Kali ini pasukan kuari Bukit Broga akan bertandang ke Anfield dengan bawa mangkuk bekal 1-0 dari sana. Mereka yakin benar nak teruskan ke pusingan separuh akhir. Sebab mereka akan main bertahan sedaya upaya kerana tak heran dengan serangan kita yang tumpul sebelum ini. Tapi mereka tak sedar yang Andy Carroll masih belum menemui rentak dan pastinya dia akan mempamerkan siapa dirinya yang sebenar. Lagi satu Kenny dah beri tahu Carrol kalau nak balas dendam dekat Kaka (sepupu Kaka Real kot) jangan balas balik macam Rooney main siku-siku. Gunakan akal untuk membuatkan pemain itu gabra. Saya pernah main sebagai penyerang untuk kompeni saya dulu, cara terbaik ialah dengan alih perhatian bek dengan tarik telur atau raba bontot, pasti Kaka akan geli geleman dan elak dari duduk berdekatan (tip ini hanya berkesan bagi liga amatur kot).Lagi penting Agger sudah pulih begitu juga Shevley. Maka pasti tempat untuk Poulsen dan Kargiakos akan digantikan mereka. Semak perut tengok aksi Poulsen, ada macam tak ada. Nasib baik Kenny insaf dan tukartiub terus dengan Carroll, barulah menjadi permainan. Kargiakos memang bagus diudara tapi dia memang kelam-kabut kalau orang potong dia, nak pangkas saja. Saya ingat ada baik Carragher main tengah balik tolak Johnson kanan dan Wilson main dikiri. Biarlah Skrtel dan Agger bergandingan semula. Lucas dan Shevley atau mungkin Spearing akan diberiakn tugas ditengah sementara Kuyt, Meireles dan Maxi akan membantu Carroll untuk serbu pertahanan lawan. Tapi sayang sekali Kenny tak mahu guna Pacheco sebab pemain sebegini lebih baik berbanding Ngog yang statik dan tak berkesan. Layak tak layak belakang kira janji pasukan kita main sehabis baik pagi esok. YNWA
Taktik raba dan tarik seluar tu waktu zaman sekolah lawan sekolah lain pun aku guna juga...
ReplyDelete*tukartiub tu tak usah dipromosikan. politik nanti jadinya... hehe
gerrard mana ?
ReplyDelete