
Apa engkau orang percaya tak apa yang baru saya baca berita sebentar tadi. Pak Wenger tahi bacin mahu beli Pepe Reina kesayangan kita dengan £23juta pound. Macam tak percayakan cerita itu, sebab kita semua kenal sangat perangai orang tua kedekut itu. Anak buah sendiri kalau orang mahu nak jual mahal gila-gila. Tapi yang orang mahu murah-murah. Tapi aneh wal ajaib, dia sanggup buang duit semata-mata untuk beli penjaga gol bukannya penyerang atau pemain tengah. Ingat orang tua tu tak makan ubat kot kebelakangan ini, sebab dah tak semacam biasa perangai.
Memang kita tahu yang Almunia sudah tidak dipercayai lagi. Fabianski juga dikatakan tak memenuhi selera kerana terikut-ikut macam Almunia dan Manone belum cukup akil baligh untuk jadi no. 1. Itulah siapa suruh jual Lehman yang masih main macam budak muda. Wenger mungkin putus asa nak mengurat Schwarzer dari Fulham, sebab Boss baru Fulham, Hughes dah tutup pintu rundingan kerana West Ham juga tutup pintu rundingan tentang Green ke Fulham.
Jangan buat lupa kawan-kawan, musim lepas Wenger dah otek (pujuk) Rafa untuk tolak Reina kat dia. Nasib baik Rafa punya bagus tolak mentah-mentah, sekaligus dia bagi kontrak 6 tahun kat Reina. Sebab itulah rupanya harga Reina jadi melambung tinggi. Kalau nak cari yang luar walaupun harga tak mahal macam Akinfeef tapi takut tak menjadi. Satu lagi yang saya sendiri buat andaian ialah ini cara untuk pujuk Fabregas kekal kot. Sebab Reina antara pemain yang berjiwa besar dan tak pernah kenal erti putus asa macam musim lepas.
Tapi jangan risau, Hodgson tidak akan jual aset penting kelab selain Gerrard dan Torres. Malah dia nampak ada ciri-ciri kepimpinan dan ramai meramal yang dia menjadi ketua pasukan Liverpool pada masa Gerrard atau Carragher dah gantung but. Buat masa ini tiada siapa dapat gantikan Reina, walau Cassilas sekalipun.
No comments:
Post a Comment