Feb 13, 2014

LIVERPOOL 3-2 FULHAM



Perlawanan pagi semalam penuh dramatik, dari ketinggalan menyamakan kedudukan, ketinggalan balik dan kembali menyamakan dan kemudian kemenangan dibabak terakhir. Inilah realiti yang perlu ditanggung oleh Brendan bahawa unit pertahanan Liverpool masih belum kemas dan tidak lekang dari melakukan kesilapan. Fulham bermain hampir sebiji macam lawan Menyu sebelum ini dan pasukan kita nyaris-nyaris kena getah dengan permainan terlalu menyerang. Perancangan Fulham amat mudah dengan bertahan sampai sampai padat macam sardin tin dan tunggu masa sesuai untuk melakukan serangan balas. Ianya berkesan dengan Menyu dan hampir berulang kepada kita.

Bermula dengan agak perlahanan kerana Fulham yang mula mengasak sejak dari awal. Serangan Fulham nampak bahaya kerana bek sisi kita terutamanya Flanagan terlalu ketas dan banyak kali serang hendap dilakukan dari sebelah beliau oleh Richardson. Gol pembukaan Fulham berlaku bila Richardson menerima hantaran dari serang balas yang pantas, merempit melepasi Skrtel dan melakukan hantaran lintang yang disudahkan dengan selamba oleh Toure ke dalam gawang sendiri. Sepatutnya Toure boleh tahan dulu bola, bukannya melakukan sepakan tanpa bayang. Saya tak pasti nak marah Toure atas sikap gabra biawak beliau, namun setakat ni kali kedua selang satu perlawanan, masa untuk beliau berehat dibangku simpanan amat cerah.

Liverpool memang mati akal nak pecahkan benteng Fulham, walaupun ada masanya Suarez banyak kali terlepas peluang yang cantik. Gerakan demi gerkan dipatahkan selamba oleh gerombolan Fulham yang berasak-asak dibawah. Tetapi adakalanya bek Fulham tak mampu nak kawal keadaan setiap masa. Sturridge yang pandai cari ruang, menyelinap berada dalam kawasan Fulham apabila nampak bola hantaran dapat dapat kepada Gerrard. Kapten kita itu melakukan hantaran lambung mencari Sturridge yang telah berjaya melepasi perangkap curi ayam dan melepaskan gol gol penyamaan 1-1 untuk membangkitkan semangat perjuangan harmoni. Surridge telah mecipta rekod sebagai pemain Liverpool pertama dalam sejarah EPL menjaringkan gol kali ke-7 berturut-turut. Separuh pertama tamat dengan 1-1.

Separuh kedua bermula dengan Liverpool kembali dalam mod untuk menambah gol banyak-banyak. Kali ini Skrtel pula dah berjangkit dengan penyakit Parkinson Toure. Dalam keadaan yang kurang bahaya, Fulham mendapat lontaran kedalam. Dari situ pemain Fulham melakukan hantaran jauh mencari Bent, namun pelanggaran antara Flanagan dan Skrtel membuatkan bola terkantoi kearah Richardson yang menjaringkan gol sedekah. Dalam kepala saya jenuh fikirkan kenapa kelam-kabut sangat Skrtel padahal Flanagan memang menjaga Bent malah Mignolet pun dah ada. Pada ketika ini saya rasa Toure menarik nafas lega kerana nasib baik Skrtel pun mangkuk juga. Kalau tak dia sorang saja kena bahan dengan peminat lagi.

Pada masa ini saya rasakan yang Liverpool cukup nasib malang kerana segalanya cukup tak menjadi buat kita dan Fulham selalu dapat gol bodoh saja. Itulah Tuhan dah cakap, kalau usaha gigih rezeki pasti akan datang. Rezeki gol penyamamaan datang dari Coutinho yang dah lama kegersangan gol. Dalam perlawanan ini Coutinho memang banyak kali merembat sampai kebumbun. Tetapi pada suatu ketika, Coutinho yang menerima hantaran dari Sturridge melakukan larian melintasi dari kanan ketengah kotak D dan melakukan sembatan padu yang sedikit terbias kena but pemain Fulham dan masuk untuk sekali lagi gol penyamaan 2-2. Ketika ini saya tengok Suarez memang semangat gila sebab dia cepat-cepat ambil bola dari dalam jaring dan suruh rakan-rakan lain tak payah raikan gol sebab masa itu emas.

Dalam semua dah rasa seri pun dah Ok. Namun Liverpool tak putus-putus serang sampaikan ke hujung titisan peluh terakhir. Amat malang buat bek kanan Fulham, Reither. Dia begitu panik bila Sturrdige meluru kedalam kawasan gol mereka. Dengan sekali cedok, dia berjaya menjatuhkan Sturridge untuk memberikan penalti yang memang tiada siapa nak nafikan ianya bukan penalti. Kapten Abang Long Gerrard mengambil sepakan dan merembat laju dan menjadikan kedudukan 3-2 buat Liverpool. Tamat perlawanan dengan Gerrard dinobatkan pemain terbaik perlawanan.

Kembalinya Agger dalam pasukan pastinya menghilangkan keresahan hati peminat. Toure sudah tak mampu bermain konsisten dan masa yang tepat untuk Agger kembali dalam pasukan. Saya tak nafikan Toure bermain baik selepas gol sendiri itu tetapi, bila dah buat tahi kali kedua selang dua perlawanan dan ada pilihan lain yang lebih mantap, khidmat Toure akan ditamatkan dan bangku simpanan yang empuk sedang menanti beliau. Lagi satu Brendan cukup-cukup berani memasukkan pemain remaja Joao Texeira sebagai pengganti Sterling bukkan Moses.Malah Texeira juga lah yang melakukan hantaran kepada Sturridge untuk  penalti kemenangan.

Dalam merebut kejuaraan Liga Perdana, Brendan masih bercakap dalam bahasa rendah diri dan begitu berhati-hati untuk meletakkan harapan tinggi. Brendan bukan tak mahu memerikan keyakinan kepada pemain tetapi takut ada yang syok sendiri dan hilang tumpuan. Dalam keadaan yang begitu kian rapat dengan pendahulu Liga Chelsea dengan 4 mata sahaja, pasukan kita memang ada potensi untuk juara, namun kena dapatkan keputusan cemerlang dalam perlawalan boleh menang macam lawan Fulham . Biar main hodoh dan tak cantik macam Barcelona , namun keputusan mesti gempak.

 

Feb 11, 2014

PASUKAN TERBAIK EROPAH MINNGU INI


Liverpool bukan juara kampong. Tapi 3 pemain kita Suarez, Skrtel dan Sterling, dalam senarai pasukan terbaik Eropah minngu ini. Kebetulan bekas bek kanan simpanan kita, Barragan juga dalam senarai. Mkhitaryan yang pernah jadi sasaran lampau  memang terbaik dan juga sasaran musim depan Cigerci memang terbukti sasaran yang ada umphh.

LIVERPOOL LAWAN FULHAM


Baru nak tulis tentang pra- perlawanan dengan Fulham, tiba-tiba dapat berita yang perlawanan itu nak di tangguhkan. Mogok kesatuan sekerja Keretapi London, dijadikan alasan oleh pengurusan Fulham. Macam kambing hitamkan mogok tersebut, padahal bas, teksi, prebet sapu bersepah kat London. Dan terkini juga diberitakan yang perlawanan tersebut tetap berlangsung atas arahan FA Inggeris. Fulham nampak sangat  terlalu takut ketika ini, sampaikan guna alasan bangang, padahal Arsenal, West Ham dan pasukan lain tak berkudis dengan situasi itu.

Sedikit analisa tentang prestasi pasukan kita dalam 5 perlawanan terdahulu . Macam gelombang harmonik, menang, seri, menang,seri dan menang balik. Patutnya perlawanan dengan Villa dan West Brom ibarat cicahan rojak saja. Wajib menang, tapi itulah masalahnya Liverpool, agak kurang konsisten. Kalau ada ubat nak bagi pemain  konsisten dalam setiap perlawanan ada dijual di farmasi atau di Tesco, mungkin Brendan kena beli banyak-banyak dan simpan buat stok sampai habis musim.

Malam pesta gol lawan Adik Tadika Meriam, memang takkan dilupai dalam sejarah kita dan akan mejadi igaun buruk meeka. Tetapi bagi sekalian peminat, jangan terbawa-bawa dengan kenangan semalam, sebab lawan Fulham takkan sama dengan Arsenal. Walaupun Fulham atas kertas adalah sajian ratahan pasukan lain, kejutan tetap ada jika kita main macam lawan WBA. Fulham yang memang dah awal-awal lagi kecut telur pasti akan guna plan B, main kaki buka main bola.

Saya ada tengok sekejap perlawanan Menyu-Fulham yang begitu bosan. Tetapi apa yang Fulham buat pada Menyu ialah mereka bertahan terlampau dalam atau dalam istilah bolasepak, mem"Parkir Bas"kan keseluruhan jentera pasukan. Dan gol-gol mereka terhasil akibat serang hendap ala Gerilla bila lawan mereka terlalu asyik nak buru gol. Benda ini kebetulan pernah berlaku ketika kita lawan Villa, ingat lagi tak?  Liverpool main dengan sebelas pemain Fulham yang bukan main dengan sebelah kaki, jadi mereka main lebih berhati-hati.

Aplikasi lawan Everton dan Arsenal memang tak sama macam lawan WBA dan Villa, sepatutnya itu yang Brendan kena fikir jika bertemu dengan set pasukan yang berlainan corak permainan dan mentaliti. Bermain dalam tempo yang pantas setiap masa memenatkan dan pemain kita pancit awal dan jika fizikal lemah boleh akibatkan kecederaan. Agak risaukan lawan macam Fulham dari Arsenal kerana bukan dari segi keputusan perlawanan, tetapi masalah kecederaan bila lawan pasukan yang main robes. Itulah hakikatnya bila pasukan kita sangat nipis.

Feb 10, 2014

PASUKAN TERBAIK MINGGU INI


Nah hambik kau. Separuh dari pemain terbaik mingguan dari Liverpool. Kalau Strurrdge boleh dapat lebih dari satu gol saya rasa Eto'o jangan harap ada dalam senarai. Markah diberikan berdasarkan merit dan bukan sebab gol semata-mata, sebab apa Eden Hazard tak ada dalam senarai walaupun tibai 3 gol.

Sterling - Gol 2
Skrtel - Gol 2
Gerrard - bantuan gol 2
Suarez - bantuan gol 1
Coutinho - bantuan gol 1

Feb 9, 2014

LIVERPOOL 5-1 ARSENAL


Arsenal diumpamakan telah dibogelkan, diikat mata dan dipukul tanpa belas kasihan di kem tahanan. Liverpool memang main berani dan tak hiraukan lawan yang memang jadi badi sebelum ni. Brendan Rodgers tak buat percaturan rumit dan bereksperimen bagai. Dia masih kekalkan kesebelasan lalu yang seri dengan WBA. Cuma tukar posisi Sturridge sebagai penyerang utama dan Suarez disebelah kanan dan Sterling di kiri. Lagi satu yang saya perasan dia ubah pelarasan tempo agar pemain main pantas dan asak dari atas.

Bek Arsenal takada orang yang pedulikan mereka. Sebab itu bila gerombolan penyerang kita naik mengasak, mereka jadi macam baru kena air ketum sekole, tak tahu apa yang mereka nak buat dan apa yang mereka dah buat. Gol pertama dan kedua dari Skrtel dari sepakan bebas dan penjuru menunjukkan tahap konfiden beliau. Namun Gol Sterling dan Sturridge adalah persembahan berpasukan yang menggunakan kepakaran hantaran dan penyudahan asbab kepantasan serangan.

Separuh pertama kegilaan 20 minit pertama dengan 4 gol adalah satu luar jangkaan saya. Apataknya hanya tak sampai seminit perlawanan, Liverpool telah dihadiahkan sepakan percuma. Gerrard dengan kepakarannya melakukan sepakan lencong yang bahaya kekawasan lubuk dan dalam ramai-ramai meluru kedepan, Skrtel adalah pemecut terpantas dan menyepak dengan betis itupun goli Arsenal tak dapat tangkap. Kalau Skrtel rembat betul-betul mau pecah jaring takpun muka goli tu yang pecah.

Gol kedua juga dari Skrtel. Memang diketahui Arsenal masih bengong dan bengang dengan Skrtel. Tetapi rupanya Arsenal macam pelanduk yang tak hiraukan jerat yakni kebolehan Skrtel yang pandai cari lubuk Arsenal.Skrtel lari menyelinap untuk pergi menyerang bola yang dihantar sebegitu molek sokmo oleh Abam Kapten Gerrard. Dengan tandukan padu kepenjuru gawang, pemain Arsenal hanya buat-buat lompat takut kena marah, dan Liverpool menambah kemaluan Arsenal 2-0 dalam 10 minit saja.

Permainan nampak rancak dan Liverpool makin naik syeikh. Pemain termahal Arsenal, Ozil buat tere nak goreng Hendo, tapi malang sekali kena sergah saja dia kantoi. Hendo mencari Suarez di sebelah kanan dan dengan hantaran kemas dan sempurna Sturridge dah menunggu nak makan umpan dari Suarez. Tapi agak malang dia telah kena potong dengan adinndanya sendiri, Sterling yang lebih laju kedepan untuk menjolok gol peribadi pertama dan ketiga untuk Liverpool.

Kehebatan Coutinho terserlah apabila dia mengawal bola dan cilok dari asakan Arterta. Dengan keadaan Sturridge yang dah buka ruang dan membuat larian, Coutinho melakukan hantaran bollywood dengan kelajuan dan ketepatan yang sempurna. Sturridge yang dah kedepan dan meninggalkan bek Arsenal yang kepenatan, melakukan sepakan padu melepasi goli Arsenal yang berharap dia mampu mengantoikan Sturridge buat kali kedua. Jangan haraplah dan Sturridge kembali melakukan tarian Shuffle untuk meraikan 4-0 dalam 20 minit.

Hingga ke separuh masa kedua Arsenal dah kembali mendapat rentak kerana pemain Liverpool dah nampak macam kurang gas oksigen akibat main macam pelesit sejak dari awal permainan. Namun begitu Arsenal yang dah diberi peluang tak juga nampak macam pendahulu Liga. Masih membuatkan Mignolet kurang berpeluh walaupun  dok main hantar bola kesana-kesini nak cari ruang kelemahan dan lubuk untuk buat gol. Separuh pertama tamat dengan Arsenal ibarat meriam karat.

Separuh kedua bermula agak berhati-hati bauat Liverpool dan tetapi Arsenal dah nampak lain. Mungkin Wenger dah bagi ayat power suruh pemain beliau untuk cari gol paling cikai pun satu. Dalam Arsenal dok serang punya serang, Toure buat gila dengan melakukan larian dari bawah dan dia melepaskan hantaran mudah kat Sterling yang memecut meninggalkan Abang Mop dan merembat kearah gol. Percubaan pertama ditepis goli Arsenal tetapi bola kedua jangan haraplah nak kantoi lagi. Liverpool mendapat 5 gol dalam 50minit lebih perlawanan.

Arsenal melakukan pertukaran drastik. Giroud yang berada dalam poket Skrtel dikeluarkan digantikan Podolski. Ozil kena buli dengan Hendo digantikan Rosicky dan Monreal yang macam tak wujud digantikan dengan Gibb. Pulun punya pulun, dapat juga gol saguhati untuk Arsenal. Itupun dasar kasihan Gerrard dengan sengaja membentes Ox untuk beri penalti. Arterta berjaya mengelirukan Mignolet yang buat aksi sotong nak tiru Dudeks tapi tapi skrip ulangan tak menjadi. Sampai Wisel penamat ditiup cukupklah keputusan 5-1, takut lebih ada pula peminat Arsenal di Afrika bunuh diri plak.

Pemain terbaik perlawanan ialah semua pemain Liverpool. Tetapi pemain terhebat ialah Sterling yang memang ibarat haiwan buas yang bukan saja sukar diperangap malah bila ada peluang dia akan mengamuk sakan. Lagi satu saya nampak Sterling dah pandai gunakan kelebihan kepnatasan dan kemahiran gelecek dengan betul. Dia pandai cari jalan untuk melepasi kawalan musuh dan dapat sepakan percuma bila lawan mengasak keras.

Liverpool hanya 6 mata dengan pendahulu baru Chelsea, yang telah memotong Arsenal yang bungkus. Namun situasi sekarang tak juga selesa jika Everton dapat 3 mata nanti. Kalau nak tanya saya apakah harapan Liverpool nak julang Kejuaraan musim ini boleh dicapai. Saya kata ya dan tidak. Kenapa saya anggap begitu kerana pasukan kita masih blom tunjukkan konsistensi diluar gelanggang sendiri. Setakat tempat ke-4, kita macam tak ada masalah sangat.

Feb 8, 2014

RAMALAN KESEBELASAN LAWAN ARSENAL


Saya cedok dari blog "Friend Of Liverpool". Penulis buat andaian yang Brendan akan gantikan Allen dengan Coutinho kerana Allen dikatakan lebih robes dan lasak berbanding Coutinho yang sedikit manja. Ada logik juga tetapi otak Brendan sukar diramal. Tapi dengan skuad yang nipis Brendan memang tak banyak pilihan. Rasanya lah..

Feb 7, 2014

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL



Antara pasukan badi bagi Liverpool ialah Arsenal. Tujuh tahun tanpa sebarang kemenangan liga dengan Arsenal di gelanggang sendiri. Kalau menang pun kembali pada 2008 separuh akhir Liga Juara-Juara dibawah kendalian Rafa Benitez dan ditambah lagi pula dengan kesebelasan paling mantap dalam sejarah era Y2K Liverpool. Yang membezakan Arsenal dan Liverpool ketika itu  ialah, walaupun Liverpool dalam kedudukan yang sama dengan Arsenal, cuma Liverpool lebih sikit sebab dapat kutip serba sedikit piala tetapi Arsenal kutip habuk saja.

Rekod dengan Arsenal memang tak sempoi. Menurut rekod 5 kali pasukan kita mendahului tetapi Arsenal balik dengan mata penuh atau sekurang-kuranngnya tak kalah setelah wisel penamat ditiup. Apa ilmu yang Wenger pakai entahlah, tetapi bagi saya beliau memang kebal dari terkena sihir oleh suara keramat peminat  di Anfield. Dengan kekuatan pasukan yang ada sekarang saya nampak pasukan kita hampir setandiing dengan Arsenal disegenap sudut, cuma apa yang kurang ialah mentaliti pemain agak kurang menyengat dan sering berbolak-balik.

Pasukan kita telah mencapai apa yang mustahil difikirkan oleh seantero pemerhati bolasepak jika ditanya mereka apakah sasaran kedudukan Liverpool bagil musim ini. Bila sampai ditahap ini, kena pastikan buang rasa selesa dan main macam setiap perlawanan yang berbaki 14 lagi sebagai perlawanan akhir. Bukan perkara mustahil nak menang dengan Arsenal, tetapi nak jadikan benda susah dan rumit memihak kepada kita, ialah melakukan yang terbaik dan jangan cepat panik. Kalau ada rezeki, nasib boleh memihak kepada kita.

Feb 3, 2014

LIVERPOOL 1-1 WEST BROM


Separuh dari kesilapan terletak dibahu Kolo Toure. Dia akui itu. Namun separuh lagi terletak diatas keseluruhan pemain yang agak kurang menyengat sejak mendahuli 1-0. Kesilapan macam Toure lakukan dipanggil kesilapan budak sekolah, ingat lagi kes Skrtel dengan Man City, semenjak perlawanan itu kita nampak Skrtel belajar dari kesilapan dan sudah nampak begitu hebat sehingga buat masa ini.

Memang tidak ada kewajaran Kolo untuk melakukan hantaran pendek dalam kawasan sendiri. Tambahan pula hantaran lintang dalam keadaan penyerang dan pemain tengah WBA yang begitu rapat melakukan asakan demi asakan. Itu pasal yang Mignolet pun satu haru, yang bagi bola kepada Toure pada ketika itu buat apa. Kita boleh tengok bagaimana Swanselona dok kena bolos gila-gila musim ni sebab konon nak main cantik dan kawal permainan dari bawah.

Sekali lagi WBA telah menonjolkan sikap mereka yang tak pernah putus asa. Kalau ikutkan pasukan kita boleh dapatkan banyak peluang namun saya respek Foster yang menjadikan pintu gol WBA nampak kecil sangat kepada Suarez dan Sturridge. Pemain tengah WBA memang keji terutamanya Yacob dan Mulubu. Tetapi adatlah Liga Inggeris memang tak kasi peluang untuk pemain lembik dan suka pegang bola.

Kalau kita dapat kumpul mata penuh, kita mungkin dapat jarakkan lebih mata dengan Everton dan Spurs. Namun sekali lagi insiden kejar-mengejar dalam kedudukan yang rapat agak kurang menyenangkan. Bab nak tunggu pasukan lain cicir mata memang leceh, sebab apa pasukan kita kena buat seseuatu bukan harap orang lain yang kantoi. 

Feb 1, 2014

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM


Kegagalan dalam mendapatkan pemain dalam pintu perpindahan yang berakhir pagi tadi taklah dirasai sangat kerana apa yang diperlukan ialah posisi lain tapi dok terhegeh-hegeh nak pemain sayap juga. Nak salahkan pihak mana pun tak tahu sebeb bulan Januari ada 31 hari, yang pergi dok lembab sangat sampai saat terakhir buat apa. Pihak Dnipro memang buat dajal menolak terma, tetapi mereka pun terasa kerana nak jual Messi mereka kat orang lain padahal pengganti pun mereka tak sempat cari.

Jadi kesemua pihak kena berserah kepada takdir dan Dr Zaf Iqbal kena kerja lebih keras memastikan pemain dalam keadaan fizikal yang terbaik. Kunci utama ialah penggiliran pemain. Tapi bahagian inilah yang sedih kerana nak gilir camna, tengok bangku simpanan pun berair mata sebab ramai diantaranya pemain muda dan pemain yang masih belum mencapai mutu yang memuaskan. Mungkin ada rahmat disebalik masalah ini dimana mungkin kita akan dapat menaikkan seorang dua pemain muda yang bakal menjadi pengganti Gerrard.

WBA tewas kepada Aston Villa dalam perlawanan yang penuh pesta gol. Itu perlawanan antara dua pasukan pertengahan dan mereka konfiden nak memang satu-sama lain. Oleh itu jangan haraplah WBA nak main lebih terbuka macam itu lagi sebab mereka tahu padah yang bakal diterima jika dok eksyen macam lawan Villa. Saya masih tak kenal siapa Pepe Mel, pengurus baru WBA. Namun saya juga masih tak nampak WBA dibawah kendalian beliau main macam pasukan lama beliau Real Betis.

Mentaliti pemain ketika lawan Everton memang terbaik. Harap sangat kita main macam itu selalu walaupun nampak pasukan kita dah tak main seksi tiki taka bagai. Sekarang saya rasa Brendan baru nampak kelebihan pemain Liverpool ketika menyerang dan juga masalah ketika kena serang. Dengan Suarez, Sturridge didepan dibantu oleh Sterling dan Coutinho disayap itu dah memadai. Gerrard dan Hendo kena fokus ditengah sebab pemain WBA lebih agresif dan pantas.

Jan 29, 2014

LIVERPOOL 4-0 EVERTON

Grafik dicuri dari @Mostarlfc
Everton mengungguli dominasi perlawanan, namun Liverpool main bijak menyerap asakan Everton dan tunggu masa untuk bertidak secara serang balas. Itulah yang menjadikan Everton hilang punca kerana mereka bermain menyerang sungguh-sungguh tetapi balik dengan telur ayam. Kalau inilah tektik yang kita guna masa lawan Villa sebelum ini, saya rasa 3 mata juga kita dapat. Inilah yang kita mahukan dari kepala otak Brendan, bijak menggunakan kebolehan pemain dan dapat membaca taktik Martinez.

