Apr 30, 2013

LIVERPOOL 6-0 NEWCASTLE


9 perlawanan lagi tanpa Suarez, namun pasukan kita tidak menunjukkan sebarang alasan untuk putus asa. Maka betullah bahawa Suarez cuma salah seorang dari watak dalam kumpulan wirawan Merseyside Merah. Liverpool masih mempunyai pemain berkaliber lain yang mampu terus membawa cabaran. Pihak FA Inggeris belum mampu melumpuhkan Liverpool dengan ketiadaan Suarez kerana bagi saya pasukan kita sudah menyediakan platfom taktikal tidak tertumpu kepada seorang dua pemain sahaja, macam dulu-dulu.

Pujian kepada Brendan kerana beliau telah faham bahawa pemain no. 10 kita amat membazir diletakkan di bahagian sayap kiri. Posisi beliau dibawah sedikit dari penyerang utama adalah posisi feberet Coutinho kerana disitulah tempatnya pemain cilik dari Brazil itu menjahanamkan bek Newcastle dengan hantran maut yang memudahkan kerja Sturridge dan penjaring gol lain meledakkan gol sampai melambak-lambak. Saya cukup hairan bekas pemain SeriA ini dapat sulam dengan mudah dalam Liga Inggeris. Padahal pemain perancang macam Aquilani, Veron, Diamneti dll banyak yang kecundang padahal mereka begitu marbeles di Serie A.

Liverpool perlukan permainan secara berpasukan macam lawan Newcastle. Semasa ada Suarez semua mengharap beliau dan tidak cuba menggunakan opsyen lain. Sebab itulah bilamana Suarez kantoi banyak peluang mungkin kerana gerakan beliau sudah difahami bek lawan atau terlalu tamak untuk hasilkan gol tanpa hiraukan kawan-kawan lain, Liverpool memang nampak terlalu buntu. Kita boleh tengok yang pemain macam Henderson boleh jaringkan gol kerana pemainan kita tidak tertumpu kepada Sturridge sahaja. Malah paling membanggakan Borini yang dah berbulan MC pun masuk saja terus bubuh sebiji.

Saya rasa pasukan kita dalam landasan yang betul untuk kembali dalam golongan pasukan elit, cuma kena pastikan kesebelasan utama dikekalkan. Serius saya cakap kita amat perlu mengekalkan Suarez walaupun ketiadaan beliau pasukan kiita masih mampu menang besar. Sebagai pengurus, Brendan perlu lebih tegas dan buat pemain respek kepada beliau. Keupayaan Suarez dari segi fizikal dah OK tapi kekuatan mental perlu diperbaiki kerana semangat beliau terlalu membuak-buak dan terkadang tidak terkawal. Buatlah apa yang patut untuk kekalkan belia kerana kita takkan dapat pemain sehebat beliau untuk tahun-tahun mendatang dengan mudah.

Apr 26, 2013

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE


Suarez dah diarahkan oleh Persatuan Bolasepak Inggeris supaya berehat makan angin bersama keluarga selama 10 perlawanan. Saya tak pasti adakah serta merta atau pada tarikh akan datang kerana ianya bergantung samada Suarez mahu buat rayuan atau tidak. Saya akui memang dia buat kerja gila pergi kokak lengan Ivanovic dan memang ada sedikit jiwa kacau dengan Suarez walaupun saya tahu pemain Chelsea itu telah melakukan provokasi sampai Suarez tengok lengan mamat tu dah macam peha kambing salai.

Dipihak kita dan juga sesiapa yang nampak FA Inggeris berat sebelah, hanya Keadilan yang kita mahukan kepada Suarez kerana hukuman itu yang nampak macam lepas geram. Kalau kita ikutkan ada kes lampau yang sama juga terkena dengan pasukan kita. Masa itu zombie West Ham yang sekarang pemain Spurs, Defoe telah gigit Mascherano, tapi dia bukan kena macam Suarez tapi masih boleh main cam biasa sekadar dapat kad kuning. Inilah yang dinamakan Keadilan tahi kucing kerana mereka nampak kalau Saurez yang buat, kena hukum seberat-beratnya.

