Jan 22, 2014

TIAGO LLORI DIPINJAM KE GRANADA


Beli mahal kemain, tapi tak beri peluang langsung hatta untuk perlawanan Piala. Wahhal dia boleh main sebagai Bek Kiri atau Kanan dengan selamba. Saya yakin Llori bukan calang-calang budak. Dia ada potensi  bukan kerana kepantasan sahaja tetapi agak agresif dalam rampasan bola. Itu apa yang saya tengok masa Nex Gens musim lepas. Granada boleh berikan masa permainan untuk Llori menyinar.

Jan 21, 2014

KEPERLUAN JANUARI PENGGANTI LUCAS


Nilai seorang pemain bertaraf Penguatkuasa (Enforcer) Tengah yang dimiliki oleh Lucas amat simbolik dalam pasukan kita. Lucas 3-4 tahun lepas memang dah tak sama kualiti dengan Lucas yang cedera minggu lepas. Namun peranan beliau amat penting dan ketiadaan beliau menjejaskan kestabilan pasukan. Pemain penguatkuasa macam Mascherano adalah paling mantap dalam sedekad lalu, Lucas pengganti yang nampak lebih profil rendah namun semua kerja kotor dibereskan tanpa banyak komplen  dan pemain lain cuci tangan.

Saya hairan percubaan eksperimen pertama Brendan untuk meletakkan Gerrard sebagai Pirlo versi Liverpool. Pirlo dalah Pirlo dan kualiti Pirlo adalah ekslusif hanya di Serie A. Kalau dia main di Liga Inggeris, Pirlo akan bakal menerima nasib yang sama macam Juan Sebastian Veron. Di Liga Inggeris mobiliti pemain tengah adalah isu besar. Barangsiapa yang hanya pandai buat hantaran tapi bila kantoi dia lambat bertindak, maka balasan azab akan diterima oleh pertahanan dan goli. Kalau nak main jugak Gerrard sebagai perancang di bawah, kena panggil balik Gerrrard Houllier dia tahu apa nak buat.

Suka atau tidak kena faham realiti. Liverpool jika nak pergi jauh dalam kelompok elit untuk Liga Juara-Juara, kena bijak dan sentiasa bersiap sedia. Peluang Januari ini saja yang kena gunakan sewajarnya untuk muhasabah diri. Bagi saya Brendan kena tegas dengan FSG serta gabungan panitia pemilihan pemain. Kalau betul Brendan mahukan pengganti Lucas, dia kena dapatkan yang terbaik dipasaran bukan tangkap muat untuk jimat poket FSG demi falsafah mekanisma penjimatan ala Arsenal.

Ramai yang saya dengar mahu dibawa masuk ke Anfield, tak payah lah nak disebut sebab belom tahu kesahihan . Cuma dalam keadaan persaingan yang kurang oleh pasukan lain untuk pemain diposisi itu saya rasa Liverpool ialah destinasi cocok bagi pemain tengah yang berkalier yang mahu menjadi pemain utama. Saya tak kisah tua atau muda pilihan Brendan, tapi yang penting pemain itu perlu memenuhi kriteria yang lebih kurang Lucas atau bonus kalau kita dapat yang lebih dari itu. Buat Brendan, John Henry dan panel pembelian pemain, jangan hampakan harapan peminat.


Jan 19, 2014

LIVERPOOL 2-2 ASTON VILLA


Kamu mungkin berasa selesa kerana Liverpool tidak kalah pagi tadi. Tapi bagi saya peluang terbaik untuk mengekalkan peluang ke Liga Juara-Juara kian meruncing kerana tercicir 2 mata berharga di Anfield. Apa nak berkira sangat dengan 2 mata jauh lagi bulan May anggapan sesetengah peminat. Ya sememangnya kalau kurang separuh mata sekalipun, kita dengan pasukan Everton, Spurs dan mungkin Man U boleh dikira jauh dari selamat dek kerana keputusan dari perlawanan wajib menang tadi..

Saya tahu Brendan mahu tekan Villa dengan main formasi menyerang ala Gung-Ho. Tapi letak Gerrard sebagai pengganti Lucas dan bergandingan dengan Hendo memang satu taktikal bahaya. Gerrard bukan reti main macam Pirlo walaupun hantaran jauh mereka sama-sama hebat. tambahan pula Hendo yang kena kejar pemain tengah Villa yang nampak laju dan agresif ketika ada atau tiada bola. Lagipun Villa macam dah tahu kelemahan Gerrard sejak awal sepak mula lagi.

