Tragedi Hillborough mendapat pengadilan sewajarnya. Pihak yang teraniaya yakni peminat Liverpool dan keluarga 96 peminat yang terkorban khasnya berasa gembira tetapi masih terkilan kerana setelah 23 tahun barulah kebenaran diterungkai. Pihak kerajaan pimpinan Magaret Thacher dan Polis Sheifield adalah pihak yang menyorok dan menjadikan tragedi itu yang terburuk di Eropah dan paling menyedihkan mereka menyalahkan peminat Liverpool yang dikatakan mabuk dan merusuh.
Paling mengejutkan menurut laporan nyawa 48 orang masih boleh diselamatkan jika pihak perubatan dibenarkan masuk kedalam stadium. Ramai yang masih nyawa-nyawa ikan dibiarkan begitu sahaja kerana bantuan perubatan tidak dibenarkan masuk oleh Polis atas alasan Hooligan dok mengamuk. Lagi satu pihak keselamatan tidak mengendahkan rayuan wakil Liverpool dan Forest untuk menangguhkan perlawanan. Ini merupakan kebanganangan polis Britain dalam menjaga lautan manusia.
Yang berlaku telah berlaku, pihak Kerajaan Britain, Polis dan FA telah meminta maaf begitu juga akhbar paling dibenci peminat Liverpool yakni The Sun. Namun paling palat ialah editor yang menulis berita bersifat fitnah Tragedi Hillborough , Mckenzie masih diam membisu dan mungkin dia masih percaya dan tetap dengan pendiriannya bahawa peminat mabuk Scouserlah yang menjadi punca tragedi. Harap Kumpulan JFT96 dan keluarga peminat yang terbabit mengambil tindakan undang-undang keatas beliau.
Mukadimah diatas terlalu ringkas mengenai Tragedi Hillborough namun ianya kemenangan berharga peminat Liverpool sebelum aksi menentang Sunderland besok di Stadium Of light. Setelah seminngu disajikan perlawanan antarabangsa, kini semua peminat yang tak sabar-sabar nak lihat pemiain kita beraksi semula. Setakat ini dua pemain balik cedera yakni Martin Kelly dan Joe Allen. Namun kecederaan Allen dengar kata bukan kritikal tapi masih 50-50 diturunkan. Pemain lain sihat wal-afiat kecuali Enrique yang memang tak main dari awal lagi.
Reina
Johnson Skrtel Coates Agger
Sahin Gerrard Shelvey
Sterling Borini Suarez
Barisan diatas saya rasa cukup cun untuk menentang Sunderland jika Allen masih cedera dan Shelvey memang calon sesuai kerana tiada siapa lagi dari barisan simpanan untuk main disitu. Cuma Brendan kena letakkan Borini ditengah kalau mahu lihat pemain Itali itu main selesa bukannya disebelah sayap. Suarez yang patut disayap kerana dia bukan prolifik tapi lebih kepada perancang gol. Barisan pertahanan perlu dirombak dengan meletakkan Agger dikiri kerana Enrique masih belum cergas.
Jangkaan saya dengan prestasi sedia ada ditambah dengan ketiadaan penyerang sempoi, Sunderland bakal main menyerang dan pasukan kita hanya main hantar bola kesana kemari dan menggunguli peratusan kawalan bola. Bukan nak memandang rendah keupayaan pasukan tapi pemain kita dah tak menggerunkan lawan macam 5-6 musim lalu. Walaupun begitu keupayaan nak menang bergantung kepada aspek utama yakni tidak bolos dengan kesilapan dan penyudah yang mantap tanpa mempersiakan peluang. Apa pendapat anda setuju atau tidak sila teka siapa yang akan kena.
Liv2-0 sundalan
ReplyDeleteLiverpool 3 - 1 Sunderland
ReplyDeleteaku nk mcm nie;-
ReplyDelete--------reina------------
glen-skrtel-agger-enrique
---gerrard--allen------
-----jonjo shelvey------
suarez--borini--sterling
menang 2-1 cukup la.
-pokdin-
mana mungkin tak bolos
ReplyDeletetapi berharap sgt kita yang score lebih...
liv 3-2 SUNdalan
Sunderland 1-2 Liverpool
ReplyDeletesunderland 1-3 liverpool
ReplyDeletei think liverpool 2- 1 sunderland
ReplyDeleteJonjo will score =0
Sundeerrr 0-1 Kolam Hati
ReplyDeletenak predict tggi2 takut dgn prestasi player skang ni..
ReplyDeleteapa pon kemenangan perlu dicari..
liverpool 3-1 sunderland