Dec 5, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 3-4 BOURNEMOUTH



Perlawanan dengan Bournemouth dah jadi macam cerita lumba lari arnab dan kura-kura. Arnab memang dikenali dengan hebat lumba tetapi bila dah sombong terlelap seketika akhirnya kura-kura yang sampai digarisan penamat sebagai pemenang. Itulah adat dalam bolasepak sebelum wisel penamat dibunyikan, jangan dok main selesa hatta beberapa saat lagi perlawanan tamat.

Sebenarnya Klopp pasrah dengan ketiadaan beberapa tonggak utama. Barisan depan memang tak berapa nak kisah, tetapi bila Matip tak dapat beraksi itulah segala puncanya. Betul Lucas nampak eksyen masa lawan Leeds, tetapi serangan Leeds tak sama kelas dengan Bournemouth. Walaupun masalhnya bukan Lucas puncanya tetapi pengurusan pertahanan oleh Matip memang tak boleh diganti Lucas, apatah lagi kekurangan fizikal dari segi tinggi dan Lucas kurang agresif.

Liverpool bermula dengan angkuh walaupun di laman orang. Sejak awal permainan memang Liverpool kuasai permainan dan buat Bournemouth terperosok dikawsan sendiri. Hinggakan bila mereka nak buka ruang sikit nak menyerang, Liverpool menghukum mereka dengan gol pembukaan Mane. Hasil hantaran lambung Emre, mencari Mane yang buka larian. Bek lawan Ake ditinggalkan Mane, tetapi Boruc menyerbu konon nak membantu tetapi Mane dengan bijak menguis bola kedalam gawang.

Ketika ini barulah Bournemouth nak berasa nak main serang balik. Liverpool pula bagi ruang sedikit kepada mereka dengan mengendurkan serangan dah banyak main hantran selamat dikawsan sendiri. Tetapi itu taktik sempurna, bila lawan alpa satu serangan balas Liverpool sekali lagi memusnahkan kubu Bournemouth. Hantaran pantas Hendo kepada Origi hasil serangan kilat memang bahaya. Bek lawan terdedah, dan Boruc sekali lagi menyerbu konon nak tutup ruang, tetapi Origi bijak melakukan sepakan lencong menjadikan Liverpool kian angkuh didepan.

Pertukaran taktikal Bournemouth diseparuh kedua dengan memasukkan Ibe bukanlah impak utama. Tetapi Ryan Fraser adalah dalang pemusnah Liverpool. Kalaulah Stanislas tak cedera dan Fraser tak masuk lain cerita kan jadi mungkin. Sejurus masuk, pemain lincah itu menaikkan tempo tuan rumah dengan begitu cemerlang. Larian beliau cuba nak masuk dalam kotak penalti dkekang Milner, namun terjahan dari belakang memang tak selamat nak bentes pemain laju. Penalti diberikan tanpa prejudis dan Wislon mengembalikan maruah tuan rumah dengan bangit 2-1.

Kita mulanya dah cuak, adakah Bournemouth akan bangkit nak mengamuk atau itu sekadar ribut dalam cawan, sekali hirup selesai masalah. Namun apakan daya tuan rumah sedang beria-ria nak bangkit mereka dapat kejutan bak kena karen 240Volt. Mane dengan penuh bergaya meggelecek lawan dan melepaskan bola kepada Emre yang melalukan sepakan lencong melepasi Boruc yang hanya mampu terbang bergaya tanpa dapat menyelamtakan bola untuk Liverpool lagi bertambah sombong dengan 1-3.

Namun satu lagi pertukaran yang berjaya mengubah takdir Bournemouth ialah kemasukan Benik Afobe. Beliau berjaya memesongkan dan menjadikan Lucas lubuk serangan. Serangan kilat tuan rumah memang pantas, tetapi yang membuatkan mereka berjaya ialah cara Liverpool bertahan dengan terkial-kial. Sorang demi sorang tak dapat halang serangan kilat Bournemouth. Gerakan dari sayap lawan mencari Fraser yang merembat masuk gol yang membangkitkan nafsu serakah mereka nak bagkit mengamuk.

Origi main tak henti-henti sejak lawan Sunderland. Dia memang nampak kebocoran teruk. Gol sebelum ini pun sebab dia sebab kantoi hingga serang balas lawan berlaku. Gol penyamaan Bourenmoth punya sebab sikap beliau yang hanya tolong tengok bila bola dikeluarkan dari kawasan bahaya dan lawan ambil kesempatan untuk gunakan kepanikan pertahanan Liverpool melakukan hantaran dalam kotak dan tak semena-mena camna bek lawan, Cook merembat masuk gol penyamaan 3-3.