 Gol pertama contohnya, walaupun memang Curi Ayam, tapi barisan pertahanan kita tak mampu mengejar lawan yang pantas melakukan serang balas dan bek kita hanya mampu meramaikan majlis, tapi tak mampu halang lawan jolok bola masuk kedalam gawang kita. Gol kedua, salah faham Johnson dan Mignolet. Tapi berat nak cakap yang beliau dah selalu buat silap kebelakang ini dan tiada siapa nak bersaingan dengan beliau kecuali Jones yang langsung kurang disayangi Brendan.

Dalam dok main serabut, nasib baiklah Sturridge menyelamat keadaan dengan gol penaik semangat setelah peminat sedang panik dengan ketinggalan 2-0. Separuh kedua, Coutinho dikeluarkan atas dasar taktikal dan dimasukkan Lucas. Kemasukan beliau barisan tengah nampak kemas dan tertib serta dah kurang kelam kalibut. Ketika itu juga barulah Gerrard main macam Pirlo dengan hantaran jauh kepada Suarez.  Suarez pandai main akal dengan meluru kearah goli Villa yang dah tentu akan tangkap kaki Suarez bukannya bola yang dikuis awal oleh Suarez. Gerrad dengan kool menyudahkan penalti untuk pasukan kita seri 2-2.

Macam mana kita tak hampir kalah, kerana percaturan silap Brendan. Namun kita harus juga puji Brendan kerana dia akui kesilapan dengan memasukkan Lucas sejurus separuh kedua. Namun nasib tak sebelahi kita kerana disaat dia teramat diperlukan masa itulah dia cedera. Kemasukan Allen boleh tahanlah juga tapi apa nak buat nasik dah jadi moi, nak undur balik 2 gol yang kantoi bukan mudah dengan pemain kita yang kadang-kala buat mangkaq macam Cissokho yang sepak macam main ragbi tinggi sampai ke planet.

Kehadiran Towkey Henry dan Madam Linda memang bagus masa main teruk ni. Biar mereka tengok betapa pasukan kita kena penambahbaikan lagi Januari ini. Jangan dok kemut nak tulis buku cek beri kat Brendan untuk beli pemain. Dan Brendan jika Henry dah bagi duit nanti jangan dok memboros beli jajan plak Beli pemain yang sangat perlu iaitu pemain yang macam Mascherano. Kalau ada duit belen lantaklah nak belia siapa pun janji pemain tengah bertahan adalah pemain pertama yang dibawa masuk Januari ini.

Jan 17, 2014

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA


Separuh kedua musim ini macam perlawanan makan angin bagi Liverpool. Boleh dikatakan majoriti pasukan kuat kita dah pergi melawat kecuali Menyu sekor saja. Selepas tewas berturut-turut dengan pasukan pencabar kejuaraan, pasukan kita bangkit dengan membuli pasukan bawahan. Memang patut kita dapat 3 mata maksimum dengan pasukan bawahan kerana dengan kualiti pasukan kita masih belum mampu bermegah menyaingi pasukan elit lagi.

Melayani Aston Villa di Anfield, boleh dikatakan kerja mudah jika percaturan tepat dan kembalinya beberapa pemain utama yang cedera. Paling diperlukan ialah Sakho bagi menghadapi pemain Villa yang bakal bermain corak fizikal dan kepantasan. Di Villa Park sebelum inipun kita hanya menang tipis kerana corak Villa yang begitu agresif dan nasib baiklah Sturridge memberikan gol klasik ala pemain Brazil pada malam itu.

Kembalinya Sturidge diharap membawa badi kepada anak buah Lambert. Dia telah buktikan rehat yang lama takkan jadikan beliau berkarat. Jika Surridge calon otomatik pastinya beliau bakal membuatkan Coutinho atau Sterling dikorbankan dalam kesebelasan utama. Kalau dipihak saya saya harap Coutinho kekal dan main formasi 4-2-2-2.

---------------Mignolet---------------
Johnson---Skrtel---Sakho---Cissokho
----------Gerrard---Lucas------------
---------Henderson--Coutinho--------
----------Sturridge--Suarez-----------

Taktikal sebegini tak memerlukan pemain sayap. Johnson dan Cissokho menjadi pemain sayap dan membantu serangan. Lucas dan Gerrard bersama-sama melindungi barisan pertahanan. Tugasan membantu serangan khas buat Coutinho dan Henderson disamping Henderson bertindak memberi tekanan dan mengacau barisan tengah lawan. SAS lebih senang bergerak kesana-kemari dan bertukar-tukar posisi kerana mereka lebih efektif jika diberikan lesen merayau-rayau dikawasan kubu lawan.

Sehingga sekarang ini saya masih belum yakin situasi kita selamat untuk ke Liga Juara-Juara musim depan. Sekarang pasukan Everton dan Spurs malah Menyu masih boleh pintas kita. Jadi perlawanan dengan pasukan bawahan macam Villa nanti harap jangan main sambil lewa. Lantaklah dengan keputusan para persaing kita tu, apa yang penting kita pulun 3 mata dan kalau nasib malang menimpa mereka itu rezeki terpijak namanya.

Jan 14, 2014

KEMBALINYA GANDINGAN YANG DIGERUNI


Suarez sering diperkatakan bahawa pemain hebat dan pemusnah jitu. Namun menurut statistik majoriti 73 gol datang dari jaring pasukan belasahan. Hanya 6 darinya membolosi pasukan kuat iaitu Man City (1), Man U (1), Chelsea (2) dan Arsenal (2). Gelaran pembuli pasukan kecil telah diberikan oleh seorang pengulas yang saya mahu namanya dirahsiakan. Maksudnya disini Suarez tetap merbahaya, namun beliau masih perlu skuad yang hebat untuk menaikkan lagi kebolehan untuk menundukkan pasukan elit.

Apa yang nak saya tekankan ialah kembalinya Sturrdige amat dirindui oleh peminat, tapi juga kepada Suarez rasanya. Apataknya ketika berhadapan dengan Man City dan Chelsea kekuatan pasukan amat setara antara kita dan mereka. Namun kekurangan kita adalah apabila Suarez dirantai oleh bek berkelas dunia, maka sumber gol seakan kering-kontang. Kalaulah ada Sturridge mungkin nahas Man City dan Chelsea haritu. Pengadil yang memihak kepada lawan kita itu mungkin terpaksa berkerja keras lebih dari gol Sterling yang tak dikira.

Dalam keadaan sekarang keperluan untuk memberi penyerang baru saya rasa masih belum sampai tahap kritikal. Masa Strurridge cedera bulan lepas memang ada juga tetapi Brendan masih berharap dengan Aspas, maknanya barisan depan tiada muka baru. Khuatir juga yang Sturridge bakal berkarat dan perlukan masa untuk kembali ke tahap lama. Namun prasangka hilang dibawa angin kuat dan hujan lebat di Brittania begitu sahaja dek kerana persembahan luar jangka serta gol bertaraf dunia dari Sturridge.

Cuma sekarang untuk menjadikan SAS lebih efektif pasukan kita kena bermain lebih garang untuk menyerang. Bahagian tengah wajib menyediakan lorongan serta hantaran terbaik buat SAS. Kalau tak pun buat macam Skrtel. Bila nampak Suarez tak dijaga, buat hantaran sejauh mungkin, sebab Suarez tahu apa nak buat untuk hasilkan gol. Dengan kembalinya SAS lawan kita pasti tak lena selepas ini.

LIVERPOOL 5-3 STOKE


Cuaca yang tak menentu dengan hujan renyai-renyai di Britannia menjadikan perlawanan Liverpool dan Stoke, tersangat tak menyenangkan bagi pasukan kita untuk bermain dengan kekuatan sebenar. Padang licin menyaksikan permainan pasukan kita banyak tertumpu dibahagian sayap, malah ikut statistik Stoke menguasai permainan lebih sikit dari kita dengan 51 peratus. Itu kita faham kerana Stoke bermain cara anak jantan di gelanggang sendiri. Stoke zaman Hughes tak banyak beza dengan zaman Pulis, cuma sedikit berbeza Hughes agak kurang bermain bertahan dengan keterlaluan.