Saya dah tak nak fikir pasal benda ini kerana Suarez mungkin takkan bersama kita lagi musim depan jika pihak pengurusan Liverpool rasa beliau membawa imej buruk kepada Liverpool. Persetanlah imej buruk, kerana Eric cantona dipuja sebagai hero walaupun terajang kungfu peminat silap-sliap kena stud but boleh pecah muka. Kes Suarez ini hanya boleh dianggap kenakalan bukannya berunsur jenayah pun bagi saya. 

Persediaan untuk bertandang ke St James Park dengan kontroversi Saurez tak menjejaskan semangat rakan-rakan lain. Ketiadaan Suarez pasti sikit terubat dengan kembalin semula Sturiddge yang menjadi nadi kebangkitan ketika seri 2-2 denagn Chelsea. Mungkin kita boleh lihat bagaimana rasanya Liverpool tanpa Suarez, mampukan bangkit atau sebaliknya bungkuih. Tambahan pula masa ni Newscastle tengah naik syiekh dan pemain utama mereka macam Tiote dan ben Arfa mungkin boleh main. 

3 kali seri dalam perlawanan terdahulu membuatkan saya rasa pasukan kita masih jauh kebelakang dari apa yang Brendan janjikan selepas dapat BRIM untuk beli pemain dari FSG. Impian ke Eropah telah dijanji capatikan kerana kemampuan pasukan lain jauh lebih layak macam Arsenal dan Spurs kerana mereka kian konsisten mutakhir ini. Jadi untuk lawan Newcastle kali saya harap kita menang tak kiralah apa berlaku. Musim depan kita kira lain. 

Apr 23, 2013

LIVERPOOL 2-2 CHELSEA


Saya tak sempat lihat perlawanan kerana balik kampung. Namun jangan ingat saya dok kedai kopi sembang politik, kerana saya akan sedaya upaya cari jalan untuk tengok perlawanan atau sekurang-kurangnya ketahui keputusan terkini. Namun melalui seorang rakan beliau suruh saya mengikuti lintas langsung dari Radio Mix FM yang berkolaborasi dengan Talksport UK. Jadi ulasan pengulas Talksport saja saya dengar dan mengikuti hanya setelah 30 minit perlawanan bermula. Walaupun ada terlepas banyak perkara dan hanya dapat mendengar komentar pengulas namun yang paling gempak saya rasakan ialah apabila Suarez menanduk gol penyamaaan minit kecederaan, sampai bingit telinga sebab pengulas menjerit sampai saya teringat Datuk Hasbullah Awang.

Oleh kerana memandangkan saya hanya dengar perlawanan bukan tonton secara langsung, saya pun tak boleh nak komen banyak. Tapi apa yang saya nampak keseluruhannya perlawanan dengan Chelsea ialah kali inilah Brendan Rodgers membuat pertukaran taktikal yang menjadi dan beliau nampak makin matang dan belajar dari pengalaman lalu. Seri dengan Chelsea pun dah dikira Ok kerana pasukan kita mempunyai semnagat juang yang begitu tinggi smapaikan tak sampai berapa saat nak habis perlawanan pemain tak putus asa untuk menyelamatkan maruah tuan rumah dari dimalukan pelawat.

Reputasi Suarez dalam perlawanan semalam boleh dianggap hero yang nakal. Kita peminat Liverpool mungkin akan sedaya upaya nak sebelahi hero kita itu tapi beliau di mata peminat lain seluruh dunia telah dihina dan macam-macam kutukan telah dilemparkan. Saya rasa perangai nakal Suarez ini takkan dapat berubah kerana dia mungkin keturunan Dracula kerana sebelum ini rakan sepasukan di Ajax juga dah kena baham. Jadi perbuatan beliau pasti akan mencalarkan reputasi beliau yang memang tak sunyi dari kontroversi bagai. Pihak FA Inggeris takkan duduk diam, paling tidak hukuman paling ringan ialah rehat 5 perlawanan, walaupun Ivanovic tak mahu buat kes.

Apr 19, 2013

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA



Ini kali lah perlawanan yang ditunggu-tunggu. Chelsea dan Liverpool ada nostalgia sesama sendiri. Bagi Liverpool, susuk bernama Rafa, Torres, Bennayoun pernah menjadi sebutan dan dianggap wira di Anfield. Namun bagi Johnson dan Sturridge lain pula anggapannya kerana mereka terbuang dan kembali bangkit sebagai pemain berkaliber setelah dibuang dari Stamford Bridge. Semasa Mourinho menjadi orang nombor satu di Chelsea, saya memang cukup meluat dengan Chelsea kerana taktik bangsat serta politik kotor pemilik kapitalis Russia yang menggunakan duit untuk berjaya. Namun kini setelah kuasa duit mereka telah dipantau UEFA, maka mati pucuklah mereka.

