Majalah bolasepak Malaysia saya tak beli sebab kat rumah sewa ada peminat tegar Liga Malaysia. Semangat Nasionalisma beliau memang masuk kepala dengan saya dan kami bertukar-tukar majalah bola. Zaman dulu tiada internet, tiada sumber nak layan cerita berita Liga Inggeris kecuali akhbar Malay Mail atau The Star. Kalau ada itu pun ciput saja, tapi setakat nak tengok keputusan perlawanan dan sikit-sikit berita basi dunia Liga Inggeris.
Zaman Stadium Astro, bersepah-sepah majalah bolasepak tentang Liga-Liga di Eropah dalam versi Inggeris mahupun Bahasa Malaysia termasuklah Majalah Pasukan Man U yang syok sendiri. Tapi bagus jugalah daripada baca majalah Mangga. Sayang sekali Persatuan Kelab Peminat Liverpool Malaysia (LCSM) tak ambil inisiatif dengan Liverpool untuk menerbitkan majalah Liverpool versi Bahasa. Jangan takut saya sendiri sanggup langgan tak kira berapa harga.
Walaupun zaman IT boleh baca berita terkini dan komentar dalam web atau blog. Namun budaya membeli majalah tentang bola tak reda. Paling pokai pun dua bulan sekali beli majalah. Disamping hobi dapat juga klaim untuk tolak cukai pendapatan. Buat masa sekarang saya paling suka beli majalah wisel bagi versi Bahasa dan FourFourTwo bagi versi Inggeris. Saya bukan dapat apa promo 2 majalah ini, tapi bagi saya olahan Wisel terbaik dan 442 pula ada paling sempoi bukan sahaja cerita pasal pasukan bola, tapi info dan ilmu bolasepak banyak ada dalam majalah itu.
btul tu bro..match ngn shoot mmg sesuai ngn teenagers yg baru nk lyn bola...pastu dh matured skit lyn fourfourtwo uk,world of football ngn champions league mag..nsb baik 442 ade versi malaysia..klu x mmg parak la rege nk dkt 30 rngt satu..
ReplyDeletehahaha...mmg teringat memory mase lyn majalah MATCH.. time tu liverpool ngah top dgn geng 'spice boys' dorg...aku time tu ngah minat kt mcmanaman...hehehh..mmg mahal harga nye,keluaran nya plak tiap minggu,so aku pau duit mak aku utk beli versi yg agak ketinggalan ckit & harga dia pon murah ckit kt kedai majalah org india area jb ni dlu..mak aku pon support je aku,konon nk suh aku advance kan english aku...hahahaha... 2 zaman skolah la...skang ni lyn kt internet jek,melambak ade info & rumours...sume nye di hujung jari...
ReplyDeletemajalah bola masa tu mendapat saingan sengit dari majalah GILA-GILA..ahaks..YNWA..
ReplyDeletehttp://simple-mzs.blogspot.com/
I like majalah ujang..
ReplyDeleteGila-Gila utk otai2.. Ujang baru naik time tu.
ReplyDeleteBerbalik kpd topik, hampir 80% koleksi majalah aku telah masuk muzium "Sulat Khabar Lama". Mak aku dh kasi setel sbb nk 5s bilik aku yg nk di takover oleh adik aku. Kalau tak bleh senyum sorang2 kelebek nostalgia lama.
Kepada peminat-peminat LIVERPOOL, ARSENAL, MANCHESTER UNITED, CHELSEA ... Rasanya tak rugi kalau anda spend sedikit wang untuk memiliki cadar2 ini http://www.kedaicadarku.blogspot.com/2012/10/cadar-queen-fitted-comforter-kartun.html
ReplyDelete