Tuan rumah mengamok sampai tak bagi peluang Liverpool bangun. Dah macam samseng, tibai lawan sampai lembik. Kemenangan tuan rumah memang tak dijangka tetapi Karius dah macam hilang akal, badi hampas Borus terbang kepada beliau. Rembatan Cook dari luar kotak memang laju tetapi tangkap macam orang kena parkinson, bola terlepas dan bek lawan Ake yang main sebagai penyerang membalas dendam sebab penalti tak dapat separuh masa pertama, menolak masuk bola kantoi kedalam gawang Liverpool. Muktamad 4-3 kemangangan buat Bournemouth.

Keputusan camni kita dah biasa lalui musim lepas. Ingat lagi lawan Soton, dari didepan 2-0 bungkus 3-2. Ini kali kedua Liverpool tewas musim ini dengan pasukan bawahan. Masa lawan Burnely kita main dengan kekuatan sebenar, itu mengejutkan sebab serangan tak efektif. Tetapi kali ini serangan kita nampak cemerlang tetapi bila bertahan dari serang balas, kita lemas itu yang mengecewakan. Klopp akui benda bangan ni sealu berlaku, tetapi camna nak ambil ikhtibar dari itu yang kena ikhtiar. Salah satunya kena bangkit masa lawan West Ham nanti. 

11 comments:

  1. Lepas nie boleh guna migno dah

    ReplyDelete
  2. malas betul nak masuk ofis hari ni. asyik kena bahan je. lepas lunch nanti pun belum tentu habis..

    apsal la klopp lambat masukkan plan b...

    ReplyDelete
  3. Memang sangat2 kecewa. Aq sebenarnya malas nak buka blog ni dan baca tntang kekalahan liverpool. Aq trima kekalahan tapi bukan masanya. Aq x dpt tngok live sbb bgi pluang family nnton gegar vaganza final. Aq x sangka betul boleh kalah. Memang nasib malang menyebelahi kita. Ala aduhai...Chelsea makin jauh kehadapan. Hidup bagaikan roda hari tu Chelsea kena teruk dgn arsenal skrng liverpool. X sabar nak tnggu kputusan next week utk lenyapkan kekecewaan ini. Itupun klau mng la.

    ReplyDelete
  4. Semua Fan bengang dgn perlawanan camtu.
    Tapi apa boleh buat kena perbaiki lagi pertahanan
    Main jangan over attacking sangat..

    ReplyDelete
  5. pengajaran paling berguna...
    perjuangan masih belum berakhir..

    ReplyDelete
  6. entah la bro aku tgk 2nd half bila liverpool dh lead 3-1 liverpool main def deep sgt.dh tkde dah gegen pressing. tu yg sdap je lwan goreng kt base kita, bila terlalu bertahan tu lah jd nye. semua leka ,alpa, ngigau kt atas pdg. tu lah yg jd dkt karius. klopp patut asak ke depan .bkn dduk def deep sgt. kelaut semuaaaa. sedih pedih koyak. kita dh 4 mata beza dgn pedahulu, lpas ni game chelsea semua senang2. haish

    ReplyDelete
  7. liverpool ni badi dengan huruf B. . .Adakah huruf 2 B ni nanti akan menghantui liverpool dalam aksi timbal balik di anfield. . .Oh takutnya. . .

    ReplyDelete
  8. Apapun game smlm.. Mmg bengang dengan karius.. Klopp pn 1 apela y dia pndg sgt dkt bdk ni.. Da tgk sng bolos wlupn team bwh x byk peluang.. Msh nk mainkn lg dia ni.. Mignolet da ble main da ni Klopp mggu depan.. Hrp muka je karius lawa save bola haprak..teruk2 Mignolet pn ada jga terbang2..

    ReplyDelete
  9. Apapun game smlm.. Mmg bengang dengan karius.. Klopp pn 1 apela y dia pndg sgt dkt bdk ni.. Da tgk sng bolos wlupn team bwh x byk peluang.. Msh nk mainkn lg dia ni.. Mignolet da ble main da ni Klopp mggu depan.. Hrp muka je karius lawa save bola haprak..teruk2 Mignolet pn ada jga terbang2..

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails