
Dua musim lepas Man City berjaya mendapatkan pemain yang saya cop sebagai pengganti Steven Gerrard. Pemain yang serbaboleh bermain diperlbagai posisi tengah ini mempunyai fizikal dan teknikal yang mantap beserta kebolehan melakukan sepakan bebas yang cantik. Gandingan beliau dan Ashley Young dibahagian sayap telah memberikan kekuatan kepada Aston Villa semasa era Martin O'Neill. Tapi setelah beliau berhijrah ke Man City, melingkup terus Villa kerana tidak berupaya mencari pengganti pemain terbaik mereka musim itu.
Walaupun duit banyak, hati tetap tak senang jika sekadar panaskan bangku simpanan dan masuk sekali sekali kerana tewas perebutan untuk posisi sayap kepada David Silva dan Adam Johnson dan posisi tengah jangan harap nak rampas dari Yaya Toure dan De Jong. Jadi peluang ini cuba ditangguk di air yang keruh oleh Dalglish. Polisi pemain muda lagi Inggeris sangat membuatkan pengurus kita itu berkenan dan cuba pikat kumbang ditaman Man City. Man City mungkin terpaksa menjual Milner walaupun mereka mahukan pemain yang sebagus itu berakar dibangku simpanan.
No comments:
Post a Comment