Permainan bermula agak baik bagi pasukan kita. Tak sampai 5 minit pasukan kita mengejutkan tuan rumah dengan gol sendiri terbias hasil rembatan kencang Cissokho yang menerima umpanan Sterling. Gol kedua pasukan terhasil bukan dari gerakan menarik cuma hantaran jauh Skrtel yang jauh keatas dikejar Suarez, namun bek dan goli Stoke melakukan kesilapan dan Suarez menghukum mereka dengan 2-0. Stoke yang tak berputus asa mengasak dan mendapatkan gol sulung dari tandukan Crouch. Gol penyamaan Stoke dihasilkan oleh Adam yang melakukan rembatan padu akibat kesilapan Gerrard dan Henderson.

Separuh kedua bermula dengan Liverpool sekali lagi dihadapan pabila Sterling dijatuhkan oleh bek Stoke. Memang kontroversi kerana pertamanya dikatakan Sterling menggunakan tangan menampan bola dan keduanya dia macam sengaja jatuhkan badan. Gerarrd menjadikan 3-2 dengan penalti yang konfiden. Keadaan nampak kian menjadi setelah kemasukan Sturridge. Gerakan individu beliau menguis hantaran kepada Suarez bertaraf dunia untuk Suarez menghasilkan gol individu ke-2 dan ke-22 dalam Liga. Keadaan 4-2, tak kekal lama bilamana Walters merapatkan jurang melalui serangan kilat. Sturridge menamatkan pesta bola dengan gol individu menarik dengan keputusan akhir 5-3.

Kalau ikut pesta gol, memang perlawanan ini dianggap klasik oleh pengulas. Namun kebolosan sampai 3 biji, sangat mendedahkan bahawa unit pertahanan kita masih perlu diberi perhatian. Saya masih rasa pemain tengah bertahan sangat diperlukan bilamana Lucas dan Gerrard kerap hilang bola dan lambat menutup ruang pemai tengah lawan yang lebih pantas dan agresif. Keadaan sekarang masih kurang selesa untuk kekal dalam slot ke Liga Juara-juara. Namun jika ada penambahbaikan Januari ini dalam posisi yang penting, kita mampu teruskan tanpa berharap pasukan lain kantoi atau tericir mata.

Jan 11, 2014

LIVERPOOL LAWAN STOKE


Sebelum nak teka macam-macam, saya nak bagitahu yang laporan kaji cuaca menyebut bahawa ramalan cuaca di Stoke pada hari perlawanan berangin kencang dan mungkin hujan lebat. Nampak tak hujan dan padang di Brittania, adalah kombinasi ideal bagi perlawanan ragbi bukannya bolasepak. Jadi pasukan kita akan kena siap sedia dengan taktik dan plan B untuk menghadapi cuaca yang tak menentu. Lagipun rekod mereka di situ, hanya tewas sekali itupun dengan Man U dan kejayaan paling bermakna ialah mengatasi Chelsea 3-2 dan pemain kita, Assaidi menjadi hero malam itu.

Assaidi merupakan watak penting dalam pasukan kendalian Mark Hughes musim ini, dengan setakat ini 3 gol dengan kesemuanya dengan pasukan mantap iaitu Chelsea, Newcastle dan Everton. Ketiadaan Assaidi nanti kerana halangan bermain lawan kelab asal, sedikit sebanyak mengurangkan ancaman. Namun begitu Stoke mempunyai kelebihan menggunakan ketinggian Peter Crouch yang bijak mengumpan bola untuk rakan serangan beliau. Kembalinya Sakho bakal ditunggu kerana dia mampu menggunguli pertarungan di udara dan pasti kantoi untuk menjaga pemain galah itu.

Kembalinya Sturridge dalam latihan, bakal berikan nafas lega buat Brendan. Ketiadaan beliau mungkin tak terasa dek kerana Suarez mampu menggalas tugas seorang diri. Tapi jangan lupa Suarez menggelupur juga pada perlawanan dengan Man City dan Chelsea kerana keseorangan diatas dan dikawal ketat. Dah ada Sturridge nanti kombinasi SAS yang digeruni pasti sekali lagi buat onar kepada pasukan yang lebih kuat. Jadi Stoke akan menjadi mangsa pertama gandingan SAS yang dah lama tak bersama.

Bercakap pasal badi di Brittania, memang itu adalah khurafat yang harus di pecahkan oleh Brendan. Saya akur yang pasukan  yang bermain di gelanggang sendiri akan memperolehi aura pemain ke-12 dan mereka bermain lebih eksyen dan angkuh. Cuma perkara utama yang harus ditekankan ialah pasukan kita kena elakkan dibuli dibahagian tengah dan cari jalan agar Stoke buka perlawanan bukan main berkubu dikawasan gol. Kembalinya SAS adalah satu kelebihan, tetapi kena juga pastikan pertahanan tak ralit untuk hadapi permainan licik Stoke yang suka buat serang balas mengejut.

Jan 10, 2014

TITIAN PERJALANAN VICTOR MOSES


Mulanya tak mahu nak tulis pasal Moses, tapi sebab dah masuk separuh musim dah, nak bincang sikit kat sini.. Faktanya dia bukan pemain kita dan datang sekadar pinjaman dari Chelaea. Kita masih tak rugi banyak walaupun terpaksa tanggung gaji dan juga bayaran untuk memajak beliau selama satu musim. Walaupun masih muda remaja, namun Moses dah lama dalam Liga Inggeris sejak bermula di kelab Crystal Palace. Dia main dalam Liga Perdana pun bukan dengan Palace, tapi setelah berpindah ke Wigan. Lepas Wigan selamat dari terjatuh ke lembah Liga Kejohanan, Chelsea sambar pemain  antarabangsa Nigeria ini.

Mungkin ramai tak faham kenapa Chelsea beli pemain sayap ortodok padahal tak pernah pun kita tengok sejak Mourinho masuk dan keluar dan masuk balik, Chelsea main guna kepakaran pemain sayap. Puncanya amat mudah, Chelsea beli sebab pada masa itu kelab lain seperti Man City, Arsenal dan juga Spurs ada ura-ura nak beli. Jadi mereka dah potong garisan dan beli bukan sebab nak pakai sangat, tapi takut pasukan lain dapat Moses yang pada masa itu tengah meletop. Dan pada masa itu beberapa pemain lain setara dengan Moses seperti Kevin De Bruyne dan Marko Marin.

Sebab apa Liverpool perlukan Moses dan meminjamkan Assaidi ke Stoke. Ini seseuatu yang subjektif pada awal musim, Brendan tahu dan kenal Assadi siang dan malam ketika latihan. Jadi beliau tidak berikan kesempatan kepada Assaidi kerana faktor yang beliau sendiri faham dan kita haram tak tahu dan buat spekulasi buta. Jadi pengambilan Moses adalah kerana Brendan percaya dengan kemampuan Moses di Wigan bukan Moses di Chelsea dan beliau harap Moses akan jadi macam Sturridge yang terabai di Chelsea dan meletop di Liverpool.

Penampilan Moses macam cerita dongeng, masuk-masuk masa lawan Swansea dia jaringkan gol penyelamat maruah untuk pasukan kita seri 2-2. Sejurus perlawan dalam temuramah Moses cakap yang dia sasar 20 gol paling kurang untuk bersama Liverpool. Lepas itu apa jadi kawan-kawan, sejak dari penampilan itu Moses kian hancur bederai dengan pelbagai musabab dari beliau sendiri ditambah lagi dengan alasan Brendan letak belia diposisi penyerang kedua yang beliau kekok main. Sekembalinya Coutinho dari kecederaan Moses dah tak dipandang lagi oleh Brendan sejak hari ini.

Tapi sekarang kesabaran di pihak Liverpool dah makin hilang dengan situasi Moses kerana pihak Chelsea dah bersuara. Kecaman dari Mourinho sebab pemain beliau tidak diberikan belaian kasih sayang semenjak di Anfield katanya. Hinggakan pihak pengurusan Chelsea keluarkan amaran yang mereka takkan berikan kesempatan kepada Liverpool dalam sebarang urusniaga yang membabitkan pemain mereka. Terkini ialah percubaan Brendan untuk dapatkan Ryan Bertrand mungkin akan dibolayan dan apatah lagi jangan bermimpi untuk dapatkan Juan Mata.


Brendan Rodgers masih kool dan tenang walaupun spekulasi penghantaran pulang Moses ke Chelsea boleh diambil kira jika Brendan terasa hati. Pintu perpindahan yang telah dibuka mungkin serampang dua mata menangani situasi ini. Saya anggap jika ada pemain sayap baru dibawa masuk tak kiralah Mat Salah atau sesiapa sahaja, mungkin Moses pasti kena kemas beg balik London. Itu opsyen terakhir dan jika berlaku ianya merupakan perpindahan terakhir Chelsea-Liverpool dalam era Mourinho. Kesimpulan aktiviti Moses di Anfield ialah perabis boreh.

Jan 7, 2014

KEMASKINI TERBARU : BAJU RETRO LIVERPOOL


Sebenarnya idea nak buat baju retro ni dah lama tersemat dalam hati. Namun dengan usaha sama dengan rakan-rakan twitter @Wassim dan @kakigrafik, impian jadi nyata. Kita taknak buat banyak-banyak sebab nak bagi nampak ekslusif dan terhad. Jadi ianya dalam basis siapa cepat dia dapat. Jadilah orang pertama yang memperagakan baju retro dari zaman Tok Wan Shankly era 60an dulu.



CARTA KESELURUHAN LIGA INGGERIS SEJAK DULU KALA


Jan 6, 2014

PIALA FA: LIVERPOOL 2-0 OLDHAM


Nak tulis apa, dah lupa apakebenda yang berlaku tengah padang, asyik dok dengar pengulas meraban dan buat panik macam nak terkeluar jantung saja. Cuma apa yang nak dibagitahu yang Aspas dah tak lena lagi dan sumbat gol sulung untuk Liverpool. Wahai peminat jangan seronok awal, ingat lagi Andy Voronin. Kita tunggu dan lihat gol kedua dia pula lepas ni. Saya harap Aspas dapat peluang lagi untuk buktikan dia lebih bagus dari Voronin, Keane, Diouf, dan Ngog.

Pemain terbaik perlawanan Sterling sebab bantuan gol kepada Aspas dan gol sendiri bek Oldham hasil sepakan padu beliau. Namun kegembiraan bertukar tragedi pabila Timbalan Syeriff, Agger dan juga Kelly cedera dalam perlawanan ini. Risiko yang diambil tak berbaloi, namun dah ketentuan redho sajalah. Pusingan ke-4 bakal saksikan kita akan melaukkan kelab Liga Kejohanan, Bournemouth ataupun pasukan sayur Divsyen 2, Burton Albion.

Jan 5, 2014

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN OLDHAM


Musim lepas Oldham buat kejutan tewaskan pasukan kita dalam kejohanan ini juga. Pada masa itu  Brendan belum matang dan masih mencari-cari identiti bolasepak macamana nak diketengahkan kepada skuad tinggalan Kenny Dalglish. Malah beliau macam memandang rendah roh semangat Piala FA, yang mana Sang Kerdil mampu menewaskan Sang Gergasi. Banyak benda saya dah ulas tentang kekalahan itu dan tak perlu nak ulang cerita lama, nanti orang meluat.

Ketika ini ramai pemain muda dari skuad simpanan sedang berlatih bersama skuad utama. Untuk berebut slot pemain utama, memang sukar, namun tak mustahil Brendan akan merehatkan beberapa pemain yang cedera dan keletihan macam Henderson dan Suarez. Paling kita nak tengok ialah Luis Alberto yang dibeli awal musim tapi belum digunakan sepenuhnya. Begitu juga dengan Aspas yang memerlukan perlawanan bagi menunjukkan bahawa Aspas masih ada harapan.

Kalau tanya saya saya nak bagaimana untuk lawan Oldham ini. Saya suka kalau kita kaji tengok bagaimana Oldham main dan apa kelebihan dan kekurangan mereka. Apa yang saya dengar dari sumber boleh pakai, Oldham tetap main macam pasukan liga bawahan, agresif dengan tempo yang pantas serta bertahan dengan sepadat mungkin ketika berkubu dikawasan sendiri. Kalau saya jadi Brendan, dan Suarez tak main apa yang bakal saya risaukan bukan kekuatan Oldham, tapi apakah Liverpool boleh selamat layak kepusingan seterusnya.

Penting atau tidak Piala FA berbanding untuk memburu kejuaraan atau paling koman, slot Liga Juara-Juara itu saya tak pasti apa dalam kepala otak Brendan.Cuma dengan skuad yang tipis bagi saya kita kena jangan tamak. Untuk dapatkan kedua-duanya skuadran kita kena ada ramai pemain berpengalaman atau pemain muda bagus macam Coutinho dan Sterling. Kalau tak lebih baik pastikan tumpuan kepada Liga dan letak anak ikan untuk Piala FA.


Jan 2, 2014

LIVERPOOL 2-0 HULL


Misi balas dendam tercapai. Dan begitulah misi individu Suarez untuk menjadi penjaring terbanyak separuh musim dengan 20 gol. Dia meninggalkan pencabar Kun Aguero dengan 7 gol Saya rasa dengan kembalinya watak penting seperti Gerrard dan Sturridge, Suarez akan lebih selesa ronda diatas kerana sepanjang minggu lepas, Suarez terpaksa keseorangan diatas untuk merekacipta peluang dan gol sendiri.

Kecederaan kepada Sakho dan Allen, membuatkan rombakan pemain dengan kemasukan Cissokho dan Aspas. Formasi lebih kepada 4-2-3-1, dengan Skrtel ,Kapten Agger, Johnson dan Cissokho sebagai 4 bek utama. Lucas dan Henderson berkawal ditengah memberikan Sterling dan Aspas merondan dari sayap dan coutinho bermain dalam lubang dibelakang Suarez. Formasi ini lebih nampak berterabur diawal permainan kerana beberapa individu kurang selesa dengan pertukaran posisi.

Jujur saya cakap sepanjang setengah jam, suasana kemurungan melanda sebab Liverpool tak nampak lansung nak menyerang. Hanya sekali peluang itupun gol Suarez tak dikira keran curi ayam. Lagi satu peluang terbuka Sterling yang terlepas gagal melepasi bek Hull yang cermat. Namun cermat mereka ada penghujung juga apabila sepakan penjuru Coutinho dicapai oleh Kaptten Agger dengan tandukan padu, sambil Henderson membuat kacau hinggakan Goli dan bek terakhir Hull dah tak mampu nak selamatkan bola.

Kalau ikutkan peluang memang banyak dan pemain kita nampak gopoh bagi kes Henderon dan Coutinho. mungkin nampak selesa atau terlebih yakin tak tahulah. Sebab itulah dengan pasukan kuat kita tak boleh memang sebab bila ada peluang dan kita tak boleh sempurnakan. Keyakinan depan gol kena ada sebab itulah kita nampak pemain paling berkeyakinan depan gol macam Suarez pun ikut-ikut peluang tak banyak tapi sentuhan gol mereka memamg hebat.

Suarez menjadi sasaran tindakan agresif pemain Hull. Sebab itulah dia nampak tak begitu licik sepanjang perlawanan namun lebih bertindak sebagai pemain sasaran sahaja untuk berikan Aspas dan Sterling ruang keatas. Bila dah bertaraf pemain kelas dunia, tak boleh buat gol dari peluang terbuka, Suarez gunakan kesempatan dari sepakan percuma akibat kekasaran yang dia sendiri kena untuk meledak gol nombor 20 musim ini.

Saya nak sentuh sedikit tentang Aspas. Perlawanan dengan Hull yang tak berapa bagus, patutnya dia kena main tenang dan gunakan kesempatan untuk beri aksi yang sebaiknya. Ada yang cakap dia berkarat dan perlu diberi peluang banyak lagi. Dia memang patut diberi peluang dan saya nampak Piala FA lawan Oldham dia kena main dan lepas itu kita boleh buat pendirian samada Aspas boleh kekal atau pergi ke kelab lain di Liga Perdana secara pinjaman.

Cuba bandngkan Cissokho dengan beliau, Ally pun tak banyak dapat perhatian malah dia juga dapat komen negetif. Tapi adat dalam bolasepak jika dapat peluang dan gunakan kesempatan yang ada, peminat yang kondem ramai-ramai akan tutup mulut juga. Ally sendiri pun tak yakin yang beliau boleh kekal pinjaman di Anfield, namun dia lebih berusaha berbanding seorang lagi pinjaman yakni Moses. Moses saya tak kisah sangat kerana posisi belia sangat terhad dek kerana kehebatan Sterling.

Kapten Gerrard dah kembali, walaupun masih tak cergas namun kita nampak kemasukan beliau Liverpool nampak lebih yakin mengungguli penguasaan bola. Malah diberitakan Sturridge dah pulih dan bakal beraksi beberapa seminggu lagi, nampaknya tahun baru 2014 memberikan harapan yang lebih cerah. Tambahan dengan pintu perpindahan yang telah dibuka, untuk penambahbaikan pasukan yang masih memerlukan beberapa pemain untuk memastikan sasaran ke Liga Juara-Juara tercapai.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails