Dipetik dari newsnow.co.uk.
Torres - the subject of speculation that
Liverpool skipper Steven Gerrard, also named in the world XI, called on the team to pull together.Gerrard said: 'I don't think it's right to pick out individual players. We're a team, we're a group and we are responsible for where we're lying in the league at the moment. All of us have got to stick together and try and pull through and turn it around.'
Torres dan Gerrard telah secara langsung tidak menyalahkan pengurus dalam situasi sekarang. Mereka rasa amat bertangungjawab diatas prestasi hambar pasukan. Inilah yang dikatakan profesional. Tetapi yang menjadikan masalahnya mereka berdua sahaja disamping Carragher dan Reina adalah tunjang kekuatan kita. Kalau mereka berempat bermain baik maka pasukan akan mantap seadanya, tetapi jika mereka hampeh, maka keputusan juga disebaliknya. Pemain lain ibarat penumpang dan silap-silap ada yang jadi parasit. Kekadang cuma bagi cukup korum.
Ada yang meyalahkan Rafa kerana silap percaturan. Ya itu memang nampak jelas tetapi adakah kita tahu betapa rapinya persediaan Rafa sebelum perlawanan. Latihan pemain tunjuk bagus tapi mereka tidak boleh menterjemah apa yang dipraktikkan dalam latihan. Contoh macam kita belajar , cikgu dah suap macam-macam, tiba-tiba kita kat belakang tidur atau buat-buat paham padahal otak ingat kat awek kelas sebelah, macamana SPM nak dapat A1.
Tetapi ada juga kebarangkalian yang Rafa terlalu teliti sampai pemain sendiri terlalu ikut sampai menghadkan kretiviti mereka. Malahan Rafa juga seakan tidak mesra dengan pemain kerana terlalu serius dalam setiap latihan. Pemain juga manusia biasa, kalau main bagus atau sedang dalam masalah, mereka perlu dipuji dan dimotivasikan. Dan ini hanya diserahkan kepada Sammy Lee, sebagai pemangku dan pakar motivasi. Ini membuatkan Rafa dianggap sebagai seorang yang dingin dan tiada perasaan yang tahu kerja kerja kerja.
Tores ada kata, Pengurus tidak bermain diatas padang tetapi pemain yang bermain.Jadi kesalahan mesti dipikul oleh pemain
ReplyDeletepada aku lak Pengurus yang harus bertanggungjawab jika meletakan player yang tidak bermain baik di tengah padang...