Ada yang cakap Rafa ialah ejen yang bakal melingkupkan Chelsea. Itu separa benar, namun hakikatnya Chelsea sendiri yang menebuk lubang kapal mereka sendiri sebelum lagi kedatang Rafa. Jadi misi Rafa hampir berjaya kerana mereka bukan lagi pencabar kejuaraan tapi nak pulun Liga Juara-juara pun sesak nafas. Sebenarnya Abramovich silap besar ambil Rafa kerana pemain Chelsea yang otai-otai macam Terry, Cole dan Lampard memang tak suka Rafa kerana permusuhan masa lampau ketika pasukan kita memang hebat di Eropah walaupun bertaraf pasukan miskin. Ada unsur-unsur sabotaj dalam kem Chelsea, macam juga pergolakan politik tanah air kita ini. Calon yang tidak direstui macam yang kat Shah Alam dijadikan calon. Itu contoh jangan ambil serius.

Kita jangan bernostalgia yang Liverpool boleh makan pasukan besar walaupun kena tiaw dengan pasukan cap ayam. Itu mitos musim lepas, dimana peledak gol ada dimerata-rata posisi walaupun pemainanan tak seksi macam musim ini. Chelsea walaupun sedang sakit tapi mereka ada sasaran tak macam kita yang hanya main untuk lengkapkan jadual. Dengan itu saya mahu permainan kita lebih menumpukan kepada permainan lebih selamat jangan terlalu gairah untuk menyerang kerana Rafa kenal hampir 70 persen pemain kita termasuklah Coutinho yang pernah ditonjolkan oleh beliau semasa di Inter Milan. Selain itu Rafa handal dengan taktikal dan boleh merubah permainan dari hampeh kepada kemenangan dalam situasi yang pelbagai.

Musim depan harus bermula dengan perlawanan ahad ini dengan Cheslea. Pasukan kita kena main hebat bukan dari main cantik sahaja tapi kena juga cerdik. Kalau itulah yang diterapkan oleh Brendan mungkin pasukan Chelsea balik tangan kosong Namun jika kita masih tak buang badi elergik dengan selalu tewas dengan pasukan tangga atas, musim  depan mungkin perlu reformasikan pasukan sedia ada. Saya melihat bolasepak dari kacamata realistik bukan pesimis. Jadi peminat yang optimis yang jenis dok rasa Liverpool pasukan hebat didunia, jangan terasa dengan penilaian saya. Kita ada pandangan kita masing-masing, walaupun adakalanya saya silap atau betul namun semua berharap Liverpool akan kembali sebagai gergasi bolasepak Eropah. 

Apr 17, 2013

DASAR PANDANG KE LEMBAH SUNGAI RHINE


Dasar pandang ke Barcelona takkan kemana bagi Liverpool .Realitinya aspek permainan, pengadilan dan juga jati diri lain sangat dengan spesis liga di semenanjung Iberia itu. Tengok apa dah jadi dengan Xavi Wales, Joe Allen, konon bakal supersta dan pasukan bakal dibentuk sekeliling ketiak beliau. Akhirnya Otai Gerrard, Tok Batin Liverpool jugalah yang menjadi tulang belikat kembalinya syahwat yang hilang pada separuh kedua musim ni. Jadi kebetulan dengan beralihnya angin Brendan dari tiki-taka Sepanyol kepada jenama baru bolasepak Jermain, yangberpusat di barat Sungai Rhine, Borussia Dortmund.

Saya bukan nak promo Pasukan Borussia Dortmund kerana Brendan yang minat, tapi antara pasukan Bundesliga selain Kaiserslautern, mereka inilah yang membuatkan saya dok jeling-jeling juga perihal Liga Jerman. Konsep Dortmund zaman menang Piala Eropah, 1997 bukan sama dengan kita menang di Istanbul. Mereka menang sebab mereka Juara Bundesliga, 2 tahun sebelumnya. Ini bermakna mereka hebat ketika itu dengan hampir separuh pemain mereka menyarung Jersi Jerman. Tak ramai yang saya ingat nama tapi  banyak nama hujung.. ER... macam Basler, Kohler, Sammer, Moller. Tapi yang paling tak lupa ialah Riedle yang lepas itu jadi lejen di Anfield.

Model dan modul macam BVB inilah yang saya anggap paling cocok dan lebih praktikal untuk disalin dan ciplak kedalam sistem Liverpool. Ianya memang tak lari dengan Adat Istiadat Liverpool (Liverpool Ways), kerana Tok Wan Shankly punya corak pun memang ada mirip sistem BVB cuma ada kelainan dari segi teknikal kot. Itu tak penting yang penting mereka pernah alami kemarau dan hidup yang ceroi dalam perjuangan untuk menjadi pasukan yang sehebat sekarang. Adatlah nak bangunkan sesuatu teramat susah, tapi nak jatuh merudum memang sekelip mata, jadi kita bukan kena kaji bagaimana BVB tika menang, tapi lihat bagaimana mereka meniti arus kesusahan dan haprak dan ambil pengajaran bagaimana kebangkitan mereka.

Saya tak suruh beli semua pemain mereka, tapi kalau dapat Reus, Goetze dan Hummel apasalahnya. Tapi bukan itu agenda yang saya harap Liverpool terapkan. Kita harap Liverpool bermain dengan corak realistik dengan taktikal yang lebih menjurus kepada cari kemenangan dengan corak permainan pantas, agresif dan tidak mengada-ngada ala Barcelona dan Barcelona celup dari Wales. Kombinasi pemain kebanyakan BVB ada teramat perbagai guna atau bahasa Omputeh, Versetile. Taklah sampai Goli boleh main Penyerang tapi, setiapa pemain boleh main dan adaptasi posisi lain untuk mempelbagaikan corak taktikal permainan.

Jurgen Klopp mungkin tak lama di BVB, kerana dia sudah naik pangkat dan nak jadi macam Mourinho dulu-kala. Mungkin kelab elitis yang nak pancung pengurus mereka akan beratur nak jadikan pengurus muda  berjiwa punk rock ini sebagai pencacai mereka. Namun dilubuk hati sanubari saya, kalau Brendan Rodgers nak digantikan bila beliau dah tak boleh mencapai inspirasi peminat, inilah calun boleh memenangi hati peminat Liverpool dan sekaligus merubah Liverpool menjadi pasukan yang betul-betul sempoi bukan hanya pasukan yang main cantik sahaja.

Apr 15, 2013

REKOD YANG MERIMASKAN MAN U


Memang betullah Alex Ferguson masih meroyan dengan Liverpool. Sehingga hari ini Liverpool masih mengekori mereka walaupun kedudukan terkini tak seindah dulu. Kita akan lihat sejauh mana Ferguson nak menongkat langit. Pengganti beliau mungkin lebih bagus jika kena orang yang sesuai tapi jika dapat jenis kaki pelingkup, tunggulah era kejatuhan Setan Merah.

Apr 14, 2013

LIVERPOOL 0-0 READING


Penjaga Gol Reading memang puaka malam ini. Sekurang-kurangnya 10 kali dia menyelamatkan kemaluan pasukan Reading. Pihak FA Inggeris kena buat ujian air kencing sebab saya syak dia pekena air ketum dua plastik sebelum perlawanan. Cuba periksa sarung tangan mumgkin ada magnet yang tarik bola lekat kat tangan dia. Bukan saya cakap dia tere tapi mungkin dah main kat Kelab Membaca, memang dia pandai membaca percubaan semua pemain Liverpool tanpa kantoi.

Itu lah rezeki buat Reading dan tiada nasib buat kita. Bukan kita tiada usaha nak buat gol tapi setakat itu sahaja tuhan nak bagi, redhalah hendaknya. Kalau goli lain main mungkin saya ingat berguni gol malam ini. Saya puji usaha semua pemain sebab mereka dah melakukan yang terbaik walaupun ada kritikan sebab tak menang. Lagi satu pasukan kita tak digeruni lawan sebab pemain kita semua ketot-ketot dan semuanya baik hati dan kurang bengis dan agresif. Saya bukan mahu samseng dalam pasukan tapi kekerasan perlu ada untuk membuli pasukan yang tak respek dengan kita dari segi permainan.

