
Comolli sedang dalam proses perbincangan dengan Olimpik Lyon untuk mendapatkan pemain muda mereka Dejan Lovren. Pemain Croatia ini ketika dikampung halaman amat gah sekali hingga Lyon kelam-kabut beli takut orang lain kebas dengan harga 8 Juta Euro. Tapi malang sekali pemain yang disebut-sebut bakal menjadi pemain utama Croatia, tenggelam di Liga Perancis, musim ini. Apa yang tak kena pun tak tahu sebab kalau lihat dari youtube dibawah bukan main sempoi lagi, bukan setakat hebat bertahan, malah buat gol macam kacang baginya.
Tapi jangan risau, Comolli mungkin cuba minta diskaun sebanyak 70%, kerana Lyon dikatakan dah tak peduli, janji dapat sikit walaupun tak balik modal. Saya tak pasti samada pemain ini akan jadi seperti Wilson yang tak menjadi musim lepas. Namun jika harga murah dan gaji pun murah, saya rasa tak salah nak ambil risiko. Namun satu lagi masalahnya ialah pemain ini perlukan Permit Kerja kerana Croatia bukan sekutu Euro. Kalau tak dapat maka kita boleh cari sasaran lain di Perancis macam Mahamadou Sakho atau Ally Cissokho.
No comments:
Post a Comment