Sam Boroi memang licik dan antara pengurus yang sangat meluat. Boleh dikatakan apa yang saya tulis sebelum perlawanan benar-benar terjadi. Mereka main bermaiti-mati bertahan dan kadang-kadang menggunakan kelibat Diame dan Cole untuk meruntuhkan kubu pertahan Liverpool yang hanya dikawal oleh Carragher dan Agger. Namun begitu serangan mereka ada juga merbahaya dan Reina ada juga tergugat sekali-sekala. Saya terbayang macam lawan WBA saja perlawana ini dan kita bernasib baik kerana tidak tewas, itupun sebab Lucas ganti Gerrard menyelamatkan gol tengah garisan.
Pengadilan memang hampas itu mesti kerana takkan pengadil yang bernama Taylor nak bagi penalti dibuat Taylor,West Ham. Namun apa yang membuatkan kita tak menang ialah Suarez, Sturiidge, Coutinho telah dimandulkan oleh bek West Ham dan mereka juga berjaya menghadang 7 rembatan pemain kita. Saya tertanya sendiri kenapa rembat padahal ternyata hentian bas berada dihadapan gol West Ham. Kemasukan Sturidge nampak menyemarakkan serangan tapi beliau bernasib malang kerana gol disytiharkan curi ayam. namun saya cukup respek Kapten Gerrard yang main macam orang muda padahal dah tahap veteran.
Dalam banyak-banyak pemain West Ham, saya begitu tertarik dengan Momo Diame. Bagi pemain tahap gergasi, dia lick dan ada kebolehan mengelecek dan boleh tahan laju dari Lucas. Kalau ada lagi klausa 4.5juta dalam kontrak beliau, saya harap sasaran pertama bukan Alonso atau Eriksen, tapi bekas pemain Wigan ini. Kita dah ramai pemain lembik, tapi kena ada juga kereta kebal untuk menghadapi lawan yang suka main ragbi. Namun kalau Brendan masih berfalsafah dasar pandang ke La Liga, tanpa melihat realiti sepak terajang Liga Perdana, saya rasa keputusan masih sama untuk musim mendatang.
betul tu.Liv takde player kereta kebal
ReplyDeletekereta kabel jer kot liv ader..
ReplyDelete