Lepas ni tiada makan angin lagi buat pemain. Chelsea, Newcastle dan Everton lawan kita yang saya nampak agak lebih bahaya dari 3 pasukan yang kita hadapi sebelum ini. Brendan Rodgers kena buat sesuatu walaupun saya yakin dia buntu kerana pemain sedia ada memang dah tak mampu nak berikan lebih dari apa yang kita harapkan. Cuma apa yang kita boleh berharap bahawa pemain dapat memberikan komitmen lebih tinggi walaupun jika tengok kedudukan liga payah nak bergerak dari tangga ke-7. 

Apr 12, 2013

LIVERPOOL LAWAN READING





























Masa lawan West Ham, segala tanggapan positif timbul. Ramai yang letak harapan tinggi dan optimis pasukan kita mudah jinakkan anak buah Sam Boroi. Namun kesudahan seri mcam tak berbaloi kerana peluang banyak dan pemain utama tak menyempurnakan tugas dengan ampuh. Dan pengajaran diharap dapat menyekolahkan Brendan agar dapat berfikir dunia realiti bukan nak berimiginasi dengan merasakan Liverpool hebat kerana sistem beliau mantap atau hebat sangat.

Saya nak bagitahu satu rahsia jangan bagitahu orang, bahawa sejak zaman Houllier, Rafa, Hodgson, Kenny dan kini Brendan, Liverpool dicorakkan oleh Gerrard bukan sistem ntah apa-apa. Kalau Gerrard menjadi maka Liverpool akan menang apa sahaja perlawanan walaupun sesukar manapun termasuk 2 perlawanan akhir paling majik yakni Final Liga Juara-Juara 2005 dan Final Piala FA 2006. Sebab itulah lejen macam Souness dan Dalglish sendiri setuju yang Gerrard mungkin lebih hebat dari mereka kerana berada dalam kesebelasan yang lemah, bukan macam mereka di era 70an dan 80an.

Mungkin ada yang anggap saya merepek, tapi kita boleh tengok bertapa perlawanan dengan Reading nanti bertunjangkan kederat Gerrard untuk menggerakkan enjin tengah. Masa lawan West Ham beliau terpaksa membantu Lucas bertahan sebab itulah kurangnya kekuatan ditengah. Berbeza Reading jika dibandingkan dengan West Ham kerana mereka main agak konservatif dengan polisi 4-4-2, namun agak berhati-hati menyerang dan selalunya melakukan serangan balas dari sayap.

Walaupun Reading adalah calon feberet untuk terjun liga bersama QPR namun kita jangan ingat mereka akan jadi tunggul kayu. Mereka mungkin akan main lebih agrresif dan cuba melakukan macam apa yang dibuat oleh Soton. Malah bekas pengurus Soton yang baru dilantik Reading, mungkin akan ciplak idea dari bekas pasukkannya. Saya harap Brerndan serta pemain berwaspada dengan penggerak serangan mereka Adam Le Fondre kerana dia ini antara penyerang prolifik Reading dan jarang melepaskan peluang yang dihidangkan.

Harapan untuk ke slot Liga Juara-Juara dah tertutup dan peluang ke Liga Europa setipis kulit bawang. Awal-awal lagi Brendan dah komen yang Liverpool akan bangkit dengan lebih selesa tanpa perlawanan di Eropah. Untuk itu saya harap Liverpool kena selitlah seorang dua pemain remaja simpanan kerana tak rugi buat persediaan awal. Buat macam kameo penampilan Jack Robinson dan Raheem Sterling 2 musim lepas. Lagipun perlawanan dengan Reading taklah nampak bakal beri tekanan buat pemain muda bukan kerana Liverpool boleh menang mudah atas kertas, tapi hakikatnya status Reading sebagai pasukan corot itu saja. Paling saya nak tengok kalau boleh Jordan Ibe sebab dengar kata dia mungkin lebih sempoi dari pemain sasaran kita Tom Ince.

Apr 9, 2013

LIVERPOOL 0-0 WEST HAM


Potong stim betul rancangan Lagho dari TV3, kuasa veto dari kaum Hawa membuatkan saya terpaksa melayari firstrow.eu untuk menonton perlawanan dengan West Ham. Kalau nak diikutkan hati nak pergi saja ke kedai mamak berdekatan, tapi kalau pergi buat-buat Mamak pun kena veto dengan Mami, makan modal. Dengan capaian internet tahap lembu, digagahi juga layan walaupun tersangkut-sangkut.

Sam Boroi memang licik dan antara pengurus yang sangat meluat. Boleh dikatakan apa yang saya tulis sebelum perlawanan benar-benar terjadi. Mereka main bermaiti-mati bertahan dan kadang-kadang menggunakan kelibat Diame dan Cole untuk meruntuhkan kubu pertahan Liverpool yang hanya dikawal oleh Carragher dan Agger. Namun begitu serangan mereka ada juga merbahaya dan Reina ada juga tergugat sekali-sekala. Saya terbayang macam lawan WBA saja perlawana ini dan kita bernasib baik kerana tidak tewas, itupun sebab Lucas ganti Gerrard menyelamatkan gol tengah garisan.

Pengadilan memang hampas itu mesti kerana takkan pengadil yang bernama Taylor nak bagi penalti dibuat Taylor,West Ham. Namun apa yang membuatkan kita tak menang ialah Suarez, Sturiidge, Coutinho telah dimandulkan oleh bek West Ham dan mereka juga berjaya menghadang 7 rembatan pemain kita. Saya tertanya sendiri kenapa rembat padahal ternyata hentian bas berada dihadapan gol West Ham. Kemasukan Sturidge nampak menyemarakkan serangan tapi beliau bernasib malang kerana gol disytiharkan curi ayam. namun saya cukup respek Kapten Gerrard yang main macam orang muda padahal dah tahap veteran.

Dalam banyak-banyak pemain West Ham, saya begitu tertarik dengan Momo Diame. Bagi pemain tahap gergasi, dia lick dan ada kebolehan mengelecek dan boleh tahan laju dari Lucas. Kalau  ada lagi klausa 4.5juta dalam kontrak beliau, saya harap sasaran pertama bukan Alonso atau Eriksen, tapi bekas pemain Wigan ini. Kita dah ramai pemain lembik, tapi kena ada juga kereta kebal untuk menghadapi lawan yang suka main ragbi. Namun kalau Brendan masih berfalsafah dasar pandang ke La Liga, tanpa melihat realiti sepak terajang Liga Perdana, saya rasa keputusan masih sama untuk musim mendatang.


Apr 6, 2013

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM



















Andy Carroll tidak akan beraksi di Anfield nanti kerana terikat dengan klausa kontrak pinjaman. Namun beiau menjadi hero West Ham menjaringkan 2 gol untuk membenam West Brom. Sam Boroi pasti akan meletakkan penyerang tegap dan gagah berani yang bernama Carlton Cole. Kesebelasan  lain West Ham saya tak pasti nak ulas kerana pasukan mereka tak mempunyai pemain yang boleh direkemen untuk Liverpool musim depan.

Taktikal West Ham dibawah kelolaan Sam Boroi, sama macam di Bolton, Newscastle dan Blackburn, bek dapat bola sepak kasi penyerang lari kejar. Pemain tengah dia cari yang tegap lagi agresif yang akan asak macam main ragbi dan banyak bantu bek  menyerang kaki pemain lawan bukannya membantu menyerang untuk buat gol. Istilah kreatif boleh diumpamakan dengan mempelbagaikan corak bertahan dan hanya sekali sekala ambil peluang dengan melakukan serangan balas bila lawan ralit menyerang.

Mana mungkin Liverpool boleh menang jika West Ham main sebgitu. Logiknya pasti West Ham akan main secara ultra defensif . Untuk menghukum pasukan yang main dengan corak sebegini, Liverpool perlu main dengan cara agak licik dan banyak melakukan larian dari sayap. Mungkin Sturiidge perlu kembali dalam kesebelasan menggantikan Downing , dengan Gandingan Coutinho-Suarez-Sturridge ianya nampak lebih cun kerana trio mereka tidak statik dan mobiliti mereka dapat mencelarukan bek lawan.

Jangan dilupa selain penyerang untuk sumbat gol untuk menang, pemain tengah adalah aset utama untuk menyusun permainan. Keupayaan Kapten Gerrard membentuk pola pemainan kita memang tak dinafikan sejak dua menjak Brendan melonggarkan sedikit corak Swanselonanya. Hantaran beliau dah macam Alonso, sekali sepak dah sampai bukan macam pemain poyo Barcelona 20 kali hantaran belum tentu sampai kat penyerang lagi. Jadi jika enjin GR8 dapat berfungsi baik beliau mungkin sekali lagi dapat pemain terbaik mcam lawan Aston Villa.

Mungkin ramai akan meneka Liverpool akan balun berguni-guni gol di Anfield.Biarlah realistik kerana saya rasa perlawanan mungkin sesengit masa kita menang 3-2 awal musim dulu. Lagi satu musim dah nak habis dan Peraduan Teka Keputusan juga masih sengit dan pemenang mungkin dapat ditentukan hanya pada perlawanan terakhir. Ayuh laksanakan tugas anda dan mari kita tengok siapa yang kena.


Apr 3, 2013

LAWATAN SAMBIL BERMAIN LIVERPOOL 2013


liverpool tour australia Liverpool Football Club Announces Summer Tour to Australia and Thailand

Pihak pengurusan Liverpool dengan rasminya menamakan Thailand sebagai destinasi jelajah Asia 2013. Bangkok’s Rajamangala National Stadium akan menjadi tempat pemanas badan dan berhimpun sekalian peminat Liverpool di cerok Asia Tenggara. Jadi kepada sekalian peminat boleh tempah tiket Air Asia sekarang dan tempah hotel bajet kawasan Bangkok. Dan jangan lupa mulakan kempen menabung sekarang untuk pergi tengok bola bukan nak pergi tengok rimau panjat tiang .

Apr 1, 2013

LIVERPOOL 2-1 ASTON VILLA


Serius saya cakap yang sepanjang menonton perlawanan Liverpool- Villa, terasa macam tengok cerita seram. Penuh adegan panik, sakit hati serta ketakutan, walaupun kesudahan yang menggembirakan. Skrip hampir sama macam lawan Soton, namun kali ini pasukan kita cukup bernasib baik. Ini kerana bek kita kurang buat kesilapan serta penyerang Villa, banyak kali juga mempersia-siakan peluang.

Benteke adalah mimpi ngeri buat bek kita. Walaupun gol beliau belum mampu memberikan kemenangan kepada Villa seperti pertembungan sebelum ini, tapi sepanjang perlawanan Carra dan Agger serta Lucas masing-masing macam nak mampus nak jaga pemain Villa itu yang macam seladang, punyalah tegap dan agresif. Saya suka pemain macamni dalam kesebelasan kita tapi dalam dunia nyata ianya mustahil kerana kurang sesuai dengan citarasa brendan.

Sepanjnag musim ini kita boeh tengok bagaimana pasukan lawan yang main agresif bakal buat kejutan kepada pasukan kita. Macam lawan Villa, pemain tengah mereka kerja mengasak pemain tengak spuaya sesak nafas dan mengakibatkan kesinambungan antara pemain tengah dan serangan macam terputus sillaturrahim. Namun kita bernasib baik kerana Suarez bukan penyerang cap ayam dia masih mampu berseorangan diatas dan membantu mengasak lawan bila mereka mula nak kuasai permainan.

Walaupun Suarez menjadi punca kemenangan dengan mendapatkan penalti, tapi seperti biasa beliau masih dengan tabiat semulajadi suka mempersiakan peluang yang terjamah.  Begitu juga Coutinho. Henderson pula jadi hero dengan gol pembukaan dengan menglob goli Villa. Baru saya faham yang goli Villa ada kekuatan dan kelemahan, kerana pada peluang Suarez dan Coutinho mereka cuba meledak bola bawah cela kankang, tapi Hendo melakukan cedokan penuh tipu muslihat.

Matlamat menuju ke Eropah tersontot juga kerana pasukan atasan semua menang kecuali Chelsea. Tapi jangan risau dan pedulikan keputusan orang lain, pasukan kita perlu membina momentum sekarang untuk persiapan musim depan. Skuad ada sekarang dah Ok, tapi perlu penambahan bukan rombakan besar-besaran. Kemasukan pemain tengah macam Alonso menang dialu-alukan, tapi apa yang nyata saya rasa setelah melihat bagaimana bek kita kena main dengan pasukan bola tinggi, pemain sehebat Hyypia adalah sasaran utama. Lepas itu barulah kena cari posisi lain yang difikirkan perlu.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails