Kasihan sungguh dengan Bek muda ini. Beliau hampir menjadi pemain simpanan utama sejak berusia 18 tahun ketika era Rafa Benitez. Tetapi dek kerana kesilapan klasik menjaga benteng mungkin akibat kurang pengalaman, Ayala telah dipinjamkan ke kelab Liga Kejuaraan selepas itu. Kemasukan Hodgson juga tak beri sinar bahagia, dia juga sekali lagi dipinjamkan ke Derby dan Hull City setelah tercicir posisi tersebut kepada Danny Wilson musim lalu.
Musim ini setelah Kenny menjaga Liverpool sepenuhnya Ayala bukan tak diberi peluang, namum saya rasa Kenny mempunyai agenda untuk meletakkan Kelly sebagai bek tengah simpanan walaupun dia bakal menggantikan Johnson yang mengalami kecederaan dan bakal tersisih perlawanan sulung musim ini. Jadi menjadi bek pilihan ke-6 bukan pilihan terbaik dan Kenny terpaksa menjual pemain ini dari dibiarkan pergi begitu sahaja.
Mulanya harga 1 juta pound diletakkan tanda harga pemain muda Sepanyol ini. Semua pasukan berminat diam membisu. Namun setelah harga diskaun 50 % diberikan dengan klausa kenaikan mengikut jumlah permainanan, Hull tampil sebagai pasukan pertama menyetujui dan sedang berbincang kontrak dengan pemain yang punyai potensi besar ini. Tak disangka muka baru Liga Perdana, Swansea City juga berminat begitu juga dengan Ipswich Town yang takkan membiarkan Hull menang tanpa bertanding.
Bagi saya Liverpool mungkin masih mempunyai barisan bek muda yang ramai seperti Kelly, Wilson dan Wisdom, namun jika tak mengerti kenapa pemain yang saya nampak bakal menggegar Liga Perdana Inggeris dan calon pengganti Carragher (jangkaan 2009) tak menjadi dan akhirnya menerima nasib yang sama seperti Jack Hobbs yang sama kes juga. Selalunya pemain yang keluar dari Liverpool tak pernah lagi mencipta nama dan melingkup terus karier, tapi saya harap Ayala akan jadi sebaliknya.
No comments:
Post a Comment