tengok muka Carragher ada bibit keinsafan
Sejak kes Carragher koyak kaki Nani, pihak kami (Liverpool) bertubi-tubi diejek menggalakkan kekasaran bukannya main adil (fairplay). Jadi untuk menjelaskan bahawa pihak kami bukan seperti dinyatakan dan adalah sebaliknya mari kita lihat fakta. Jabatan Statistik Liverpoolkita telah membuat kaji selidik (padahal plagiat je macam sesetengah Profesor kangkung buat PhD), tentang kes main kasar atau baik bangsat dalam bolasepak Inggeris. Iya kan dulu orang (Wenger) selalu tuduh Bolton selalu main bangsat, main ragbi, buli budak kecil (Arsenal), padahal kalau ikut statistik rujukan FA Inggeris semenjak awal Liga Perdana dikenalkan, rupa-rupanya paling bangsat ialah Sunderland. Bolton sekadar tempat keempat.
Dan yang paling membuatkan semua harus akur ialah kelab kamilah yang paling bersopan dan baik budi pekerti dari Pengurus, pemain, peminat sehingga makcik pembancuh air, semuanya baik-baik belaka. Ditolak Blackpool yang masih mumayiz dalam Liga Perdana, mata terendah dari kad kuning dan merah milik kami. Jadi buat Nani dan Fergie silalah maafkan Carragher kerana dia tak bermaksud nak koyakkan kaki Nani. Kelab kami tidak mempunyai pemain yang mentaliti bangsat macam perangai seorang budak gemuk suka main siku-siku. Moga fakta ini akan meredakan kemarahan dan kebencian kalian peminat Man U terhadap Carragher dan Liverpool amnya.
mmg tak patut geng2 MU tahan Carra nak sorry kat Nani... Amran...tolong Propose kat Kenny, season depan beli Nigel de Jong... de Jong tunggu depan pastu Carra stanby kat belakang...
ReplyDeleteterbaek..
ReplyDeletemmg dlm list pon.
nk bawak rooney skali..
Carra koyak kaki..
De Jong koyak peha..
Rooney koyak muka..
perghhh... bleh potong Sunderland musim depan..
kira ok koyak..nasib baik xpatah..lau x musnak career..
ReplyDeleteglory,glory,glory MAN UTD...SABAR JGN KERANA EPL NAK GADUH2..KITA SOKONG JER TP JGN FANATIK MAIN SUMPAH2 ORG...SPORT IS FRIENDSHIP...BUKAN UNTUNG PUN KITA..PLAYER LA UNTUNG GAJI JUTA2..KITA DAPAT DOSA BRO...
ReplyDeleterasanya Jamie Carragher tu bukan la dikenali sebagai player yang ganas. Memang dia tak sengaja tuh. Tapi memang deserved a straight red card. Tapi biasala, ref pun selalu buat mistake kan?
ReplyDeletelain la kalau yang tekel tuh Nigel de Jong tuh.. :)
MUFC
suke tengok Torress tak score2 lagi sampai sekarang..padan muka. jadi la dia macam shevchenko.. :p