Bila peluang banyak, tetapi hanya empat gol yang masuk saya rasa isu disni ialah ketamakan untuk cipta nama. Sturridge nampak sangat halobanya untuk mengejar hatrik setelah merembat penalti tak masuk dan sekali itu dia boleh bagi bola kepada Coutinho atau Suarez ,namun buat tere dan kantoi. Maka benganglah Suarez. Tetapi Suarez yang agak rilek dapat juga gol yang bertaraf dunia dengan mengelecek dari tengah hingga sampai satu lawans atu deegan Howard.

Prestasi keseluruhan pemain adalah A. Tetapi saya bagi A++ kepada Brendan Rodgers kerana lebih bersahaja dengan mengaplikasikan taktik yang sama ketika lawan Villa. Namun kemasukan Sterling dan Flanagan adalah kunci kepada kejayaan sistem yang sedia ada. Barisan pertahanan kita nampak selamat kerana pemain tengah tidak lagi kerapa keluar dari kawasan tengah untuk sama menyerang. Sudah cukup dengan Sterling dan Coutinho membantu SAS. 

Perjalanan masih jauh. 15 perlawanan bukan boleh diduga bagaimana  pengakhiran Liga musim ini. Bercakap pasal potensi untuk sasaran ke Liga Juara-Juara, ianya masih 50-50. Kemenangan dengan Everton bukan tanda yang Liverpool boleh mengabaian pembelian untuk Januari ini. Pemain sedia-ada bila-bila boleh jatuh cedera dan  kena bersedia dengan penambahan seorang dua bagi posisi kritikal. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah.


Jan 28, 2014

TIGA PERPINDAHAN TELAH LENGKAP UNTUK JANUARI


LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Liverpool masih membisu dalam hal perpindahan, selepas di tewaskan Chelsea dalam perebutan Messi Mesir, Mohamad Salah. Tidak dapat Salah kita semua faham yang ongkos Yahudi Rusia, Tokey Chelski sangat banyak untuk dibazirkan. Hairan sungguh, mereka sanggup jual pemain terbaik mereka 2 musim berturut-turut, Juan Mata kepada Menyu dan beli pemain yang masih perlu buktikan diri dalam Liga Perdana. Semua peminat berharapkan seorang pemain tengah bertahan akan sampai sebelum akhir pintu perpidahan Januari ini.

Menentang Everton rabu ini bukan kerja mudah. Everton sedang menggaru kaki pasukan kita dibawah. Silap langkah mereka boleh tarik kita kebawah untuk mereka melompat naik ke kelompok ke Liga Juara-Juara. Saya tak heran Everton versi Moyes kerana mereka main takut-takut, nak curi mata, tetapi versi Roberto Martinez, Everton nampak lebih licik dan nampak main cantik dan lebih menyerang dengan bersahaja. Martinez berbeza dengan Brendan dari segi taktikal dan corak permainan tetapi persamaan mereka ialah mereka mahu bermain corak Eropah dan amat kurang main bola tinggi.

Kekuatan pasukan kita sekarang setara dengan Everton, cuma di bezakan kita mempunyai barisan serangan yang mantap tetapi Everton punya pertahanan jarang buat tahi. Bahagian tengah boleh dikatakan sama rata, namun Everton nampak lebih agresif dengan gandingan Barkley dan McCarthy. Jika Lucas dalam kesebelasan utama saya tak berapa heran, namun ketiadaan beliau pemain tengah Everton akan lebih samseng dan akan mensasarkan Kapten Gerrard yang nampak kurang selesa main lebih kebawah. Saya harap sangat adik Henderson akan bersedia jika Abam Gerrard kena buli dengan pemain Everton.

Serangan Everton sebiji macam Aston Villa. Dua penyerang muda Belgium, Lukaku dan Benteke, sama hebat dan sama padan dan saya rasa Mac Wilmort, jurulatih kebangsaan Belgium pun pening nak pilih siapa jadi penyerang utama. Jadi jika nak hadapi serangan Everton sila kaji balik episod malang perlawanan kita dengan Villa dua minggu lepas. Disitulah kita perlu muhasabah diri dan buat kajian dengan tengok balik video bagaimana kita bolos mudah dengan Villa. Pemain tengah kita kalau pegang bola bukan main eksyen, tapi bila kantoi untuk kejar bola, nampak lambat cam unta.

Kekuatan serangan Liverpool dicemburui serata dunia. Kedudukan sekarang pun ditentukan oleh keberkesanan Suarez terutamanya dan Sturridge yang telah kembali memperosok gol. Cuma apa yang kita mahu ialah lawan Everton, SAS kena main berpasukan dan kurangkan ketamakan. Bagi saya sekarang Suarez kena beralah sikit dengan Sturridge, dan mahu Suarez main sebagai penyerang bayangan dan beri Sturridge peranan utama diatas. Sebab apa ramalkan dalam perlawanan ini nanti pastinya Coutinho akan disimpan untuk masukkan Allen yang bakal mengambil tempat Lucas.

Kemenangan dengan Everton memang bermakna bagi memastikan peluang lebih selesa ke Liga Juara-Juara. Malah kalau seri sekalipun, silap-silap Spurs pula yang potong kat kona. Kita tak boleh harap pasukan macam Man City boleh makan Spurs senang-senang sekarang sebab mereka dah lain sejak zaman AVB. Saya yakin pasukan kita boleh memang dengan Everton, janji semua pemain tunjukkan persembahan 100 persen. Lagi satu saya harap pemain kita kena kawal diri kerana perlawanan dengan Everton selalu ada saja insiden yang tak diingini berlaku.


Jan 26, 2014

PIALA FA : LIVERPOOL 2-0 BOURNEMOUTH



Kesebelasan Liverpool lawan Bournemouth:
Jones; Kelly, Toure, Skrtel, Cissokho; Gerrard, Henderson; Coutinho, Moses, Sturridge; Suarez.

Liverpool turun dengan hampir kekuatan sebenar. Kejayaan sebenar bukan nilai gol 2-0 dan layak ke pusingan ke-5. Tetapi kejayaan yang hakiki ialah Liverpool pulang selamat ke Anfield dengan pemain utama sihat wal-afiat. Hanya Skrtel terpaksa memakai lebai kerana kepala kena ketuk dengan pemain Bounemouth. Moses berjaya memadamkan kritikan seketika dengan gol pembukaan, namun dia macam biasa tak menonjol sangat selepas itu.

Brad Jones yang ganti Mignolet masih belum dapat mencabar Mignolet kerana dia juga nampak gabra, cuma terselamat kerana lawan kita hanya garang dalam awal separuh pertama. Kembalinya Flanagan bakal berikan isyarat samada Cissokho atau Kelly akan rehat dibangku simpanan lepas ini. Kapten Gerrard masih belum diyakini dalam posisi baru tetapi dia cukup berusaha untuk bantu bek dalam situasi cemas. Dan keperluan untuk posisi Lucas masih kritikal.

Jan 25, 2014

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN BOURNEMOUTH


Pilihan ditangan Brendan Rodgers. Samada memilih Piala FA atau Liga menentang Everton selepas itu. Sebab sekarang hanya 14 pemain utama yang cergas dan hanya 2 pemain tengah utama iaitu Henderson dan Gerrard. Bek utama pun sama tinggal Skrtel dan Toure saja. Dua Posisi kritikal tersebut memang memerlukan pemain berpengalaman dan boleh bawa diri dalam keadaan permainan penuh tekanan mental dan fizikal. Bukan semua pemain tahan lasak macam Henderson dan Suarez, sebab itulah kelab yang punya ambisi untuk pulun pelbagai kejuaraan dan medal telah sediakan 2 pasukan yang mantap untuk persaingan sesama sendiri.

Keadaan Brendan yang serba miskin dengan pemain berpengalaman bukan sebab orang lain juga tapi sebab diri sendiri yang terikut2 dengan falsafah pemilik Amerika yang tak tahu apa itu bolasepak sebenar. Bolasepak bukan macam ragbi Amerika yang perlukan pemain muda dan fizikal tahap badak untuk main rempuh orang. Pemain skuad yang boleh main macam Shelvey pergi jual, Wisdom Suso dan Assaidi bagi pinjam keluar, dan tinggal hanya budak-budak tadika Akademi yang duduk dibangku simpanan. Akhirnya Brendan sendiri yang pening.

Nak gunakan sepenuh kekuatan lawan pasukan Bournemouth ada logik jika dia gunakan cara Gerrard Houllier. Rahsianya mudah, main ala-ala bertahan dengan menyerap serangan dan gunakan pemain sayap dan penyerang untuk serang balas setiap masa. Ianya lebih efektif dan parktikal bagi hadapi lawan yang pastikan menggunakan kebolehan fizikal an corak permainan pantas. Bukan nak bagi ruang untuk lawan cipta peluang tapi Liga bawahan punya pasukan main budak kecik pun tahu yang diorang asyik-asyik gunakan pemain sayap buat larian dari tepi dan hayun bola lintang kepada penyerang yang tunggu kesempatan untuk menyusup kedalam.

Memang atau kalah tak jadi hal sebab bukan nak sangat Piala FA ni, bagilah peluang kat Menyu sebab mereka lebih memerlukan. Kalau nak main untuk menang sekalipun dengan tahap sekarang pasukan kita perlu letakkan barisan yang sederhana campuran tua-muda bagi menghadapi hari-hari mendatang yang penuh cabaran dalam Liga. Sejujurnya saya lebih suka ketengahkan ramai pemain muda dan kalau boleh simpan semua pemain utama bagi hadapi Everton. Bukan apa, kalau letak pemain utama dan cedera, saya takut butang panik untuk pembelian pemain akan diaktifkan dan pemain yang murah pun jadi mahal berganda-ganda.

Jan 24, 2014

BUANG MASA MENGEJAR SALAH


Kes Mohamad Salah boleh merujuk kepada Mkhitaryan dan Willian. Modus operandi hampir sama cuma bezanya bagi kes Salah nilai perpindahan taklah sebesar Mkhitrayan dan Willian. Yang betulnya Liverpool telah membuang masa hampir 4 bulan membuat rundingan demi rundingan tanpa kata putus. Ianya mungkin bukan sensasi jika tiada kenyataan sana-sini yang Salah 100 persen akan ke Liverpoolfc dan rundingan macam bunyi dah muktamad. Saya tak tahu apa yang terjadi belakang tabir tapi ada maklumta dalaman yang menceritakan serba sedikit apakah yang terjadi sejak dari mula hingga terkini perkembangan Liverpool, Salah dan Chelsea.

Liverpool mengintai Salah di Basel sejak Oktober dan kerap menghantar perisik untuk perlawanan domestik Basel. Rundingan bermula November semasa perlawanan dengan west Ham,antara ejen Salah dengan Ian Ayre untuk perpincangan terma. Liverpool dan Basel bersetuju secara lisan dan begitu pantas menjadi destinasi utama Salah dalam perpindahan Januari. Salah menganggap bahawa Liverpool boleh berikan peluang kepada beliau untuk mengasah bakat, mendapat peluang dalma kesebelasan utama dan mungkin menjadi bintang utama.

Tiada sesiapa pun tahu mengenai apa yang berlaku antara ejen Salah dengan Ayre, tetapi cara perundingan dan sensasi dari media menunonjolkan bahawa Salah adalah bakal pemain kita kerana taida kelab lain yang masuk campur atau kacau daun dalam peringkat awal. Memang menghairankan bahawa bilamana Liverpool macam main akal bila memberikan bidaan kurang dari separuh yang menurut perjanjian lisan sebelum ini. Kemarahan dari pihak Basel membuatkan mereka menaikkan niali Salah lebih tinggi dari perjanjian lisan awal.

Nah ambik kau, bila dah janji tapi dicapati, Basel tidak berikan peluang kepada Liverpool lagi kerana menggangap Liverpool cuba pekena mereka dan rundingan awal yang begitu mesra macam buang masa mereka. Basel buka bidaan kepada kelab luar dan AC dan Inter Milan mahu masuk jarum tapi mereka tak mampu bayar macam harga yang Basel mahu. Kelab dari Bundesliga, Lverkusen dan Monchengladbach sanggup bayar harga Basel, namun Salah tak mahu ke Jerman dan lebih inginkan England dari segalanya. Chelsea ketika ini masih memerhatikan dengan licik situasi Salah dan Liverpool, tapi masih belum memulakan langkah lagi.

Memandangkan Salah taknak ke Bundesliga, pengurusan Liverpool mungkin anggap boleh melengahkan perpindahan Salah untuk musim depan. Tetapi bilamasa Newcastle telah membuat bidaan yang Basel mahukan, barulah Ayre kelam-kalibut nak buka semula rundingan. Terma dan syarat bagi ejen dan Salah memang sudah kawttim dan tiada apa yang nak kalut sangat. Tetapi dengan Basel yang hati dah terguris, Liverpool terpaksa berikan jumlah yang melebih tawaran asal dan Basel terima pada mulanya. Namun bila Chelsea dengar yang Liverpool dan Basel dah hampir kata sepakat ketika inilah mereka masuk jarum.

Tambahan pula degan ura-ura penjualan Mata ke menyu, membuatkan Chelsea kena dapatkan pengganti juga. Mereka dengan pantas buat tawaran yang lebih lumayan yang saya rasa Liverpool takkan mampu nak pergi lebih jauh dari itu. Namun begitu ada kelab ketiga yang tidak mahu didedahkan profil mereka cuba cilok Salah dari genggaman Chelsea. Namun apakan daya, Salah terpaksa mengikut pilihan orang tua, dan kena kahwin paksa ke Chelsea. Walaupun saya nampak ini bukan pilihan beliau, namun ianya memang tak dapat dielakkan oleh kerana Liverpool buat tahi dari awal lagi.

Cerita pedih macam ini sudah kerap berlaku kepada pasukan kita. Cristiano Ronaldo, David Villa, Daniel Alves, dan Radamel Falcao, banyak yang dah hampir ke Liverpool, namun karenah birokrasi kelab yang suka buat keputusan terlebih bijak membuatkan kita hanya boleh tengok pemain tersebut meletop-letop di kelab lain. Saya tak salahkan Brendan Rodgers dalam kes fisaco Salah ini, namun dia terpaksa akur yang kuasa membeli pemain bukan 100 peratus ditangan beliau. Bagi kes Salah, nilai 10juta pound tawaran asal adalah pelaburan berisiko sederhana bagi pemain yang punyai pengalaman dalam Liga Juara-Juara, berbanding Aspas yang pernah main di Liga Divisyen 2, Sepanyol.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails