Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara hanya menjadi pelengkap jadual. Tiada apa untuk diperjuangkan dari perlawanan itu, cuma mungkin sekadar memastikan Fiorentina tidak boleh gah sepenuhnya. Inilah masa yang terbaik untuk memberikan peluang kepada pemain simpanan bermain dan pemain utama berehat. Aquilani, Riera, El-Zhar, Ngog, Spearing, Skrtel dan mungkin Cavelari patut diberikan peluang menggantikan Riena. Kalau hendak Voronin bermain sepenuh masa pun Aiman tak kisah. Biarlah apa sahaja keputusannya nanti, janji tiada pemain utama yang mungkin berisiko cedera jika diturunkan.
Sekarang ini persedian mesti dilakukan serapi mungkin untuk menghadapi Arsenal. Jadi buat apa hendak kalutkan perlawanan ini. Piala Europa sudah memanggil. Keputusan tidak akan memberikan impak apa-apa kepada pasukan kita tetapi mungkin buat lawan kita. Fiorentina mungkin sedikit tertekan untuk bersaingan dengan Lyon merebut tempat teratas. Siapa diatas mungkin selesa kerana diundi dengan lawan yang ditangga kedua. Jadi Fiorentina pastinya kan berusaha bermati-matian dan berharap pasukan kita bermain sambil lewa kerana terkeluar dari persaingan.
Walaupun begitu saya pasti akan menonton jua perlawanan ini nanti. Ini kerana Rafa telah membuat akuan yang kita tidak akan ditipu lagi buat kali yang ke-10. Aquilani akan diturunkan walaupun dalam hati Rafa amat berat sekali melepaskan pemain misteri ini. Pastinya Aquilani sendiri sudah bersemnagt untuk beraksi dan sangat bersedia mental dan fizikal. Kalau sekadar bermian 15 minit sekalipun pastinya ramai peminat akan berasa tenteram jiwa.
No comments:
Post a Comment