Jan 24, 2014

BUANG MASA MENGEJAR SALAH


Kes Mohamad Salah boleh merujuk kepada Mkhitaryan dan Willian. Modus operandi hampir sama cuma bezanya bagi kes Salah nilai perpindahan taklah sebesar Mkhitrayan dan Willian. Yang betulnya Liverpool telah membuang masa hampir 4 bulan membuat rundingan demi rundingan tanpa kata putus. Ianya mungkin bukan sensasi jika tiada kenyataan sana-sini yang Salah 100 persen akan ke Liverpoolfc dan rundingan macam bunyi dah muktamad. Saya tak tahu apa yang terjadi belakang tabir tapi ada maklumta dalaman yang menceritakan serba sedikit apakah yang terjadi sejak dari mula hingga terkini perkembangan Liverpool, Salah dan Chelsea.

Liverpool mengintai Salah di Basel sejak Oktober dan kerap menghantar perisik untuk perlawanan domestik Basel. Rundingan bermula November semasa perlawanan dengan west Ham,antara ejen Salah dengan Ian Ayre untuk perpincangan terma. Liverpool dan Basel bersetuju secara lisan dan begitu pantas menjadi destinasi utama Salah dalam perpindahan Januari. Salah menganggap bahawa Liverpool boleh berikan peluang kepada beliau untuk mengasah bakat, mendapat peluang dalma kesebelasan utama dan mungkin menjadi bintang utama.

Tiada sesiapa pun tahu mengenai apa yang berlaku antara ejen Salah dengan Ayre, tetapi cara perundingan dan sensasi dari media menunonjolkan bahawa Salah adalah bakal pemain kita kerana taida kelab lain yang masuk campur atau kacau daun dalam peringkat awal. Memang menghairankan bahawa bilamana Liverpool macam main akal bila memberikan bidaan kurang dari separuh yang menurut perjanjian lisan sebelum ini. Kemarahan dari pihak Basel membuatkan mereka menaikkan niali Salah lebih tinggi dari perjanjian lisan awal.

Nah ambik kau, bila dah janji tapi dicapati, Basel tidak berikan peluang kepada Liverpool lagi kerana menggangap Liverpool cuba pekena mereka dan rundingan awal yang begitu mesra macam buang masa mereka. Basel buka bidaan kepada kelab luar dan AC dan Inter Milan mahu masuk jarum tapi mereka tak mampu bayar macam harga yang Basel mahu. Kelab dari Bundesliga, Lverkusen dan Monchengladbach sanggup bayar harga Basel, namun Salah tak mahu ke Jerman dan lebih inginkan England dari segalanya. Chelsea ketika ini masih memerhatikan dengan licik situasi Salah dan Liverpool, tapi masih belum memulakan langkah lagi.

Memandangkan Salah taknak ke Bundesliga, pengurusan Liverpool mungkin anggap boleh melengahkan perpindahan Salah untuk musim depan. Tetapi bilamasa Newcastle telah membuat bidaan yang Basel mahukan, barulah Ayre kelam-kalibut nak buka semula rundingan. Terma dan syarat bagi ejen dan Salah memang sudah kawttim dan tiada apa yang nak kalut sangat. Tetapi dengan Basel yang hati dah terguris, Liverpool terpaksa berikan jumlah yang melebih tawaran asal dan Basel terima pada mulanya. Namun bila Chelsea dengar yang Liverpool dan Basel dah hampir kata sepakat ketika inilah mereka masuk jarum.

Tambahan pula degan ura-ura penjualan Mata ke menyu, membuatkan Chelsea kena dapatkan pengganti juga. Mereka dengan pantas buat tawaran yang lebih lumayan yang saya rasa Liverpool takkan mampu nak pergi lebih jauh dari itu. Namun begitu ada kelab ketiga yang tidak mahu didedahkan profil mereka cuba cilok Salah dari genggaman Chelsea. Namun apakan daya, Salah terpaksa mengikut pilihan orang tua, dan kena kahwin paksa ke Chelsea. Walaupun saya nampak ini bukan pilihan beliau, namun ianya memang tak dapat dielakkan oleh kerana Liverpool buat tahi dari awal lagi.

Cerita pedih macam ini sudah kerap berlaku kepada pasukan kita. Cristiano Ronaldo, David Villa, Daniel Alves, dan Radamel Falcao, banyak yang dah hampir ke Liverpool, namun karenah birokrasi kelab yang suka buat keputusan terlebih bijak membuatkan kita hanya boleh tengok pemain tersebut meletop-letop di kelab lain. Saya tak salahkan Brendan Rodgers dalam kes fisaco Salah ini, namun dia terpaksa akur yang kuasa membeli pemain bukan 100 peratus ditangan beliau. Bagi kes Salah, nilai 10juta pound tawaran asal adalah pelaburan berisiko sederhana bagi pemain yang punyai pengalaman dalam Liga Juara-Juara, berbanding Aspas yang pernah main di Liga Divisyen 2, Sepanyol.

5 comments:

  1. xpe.. kita bley try yarmolenko.. xpun bg je peluang ibe main.. position tu xkritikal sgt.. cume harap liverpool dpt beli DM dan LB yg betul2 baik.. YNWA!!!

    ReplyDelete
  2. Dh mmng tkde jdoh,yg pting cpat cari pganti sbb pintu ppindahan pmain akan ditutup tk lama lg,yg dh jd biarkan blajar dari ksilapan huhu

    ReplyDelete
  3. Ahh....owner L.F.C...kedekut sangat nk kluar d**t...lol..kta nk kekal top 4...tpi time nk bli player...hampeh....hu hu hu...apa2 pun...YOU'LL NEVER WALK ALONE...L.F.C..

    ReplyDelete
  4. Masalahnya sekarang ialah Ian Ayre, Ketua perunding macam hampeh. Patutnya dia dah boleh strike deal awal untuk elak kelab lain cilok & dengan harga yang masih boleh masuk akal lagi. yang jadi masalah Liverpool kena bayar double dalam dekat 16juta pound, dari pre-agreement lepas Chelsea masuk jarum . Nampak tak cam bangang kan. Kalau nak Yarmalenko, apa ingat boleh dpt murah2.. dengan kes Salah pun kena bayar double.. Yormalenko paling busuk Ian Ayre punya pasal 20 juta minimun la kena kencing..

    ReplyDelete
  5. cerita nak top 4, team lain da kuatkan semua barisan pasukan masing2x beli plyayer bagus2x..liverpool ni da bnyak kali nk beli pemain yang bagus tp asyik kene rampas je, apa x sikit2x offer 7 juta - 8 juta, harga pemain belas2x juta xpe asal main bagus, tgok aspas ,alberto, llori kemana semua 7-8 juta tu..beli sikit pemain jnji ada kualiti...tgok suarez harga mahal dlu,tp impak dgn liverpool mmg terbaek smpai skrg...dgar ura2x ramai sgt nk bawa masuk,skrg ni habuk pon xda..,aku sbnrnya harapkan liverpool kalah game baru2x ni utk buka mata pngurus liverpool spya beli pemain yg ada kualiti,bukan beli pemain murah tp apa pun xde hasil...seriously aku da give up dgn brendan rodgen ni..tapi bukan liverpool. YNWA FOREVER

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails