Mar 14, 2012

LIVERPOOL 3-0 EVERTON


Tanpa Adam, tengok macamana Liverpool mengamok. Permainan lebih pantas dan dinamik. Bila mengasak dan diasak nampak lebih mesra pelanggan . Tak hairanlah jika boleh dominasi perlawanan dari awal hingga wisel terakhir dibunyikan. Kesefahaman setiap pemain nampak lebih mesra dan mantap. Ditambah pula dengan resepi taktik yang berubah 360 darjah dari perlawanan ngeri lawan Sunderland. Memang nampak kelainan betul dan ianya adalah reaksi positif dari keputusan terdahulu.

Dua gol dari Abam Kapten Gerard, sempena sambutan ke 400 perlawanan beliau bersama Liverpool. Gol pertama memang kelas A punya gol. Gol santai bersahaja dari luar kotak setelah Kelly merembat dan bola mari kearah Gerard untuk Kapten kita melakukan apa yang penyerang tak mampu lakukan, masukkan bola kedalam jaring. Gol kedua kredit kepada Suarez, setelah dia penat lelah menganjing pemain Everton dengan senang hati membiarkan Kapten Gerrard melakukan penyudah. Gol terakhir adalah hadiah Suarez kepada Gerarrd untuk menjaringkan Hatrik.

Patut-patut Suarez dan Carroll boleh sumbat gol peribadi tapi masing-masing tak berapa tajam. Malah Suarez nampak lebih murah hati untuk kebahagian Kapten kita. Keserasian kedua penyerang nampak lebih mesra. Malah acapkali Carroll melakukan hantaran cantik untuk Suarez dan saya harap ianya akan lebih mekar selepas ini. Spearing lebih selesa bersama Gerard berbanding Adam. Kalau main dengan Adam ibarat serang ramai-ramai bertahan sorang-sorang. Oleh itu rombakan ini adalah terbaik dan semua setuju bahawa tanpa Adam perlawanan lebih lancar. Pemain Sayap agak tengelam namun mereka terpaksa menghadapi bek sisi Everton yang lebih bertahan dari menyerang.

Pertahanan Liverpool dengan kemasukan Carragher nampak lebih kemas. Saya nampak Carragher memang sesuai dalam perlawanan kejiranan ini. Pertamanya dia nak mengejek sepupu sepapat dia yang sokong baju biru dan keduanya dia memang akan main cantik bila lawan Everton. Skrtel macam biasa kool dan tak biarkan Carra keseorang menghadapi penyrang Everton yang tak berapa licik. Tapi pemain bek sisi kita nampak lebih menonjol terutamanya Kelly yang hampir-hampir menjaringkan gol keduanya musim ini. Masa depan Kelly memang cerah dan slot kanan milik Johnson bukan sahaja di Anfield nampak tergugat malah dalam skuad kebangsaan juga.

Jadi tahniah kepada semua pemain dan staf kejurulatihan. Kemenangan ini akan jadi pemangkin semnagat untuk terus bangkit dari tidur. Dah tak banyak perlawanan dah selepas ini, peluang nak ke Liga Juara-Juara tak macam mampu nak kejar. Tapi kalau boleh kita semua nak perbaiki kedudukan liga itu yang penting. Mula-mula potong Newcastle, pastu Chelsea dan kalau ada rezeki Arsenal main taik tewas banyak perlawanan, tempat ke-4 pon boleh disebat. Tak salah bermimpi namun realitinya musim ini pasukan kita dalam sesi suai kenal dan mencari kesefahaman. Contoh macam kahwin bini yang mak cari, mesti sebulan dua masih gugup nak rapat tapi lama-lama baru dapat hasil. Oleh itu kita nak yang terbaik dan fokus selepas ini adalah MENANG, MENANG dan MENANG lagi. # YNWA.

7 comments:

  1. Daglish tak patut ubah formation lagi dah, bagi jer suarez ngan carrol main sekali cuma perlu ubah 2 3 player bergantung pada kesuaian perlawanan....Walaupon penyerang tumpul tapi sekurang kurangnya ianya buat pertahanan terlupa kewujudan gerrad yang lebih tajam berbanding penyerang Liverpool

    ReplyDelete
  2. YNWA!
    Nampak sangat Adam punca selama ni.
    Tapi dia tetap berguna untuk perlawan-perlawanan lain misalnya perlawanan persahabatan (?).
    Adam pemain yang bagus, tapi tak sesuai dengan LFC.
    Atau LFC boleh pinjamkan dia ke kelab lain dulu walaupun dah tua?
    Sayang nak lepaskan sebab baru semusim.
    Dia ada banyak kepakaran lain spt set piece, long pass.

    ReplyDelete
  3. Semua nampak cantik tapi kita masih perlukan winger , pemain tengah dan striker .
    Dalglish patut cuba Sterling dekat bahagian sayap , mungkin dia orang yang ditunggu-tunggu .
    Pemain tengah mungkin Suso yang dah dikaitkan stail pass ala Xabi , dah la dia nie pemain kidal , best tengok pemain kidal main .
    Tapi Striker kena beli jugak la. Player Man City Guidetti sedang menyerlah di liga Belanda , try loan Tello atau Cuenca . Beli Usami atau Petersen .

    ReplyDelete
  4. Perlawanan menarik...suarez masih belum boleh dikatakan sampai level tertinggi..dr segi strenght suarez perlu tingkatkan lg...carroll sudah nampak peningkatan strenght..baru kena dgn susuk tubuh... gerrard mmg terbaik mlm ini..sejarah buat beliau..kelly pon mantap...enrique konsisten... perlukan pure winger untuk sebelah kanan...spearing pon main cantik..bleh cover tempat lucas tinggalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suarez dah reti bermain sebagai 1 pasukan.
      Selain bantu gol-gol SG, dia ada lorongkan bola untuk AC jugak.
      Tak macam game sebelum2 ni.

      Delete
  5. Nampaknya kita kena tunggu perlawanan terakhir sama ada Si Merah layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Dalglish patut beri peluang kepada Sterling dan juga pemain muda lain mempamerkan bakat mereka dengan lebih kerap lagi. Sudah ada pasukan yang berminat dengan Sterling. Rugi rasanya bakat muda dibiarkan begitu sahaja. :YNWA!

    ReplyDelete
  6. cayalah..gerrard hatrik walaupun dah letak 2 striker kat depan. rembatan balas dendam plak tuu siap nak bagi koyak jaring beb. aku nak spearing tros jaga sbb hampir mirip ngan lucas dah.. YNWA!

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails