Liverpool kalah bermaruah memberikan tentangan sengit 90 minit kepada tuan rumah. Man City saya salut sebagai pasukan terbaik dan pencabar utama kejuaraan. Mana tidaknya pasukan 4 terbaik lain banyak yang tidak bernasib baik di Eitihad, ada yang kena baham sampai 6 biji dan ada juga yang kena 4. Setakat tewas 2 gol saya rasa taklah seburuk kita lawan Hull sebelum ini, kerana pasukan kita tak kurang mempunyai beberapa peluang terbaik yang dipersia-siakan oleh Coutinho, Johnson dan Sterling.
Bukan setakat peminat yang mengecam mutu pengadilan, Brendan juga telah mengejek pengadil serta pembantunya lagi 3 ekor. Saya yakin Brendan akan dihukum diatas komen sebegitu. Namun Brendan faham yang dia terpaksa menghamburkan sebegitu untuk elakkan anak buah beliau berada kecewa kerana dipermainkan oleh mutu pengadilan yang haprak. Paling tak boleh belah ialah insiden bola yang dihantar oleh Suarez kepada Sterling dikategorikan curi ayam, tapi sebenarnya tidak dan seluruh dunia boleh jadi hakim.
Seperti perlawanan dengan Cardiff, penumpang dalam pasukan sekali lagi milik Johnson dan juga Skrtel. Gol pertama jaringan Kompany memang silap Skrtel yang orang suruh celen bola tinggi bukan tarik jersi. Dengan senang Kompany merejam deras walaupun kita nampak Allen boleh cuba mengeluarkan bola namun kedudukan beliau agak kedalam gawang. Gol Negredo mungkin dikepala banakan untuk Mignolet, namun ketika serang balas, Johnson nun berada dekat penjuru kotak D lawan dan memang takkan dapat nak turun ligan pemain lawan.
Cissokho yang turun menggantikan Flanagan memang tidak diberi harapan oleh peminat. Ramai yang tidak bersangka baik keranan memori dan trauma peminat ketika lawan Arsenal masih dalam ingatan. Namun beliau mencuba sedaya upaya dan Navas jarang boleh lepas dengan Cissokho dan sekali sekala saja, itupun setakat gelecek kat luar kotak. Persembahan Sterling sekali lagi harus dipuji, selain dari terlepas peluang dari hantaran Suarez, yang lain kiranya sukses dan berjaya. Allen dan Henderson dan jadi watak utama dan posisi satu lagi Gerrard dan Lucas rasanya kena berebut lepas ni.
Saya amat optimis yang pasukan kita sedang dibawah jurulatih yang berbakat. Walaupun masih muda dalam dunia politik Liga Inggeris, dia amat berani dan tegas. Saya tak mahu beliau dicop pengganti Ferguson yang suka komen buruk-buruk pengadil yang tidak memihak kepada beliau. Tapi ada masanya kena akur dan ada masanya bangkit melawan. Dengan situasi dan semangat yang ditonjolkan oleh pemain, perlawanan akan datang mungkin tak sesukar seperti tadi. Yang penting terus berusaha dan kekalkan persembahan mantap macam tadi
orait harap kita boleh main sebaik ini lawan man city di Anfield dengan player ke 12 Liverpool (penyokong ) bukan linesman eh...
ReplyDeleteKalah mmg sedey ar..tp kalau main mcm pg td tiap2 game lapas ni mmg kita boleh jd contender..cuma setiap game tu kena konsisten..
ReplyDeletekita tggu perlawanan di stadium keramat anfield pula menentang man city ni.. saya rasa mereka tidak la sekuat mana yg digembar gembur kan.. harapkan si sauh kapal yaya toure aje. cume team liverpool mmg kurg bersedia semalam selepas flano tidak diturunkan. cisoko masih belum lengkap utk menggantikan flano yg injurd.. selalu tinggal position da mcm main Left wing pula tgk. LB mmg sdh pasti milik kekal flano skrg. krana dia mampu offensive dan defensive dlm masa yg sama. jika perasan kebangkitan liverpool juga menyerlah semenjak flano main di LB . liverpool baik bertahan di kubu kiri dan more attacking option. -cute tinho10
ReplyDeleteSatu ulasan yang cukup baik daripada tuan blog untuk peminat yang berhati lara dengan kekalahan ini. Perlawanan dengan Chelsea nanti wajib menang untuk mengekalkan jangkauan kita ke UCL musim hadapan. Liverpool Boleh! #YNWA!
ReplyDeletexpe2.. aku dh repeat kan ps2 td.. menang 4-1.. YNWA!!!
ReplyDelete-azlan86-