Nov 30, 2013

ADAM MORGAN DAH JADI MILIK ORANG


Pemain ini berpotensi besar jika diberi peluang. Memang dia tak pernah main dengan kesebelasan utama dan tidak cukup pengalaman, tapi apa kes dengan Borini. Bukan setakat harga mahal malah nampak gaya macam tiada harapan langsung nak balik ke Anfield. Bukan saya nak cakap yang saya tak redha dengan pemergian Adam, tapi daripada belanja beli pemain muda lain apakata cuba pemain yang memang perlukan sedikit peluang untuk mencuba nasib.

Kita boleh tak imbas balik macamana Owen dapat peluang dan meletup. Dia diberikan peluang dan ruang untuk menyerlah. Cuma mungkin tak semua pemain muda bernasib baik macam Owen. paling kurang pun layan Adam macam kita layan Neil Mellor dulu Ada juga kita nampak yang Mellor dah tak mampu pergi jauh setelah diberi peluang. Situasi Owen dan Mellor samm dengan Morgan cuma yang berjaya dan gagal bakal ditentukan setelah diberikan peluang secukupnya. Ingat lagi Tom Ince. takut jadi macam tu saja.

nota kaki:
Dia ke Yeovill Town secara pinjaman dan jika bertuah akan jadi pemain Yeovil terus. Harap maklum.

HARI INI 15 TAHUN DULU


Nov 29, 2013

LIVERPOOL LAWAN HULL


Hull City nama tak sempoi. Pemilik baru nak tukar kepada Hull Tigers atau Harimau Hull, baru dengar garang, walaupun pasukan tak segarang 3-4 musim lepas. Kadang kala penjenamaan semula macam tak berikan nilai sentimental kepada peminat. Ialah contoh Kalau Liverpool pemilik nak tukar kepada Liverpool Stokin Merah (Liverpool Red Sox), apa korang rasa. Mesti pelik, lagi janggal dan menghilangkan identiti dan sejarah bukan. Jadi begitulah saya dengar peminat Otai Hull dah buat petisyen.

Ingat tak gelaran pemenggal gergasi yang diberikan oleh pasukan ini semasa penampilan mereka sebelum ini dalam Liga Perdana. Paling saya ingat ialah karekter pemain mereka Bullard dan Giovanni yang menjadikan pasukan ini pernah digeruni sebab persembahan luar jangka, tambahan pula diurus oleh jurulatih berperangai pelik. Tak pelik macamana, masa separuh masa  tamat, Phil Brown bukan bincang atau carut pemain dalam bilik persalinan tapi dia bagi tengah padang puas-puas sebelum pemain berehat.

Zaman itu dah berlalu, sekarang mereka di urus oleh Steve Bruce yang cukup berpengalaman dalam sepak terajang dan pernah naik turun Liga Perdana. Jadi Hull ni walaupun boleh dikategorikan pasukan lemah, namun mereka mempunyai semangat juang yang tinggi. Pemain mereka tak ternama dan saya hanya kenal beberapa pemain rejek dari Spurs, Sunderland, Wigan itupun bagi saya tak nampak apa istimewa kerana tiada pemain yang betul-betul menyamai kehebatan kelas 2008 dulu.

Bagi pihak Liverpool ada ura-ura beberapa pemain utama akan direhatkan dan ianya belum dapat dipastikan siapa. Ini mungkin untuk menghadapi jadual padat Disember yang memerlukan pemain cergas dan tiada rehat dah pada ketika itu. Cuma apa yang saya harap ialah pasukan kita perlu menurunkan pasukan terkuat dan balun dulu gol banyak-banyak dan barulah merehatkan pemain utama dalam separuh kedua. Yang paling penting sekali ialah Sturridge kerana dia ada mengadu tak sedap badan.


HARI INI DALAM SEJARAH


Nov 27, 2013

CONTOH TAULADAN ABANG KEPADA ADIK


Masa pasukan Senior lawan Suarez kena taji dengan Mirrallas. Namun dalam perlawanan skuad remaja Chirivella pula jadi mangsa, bukan sorang tapi dua orang pemain remaja Everton.
#Abang borek adik rintik

Nov 25, 2013

JON FLANAGAN CURI TUMPUAN


Bala menimpa Enrique adalah rahmat buat Flanagan. Pemain dari akdemi ini diberikan peluang bermain di posisi luar kebiasaan beliau bek kiri mengatasi calon otomatik Cissokho. Tengok nama pemain dari kesebelasan utama tiba-tiba tertonjol nama Flanagan. Dalam hati alamak apa ujikaji Brendan kali ini pula. Prasangka buruk terimbas kembali penampilan ketika lawan Arsenal. 

Kadangkala penilaian Brendan macam kes Cissokho, kita nampak macam Brendan takut untuk ambil risko. Tapi saya dengar Flano adalah pemain yang menunjukan prestasi terbaik dalam latihan dan sebab itulah dia telah menjadi bidan terjun dalam perlawanan dengan Everton. Tak macam Allen, Flano tak persia-siakan peluang yang diberikan dengan memberikan aksi luar biasa yang belum kita pernah lihat di posisi bek kanan yang beliau mainkan sebelum ini.

Kenapa beliau main baik dikiri tapi kekok disebelah kanan. Teori ini mudah bagi sesiapa yang main kaki kanan tapi diletakkan disebelah kiri. Saya pernah beberapa kali main disebelah sayap kiri padahal sebelah saja kaki hidup. Malah sejarah membuktikan Carragher juga bermain baik disebelah bek  kiri ketika era Gerrard Houllier. Teorinya mudah sebab bila kita berlari kebawah bertahan, kaki kanan kita berada disebelah lawan dan amat mudah untuk menjolok dan menguis  bola dari kaki lawan.

Saya tak mahu puji lebih-lebih. Cuma harap yang terbaik buat Flano. Ketika 3 bulan ketiadaan Enrique, macam-macam boleh berlaku dalam persaingan dibek kiri. Dengan potensi dan kebolehan serta bakat terpendam saya tak mahu dia mengikuti jejak langkah Stephen Darby. Dalam situasi sekarang diharap beliau dapat menggunakan peluang ini untuk bermain lebih banyak lagi perlawanan dalam kesebelasan utama. 

Nov 24, 2013

LIVERPOOL 3-3 EVERTON

Kredit kepada MostarLFC

















Inilah perlawanan kejiranan yang begitu dramatik pernah saya tonton. Kita disajikan detik-detik mendebarkan macam menonton filem aksi, sejak dari sepak mula hinggalah wisel penamat. Kalau ada sakit jantung entah berapa kali kena masuk IJN pun tak tahu. Malang sekali pengadil yang rabun, Phil Dowd telah membuat keputusan kontoversi tentang insiden kekasaran Mirrallas ke-atas Suarez.


Kalaulah Suarez yang bagi penerajang sebegitu, kita boleh agak yang paling koman kena gantung 5 perlawanan tak kurang. Ini menunjukkan betapa pengadil melakukan diskriminasi kerana reputasi Suarez masa lampau. Malah bukan sekali perangai bangsat pemain Belgium ini, dia juga memijak kepala Suarez dalam klip kedua dibawah. Nasib baiklah Kapten Liverpool masa ini bukan segarang Greame Souness, kalau tak Mirrallas  mungkin akan dapat akibat maha dahsyat  kalau Souness menjadi kapten.



Kesebelasan yang digunakan memang ok, tapi macam saya tulsi sebelum ini, jika tak jaga haiwan buas bernama Lukaku, padah menimpa sebab berapa kali dah Lukaku buat onar dengan kita. Skrtel dan Agger belum cukup mampu menjaga Lukaku kerana kekuatan fizikal beliau hanya boleh ditandingi oleh Sakho . Inilah saya anggap kesilapan taktikal yang menjadi asbab utama kita namapk Lukaku mengamok sakan.

Kita sumbat 3 gol dari sepakan bebas dan penjuru dan bolos juga dari hal yang sama. Ini menampakkan pasukan kita bukan lagi megharapkan gol dari permainan terbuka dan mengambil peluang dari setiap peluang yang ada. Paling mengujakan ialah gol Suarez yang berkelas dunia. Cuma yang digusarkan ialah lawan kerap ambil peluang dari sepakan bebas kerana pemain kta suka melakukan kekasaran dikawasan bahaya.



Hero perlawanan bagi saya ialah goli kita , Mignolet. Kalau tak kerana dia mungkin Everton boleh menang perlawanan ini kerana mereka banyak kali juga mempunyai peluang. Disamping itu kredit juga buat Sturridge yang menghasilkan gol penyamaan disaat hujung-hujung perlawanan. kalau tak pasti pasukan kita pulang kecewa apabila telah mendahului 2-1 dalam suatu ketika. Malah kalau tak kerana Allen jadi gabra depan gol , kita dah boleh bunuh permainan dengan 3-1.

Kesan dari perlawanan antarabngsa cukup beri kesan kepada pasukan kita. Prestasi Gerrard dah menurun akibat keletihan. Sturridge baru pulih setelah cedera dengan England. Walaupun Suarez naik jet peribadi pemilik Liverpool, kesan dari perjalanan di Montevidieo ke Liverpool memenatkan, tapi saya tak tahu Suarez makan apa sampai dia mampu main 90 minit.

Apa pun juga dari bungkus terus,  baik dapat juga satu mata. Cuma diharap Brendan lebih wasapada dengan masalah bahagian tengah yang tidak mempunyai pemain berkaliber. Joe Allen sudah boleh dijual kerana buang masa nak tunggu dia menjelma jadi Xavi Hernandes. Kita perlu cari pemain tengah yang berani dan mempunyai kekuatan teknikal yang tinggi yang berupaya membawa diri dalam pasukan bukan menjadi penumpang sahaja.

Nov 22, 2013

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Minggu yang membosankan sempena perlawanan antarabangsa dah lepas. Kini Liga Perdanan membuka tirai dengan pertarungan adik beradik Merseyside. Sejak azali kalau jenis perlawanan ni, gaduh-gaduh dan kad pelbagai warna memeriahkan acara. Tambah pula pengadil yang jenis tak suka pasukan mana-mana, siaplah apa kontroversi yang nak jadi boleh tengok. Tambah pula kedudukan kedua-dua pasukan tak berbeza banyak mata dan masing-masing macam nak berlumba untuk slot terbaik dan mahu menjadi hero tempatan.

Suarez bakal bergegas dari Monteveido dengan jet peribadi pemilik. Memang perihatin pemilik Liverpool dan mahu lakukan apa sahaja dia boleh tolong sedaya mampu. Jadi skuad kita bakal bermain dengan kekuatan sepenuhnya, cuma sedikit kecewa mendengar yang Enrique masih cedera dan perlu operasi pembedahan. Maknanya mahu tak mahu Cissokho kena main dan harap dia tak gabra untuk kekal selepas pinjaman. Kalau mahu keselamatan boleh letak Johnson dikiri dan Toure main dikanan.

Bahagian pertahanan tengah pasukan kita mempunyai kualiti yang banyak dengan semua pemain telah menunjukkan prestasi dan berebut-rebut untuk 2 slot utama. Dalam situasi sekarang, saya harap Sakho harus kembali dalam kesebelasan bukan kerana 2 gol dengan Perancis tetapi demi menjaga haiwan buas bernama Lukaku. Agger atau Skrtel harus dikorbankan dan mengikut pemerhatian saya Aggerlah mangsa yang sesuai.

Everton dengan Martinez sedikit berbeza dengan zaman Moyes, walaupun tiada banyak perubahan dasar yang ketara. Martinez menambah-baikkan Everton dengan sedikit kretiviti dan memberikan peluang kepada beberapa pemain muda menyerlah. Secara adilnya saya tak boleh pastikan apakah kesudahan macam dulu-dulu yang majoritinya pasukan kita boleh bawa pulang banyak mata dari Taman Goodison. Cuma kunci kejayaan ialah bagaimana pasukan kita bertahan dengan cara selamat dan menjaringkan gol awal banyak-banyak sebab pasukan kita cukup lemau separuh kedua.

Nov 19, 2013

KEMASKINI: ADAM MORGAN BAKAL DISINGKIR


Harapan untuk lihat pemain kelahiran Akademi yang mendapat pujian Robbie Fowler, untuk menempa nama sebagai pemain masa depan hanya tinggal harapan. Adam Morgan yang kita sedia maklum mempunyai potensi besar serta pemain terbaik dalam skuad remaja Liverpool, dengan persembahan mantap serta mampu menjaringkan gol dengan selamba. Malah dalam perlawanan pra-musim beliau bermain dalam beberapa perlawanan.

Apa yang Brendan nampak mungkin berbeza dengan kita yang hanya menilai dari klip Youtube serta pujian dari beberapa bekas pemain. Dengar kata beliau dah diberikan kebenaran untuk berbincang dengan kelab lain kerana tiada dalam perancangan Brendan bukan setakat musim ini tetapi masa depan. Apa pun diharap Morgan dapat cari makan ditempat lain kerana dia ada potensi menjadi seperti Kevin Nolan dan Ricky Lambert yang merupakan anak jati Scousers yang hebat diluar.


Nov 17, 2013

LAGENDA LIVERPOOL LAWAN LAGENDA KAIZER CHEIFS

Kesebelasan Utama Lagenda Liverpool 
Grobbelaar, McAteer, Jones, Wright, Thomas (1), Barnes, Molby, Berger ( 4 gol) , Smicer, McManaman, Fowler.
Keputusan 5-5 (tewas penalti 4-2)



Mari mengenali mereka.

-Bruce Grobbelaar si tangan sotong. Dalam kategori goli terbaik dia jatuh no dua di belakang Ray Clemence. Medal dan Piala jangan cakaplah macam-macam ada.

-Jason McAtter pemain sayap belakang lejen, kalau main formasi 3-5-2 dia lebih bagus dari Johnson sebab hantaran lintang dia amat bahaya.

- Rob Jones, macam juga McAteer, disebelah bek kanan, tapi dengan formasi 4-4-2, Jones paling terbaik sebelum dia cedera teruk.

- Mark Wright - dibeli ketika dikemuncak kerjaya, namun dia tak dapat banyak kredit kerana main di zaman Spice Boy.

- Michael Thomas adalah lagenda Arsenal juga, tapi dia memilih Liverpool sebab dia lebih lama bersama Liverpool kot.

-Johns Barnes siapa tak kenal, idola saya sejak kecil dan merupakan pemain sayap hebat bukan untuk Liverpool sahaja tapi juga England walaupun berasal dari Jamaica.

-Jan Molby bermain dalam zaman kegelapan awal 90an, boleh dikatakan Alonso zaman dulu kot dengan hantaran jauh terbaik.

-Patrik Berger ialah pemain sayap menggantikan Barnes, tapi kerap sangat cedera sampai kita tak femes langsung, cuma dia jasa dalam trebel 2001/02.

- Vladmir Smicer, hero Istanbul 2005. Liverpool beli dia dari zaman houllier, tapi cedera memanjang dan beliau membayar balik dengan gol pembukaan final Piala Eropah.

- Steve McManaman- kalau tengok Ryan Giggs nampak bagus, tapi Macca seratus kali bagus kerana dia boleh gelecek dari bawah sampai celah kangkang goli.

- Robbie Fowler- Kalau tak kerana terlalu pulun main ketika muda, Pengganas dari Toxtexh ini mungkin lebih berharga dari Suarez.

Kecuali  Molby yang saya tak pernah lihat permainannya, kesemua lagenda yang bermain perlawanan semalam, saya akui memang terbaik dalam kelas mereka sendiri cuma ada yang bernasib baik main dalam pasukan hebat dan paling malang main era kejatuhan, macam Mark Wright dan Jason McAteer. Apapun layan kelibat mereka main dalam klip youtube bawah.

 

Nov 16, 2013

ALY CISSOKHO MENGINGATKAN SAYA KEPADA


Siapa lagi kalau bukan Djimi Traore. Bukan niat untuk meletakkan kesamaan antara keduanya, tetapi memang terlintas difikiran apakah Cissokho bakal menjadi Traore pada masa depan. Cissokho mempunyai nilai ahli sukan sebenar, bertubuh sasa dan kelajuan agak mantap, Tetapi yang kurang mungkin cara penaakulan atau membuat keputusan. Mungkin sebab itulah pasukan AC Milan yang awal-awalnya beriya-iya mahu dapatkan beliau , berhenti sekerat jalan dan tarik brek tangan dari membeli beliau dari Valencia.

Bermain dalam formasi 3-5-2 sebagai Sayap Belakang, itu bukan posisi kegemaran beliau. Kita boleh tengok betapa caca-merba dan lunyai kena main dengan Sagna dalam gol pembukaan Arsenal. Masa lawan Fulham, bila dirombak formasi 4-2-2-2, Cissokho kembali sebagai pertahanan kiri, barulah, kita boleh nampak berkesannya kebolehan beliau bertahan dan membantu serangan kerana dihadapan ialah Coutinho . Cissokho nampak lebih selesa untuk banyak bertahan dari main sebagai pemain sayap.

Maaf cakaplah kalau dia nak cabar Enrique sebagai pemain utama susah sikit kerana keupayaan terhad.  Saya rasa Enrique hanya tersenyum dengan pesaing macam itu. Walaupun Enrique banyak kelemahan, tetapi dia opsyen terbaik disebelah kiri. Ramai lejen Liverpool sependapat dalam hal ini, boleh selak dalam pelbagai ruangan sukan. Memetik kata Agger kepada pemberita mengenai persaingan merebut kesebelasan utama.
 " Pemain harus berusaha mendapatkan peluang, dan bila dah dapat, kena tunjukkan anda layak untuk diberikan peluang seterusnya".
Dalam keadaan sekarang, Cissokho mungkin bernasib baik kerana dia tiada saingan bila Enrique cedera dan dapat peluang bermain. Dah Enrique kembali dalam kesebelsan utama, saya rasa tunggu Piala FA pula nak tengok kelibat Cissokho lepas ini. Nasib baiklah sekadar pinjaman, tak rugi apa-apa kalau pemain ini tak berupaya menjadi seperti awal penampilan beliau di Olimpik Lyon dulu. Jangan hairanlah dengan spekulasi Liverpool mahukan Denis Aogo, pemain bek kiri antarabangsa Jerman. Anda semua pasti faham masakan Liverpool mahu intai bek kiri baru jika Cissokho memuaskan hati Brendan.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails