Bala menimpa Enrique adalah rahmat buat Flanagan. Pemain dari akdemi ini diberikan peluang bermain di posisi luar kebiasaan beliau bek kiri mengatasi calon otomatik Cissokho. Tengok nama pemain dari kesebelasan utama tiba-tiba tertonjol nama Flanagan. Dalam hati alamak apa ujikaji Brendan kali ini pula. Prasangka buruk terimbas kembali penampilan ketika lawan Arsenal.
Kadangkala penilaian Brendan macam kes Cissokho, kita nampak macam Brendan takut untuk ambil risko. Tapi saya dengar Flano adalah pemain yang menunjukan prestasi terbaik dalam latihan dan sebab itulah dia telah menjadi bidan terjun dalam perlawanan dengan Everton. Tak macam Allen, Flano tak persia-siakan peluang yang diberikan dengan memberikan aksi luar biasa yang belum kita pernah lihat di posisi bek kanan yang beliau mainkan sebelum ini.
Kenapa beliau main baik dikiri tapi kekok disebelah kanan. Teori ini mudah bagi sesiapa yang main kaki kanan tapi diletakkan disebelah kiri. Saya pernah beberapa kali main disebelah sayap kiri padahal sebelah saja kaki hidup. Malah sejarah membuktikan Carragher juga bermain baik disebelah bek kiri ketika era Gerrard Houllier. Teorinya mudah sebab bila kita berlari kebawah bertahan, kaki kanan kita berada disebelah lawan dan amat mudah untuk menjolok dan menguis bola dari kaki lawan.
Saya tak mahu puji lebih-lebih. Cuma harap yang terbaik buat Flano. Ketika 3 bulan ketiadaan Enrique, macam-macam boleh berlaku dalam persaingan dibek kiri. Dengan potensi dan kebolehan serta bakat terpendam saya tak mahu dia mengikuti jejak langkah Stephen Darby. Dalam situasi sekarang diharap beliau dapat menggunakan peluang ini untuk bermain lebih banyak lagi perlawanan dalam kesebelasan utama.
he reminds me of earlier days of SG8 career at liverpool.. kalau perhatikan betul2x game dia mcm gerrard, cuma dia perlu berani utk pegang bola lama, bek kanan actually suits his best, maybe juga boleh main midfield
ReplyDeletedia juga remind me kpd Jay Spearing (Jay juga bole main RB) , tapi harap2 jgn ikut mcm Jay jadi insan terbuang
ReplyDeleteRumusan BPL 2013-2014
ReplyDeleteAssallammualaikum Semua...
Sudah masuk perlawanan ke 12 BPL..
Berdasarkan rumusan saya pada permualaan BPL tempoh hari nampak ada sedikit perbezaan dengan apa yang berlaku dalam liga sekarang.
Arsenal terus mendominasi liga dengan 4 point diatas pencabar terdekat setakat ini Liverpool dan Chelsea. Saya akan rumuskan 6 pasukan yang digelar big team dalam BPL.
Manchester United :
Permulaan yang lambat bagi pasukan man utd, Permainan man utd tidak seperti diharapkan sebagai pasukan juara, Apa yang saya nampak man utd tidak mempunyai pemain tengah yang boleh menggerakkan team seperti pasukan-pasukan lain ini yang menjadi perbedaan bagi man utd pada tahun ini.
Ahad lepas man utd sekadar seri menentang cardiff city keputusan yang sudah dijangkakan oleh segelintir penganalisis bola sepak kerana dengan ketiadaan van persie tiada yang istimewa pada man utd. Bagi peminat-peminat man utd jangan risau kerana moyes telah memberi isyarat bahawa mereka akan mengeluarkan dana untuk membeli pemain pada januari ini.
Manchester City :
Jaringan yang sangat banyak hanya dalam 12 perlawanan dengan 34 gol sejarah baru bagi BPL. Tetapi yang kurang meyakinkan bagi man city adalah perlawanan di tempat lawan kerana 4 kekalahan di gelanggang lawan dengan lawan yang kurang ternama seperti sunderland,Cardiff dan aston villa , Perkara ini yang di takuti oleh pelegrini.
Perlawan terbaru Man city membelasah totenham dengan jaringan 6-0, gol-gol yang sangat menarik dan fantastik. Tidak dinafikan aguero antara penyerang terbaik dalam dunia setakat ini. Apa yang pelegrini harus fikirkan ialah perlawanan luar dari Etihad stadium dan harus memastikan city lebih bersedia bila berhadapan lawan digelanggang lawan.
Chelsea :
"The special One" terus memastikan 3 mata terus di kutip dalam game london derby mungkin kerana west ham bermain tanpa penyerang. Apa yang saya boleh ulas tentang chelsea ialah mereka tidak mempunyai penganti drogba, Torres dan eto masih dalam bayang-bayang diri sendiri masih mencari rentak sekejap timbul sekejap tenggelam.
Apa yang pasti "The special One" telah memulakan pencarian penyerang yang berpotensi untuk terus bersaing dalam mengejar piala pertama beliau setelah kembali ke dalam kem chelsea.
Liverpool :
Hanya bersandarkan status "underdog" pada kali ini memberi kesan pada liverpool, setelah 4 musim ketinggalan dalam champions league liverpool telah memberi isyarat bahawa meraka akan kembali dalam kejohanan besar itu, Lihat sajalah dalam 12 perlawanan mereka kekal dikedudukan no2 liga dibelakang arsenal dengan perbedaan 4 mata.
Lagenda liverpool robbie fowler telah memberi pujian kepada brendan rodger kerana penampilan liverpool pada kali ini hasil kerja keras beliau dan cara beliau meletakkan syarat untuk membeli pemain. Bagi rodgers pula target liverpool hanyalah duduk dalam 4 terbaik tahun ini dan memastikan tiket ke UCL akan terlaksana.
Pada pemerhatian saya liverpool cukup beruntung dengan adanya luis suarez antara pemain yang unik lihat sajalah jaringan sepakan percuma beliau sangat fantastik. Apa-apa pun kita tunggu pada disember nanti dan saksikan keputusan separuh masa BPL.
Tottenham :
Pembelian paling banyak&mahal tahun ini hanya dengan hanya menjual gareth bale, Tetapi sayangnya masih tidak dapat menutup lobang yang di tinggalkan bale. Kekalahan yang terlalu besar kepada man city pastinya membuat moral pemain akan menurun.
AVB harus segara menaikkan mental pemain pasukannya yang sedang merudum sekarang ini. Minggu ini mereka akan bertemu dengan pasukan manchester united dan harus kembali ke jalur kemenengan. Apa yang saya perhatikan tottenham tahun ini bermain baik di bahagian pertahanan dan kurang bagus di bahagian serangan.
Akhbar daily mail mengatakan AVB dalam bahaya kerana tiada hasil yang bagus walaupun pihak pengurusan telah melabur banyak dalam pembelian pemain pada kali ini.
Hanyalah pandangan peribadi penulis sila komen jika ada sebarang kisilapan dan akan diperbetulkan.
flano mmg terbaik masa lawan everton, mmg betul2 terkejut dgn permainan beliau. bole lihat kelibat sering kelihatan menyelamatkan keadaan berbanding skrtel dan agger, flano is star that night and agger is reason for draw result.. kebabom
ReplyDelete