
Tiga lelaki diatas merupakan penentu masadepan Liverpool. Huang dengan Pihak Pelaburan Luar China. Kirdi pula mewakili Konsortium Kanada. Manakala Broughton pula mewakili Liverpoolfc. Perebutan untuk memiliki kelab yang termashyur seluruh dunia ini mungkin lebih rumit tak seperti sebelum ini. Si Durjana Amerika telah berjaya memanipulasi pemilik sebelum ini Moores. Nasib baiklah pihak FA England telah membuat peraturan baru. Segala proposal akan diteliti oleh badan itu serta laporan perlu disertakan setiap suku tahun. Pihak FA tidak mahu kejadian menimpa Pompey terjadi kepada kelab yang bakal menerima pemilik baru. Malah ini mungkin amaran buat mereka supaya jangan ingat untuk buat duit semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang kelab yang mereka beli.
No comments:
Post a Comment