Sep 17, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 2-1 CHELSEA


Tiada perlawanan Eropah bagi Liverpool dan Chelsea, bermakna tiada alasan tak turunkan pemain utama. Cuma Liverpool kurang bernasib baik dengan kecederaan Firmino disaat akhir. Namun ianya rahmat buat Coutinho bila dia terus main dalam kesebelasan utama menggantikan Firmino diposisi serangan kiri. Kembalinya Lovren dari kecederaan menamatkan kerisaun benteng akan dikemudi Lucas. Kita bukan tak percaya Lucas namun dengan Chelsea, perlu pertahanan kental rohaniah dan jasmaniah macam Lovren untuk hadap Costa si celaka musibat.

Klopp dah buat kerja rumah yang teliti mengenai Conte-Chelsea. Tewas dalam pra-musim haritu macam periksa percubaan SPM, gagal tapi tak mengapa bila periksa SPM betul dah tahu nak perbetul apa yang silap masa percubaan dan buat sehabis baik. Jadi Klopp letak taktikal yang lebih mesra Chelsea. Chelsea main secara tersusun macam bangku bas dengan 4141. Manakala Klopp masih tegar dengan 433. Kelebihan tuan rumah tak bermakna buat Chelsea sebab mereka masih belum berani nak main terbuka. Sebabnya Swansea dah bagi pengajaran buat Conte bila seri 2-2 haritu.

Corak Chelsea agak perlahan sejak awal permaian. Itu satu kelebihan buat Liverpool, bila mereka terlalu berharap kepada Hazard dan William untuk pecah kebuntuan dengan larian dan hantaran kepada Costa. Costa sering diapit Lovren dan Matip bila mana dia dikawasan bahaya, jadi pemain kreatif mereka hanyalah Oscar dan beliau tak mampu nak membantu serangan dari tengah. Sebab yang terutama ialah kombinasi Lana-Hendo-Gigi. Macam juga serangan yang fleksibel, Hendo mungkin banyak dibahagian bertahan, namun Lana dan Gigi buatkan tengah kita menggigit Chelsea dari bermain dari tengah.

Mungkin Conte dah siapkan formula nak diamkan Mane dan Coutinho dari membantu Sturridge kat atas. Kita akur dia memang hebat kat situ. Susah juga nak lolos diri dari kepadatan pemain dalam kawasan Chelsea. Ianya umpama pengalaman nak cilok masuk dalam perut Bas Mini KL, dah la padat, bau tengit serta kena hati-hati dengan penumpang kaki raba amoi, pencopet dan juga Mat Gay. Namun pemain kita dah bersedia dengan semua itu, bila semua perancangan nak bolos melalui cara biasa tak mengena ada satu lubuk gol yang Liverpool bijak pergunakan iaitu ketiadaan organisasi bertahan bila David Luiz masuk ganti Terry.

Kita harus berterima kasih kepada Ivanovic. Dia memang makanan lazat serangan Liverpool. Milner boleh kata kena kekang William sahaja ketika bertahan, berbanding Clyne yang kena hadap Hazard dan Azlicipueta sekaligus. Ivanovic memang gunakan kekuatan fizikal tetapi dia terlepas sekali bila kakasaran dengan Lana tetapi dengan Gigi pengadil berikan sepakan percuma kepada Liverpool. Coutinho main bola pendek dengan Milner.  Milner kembalikan kepada Coutinho yang melepaskan hantaran lencong mencari Lovren dan juga Mane yang tak dikawal. Jadi dengan mudah Lovren menampan bola melepasi Courtoius untuk Liverpool mendahului 1-0.

Kita tengok sekali imbas, macam pemain kita berada dalam keadaan offside. Yang sebenarnya betul hanya Sturrdige  seorang sahaja offside, tetapi Mane dan Lovren sebaris dengan barisan pertahanan Chelsea. Sturridge main bijak sebab dia naik dan tak cuba menerpa kembali nak dapatkan bola hantaran Coutinho. Kalau dia yang pergi dan jaringkan gol sah-sah penjaga garisan akan angkat bendera. Kita nak bagitahu yang dalam situasi 5 lawan 5 dalam kotak penalti , pertahanan Chelsea memberikan peluang mudah kepada Liverpool. Mereka berada terkedepan dan tak sangka ramai pemain Liverpool dah bersedia dibelakang mereka macam buaya lapar.

Liverpool main makin selesa bila mendahului dan biar pula Chelsea seketika cuba menyerang. Tetapi Chelsea hanya punyai peluang dari sepakan sudut dan percuma. Kat sini kita nampaj berapa bahayanya Luiz bila menyerang. Dia memang punya keupayaan tandukan dan mampu buat Mignolet berpeluh juga sekitika. Liverpool membunuh keyakinan Chelsea untuk bangkit bila Kapten Henderson mendapat bola kantoi dari pemain Chelsea dan merembat masuk satu sepakan jauh dengan melecong melepasi Courtois. Liverpool mendahuli dengan 2-0. Kita rindui jaringan Hendo yang sebegini. Kalau pemain tengah dapat bagi sumbangan gol camni, taklah letih nak harap penyerang sahaja nak bagi gol.

Separuh pertama tamat dengan Liverpool rehat bergaya dengan  mendahului 2-0. Ianya satu kelebihan yang perlu dikekalkan tetapi separuh kedua bermula dengan Chelsea pula bermula dengan garang. Apa yang Conte mencarut dalam bilik persalinan kita tak tahu, tetapi ternyata mereka dah jadi pasukan lain separuh masa kedua. Mereka temui jalan yang terbaik main dengan kesebelasan yang sama. Ianya dengan bermain hantaran jauh dan bertukar-tukar hantaran dari sayap-kesayap. Ianya bertujuan nak letihkan pemain Liverpool dan terkejar-kejar bola kesana-kesini. Nampak makin terdedah lubuk serangan bagi mereka.

Kat sini betul-betul perlu pemain perlu kekalkan kewaspadaan tinggi. Buat kesilapan walapun kecil memang bawa padah. Satu lagi stamina pemain memang cukup penting. Contoh macam gol saguhati Chelsea dari Costa. Gerakan dari Matip ditengah, memag Lana menyerbu nak halang beliau, tapi kantoi kena botoi sebab nampak Lana dah keletihan sikit. Matic masuk lagi kedepan dan lorongkan bola kepada Hazard. Hazard kembalikan bola kepada Matic yang masuk kedalam kotak penalti. Memang situasi ni ckup bahaya, tetapi Hendo tak fokus nak kejar Matic. Tapi Matic ni cerdik juga dia dapat lepas dari terjahan Matip, lepas itu terjahan Lana. Lalu menghantar bola kepada Costa yang berada dikedudukan terbaik untuk meledakkan gol. Chelsea kembali nak bangkit dengan 1-2.

Costa hampir menyamakan keputusan. Hasil gerakan tandukan Oscar dari hantaran lambug dari kanan, Costa melepaskan sepakan lemah dan berjaya diselamatkan Mignolet. Kalau kuat sikit rasanya mungkin kebarangkalian nak gol tu cerah dengan reputasi Mignolet. Juga kalau masuk lagi kembang bontot mamat Brazil muka cam Bangla tu. Namun segalanya tak bermakna lagi kerana sejurus gol Costa lepas itu, Liverpool dah kembali dalam moda bertahan dengan susunan bas. Kali ini betul-betul menjadi sebab Chelsea pun mati akal sampai lagi 5 minit terakhir bukan tukar satu tapi 3 pemain sekaligus konon nak ubah serangan. Tapi semuanya dah terlambat dan Liverpool pulang dari Stamford Bridge dengan 3 mata penting.

21 comments:

  1. Terbaik bro.. saya dah follow blog ni dri musim 06-07 lgi.. mmng ulasan terbaik.. teruskan berkarya jangan berhenti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah follow lama. Patut kena rajin2 komen lar. Saya nak rakan2 pembaca ulas dan komen. Baru meriah. Blog ni tempat luahan perasaan. Nak puji, marah, nak turun ilmu atau nak kutuk pon takpa. Kami terbuka.

      Delete
  2. Syukur sesangat dpt 3 mata d stamford bridge. Rsanya gol dhsilkan abg hendo mgkn mnjdi gol yg trbaik blan ni. Ssah nak dpt gol mcm tu. Blan lalu pula gol mane mnjdi plihan rmai. Mggu dpan kat anfield, do the best. Tahniah member lain yg dpt teka btul. Hari ni saya mndpt 2 khabar baik skaligus. YNWA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gol terbaik yang sekian lama menghilang dari seorang pemain power mcm Hendo.
      Bro dah masuk carta peneka tetapi, awas jangan miss teka. Laluan masih terbuka untuk dpt hadiah.

      Delete
    2. Saya join teka keptsan bkn nak hdiah. Skdr nak njoi dan fun. Huhu.. Tapi klau dah mng mmng rzki la.

      Delete
  3. Fuhhh... memang debor tengok game pagi tadi.. huhu.. Alhamdullilah menang jugak... YNWA

    ReplyDelete
  4. Terbaik ulasan..game pagi td berdebar second half. Nasib menang..

    ReplyDelete
  5. sayang betoi la bole bolos...ak teka 2-0 kot smlm....huaaaaahuaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liverpool wajib bolos. Take Note bro. hahaha

      Delete
  6. Sy sblm ni xpernah lg nk teka tp lps ni nk teka la.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lepas peluang join , bukan kena duit pendaftaran pun.

      Delete
  7. Kalo header origi smalam masuk dah btul tekaan 1-3..hehe. kureng 1 plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bukan rezeki.
      Cuba lagi bro.
      Tapi jangan risau ko dh masuk carta

      Delete
  8. liverpool kne consistent menang lawan team bawah.. kte dah dpt 10 point lawan team power.. contoh kita kalah dgn burnley mmg rugi.. kalau bole menang lawan team bawah confirm liverpool bole cabar liga, sbb kte mmg ske team kuat yg main open

    -azhar ynwa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lawan Hull minggu depan baru kita tengok apa penambahbaikan kalah dengan Burnley dulu. Rasanya Hull lagi bahaya kalau ikut rekod 5 perlawanan ni.

      Delete
  9. Tp rasenye smlm tempo liver agak slow sket..xmcm game sblm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat main tempo laju masa pre season. Last2 kena tapau 0-1. Klopp dh tahu camna nk counter taktik Conte, jd dia main slow tp efektif

      Delete
  10. terbaik bro, tkde la mcm insta abang bola tu, dia bahan team orang bole, bila dia plak kene bahan terus block gue di ig hahaha langsung tak professional. nmpk sgt tisu kahkahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita nk bahan team lain berpada2 . Setakat perli sikit2 takpe lepas geram. Tapi hati kena kental. Takut org bahan balik berdarah telinga. Aku suka YB KJ, walaupun kena bahan sbb dia fanatik Menyu.. still kool. Tp hati dlm sape tahu yerrkkk... Najib lg kool dh lama tak mention Menyu.. dh tuakau Mensiti plak kot..Hahaha

      Delete
    2. hahahaha tu lahh. kite ni dh biasa dh tiap tiap tahun kene bahann. steady je haha

      Delete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails