan perbincangan secara terbuka.

“Mungkin saya akan menemuinya. Saya tahu dia berada di sini, tetapi saya hanya risau tentang apa yang berlaku di padang.‘‘Jika dia ada di sini, saya akan berjumpa dengannya, tiada masalah,” kata Benitez.

Kedatangan Hicks mungkin ada kaitan dengan musim perpindahan pemain yang akan berakhir hari ini, walaupun Benitez menegaskan, dia tidak suka membuat bidaan pemain pada saat akhir.

“Bukan senang untuk menemui pemain terbaik, berbanding barisan pemain yang ada sekarang.‘‘Kami sedang meninjau pemain dan cuba mencari seseorang yang bagus untuk pasukan ini,” katanya.

Benitez mahu mengemudi skuadnya untuk berada pada kedudukan layak ke Liga Juara-Juara dan berpegang dengan ‘jaminan’, untuk menduduki empat kelompok teratas liga.

“Saya rasa kami semakin meningkat, anda boleh lihat pasukan ini berusaha keras dan berharap momentum ini dikekalkan.“Saya boleh katakan, kami bakal mengakhiri saingan musim ini pada kelompok empat teratas liga, kerana saya adalah pengurus dan perlu ada keyakinan.“Jika saya katakan ‘tidak’, para pemain juga akan melakukan perkara sama.‘‘Jadi saya harus katakan ‘ya’, kami akan menamatkan saingan pada kelompok empat teratas,’’ kata kata bos Reds.

Liverpool kini satu mata di belakang Tottenham, di tangga keempat.Benitez juga memperkatakan mengenai prestasi Steven Gerrard.Pemain tengah England itu, jelas tidak cergas selepas pertengahan minggu yang mengecewakan apabila seri dengan Wolves, tetapi dia dilihat menghampiri prestasi sebenar ketika menentang Bolton.

“Dia semakin baik, dia mencuba sedaya upaya, ia merupakan perkara utama.“Apabila kami menjaringkan gol kedua, pasukan ini bertambah yakin.‘‘Anda boleh lihat dia adalah pemain yang mampu memberikan perbezaan buat kami.” kata Benitez.

Sementara itu, Owen Coyle merasakan berlaku kekasaran ketika gol kedua Liverpool, walaupun pengurus baru Bolton itu yakin, pemain berbakat seperti pemain Korea Selatan, Lee Chung-Yong, pasukannya mampu mengelakkan zon penyingkiran.

‘‘Saya kecewa dengan cara kami melepaskan kedua-dua gol.“Lucas melakukan kekasaran kerana menarik salah seorang pemain kami.“Pada babak pertama, kami mempunyai peluang gol. Chung-Yong amat lincah, menunjukkan dia seorang yang berbakat, sebab itu saya bersedia untuk berkerjasama dengannya.“Saya gembira dengan persembahan para pemain sejak berada di sini. Kami menentang Arsenal dua kali, dikalahkan Liverpool di tempat lawan, dan menewaskan Burnley minggu ini.“Kami telah meningkat, namun masih banyak perlu dilakukan. Saya percaya kami mampu bertahan dalam Liga Perdana,” kata Owen. – AFP

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails