Saya paling rimas lagi tensen jika dengar ada kelab yang cuba nak kebas Daniel Agger. Barcelona memang peminat setia, namun kini Napoli pun dok pulun kerana Pak Cik Rafa tahu keupayaan dan kehebatan pemain yang beliau beli dan didik sampai membesar sebagai johan. Sekarang Agger dah dilantik sebagai timbalan ketua kelas dan boleh dikatakan pemain ini antara pemain lama dan makin konsisten berbanding Skrtel dan Coates.
Pemain macam Skrtel taknak pula yang hingin, padahal memang saya nampak Brendan dah bagi peluang secukupnya namun tidak mencapai tahap konsisten yang dikehendaki. Masa mula-mula beriya-iya Rafa mahu tapi dia buat pusingan U tak mahu sebab tak berbaloi katanya. Kalau nak dibandingkan keupayaan Agger dan Skrtel, memang masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, namun Agger nampak lebih main pakai akal berbanding Skrtel yang main guna kederat semata-mata.
Kemasukan Toure bagi saya hanya penambahbaikan sementara, beliau mungkin lejen di Arsenal dan agak bagus di Man City, namun ikut umur dan tahap kecederaan agak mustahil Toure akan main lebih dari 2 musim. Namun saya salut kepada Brendan yang telah makin matang dan makin berpijak dibumi yang nyata. Apataknya beliau tahu bahawa salah satu aspek yang penting dari selain latihan dan kebolehan individu, ialah pengalaman. Ianya bukan faktor utama namun, dalam keadaan terdesak itulah salah satu
Apa lagi yang Brendan mahu? maksudnya dengan gerangan apakah jenis bek yang dimahukan dalam perpindahan awal musim ini. Ilori, Papadapoluos, Alderwield dan mungkin ada yang tak diketahui, calon bek tengah musim ini. Manakala dari dalam kampus akademi, mungkin ada calon yang boleh digraduasi jika layak dengan jayanya. Selagi belum tamat pintu perpindahan selagi itulah belum muktamadnya barisan untuk musim depan.
Pemilihan Brendan saya mungkin sudah dijangka ialah pemain yang berkeyakinan tinggi memegang bola serta boleh membuka permainan dari bawah. Ini kerana kesesuaian dengan corak permaianan ala kontinetel Eropah yang diterapkan oleh Brendan. Saya rasa calon yang diluar liputan radar atau tidak dikaitkan dengan kita banyak yang sesuai, tapi masalahnya mungkin pencari bakat kita lebih arif lagi bijaksana dengan kerjarumah yang lengkap.

No comments:
Post a Comment