
Sebenarnya saya sangat berterima kasih kepada Anon yang telah menyedarkan saya mengenai undang-undang baru mata dalam kejohanan Euro edisi ini. Apataknya mangsa pertama idea sempoi Platini ini ialah pasukan Russia. Kalau ikut kiraan lama mereka layak sebab jaringkan gol lebih dari Greece tapi dek kerana Greece telah menapau mereka jadi otomatik Greece berjaya mencilok tempat kesuku akhir.
Perlawanan grup maut ini amat rumit macam yang diterangkan oleh Abam Anon sebelum ini. Yalah ianya rumit dan amat merumitkan pasukan faberet ramai Belanda. Mereka perlu menang lebih dua gol namun kena pastikan Denmark juga bungkus. Namun apakan daya, pasukan yang mempunyai pemain dari Kelab besar tetapi mempunyai ego yang teramat besar telah dimalukan oleh pasukan yang kurang feberet macam Portugal.
Amat malang bagi Agger kerana Jerman tak kasi can kerana menurunkan skuad utama untuk perlawanan yang hanya pelengkap bagi mereka. Tapi menurut statistik Agger telah melakukan 10 kali pintasan dan 7 kali mengeluarkan bola dalam keadaan bahaya. Statistik inilah bakal membuatkan Agger amat diperlukan dan menjadi nadi kekebalan pasukan kita musim lalu. Paling saya seronok ialah Agger tak cedera langsung dan harap dia akan memulakan kempen 2012/13 dengan Liverpool bukan dengan Man Citeh atau Real Madrid.
No comments:
Post a Comment